Tuesday, December 29, 2009

PM Haman Disisi Firaun



Tajuk : PM Haman Di Sisi Firaun.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Mungkin kita selalu mendengar nama ini ; HAMAN, kerana dia disebut sebanyak 6 kali dalam Al-Quran.Itulah hebatnya mukjizat Nabi Muhammad saw ini, kerana melaluinya banyak perkhabaran-perkhabaran tentang masa silam terutamanya peristiwa yang berkait dengan Nabi Musa a.s diberitakan oleh Allah swt kepada Rasul pilihanNya itu.

Perkhabaran tentang Haman dalam Al-Quran ini secara tidak lansung menempelak kaum Yahudi dan Nasrani tentang pengetahuan sejarah silam yang mereka miliki tentang nenek moyang mereka sendiri.Ini adalah kerana dalam kitab Torah ( Kitab Taurat yang diubah suai) yang berkaitan dengan kehidupan Nabi Musa a.s yang mereka miliki tidak menyebut lansung tentang Haman ini.Namun didalam Kitab Perjanjian Lama, nama Haman ada disebut dalam bab-bab terakhir sebagai pembantu Raja Babilon yang melakukan banyak kekejaman terhadap Bani Israil kira-kira 1,100 tahun setelah Nabi Musa AS.Peranan dan tugas Haman yang begitu penting di sisi Firaun yang boleh diumpamakan seperti Perdana Menteri atau PM Firaun yang juga merangkap Menteri Pembangunan Dan Binaan Firaun ini tidak disebut lansung!

Nama “Haman” tidaklah diketahui mereka sehinggalah dipecahkan Huruf Hiroglif Mesir pada abad ke-19. Ketika Huruf Hiroglif dipecahkan, maka mereka pun mula mengetahui bahawa Haman adalah seorang pembantu dekat Firaun, dan “Pemimpin pekerja batu pahat”.

*Pekerja binaan bangunan yang diseliakan oleh Haman

Apa yang penting ingin saya sampaikan disini ialah Haman disebut dalam Al Quran sebagai orang yang mengarahkan untuk mendirikan bangunan atas perintah Firaun. Ini bermakna keterangan tentang Haman yang belum pernah diketahui oleh siapa pun di masa itu telah diceritakan oleh Allah swt di dalam Al Quran melalui Nabi Muhammad saw, sekaligus menolak dakwaan mereka yang mengatakan Al-Quran itu dicipta oleh Nabi Muhammad saw sendiri atau setidak-tidaknya telah memplagiat cerita berkaitan dengan Haman dari kitab-kitab mereka!

Al Quran telah mengisahkan tentang kehidupan Nabi Musa AS dengan sangat jelas.Ketika memaparkan perselisihan Nabi Musa a.s dengan Firaun dan urusannya dengan Bani Israel, Al Quran sekaligus menceritakan tentang sejarah Mesir kuno.

Al Quran telah menceritakan tentang Haman : seorang menteri Firaun yang namanya disebut sebanyak 6 kali pada tempat berbeza dalam Al Quran, di mana Al Quran memberitahu kita bahawa Haman adalah salah seorang dari pembantu terdekat Firaun


Tuduhan-tuduhan yang dilontarkan terhadap Kitab Suci Al-Quran oleh orang bukan islam dipatahkan dengan mudah ketika naskah Huruf-huruf dan Tulisan Hiroglif dipecahkan, sekitar 200 tahun silam, kerana nama “Haman” telah ditemui pada naskah-naskah kuno itu.Penemuan tersebut telah memberi kejutan gembira dan harapan baru kepada pengkaji-pengkaji sejarah Mesir Kuno untuk menyingkap kembali kehebatan tamadun silam yang hampir lenyap itu.

Sebelum abad ke-18, tulisan dan prasasti Mesir kuno yang ditemui atau yang disimpan tidak dapat difahami manusia. Adalah diketahui bahawa Bahasa Mesir Kuno tersusun atas lambang-lambang (gambar) dan bukan kata-kata, iaitu berupa Hiroglifik. Gambar-gambar ini, yang memaparkan kisah dan peristiwa-peristiwa penting biasanya diukir pada batu atau dinding batu.

