Wednesday, January 13, 2010

Isu Kalimah Allah : Kalaulah HAMIM Masih Ada dan Kalaulah Aku Berada Di Negara Darul Islam Yang Tercinta !



Tajuk : Isu Kalimah Allah : Kalaulah HAMIM Masih Ada dan Kalaulah Aku Berada Di Negara Darul Islam Yang Tercinta !

Artikel Oleh :
Sangtawal Sakranta.



Mungkin bagi kita generasi selepas merdeka, rasanya sudah tidak berapa kenal atau biasa dengan nama HAMIM. Namun jika kita sebut nama HAMIM itu sebuah Parti iaitu PARTI HIZBUL MUSLIMIN, yang pernah diharamkan di umur setahun jagung ( 4 Bulan) penubuhannya dalam tahun 1948 dulu! mungkin ada yang masih mengingatinya, malah ada yang mendakwa dan tersilap tafsir bahawa Perjuangan Parti PAS sekarang adalah kesinambungan dari Hizbul Muslimin itu.

Dalam artikel ini saya tidak mahu menyebut banyak tentang parti PAS, dan kalau ya pun PAS itu berkesinambungan dari Hizbul Muslimin, namun perjuangan PAS kini , bermula selepas era Ustaz Fadhil Nor sudah lari dari landasan perjuangan sebenar mereka! Akuilah hakikat yang perjuangan PAS kini tidak boleh disamakan dengan Hizbul Muslimin dahulu!

Oleh itu, artikel saya kali ini lebih berfokuskan kepada sebuah parti yang dianggap dan digelar oleh Dato’ Onn sebagai “Bahaya Dari Gunung” atau “ Red Islamic Parti” ini. Keghairahan Dato’ Onn menjaja nama dan menimbulkan persepsi negatif orang melayu islam kepada Hizbul Muslimin ini sebagai sebuah pertubuhan yang sangat merbahaya yang diresapi ideologi Komunis telah membawa kepada pengharaman parti ini selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan iaitu selama 4 bulan sahaja!.

Parti Merah Islam ini sengaja dikaitkan dengan komunis kerana warna merah itu dikatakan berunsurkan ideologi komunis. Bahaya Dari Gunung ini telah diterjemahkan oleh Dato’ Onn sebagai satu gerakan berunsur militan yang ditubuhkan dan berpusat di sebuah gunung, iaitu Gunung Semanggol Perak untuk menggugat ketenteraman awam dan memecah belahkan umat islam di Tanah Melayu ketika itu! Namun, apakah semua tuduhan Dato’ Onn itu benar saudara? Apakah motif sebenar atau konspirasi beliau untuk membenam Hizbul Muslimin yang mulai bangkit ini ke dasar Lumpur Hitam Tanah Jawi ini ?

Bagaimanakah bermulanya perjuangan islam berbentuk intelektual ini berlaku di Tanah Air kita sehingga tertubuhnya sebuah Parti Islam yang benar-benar TULEN dalam memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam ini saudara???

Kepada orang melayu ahli PAS, jangan cepat melatah, sila baca artikel ini sampai habis dengan teliti dan rasional sebelum menuduh saya sengaja mengenengahkan isu ini .Mungkin ada di antara anda semua yang menuduh saya sengaja ingin mengelirukan orang-orang PAS, sebenarnya TIDAK!, bukan itu tujuan saya, saya hanya ingin berkongsi pendapat bersama kalian, itu saja! Mari kita baca dan kaji bersama! Kesimpulannya ditangan anda bukan ditangan saya.


Sebenarnya , pergerakan reformasi atau kebangkitan islam di tanah Air kita ini merupakan rentetan dari kebangkitan islam di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh kebangkitan ini melalui Majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan (1926-1931).

Gerakan politik berparti di kalangan orang Melayu bermula dengan semangat nasionalisme menuntut kemerdekaan Negara dari penjajah. Pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda ( KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937 . Pertubuhan ini lebih bercorak radikal dengan semangat nasionalisme yang kuat. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu ini dari terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana telah diharamkan oleh Jepun setelah mereka menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941-1945.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, sebuah lagi parti politik baru orang Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau disebut juga Malay Nationalist Party (MNP). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi sebelum diambil alih teraju kepimpinannya oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang Pemikir dan tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM atau MNP dan beliau telah mendapat kepercayaan penuh golongan agama di tanah melayu untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

Dato’ Onn pula telah menubuhkan Parti UMNO pada 1.3.1946 selepas berjaya menggagalkan usaha penubuhan Malayan Union.

PKMM dibawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi telah berjaya perluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se Malaya (BATAS).

Menyedari hakikat betapa perlunya orang melayu islam bersatu dalam sebuah gerakan demi mempertahankan agama islam, parti MNP atau PKMM seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggungjawab melahirkan MATA ( Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) pada tahun 1947. Selain MATA mereka juga berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se -Melaya ( PEPERMAS ).

Kejayaan PKMM di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, memberikan satu tamparan hebat kepada Dato’ Onn yang memimpin UMNO ketika itu. Setelah melihat sambutan hebat dari orang melayu terutamanya golongan agama, mungkin Dato’ Onn melihat peluang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan cara perundingan dengan British adalah mustahil dan semakin jauh . Oleh itu pada hemat saya, Dato’ Onn pun mulalah menentang PKMM, terutamanya sayap agamanya MATA ( Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya ) yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ini terbukti dengan pemulauan Parti UMNO dimana pada hari penubuhan MATA, tidak ada seorang pun wakil yang dijemput dari Parti UMNO yang hadir. Selepas itu permusuhan antara MATA dan UMNO semakin ketara.

N.J.Funston dalam bukunya- Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur, telah menyatakan bahawa tujuan utama penubuhan MATA adalah untuk mengawal urusan hal ehwal agama Islam dari diterajui oleh mana-mana pihak yang tidak layak. Di dalam persidangannya, MATA telah mengisytiharkan pemisahan hal-hal yang berkaitan dengan agama tidak boleh dikawal oleh mana-mana negeri secara persendirian. Mereka berpendapat, sultan-sultan juga tidak cekap membuat keputusan dalam hal-hal agama seorang diri , dan perlu merujuk terlebih dahulu kepada MATA. Oleh itu kongres telah mendesak supaya kuasa yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada MATA sepenuhnya.

Inilah titik permulaan kepada perbezaan pola pemikiran dan halatuju perjuangan dua buah parti politik orang melayu yang sebenarnya ketika itu !

Lebih parah lagi dan lebih mengeruhkan lagi suasana politik tanah air ketika itu ialah bila Datuk Onn Jaafar tidak henti - henti melaungkan amaran pada tahun 1947 tentang kononnya ada " Bahaya Dari Gunung " yang merujuk kepada adanya ura-ura akan penubuhan sebuah Parti islam yang dirancang di Gunung Semanggol Perak.

Kemuncak kepada gerakan Islam ini , MATA dalam satu mesyuarat agungnya pada 14 Mac 1948 , bertempat di Sekolah Agama Al-Ihya As-Syarif, Gunung Semanggul Perak, telah menubuhkan sebuah Parti Islam Pertama di Tanah Melayu yang disebut Parti Hizbul Muslimin.


Matlamat Utama penubuhan Hizbul Muslimin ialah :


1.Untuk mencapai kemerdekaan.

2.Membina sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam.


3.Untuk mendirikan sebuah negara Islam atau Darul Islam.



Bagi mencapai ketiga-tiga matlamat di atas , Hizbul Muslimin telah mengemukakan 7 lagi objektif lain seperti berikut :

1.Untuk menimbulkan prinsip kesedaran politik di kalangan orang-orang Islam di Malaya.
2.Untuk menyatupadukan umat Islam di bawah satu ideologi.
3.Untuk menyokong kebebasan cetak, bersidang dan bersuara.
4.Untuk menambah jumlah sekolah dan menyediakan jenis pendidikan menurut keinginan masyarakat pada waktu itu.
5.Untuk mempertingkatkan akhlak orang-orang Melayu.
6.Secara amnya, untuk menjaga kebajikan dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
7.Sedia berkerjasama dengan parti-parti politik dan pergerakan Islam dari luar negeri.


Dengan kuasa Allah swt , dalam kerancakan semangat nasionalisme dan menuntut kemerdekaan negara ini, para pemikir dan intektual melayu islam mulai menyedari bahawa perjuangan atas semangat nasionalisme tidak akan membawa kita kemana-mana.

Memang mereka mengakui akan peranan penting Dato’ Onn yang telah menyatukan orang-orang melayu menentang Malayan Union sehinggakan Dato’ Onn pada mulanya dibenci Inggeris sehingga Inggeris cuba “menghapuskan” beliau. Ini kerana beliau telah sanggup berhujah dengan Raja-Raja Melayu untuk menghalang Raja-Raja dari bersetuju dengan pembentukan Malayan Union dan sanggup pula berdepan dengan tekanan Inggeris .

Namun pihak Inggeris amat licik sekali strategi mereka.Mereka tahu orang-orang melayu sangat unik dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Plan A mereka telah gagal, lalu mereka memerangkap Dato’ Onn dengan plan B pula!

Para intelektual muslim seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi sudah dapat menghidu dan membaca strategi penjajah ini dan mereka percaya Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman juga telah terpengaruh dengan pemikiran penjajah dan ultra sekular Turki .

Mereka yang pulang dari Timur Tengah seperti Mesir dan Turki menyedari perjuangan sekular di sana telah mengetepikan sama sekali Agama Islam , malah mula mengikut telunjuk penjajah!

Oleh itu, kebangkitan perjuangan politik islam yang disemarakkan oleh benih-benih perjuangan yang sedia wujud sejak 1906 lagi mula mendapat perhatian orang melayu islam di Negara ini!

