Tajuk : Majlis Ilmu : Bhg 1 – Basmalah
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Intro :
Dengan rasa rendah diri dan syukur kepada Allah swt ,saya ingin memperkenalkan satu siri artikel-artikel yang saya namakan ia “Majlis Ilmu”.Tujuan saya memperkenalkan siri ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua iaitu pembaca setia Blog Sangtawal Sakranta. Walaupun saya bukannya seorang berkelulusan agama, dan ilmu agama saya sangat sedikit berbanding dengan tuan-tuan semua, namun atas rasa kesedaran diri untuk menimba ilmu yang bercorak keagamaan, saya cuba gagahkan diri dan berusaha juga menulis siri-siri artikel ini , semoga mereka yang ahlinya dalam bidang-bidang berkaitan terutamanya ustaz-ustaz atau ulama-ulama di luar sana sudi mengajar, membetulkan saya dan yang paling penting sekali ialah sudi untuk berkongsi ilmu di blog ini.Segala komen dan nasihat-nasihat berguna dari anda semua, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.Saya hanya mencetuskan sedikit ilmu disini setakat yang termampu oleh saya dan semoga anda semua sudi berkongsi dan menjelaskan segalanya sehingga kita betul-betul faham tentang satu satu ilmu yang dicetuskan disini dan seterusnya kita boleh beramal dengan sempurna selepas ini.Segala puji bagi Allah swt yang mengajar kita melalui kaedah baca-tulis. Hanya Allah yang mengajar kita apa yang kita tidak mengetahuinya.
Firman Allah swt bermaksud :
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Surah Al-'Alaq : ayat 1-5)
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri, kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh), dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat). Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu, balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah dan Dia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Katakanlah lagi: Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar, Dia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib. Katakanlah lagi: Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat. Katakanlah lagi: Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat." (Surah Saba' : ayat 46-50)
Ramai orang boleh ‘mengaji Al-Quran’, malah ada orang yang mampu menghabiskan mengaji Al-Quran dalam masa yang singkat mengikut keupayaan individu tersebut, tetapi jarang dari kita yang ‘mengkaji Al-Quran’ atau ‘ mentadabbur(merenung)’ ayat-ayat Al-Quran itu dan mengambil pelajaran dari kandungannya.Oleh itu untuk memahami isi atau intipati Al-Quran itu secara lebih bermakna kita mestilah membaca tafsir mengikut bahasa Al-Quran itu diturunkan.
‘Tafsir’ berasal dari perkataan ‘al-Fusr’ yang bermaksud ‘membuka sesuatu yang tertutup’.secara istilahnya ia menjelaskan makna-makna Al-Quran itu sendiri.Mempelajari tafsir hukumnya adalah wajib.Ini berdasarkan Firman Allah swt dalan Surah Shad ayat ke-29 yang bermaksud :
“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”
Firman Allah swt dalam Surah Muhammad ,ayat 4 bermaksud :
“(setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran atau telah ada diatas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”
Maksud Tadabbur dengan lebih tepat lagi ialah merenungi lafaz-lafaz bagi mencapai pengetahuan tentang maknanya untuk mengelakkan kita terlepas dari mengambil hikmah penurunan al-Quran itu dan mengelakkan ianya menjadi lafaz-lafaz yang tiada pengaruh sama sekali kepada jiwa(hati) dan akal kita walaupun lidah kita lancar membacanya.
Abu ‘Abdurrahman as-Sullamy berkata :
“Orang-orang yang dahulu pernah membacakan Al-Quran kepada kami, seperti Usman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan selain keduanya telah menceritakan kepada kami bahawa apabila mereka belajar sepuluh ayat dari nabi Saw, mereka tidak melebihinya (menambah lagi) hingga benar-benar mempelajari kandungannya dari sisi ilmu mahupun pengamalannya.Mereka berkata,"sehingga dengan itu,kami telah belajar al-Quran,ilmu dan amal sekaligus”
Kita juga disarankan untuk memahami setiap makna ayat Al-Quran yang dibaca , lebih-lebih lagi bacaan dalam solat kita, semoga segala amalan kita itu bermakna dan diredhai Allah swt.Oleh itu usahlah kita tergesa-gesa untuk menghabiskan bacaan sebuah kitab Al-Quran atau memaksa diri untuk menghafal al-quran dalam jarak masa tertentu kerana memang tidak ada nas yang menghadkan atau menentukan supaya kita menghabiskan bacaan Al-Quran dalam masa-masa tertentu.
Disini saya ingin memetik sedikit tulisan Sheikh Muhammad Abdul Azim Al-Zarqaniy dalam bukunya yang berjudul “Menyingkap Rahsia Ilmu Al-Quran; Pembahasan Secara mendalam Tentang ‘Ulumul Quran” pada Bab 2, m/s 63 seperti berikut :
[ Adapaun Rasulullah saw mengetahui lebih tepat (Sangtawal :tentang Al-Quran) kerana beliau menerima wahyu dari Allah swt. Allah swt telah menuliskan rahmat ke dalam jiwa beliau, yang membuat beliau mampu menghafaznya, merasa mudah membacanya dengan baik dan menjelaskan maknanya yang tersirat dan tersurat. Dalam hal ini,anda dapat membaca firman Allah swt :
“Janganlah engkau (wahai Muhammad)- kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu- menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)” [ Surah Al-Qiyamah: ayat 16-19 ]
Kemudian Rasulullah saw menyampaikan apa yang diturunkan kepada beliau itu kepada sahabat dan membacanya kepada manusia dengan cara perlahan agar mudah diikuti, diucapkan dan difahami rahsia-rahsianya. Setelah itu,Rasulullah saw menjelaskannya kepada mereka dengan sabda, perbuatan, taqrir, akhlak, yakni dengan sunnah beliau. ]
Oleh itu, berapa lamakah tempoh masa yang disyorkan untuk membaca sampai khatam(tamat) Al-Quran itu? Adakah ia seminggu, sebulan, 40 hari atau setahun sekali??? Disini saya petik satu tulisan didalam “Kitab Al-Quran Dan Terjemahannya” keluaran Republik Indonesia, dalam Bab Keutamaan Membaca Al-Quran; sub judul – Membaca Al-Quran sampai khatam(tamat) , pada m/s 124 :
[Didalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali mencatat beberapa hadis dan riwayat mengenai pembacaan Al-Quran sampai khatam. Digambarkannya bagaimana para sahabat, dengan keimanan dan keikhlasan hati berlomba-lomba membaca Al-Quran sampai khatam, ada yang khatam dalam sehari semalam saja, bahkan ada yang khatam dua kali dalam sehari semalam dan seterusnya. Di dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah menyuruh Abdullah bin ‘Umar, supaya mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu. Begitulah para sahabat seperti Utsman,Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud dan ‘Ubaiyy bin Ka’ab telah menjadi wiridnya untuk mengkhatamkanAl-Quran pada tiap-tiap hari Jumaat.
