Thursday, March 11, 2010

Benarkah Itu Makam Nabi Isa a.s ?


Tajuk : Benarkah Itu Makam Nabi Isa a.s ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Berita tentang penemuan makam Jesus atau Nabi Isa menjadi satu topik yang hangat dibicarakan sekitar penghujung tahun 90-an dulu berikutan dakwaan penemuan makam keluarga Nabi Isa di Talpiot , Jerusalem, Palestin.

Kota Jerusalem yang menjadi tanah suci bagi 3 agama besar iaitu islam,yahudi dan nasrani memandangkan ia menjadi tanah yang penuh berkat , mempunyai nilai sejarah yang berharga dan tempat kelahiran beberapa orang Nabi dan Rasul yang membawa ajaran samawi. Atas sebab itulah juga kota itu masih menjadi rebutan hingga kini.

Kisahnya bermula dalam tahun 1980,ketika Solel Boneh, sebuah syarikat pembinaan Israel yang sedang membuat kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan di Talpiot, selatan Jerusalem tiba-tiba menemui sebuah batu besar yang membawa kepada penemuan sebuah pintu gerbang sebuah gua . Batu besar itu rupa-rupanya adalah penutup kepada pintu gerbang gua itu.Setelah dikaji dengan teliti rupa-rupanya didalam gua tersebut terdapat beberapa makam kuno dan para pengkaji telah menemui sebanyak 10 buah osuarium, iaitu sebuah kotak yang diperbuat dari batu kapur yang berfungsi sebagai keranda mayat!

Syarikat pembinaan itu dan beberapa syarikat pembinaan lain terpaksa menghentikan kerja-kerja pembinaan kerana mereka menemui semakin banyak bahan-bahan antik dan kawasan itu semakin menjadi tumpuan para pengkaji dan pakar arkeologi.

Yang menjadi misteri dan persoalannya ialah, satu daripada 10 osuarium itu telah hilang, sementara 6 osuarium lain , setiap satunya tertulis satu tulisan dalam bahasa Aram yang berbunyi : Jesus anak Yusuf, Maria, Mariamene e Mara , Joses, Matius, dan Judah anak Jesus.Para pengkaji membuat kesimpulan bahawa semua nama tersebut hanyalah kebetulan sahaja, bukan nama yang termaktub dalam injil.

Setelah kesemua osuarium itu dipindahkan dan didaftarkan di Lembaga Purbakala Israel, tulang-tulang rangka mayat itu diserahkan kepada Lembaga Yahudi Ortodoks untuk dimakamkan kembali.

Pada tahun 1996, iaitu selepas 16 tahun dari penemuan itu, Dokumentari penemuan tersebut barulah ditayangkan oleh Stesyen TV BBC di London dengan tajuk The Body In Question. Pada waktu itu tiada sebarang reaksi dari mana-mana pihak sehinggalah pada tahun 2002, seorang wartawan Israel pembuat filem iaitu Simcha Jacobovici tertarik untuk mengkaji dan mengadaptasikan cerita penemuan itu kedalam sebuah filem. Dia telah berkerjasama dengan James Cameron (pengarah filem Titanic, avatar dll- seorang illuminati) dan telah dibiayai oleh Discovery Channel Amerika Syarikat, Vision TV Canada dan Channel 4 Inggeris.



Mereka berdua kembali ke Lembaga Purbakala Israel dan membuat penelitian semua terhadap osuarium-osuarium tersebut dan menyesuaikannya semua dengan nama yang terdapat dalam Kitab Injil.Setelah mencari lokasi makam yang asal, iaitu yang pertama kali ditemui tahun 1980, mereka terkejut kerana lokasi makam tersebut masih utuh dan berada tepat dibawah bangunan milik seorang Yahudi Ortodoks bernama Jossi.Dengan bantuan beberapa orang pakar arkeologi dan DNA, mereka Berjaya memeriksa DNA dengan menggunakan sisa mendapan organik berupa serbuk yang tertempel di permukaan dinding bahagian dalam osuarium itu.