Pakar strategi yang hebat merancang kebangkitan islam ini adalah Dr Burhanuddin Al - Helmy dan Ustaz Abu Bakar Al - Baqir dari Maahad Al - Ihya al Sharif (MAEAS) , Gunung Semanggol, Perak.

Pada pandangan saya, pada masa inilah timbulnya konflik pemikiran di kalangan orang melayu ketika itu samada untuk menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan mengikut cara Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman yang berjuang dalam UMNO atau menyebelahi perjuangan Dr Burhanuddin Al- Helmy ( PKMM dan MATA ) dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ( Hizbul Muslimin ) iaitu dengan cara menuntut kemerdekaan sekaligus membina dan menubuhkan sebuah Negara Islam yang berdaulat bergelar Darul Islam.

Maka, pada hemat saya orang melayu ketika itu benar-benar dalam dilemma!

Bagi Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, perjuangan menuntut kemerdekaan adalah motif utama mereka walau dengan apa cara sekalipun dan mereka ini lebih cenderung kepada perundingan dengan pihak penjajah!bagi mereka, cukuplah sejarah pertumpahan darah dan menagih korban nyawa yang berlaku ke atas orang melayu seperti di zaman Tok Janggut dan Mat Kilau.

Kaedah di atas pula tidak berapa disetujui oleh Dr Buhanuddin dan Ustaz Abu Bakarr Al-Baqir yang sememangnya terpengaruh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh Hassan Al-Banna. Mereka cukup percaya bahawa orang-orang kafir sememangnya tidak akan mengizinkan penubuhan sebuah Negara Islam walau dengan apa cara sekalipun!

Hizbul Muslimin dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mengambil keputusan untuk menyokong PKMM yang dipimpin oleh sahabatnya Dr Burhanuddin Al-Helmi tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO pimpinan Dato’ Onn.

Akhirnya hayat Parti Hizbul Muslimin atau HAMIM berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai 7 orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Mengapa Inggeris begitu takut akan Parti Merah Islam yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam ini???. Mungkin juga Inggeris terpengaruh dan termakan hasutan Dato’ Onn yang mendakwa parti ini adalah sebuah gerakan yang “Bahaya Dari Gunung” atau Dato’ Onn sendiri yang sudah termasuk kedalam perangkap Inggeris untuk mengetuai sebahagian lagi orang melayu melakukan perang psikologi menentang Hizbul Muslimin lalu dalam masa yang sama British telah mengambil kesempatan untuk mengharamkan Hizbul Muslimin, kononnya atas alasan keselamatan negara dan direstui oleh sebahagian orang melayu yang lain! Itulah kelicikan Inggeris !!!

Demikianlah Inggeris telah berjaya membenam Parti Islam pertama orang melayu ini setelah sempat bernyawa selama lebih kurang 100 hari saja !!! Kesimpulannya ialah penubuhan PKMM membawa kepada penubuhan MATA dan berakhir dengan Hizbul Muslimin.

Memang benarlah ramalan para intelektual muslim bahawa pihak Inggeris tidak akan membenarkan pengaruh dan gerakan Islam bangkit serentak dengan Politik .Prinsip ini adalah kesinambungan dari ajaran pemisahan agama dengan politik yang telah dibawa semula oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu adalah berasal dari ajaran Kristian.

Ini disebut dalam Injil Mathew 21/22 berbunyi:

“Biarkan hak (urusan) maharaja bagi maharaja, dan hak Tuhan bagi Tuhan.”


Namun, sehebat manapun mereka merancang , ALLAH swt juga ada perancanganNya sendiri. Sesungguhnya Dialah sebaik - baik perancang. UMNO dibawah pimpinan Dato’ Onn menjangkakan mereka akan bergerak bebas tanpa cabaran setelah pengharaman Hizbul Muslimin. Namun Rupa - rupanya Bahagian Agama dalam Parti Umno itu sendiri yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad membantah dasar-dasar UMNO yang semakin hari semakin menunjukkan sifatnya yang semakin sekular dan selalu mengikut telunjuk penjajah lalu beliau pun bangkit menentang UMNO . Beliau menubuhkan Persatuan Ulama Se - Malaya pada November 1951.

Salah satu sebab mengapa PAS ditubuhkan ialah sebagai protes kepada UMNO yang pada waktu itu hendak membenarkan judi dan loteri. Alasan mereka untuk mendapatkan sumber kewangan parti dengan cara tersebut menyebabkan Tuan Haji Ahmad Fuad, Haji Abdullah Fahim dari Seberang Prai dan Haji Fathullah Suhaimi dari Singapura telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya tujuan UMNO tersebut.

Persatuan Ulama Se- Malaya merintis jalan selama 4 tahun setelah melalui pahit getir dan proses rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan kerana ketika itu mereka masih di dalam UMNO. Selepas itu barulah tertubuhnya Persatuan Islam Se Malaya ( PAS ) dan mereka bebas keluar dari UMNO. Sehari sebelum penamaan calon PRU 1955 PAS telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik. Kesimpulannya ialah Penubuhan parti UMNO pada tahun 1946 membawa kepada penubuhan Persatuan Ulama Se-Malaya pada tahun 1951 dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya PAS ( Parti Islam Se Malaya ) secara rasminya pada tahun 1955.

Nah, cuba lihat perjalanan sejarah sebenar parti-parti politik ini saudara. Jadi wajarlah jika saya katakan sebenarnya Parti PAS yang ada sekarang ini adalah produk serpihan UMNO pada tahun 1946. Ia bukanlah kesinambungan atau penerusan wadah perjuangan yang ditinggalkan oleh Parti Islam pertama tanah air kita iaitu Hizbul Muslimin. Lagipun jarak masa untuk kita kata ianya satu kesinambungan ini memakan masa selama 7 tahun, iaitu satu tempoh masa yang agak lama.

Satu lagi hujah saya ialah jika benar PAS ditubuhkan dalam tahun 1951, sudah tentu ia bukan digerakkan oleh saki baki ahli Hizbul Muslimin kerana Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri pun waktu itu masih ditahan dalam penjara dari tahun 1948 hingga 1952 malah selepas pembebasannya pun Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah negeri Perak. Jika dikatakan Tuan Haji Ahmad Fuad yang ketika itu berada dalam UMNO, tetapi beliau mempunyai semangat perjuangan dan cara pemikiran bekas gurunya ketika belajar di MAEAS iaitu Pengasas Hizbul Muslimin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, saya bersetuju, Tetapi untuk mengatakan bahawa beliau menubuhkan PAS untuk meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin, saya agak tidak bersetuju!


Mengapa orang-orang
PAS kini mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah menggantikan Hizbul muslimin saudara??? Mengapa mereka takut atau malu untuk mengaku bahawa ibu yang mengandungkan benih politik mereka adalah UMNO???

Jawapan itu berada ditangan anda, namun pada pandangan saya, selepas Hizbul Muslimin diharamkan, sudah tidak ada lagi suara suara lantang memperjuangkan kemerdekaan Negara sekaligus menubuhkan sebuah Negara Islam iaitu Darul Islam!


Satu lagi hujah saya ialah, mengapa parti PAS ini tidak ditekan atau dikekang perjalanan politik mereka oleh British seperti yang dilakukan kepada Hizbul Muslimin??? Malah British merestui Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya pertama mereka pada tahun 1955 sedangkan umur PAS adalah sebanyak 24 jam (sehari) sebelum tarikh penamaan calon mereka??? Sekali lagi soalan saya, mengapa Inggeris merestui PAS seperti juga mereka merestui UMNO saudara???


* Lihat kempen asal mereka yang berbunyi "Undilah Bulan Bintang untuk keagungan ugama, Bangsa dan Tanah air "

Jawapannya ada dalam perlembagaan Parti Pas yang ditubuhkan itu saudara !!! Cuba bandingkan perlembagaan Hizbul Muslimin yang mantap dan jelas halatuju mereka iaitu untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bergelar Darul Islam! Cuba saudara cari , apakah ada satu artikel atau peruntukan dalam perlembagaan PAS sekarang ini tentang Objektif yang paling dibenci dan ditakuti oleh Inggeris iaitu “menubuhkan sebuah Negara islam!”.

Jika anda ada terjumpa, jangan serahkan dokumen itu kepada saya, tetapi serahkanlah ia kepada bekas Menteri Besar Perak dahulu , kerana beliau pernah bersuara dan menyatakan hasratnya itu dalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa bersidang beberapa bulan yang lalu setelah beliau diasak dengan soalan maut dari pihak UMNO .Malangnya kini beliau tumpas jawatan itu apabila ada katak berbaju manusia yang melompat parti di Perak!

Penubuhan Pas yang didakwa pada pada 24 November 1951 , rupa-rupanya hanya bermatlamatkan :

1. menjadikan Islam sebagai agama rasmi,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
3. Mengetatkan peraturan kerakyatan.

Bagaimana pula dengan perlembagaan awal Pas ?

Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


* KUNCI kepada restu British
keatas PAS adalah termaktub dalam perlembagaan mereka!!! , lihat perlembagaan di atas, 2 daripada 4 objektif mereka adalah mengikut telunjuk Demokrasi! Mana ada lagi suara untuk menubuhkan Negara Islam atau menjalankan Hukum Hudud . Jadi saudara fikir-fikirkanlah sendiri.

Jadi, jika sekarang ini Parti PAS memilih untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, ia tidak menjadi kehairanan bagi saya kerana MEMANG ianya sejajar dengan Perlembagaan ke-4 diatas!!!

Inilah sebab mengapa saya amat tidak bersetuju dengan perjuangan PAS sekarang walaupun dulunya saya seorang penyokong tegar PAS, dan selepas itu termakan hasutan Anwar Ibrahim untuk menyokongnya sekejap di era Reformasi!