Dengan tersebarnya Agama Nasrani dan pengaruh budaya lainnya di abad ke-2 dan ke-3, kebanyakan rakyat Mesir telah meninggalkan kepercayaan kunonya bersama tulisan Hiroglif mereka . Contoh terakhir penggunaan tulisan hiroglif yang diketahui adalah sebuah prasasti dari tahun 394 SM.Bahasa gambar dan lambang telah dilupakan sehinggakan tak seorang pun yang dapat membaca dan memahaminya.

Pada tahun 1799, dengan penemuan sebuah prasasti yang disebut “Batu Rosetta.” Telah membuka mata para pengkaji sejarah dan pakar sejarah Mesir Kuno dimana rahsia dan kod tulisan Hiroglifik telah berjaya dipecahkan! Penemuan mengejutkan ini berasal dari tahun 196 SM.

* Batu Rosetta (Rosetta Stone) yang dijumpai oleh tentera Napoleon pada 15 Julai 1799.Ia ditulis dalam 3 bentuk tulisan.

Prasasti ini ditulis dalam tiga bentuk tulisan: Hieroglyphics, Demotik ( bentuk sederhana tulisan tangan bersambung Mesir kuno) dan Yunani. Dengan bantuan naskah Yunani, tulisan Mesir kuno diterjemahkan. Penterjemahan prasasti ini diselesaikan oleh seorang Perancis bernama Jean-Françoise Champollion.

Oleh itu sebuah bahasa yang telah dilupakan dan hampir luput dari lipatan sejarah yang sungguh bernilai ditemui semula. Ia mencatatkan pelbagai peristiwa dan rahsia yang berkait rapat dengan Mesir Kuno. Dengan cara ini, banyak pengetahuan tentang peradaban, agama dan kehidupan masyarakat Mesir kuno dapat dikaji dan dibaca oleh umat manusia dizaman ini dan hal ini juga telah membuka jalan kepada pengetahuan yang lebih banyak tentang babak penting dalam sejarah umat manusia ini.

Melalui peterjemahan Hiroglif, maka sebuah nama penting tersingkap: iaitu nama “Haman” benar-benar disebut dalam prasasti-prasasti Mesir. Nama ini tercatat pada sebuah tugu di Museum Hof di Wina. Tulisan yang sama ini juga menyebutkan hubungan yang rapat antara Haman dan Fir’aun.

Dalam kamus People in the New Kingdom , yang disusun berdasarkan keseluruhan kumpulan prasasti tersebut, Haman disebut sebagai “Pemimpin para pekerja batu pahat”.

Penemuan ini mengungkap kebenaran sangat penting seperti yang disebutkan di dalam Al Qur’an, bahawa Haman adalah seseorang yang hidup di Mesir pada zaman Nabi Musa AS. Dia dekat dengan Fir’aun dan terlibat dalam pekerjaan membuat bangunan:

“Dan berkata Fir’aun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta”. (QS. Al Qashas, 28:38)

Ayat dalam Al Quran diatas mengisahkan Firaun meminta Haman mendirikan sebuah menara atau bangunan yang tinggi untuknya supaya senang dia melihat Tuhan Musa kerana pada anggapannya Tuhan Musa berada di atas langit.

Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir Kuno. Semua Firaun mengaku diri mereka Tuhan.Ramses II dipercayai hidup semasa zaman Musa a.s. walaupun ada orang yang berbeza pendapat tentang Firaun manakah yang hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s. Ramses II bukan saja mendakwa menjadi Tuhan malah mendakwa dirinya juga adalah Tuhan yang teragung ( jadi, sesuailah kalau kita gelar dia Mahafiraun) :

“akulah(firaun) tuhanmu yang paling agung" (An-Naziaat: 24).

Dia juga berkata kepada kaumnya :

“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Ramses II dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal . Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula!

Alangkah malangnya seseorang itu bila ada segelintir manusia yang memanggilnya dengan nama Mahafiraun, kerana perkataan itu menunjukkan manusia yang digelarnya itu lebih sombong ,lebih jahat dan lebih zalim dari Firaun sendiri.Tetapi pada hakikatnya manusia yang digelar Mahafiraun itu hanyalah insan biasa, beragama islam , pernah sakit dan sudah beberapa kali dibuat pembedahan jantung, tetapi masih diberi umur yang panjang, sihat tubuh badan dan otak yang bijak lagi waras walaupun manusia yang pernah menggelarkan dirinya Mahafiraun atau Mahazalim telah pergi dahulu menemui Tuhannya mendahului Mahafiraun yang dicelanya.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan iktibar dari cerita Haman dan Firaun ini. Walaupun di saat-saat akhir sebelum tenggelamnya Firaun dalam lautan yang terbelah oleh mukjizat Tongkat Nabi Musa a.s itu, Firaun mengaku akan kelemahan dirinya dan beriman kepada Tuhan Musa, namun segalanya sudah terlambat kerana Allah swt tetap memasukkan Firaun dan Haman dalam golongan orang-orang yang bersalah

*Mungkinkah mereka berdua ini Firaun dan Haman?

