Thursday, January 07, 2010

Isu Kalimah Allah : Bayangkan Jika..(...)..!



Tajuk : Isu kalimah Allah : Bayangkan Jika ..(…)..!

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


“Gagasan Yang Baik Adalah Apa Yang Digambarkan, Bukan Yang Ditulis!”

Bermula dari ungkapan keramat diatas , saya cuba untuk menyampaikan apa yang terjadi dan bakal terjadi sekitar isu Kalimah Allah ini dalam artikel saya kali ini untuk tatapan seluruh umat islam, terutamanya Melayu-islam yang berada di permukaan Tanah Jawi Yang Dijanjikan (Land Of Promise) ini!

Gambarkan juga bermaksud Bayangkan! Ya, cuba pejam mata anda dan cuba bayangkan apa saja mengikut kreativiti atau ingatan anda! Sudah tentu anda juga sedang bermain dengan warna-warna jika ia melibatkan gambaran kerana dengan cara itu setiap objek yang anda bayangkan akan menjadi bererti dan lebih bermakna.

Betapa hebatnya gambaran atau Daya Imaginasi ini saudara. Bayangkan seorang arkitek boleh menghasilkan sesuatu rekabentuk bangunan yang cantik atau seorang pereka fesyen pakaian boleh mereka fesyen pakaian yang cantik dan sebagainya hanya dengan memulakannya didalam otak , iaitu dengan hanya membuat sedikit gambaran pada mindanya.Oleh itu gambarkan gagasan anda selalu, insyaAllah ia akan menjadi satu kenyataan!!!

Untuk mejadikan gambaran itu lebih menarik, perlu dimasukkan juga unsur - unsur bunyi, emosi atau perasaan. Seorang pengarah filem yang hebat tentulah mempunyai daya imaginasi dan kepintaran spiritual yang tinggi! Sejauh mana ia mengolah dan mengarah filem itu dengan penuh kreativiti di mindanya, sejauh dan sehebat itulah mutu filem yang dihasilkannya.

Baiklah, kini saya mahu anda semua Bayangkan… ya, Cuma bayangkan saja diri anda menjadi seperti “anak-cucu kita” bila Kalimah Allah ini menjadi milik agama lain selain islam dan mereka akan bebas sesuka hati menulis dan menggunakannya dalam penulisan dan apa saja bentuk media dakwah mereka. Apa akan terjadi nanti agaknya???

Kepada mereka yang malas untuk membayangkannya atau malas berimaginasi, disini saya sertakan satu “Cerita benar” sebagai panduan, Cuma gantikan watak utama dalam cerita itu iaitu arwah Gus Dur dengan “diri anda” atau “anak-cucu kita”.Mudah saja.

Jadi , sila lihat , sila dengar setiap patah perkataan, sila berikan konsentrasi dan seluruh emosi dan jiwa anda kepada sebuah babak yang sudah siap digarap ini dengan teliti, dan selepas itu anda berfikirlah dengan tenang , selami maksud dan makna yang tersurat dan tersirat serta buatlah satu kesimpulan mengenainya!!!




Perhatian !!! : Bukan tujuan saya ingin menghina atau memperlekehkan Gur Dur, Tidak! Apa lagi Gus Dur (arwah) telahpun pergi meninggalkan kita menemui Tuhannya,(maafkan saya) tapi saya siarkan Cerita Benar ini sekadar untuk memberi satu pengajaran berguna buat anak bangsa saya terutamanya yang muslim.

Oleh itu, Anggapkan generasi selepas ini, iaitu “anak cucu kita” yang berada ditempat itu, gantikan tubuh badan arwah Gus Dur dalam cerita diatas itu dengan tubuh “anak cucu kita yang KELIRU” atau kita sendiri(minta jauh dari Allah!) akan beraksi dalam babak seperti itu!

* Mari kita mulakan…. [ tulisan berwarna biru - itu ucapan kata-kata paderi ]

[Di sebuah gereja… Lebih 10 ribu para pendeta, hamba Tuhan ( kenapa tak sebut Allah?) dan umat Kristiani, akan memberkati hamba Allah ini ( hamba Allah merujuk kepada anak cucu kita , kenapa tak sebut hamba Tuhan pula?), paderi doakan untuk anak cucu kita yang KELIRU itu kepada Tuhan mereka, tengok satu tangan mereka ke atas! Amat berlainan sekali dengan cara kita berdoa!