Pendapat Ikhlas saya, PAS mengikuti landasan perjuangan islam yang betul sehingga era pemimpin ke-6 PAS iaitu arwah Ustaz Fadhil Nor, selepas itu PAS sudah hilang prinsip perjuangan asal dan pedoman , serta PAS sudah lupa tentang janji asal mereka diawal penubuhan mereka sewaktu dalam kandungan ibunya iaitu Parti UMNO dahulu .


Kini mereka juga telah lupa akan janji-janji Allah seperti yang pernah mereka war-warkan sebelum ini , diantaranya :

“Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah yang mencapai kemenangan”
( Surah Al-Mujadalah : Ayat 22 )

“ Kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu”
( Surah Muhammad : ayat 7)

“ Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dia yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka”
( At-Taubah : Ayat 32 - 33 )


Sesungguhnya, kini mereka telah berpaling dari landasan asal perjuangan!


Bagaimana mereka tergelincir dari landasan asal ?



Perjuangan PAS bermula dengan simbol pertama mereka “Tapak Tangan Terbuka” menjadi lambang ketika mula mula terjun ke kancah politik dan pilihanraya Persekutuan pada 27 Jun 1955 dahulu.

Lambang ini seakan sama dengan lambang asal PKMM , tetapi PKMM menggunakan simbol tangan , mengangkat tangan , sambil menggenggam 5 jari tangan seperti satu penumbuk yang padu!

Walau apa pun tafsiran orang melayu ketika itu, bagi saya , lambang tangan bersama 5 jari ini menunjukkan perjuangan merebut kekuasaan demi menjalankan syariaat Allah dengan maksud 5 jari itu adalah simbol kepada 5 rukun islam.

Selepas itu lambang Tangan Terbuka ini ditukar pula kepada lambang bulan dan bintang. Iaitu sebiji bintang lima penjuru, berada di atas hujung tanduk bulan sabit, di mana dua penjuru kakinya berada dalam lingkungan bulan dan tiga penjurunya lagi berada di bahagian atas luar lingkungan bulan sabit tersebut.

* Lihat bendera kecil disebelah atas bucu kiri gambar di atas, nampak bendera hitam yang ada lambang bulan dan bintang?.


Amat malang sekali bila lambang ini juga terpaksa ditukar kerana diharamkan oleh Kerajaan di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, iaitu pada tahun 1971. Mereka menuduh menuduh PAS sengaja menggunakan lambang Islam seperti bulan dan bintang untuk mengelirukan orang ramai. Betulkah begitu saudara ??? Tidak, ini hanya percaturan politik saja!


Sekali lagi lambang PAS ditukar kepada lambang satu bulatan putih seperti bola ping pong yang bererti bulan purnama, dengan latar belakang warna hijau dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan warna hitam. Ukurannya seperti yang tercatat dalam ‘Perlembagaan PAS, pindaan 1987’, hendaklah 3x4 atau 3:4, iaitu 3 lintang dan 4 bujur. Boleh digunakan dalam inci, kaki, cm, meter, atau sistem ukuran-ukuran lain.



Bendera PAS pula berwarna Merah - Putih. Warna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya. Di pangkal sebelah kiri terletak satu bulatan hijau. Pada asalnya di dalam bulatan tersebut, tertera perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dalam tulisan jawi berwarna putih.

* Lihat gambar bendera PAS yang berkibar di atas, satu bulatan hijau atas warna merah-putih Sang saka!


Dengan pengharaman seperti yang diterangkan di atas, lambang tersebut tidak boleh digunakan lagi dan hanya tinggal bulatan hijau sahaja.

Maka kekallah bendera PAS hampir sama dengan bendera UMNO, yang mana di sudut atas Sang Saka Merah - Putih tersebut terdapat Bulatan Hijau bagi Parti PAS dan lambang keris untuk Parti UMNO


*Lambang Parti UMNO juga berubah dari masa ke semasa seperti di atas.

*Bendera UMNO


Sesuai dengan peredaran zaman agaknya bendera PAS kini melakukan metamorfosis seperti juga UMNO , lalu berkibarlah bendera berwarna hijau penuh dengan lambang bulan purnama di tengahnya yang sudah hilang seri dan aura asal perjuangan PAS yang diasaskan oleh arwah Tuan Haji Ahmad Fuad dahulu.


Akhir sekali,… kalaulah Bendera PAS seperti dahulu yang mempunyai Kalimah Allah dan Muhammad berserta bulan dan bintang sebagai lambang perjuangan Islamnya… sudah pasti tuan Presiden PAS , Tuan Guru Hj Hadi dan ahli-ahli PAS yang lain akan berjuang mati-matian sehingga ke titisan darah terakhir mereka mempertahankan kalimah Allah itu dari terus dimiliki oleh orang yang bersekongkol dengan mereka!!!


Namun,
apakan daya , ceramah, slogan dan retorik PAS yang berbaur syiah selepas zaman arwah Ustaz Fadhil Nor dan kini lebih bersifat liberal , kononnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menjalankan Hukum Hudud adalah hanya satu rempah ratus penambah perisa sebuah Parti Politik Picisan biasa yang sudah jauh tersasar dari perjuangan asal mereka!

Segalanya menjadi tidak mungkin kerana rempah bagi perasa yang enak itu tidak termaktub dalam perlembagaan Parti PAS sebenarnya untuk menjadi menu berkhasiat dan lazat buat santapan Bangsa Jawi Islam di hari kebangkitan akhir zaman di bumi bertuah Semenanjung Emas ini ! KECUALI lah mereka sedar dan kembali kepangkal jalan, MENGANGKAT TANGAN DAN MENGGENGGAM SEMULA 5 JARI sepenuh kudrat , mencari dan meneruskan Rancangan Asal Pencetus Revolusi Intektual Islam Tulen dari gunung Semanggol !!! ALLAHUAKBAR !!!


Berbalik kita kepada tajuk asal artikel ini, iaitu dalam isu kalimah Allah ini, dimanakah pendirian PAS??? Tepuk dada tanyalah iman saudara! Iman ini bukan boleh dipaksa-paksa!


Kepada cerdik pandai yang bergelar Maknikam yang mengatasi jauharinya pula, memanglah iman itu tidak boleh dipaksa-paksa, dan penjelasan anda tentang perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran berkaitan dengan siapa yang tidak menyokong kalimah Allah ini, di dada akhbar itu benar, tetapi dalam isu mempertahankan Kalimah Allah ini janganlah menampakkan pendirian anda lebih berpihak kepada Islam Liberal lalu menyerlahkan sedikit unsur-unsur kewahabian anda !

Demi Allah dan Rasulnya, saya akan menentang anda habis habisan dengan mata pena, dengan seluruh kudrat dan selaut tinta , sekiranya anda berpihak kepada tuntutan orang-orang kafir untuk menggunakan nama Allah ini! Ini bukan perkara kecil dan bukan perkara main-main, kita akan disoal oleh Allah tentang amanah dan tanggungjawab ini saudara!

Sejuta ucapan Tahniah kepada Dato’ Dr haron Din dan mereka mereka yang seangkatan dengannya dari PAS dalam mengenengahkan pendirian tegas dan murni ini! Saya tahu dan sememangnya percaya Dato’ Dr Haron Din tidak akan mengecewakan dan menghampakan manusia yang pernah membai’ah dirinya dan mencadangkan penubuhan Darul Syifa’ untuk kesejahteraan umat islam di Negara ini yang terlebih dahulu melihat melalui pandangan mata batinnya tentang kemajuan dan sambutan yang akan diberikan kepada Darul Syifa’ seperti sekarang ini , iaitu tidak lain dan tidak bukan Sheikh Nazim Al-Haqqani!

Mungkin Dato’ Dr haron Din tahu , dan mungkin Dajjal dan Iblis laknatullah juga sudah tahu bahawa Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan itu adalah orang yang sentiasa menghidupkan zikir khafi Allah, Allah, Allah … didalam hatinya!!!

*******

Aaahhh…!!! teringat aku pada kata-kata Sultan Melaka kepada Bendahara sewaktu Jebat bangkit meminta pengadilan dan menebus harga darah dan nyawa sahabatnya Tuah….
Kalaulah waktu ini Tuah masih ada….!!!!”

Lalu di dalam hati kecilku berkata … “ Kalaulah HAMIM masih ada! kalaulah Parti Hizbul Muslimin masih ada dan … kalaulah…. Aku berpijak di permukaan tanah sebuah Negara… Negara yang bergelar Darul Islam….. segala isu ini tak akan timbul…”

Aku berkata lagi :

Kalaulah aku berada di sebuah Negara yang bergelar Darul Islam, sudah pasti aku hanya menjumpai masjid sahaja, tak terfikir pun dihati ini untuk bertemu dengan kuil, dengan tokong , apa lagi dengan Gereja yang berselerak ini”

Dan :

Kalaupun rumah ibadat mereka yang kafir disakiti, pemimpinku atau Juara Rakyatku tidak akan tergopoh gapah menghulurkan wang sebanyak itu tanpa terlebih dahulu mencari siapa yang bersalah! Sepatutnya orang yang bersalah itulah yang mesti membaiki rumah ibadat yang dirosakkannya itu, bukan pemimpin! Kerana wang yang akan diberikan itu adalah wang rakyat! Masih ada lagi mereka yang benar-benar berhak menerima dan mendapatkan wang itu mengikut perkiraan syarak seperti anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-ibu tunggal yang miskin, masjid-masjid atau madrasah-madrasah kampung yang sudah uzur dan lain lain !!!”

* Ini adalah seguni amanah dan Khazanah rakyat! Ini Tanggungjawab dan Amanah kepimpinan yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti !!! berhati-hatilah dalam mengendalikan benda di dalam guni ini!