Maka renungilah Firman Allah dalam ayat-ayat Al-Quran dibawah yang bermaksud :


“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah. (Al-Qasas: 5-8)

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman) : “Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

*Ramses II yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s



* Siapakah Permaisuri Asiah di sisi Firaun pula? Mengapakah Allah swt menciptakan wanita tercantik dan terhebat pada zamannya itu perlu berada disisi Firaun?

Nantikan artikel yang akan datang.

Wassalam.

Sangtawal Sakranta....

19 comments:

  1. Salam sixthiee,
    terima kasih,selamat membaca:)

    wassalam

    ReplyDelete
  2. Membacanya.Nice

    Terima kasih sahabat!

    ReplyDelete
  3. salam M.O,

    Terima kasih kembali.

    seperti komen saya dalam artikel terkini M.O :

    "Teramat susah untuk membuat orang percaya batang pena yang diletakkan dalam gelas yang berisi separuh air itu lurus walaupun dilihat oleh kebanyakan orang dari luar gelas itu separuh batang pena yang tenggelam dalam separuh air itu nampak bengkok"

    itulah cabaran yang kita perlu hadapi, semoga banyak bersabar dalam usaha dakwah mengikut cara tuan.... :D

    Salam perjuangan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. Yup,tepat sekali perumpamaan tuan :D

    Semoga Allah berikan kesihatan dan masa untuk tuan menulis



    -M.O

    ReplyDelete
  5. salam

    penuh maksud tersirat...
    moga ada yg faham dgn pengajaran disebalik maksud yg tersirat

    xperlu dipanjangkan posting kerana risau akan cercaan dari puak yg menggelarkan sorg itu mahafiraun


    -ed

    ReplyDelete
  6. Salam saudaraku Sang Tawal.

    Artikel yang menarik tentang Haman!



    “Dan berkata Fir’aun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta”. (QS. Al Qashas, 28:38)

    Adakah bangunan yang dimaksudkan ini ialah Tower Of Babel?

    Jika kita perhatikan kembali sekarang, banyak monumen2 kuno kembali dibina. Contoh seperti piramid dan juga bangunan tinggi iaitu Burj Dubai yang bentuknya seakan Tower Of Babel.

    Teruskan Perjuangan saudara.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. salam bro..
    tak sabar nak tunggu kisah permaisuri asiah nie,harap2 bro dapat kupas sedalam yg mungkin pasal ASIAH nie..dah lama sy cari artikel pasal beliau tapi tak banyak yg dapat..

    ReplyDelete
  8. salam buat ed.

    terima kasih atas komen.
    Ya, lebih tersirat dari yang tersurat:) selamat membaca.


    salam buat efairy,

    menara babel yang awak maksudkan itu dibina sebelum zaman Nabi Musa lagi, ia dibina dizaman Raja Nimrod iaitu di zaman Nabi Ibrahim a.s.ketika itu mereka telahpun mempunyai teknologi yang amat canggih.

    Nama penuh Nimrod ialah Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh a.s...

    Beliau ialah manusia pertama yang mengasaskan kerajaan.Empayarnya berpusat di Shinar dan wilayah jajahannya termasuk Babylon dan Mesopotamia yang dipercayai tempat bermulanya peradaban manusia.

    Beliau berumur panjang dan sempat memerintah selama 400 tahun.Nimrod orang pertama yang mengarahkan manusia membuat mercutanda iaitu "Menara babel" yang tinggi mencakar langit untuk melawan kekuasaan Tuhan...tempoh pembinaannya adalah selama 43 tahun.

    walaupun dia cicit nabi Nuh..tetapi selepas 10 generasi beliau sempat diketemukan juga dengan nabi Ibrahim ...akibat kedegilannya tidak mahu beriman dengan Allah...Namrod telah dimusnahkan oleh Allah hanya dengan seekor serangga kecil yang dipercayai nyamuk masuk kedalam lubang hidungnya seterusnya ke otaknya!Namrod terpaksa mengetuk kepalanya sendiri dengan sebatang besi untuk mengurangkan kesakitannya...

    lalu akhirnya beliau mati akibat hentakan besi yang berterusan itu!