Adapun mereka yang mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu, Al-Quran itu dibagi tujuh, menurut pembahagian yang mereka sudah atur. Utsman bin ‘Affan r.a pada malam Jumaat (Sangtawal : malam jumaat dalam islam bermula pada hari khamis selepas waktu maghrib), memulai membacanya dari Surah Al-Baqarah sampai surah Al-Maa-idah, malam sabtu dari Surah Al-An’am sampai surah Hud,malam ahad dari Surah Yusuf sehingga surah maryam, malam isnin dari surah Thaaha sampai surat Thaa-sim, malam selasa dari Surah Al-Ankabut sampai surah Shaad, malam rabu dari surah Tanzil sampai surah Ar-Rahmaan,malam khamis dari surah Al-Waqiaah sampai khatam.
Tapi bagi Ibnu Mas’ud lain pula membaginya : hari pertama 3 surah, kedua 5 surah, ketiga 7 surah, keempat 9 surah, kelima 11 surah, keenam 13 surah dan hari ketujuh adalah yang selebihnya hingga tamat.]
Oleh itu jika ada ajaran supaya menghabiskan Al-Quran dalam masa 40 atau 41 hari , itu adalah lebih kepada pendapat individu , maka lebih baik ajaran itu diselidiki terlebih dahulu agar ilmu dan pemikiran kita menjadi sedikit terbuka.Ia sebenarnya bergantung kepada kemampuan diri dan keikhlasan hati kita.
Sebagai mukaddimah kepada siri Majlis ilmu ini:
Marilah kita mulakan majlis kita dengan tajuk : Basmalah!
Basmalah :
“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)." (Surah An-Naml : ayat 30-31)
Ayat Al-Quran yang saya nyatakan di atas terdapat dalam Surah An-Naml,ayat 30-31, adalah satu perkhabaran tentang Nabi Sulaiman a.s dan Kerajaannya.Surat tersebut dihantar oleh Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis.Ternyata didalam surat tersebut mengandungi ucapan Basmalah.
Banyak ahli tafsir berpendapat ayat Basmalah ini telah diturunkan buat pertama kalinya kepada Nabi Sulaiman a.s dan telah diturunkan kali keduanya kepada Nabi Muhammad saw.Bukankah Nabi Sulaiman a.s mempunyai sebuah kerajaan yang hebat? Banyak ulama berpendapat kehebatan kerajaannya juga adalah berkait rapat dengan ayat Basmalah ini, malah Firaun juga amat mengkagumi ayat Basmalah ini sehingga dia menulis ayat ini diatas Pintu Gerbang Istananya. Apakah rahsianya Firaun berbuat demikian? Bukankah Firaun yang sezaman dengan Nabi Musa as dalam sejarahnya mengaku menjadi Tuhan?(tidak semua Firaun kufur , ada Firaun yang beriman).Firaun sendiri amat tahu sebenarnya Tiada Tuhan melainkan Allah swt, Cuma dia sendiri tidak mahu mengaku dan beriman dengan Allah swt Tuhan Nabi Musa as.
Bukankah ketika perjalanan Nabi Muhammad saw dalam peristiwa Israk mikrajnya ,Baginda telah melihat kalimah Basmalah ini telah ditulis dalam syurga dan ada beberapa mata air sungai yang keluar dari lubang huruf-hurufnya?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, keseluruhan Kitab-Kitab suci yang diturunkan oleh Allah swt sebelum ini semuanya terkandung didalam Al-Quran, dan keseluruhan isi Al-Quran itu terkandung dalam Surah Al-Fatihah.Kata seorang penulis buku iaitu Khairul Ghazali dalam bukunya “Misteri Aura & Energi Surah Al-Fatihah” (m/s 117 ):
[“Kandungan utama Al-Fatihah itu adalah ringkasan atau kesimpulan dari kandungan keseluruhan Al-Quran.Sedangkan kandungan Surah Al-Fatihah telah terhimpun di dalam kalimat “Bismillahir rahmanir rahim” dan kalimah Basmalah tersimpul lagi dalam titik ba’ Bismillah”].
Tulis Khairul Ghazali lagi dalam bukunya diatas ketika menerangkan tafsir Basmalah seperti berikut (m/s 120-121):
[“Basmalah” adalah satu ayat yang tersendiri, diturunkan oleh Allah untuk menjadi induk atau ‘pembuka’ bagi setiap surah dan dan sekaligus sempadan antara satu surah dengan satu surah yang lain”
Imam Malik beserta ahli qira’at dan Fuqaha Madinah,Basyrah dan Syam, dan juga Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa Basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah atau dari satu surah lain yang dimulakan dengan Basmalah itu.Basmalah tidak dibaca kuat dalam Solat Jahr(solat yang dibolehkan menguatkan bacaan).Sedangkan menurut Imam malik dibolehkan tidak membaca Basmalah sama sekali.