Allah Bapa yang bertakhta di kerajaan syurga, Allah Abraham( Ibrahim ) , Allah Ismail, Allah Yaakub, … dimulai dengan nama Allah…. Selepas itu kata : bawa "anak cucu kita" … Ya Tuhan kedalam tanganmu, tengok… bila merujuk kepada Tuhan mereka , mereka akan sebut TUHAN atau GOD , bukan Allah,… tengok ayat “keberadaannya ditengah bangsa ini bukan sesuatu yang kebetulan”…. Untuk kesejahteraan bangsa kami Indonesia (cuba tukarkan kepada Bangsa Malaysia, bukan bangsa melayu ye! ).. apa kamu akan rasa???

Kami percaya Bapa, … yang mendatangkan “Indonesia Baru” … cuba gantikan dengan “Malaysia Baru” , apa kamu rasa???

“Kami akan melakukan perkara-perkara besar ditengah bangsa ini”apa perkara besar itu???

“berkati [anak cucu kita] Ya Tuhan… dalam kegiatannya hari-hari”….. segala jemaah yang dipimpinnya… 50 juta ahli NU… cuba bayangkan NU itu sebuah parti kat Malaysia ni!!! … membawa bangsa ini kepada kesejahteraan yang luar biasa???

“Terima kasih bapa, kami percaya, empati yang beliau telah berikan kepada kami…” apa yang telah beliau berikan???

“Allah yang kami puji, kami sembah dalam Jesus Kristus Tuhan” apa maknanya itu saudara???

Ingin kah kita dan anak cucu kita nanti dikelirukan dan disesatkan sebegitu saudara-saudaraku???


Selepas itu ‘anak cucu kita’ akan didoakan pula oleh seorang paderi wanita lain, yang datang dari jauh dari Amerika … Ibu Siti ? Jacob?? Sekali lagi saudara… dari Amerika!!! Mengapa dari Amerika untuk menyampaikan pesan Tuhan, bukan Pope dari Vatican, Rome???

Tengok ayat dalam doanya, LORD, GOD, JESUS, semua nama itu diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia dengan TUHAN atau TUHAN JESUS, kenapa mereka tak guna ALLAH??? , mengapa hanya mereka di Malaysia mahukan Tuhan itu ditukar kepada Allah???

“Aku akan berikan kekuatan untuk menyelesaikan apa yang perlu engkau selesaikan untuk bangsa ini," . apakah urusan yang tak selesai itu saudara???

“Aku akan menjadi kekuatan mu dan aku akan menolong kau…”

“Aku ciptakan kau dalam kandungan ibumu untuk membantu menyembuhkan negeri ini…” DAN AKHIRNYA… ].

Mahukah “anak cucu kita” nanti menjadi semakin keliru dan bengong, lalu membiarkan diri didoakan oleh orang lain kepada Tuhan lain selain dari tuhan kita yang sebenar iaitu Allah???

Fikir fikirkanlah!!

Sekali lagi, cuba bayangkan kita atau “anak cucu kita” yang berada dalam babak “Cerita Benar di atas” !!! cuba Bayangkan jika…!!!


Bagaimana pula suasana di Malaysia?


Sekeping surat ( Klik) yang dihantar oleh pihak Gereja ini kepada orang yang mereka harap-harapkan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ( Bakal PM ) ini sangat besar maknanya dalam mengorak dan menentukan halatuju perjalanan dakwah mereka. Bagi kita orang islam pula harapan dan isi surat tersebut amatlah kita bimbangi demi mempertahankan akidah anak bangsa kita di kemudian hari !!!

Sila klik gambar surat tersebut dan bacalah sendiri dengan hati-hati serta teliti setiap patah perkataan dan baris ayat tersebut , semoga Allah swt akan membuka mata hati anda semua pada hari ini. InsyaAllah. Sila baca disini : KLIK SINI.