    Itulah balasan Allah swt kepada mereka yang zalim dan menzalimi diri mereka sendiri.


    salam buat anon @ 10.43am.

    insyaAllah saya akan tulis.memang fakta berkaitan Asiah ini sangat sedikit.Pernah saya bertanya kepada mereka yang mempunyai "ilmu yang hebat", dia kata Asiah adalah wanita tercantik yang pernah dia lihat! dia kata lagi, usah ditanya bagaimana rupa Asiah, tetapi kaji kenapa Asiah Allah letakkan disisi Firaun yang begitu angkuh,sombong dan mengaku dirinya menjadi Tuhan??? kamu akan dapat menilai betapa cantiknya Asiah itu!

    saya termenung dan mula mencari sebabnya! entah bila dia melihat Asiah, saya pun tidak pasti, dan terlalu rumit utk saya ceritakan disini bagaimana!

    nantikan artikel itu.

    wassalam.



    wassalam.

    ReplyDelete
  9. Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda

    Di antara keganjilan misteri Firaun ialah, apabila dikaji oleh Pakar kaji Purba dan pakar Forensik, umur firaun itu hanyalah sekitar 18 tahun. Kenapa?

    Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi, sedangkan al-Qur'an dan pakar kaji purba sendiri mengesahkan bahawa firaun itulah yang menguasai Mesir ketika zaman nabi Musa. Fir'aun itulah yang telah memungut Nabi Musa, dan Firaun itulah yang telah mati di telan laut semasa mengejar nabi Musa.

    Kesan luka akibat terkena senjata semasa tenggelam di dasar laut merah, kesan perubatan dan kelengkapan yang amat mahal dan berharga adalah antara bukti yang kukuh bahawa dialah fir'aun itu.

    Adakah ianya ada kaitan dengan Piramid yang mempunyai kesan yang kuat untuk mengekalkan keremajaan seseorang.

    Darimanakah Firaun dapat Idea mencipta Piramid? Adakah piramid dibena oleh Nabi Yusuf untuk menyimpan gandum dan jagung selama lebih kurang 14 tahun?

    Apakah Hubungan Piramid Firaun dengan Chandi Burubudur? Apakah Nama firaun berasal dari Perkataan Purnawarman, iaitu raja jawa yang pernah memerintah jawa?

    Adakah Purnawarman itu adalah raja Zul Qarnain?

    Sila baca semuanya di dalam http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/ dan

    http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tuan...

    terima kaseh di ucapkan,teruskan dengan artikel-artikel yg seperti ini,banyak lagi perihal sejarah yg sepatutnya di bongkarkan utk kita saling mempelajari dari sejarah yg lepas.

    Mengenai firaun ini dapatlah kiranya tuan memberi sedikit info tentang sihir yg berlaku tatkala waktu firaun ini memerintah,apakah firaun ini sendiri menjadi kepala sihir dan begitujuga dengan haman.

    Tuan,banyak lagi yg perlu kita kaji,apakah yg dimaksudkan sebagai zalim di dalam Al-Quran,jikalau kita lihat semula,rakyat firaun ini begitu taksub akan pemerintahannya,sehinggakan jarang kita dengar ttg pemberontakan dari kalangan rakyatnya,begitu setianya mereka ini.Pada pandangan saya,firaun ini tidaklah sekejam sepertimana yg pernah kita sangkakan,barangkali firaun ini hanya menjauhkan rakyatnya dari mengakui akan ke-esa-an ALLAH s.w.t. dan mungkin ini yg dimaksudkan akan kekejamannya dan mereka ini terus menerus kekal di dalam dosa.

    ReplyDelete
  11. Salam saudara sangtawal.

    Alhamdulillah kerana saudara dapat persembahkan artikel yang menarik ini.

    Suka saya petik ayat yang saudara paparkan

    "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

    Sebagai bukti "kebenaran alQuran" dan bukan tulisan manusia seperti didakwa oleh musuh Islam. Untuk pengetahuan saudara mayat firaun yang tenggelam didasar laut telah dijumpai dan saya ada gambarnya yang saya perolehi dari satu laman web. Mungkin saudara boleh buat siasatan terperinci mengenai peristiwa ini.