Basmalah adalah satu ayat dari Surah Al-Fatihah dan dari surah yang lain,yang dimulakan dengan Basmalah.Ini adalah pendapat Imam Shafie beserta ahli Qira’at Makkah dan Kufah.Oleh itu menurut mereka, Basmalah boleh dibaca dengan suara keras dalam solat jahr.
Kalau kita perhatikan bahawa sahabat Rasulullah saw telah sependapat( ijmak) menulis Basmalah pada permulaan setiap surah kecuali surah At-Taubah kerana memang dari mula turunnya tidak dimulakan dengan Basmalah.
Rasulullah saw melarang menulis sesuatu yang bukan Al-Quran supaya tidak bercampur aduk dengan Al-Quran.Oleh itu mereka tidak menuliskan ‘aamiin’ di akhir surah Al-Fatihah kerana tidak ada arahan secara langsung dari Rasulullah saw.]
Tulis beliau lagi dalam buku yang sama pada m/s 122-123 berkaitan dengan kalimah Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim :
[ ‘Allah’ ialah nama bagi Zat yang ada dengan sendiriNya atau Zat Wajibul Wujud.Perkataan ‘Allah’ itu hanya digunakan oleh bangsa Arab kepada Tuhan yang sebenarnya, yang berhak disembah dan yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.Mereka tidak menggunakan perkataan itu untuk tuhn atau dewa-dewa mereka yang lain.
Perkataan ‘ar-Rahman’ berasal dari ‘ar-Rahmah’ yang bererti ‘belas kasihan’. Iaitu satu sifat yang timbul dari perbuatan memberi nikmat dan kurnia.Jadi erti ar-Rahman ialah yang berbuat(memberi) nikmat dan kurnia yang banyak.
Perkataan ‘ar-Rahiim’ juga berasal dari ‘ar-Rahmah’.Erti ‘Rahiim’ ialah ‘orang yang mempunyai sifat belas kasihan dan sifat itu ‘tetap’ padanya selama-lamanya’.
Dengan demikian ‘ar-Rahmaanir Rahiim’ bererti “Tuhan telah memberi nikmat yang banyak dengan kemurahanNya dan telah melimpahkan kurnia yang tidak terhingga, kerana Dia adalah bersifat belas kasihan kepada makhlukNya”.
Oleh kerana sifat belas kasihan adalah satu sifat yang tetap padaNya, maka nikmat dan kurnia Allah tidak akan putus.]
Persoalan berkenaan samada Basmalah termasuk dalam Surah Al-Fatihah atau tidak, maka pendapat yang arjah(terkuat) ialah seperti pendapat Imam Shafie, iaitu ia termasuk dalam surah Al-fatihah lalu Surah Al-Fatihah dikira tujuh ayat.Inilah yang dimaksudkan dengan Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya” (Al-Hijr : 87)
Disini saya siarkan satu artikel pilihan yang menarik , ditulis oleh Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dalam ruangan Bicara Agama di akhbar Utusan Malaysia : Klik Sini
[ Basmalah.
Artikel oleh : DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.
Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.
Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.
Dicabut
Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus. Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus' di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.
Al-Alusi dalam kitabnya - Ruh al-Ma'ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma' ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan basmalah.
Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.
Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah' yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah.
Inilah ajaib nama ini.
Perbezaan antara Allah dan ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya ilah menunjukkan umum, sama-ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil.
Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.
Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :
1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.
2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.
Kenapa disebut dengan nama Allah, bukan Allah sahaja?
Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya : Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.
Kedua, al-Allamah Abu Su'ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin. ]
Saya juga sangat tertarik bila membaca satu kajian ilmiah yang ditulis oleh saudara Shahrul Nizam dan saudari Noor Hayati Marzuki dari Pusat pengajian Sains Matematik USM dalam kertas kerjanya bertajuk : “Analisis Kalimah Al-Basmalah Menurut Kacamata Matematik”.
Mereka telah mengupas dan menolak pendapat yang mengatakan jumlah huruf Basmalah itu 19 huruf sebaliknya huruf basmalah ialah 24 huruf. Saya bukan mengesyorkan anda semua mempercayai angka-angka seperti 19 atau 24, tetapi membaca huraian mereka berkaitan dengan Basmalah mengandungi 24 huruf dengan 4 sukukata iaitu 4+5+8+7 adalah sangat menarik bila mereka mengaitkan angka-angka ini dengan makna serta tafsir Basmalah itu sendiri.Untuk bacaan lanjut, sila Klik Sini
Banyak khasiat dan faedah membaca Basmalah ini, rasanya tidak perlu lagi saya senaraikan disini, kerana saya percaya anda semua sudah maklum berkaitannya, Cuma saya amat tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Saifudin dalam blog iluvislam berjudul : Fahaman Karut 786.Sila baca artikel beliau dibawah:
Klik Sini
[Pendahuluan
Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih ‘bagus’ dan lebih diredhai oleh Allah. Ada yang lebih Islamik, mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat ‘keberkatan’.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran perkara ini? Benarkah 786 bererti kalimah Basmalah? Sekiranya benar, apakah signifikannya di dalam Islam?
Nilai Gematrika (Gematrical Values)
Terdapat dua kaedah dalam penyusunan huruf hija’iyah (huruf Arab). Kaedah pertama ialah cara susunan biasa bermula dengan Alif, Ba, Ta, Tsa dan seterusnya. Satu lagi kaedah lain disebut sebagai Abjad numeral’s method atau ordinal method. Thomas Patrick Hughes dalam kamusnya Dictionary of Islam menjelaskan makna Abjad sebagai:
"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."