Teringat aku kembali kepada kisah kisah pemimpin agung islam dahulu, mereka sanggup keluar malam menyamar meninggalkan istana mewah untuk melihat dan mendengar masalah rakyat, mereka sanggup berlapar dari mengambil harta baitul mal, mereka sekeluarga lebih rela bergelap dimalam hari dari mengambil lilin atau menggunakan minyak pelita dari khazanah negara kerana takut disoal oleh Allah di akhirat nanti tentang penyelewengan dan amanah mereka sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini. Mereka inilah sebenarnya Juara Rakyat!

Masih adakah di zaman ini satu usaha untuk menubuhkan sebuah Parti seperti Hizbul Muslimin dahulu dengan matlamat utama untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Darul Islam??? Jika ada… rasanya aku ingin menjadi orang pertama yang akan menyertai gerakan itu! InsyaAllah, semoga ada usaha seperti itu atas nama sebuah kebangkitan akhir zaman!!!

Ayuh Dato’ Dr Haron Din, ayuh Tun Dr Mahathir, ayuh Tok Guru Nik Aziz , ayuh Ustaz Taib Azamuddin, ayuh Ku Li dan lain- lain tokoh yang berwibawa , ayuh Sultan- Sultan Melayu yang berdaulat, kami rindukan satu Negara dan suasana islam sebenar seperti di zaman Sultan Malikul Salih membina Empayar Islam Acheh !



Akhir sekali, entah mengapa hati ini begitu sebak ? bila menghayati senikata lagu Rasmi Perjuangan PAS yang sebenar ini , anda bagaimana? :



"Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau kalah atau capai kemenangan.

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau rebah atau tegak kejayaan.

Berjuanglah wahai ansharullah
Dengan semangat yang tak kenal kalah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan.

Bergerak ke gerbang jaya
Agar bebas dan kekal merdeka
Beramallah wahai roh yang suci
Hingga nyata benarnya janji Robbi"



Wassalam.

Al Fakir Ilallah : Sangtawal Sakranta.



Artikel Pilihan 1 :





Tajuk : Ustaz Abu Bakar Al-Baqir : Ulama Dari Gunung (1907-1974)

Sumber : Klik Sini

[ By : Kayacipta Oktober28, 2008.

NEGERI bumi timah ini sememangnya tidak pernah ketandusan melahirkan ulama-ulama yang berketrampilan. Malahan kewibawaan mereka menjangkau ke seantero Nusantara sekaligus melewati ke seluruh dunia Melayu. Nama-nama mereka begitu harum di langit zaman dan meniti setiap bibir pengikutnya sejak zaman berzaman. Begitu jualah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti Islam yang pertama tertubuh di Tanah Melayu.

Menurut Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin itu telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang dalam bahasa Inggeris disebut The Muslim Brotherhood. Penubuhan Hamim dirangka oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama Dr. Burhanuddin Al-Helmi, alim ulama serta cendikiawan Islam di Maahad El Ehya’ Al Shariff (MAEAS), Gunung Semanggol Perak pada 14 Mei 1948 yang telah dihadiri seramai 5,000 orang. (Dr. Burhanuddin sebenarnya pernah berkhidmat di MAEAS mengajar ilmu politik Islam).

Sejarah mencatatkan, Hamim mendapat sambutan hebat daripada golongan kebangsaan berhaluan kiri yang terdiri guru-guru dan pelajar sekolah pondok seluruh tanah air. Namun begitu sejarah Hamim sebenarnya tidak panjang seperti MAEAS. Justeru itu, Ustaz Abu Bakar Baqir bukan sahaja sinonim dengan Hamim tetapi lebih tertonjol bersama kecermerlangan MAEAS. Beliau bersama pemimpin Semanggol, Haji Abdul Rahman Mahmud telah mendirikan MAEAS pada tahun 1934 di atas tanah milik bapanya bagi menggantikan pondok Al Rahmaniah yang telah uzur.

Pondok yang terkenal itu menawarkan lima mata pelajaran penting seperti Ilmu teras (tauhid, tassawuf, fiqh, tafsir, hadis): Ilmu alat (nahu arab, sarf, balaghah); Ilmu pelengkap (sejarah Islam, logika, hisab, ilmu alam, al-tibb, bahasa Inggeris, kesusasteraan Melayu, tatanegara, sejarah umum, pidato umum, seni-khat) dan ilmu pertukangan yang diajar untuk pelajar putera sahaja. MAEAS ialah sebuah sekolah agama rakyat yang cukup berjasa. Ia melahirkan ramai pemimpin, antaranya Allahyarham Tan Sri Muhammad Asri Muda, bekas Menteri Besar Kelantan.

Pengasasnya pernah disebut sebagai ulama yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikirullah. Kisah hidupnya tidak banyak ditulis orang. Namun begitu sumber yang dikumpulkan oleh Nabir Haji Abdullah dan risalah benar susunan Muhammad Asri (terbitan jamaah Pimpinan Umum Hizbul Muslimin) ada menyatakan bantahan terhadap penangkapan Ustaz Abu Bakar Baqir sekitar tempoh 1948-1952. Latar belakang beliau dimuatkan di dalam tulisan tersebut.

Berasal

Susur-galurnya berasal dari daerah Kendal Jawa Tengah. Datuknya, Haji Abdul Jabar merantau ke Tanah Melayu dan menetap di Gunung Semanggol pada pertengahan abad ke 19. Sebelum ke Gunung Semanggol, Haji Abdul Jabar pernah tinggal di Klang, Selangor dan kemudian berhijrah ke Kuala Kurau, Perak. Hasil usahanya, beliau meninggalkan tanah pusaka yang luas kepada anaknya, Mohd. Said iaitu bapa Ustaz Abu Bakar Baqir.

Mohd. Said cukup mementingkan pendidikan agama. Beliau mengasuh anak-anaknya; Muhaiyuddin, Abu Bakar, Abdullah, Aishah, Saodah dan Hafsah dalam suasana didikan Islam yang amat mendalam dan menerapkan Islam sebagai ad-deen. Ustaz Abu Bakar Baqir lahir di Gunung Semanggol, Perak pada 1907. Ketika usianya enam tahun, anak kelima dari enam beradik ini belajar hingga darjah lima (tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol serta mempelajari fardu ain dan Al-Quran.


Kemudian, dia menuntut di Madrasah Al Rahmaniah, Semanggol yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman Mahmud, bekas penuntut Jame’ Al-Azhar Mesir dan Masjid Al-Haram Makkah selama 15 tahun. Kira-kira enam tahun Ustaz Abu Bakar di pondok itu (1919-1924) mengaji fiqh, tauhid, tafsir, Al Quran dan hadis serta tatabahasa Arab.

Kepala Telaah

Di pondok ini, Ustaz Abu Bakar dilantik sebagai kepala telaah, (mengikut tradisi, jawatan itu tidak mampu disandang kecuali mereka yang mencapai tahap kelayakan akademik tertentu). Sebenarnya, pelantikan itu menunjukkan pengiktirafan Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim kepadanya. Dan pengiktirafan inilah yang mendorong Ustaz Abu Bakar menjadi pendidik di samping menubuhkan unit pengajian Kanzul Maarif di pondok itu. Menerusi unit ini Ustaz Abu Bakar bersama rakan-rakanya berlatih berdebat pada setiap malam Jumaat.

Minatnya untuk mendalami politik Islam kian bercambah apabila beberapa rakan, antaranya Ustaz Abdul Halim Haji Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Score (kerana dia pemain bola sepak) sering berdebat mengkaji kemurnian Islam berbanding komunisme, kapitalisme dan faham politik yang lain. Minat itu sentiasa dipupuk dan kian melebar ke arah menyemaikan semangat cintakan watan apabila beliau mengadakan hubungan dengan penuntut-penuntut Melayu di sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Perhubungan dua hala itu bertujuan menubuhkan sekolah-sekolah agama Islam dan mencari ikhtiar mengembling tenaga untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Antara yang berhubung rapat dengannya; Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Fadhullah Shuhaimi (Singapura)’ Ahmad Mahir (Kelantan); Ahmad Fuad Hassan (Kuala Kangsar); Ismail Hamzah (kemudian Mufti-Kuala Kangsar); Haji Arshad (Bagan Datoh); Abdul Hadi Kamil (Sabak Bernam) dan Haji Hassan Yunus (Bekas Menteri Besar Johor 1959-1967).

Mengikut jejak

Pada tahun 1931 apabila Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim berpindah ke Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar kerana menunaikan jemputan Almarhum Sultan Iskandar Shah (1918-1938) menjadi guru, beliau ikut serta sebagai pelajar pula. Di Madrasah Idrisiah dia sempat menuntut selama tiga tahun (1931-1933). Dia cukup disayangi gurunya, Haji Abdullah Pak Yim. Justeru, dia ditauliahkan sebagai guru sambil belajar iaitu pada separuh masa pertama setiap hari menjadi murid, separuh masa lagi menjadi pendidik dengan gaji RM 30.00 sebulan.

Pada tahun 1934 Ustaz Abu Bakar Baqir meletakkan jawatan dan pulang ke Gunung Semanggol. Kepulangan ini kerana dijemput oleh gurunya yang pertama iaitu pengasas Madrasah Al Rahmaniah, Haji Abdul Rahman Mahmud yang juga bakal bapa mertuanya. Setelah setahun kembali menetap di bumi kelahiranya, pada tahun 1935 dia berkahwian dengan Fatimah Abdul Rahman dan dikurniakan tujuh anak.

Kegiatan Ustaz Abu Bakar Baqir tidak hanya tertumpu kepada politik tetapi melebar ke arena ekonomi, kebajikan dan pendidikan. Namun begitu, bidang pendidikanlah yang paling menonjol. Beliau bukan sekadar ulama tetapi dikenali sebagai tokoh pendidik yang berkalibar, Pelantikannya sebagai pengerusi badan kebajikan dan pendidikan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) serta pernah merangka dasar pendidikan nasional membuktikan keupayaan beliau di bidang tersebut.