    Janji Allah memang benar, firaun mati kira2 3500 tahun yang lalu didalam laut tidak reput, dan ikan juga tidak menjamahnya, juga tak perlu bahan pengawit untuk kekal bentuk jasadnya sebagai peringatan kepada manusia2 terkemudian - surah Yunus 92.

    "Pharaoh died in the sea. The verse of Yunus (10):92 says that Pharaoh's BODY was saved and extracted from the water so that it might be a sign for future generations to the power of God. It seems strange how the author of this list managed to skip the very word that explains the verse and only narrate the portion of the verse which will facilitate a desired "contradiction.""

    wassalam

    ReplyDelete
  12. salam buat saudara Muhammad,

    terima kasih atas komen,
    Firaun yang tenggelam itulah juga yang memelihara Nabi Musa a.s.

    Ya, mereka sudah mempunyai teknologi perubatan yang hebat
    di waktu itu, usia dikira berdasarkan DNA cell mereka dan berkadar lansung dengan jumlah toksin yang boleh menyebabkan ketuaan sel badan.Jika dikira sejarah Firaun, dia tidak pernah demam hatta bersin sekalipun, jadi logik la kalau kita anggap Firaun ini seorang yang cukup mengambil berat tentang kesihatan dan dirinya .Dizaman itu teknologi untuk mengawet mayat amat canggih.

    satu lagi contoh ialah Firaun biasanya membuang air besar setiap 40 hari sekali, cuma setelah dia pertama kali melihat tongkat nabi musa a.s lalu terkejut dan lari ketakutan, barulah dia terberak sehingga 40 kali sehari! dari cerita ini saya membuat anggapan bahawa dizaman itu Firaun mungkin sudah mengamalkan makanan yang sedikit tetapi berkhasiat, mungkin hanya menelan sejenis pil sehari, kalau tidak masakan dia buang air besar setiap 40 hari sekali.kalau dia makan seperti kita sudah tentu dia akan buang air besar sekurang-kurang sekali sehari.

    ya, teknologi Piramid dan candi borubudur hampir sama.

    Pada pendapat saya , Zulqarnain itu bukan Purnawarman.Sila baca artikel yang lepas saya berkenaan siapa zulqarnain.

    Oh ya, saudara ni saya rasa banyak maklumat, boleh kongsikan sedikit tak pasal permaisuri firaun bernama siti asiah tu? :)


    salam buat zaim,
    terimakasih atas komen.
    Firaun bukan ketua ahli sihir.Haman juga bukan.

    Firaun memang zalim.Dia membunuh semua ahli sihir yang bersujud dan beriman kepada Allah swt lalu digantungkan dipokok kurma.Dia juga membunuh dengan lebih drastik lagi semua bayi lelaki bani israel selepas pengaruhnya semakin terhakis kerana sudah ramai yang beriman dengan Tuhan nabi musa a.s

    Salam buat DR 1221,
    selamat datang dan terima kasih atas komen,selamat membaca.


    salam buat saudaraku abatasa,
    Firaun yang tenggelam itulah firaun yang memelihara dan membesarkan Nabi Musa.
    Insyaallah saya akan mengkaji apa yang saudara nyatakan itu.rasanya saya pernah tengok dalam youtube, tapi tak pasti bila. :)

    wassalam.

    ReplyDelete
  13. Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
    Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
    Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
    Karyamu tetap dinanti.......

    ReplyDelete
  14. Salam
    Artikel yg best but ayat last tu mcm ada kaitan dgn somebody jer bro.Baik yg hidup atau pun yg telah mati.For me yg benar tetap benar dan yg salah tetap salah kan?itu prinsip panglima melayu.Betoi tak bro?

    ReplyDelete
  15. salam abuuwais,
    Terima kasih atas komen.
    ambil yang baik bagi diri tuan, dan buang apa yang tidak baik bagi tuan:)
    selamat membaca!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Boleh saya dapatkan pencerahan atas kejahilan saya.
    Adakah kesihatan Firaun ***** itu suatu yang termaktub dalam Quran atau Hadis atau diperolehi dari sumber-sumber lain.
    Tk

    Kenapa soalan ini ditanya? Setahu saya kajian imbasan struktur atau mumia Ramses menunjukkan kesan-kesan masalah kesihatan.

    ReplyDelete