Secara mudahnya, cara susunan huruf kaedah Abjad adalah seperti di jadual berikut:
Nilai Huruf Arab Cara Sebutan 1 Cara Sebutan 2
1 أ أَبْجَد أَبُجَدٍ
2 ب
3 ج
4 د
5 ه هَوَّز هَوَزٍ
6 و
7 ز
8 ح حُطِّي حُطِيَ
9 ط
10 ي
20 ك كَلَمَن كَلْمَن
30 ل
40 م
50 ن
60 س سَعْفَص سَعْفَص
70 ع
80 ف
90 ص
100 ق قَرْشَت قُرِشَت
200 ر
300 ش
400 ت
500 ث ثَخَذ ثَخُذ
600 خ
700 ذ
800 ض ضَظِغ ضَظُغ
900 ظ
1000 غ
Kaedah ini hakikatnya adalah hasil cedokan dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ‘seni’ ini, terdapat di kalangan Muslim (yang sudah tiada kerja) menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.
Satu Bentuk Penghinaan
786 hanyalah satu nilai yang tidak membawa sebarang maksud. Sekiranya saya memberikan nombor 66, 92, 352, 296 dan 62, dengan menggunakan kaedah Abjad adakah anda mengetahui apakah maksud di sebalik nombor-nombor tersebut? Buat pengetahuan anda, nombor-nombor tersebut adalah numerical values untuk kalimah Allah, Muhammad SAW, Qur’an, Rasul dan Nabi!
Kita semua sedia maklum setiap banduan mempunyai nombor mereka yang tersendiri dan mereka lazimnya dipanggil dengan nombor tersebut. Sebagai seorang Muslim yang waras, tergamakkah kita menyamakan banduan dengan Allah dan Rasul dengan memanggil mereka dengan nombor-nombor tertentu? Bukankah satu penghinaan apabila memanggil seseorang dengan panggilan nombor? Apatah lagi menukar ayat-ayat dari Al-Quran dan surah kepada nombor lantas sesuka hati menyatakan ini adalah ayat Al-Quran.
Kesilapan Dalam Pengiraan
Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم, ayat pertama dari Al-Quran bermaksud ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’. Apakah 786 mempunyai maksud yang sama seperti kalimah tersebut? Tidak.
Sekiranya diteliti, hakikatnya jumlah nilai sebenar untuk kalimah Basmalah adalah 787 dan bukannya 786. Sungguh memalukan numerologis yang mengasaskan 786 ini tidak mampu menyelesaikan masalah arithmetik yang begitu mudah. Numerologis tersebut telah terlupa untuk memasukkan sekali huruf Alif ke dalam pengiraan dalam kalimah الرحمن yang sebenarnya dieja الرحمان.
Sekiranya juga kalimah بسم dieja dengan ejaan sebenar, باسم dan tanda shaddah pada kalimah الله dikira sebagai satu huruf yang lain, nilainya malahan melebihi 787!
Dengan sedikit imaginasi dan kekreatifan, 786 hakikatnya boleh ditukarkan kepada pelbagai frasa sama ada mempunyai maksud mahu pun tidak. Sebagai contoh, perkataan الأمير المؤمنين عليه السلام juga mempunyai nilai 786. Ini hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang boleh didapati. Contoh ini sudah cukup menjadi bukti mudah bahawa 786 bukanlah membawa maksud yang khusus untuk Basmalah.
Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab
Firman Allah subhaanahu wa ta’ala:
Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. [Al-Fusshilat : 3]
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]
Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata. [An-Nahl : 103]
(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata.
[Asy-Syu’ara’ : 195]
Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Yusuf : 2]
Berdasarkan dalil-dalil di atas, sudah jelas dan terang bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan bukannya dalam nombor arithmatik. Mengapa pula kita sibuk mahu menterjemahkannya kepada nombor? Mengapa tidak saja Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Bukankah itu lebih ‘indah’, lebih ‘seni’ dan lebih ‘mukjizat’ berbanding bahasa Arab? Apa mesej yang boleh manusia terima sekiranya Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Hal ini hakikatnya adalah suatu kesilapan dan kebodohan.
Dalil Membantah Pendapat Yang Membenarkan
Sesetengah ulama yang membenarkan penggunaan 786 sebagai ganti kepada Basmalah menggunakan alasan sekiranya bimbang tidak menghormati kalimah tersebut sekiranya ditulis dengan penuh. Namun yang demikian, di dalam surah An-Naml ayat 30:
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,”
Dalam ayat tersebut, Nabi Sulaiman sendiri tidak bimbang menulis Basmalah di dalam surat yang akan diserahkan kepada Ratu Balqis yang ketika itu masih kafir. Di dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri memerintahkan Saidina Ali menulis kalimah Basmalah dalam nas perjanjian tersebut. Akan tetapi ditukar kepada Bismikallahumma bukan kerana Rasulullah bimbang kalimah itu tidak dihormati, tapi kerana orang Musyrikin Mekah tidak memahami maksud Ar-Rahmaan.
Malahan, Rasulullah SAW ketika menghantar surat kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, Kisra Raja Parsi dan Kaisar Rom dan para pemerintah negeri lain untuk menyeru mereka memeluk Islam, baginda menulis Basmalah pada permulaan surat. Rasulullah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan kemungkinan mereka akan menghina kalimah Basmalah dengan cara mengoyak, membakar atau memijak surat tersebut.
Berdasarkan dalil Al-Qur’an dan sunnah di atas, apakah masih relevan menggunakan alasan ‘ditakuti akan menghina kalimah Basmalah’? Apakah mereka tidak sedar bahawa menukar kalimah kepada nombor yang langsung tiada signifikan sebenarnya telah pun menghina dan tidak menghormati kalimah tersebut?
