Sunday, December 27, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah Manusia.


Tajuk : Hari Ini Dalam Sejarah Manusia.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah untuk dikenang dalam sebuah sejarah kemanusiaan.

Pada hari ini, 10 Muharam, sebenarnya banyak peristiwa penting dalam sejarah dunia berlaku .Diantaranya ialah :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam ini.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy .

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

19. Nabi Isa diangkat ke langit.


Betapa besar dan bermaknanya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh hari ini, 10 Muharam sehinggakan Allah swt memberikan beberapa ganjaran dan pahala kepada mereka yang berpuasa , melebihkan amal ibadat dan bersedekah pada hari ini, menjadikan Dajjal dan Iblis tidak senang hati, lalu mereka bersama pengikut mereka merencanakan satu Konspirasi Terbesar dalam sejarah dunia pada 10 Muharam, hanya dengan satu tujuan : iaitu supaya seluruh manusia dan dunia islam melupakan segala peristiwa di atas dengan mengalih tumpuan dan ingatan mereka kepada satu peristiwa besar yang lain, peristiwa yang begitu menyayat hati, malah merobek tangkai jantung setiap insan muslim yang benar-benar menyintai Rasulullah saw dan seluruh keturunannya yang mulia!


Mereka telah membunuh dan mengalirkan darah cucunda Nabi Saw yang disayangi pada hari yang penuh keberkatan ini ( 10 Muharam ) iaitu Saidina Hussien di Karbala ! Inilah diantara perencanaan terhebat mereka! Kerana , secara emosi dan psikologinya mereka telah berjaya meninggalkan satu kesan trauma yang dasyat dan mendalam kepada seluruh umat iaitu satu kesan hebat menurut Psychiatry digelar PTSD ( Post Traumatic Stress Disorders).

Selepas dari tarikh berdarah itu, kebanyakan manusia hanya membicarakan tentang pembunuhan cucunda Nabi saw di Karbala berbanding dengan peristiwa-peristiwa besar lain yang saya senaraikan di atas!

Ya, siapa yang tidak pernah mendengar perkataan SYIAH !!!

Mereka ( Syiah) yang mendakwa sangat mencintai Ahlul Bait, SEBENARNYA adalah perancang utama pembunuhan Saidina Usman dan cucunda Nabi Saw itu.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang konspirasi mereka, cukuplah saudara semua membaca satu artikel dan kupasan yang sangat menarik dan menyeluruh tentang Syiah di sini : KLIK

Semoga dengan artikel yang ditulis oleh M.O dalam blognya Mistisfiles diatas, boleh menyedarkan penganut Syiah di Negara ini, supaya berfikir sejenak. Buangkanlah “Taksub Syiah” ketepi dan kembalilah kepada ajaran islam yang sebenarnya jika kita benar-benar cintakan Nabi dan Ahlul Baitnya! Al-fatihah Buat cucunda Nabi saw Saidina Hussien.

* Anda boleh membaca komen-komen menarik berkaitan Artikel "Berdebat dengan Syiah Melayu" disini : Sila Klik


* Berhati-hatilah kita dengan Iran : Klik Sini




*Kegilaan apakah perbuatan diatas ini???


Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


6 comments:

  1. SangTawal,

    Terima kasih atas artikel ini.Sebenarnya ketika salah seorang penyumbang kami menyusun artikel tentang Syiah di MistisFiles,beliau tidak teringatkan pun bahawa umat Islam sudah dekat dengan 10 Muharam ini.Mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu.Tadi kami baru terjumpa satu artikel oleh blogger perintis konspirasi Malaysia,tidak lain tidak bukan Ibnuyaacob,alhamdulillah beliau juga sependapat dengan kita dalam hal konspirasi mereka.

    Ini linknya:http://ibnuyaacob.com/?p=937

    SangTawal,kita tunggu saja 70000 pengikut Dajal dari Isfahan (Iran) itu sebagaimana sabda junjungan kita.Atau sebenarnya sudah muncul seperti dalam artikel saudara.

    Salam perjuangan!

    ReplyDelete
  2. Salam M.O,

    Seperti juga artikel kita berkaitan dengan "Avatar" sebelum ini,ia ditulis tanpa dirancang, kini dunia sibuk dengan filem itu.mungkin ada sebab jadi begitu.

    semoga Allah sentiasa tunjukkan jalannya buat kita dan semoga kita sentiasa dipermudahkan olehNya.

    Terima kasih atas komen dan info ke link ibnuyaacob itu, saya telah update kan artikel diatas. Kepada yang berminat untuk membaca komen-komen menarik disana, silakan.

    salam perjuangan.!

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. salam
    so sangtawal akhirnya kita akan berjuang menentang golongan munafiq dari iran juga la kiranya.Walau pun mereka berserban dan berjubah!so mcm mana pulak uniform rasmi kita nanti agaknya???

    ReplyDelete
  4. salam abuuwais,
    kita tak ada uniform rasmi nanti:)
    tetapi kita akan kenal antara satu sama lain melalui kalimah di tubuh dan gerak yang berdetik dihati, insyaAllah.

    wassalam.

    ReplyDelete
  5. salam
    semakin menarik jawapan sangtawal.Boleh saya tau sangtawal mengamalkan "Tarikat" apa???

    ReplyDelete
  6. salam abuuwais,
    nak kata tak belajar tareqat tu, taklah juga,ada la sikit-sikit. pada pandangan saya, tareqat Naqsyabandiah, Ahmadiah, Nadzhoriah dan Syattariah adalah di antara yang terbaik di tempat kita ni.Apapun,itu semua tak penting bila tahu semua jalan itu hanya menuju kepada satu tempat yang satu! cuma cari guru mursyid dahulu. harap abuuwais boleh faham :)

    wassalam.

    ReplyDelete