Dalam persidangan di MAEAS pada 15 November 1947, beliau dibantu oleh Abdul Al-Rabb Al Tamimi, berjaya membentuk Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) bertujuan menyeragamkan sukatan pelajaran sekolah agama rakyat di Tanah Melayu. Bagi mencapai matlamat itu, sebuah pusat pendidikan sekolah rakyat ditubuhkan dan ia dikelolakan oleh Syeikh Zubir Haji Ahmad yang kemudiannya digantikan oleh Abdul Rabb Al Tamimi, MAEAS telah dijadikan contoh kepada sekolah agama rakyat di tanah air ketika itu.

Dalam bidang ekonomi dan kebajikan pula, Ustaz Abu Bakar mengetuai Persatuan Al Ehya Al Syarif sehingga akhir hayatnya (didaftarkan dibawah Undang-Undang Kompeni dan Syarikat pada 1940) mengusahakan tiga projek; kilang padi, stesen pam minyak dan stesen janakuasa elektrik. Stesen janakuasa elektrik yang dibina pada tahun 1956 itu, menawarkan perkhidmatan kepada penduduk kawasan Gunung Semanggol, Bukit Putus, Bukit Gunung Semanggol, Kubu Gajah dengan bayaran RM1 sebulan bagi sebuah rumah selama satu dekad. Stesen ini kini telah diambil-alih oleh Tenaga Nasional Berhad.

Dalam menggerakkan ekonomi, beliau pernah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk menarik minat orang Melayu mengusaha dan menggunakan barang buatan sendiri yang terjamin bersih dari segi syarak. Usaha beliau berhasil apabila beberapa kilang serbuk kopi, kicap dan taucu didirikan di Taiping, Tanjong Malim, Kuala Kangsar dan Ipoh sebagai tapak permulaan penceburan bangsa Melayu dalam dunia perniagaan.

Dalam bidang politik pula, beliau akrab dengan pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) seperti Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin Al Helmi. Dia cukup serasi dengan Dr Burhanuddin. Ini dapat dilihat beberapa agenda penting MAEAS, Dr Burhanuddin turut sama sebagai penggerak utama. Umpamanya, persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang berlangsung pada 22-24 Mac 1947, sekaligus mencetuskan penubuhan Pusat Perekonomian Melayu (PEPERMAS) dan MATA.

Seperti Dr Burhanuddin, Ustaz Abu Bakar Baqir turut menerima padah kerana menentang penjajah Inggeris. Dia dipenjara pada 29 Julai 1948 dan dibebaskan empat tahun kemudian (1952). Seiring itu, Hamim turut menerima nasib yang sama-berkubur apabila Ketua Umumnya terpenjara. Setelah dibebaskan, Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah atas sifatnya sebagai seorang ulama.

Beliau juga pernah dilantik berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara Perak dan dianugerahkan sebagai Tokoh Guru pada tahun 1975 setelah meninggal dunia. Sesungguhnya, ‘ulama dari gunung’ ini telah meninggalkan selaut jasa, segunung intan untuk bangsanya, sudahpun berpulang ke alam baqa ketika berusia 67 tahun kerana sakit tua pada tanggal 14 Julai 1974 dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Gunung Semanggol.

* Al Fatihah buat Allahyarham .. oleh ; Zabidin Hj Ismail ]



34 comments:

  1. Satu info yg sgt baru.

    saya belum pernah dengar cerita ini lagi tp ttg berjuangan pas itu HAMIM sy pernah dngar cme ttg mereka ini adalah individu yg berlainan adlah benda baru.

    Terima kasih.

    saya sudah nampk sesuatu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnya saya ragu untuk megikuti pesugihan KI WARA atau bisa dibilang uang goib tapi saya pikir tidak ada salahnya untuk mencoba dan setelah saya menghubungi KI WARA saya minta bantuan uang goib 500,jt sama beliau .dan itu benar-benar terbukti demi allah bahwa KI WARA bisa merubah kehidupan saya dalam sekejap awalnya saya sangat miskin makanpun susah ,alhamdulillah dengan bantuan beliau saya bisa merubah kehidupan saya jauh lebih baik daripada sebelumnya beliau membantu saya uang goib sebesar 500 juta .saya sangat berterimah kasih kepada KI WARA atas bantuan beliau ,dan saya menyapaikan kepada saudarah-saudarah yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI WARA 085242894584 dan untuk lebih jelasnya silahkan.ATAU BUKA BLOK KI WARA DISINI

      Delete
  2. terima kaseh Pak Tawal...
    info ni amat menarik perhatian tambahan pula ia ada kaitan dengan perkumpulan Ulama dari gunung dan ini lah kebangkitan yang di nanti-nantikan,sebagai mana Pak Tawal sebutkan ttg Hamim di atas memang tak pernah di dengar sebelom ini ttp sy pernah dengar ttg ulama dari Gunung Semanggol ini dan yang terakhir sy dengar adalah ttg perhimpunan terakhir para wali di gunung semanggol ini.

    InsyaALLAh,seandainya kita benar-benar yakin akan kebangkitan ini dan mengamalkan zikir yang di maksudkan tak mustahil kita akan berjumpa dengan mereka-mereka ini yang masih ada dan menantikan masanya untuk membawa mereka kepada jalan yang benar.

    Jangan lah kita hanya berharap pada kebangkitan sedangkan kita terjauh dari landasan dan lebih malang lagi kita hanya bersorak akan kebangkitan tetapi mengabaikan sunnah baginda Rasulullah saw.

    Seandainya kita perhatikan pada lambang PARTI HIZBUL MUSLIMIN itu sendiri,kita akan terbayang bendera di suatu negeri di tanah semenanjung ini,jadi walaupun di Perak tetapi kenapa bendera itu menyerupainya terletak di luar Perak sendiri,jadi kita fikirkan dan selalulah bermunajat pada tuhan agar kita juga tergolong bersama dengan mereka-mereka ini.

    Dan saye juga yakin perjuangan buat masa ini tidaklah menyerupai seperti mana mereka dahulu untuk mengelakkan dari di kesan oleh tangan-tangan yang tersembunyi dan juga dari mereka yang bertopengkan manusia.

    akhirkata,ayuh lah bangsa ku,marilah kita bersama tetapkan pegangan pada Sunnah baginda saw dan hayatilah budaya dan perjuangan bangsa kita yang penuh hikmah lagi fatonah...

    bersama kita menyambut kembali mereka yang dari gunung dan inilah yang Dajjal amat takutkan.

    wallahualam bissawab.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan SANGTAWAL sakranta;


    Alhamdulillah. Benar sangkaan saya sejak mula. Bahawa tuan penyusur laluan ini ... toriq ini.

    Ayuh. Kami sedia menjejaki tuan. Pandu. Kami bantu.

    PAS terbukti menyimpang dan mengecewakan Islam.

    Kalau ada sekarang satu pergerakan meletakkan Islam pada landas asal, bangsa pada landas keimanan, dan negara pada landas keamanan, Melayu tiada pilihan lain.

    ReplyDelete
  4. terima kasih saudara tawal kerana melengkapkan rentetan sejarah yg hilang ini....semoga saudara diberikan Allah rahmat dan semangat utk menyebarkan kebenaran yg telah lama dipendam di TAnah Melaayu ini.

    ReplyDelete
  5. Salam

    Amat menarik sekali artikel tuan..

    Baru-baru ni saya ada terjumpa satu parti yang memperjuangkan negara Islam di Malaysia iaitu Hizbut Tahrir Malaysia..

    Asas perjuangannya satu iaitu menegakkan kembali Daulah Khilafah yang mengikut jalan Rasullullah..

    Jika ada kelapangan di harap saudara boleh mengkaji dan beri pandangan tentang gerakan ini..

    Website Hizbut Tahrir Malaysia
    http://mykhilafah.com/

    Wslm

    ReplyDelete
  6. Salam semua.salam satu Darul Islam!

    Ihya,

    Terima kasih atas komen dan sokongan.Semoga apa yang anda nampak itu akan memberikan manfaat kepada diri anda sendiri dan orang lain. sudi-sudikanlah selalu berkongsi ilmu dan dakwah di blog kerdil saya ini.Jangan nampak "benda dalam guni" tu dah lah! he he he :)

    Amin,
    terima kasih, alhamdulillah.

    Zaim,
    terima kasih atas komen dan info yang sangat berguna ini. Kebangkitan ulamak dari gunung di akhir zaman bukan bererti dari Gunung Semanggol sekali lagi, pencetusnya dulu adalah hasil muzakarah di Gunung semanggol, tetapi kini, mereka akan bangkit mungkin dari mana-mana gunung pun boleh jadi di tanah melayu ini , Gunung Tebu, Gunung Stong, Gunung Ledang, Gunung Tahan dan banyak lagi... memang para jundullah suka tinggal dan beruzlah ke gunung! ada rahsianya tu :)... kita kan berasal dari bangsa gunung!!!

    Dal,
    terima kasih kerana amat memahaminya!
    Perjuangan ini dari "Lillah" ke "Billah". InsyaAllah !!!

    Jmazli,
    terima kasih atas doa dan sokongan.InsyaAllah saya akan memberikan yang terbaik untuk anda setakat yang saya mampu demi sebuah perjuangan ini.Semoga bangsaku mengerti dan menilai usaha kecilku ini tanpa rasa sangsi!

    Anon @3.30am,
    amboiii... awal pagi komennya!, tak tidur lagi ke???
    apa pun terima kasih saya ucapkan.
    saya juga selalu ke web khilafah itu.Objektif mereka untuk menubuhkan satu sistem khilafah itu memang bagus, tetapi BUKAN seperti apa yang bangsa Jawi mahukan, kita ada acuan kita sendiri.Cara kita berlainan sekali. cara kita amat ditakuti oleh Dajjal, Pendekar kita pendekar sufi, kalau anda baca kisah Mat kilau yang saya tulis sebelum ini, ... kulitnya tidak tembus peluru dan tidak boleh dibinasakan oleh apa-apapun dengan izin Allah!