Tiada Pahala
Kita diperintahkan untuk membaca Al-Quran seperti firman Allah dalam ayat berikut
"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]
Apakah seseorang itu boleh membaca Al-Qur’ran sekiranya ditukarkan kepada nombor? Sebagai contoh, kita cuba tukarkan surah Al-Fatihah kepada nombor seperti di dalam jadual berikut:
Ayat Nilai
بسم الله الرحمن الرحيم 787
الحمد لله رب العالمين 632
الرحمن الرحيم 618
مالك يوم الدين 242
إياك نعبد و إياك نستعين 836
اهدنا الصراط المستقيم 1073
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضلين 6001
Jumlah 10189
Apakah dengan ini bermakna cuma menyebut 10189, bererti kita sudah membaca keseluruhan Al-Fatihah dan mendapat pahala? Apakah dengan ini bermakna sekiranya kita mahu membaca Al-Fatihah 10 kali, cukuplah kita mendarabkan 10189 dengan 10 menjadi 101890, dengan kata lain cukup 10 kali? Apakah dengan sebegitu mudah kita boleh mendapat ganjaran pahala?
Nabi SAW pernah bersabda :
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."[Riwayat Ibnu Mas’ud]
Jelas dalam hadis ini bahawa untuk mendapatkan pahala, Al-Qur’an perlu dibaca dengan huruf Arab, dan bukannya nombor.
Fatwa Mengharamkan
Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :
Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor
Penutup
Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an. Wallahua’lam.]
*******
Demikianlah beberapa artikel yang saya siarkan di atas berkaitan dengan Basmalah, semoga anda semua mendapat sedikit manfaat dari artikel-artikel yang saya sampaikan.Jika tersalah atau tersilap,saya memohon maaf dan tolong betulkan .Semoga anda semua sudi berkongsi ilmu anda berkaitan dengan Basmalah di ruangan komen dibawah.
Sesungguhnya belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah kewajiban suci lagi mulia.Rasulullah saw ada bersabda : “Yang sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. Dalam Hadis lain Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat”. Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas , Rasulullah bersabda bermaksud : “Siapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang terkandung didalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat”
Sekian, Wassalam.
Sangtawal Sakranta....
Nantikan siri artikel Majlis Ilmu: Bhg-2 : Samudera Al-Fatihah....
bagus juga apa yg disiarkan ini sbb nombor ni memainkan peranan dlm hidup kita seharian...tetapi bukanlah nombor itu akan membawa tuah atau sebagainya. org melayu skrg ni terutama kaki2 ekor gemar menggunakan nombor ini sebagai ramalan mereka, diharapkan artikel ini dpt menyedarkan org yg membacanya. Saya ada musykil satu perkara, berapakah jumlah huruf dlm kalimah bismillahirahmanirrahim itu? byk juga pendapat yg saya dgr, kalau ada yg komen kat sini boleh tolong jelaskan atau saudara sang tawal sendiri, amatlah besar terima kasih dpd saya. semoga perkongsian ilmu ini di rahmati Allah.
ReplyDeleteSalam Perkongsian PPQSI
ReplyDeleteDan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab , maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri .
Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya dari mendapat sebarang kebaikan.
Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati amatlah sedikit kamu bersyukur.
Dan Dialah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?
Salam Perkongsian PPQSI
ReplyDeletebahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu.
Mereka berkata: Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?
Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini kami dan datuk nenek kami dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala.
Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?
Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?
Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa?
Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta dia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!
Mereka akan menjawab: (Segala-galanya) dikuasai Allah.
Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?
bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
Samb..
Salam Perkongsian PPQSI
ReplyDeleteAllah tidak sekali-kali mempunyai anak dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka itu.
Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.
Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia).
Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu.
Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.
Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
Samb..
Salam Perkongsian PPQSI
ReplyDeleteWahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.
Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku.
Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula.
Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahanam.
Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.
Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?
Al Quran dan semua kitab2 dan suhuf2 terdahulu diturunkan di dlm satu bahasa iaitu Arabia (Alif Ra Ba Ya Alif) dan bukan Arab (Alif Ra Alif Ba). Jika di baca tanpa baris, iaitu di dlm bahasa arabia ianya berbunyi Basama Allaha (Ba-Dgn, Sama-Nama, Allaha). Byk kitab2 Melayu di zaman dahulu yg ditulis di dlm jawi turut menuliskan ayat2 al quran tanpa baris dan tanda. Sumber: Laman web Universiti Malaya dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
ReplyDeletemahadaya
ReplyDeletesejak bila arab dieja menggunakan huruf "alif"? bukankah ia dieja menggunakan huruf "'ain"?
Di ATASnya ada 19.(30) Al Mudatthir.
ReplyDeleteJika kita membaca al quran, apakah ayat yg diATAS sekali pada setiap surat. Sudah tentu kalimah Basama dan ianya mmg mempunyai 19 huruf padanya.
Salam,
ReplyDeleteDan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, dan untuk itulah Allah menjadikan manusia dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan sekalian jin dan manusia.
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu, untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya. Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan
Dan tunggulah! Sesungguhnya kami juga menunggu.
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan, Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
alhamdulillah sdra ...entri sdra sgt menarik wp sdra merendah diri entri ini menunjukkan ketinggian ilmu sdra
ReplyDeletetak mengapalah ttg angka 786 kawan tamil muslim saya kata fadhilat bismillah pd saya 7 sifat maani 7 sifat maknuyah 1 sifat rahsia = 8 1 + 5 = 6 sifat sifat salbiah & napsiah..yg mencabar nak mencaari satu sifat rahsia yg tengah tengah tu ( 7 + 1= 8 )
tajuk buku Abu Sangkan ( dzikirullah.com ) ialah berguru kpd Allah ..adik angkat saya ( bila tgk saya baca buku itu ) perli saya ..hebat sgt ke abg nak berguru kpd Allah..datanglh surau ..setiap malam jumaat uztaz dtg mengajar katanya..