Hasil ujian DNA tersebut mengesahkan bahawa Jesus dan Mariamene e Mara tidak ada hubungan atau kaitan genetik,dan menganggap dia adalah Maria Magdalena, bukan ibu Jesus dan bukan saudara perempuan Jesus. Mereka mendakwa mungkin Mariamene e Mara adalah isteri Jesus yang sah. Judah anak Jesus pula adalah mungkin adalah anak lelaki Jesus dengan Maria Magdalena.

Pada pendapat saya , penemuan ini mungkin satu konspirasi mereka , kerana: bagaimana mereka tahu orang-orang yang ditemui itu ada hubungan dengan Jesus? sedangkan mereka TIADA bukti DNA Jesus untuk dibandingkan secara ilmiahnya.

Walaubagaimanapun, penemuan misteri yang penuh kontroversi ini telah ditayangkan juga oleh Discovery Channel pada 4.3.2007 yang ditonton oleh para penonton di Israel, Amerika, Canada ,Britain dan seluruh Eropah. Selain itu program tersebut disiarkan melalui laman web www.discovery.com malah sebuah buku karangan Simcha dan Charles Pellegrino berjudul The Jesus Family Tomb (makam Keluarga Jesus) telah diterbitkan.

Apakah sebenarnya agenda atau konspirasi tersembunyi dari rancangan Simcha dan James Cameron ini saudara? Untuk mengetahui apa agenda tersembunyi itu, kita kenalah mengetahui siapakah James Cameron ini dalam bidang perfileman ,hiburan dan kawalan minda serta untuk siapakah dia bekerja atau siapakah Tuannya sebenar yang tersembunyi itu?

*Lihat gambar diatas penuh dengan tanda atau simbol illuminati-Dajjal seperti piramid dan
mata satu.



Pada pendapat saya, tujuan The Hidden Hand adalah berbentuk serampang dua mata iaitu mereka menyerang doktrin kaum Nasrani dan sekaligus menyerang kepercayaan umat islam dan ajaran Islam tentang cara kematian Nabi Isa a.s.


Dalam Doktrin utama Nasrani, mereka menyerang kepercayaan bahawa Jesus telah disiksa dan disalib oleh tentera Rom, kemudian tubuhnya di diturunkan dari tiang salib, dikafankan, dan diletakkan dalam makam keluarga milik salah seorang pengikutnya iaitu Josef dari Arimathea. Menurut kisah mereka, pada hari ketiga, Maria Magdalena mendapati kubur itu kosong.Inilah asas kepada kepercayaan umat Nasrani tentang “kebangkitan Jesus” yang akan “duduk di sisi kanan Allah Bapa”.Itulah sebabnya mengapa mereka membantah keras penemuan itu.

Dalam kepercayaan umat islam pula, Nabi Isa a.s tidak dibunuh di tiang salib, malah beliau telah digantikan oleh orang yang wajahnya mirip Nabi Isa a.s lalu Nabi Isa a.s diselamatkan oleh Allah swt dan baginda telah diangkat ke langit dan akan diturunkan kembali ke bumi menjelang waktu kiamat dan menghapuskan Dajjal yang banyak membuat kerosakan dan fitnah.

Jadi, sebagai umat islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah serta amat mempercayai akan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw, janganlah mudah kita terpengaruh dengan mainan agenda jahat illuminati dan Dajjal ini. Majoriti umat islam percaya ,orang yang disalib itu adalah Judas Iscariot, salah seorang dari 12 orang pengikut atau murid Nabi Isa a.s.