Sekali lagi, pada pandangan saya, isu “Kalimah Allah” ini sesuatu yang besar dan penting untuk diperjuangkan oleh setiap muslim yang mengaku dirinya sebagai seorang Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Haron Din dalam isu ini. Kepada Ulamak diatas pagar dan kepada mereka yang kononnya menyokong kalimah ini digunakan oleh orang bukan islam, tetapi telah memberikan Hujah atau garis panduan kasar jika ingin menggunakannya juga atau tips-tips yang kononnya bijak itu, saya rasa mereka tidak ikhlas dan ada agenda tersendiri atau agenda peribadi yang mereka ingin perjuangkan.

Semoga Sultan dan Raja-Raja yang bertindak sebagai Ketua Agama Islam turut campur tangan dan mengambil satu langkah yang tepat dan drastik serta tidak bertangguh-tangguh dalam hal ini demi menjaga kesucian Agama Islam yang menjadi Agama Rasmi Negara ini . Lagipun rasanya tidak wajar kes ini dibicarakan di mahkamah sivil. Kalau selalu tangguh, jadilah kita Pak Tangguh - Tangguh! Tak sudah – sudah dan tiada Full Stop! Tak ada pekdahnya untuk membuang masa atau bermain dengan masa ni !!! bukankah Allah bersumpah dengan masa, Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


Sejarah Asal usul mahkamah dan peguam serta Demokrasi??? , sila baca Artikel lama disini : Demokrasi Vs Khilafah/ Raja-Raja : Klik Sini


Satu artikel dan kupasan menarik bertajuk : “ Allah Inti Ibadah, Kenapa Katholik Mahu Gugat?” oleh Datuk Dr Siddiq Fadhil , boleh baca : Klik Sini


Kalaulah Si Budak Munsyi Abdullah aka Bapa Persuratan Melayu Moden itu masih ada!!! Apa hujahnya pula ye??? Sebab dialah orang pertama yang menterjemahkan Bible ke Bahasa Melayu, tentu besar pahala baginya bukan?? Nak tahu siapa dia? : Klik Sini
atau Klik Sini.

Apabila orang kristian pun menggunakan nama Allah : Sila Klik

Oh ya, untuk mengenali siapa itu Gus Dur dan hubungannya dengan pemikiran islam liberal, sila Klik Sini . untuk mengenangnya!





Artikel Pilihan 1 :

Tajuk : Kisah Ketua Paderi Seluruh Sabah Masuk islam.

Sumber : Klik Sini


turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS
dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH
Terbitan : 24 Mei 2002

( Rev.Thomas Laiden -- Ust.Tajuddin Othman Abdullah)

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mei 11 - 13 dan dengan gejala murtad terus bergolak agak elok perwakilan UMNO merenung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai seorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD.

RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.

Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik-beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun.

Dialog Dengan Pope John Paul

Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu-bapa dan adik-beradik, apabila ibu-bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu-bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.


7 Rukun Kristian

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Air Suci (Holy Water)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.

Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah ama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Ekaristi Maha Kudus

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk-moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti didalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w

Ketika itu saya masih belajar di Vantikan, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.


Hidayah


Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku.

Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak diantara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?" Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."

Peluk Islam

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai Islam.

Dengan Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa, kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Diperangi Keluarga

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu-bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya.

Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar.

Kesatuan gereja

Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.

Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian.

Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.

Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; "Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukanseperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan,"Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"

Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.

Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya.

Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi.

Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata : jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'





* Untuk mengikuti kisah seorang bekas Pastor (paderi) memeluk islam, sila ikuti youtube di bawah :

Bhg 1 : Klik Sini


Bhg 2 : Sila lihat dibawah!



* sila lihat pada minit ke 3.22 hingga ke minit 3.30 diatas, nama Ustaz Tajuddin Othman yang pernah menjadi seorang paderi dan pernah belajar hingga ke Gereja Vatican City di Rome seperti yang diceritakan dalam artikel pilihan 1 diatas disebut dengan jelas oleh Ustaz ini !

