Puisi : Musuhmu Adalah Sahabatmu !
Sumber : Sir Muhammad Iqbal - dalam bukunya Asrar-i-Khudi
(Rahsia-Rahsia Diri)
Wali Allah dari Hujwiri sangat dihormati oleh orang banyak,
Pir-i-Sanjar melawat kuburnya untuk berziarah,
Dengan mudah dipecahnya halangan gunung,
Dan menanam benih Islam di India,
Zaman Omar dikembalikan oleh ketuhanannya,
Kemasyhuran kebenaran dipertinggikan oleh perkataannya,
Dia penjaga kemuliaan Quran,
Rumah yang palsu hancur oleh pandangannya.
Habuk Punjab dihidupkan oleh nafasnya,
Dinihari kita bertambah terang oleh mataharinya,
Dia pencinta,tambahan pula pesuruh cinta,
Rahsia cinta bersinar dari dahinya,
Aku akan ceritakan kesempurnaannya,
Dan membalut seluruh taman ros dalam satu kuntum.
Seorang muda,kacak dan lawa,
Datang dari pekan Merv ke Lahore,
Dia pergi berjumpa wali Allah itu,
Agar mataharinya dapat menghalau gelapnya,
“Aku dikacau oleh musuhku” katanya,
“Aku ibarat kaca di tengah batu, ajarkan aku ayuhai wali Allah”
“Bagaimana aku mahu hidup di kalangan musuh?”
Wali yang bijaksana itu,
Yang keadaannya, Cinta telah mempersatukan
keindahan dan keagungan menjawab :
“Anda tidak membaca undang-undang hidup,
Tidak peduli tentang hujung dan awalnya,
Jangan takut pada orang lain,
Anda adalah tenaga yang tidur; jagalah!
Bila batu menganggap dirinya kaca,
Ia akan menjadi kaca dan ia mungkin pecah,
Jika pengembara menganggap dirinya lemah,
Diserahkan jiwanya pada penyamun,
Berapa lama anda menganggap diri anda air dan tanah liat?
Jadikan dari tanah liatmu sebuah Sinai yang menyala!
Kenapa marah pada orang kuat?
Kenapa merungut tentang musuh?
Aku akan ceritakan apa sebenarnya:
“Musuhmu adalah sahabatmu!”
Adanya dia memberimu bertambah mulia,
Barangsiapa yang tahu akan keadaan Diri,
Menganggap musuh yang kuat itu sebagai rahmat dari Allah,
Kepada manusia,musuh itu ibarat awan membawa hujan,
Ia menghidupkan keupayaannya,
Jika jiwamu gagah perkasa, batu ditengah jalanmu jadi air,
Apa takut naik dan turunnya jalan?
Pedang penyelesaian diasah oleh batu dalam perjalanan
Dan membuktikan dengan mengembara dari peringkat ke peringkat lain,
Apakah gunanya makan dan tidur seperti binatang?
Apakah gunanya hidup?
Jika anda tidak ada kekuatan dalam dirimu?
Apabila anda membuatkan diri anda kuat dengan Diri,
Anda akan hancurkan dunia sesuka hatimu,
Jika anda meninggal dunia, jadilah bebas dari Diri!
Siapakah mati? Untuk melalaikan diri,
Kenapa disangka ianya berpisah nyawa dari badan?
Tinggallah di dalam Diri, seperti Yusuf?
Mara dari penjara kepada empayar!
Fikirkan Diri dan jadilah manusia bertindak,
Jadilah insan Allah,membawa rahsia di dalam!
Aku akan terangkan perkara ini dengan cerita,
Aku akan bukakan kuntum dengan kuasa nafasku,
“Adalah baik jika rahsia pencinta itu
Diceritakan oleh mulut orang lain”
*******
*Dalam Puisi ini Sir Muhammad Iqbal, seorang penyair Parsi yang terkenal, menceritakan akan hal seorang pemuda dari Merv yang pergi menemui seorang wali Allah bernama Ali Hujwiri untuk meminta nasihat kerana selalu diganggu oleh musuh-musuhnya.
Wali Allah itu menjawab dengan penuh bijaksana,Dinasihatnya orang muda itu supaya mempelajari undang-undang hidup, dan jangan takut kepada musuh.Teguhkan semangat dan jangan sangkakan diri itu lemah.Jika disangka diri itu lemah,maka lemahlah seseorang itu.Jangan dianggap diri itu hanya badan nyata ini sahaja.Disamping itu ada jiwa atau ruh yang perlu diperkuatkan dengan iman.Semangat dan jiwa yang beriman itulah yang dapat menimbulkan keberanian dan keteguhan diri.
Pada hakikatnya, dengan adanya musuh itu, akan menimbulkan kesedaran untuk membina, membela dan memperkuatkan diri.Allah mendatangkan musuh itu agar kita berusaha dan berikhtiar untuk memperbaiki , melengkapkan dan memperkuatkan diri serta ia akan menaikkan taraf seseorang itu ketahap yang lebih mulia dan tinggi.Diri seseorang itu perlulah diperkuat dengan berpegang teguh kepada Diri Yang Sebenarnya iaitu Allah swt.Diri manusia itu perlu digantungkan kepada Allah swt.Hanya dengan itu sahaja diri itu boleh kuat dan gagah perkasa dan tidak perlu takut dan dukacita lagi.
[ Dipetik dari buku Rahsia-Rahsia Diri ( Asrar-i-Khudi) @ The Secrets Of The Self., Terjemahan Oleh Abdul Majid Haji Khatib, terbitan Pustaka Aman Press 1975, Mukasurat 61-64 ]
Sangtawal Sakranta....
Salam Perkongsian dari PPQSI-MQTK
ReplyDeletedan ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi: Perjanjian setia mereka dan dari engkau sendiri dan dari Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa Ibni Mariam dan Kami telah mengambil dari mereka: Perjanjian setia yang teguh
supaya Dia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka dan Dia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera, lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut serta angkatan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya dan Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir kamu dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah serta hati pun resah gelisah dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu , oleh itu baliklah dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi sambil berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan, pada hal dia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri.
Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur. Dan janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak.
Samb..
ReplyDeleteKalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.
Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang menghalangi di antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: Marilah bersatu dengan kami, sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.
Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu dalam pada itu apabila datang ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan. Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu, mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah Allah dan RasulNya dan itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
salam,
ReplyDeletesangtawal hamba perlukan pertolongan , kerana pembawa agama "asalama" dah mula masuk dlm blog2 rakan lain.
kita kene lakukan sesuatu. ramai2 flag blog dia.
apa2 nnt msg hamba . dlm blog.
salam.
ReplyDeletePPQSI,
terima kasih.
Q,
InsyaAllah, semoga dia diselamatkan oleh Allah swt atas apa yang dia telah kerjakan!
semoga saudara PPQSI juga sudi menasihati si Mahadaya yang sedang cuba mencari pengaruh dan pengikut di alam siber untuk menyebarkan agama barunya!
wassalam.