Sunday, June 14, 2009

Akal Mentafsirkan Kata-Kata : Perampasan Tanah?




Tajuk : Pentafsiran kata-kata : Perampasan tanah?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara di atas.Bagi rakyat negeri kelantan ,terutamanya yang balik ke kampung sempena cuti sekolah dan berpesta kenduri kahwin sudah pasti ada terlihat kain rentang atau poster seperti yang saya tunjukkan di atas ditepi-tepi jalan.

Bagi mereka yang kurang sensitif dengan benda benda macam ni,perkara ini dianggap biasa dan baik tidak payah ambil peduli!tetapi bagi mereka yang ada sedikit rasa sensitif dan suka berfikir,mungkin ada terlintas dalam fikiran anda tentang apa yang ingin saya sampaikan ini.

Baiklah,mari kita tafsirkan kata-kata “ Kebajikan Rakyat Keutamaan Kami” seperti yang terpampang di poster di atas.Kalau dilihat pada poster tersebut,orang negeri kelantan akan berasa sejuk hati.Bagi mereka yang mempunyai cara pemikiran dan idealisme perjuangan seperti gambar orang besar berserban diposter itu,mungkin akan berasa lebih sejuk lagi,hingga menusuk ke jantung sanubari dan ke tulang sum-sum!malah ada yang sanggup memuja dan menyimpan gambar orangnya dirumah,dikedai,dipejabat dan dimana-mana saja kerana mungkin di percayai boleh mendatangkan sejuk hati,keberkatan,murah rezeki dan jauh bala! Mana tidaknya ,negeri Kelantan aman makmur diperintah oleh seorang manusia yang alim ,warak dan bijak berkata-kata. Kebajikan rakyat amatlah di utamakan tak kira dalam apa juga keadaan,rakyat mesti di dahulukan demi menjaga kebajikan mereka.


Ini amatlah sesuai dengan motto atau manifesto mereka iaitu Negara Berkebajikan selepas Membangun Bersama Islam! Pelbagai kaedah telah dibuat demi menjaga kepentingan rakyat seperti Skim Takaful Kifaalah,Pemeliharaan Kambing Kusam,Produk Tok Guru dan bermacam-macam lagi telah mendapat sambutan yang luar biasa dari rakyat negeri Kelantan.Bagi mereka dan para pengikutnya,pemerintahan pusat adalah zalim,pilih kasih,sekular,kapitalis dan bersekongkol dengan yahudi.Mereka tidak,tidak sekali-kali! mereka memperjuangkan islam tulen dan akan mempertahankannya sehingga ke titisan darah terakhir!mereka sanggup mati di Memali,mereka sanggup mati katak digilis tayar kereta di raja Negeri Perak!Kalau kerajaan pusat buat peraturan,undang-undang dan sesuatu untuk rakyat,dikatakan pula “Undang-undang rimba”.orang islam yang bukan puak mereka tarafnya dan martabat nya lebih rendah dari mereka serta tidak sekufu berada dalam satu saf.Tidak cukup dengan itu mereka sanggup bersekongkol dengan parti lain yang kononnya lebih islamik seperti PKR dan DAP untuk menjatuhkan lawan mereka demi mencapai cita-cita politik mereka.



Kita beralih pada kain rentang yang kedua.Sila baca ayat-ayat yang tertulis itu berulang-ulang kali bagi sesiapa yang tidak berapa kuat pemahaman Bahasa Malaysianya.Ayat “Sila jelaskan cukai tanah anda untuk mengelak dari tindakan Perampasan tanah” di atas nampak sopan kerana dimulai dengan perkataan “sila”.Namun perkataan akhir itu “Perampasan Tanah”yang dibesarkan dan diwarnakan dengan tulisan merah mempunyai mesej yang tersendiri!

Analogi untuk “Rampas” ialah begini agaknya,sekiranya kita diberikan sesuatu tanpa dipinta,itu tandanya si pemberi berhati mulia.Jika kita mahukan sesuatu ,kita meminta lalu diberikan oleh si pemilik barang,itu tandanya kita beradab kerana meminta.Jika kita meminta tetapi si pemilik berasa berat hati untuk memberikannya,lalu kita pun membeli dan dia pun menjualkannya,itu tandanya kita dan pembeli berkepentingan juga.Jika kita mahukan sesuatu,tetapi si pemilik enggan memberikannya lalu kita pun membeli dengan harga yang lebih mahal atau kita cuba mengugutnya atau memarahinya, itu tandanya kita berkasar dan tidak beradab dengan pemiliknya.Jika kita mahukan sesuatu,tetapi kita tidak menyuarakanya,lalu kita mencuri tanpa pengetahuan pemiliknya,itu dikatakan jahat namanya.