Fiman Allah swt dalam Surah An-Nisa’ ayat 157-158 bermaksud :

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan ‘sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah’, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (dikayu palang-salib) ,tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya) .Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya, dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan penemuan kononnya makam Nabi Isa a.s telah ditemui di Talpiot Jerusalem itu.Cukuplah apa yang telah dinyatakan Oleh Allah swt dalam firmanNya diatas dan apa yang disampaikan melalui Nabi Muhammad saw sebagai bukti tentang isu berkaitan dengan Nabi Isa a.s itu.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang sesat dan dimurkai Allah swt itu.

Siapakah 2 golongan itu ?


Golongan yang dimurkai Allah ialah orang-orang Yahudi.mereka memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ini dibuktikan dengan Firman Allah swt yang khusus kepada mereka seperti :

“Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya” [ Al-Maaidah : 60 ]

Golongan yang sesat ialah orang-orang Nasrani.Mereka tidak mempunyai ilmu dan memilih jalan kesesatan.Firman Allah swt yang khusus buat mereka ialah seperti :

“Katakanlah: wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga(sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang benar” [ Al-Maaidah : 77 ]

Banyak teori telah dikemukakan tentang misteri mayat dalam satu osuarium yang hilang itu, antaranya oleh orang-orang Kristian sendiri, untuk mengukuhkan kepercayaan mereka akan kebangkitan Jesus nanti.


*Filem di atas telah dibantah keras oleh orang Nasrani sendiri iaitu Albert Mohler, ketua Southern Baptist Theological Seminary di Amerika Syarikat dan mencemuhnya sebagai sebuah filem yang “lucu dan penuh dengan tuntutan yang jauh dari kebenaran”


Kesimpulannya, cerita penemuan ini telah dimanipulasikan oleh Dajjal untuk kepentingan mereka, kerana sememangnya mereka amat takut dengan turunnya Nabi Isa a.s yang akan membunuh dan menghapuskan mereka nanti.Kisah penemuan kubur lama di dalam gua itu memang benar, tetapi siapakah sebenarnya 10 orang mereka yang dimakamkan itu masih menjadi suatu yang begitu misteri.Mengapa hanya 6 identiti mayat yang didedahkan? Mengapa satu osuarium telah hilang? Mayat siapakah dalam osuarium yang telah hilang itu? Mengapa cerita penemuan tahun 1980 senyap begitu saja sehinggalah tahun 1996 (16 tahun kemudian ) barulah cerita ini ditimbulkan semula? Mengapa James Cameron begitu beria-ia sangat menghasilkan siri dokumentari di Dicovery channel dan mengambil masa yang lama iaitu 5 tahun untuk menyiarkannya pada tahun 2007? Mengapa beberapa buah syarikat penyiaran terkemuka TV dunia yang dimiliki oleh Dajjal begitu bersungguh-sungguh menyiarkan siri dokumentari itu? mengapa buku berjudul The Jesus Family Tomb diterbitkan? mengapa filem The Lost Tomb Of Jesus dihasilkan? Itulah beberapa persoalan yang bermain di benak saya. Mungkin ada di antara pembaca budiman yang sudi berkongsi idea dan ilmu tentang konspirasi ini, anda dijemput berkongsi ilmu disini.

Selamat membaca dan selamat berfikir.

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.

20 comments:

  1. Salam M.O,

    Terima kasih boss!!! :D

    Apa pula pendapat tuan tentang satu osuarium yang hilang itu?adakah ini kerja yahudi ortodoks atau Jesuits?

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Mengikut al quran, nabi isa hidup sezaman dgn nabi zakaria dan nabi yahaya. Di dlm taurat menyebut nabi zakaria hidup di zaman Darius, Raja Persia lebih lama sbeelum watak jesus di cipta. Jadi, Jesus itu hanya watak yg dicipta musuh2 tuhan dgn menggunakan cerita nabi Isa dan mencipta agama kristian.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian bersama dari PPQSI,

    Salam sangtawal dan semua,

    ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan.

    Dan dia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa dia masih kecil dalam buaian, dan semasa dia dewasa dan dia adalah dari orang-orang yang soleh.

    Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.

    Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis dan hukum-hukum aturan agama dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

    Dan menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil,: Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda dari Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung dengan izin Allah dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu mengandungi satu tanda bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman.

    Dan juga mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

    Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus.

    Maka ketika Nabi Isa merasa akan kekufuran dari mereka, berkatalah dia: Siapakah penolong-penolongku kepada Allah ?. Orang-orang "Hawariyyuun" berkata: Kamilah penolong-penolong Allah. Kami telah beriman kepada Allah dan saksikanlah sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam

    Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi

    Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya dan, Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya.

    Samb..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian dari PPQSI

    ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum tentang apa yang kamu perselisihkan.

    Adapun orang-orang kafir, maka Aku akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    Demikianlah, yang Kami membacakannya kepadamu sebahagian dari hujah-hujah keterangan, dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat.

    Sesungguhnya perbandingan Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia

    ReplyDelete
  5. Perkongsian Dari PPQSI,

    Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Mariam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

    Kemudian Mariam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

    Mariam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada Ar-Rahman daripada mu kalaulah engkau seorang yang bertakwa.

    Dia berkata: Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci.

    Mariam bertanya: Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat?

    Dia menjawab: Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

    Maka Mariam hamillah mengandungnya, lalu dia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

    maka sakit beranak itu memaksanya ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

    Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

    Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

    Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.

    ReplyDelete
  6. Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

    Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!


    Maka Mariam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?

    Dia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi.

    Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

    Serta taat dan berbuat baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

    Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula.

    Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Mariam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

    Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.

    Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian daripada PPQSI

    ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Rohulqudus , iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia dalam buaian dan sesudah dewasa dan ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil dan ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku dan engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku dan ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu dan ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan , lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.

    Dan ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin : Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu! Mereka menjawab: Kami telah beriman dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam.

    Dan ketika orang-orang Hawariyyiin berkata: Wahai Isa Ibni Mariam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab: Bertakwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman.

    Mereka berkata: Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu dan supaya tenang tenteram hati kami dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri.

    ReplyDelete
  8. Samb.. perkongsian daripada PPQSI

    Isa Ibni Mariam berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadamu dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.

    Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah, maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk.

    Dan ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak. Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

    Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: "Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu", dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

    ReplyDelete
  9. Salam Mahadaya,
    terima kasih atas komen.
    Sekali lagi saya menyeru kamu meninggalkan 'ajaran baru' yang kamu cuba dan sedang bawa itu. ia amat bahaya kepada akidah kita.
    Semoga kamu bertaubat dengan sebenar-benarnya.Ajaran Kebenaran Asalama yang kamu bawa itu amat bertentangan sekali dengan kebanyakan kita orang islam yang bermazhab Syafie dan mengikut Ahli Sunnah Waljamaah.

    Kalau boleh ubahlah nama kamu itu kerana Hanya Allah saja yang layak digelar Mahadaya.

    Tutup blog kamu dan bertaubatlah!


    Salam saudaraku PPQSI,

    Terima kasih atas perkongsian!
    cuba-cubalah nasihatkan saudara kita Mahadaya kat atas tu jugak ye :).semoga terbuka kembali pintu hatinya dan semoga dia akan berjalan diatas jalan yang lurus lagi diredhai Allah swt.

    wassalam.

    ReplyDelete
  10. Tahniah untuk tuan..
    Sememangnya hanya konspirasi Dajjal je tu..
    Membelitkan fakta..
    Alhamdulillah kita ada Al-Quran dan Hadis untuk rujukan..

    ReplyDelete
  11. Salam Sangtawal,

    Dan tiadalah mereka menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia. Bertanyalah Siapakah yang menurunkan Kitab yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan, yang tidak diketahui oleh kamu dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?

    Allah jualah , kemudian biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.