ReplyDeleteapa komen sdra ? Segala ilmu milik Allah ..tentulah Allah yang mengajar kita kalau DIA hendak mengajar kita..apa dalil aqli dan naqli..tanya adik saya tu..pening kepala ke hendak memikirkan jwpn..biarlah Allah menyampaikan jwpn kepadanya ...itulah khatratnya
Bacalah dengan menyebut nama tuhan kamu ..tuhan yang mengajar dengan kalam ( pen / berkata2 )IQRA'..ilmu yang mana boleh menjelaskan ayat ayat ini..tentulah ilmu tasauf khasnya Ilmu Hakikat. Suatu hari saya melawat kuil hindu bersama adik angkat india saya nama mutek..dia menunjukkan dan menjelaskan ttg patung patung yg ada dikuil tsbt..itu dia kata yg buat kita bang..itu bini dia..itu anak dia..selepas itu kami meninggalkan kuil ..dlm kereta saya kata pd mutek..syglah mutek..tuhan kau kahwin..dia buat perempuan cantik dialah yg kahwin dulu..kita dapat yg buruk2 ajelah..mutek melenting..dia kata nasib baik abg tak kata gitu masa kat kuil..kalau tidak abg akan bisu..saya kata taulah itulah bila dah keluar baru aku nak sebut..dia dah tak dgr dah ..2 - 3 bulan selepas itu mutek menemui saya ..dia kata apa yg abg ckp pasal tuhan kuil tu ..betullah bang..tak msk akal tuhan kahwin dan beranak...salahhlah agama hindu ni bang...tuhan org islam mcm mana bang tanya mutek pd saya ..dgn bangganya ( kerana saya harap mutek akan msk islam ) saya menjelaskaan ttg Allah berdasarkan Sifat 20..bila sampai ke bab MUTAKALLIMUN ...mutek bertanya tuhan abang boleh cakap tamil ke ?
ReplyDeletesambungan cerita simutek..
ReplyDeletesaya kata tentulah ..semua bahasa Allah yg cipta...tu sbb rupa kau dan aku sama..semua manusia rupa sama semua lubang hidung ke bawah takda yg ketas..kalau Allah buat lubang hidung keatas kena pakai payunglah ..kata saya pd mutek..Abang ada dengar ke tuhan abg cakap tamil ke ?..tanya mutek seterusnya..saya bengang dgn soalan itu dan berasa sgt malu..sbg org yg mengaku Islam bertuhankan Allah tak dapat menjawab soalan itu...3 bulan saya berkelana mencari jwpn..ada jwpn diterima tapi otak saya tak dpt terima..lebai besar kata ..laisa kamashlihi saiun..Allah berkata2 tanpa huruf dan tanpa suara..otak saya kata kalau bercakap tentulah ada suara ..kalau tidak taklah dikatakan berkata atau bercakap..dlm kebengangan saya baca Quran..buka aje terbaca kenyataan Allah ..kepada Allahlah kembalinya segala persoalan..alamak terhukum aku kerana melanggar tauhid..kata saya kpd diri sendiri..saya mengadah tangan meminta jwpn Tuhan saya..esoknya bangun tidur saya tersenyum..hingga isteri saya pelik tgk saya..mcm saya dah diberi jwpn oleh Tuhan saya..bersambung.
Salam ziarah,
ReplyDeletebagus penulisan saudara sangtawal.
teruskan usaha saudara dalam memberi ilmu2 yang berguna seperti ini kepada bacaan umum. utk pengetahuan saudara, saya telah link kan blog saudara dalam halaman saya.
berkenaan mahadaya diatasa tu, dia tu dh terkatagori dalam ajaran sesat. jangan ikut kata2 dia...
'bradokapak'
http://bradokapak.blogspot.com
Salam semua,
ReplyDeleteTerima kasih atas sambutan dan sokongan buat siri artikel majlis Ilmu ini.
Jmazli,
Terima kasih kerana selalu memberikan komen-komen yang bernas dalam blog ini.Ya, masyarakat kita banyak terpengaruh dengan nombor-nombor dan angka ni,kepercayaan kepada nombor dan membeli nombor ekor masih menjadi amalan.
Tentang berapakah bilangan huruf Basmalah itu, memang banyak pendapat berbeza, tetapi saya secara peribadinya lebih kepada jumlah 19.
PPQSI,
Terima kasih atas perkongsian. ada blog ke? boleh bagi URL blog tuan?
Boleh ke sertakan nombor ayat bagi setiap ayat al-quran yang ditulis? senang kami untuk merujuknya.Kalau kita baca sejarah penyusunan dan penulisan al-quran, nombor ayat itu penting.jika kita baca banyak kitab-kitab lama yang ditulis oleh ulamak-ulamak hebat silam, mereka menulis ayat al-quran dan disertakan dengan nombor ayat juga.mengapa mereka tulis nombor ayat? padahal mereka lagi hebat dan hafaz al-quran di usia lebih muda dari kita.mungkin ada hikmahnya bila tulis nombor ayat tu, terutamanya untuk tujuan rujukan.maaf jika teguran saya mengguris hati anda.
Mahadaya,
mengapa sekarang dah tak boleh masuk blog saudara? dah kena hack ke/ takkan MAHADAYA tak terdaya nak halang serangan hackers?
oh ya, mengapa bila nak berak atau nak kencing, kamu sebut naka baraka atau naka kanacanga (semua baris atas)!!!
yang saudara suruh rujuk tu- angka 19 tu ialah bilangan malaikat penjaga neraka,walaupun ada juga tafsiran lain dari itu untuk angka 19 tu, jika kamu kata semua surah dimulai dengan ATAS, mana ATAS untuk surah al-Taubah pula???
Fizi,
betul kata saudara tu, jangan dilayan sangat si Mahadaya tu, dulu nama dia kebenaran asalama! dia ni bercita-cita tinggi, kononnya nak bawa ajaran atau syariat Nabi Ibrahim, dia anti-hadis,Nabi Muhammad hanya membawa syariat Nabi Ibrahim je baginya dan banyak lagi lah pembaharuan-pembaharuan atau idea-idea yang dibawa oleh encik asalama ni.