Bhg 3 : Klik Sini



21 comments:

  1. apakah yang harus dilakukan ??? saya tidak berpendapat "tunjuk perasaan" dapat menyelesaikan masalah ini ... kenapa mereka perlu menggunakan perkataan "allah".

    jika situasi ini berlaku ... alangkah indahnya jika saya diberi kekuatan untuk menghadapi mereka ....hapuskan mereka ..., sesungguhnya saya juga tidak percaya ada juga umat islam yang bersetongkol dengan mereka, tetapi mereka sudah pun ada, ya allah, kuatkanlah iman ku, berilah aku kekuatan untuk menghadapi mereka ini ....

    jika diizinkan allah dan berkat dari kedua ibubapaku ... aku ingin syahid di jalanMu ...

    ReplyDelete
  2. Promise land bkn semenanjung m'sia laaa..

    promised land yg sbnr kt semenanjung arab hsl gabungn drpd bbrp buah negara arab kecil, sebahagianny arab saudi, saya ada bukti kt youtube tapi lupa plk url dia ...kalo tngk apa yg dilukiskan oleh ptolemy..mmg x sama lngsung...tentera imam mahdi adalah org afghanistan bkn melayu itu tercatat dlm hadis nabi...melayu nabi x sebut pon...

    nice article btw.

    ReplyDelete
  3. Setahu saya yg telah bekerja dengan Majlis Agama Islam Melaka dari tahun 1998, tiada bekas Ketua Paderi Sabah yg bekerja di pejabat kami.. harap maklum.


    Individu tersebut telah mereka2 cerita untuk mendapat "gaji" dari dongengan yg direka dan dia diambil tindakan atas sebab penipuan demi kepentingan peribadi.

    janganlah atas sebab penceritaan yg berpihak kepada kita, terus kita terima bulat2 cerita yang TIDAK BENAR ini. Hampir keseluruhan ceritanya adalah PALSU BELAKA.

    Kepada Tuan SangTawal..teruskan usaha murni ini demi memartabatkan kembali Islam diakhir zaman.

    ReplyDelete
  4. 1. Pelik bin ajaib bagi mereka yang digelar ulama oleh masyarakat berpendapat bahawa kalimah "Allah" boleh digunakan oleh mereka yang percaya bahawa Allah dalam triniti.

    2. Antara dalil al-Quran dan pentafsiran yang digunakan untuk membenarkan kebolehan tersebut adalah:

    "Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar kecuali kerana mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah." Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama Islam)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." Surah al-Haj: 40

    Tafsir mereka: Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah

    "Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa."Surah al-Maidah: 73

    Tafsir mereka: Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

    3. Ingin juga bertanya, kalaupun tempat-tempat sedemikian menyebut nama Allah dalam realiti semasa ini, adakah mereka sekadar menyebut sahaja? TIDAK. Bahkan mereka menyusuli "sebutan" tersebut dengan "perbuatan" syirik yang jelas.

    4. Surah al-Maidah: 73 hanya dipetik dan ditafsir sekerat. Perhatikan sambungan ayat selanjutnya,

    "Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih." Surah al-Maidah: 73.

    "Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Surah al-Maidah: 74

    ReplyDelete
  5. 5. Bukankah disitu sudah jelas melarang mengatakan kalimah "Allah" dalam penggunaan maksud triniti? Butakah mata hati tidak memerhatikan apa balasan yang dinyatakan oleh Allah?


    6. Surah an-Nisa': 171 amat jelas untuk difahami bahawa Allah melarang sama sekali secara mutlak dan menyuruh supaya berhenti mengatakan akan sedemikian rupa.

    "Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara."

    7. Keesaan Allah yang dilafazkan dalam kalimah "Ahad/Satu" pada Surah al-Ikhlas adalah jelas meliputi keesaan pada (1)zat, (2)sifat, (3)af'al dan (4)asma. Sifirnya mudah, 4-1=0. Jika berlaku syirik pada salah satu sama ada zat, sifat, af'al atau pada asma, maka tertolaklah tauhid tersebut dan tidaklah boleh dikatakan seseorang itu beriman kepada Allah.


    8. Hujah lain yang digunakan oleh "ulama" yang membenarkan kalimah Allah ini digunakan oleh penganut triniti adalah berasaskan konsep tauhid rububiyah (af'al), uluhiyah dan asma wa sifat. Kononnya, penganut triniti ini sudah benar tauhid rububiyahnya, tinggal sahaja diperbetulkan tauhid uluhiyah dan asma wa sifat. Hebat benar sifirnya.