    Dan ini ialah Al-Quran yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat , lagi mengesahkan kebenaran yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummulqura" serta orang-orang yang tinggal di sekelilingnya dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Saudaraku sangtawal. salam

    Baik benar artikel ini di terbitkan, ia memberi info unruk melengkapkan teori konspirasi. Semakin jelas mereka terdesak dan mencuba mengelirukan umat. Teruskan siasatan mengenainya supaya Islam terselamat dari tipudaya mereka.

    Mungkin saudara boleh bantu mencari maklumat sokongan dakwaan Sheikh Imram Hosein mengenai "kubur" Nabi Isa adalah disebelah makam Rasulullah SAW sebagaimana Baginda menolak permaintaan Saiyidati Aisyah supaya di kuburkan disebelah Baginda. Hadis ini saya tak dapat temui, harap saudara bantu. Jika dapat dibuktikan, ia adalah benteng terbaik dan kredit kepada Muslimin mengesahkan Nabi Isa AS belum mati sebagaimana yang dipertikai.

    Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  14. salam,

    Tarakoko,
    terima kasih atas komen.ya, Alhamdulillah,kita ada sumber yang benar dari Yang Maha Mengetahui iaitu Al-Quran yang disampaikan oleh orang yang terpuji lagi dipercayai iaitu Nabi Muhammad saw.Oleh itu terhapuslah muslihat dan kebatilan.

    PPQSI,
    trm kasih.

    zakiahnaim,
    Terima kasih.teruskan perjuangan sucimu demi anak bangsa kita.

    sahabatku Abatasa,
    Terima kasih atas komen dan cadangan.InsyaAllah saya akan usahakan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  15. .. ISA AKAN DITURUNKAN SEMULA: TEORI RELATIF MASA EINSTEIN..

    1. Kemunculan semula Nabi Isa adalah sebagai mengesahkan Kebenaran Ajaran Nabi Muhammad SAW penghulu seluruh Nabi & Rasul.

    2. Selain itu, Nabi Isa akan menyatukan agama samawi dan akidah manusia di akhir zaman.

    3. Ada kebenaran dalam "Teori Masa Relatif" mengatakan bahawa masa boleh dilipat dan boleh dipintas. Jika dirujuk kemunculan Nabi Isa yang tidak dibunuh tetapi diangkat ke langit, dalam perspektif sains, ada asas yang boleh dipercayai kekuasaan Allah SWT.

    4. Teori ini tidak bersalahan dengan kisah pemuda ashabul-Kahfi. Sekali lagi, bukan mustahil Nabi Isa diangkat langit (time travel) dan bukannya disalib seperti didakwa.

    5. Terus catatkan fakta sebegini sehingga lengkap dan menarik untuk bekalan serta tatapan generasi akan datang dalam versi Malaysia.

    zamsalam.sabah.

    ReplyDelete
  16. salam buat mohd shaifulizam,

    terima kasih atas komen.

    "Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu" (Al-Talaq : 3 )

    wassalam.

    ReplyDelete
  17. Shaikh Mahmud Syaltut dan Buya Hamka berpegang bhw Isa Ibn Maryam memang benar2 telah wafat. Pendeknya, di dalam Islam sendiri ada 2 pendapat. Di dalam hadis sahih berkait dengan isu nabi Isa, hanya menyebut Ibn Maryam dan mungkin membawa kpd "pengertian yang lain".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mungkin mereka menyanggahi Firman Allah di dalam Alquran :-

      Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. -(An-Nisaa 4:157)

      Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. -(An-Nisaa 4:158)

      Delete
  18. Bagi umat islam penemuan ini tidak menjejaskan kepercayaan islam malah tidak bercanggah dengan Firman Allah dalam Alquran kerana Nabi Isa diganti dengan orang lain maka orang itulah yang di ganti itu di makamkan, yang terjejas adalah kaum nasrani christian kerana kepercayaan mereka makam tersebut harus'Kosong' kerana mereka percaya Jesus dihidupkan semula, jika benar penemuan ini adalah satu kemenangan kepada Islam.

    ReplyDelete