Layar merah,
terima kasih atas komen dan sokongan.
Menarik cerita yang saudara kongsi bersama disini!
tentang buku Abu Sangkan tu- "menghidupkan kecerdasan emosional dan spiritual- BERGURU KEPADA ALLAH" tu saya sudah membacanya dan saya memiliki buku tersebut, bagi saya, untuk membaca buku tersebut, seseorang itu mestilah faham terlebih dahulu perkara-perkara asas dalam tasawuf,melihat kepada kata pengantar oleh arwah Gus Dur di m/s xiii,(ilmiah tapijangan diilmiahkan),kita melihat buku ini sedikit bercorak islam liberal.
Seperti juga kata Drs Yadi Purwanto di m/s xix,"buku yang berjudul berguru kepada Allah, secara keseluruhan berisi tentang upaya manusia yang tidak pernah berhenti dalam mencari dan mendekat
kepada Tuhannya.Inilah refleksi gharizah tadayyun(naluri beragama) yang menjadi ciri makhluk manusia" saya bersetuju dengannya TETAPI saya tidak bersetuju bila beliau berkata "Sehingga buku ini menjadi semakin bermakna apabila kita membacanya sambil berlatih untuk bertrasendensi diri"
sauadara juga harus berhati-hati bila masuk ke m/s 179 dan seterusnya terutamanya bila memasuki Mekanisme Latihan Kesadaran Ihsan I(Datang,memanggil dan berkomunikasi dengan Allah), II(pengembalian seluruh milik Allah) dan III(fana).
pada pendapat saya, penulis buku tidak sepatutnya menceritakan kepada pembaca tentang keadaan fana itu, kerana ia sangat halus,seni dan pengalaman itu tidak serupa diantara seseorang salik.
sila perhatikan sarana-sarana tafakur pada m/s 126 dan jadual 12 tahapan abu sangkan di m/s 129 itu amat mengelirukan umat islam.
bradokapak,
terima kasih atas komen dan sokongan.terima kasih kerana jadi follower dan link blog saya ke blog saudara.insyaAllah saya akan ziarah blog tuan.
wassalam.
Salam..
ReplyDeleteSaudara Sangtawal..
Mengenai Mahadaya tu saya ada sedikit kemuskilan tentang nama Mahadaya kerana jika dieja dalam tulisan jawi (mengikut semua teori Mahadaya), Mahadaya = Mim+Ha+Dal+Ya (Semua berbaris atas). Sedangkan bila dieja dalam tulisan arab misalnya, Mim+Ha+Dal+Ya = Mahadi@Mahdi. Adakah Mahadaya mengaku dia adalah Imam Mahadi@Mahdi? Minta saudara Sangtawal dah sahabat2 lain siasat..
Wallahualam..
Salam..
ReplyDeleteGood job.
Salam,
ReplyDeleteSama-sama.. artikel kamu byk yang menarik dan harus dikongsi lagi pada pembaca lain yg belum baca.
sy pn xtahu apa jadi dgn blog dia. Dlm hati ni ingat nk flag je smlm tp cam xleh masuk. Jadi sy pn batalkn niat. hehe
semoga dia insaf, nk tegur pn degil jadi abaikan je apa dia cakap.
saya ade belajar tentang huruf2 hijaiyah nie didalam kitab tauhid Aqidatun Najin.. oleh imam nawawi al-banteni.. ulama agong.. bab nabi isa as mengulas huruf2 hijaiyah, ayat basmalah & lain2.. tu lah orang sekarang nie.. ilmu x sampai ke situ abis sumer dikate nyer bid'ah, sesat, perkara dibuat2.. kenapa tak diperbetul kan dulu aqidah kite? nie nampak bomoh bela jin sesat, khurafat, syirik.. abis tu Nasi Sulaiman bela jin jadik kn hamba suruhan tu syirik ker? aqidah/tauhid dari zaman nabi adam sampai sekarang tetap satu.. syirik ker nasi sulaiman sebab bela jin ifrit (jin kafir)?
ReplyDeletebagi ustaz2 & ulama' kontemporary sekarang nie maklum ah selalu masuk TV.. belajar ah lagi.. dalami ah ilmu tauhid dgn guru yg mempunyai sanad perguruan yg betul.. cari ah kitab2 turas peninggalan ulama2 dulu..
wassalam..
@al-Banteni
ReplyDeletesaya rase jangan la kita nk mara atau salahkan Ustaz @ ulamat "kontemporary" . mereka cuba buat yg terbaik dan mungkin "itu" bukan bidang mereka.
perbezaan pendapat itu adalah suatu yang lumrah dlm hidup manusia. :) cume org yang mengerti maka kita maafkanlah mereka yang tidak memahami. (itukan lebih baik :)
Waallahualam.
Salam Perkongsian PPQSI,
ReplyDeleteMinta maaf sahabat, apa yang ku tulis ada sengaja tidak di maklumkan surah..
sesungguhnya Al-Quran itu Qadim..
Surah adalah yang telah di buat oleh ulama selepas rasullullah.. Para sahabat dulu pun di bacakan Al-quran kepada masyarakat tanpa mereka sebutkan surahnya..
Sesungguhnya Sunatullah tidak pernah berubah.. dan Al-Quran itu Hidup, kekal dan tidak pernah berubah..
Ambo hanyalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira..
Salam Perkongsian PPQSI,
ReplyDeleteKetahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.
Salam Perkongsian PPQSI,
ReplyDeleteMaha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya , untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
Dan mereka mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.
Dan orang-orang yang kafir itu berkata: ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain. Maka sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.
Dan mereka berkata lagi: Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang.
Samb..
salam saudara Tawal,sudah lama tidak menjenguk blog saudara dan hari ini berpeluang untuk kembali meluahkan ttng perkembangan dunia hari ini.