    Bangsa Jawi banyak menyimpan khazanah ilmu pertahanan kebatinan peringkat tinggi!!! tiba masanya, musuh akan hanya "dijatuhkan" atau "dihancurkan" hanya dengan merenung mereka melalui ekor mata dan pandangan hati sahaja! tak perlu bertempur atau mengangkat senjata! selainnya tak perlu saya buka rahsianya disini.

    waktu Mat kilau, Dato' Bahaman di bawah perlindungan Tokku Paloh, sebelum mereka mandi , mereka meletakkan atau menyangkut kalimah-kalimah batin mereka di dinding rumah Tokku Paloh, bila Tokku Paloh nampak melalui pandangan mata batinnya, Tokku Paloh pun berkata - kamu boleh teruskan memakai ilmu dan meletakkan kalimah itu ditubuhmu, tetapi masih ada lagi ilmu dan amalan yang lebih hebat dari itu, jika kamu memiliki ilmu itu, kamu tak akan TERKALAHKAN!mereka pun belajar dari Tokku Paloh ilmu itu....

    wassalam.

    ReplyDelete
  7. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

    Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Sangtawal,

    menarik intipati blog..dan tuan hamba nak jawab seberapa perkara..


    saya akui yg Pas adalah dari 'benih' UMNO,dan bukn setakat itu sahaja..ade sebb2 lain penubuhan Pas.British dgn rakusnya mendakwa MEREKALAH KHALIFAH di India(ade sejarahnya yg terpalit),dan dgn itu Pas dgn sebbnya amat khuatir jika ideologi ini juga berlaku d sini.Pas ditubuhkan jua..

    ...................................
    Satu lagi hujah saya ialah, mengapa parti PAS ini tidak ditekan atau dikekang perjalanan politik mereka oleh British seperti yang dilakukan kepada Hizbul Muslimin??? Malah British merestui Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya pertama mereka pada tahun 1955 sedangkan umur PAS adalah sebanyak 24 jam (sehari) sebelum tarikh penamaan calon mereka??? Sekali lagi soalan saya, mengapa Inggeris merestui PAS seperti juga mereka merestui UMNO saudara???


    *senangnya nk jawab.hehe..
    memang dlm perlembagaan berkata gitu,SAYA AKUI !..jika diteliti,Islam perlu memasuki jua PENTAS kotor(demokrasi) ini,bagaimana nak masuk ? pastilah dgn persetujuan mereka(British) dahulu.jika tidak tak daptlah mask pentas ni..

    *kita perlu rancang jua.ada maslhat yg perlu kami tempuhi.cukuplah dgn HAMIM diharamkan.kami perlu belajar dari sejarah.

    negara berkebajikan yg dimaksudkan pas adalah NEGARA ISLAM.bukankah Negara BERKEBAJIKAN adalah NEGARA ISLAM(dahulu)???

    ....dan saya hormat anda....


    ASMd

    ReplyDelete
  9. Salam

    Mengapa parti PAS ini tidak ditekan atau dikekang perjalanan politiknya?

    Ini kerana dalam perlembagaan PAS sendiri mengambil Demokrasi sebagai dasar. Pihak British tahu bahawa hukum Allah tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi, jadi mereka tidak perlu bimbang.

    Negara berkebajikan itu negara Sosialis bukan negara Islam. Kita boleh lihat hari ini begitu banyak negara Islam, tapi tidak ada satu pun NEGARA ISLAM YANG MENGIKUT JALAN RASULULLAH.

    ReplyDelete
  10. Sdr Bah Lontok

    Saya pun macam Bah juga. Pilih yang senang.

    Di zaman Nabi Isa a.s. semua kristian menyembah Allah.

    Sepeninggalan Nabi Isa, setengah kristian menjadikan Isa a.s. itu tuhan. Diadakan juga dua lagi tuhan iaitu bapa tuhan dan roh tuhan. Kristian tidak lagi panggil tuhan dia Allah.

    Allah tidak terima agamaNya diubah-ubah. Allah Pandang ini salah. Lalu Allah Utuskan Muhammad s.a.w. untuk membetulkan kesalahan ini.

    Kristian tidak mengakui Allah tuhan Muhammad s.a.w. itu tuhan mereka. Mereka masih akui tuhan mereka yang tiga itu sampai sekarang.

    Sekarang mereka mahu pakai nama "Allah" orang islam sahaja. Mereka mahu pakai nama sahaja supaya senang mengelirukan orang yang tidak tahu. Mereka kristian akan kata kepada rakyat Bah, "Tukan aku sama dengan tuhan orang Melayu"

    Itu bohong. Tuhan kristian benarkan makan babi. Tuhan Muslim larang makan babi. Agama kristian senang. Agama Islam susah. Itu bohong lagi.

    Kalau sama kenapa tuhan orang islam larang tapi tuhan kristian benarkan makan babi?

    Semua orang biasa cari yang senang. Tapi semua orang pilihan cari yang benar walau susah.

    Dapat yang benar dengan bertanya kepada orang yang benar.

    Saya suka Bah ke sini. Kerana di sini kita sama. Kita suka mencari yang benar.

    ReplyDelete
  11. izinkan kanda mengopy ini untuk perjuangan kita bersama

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sang Tawal,

    terima kasih atas penulisan yang berinfomasi ini

    "Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat ke atas sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui"

    Gunung, dulu selalu juga naik turun g. ledang, naik asahan turun sagil, naik sagil turun asahan, di segitiga kita berehat, tarikan untuk kembali selalu ada cuma kudrat dan masa belum izinkan, zikir sentiasa buat tiada rasa penat malahan terasa singkat perjalanan..

    sekian

    ReplyDelete
  13. terima kasih sang tawal dgn artikel ini...


    mmg tidak dinafikan akhir2 ini byk kepincangan dlm PAS dan juga kelemahan lain spt tiada blueprint mcm mana nak tegakkan syiar islam kat negara kita ni.

    tp bg saya kalau kita hanya menghentam PAS saja,tiada bezanya mcm org PAS menghentam Umno...
    kita perlu ingat,walau byk kelemahan PAS,jumlah rakyat yg menyokong PAS juga agak besar.Ini yg patut kita gunakan...

    bg saya yg daif ni,PAS perlu gariskan dgn jelas,matlamat perjuangan mereka utk bina negara islam,biar kafir x suka,tp tiada kepincangan di kemudian hari, PKR perlu di lupuskan, agak kuasa menggundi tertumpu pada satu pihak,
    supaya tak terjadi kes2 spt Selangor,Perak.Ada kuasa, tp memerintah dalam kepincangan kerana berbeza idealogi.Dan terakhir kerja2 tarbiah kpd kwn2 kita dr umno perlu dijalan berterusan termasuk mencari cara yg plg efektif agar mereka kembali ke matlamat asal.


    hf

    ReplyDelete
  14. Slm tuan hf;

    Kali pertama saya terjumpa suara begini. Amat tepat. Amat benar. Amat releven.

    Saya 100% setuju dengan saranan sdr hf.

    Salam Tuan Sang Tawal. Rasanya tepat sekali jika likeminded seperti tuan hf dan kita kumpulkan mereka yang lain mempadukan fikir seperti yang di gariskan oleh tuan hf itu.

    Mudah-mudahan ia membuahkan langkah-langkah pelengkap kepada apa yang kekurangan dalam perjuangan Agama yang gagal didukung oleh PAS atau UMNO.

    ReplyDelete
  15. dengan nama Allah yang maha Pemurah dan Maha Menyayangi.

    kalau HAMIM masih ada....?

    mengapa mesti 'kalau', ayuh tubuhkan gerakan baru menyambung kesinambungan Islam dan HAMIM sendiri.

    bermula sekarang.

    insyallah kalian dapat sokongan..

    ReplyDelete
  16. Saudara ASmd,

    Dulu sy mmg admire PAS sgt, sbb ia merupakan parti islam...tp biler tgk penyokong2 PAS yg agk keterlaluan ckit, dh mula rse seram ckit..mcm kt tmpt sy sndri, org PAS langsung xnk cmpur org2 lain...pdhl kite ni satu komuniti, bersatulah...yg salah tegur, silaturrahim eratkan..

    Lagi, biler PAS masuk pakatan rakyat, lgla sy seram...
    Sy rse pas patut join umno (umno ea, bkn BN)..Same2 melayu, same2 islam...Sy bukan sokong umno, saya tau pemimpin umno ni byk yg 'ROSAK', tp mereka ada sedikit sebanyak pengalaman kepimpinan dan 'kawasan'...Jadi, pandangan sy, kalau PAS join venture dgn umno, tarbiah ape yg patut, cuci sane, cuci sini..Mesti boley jadi 1 parti melayu islam yg berkuasa dan ader majoriti..mcmni barula kite boleh laksanakan sistem islam kt negara kite...

    Macam sekarang ni, BN memerintah, xder guide dr ulama2, sbb tu la cacamerba sikit...kite tahu ulama pas warak2 orgnyer (sy paling suke dr harun din!!), merekalah yg kiter perlukan untuk bg jalan lurus kat pemimpin2 umno neh...Untuk melaksanakan undang2 Allah kt malaysia ni..

    Sy rse sume org pon dpt perasan, sekarang ni, org bukan islam dan bukan melayu makin nak mintak lebey2 dr kite..Pengalaman sendiri berbahas dgn seorg bukan melayu menentang org melayu ader hak istimewa...penat juge nak jawab...tp realitinyer, mereka skrg sudah berani meminta...kalau kite asik memberi, di belakang hari kite pulak yg tertindas..