    9. Wahai kaum muslimin! Fahamilah realiti semasa akan keadaan ummah pada masa ini. Betapa kita begitu lemah untuk mempertahankan akidah murni ini. Cubalah bertanya kepada hati nurani masing-masing.

    Adakah Allah redha keatas diriku andai aku membenarkan kaum musyrik menggunakan namaNya yang agung itu dalam maksud kesyirikan yang begitu jelas walaupun sekadar sebutan cuma?

    Nabi Muhammad saw telah berjuang supaya namaNya yang agung itu diesakan dalam erti sebenar keesaan, adakah Rasulullah saw redha keatas diriku andai aku membenarkan kaum musyrik menggunakan namaNya yang agung itu dalam maksud kesyirikan yang begitu jelas walaupun sekadar sebutan?

    ReplyDelete
  6. saya xdpt membygkan kalau negara kita terjadi seperti mana di dalam video tu...nauzubillahiminzalik!!!! semoga Allah kuatkanlah akidah pemimpin2 kita wpon berlainan pahaman politik...

    ReplyDelete
  7. Assalamu Ala man Ittaba' al-Huda

    Allahu Akbar. Subhanallah. Satu ulasan yang panjang lebar. hebat dan tahniah. Al-Hamdulillah.

    Saya pernah terbaca mengenai dengan Ustaz Tajuddin Othman bin Abdullah.

    Mudah-mudahan segala cerita yang dinyatakannya benar.

    Kita tidak boleh menolaknya mentah-mentah dan tidak juga boleh menerimanya bulat-bulat.

    Apa yang dinyatakannya ada benarnya, dan orang-orang yang menyatakan bahawa Ustaz Tajudin Othman ini membawa berita palsupun bukan boleh diterima bulat-bulat dan bukan boleh ditolak mentah-mentah.

    Semoga Allah swt membantu dan menolong kita semua dalam segala hal dan keadaan.

    Ulasan mengenai Kalimah Allah juga telah saya kupas dan saya sokong agar kalimah tersebut tidak boleh digunakan oleh orang lain. Walaupun pada mulanya saya berpendapat disebaliknya.

    Untuk lebih lanjut sila layari:

    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    Sangtawal, Terima kasih kerana menyiarkan ulasan saya ini. Semoga Allah swt menerima jasa tuan hamba dan kita semua. dan memaafkan segala kesalahan kita. Amin.

    ReplyDelete
  8. salam...saya keliru,betul ke gambar2 bahtera Nabi Nuh dlm internet tu...lbih2 lagi ada 2 jenis,satu yg berbentuk kotak kasut san 1 lagi yg berbentuk daun...sila Sang tawal buat kajian pasal ini...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    a good one

    artikel pilihan tu dah agak lama berputar dalam siri email dan link..kebenaran kita pun tak pasti namun yang penting isi "intipati" yang hendak disampaikan

    apa yang ada dalam pemikirin umat yang belum menerima sinar islam..

    know your enemy, learn about them to fight them (fight in term of general not only war, but in many thing)

    cuma yang menjadi masalah, ulama politik..

    kesian pada mereka yang belum sedar permainan mereka :)

    thanks sang tawal

    salam

    ReplyDelete
  10. salam semua,

    anon@ 11.04pm,
    terima kasih atas komen. saya sangat terharu dan bangga dengan semangat juang anda!

    logelamutp,
    terima kasih atas komen. mungkin anda baru masuk blog ini.semoga sudi meluangkan masa untuk membaca keseluruhan artikel saya, insyaallah anda akan temui dimana lokasi Land Of Promised itu. atau anda boleh baca kajian Dr Oslen pasal kitab mormon dan kaitannya dengan nusantara. orang afghanistan bukan tentera almahdi tetapi bani jawi!

    kaum melaka,
    terima kasih.anda jangan cepat menuduh dengan melulu, mungkin orang itu bekerja sebelum anda kesitu iaitu sebelum 1998.
    sila lihat pada minit ke 3.22 hingga keminit 3.30, ada jelas bukti, nama ustaz tajudin othman bekerja di melaka.