ReplyDeletemenarik artikel saudara. Sy ada terbaca blog zamany ttg Iblis dan musuhnya mukasurat 4 dan agak terkilan juga di dalam artikel dan komennya dengan mengatakan syeikh siti jenar termasuk dalam golongan sesat,sy bukan nak membetuli ajarannya dan menafikan ajaran wali songo tetapi sy rasa bukanlah kita untuk menghukum seseorang itu sesat tanpa kita sendiri mengalimi apa yang di bawa olehnya, cumanya ajarannya tidak sesuai untuk dibincangkan di ruangan umum.
begitu juga dengan apa yang dikatakan ttng martabat 7 yang di bawa oleh ahmad laksamana. Janganlah kita memandai meletakkan seseorang itu sesat tanpa kita alimi dahulu sesuatu ilmu yang di bawa.
ingatlah saudara semua, kita bersyariat muhammad bukan dengan menafikan tarikat, hakikat dan akhirnya ke arah makrifatullah. tanpa ada perjalanan manakan kita dapat hendak mengenal Allah. Dan bermulanya agama dengan mengenal Allah.
wallahualam.
Salam semua,
ReplyDeleteSMC,
terima kasih atas komen.Berkaitan dengan Mahadaya tu, kalau tuan ikuti perkembangan tulisan beliau, beliau lebih cenderung menjadi utusan Allah meneruskan syariat nabi Ibrahim a.s jika berbanding dengan kecenderungannya untuk menjadi Al-Mahadi.
Mama dan Ihya,
terima kasih :)
Al-Banteni,
kena faham dulu apa beza antara Jin,iblis dan syaitan.
Kehebatan Kerajaan Nabi Sulaiman a.s tidak sama dengan kehebatan para bomoh@tok bomoh@tok gomo zaman ini.
Memang ada jin islam,malah dizaman nabi Muhammad ,para sahabat boleh melihat sendiri rupa mereka.
Jangan mudah memandang rendah kepada ulama kontemporari.Dengar, fikir dan kaji apa yang dia sampaikan, jangan lihat kepada sijil atau rupa paras penampilannya, pandangan mata mudah tertipu tetapi pandangan dan penilaian dari hati nurani biasanya lebih baik dalam hal ini.Apakah ulamak konvensional yang mengajar di pondok-pondok dengan cara hafalan total kitab satu-satu itu dengan ayat yang berjela-jela seperti begini : " adapun demikian itu dinamakan akan dia dibolehkan ia dan banyak lagi...." itu sesuai untuk menarik perhatian muda-mudi dimedan dakwah? apakah tumpuan dakwah itu hanya kepada orang tua saja? perkara ini perlu ada pembaharuan dalam cara penyampaian dakwah.ini bukan bermaksud saya tidak menyukai cara lama, tetapi bagi saya kombinasi antara keduanya adalah yang terbaik!!!
Q,
ermm...setuju dengan saudara.
anon@3.02pm,
Terima kasih atas komen.
Tentang sheikh siti Jenar, banyak pendapat ulamak yang berbeza berkenaan dengan beliau, beliau memang engkar sunnah, namun untuk mengatakan dia sesat, saya tidak berani kerana dia 'berada pada kelasnya yang tersendiri' dan tidak sesuai dibincangkan secara terbuka.Hanya Allah swt saja yang Maha Tahu.
Martabat tujuh itu hanya nama glamour ajaran ini di tanah melayu, tetapi ajaran itu sebenarnya sudah lama bertapak dialam melayu - iaitu wahdatul wujud.sila rujuk artikel-artikel lama saya berkaitan dengan ilmu tasawuf peringkat tinggi Hamzah fansuri dan pertembungan dengan pengkhianat si sheikh Nuruddin .Tentang ajaran ahmad laksamana melalui bukunya hakikat insan itu perlulah diperhalusi lagi, atau lebih baik merujuk semula kepada guru yang mursyid.
ya, saya sangat setuju dengan ayat terakhir saudara itu."awaluddin makrifatullah"
terima kasih sekali lagi buat semua.
wassalam.
salam saudara sangtawal..
ReplyDeletesaya amat tertarik dgn artikel yg saudara sampai kn.. terima kasih..
kepada saudara Al-Banteni.. x sangka masih ade lg generasi sekarang masin mempelajari kitab2 turas.. saya sgt kagum.. terus kn pembelajaran anda.. cuma ade sedikit pembetulan mengenai pengarang kitab Aqidatun Najin.. bukan imam nawawi tetapi Syeikh Zainal Abidin Al-Fathani.. Kitab tauhid agung..
salam Kitab Turas,
ReplyDeleteterima kasih atas komen dan info berkaitan dengan pengarang kitab tersebut, tak silap beliau ni cucu kepada sheikh Daud al-fathani, betul ke?
wassalam.
salam saudara sangtawal..
ReplyDeleteSangat benar.. Syeikh Zainal Abidin Al-Fathani adalah cucu kepada pengarang kitab Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut) al-‘Allamah Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani @ Syaikh Nik Mat Kecik (wafat di Mekah tahun 1333H/1914M).. Tarikh selesai dikarang: 12 Sya’ban 1303H/16 Mei 1886M.. kitab fiqh mazhab syafie..
suatu masa dahulu kitab ini menjadi rujukan di sekolah2 agama negeri johor.. :)
salam Kitab Turas,
ReplyDeleteterima kasih atas info! :)
wassalam.
terima kasih sang tawal atas pandangan saudara itu, saya amat teruja bila membaca komen pada artikel kali ini kerana byk ilmu dan pandangan yg dpt dikongsi bersama. semoga sang tawal akan dtg dpt menulis artikel2 ilmu seperti ini utk di bincang bersama. insya allah
ReplyDeletesalam Jmazli,
ReplyDeleteterima kasih dan insyaAllah :)
wassalam.