    ASMd,
    Sy mmg sokong PAS, tp sy masih xphm knape perlu masuk pakatan rakyat? Bgus sgt ke anuar ibrahim tuh? Yang paling xpuas ati ader DAP lg...Sy suke kelantan, kawan ckp kat sne undang2 islam dipraktikkn..(Biler Malaysia nak pki undang2 ni?)

    Maaf jika tersalah, cume menyatakan rasa hati...Ader salah, tegurla..sy pon umat yg sedang memperbaiki hidop.Sedia menerima teguran..

    BlancFixe

    ReplyDelete
  17. sebenanya saya dah mula agak agak 'muak' nk bincang kat internet.hehe

    ade faktor2nya yg x best.

    x pe lah,ape pun saya tetap hormat SEGALA PANDANGAN..

    *mungkin saudara elok pegang kata ini."Saya leih suka pimpin orang cina dari pimpin Melayu yang tertutup fikiran"....saudara elok faham2kan..maksud tertup tu,MEMANG SENGAJA UMNO(atau BN) ni tutup pintu PERBINCANGAN..mcm mne nk dakwah ye ...


    ASMd

    ReplyDelete
  18. Salam semua,

    Bah Lontok,
    Terima kasih atas komen,agak keliru pada mulanya membaca komen Bah,tetapi setelah pergi ke blog Bah, baru saya memahami pendirian Bah dalam soal ini,
    Oleh itu, dengan nama Allah swt , yang Esa, Tunggal dan Tidak Bersekutu dalam Kerajaan dan Kekuasaannya, saya menyeru Bah Lontok masuk islam secara keseluruhannya. Bah , Islam ini mudah dan ia adalah agama yang diredhai oleh Allah swt, selepas itu Bah bebas untuk menyebut Kalimah Allah itu , tiada siapa yang akan menghalang Bah!

    Bah, jika Bah kaji Al-Quran dan sunnah nabi Muhammad saw, Bah akan nampak keindahan dan kebenaran islam, percayalah!

    Bah,salah satu tujuan Nabi Isa a.s diturunkan diakhir zaman adalah untuk membetulkan kekeliruan ini, dan ketahuilah Bah, Konsep Trinity itu hanyalah ciptaan manusia jua, bukan ajaran Nabi Isa yang sebenarnya! injil dan kitab-kitab mereka sudah tidak asli dan banyak campurtangan dajjal.

    ASMd,
    terima kasih atas komen.Saya juga tahu maksud tersirat disebalik penubuhan PAS yang tersurat pada awalnya, ya, memang pengharaman dan penangkapan ketua dan ahli HAMIM menjadi pengajarannya.

    Namun persoalannya, mengapa dengan masuki jalan kotor demokrasi? mana ada hadis atau ayat al-quran membenarkan kenyataan itu, dalam islam pasti ada jalan penyelesaiannya. mengapa harus takut untuk menyatakan kebenaran, Allah pasti bersma kita! Siasah islam penuh strategi dan hikmahnya, namun kebelakangan ini, PAS telah dipergunakan. Bila niat dan cita-cita pemimpin didahulukan dari memenuhi kehendak Allah dan Rasulnya, inilah jadinya.

    apa-pun, yang sudah berlaku itu sudahlah, biar ia menjadi pengajaran buat kita semua, ayuh mari kita bina ukhwah baru, kita berbincang dan bersatu membina kekuatan islam yang sebenar! marilah kita saling tegur menegur dalam menuju kebenaran! :)

    Anon @7.32 pm,

    Terima kasih atas komen, ya setuju dengan anda.konsep Negara berkebajikan ini memang bagus, tetapi ia bergantung kepada siapa yang melaksanakannya.mungkin Pas boleh ubah perlembagaannya sekarang.takkan sekarang ini PAS masih dijajah lagi?

    Dal,
    setuju sangat dengan pendapat DAL tu, semoga Bah sudi memeluk Islam!

    Buat bah, mulianya seseorang itu disisi Allah bukan kerana bangsa, pangkat dan darjatnyaa, mulia kita ialah bila menjadi orang yang paling bertaqwa disisi Allah, kerana takwa adalah sebaik-baik bekalan kita ke negeri yang kekal abadi!

    Faizul, silakan! :)

    ReplyDelete
  19. Salam semua,

    Kamarulnizam,
    ya, ayat : Bismillahillazi La yadhurru..... itu adalah sebahagian dari senjata kita :)
    semoga anda istiqamah dalam mengamalkannya! tanya orang arif jumlah bilangan nama anda + ibu anda, amalkan ayat diatas sebanyak jumlah bilangan nama anda + ibu anda, insyaAllah....dengan Izin Allah :)

    Anon @ hf,

    Baik sekali cadangan anda, terima kasih!
    Ya, kita sudah tidak punyai banyak masa, kelmarin sudah berlaku gerhana matahari, 2 gempa bumi sudah berlaku satu di timur iaitu di Padang dan satu dibarat, Haiti,
    cuma tinggal satu lagi gempa bumi ditengah-tengah antara keduanya! sebelum bangkitnya Al-mahdi dan perang Armageddon! semoa kita bersatu hendaknya!

    Dal,
    begitu juga dengan saya, amat bersetuju dengan saudara hf diatas dan pendapat Dal disini.
    Marilah kita bersatu, berbincang dan memberikan komen dan pandangan terbaik demi melihat kebangkitan islam yang gemilang dibumi bertuah ini.Seperti yang Dal katakan, asyik menyalahkan orang lain tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita.

    HARAPAN SAYA SEMOGA UMNO DAN PAS BERSATU, KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL YANG MURNI,kerana masing-masing pun sudah lari dari landasan asal perjuangannya, tidak ada salahnya bersatu dan bergabung. Masalahnya masih ada pihak-pihak yang bimbang akan penyatuan ini di Malaysia.mengapa mereka takut ??? fikir-fikirkanlah sendiri!

    Melayu Republik,
    ya kita memang akan buang "KALAU" itu jika melayu-islam sudah mula sedar dan bersedia!!! kini tugas kita adalah menyedarkan semula kawan-kawan kita yang terlalu taksub epmimpin parti politik baik PAS atau UMNO sehinggakan mengabaikan fitrah akal sendiri anugerah Ilahi untuk berfikir dan membuat kesimpulan yang rasional dan terpuji.

    Hizbul Muslimin mungkin tak akan tertubuh kembali, tetapi semangat perjuangan dari gunung semanggol itu akan tertegak kembali.

    Setakat ini Doa saya semoga UMNO DAN PAS BERSATU , demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air!Ini tidak mustahil jika kita ikhlas dan bersatu dalam perjuangan!

    wassalam.

    ReplyDelete
  20. salam Blancfixe,
    terima kasih atas komen.
    terima kasih atas komen yang bernas.
    Apa yang ASMd cakap ada juga yang benarnya! dia pun sekarang ni dah mula dok fikir-fikir yang terbaik untuk dirinya tu! :) betul tak ASMd?

    Salam ASMd,
    terima kasih kerana selalu baca dan komen kat blog saya.Saya tahu awak seorang yang jujur dalam menyampaikan pandangan awak.
    mana kawan awak Tanda seruan !!! tu, lama tak dengar berita, entah-entah awak ni orang yang sama tak ??? he he he.

    mari kita doakan sama-sama agar PAS dan UMNO bersatu demi survival islam di tanahair kita!

    semoga ada pemimpin-pemimpin besar yang sedar dan memulakan langkah awal.Dengan tok guru nik aziz pun saya tak boleh nak baca sangat cara pemikirannya, dalam masa tidak sokong penggunaan kalimah Allah, dia sempat lagi ajak paderi-paderi gereja makan tengahhari bersama, bukan tak boleh, boleh, tapi tak kena pada masanya!

    entahlah,kadang kadang betul kata ASMd tu, dah 'muak' bincang kat internet ni, tapi dia orang tak berubah-ubah jugak!!!

    wassalam.

    ReplyDelete
  21. Hanya UMNO sahaja yang betul kerana parti ini menjunjung perintah Al-Quran dan Hadis.Menegakan Hukum dan syariat Islam.Apa komem Penulis?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wbt en sangtawal

    Di atas tuan ada menyebut "campur tangan dajjal" menyebabkan kitab agama lain sudah tidak asli lagi.

    Saya baru saja baca ruangan warfel efairy (FOM) dan dulu ada baca artikel Kumanddie

    Semacam ada perbezaan yang jauh ulasan siapa itu dajjal dan yakjuj makjuj.

    Boleh saya tahu pendapat en sangtawal, siapakah itu dajjal sebenarnya.


    M.O.Teluk Iskandar Mersing

    ReplyDelete
  23. salam M.O Teluk Iskandar Mersing.

    izinkn sy berkongsi ttg pndangan sy, Dajjal adalah satu "entiti" yg boleh dikategori sebagai Majmuk atau individu. Kerana "Dajjal" adalah satu istilah gelaran yang beri oleh Allah SWT kepadanya atas segala "fitnah besar" yang dilakukann di dunia ini. Dalam waktu yang sama ia juga antara yang dilewatkan ajalnya, dan diberi gelaran "Al-Masikh" Dajjal, sepertimana Isa a.s dipilih oleh Allah sebagai "Al-Masih" Isa a.s dan dilanjutkan ajalnya.

    Al-Masih /Messiah dalam bahasa greek disebut "kratos"/"Christ"

    Contoh dalam majmuk ,kita boleh kaitkan dunia zaman sekrang sebagai zaman Dajjal kerana fitnah berleluasa , seperti "fitnah" dalam meng"sekuler"kan akidah. kita sendiri boleh lihat.