    http://www.youtube.com/watch?v=pEQBnk3wNro

    wadiyudin,
    alhamdulillah, terima kasih atas komen yang sangat berguna.
    sangat tertarik dengan komen anda ini :
    "Adakah Allah redha keatas diriku andai aku membenarkan kaum musyrik menggunakan namaNya yang agung itu dalam maksud kesyirikan yang begitu jelas walaupun sekadar sebutan cuma?"

    anon@12.34am,
    terima kasih kerana sudi membayangkannya!

    muhammad,
    terima kasih atas komen. link youtube untuk kaum melaka di atas membenarkan apa yang saudar komen itu, jadi jangan mudah percaya atau terima bulat-bulat dengan kata orang! lagipun cerita diatas sudah lama beredar dalam internet, ? sejak 2002 lagi! jika tak betul, mungkin si penulisnya dah padamkan artikelnya.
    terima kasih sekali lagi, dengan komen anda itu saya cuba cari siapa ustaz tajuddin dan alhamdulillah, saya temui namanya dalam youtube diatas.

    wan ssei,

    tentang bentuk kapal yang sebenar saya pun tak pasti! :)
    besar maknanya (.) itu :D

    kamarulnizam,
    terima kasih atas komen, sangat tertarik dengan ayat ini :
    "know your enemy, learn about them to fight them (fight in term of general not only war, but in many thing)"

    saya macam pernah dengar atau baca ayat tersebut, tak silap saya dalam buku Art of War karangan Sun Tzu, betul ke? buku itu amat menarik dan saya rasa semua melayu mesti baca buku tersebut! tapi kalau kita compare dengan strategi perang Sultan muhammad Al fateh, Sun Tzu kena tabih kepada Sultan Muhammad Al-Fateh!!! betul tak?

    wassalam.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan Terima Kasih,

    Mak Cik memang tidak setuju mereka dibenarkan di Semenanjung Malaysia ini untuk menggunakkan Kalimah Allah swt dalam majalah mereka walaupun kononnya terhad untuk sesama mereka sahaja.

    ReplyDelete
  12. kalau sbb penggunaan nama Allah tu boleh menyesatkan umat Islam, nyatalah masalah tu datang dari dalam umat Islam tu sendiri.

    Kenapa zaman Rasullullah, sahabat dan khalifah selepas Baginda TAK PERNAH ADA dikatakan kes kejatuhan Islam dan murtad disebabkan pengunaan nama Allah?malah mereka yg beragama Nasrani dan Yahudi tu bebas guna nama Allah tanpa sebarang larangan?

    LEMAH SANGAT KE KITA YANG MELAYU NI SAMPAI PERKARA MCM NI PON BOLEH KELIRU?

    ReplyDelete
  13. Asslm.Wr.Wb.

    Ilmu tanpa iman, buta.
    Iman tanpa ilmu, lumpuh.

    Lumpuh dan Buta ...

    Berhati-hatilah dengan ummat yang taqlid buta ...
    Suara mayoritas, terbanyak belum tentu benar ...
    Menyelesaikan suatu permasalahan dengan syuara', musyawarah untuk mufakat ...

    Tidak ada kewajiban jihad bagi yang lumpuh dan buta...
    Demikian mudah dipermainkan kaum nasrani dan banker dollar yahudi.

    Berhati-hati dengan politik kekuasaan antar negara.
    1955 Pemilu Trengganu, Malaysia Merdeka.
    1955 Pemilu Indonesia, Indonesia Merdeka.

    Musibah ummat ...
    Innalilahi wa innalilahi rajiun.

    Wallahu Alam B.
    Wass.Wr.Wb.

    ReplyDelete
  14. i don't know that if i have said it all ready but it was great to find your blog much resource full and some good points also hope you carry on your work like this and keep the tings rolling. thanks

    Learn Quran online, Read tajweed Quran online, learning Quran online Koran

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ...