Jika kita mahukan sesuatu,orang amat menyayanginya dan tidak mahu menjual atau meminjamkannya lalu kita “merampasnya” dengan cara paksa dan menyakiti hati pemiliknya ,itu namanya kita sangat jahat dan sangat bangsat!tanah itu harta.harta itu terlalu berharga bukan?

Dalam perkara cukai dan rampasan tanah ini,teringat saya artikel saya yang lepas berkaitan penentangan Tok janggut di Kelantan! Dalam artikel tersebut ada perenggan yang berbunyi:

“Pada tahun 1914, seorang wakil Inggeris yang berasal dari Singapura bernama Abdul latiff telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latiff telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai Kerajaan Kelantan iaitu agenda Inggeris termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala RM1.00 setahun, pokok buah-buahan 12.5 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah RM1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.”. selebihnya
(klik sini)

Dalam kisah Tok Janggut,rumah dan kampung halamannya dibakar! Segala harta benda mereka dirampas! Apakah isu perampasan ini akan mencetuskan api kemarahan rakyat sekali lagi sekiranya ia betul betul terjadi ??? itu saya tidak pasti.Sepatutnya wakil rakyat yang dipilih rakyat atau orang-orang besar kerajaan sedikit peka dengan isu ini,mereka perlu memantau dengan mata-hati mereka juga permasaalahan rakyat,bukannya hanya meronda-ronda dengan kereta mewah berhawa dingin di depan rakyat sambil berlagak atau menunjuk-nunjuk kerana percayalah bukan itu tujuan anda dipilih rakyat!


Perkataan “Perampasan Tanah” itu “molek benar” kiranya boleh diubah kepada “ di denda” atau “di kompaun” atau “ di lelong” atau pilihlah kata-kata yang sesuai! Itupun jika mereka tidak mahu merampasnya atau hanya untuk menakut-nakutkan rakyat supaya membayar cukai sahaja,lainlah jika mereka betul-betul mahu merampasnya!


kalau betul nak rampas ,adakah ia termasuk dalam hukum islam???.Kalau ada,silakan buktikan nas ayat Al-quran atau hadis nabi!Kata kebajikan rakyat diutamakan! Tapi bila rakyat tak bayar cukai atau cukai tertangguh - tanah rakyat akan dirampas!sudah buntukah mereka untuk mencari jalan lain supaya rakyat membayar cukai tanah selain dari merampasnya? Sila fikir-fikirkan dan jawablah sendiri! (politik budu : klik sini)


Yang sangat-sangat menghairankan saya,mengapa pula pembesar-pembesar negeri pakatan jahat mereka seperti di Perak amat-amat “pemurah tanah” pula! Sehinggakan tanah-tanah diberi hakmilik 99 tahun lamanya! Inikah kebajikan yang anda semua laung-laungkan! Satu tempat tanah akan dirampas manakala di satu tempat lagi tanah diberikan hakmilik berpuluh-puluh tahun? Yang diberi keistimewaan itu adalah kepada bangsa yang berlainan dan agama mereka juga berlainan!Adilkah anda?atau adakah anda hanya ber “auta” dan sedang memperbodoh-bodohkan rakyat serta anak bangsa seagama sendiri?Inilah yang dinamakan kera dihutan disusukan ,anak dirumah mati kelaparan!

Idealisme berkebajikan serta proses rampasan harta dan dibahagi sama rata itu adalah cara komunis bintang tiga! Jadi tidak hairanlah jika penasihat pakatan jahat anda bersetuju dan sedang mengalu-alukan kepulangan bapak segala Komunis Malaya semula kesini!alahai…mudahnya melayu-islam tertipu dengan manisnya kata-kata biarpun kata-kata itu ada pahitnya seperti kopi yang akan dibancuh diawal bulan depan!

Kata pemimpin pakatan jahat itu lagi “"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya. (klik sini)

Jadi ,kalau begitu,kenapa kamu tidak mengesyorkan Pas dan Umno berdamai saja.Umno bukan kafir dan dosa Umno tidak lah sebesar dosa dan kekejaman komunis dulu.Orang umno pun ramai yang islam.Kenapa pula bersatu dan berdamai tidak boleh?