    Tetapi terdapat juga beberapa petikan hadis yang khusus pada individu , berbunyi seperti ini :

    "Kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga,"

    [Dalam 'Musnad' Imam Ahmad,terdapat hadis Rasulullah yang bermaksud "Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkhawinannya selama tiga pulih tahun tanpa melahirkan seorang anakpun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya.Ia menjadi seorang paling berbahaya dan paling sedikit manfaatnya, Kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga."]

    Kita akan melihat dajjal didalam bentuk individu apabila Tanah Al-Aqsa itu jatuh ketangan Yahudi dan apabila Dajjal/ as-Sammiri mengishtiharkan dirinya sebagai "Al-Masih" untuk bani Israel ,antara paling kemuncak "fitnah" yang dilakukannya adalah mengaku dirinya sebagai Tuhan sepertimana firaun pernah lakukan dahulu.

    waalallahualam.

    ReplyDelete
  24. Salam semua,

    wariq,
    awak jawab lah soalan itu sendiri, awak lebih tahu dari saya.

    M.O teluk iskandar mersing,
    artikel pilihan terbaru saya diatas ada menyebut tentang Antichrist.

    Q,
    terima kasih atas komen.
    Dajjal ditafsirkan dengan berbagai cara.Jadi berwaspadalah kita dengan fitnah dajjal.

    ReplyDelete
  25. Saudara ASMd,

    Jgnla ckp begitu...bukan ke kite perlu dahulukan umat melayu islam kite ni...kenapa nak dipimpin kaum2 cine tu? lainla jika mereka memeluk agama suci kite ni..

    Kite perlu dahulukan org melayu yang makin lame makin menyimpang hendaknyer..makin seksi makin bangga pulak mereka...bukan nak takut hukum Allah..

    Insyaallah minda saya xtertutup wahai en.ASMd...sy sedia mendengar aper2 cadangan dan teguran saudara...cume saya harap saudara juge x menutup minda saudara juga..ape yg saya ckp juga pemilik blog ini ader asasnyer juge..cubela fikir2 kan juge..

    Macam yang sy kate, sy bukan menentang PAS...sy taw PAS menegakkan hukum Allah. Tp majoriti rakyat melayu menyokong umno..bukankah kesempatan ini perlu kite ambil? Saudara rase jika pakatan rakyat memerintah hukum islam boley tertegak? Sy xtaw skop pandangan PAS, tp sy rse mungkin tidak terjadi. Tp kalo parti yg memerintah itu fully islam..boley kan?

    Pernah dengar two head is better than one?

    BlancFixe

    ReplyDelete
  26. Salam Tuan Tanah..

    Good job, tetapi ada cacatnya.

    1. Hizbul Muslimin merupakan satu drp parti sayap PKMM yg diusahakan oleh Dr. Burhanuddin selepas menggantikan Mokhtaruddin Lasso. ideologi mereka di awal penubuhan adalah utk mewujudkan sebuah gagasan melayu yg besar yakni bergabong dgn Indonesia. Bagaimana jika saya katakan bendera merah putih itu adalah samaran bendera Indonesia.

    2. HAMIM ditubuhkan lebih bersifat ujikaji, utk melihat sejauh mana ia boleh pergi dan setakat mana sekatan @ tindakan yg akan dilakukan oleh pihak Inggeris dan respon drp masyarakat masa itu. Dr situ mereka belajar cara yg berkesan utk menerapkan unsur2 Islam dgn lebih ke dlm kancah politik masa itu. Sebab itulah mereka mengubal dasar dan objektif yg terang dan bersifat provokatif.

    3. Dr Burhanuddin yg mengusahakan semua ini, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilantik oleh beliau dan MATA utk menerajui HAMIM pada masa itu seperti Ahmad Boestamam utk API. Nampaknya beliaulah yg byk memberi kesedaran berpolitik di kalangan org melayu.

    4. Hizbul Muslimin ditubuhkan pada 14 Mac 1948 hasil cetusan pertemuan di Madrasah Maahd Ehya’ asy-Syarif di Gunung Semanggol, Perak setahun sebelumnya. Belum sempat pun merangkak, baru belajar meniarap Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada bulan Ogos 1948.

    5. Tokoh2 HAMIM yg berpengaruh yg hilang platform ramai juga menyertai Umeno. Hal inilah yg ditunggu2 British. Namun begitu para ilmuan agama dalam UMNO akhirnya tidak dapat menerima fahaman sekular lalu keluar dan menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) pada 24 November 1951. Beberapa orang yang pernah bersama Hizbul Muslimin dulu turut menyertai PAS ketika itu.

    6. Dr. Burhanuddin yg menjadi play maker kepada semua ini telah mengambil alih PAS pada tahun 1956. Anggapan british, dgn dasar yg berkonsepkan demokrasi dan bahawa PAS adalah serpihan Umeno (seperti saudara) maka PAS layak bertanding utk PRU 1 1955.

    7. Jika kita lihat kronologi ini. Dr. Burhanuddin yg patut diangkat menjadi PM pada masa itu. Bayangkan jika beliau menjadi PM pada waktu itu.

    8. Ilmu politik yg dimiliki insan yg berkaliber ini diturunkan satu generasi ke satu generasi. Percanggahan pendapat boleh terdapat di mana2 institusi. Ada yg kata ok ada yg kata dak. Jd muslihat politik HAMIM/PAS lebih hebat dr parti politik yg sedia ada dan dakwah mereka tidak kenal batas sempadan, kaum, agama dan bangsa.

    Seperti saudara berpesan sebelum ini "jgn bersembunyi disebalik anon".


    KriZalid

    ReplyDelete
  27. salam KriZalid,
    Baca artikel atas sekali lagi!
    Lepas tu buat komen semula.

    Dr Burhanuddin play maker ???
    HAMIM ditubuhkan untuk ujikaji??? mana dapat idea ni??? nak buat ujikaji sehingga ustaz abu bakar dan dr burhanuddin sendiri merengkok bertahun-tahun dalam penjara???
    Anda sebenarnya ingin menegakkan benang basah iaitu HAMIM/PAS itu benda yang sama!!!

    jadi beri hujah-hujah kamu mengatakan apa yang cacatnya dalam arikel diatas.

    apapun, terima kasih atas komen saudara.Sila jangan taksub sangat dengan politik.

    ReplyDelete
  28. Salam Tuan Tanah...

    Semuanya sudah terjawab, tapi x pa. Mugkin terlepas tengok.

    1. Tuan mengkagumi Dr. Burhanuddin, tapi tuan tidak mengiktiraf penglibatan beliau ddlm PAS. Jd, bila beliau ada dlm PAS saja (Dipertua Agung PAS ke-3 plak tu) trus x leh pakai (tuan tak maklom pon, cacat 1). Macam tu ke?. Beliau adalah play maker kepada pola pergerakan dan kesedaran politik melayu utk membela Agama, bangsa dan tanah air. Tuan mengatakan PAS bukan kesinambungan HAMIM abis 2 skrang mcm mana.

    2. Hampir kesemua bekas HAMIM yg berada dlm Umeno keluar dan menyertai PAS setelah ia tertubuh (tuan x maklum malah menafikan, cacat 2).Persatuan Ulama Se-Malaya yg dtubuhkan pd tahun 1951 dan akhirnya membawa kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 sebelum di iktiraf sebagai sebuah parti politik pada tahun 1955 (bukan parti magi sprt yg tuan dakwa, cacat 3). Dlm period ini, persidangan dan muzakarah sentiasa berlaku. INGAT..Ustaz Abu Bakar dibebaskan pada 1952 (perlukan huraian yg terperinci lg ke) dan tuan mmg maklum keakraban antara Dr. Burhanuddin dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir.

    3. Adakah dlm masa tersebut hanya membincangkan dasar, objektif dan halatuju persatuan(parti) semata2, tidak..sejarah dan pengalaman mengajar mereka. Sama seperti ingin mnubuhkan HAMIM dulu, x kan Dr. Burhanuddin dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir sebodoh itu, sedangkan mereka sudah maklum British semacam terkena strok bila Islam menjadi asas perjuangan. Mereka taksub dan yakin perjuangan ke jalan Allah sambil ingin menguji setakat mana natijahnya dlm memberi kesedaran kepada masyarakat. Inilah langkah pertama mereka sebelum digelar pengganas.

    4. Dr. Burhanuddin di penjarakan oleh puak Umeno dibawah ISA dengan dakwaan bersekongkol dgn Indonesia dan menentang penubuhan Malaysia. Beliau hanya ditahan oleh British semasa isu Natrah. Meniggal akibat lelah dan kesan seksaan semasa di ISA kan.

    Jd siapa yg ingin menegakkan benang yg basah, walaupon bkn 100% tetapi masih ada kesinambungan wadah perjuangan berteraskan Islam. Al-fatihah utk mereka yg telah terkorban..

    Maaf Jika ada yg tidak berkenan.


    KriZalid

    ReplyDelete
  29. info yg menarik..
    cumanya pada sy..tidak kira dr mana asalnya parti PAS..aslkan matlamat perjuangannya jelas ISLAM..maka PAS adalah satu-satunya pilihan kita..tak kan lah nk harapkn umno

    ReplyDelete
  30. Dengar cerita tauhid PAS sama dengan tri-head Pakiam. Dengar khabar dua-dua Melayu UMNO dan Melayu PAS amat mengecewakan.

    ReplyDelete
  31. Tuan, terima kasih kerana menyiarkan artikel saya bertajuk Ustaz Abu Bakar Baqir: Ulama dari gunung yng dipetik drp blog saya: Kayacipta. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit pengetahuan kepada pelayar blog tuan.

    wassalam
    zabidin hj ismail

    ReplyDelete
  32. tuan tak baca gambar PANGKAH bulan bintang tu dengan betul ke? kan di bawah ditulis:

    DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENERANGAN PAS NEGERI KELANTAN

    ReplyDelete