    Jangan Berduka Sahabat

    Kulihat katamu yang luka
    Kulihat wajamu yang luka
    Kulihat citamu yang luka
    Kulihat riamu yang luka…

    Biar onak calar membalar
    Biar kilat biar menyambar
    Biar ombak tinggi mencabar
    Biar kudrat pijar dibakar…

    Kemarilah sahabat
    Janganlah berduka

    Kubalut tuturmu dengan fasih
    Kubalut niatmu dengan bersih
    Kubalut jiwamu dengan kasih
    Kubalut bahumu dengan gigih

    Atas nama jujur dan iman
    Atas rasa luhur dan aman
    Atas cita makmur dan mampan
    Atas doa teman dan taulan

    Pergilah sahabat
    Janganlah berduka

    Kurenung suria sinar yang murni
    Kurenung purnama cahaya yang suci
    Kurenung fana suluh yang pasti
    Kurenung baqa gapai yang abadi

    Pergilah sahabat jangan berduka
    Pejuang hebat tidak kecewa
    Kugiring langkahmu yang wajar
    Moga tetap berjiwa BESAR…!

    Jangan berduka sahabat…

    ReplyDelete
  16. Salam semua,
    Salam satu Darul Islam,

    Melayuangkat,
    terima kasih atas komen dan sokongan :)

    Alwajdi,
    terima kasih atas komen, apa yang anda sebut itu benar, tapi dizaman nabi, apakah umat islam sekarang termasuk saya dan awak mempunyai iman dan ihsan sama seperti mereka yang berada disekeliling nabi mendapat didikan terus dari baginda? inilah masalahnya! tahukah kamu gereja terbesar di asia tenggara terletak di bukit jalil itu dibina untuk tujuan apa?
    itu yang saya risaukan. kalau kamu langsung tidak ada rasa khuatir akan akidah anak cucu kamu dikemudian hari, tak apalah, mungkin bekalan ilmu dan iman yang kamu berikan sudah cukup buat mereka, tapi saya bimbangkan anak cucu saya.Jangan kita taksub sangat dengan sesetengah pemimpin kita sehingga kita pun turut sama menyokong mereka membenarkan penggunaaan kalimah Allah ini.

    AUGI,
    terima kasih pak!
    apa yang bapak mahu sampeikan sebenar?Ya, tidak ada kewajiban jihad untuk yang lumpuh dan buta, juga tidak ada kewajiban jihad bagi yang sihat tubuh badannya tetapi Munafik!

    Learning Quran online,
    TQ.
    utk belajar Al-Quran melalui internet online, rasanya tidak sesuai, dan saya ingatkan perlu cari seorang guru yang tahu tentang hukum tajwid dan selok belok pengajaran al-quran!

    ada beberapa kelas pengajian al-quran secar online yang saya pernah terbaca, adalah sesat dan tujuan untuk menyesatkan, tapi saya tak ingat linknya, pembaca semua boleh bantu saya?

    Trew qaz,
    wah... terima kasih bagi satu puisi yang menyentuh hati dan membakar semangat juang!!! saya amat menghargainya , cipta sendiri ke puisi ni?
    sebenarnya saya agak sibuk seminggu dua ni, tak sempat nak tulis dan edit artikel buat blog ini, biasalah kerja sendiri, berniaga kecil-kecilan, awal-awal tahun ni sibuk la sikit! tak terlintas pun perasaan sedih atau putus asa dalam perjuangan saya ni,saya buat ni kerana Allah dan untuk bangsa saya, jadi saya buat ikut kemampuan saya je... perjuangan saya dalam blog ini tidak melibatkan mana-mana pihak atau organisasi , hanya saya seorang dan semoga sudi menerima sedikit sumbangan ikhlas dari saya ini.sudi-sudikanlah selalu menjengok blog ini, dan berilah komen-komen atau teguran yang berguna supaya kita sama-sama dapat membaiki diri!

    wassalam.

    ReplyDelete
  17. masyarakat mesir yang kristian sendiri tak pernah menyebut tuhan mereka Allah sebab dimesir jika mereka sebut tuhan mereka itu Allah, maka dengan sendirinya mereka mengakui yang Allah itu satu, tiada beranak dan diperakkan, tiada dua dan tiganya. dan mereka cukup marah bila ada dikalangan mereka yang bukan islam itu sebut nama Allahd alam gereja. disana mereka panggil tuhan mereka Ruh Qudus..

    hakikat yang berlaku di malaysia adalah berpnca dari mereka2 yang cuba nak gunakan kesempatan yang ada untuk pecahbelahkan umat islam. tak perlulah kita tunding pihak mana. dan untuk pengetahuan kalian malaysia hanya tunggu untuk dijajah sekali lagi lagi, dan mereka yang menjaha akan pihak kepala2 umat islam ni dengan secara kehormat.

    moga2 kita semua dapat bersatupadu bangkit menentang mereka yang ingin melihat islam hilang dibumi malaysia ini.