Oleh itu ,wahai pencinta agama,pencinta kedamaian dan ukhwah islam,bersatulah kembali! Kita sudah tidak punya banyak waktu!buangkan sentimen politik yang banyak memerangkapkan kita dan memecah-belahkan kita semua! Ketahuilah, bila Inggeris pergi meninggalkan Malaya,mereka sebenarnya meninggalkan “Halimunan Inggeris” yang ber-agenda Pecah dan Perintah itu iaitu “sistem politik kita”,tak kira anda seorang Umno,Pas atau Keadilan.Kepada pejuang islam tulen didalam Pas,saya amat mengalu-alukan kamu berusaha untuk penyatuan umat melayu- islam.Jangan dihirau si tua jumud yang gilakan kuasa dan kedudukan,berjuanglah kamu mengejar akhirat yang kekal abadi!

Oleh itu,janganlah kita masuk perangkap berkali-kali sebelum kita mati,kerana mati didalam perangkap itu adalah mati yang tidak terpuji! (Klik Sini)

Mahukah kita umat melayu-islam Malaysia di perlakukan dengan kejam seperti ini bila Komunis kembali berkuasa semula?ini bukan provokasi,tapi sudah menjadi realitinya di selatan Thailand!bukankah Thaksin itu proksi yahudi-zionis? bukankah komunis itu juga idealisme ciptaan zionis?



Bak kata penulis laman blog angin perubahan: Klik sini

“Sehari sebelum itu(serangan di masjid itu), pada 7 Jun 2009, Abhisit Vejjajiva (Perdana Menteri Thailand) telah bertemu dengan Dato' Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) di Putrajaya. Malaysia telah komited membantu Thailand menyelesaikan pergolakan di wilayah selatan negara itu termasuk menyediakan lebih banyak program pembangunan untuk golongan muda termasuklah penambahbaikan kurikulum untuk sekolah agama di Selatan Thailand. Mungkinkah ada pihak tertentu tidak mahu perdamaian, pembangunan dan penyelesain berlaku di Selatan Thailand?

Narathiwat adalah antara 4 wilayah Selatan Thailand yang majoriti penduduknya adalah Islam. Penduduk Narathiwat, 82% adalah Islam dan mereka bercakap dalam bahasa Melayu Pattani. Pada 26 Oktober 2004, berlaku satu tragedi juga dalam wilayah Narathiwat iaitu di Tak Bai. Tragedi demi tragedi berlaku di wilayah Islam di Selatan Thailand. Tiada guna menuduh secara emosional. Ianya bukan jalan penyelesaian terbaik. Kalau menuduh, orang Islam akan masuk dalam perangkap yang sedang dipasang oleh pihak yang mencetuskan tragedi. Perancangan untuk pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan di wilayah Thailand perlu diteruskan. Tragedi yang sengaja dicetuskan di Masjid Furqan bukan penghalang kepada kedamaian.

Umat Islam di Malaysia perlu mengambil iktibar dari tragedi yang berlaku. Bersyukurlah kita atas nikmat Allah SWT di Malaysia ini. Alfatihah untuk mangsa yang terkorban.”

Sila baca disini (klik sini) satu tulisan dilaman blog sahabt saya Panglima Perang Cyber berkaitan Isu Kepulangan Ching Peng.Fikir-fikirkanlah.Sila lihat Logo DAP dan PAP dan tenunglah Logo mata satu PKR lama-lama wahai saudara-saudaraku!!!

Mungkinkah negara singa (anak didik israel-zionis) akan bercantum dengan tanah Jawi semula? untuk menjadi Promised Land yang dijanjikan atau mungkinkah akan berlaku Armageddon atau Peperangan Gunung hanya didepan mata kita? (klik sini untuk perang Armageddon)


Maaf kiranya ada lidah yang tergigit dan hati yang terasa.

Wassalam.

Sangtawal Sakranta...

1 comment:

  1. Salam...pada hemat saya "jika tdak byr cukai tanah akn drmpas",skdr pengetahuan saya tanah yang dmiliki tersebut sbnarnya hanyalah pinjaman drpd kerajaan buat tempoh trtentu kpd pemilik..tanah trsebut bukanlah hak milik asal mrk, tetapi dipinjam dgn contrak utk tujuan tertentu spt pertanian & lln drpd kerajaan...jd patutlah mrk dkenkan cukai, jika tdk akn drampas, kerana kerajaan tdk mahu tnh tersebut terbiar & tdk dusahakn...skadar yg dketahui shj,yg pastinya kna brsangka baik, wallahua''alam....

    ReplyDelete