    ReplyDelete
  18. salam chiel bleu,

    terima kasih atas komen.
    insyaAllah, semoga kita bersatu padu, doakan selalu.

    ReplyDelete
  19. Salam..sang tawal..sy tidak mengenali & mengetahui identiti saudara. tetapi sy kagum & berbangga dgn usaha saudara menyedarkan masyarakat melayu yg telah terbuai & leka. teruskan berjuang walau dgn apa cara sekalipun. sy hanya ingin memberi sdkt pendapat tntg IM. andai benar hamba Allah yg dimaksudkan, mmg IM adalah seorang yg sngt berwibawa. Dia menyampaikan dakwah & tauladan dlm senyap tanpa mementingkan nama & wang ringgit. bila malam, dia membantu orang yg dalam kesusahan ke seluruh dunia dgn ilmu sufinya. di kalangan orang2 alim & ulamak, ada yg telah mengenali beliau. dugaannya memang hebat & beliau terlalu baik bagi seorang manusia biasa. sejak kelahiranya, sudah ada tanda2 yg aneh. apa pun, kebenaranya Allah jua yg tahu. sama-sama lah kita berdoa supaya islam segera bangkit. sy sngt yakin, suatu hari nanti, mgkin tidak beberapa lama, beliau akan muncul sesuai dgn apa yg telah ditetapkan & dijanjikan oleh Allah Taala.

    ReplyDelete
  20. tentang cerita bekas ketua paderi sabah itu..sila dapatkan fakta sebenar sebelum post..cerita itu serta unsur-unsur kristian yang diceritakan adalah tidak benar serta salah..

    http://www.answering-islam.org/Bahasa/Iktibar/iktibar.html





    Official Press Statement (BM&BI)
    PRESS STATEMENT
    http://ustaztajuddin.blogspot.com/2006/ ... -bmbi.html


    The Catholic Church in Sabah is deeply saddened by the malicious action of one so-called Ustaz Tajuddin Othman Abdullah who claimed to be a former Catholic priest by the name of Thomas Laiden serving in St. Mary's Church in 1988. He also claimed to be currently attached to the so-called Unit Kristianologi of the Majlis Agama Islam Melaka.

    For the information of the public, there is no such priest by the name of Thomas Laiden in the Catholic Church in Sabah. Whoever the individual is, his deceitful way of attacking the Church simply portrays a total ignorance and misinterpretation of the Catholic teachings.

    We deplore the underhanded tactics used by the said bigot. His action would definitely not contribute to the harmonious setting of a multi-racial and multi-religious nation like ours.

    Rt. Rev. Bishop Datuk John Lee, D.D.
    Bishop of Kota Kinabalu
    23 March 2006

    KELUARAN AKHBAR
    (Bahasa Malaysia Version)

    Gereja Katolik di Sabah berasa amat kesal atas perbuatan niat jahat seorang yang menggunakan nama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang mendakwa bahawa beliau adalah seorang bekas paderi Katolik yang bernama Thomas Laiden yang pernah berkhidmat di Gereja St.Mary pada tahun 1988. Beliau kononnya kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.

    Untuk maklumat orang ramai, Gereja Katolik di Sabah tidak pernah mempunyai paderi yang bernama Thomas Laiden. Sesiapa saja individu tersebut, serangannya terhadap Gereja melalui cara penipuan hanya menunjukkan suatu kejahilan serta salah tafsir terhadap ajaran Katolik.

    Kami menyesal taktik tipu helah pentaksub tersebut. Tindakannya langsung tidak menyumbang kepada suasana harmoni di negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.


    Rt. Rev. Bishop Datuk John Lee, D.D.
    Uskup Kota Kinabalu
    23 Mac 2006

    ReplyDelete