Monday, June 01, 2009

Pelangi,Warna dan Cahaya





Tajuk : Pelangi,Warna dan Cahaya

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Artikel ini adalah lanjutan atau sambungan dari artikel saya sebelum ini,ia berkaitan dengan satu kejadian pelik yang saya lihat iaitu satu lingkaran pelangi indah yang mengelilingi matahari pada hari jumaat 29hb Mei 2009.Selepas itu saya menjadi sangat tertarik untuk membicarakan berkaitan pelangi,warna dan cahaya untuk kita kongsikan bersama.

Apa itu pelangi?

Pelangi menggambarkan keindahan,kegembiraan dan harapan.Kisah pelangi ini ada tertulis di dalam kitab orang-orang Kristian sebagai satu simbol,saksi atau tanda perjanjian antara Tuhan dan Nabi Nuh a.s selepas peristiwa banjir besar.Pelangi menjadi saksi yang Tuhan tidak akan menurunkan lagi hujan lebat yang akan mengakibatkan banjir besar atau bencana yang dasyat kepada manusia.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(klik sini)

Tidak ada kata Ibrani yang khusus untuk pelangi (rainbow). Yang dipakai ialah kata yang lazim untuk busur (the bow) yaitu kata Ibrani, " קשת - QESYET". Kata Yunaninya adalah ""ιρις - iris".Kata קשת - QESYET digunakan baik untuk busur yang digunakan untuk memanah, berburu, berperang, maupun untuk "pelangi" (Kejadian 9:14, 16, Yehezkiel 1:28 ).

Pelangi disebabkan oleh refleksi dan refraksi berkas cahaya matahari pada air hujan. Pelangi dirujuk dalam Alkitab sebagai saksi perjanjian ilahi antara Allah dengan Nuh, bahwa Dia tidak akan mendatangkan air bah lagi.

Kejadian 9:13-15

9:13 LAI TB, Busur-Ku Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi.
KJV, I do set my bow in the cloud, and it shall be for a token of a covenant between me and the earth.

9:14 LAI TB, Apabila kemudian Kudatangkan awan di atas bumi dan busur itu tampak di awan,
KJV, And it shall come to pass, when I bring a cloud over the earth, that the bow shall be seen in the cloud:

9:15 LAI TB, maka Aku akan mengingat perjanjian-Ku yang telah ada antara Aku dan kamu serta segala makhluk yang hidup, segala yang bernyawa, sehingga segenap air tidak lagi menjadi air bah untuk memusnahkan segala yang hidup.
KJV, And I will remember my covenant, which is between me and you and every living creature of all flesh; and the waters shall no more become a flood to destroy all flesh.

9:16 LAI TB, Jika busur itu ada di awan, maka Aku akan melihatnya, sehingga Aku mengingat perjanjian-Ku yang kekal antara Allah dan segala makhluk yang hidup, segala makhluk yang ada di bumi.
KJV, And the bow shall be in the cloud; and I will look upon it, that I may remember the everlasting covenant between God and every living creature of all flesh that is upon the earth.


Berdasarkan Kejadian 9:13 di atas, pelangi baru ada sesudah air bah melanda bumi dan pelangi itu menjadi perjanjian bahwa Allah tidak akan mendatangkan air bah seperti itu lagi. Sebagian penafsir berpendapat bahwa pelangi sudah ada sebelum peristiwa air bah, kemudian dijadikan tanda perjanjian oleh Allah, sedangkan sebagian lagi berpendapat sebaliknya. Pendapat lain pula mengatakan adanya pelangi menandakan bahwa atmosfir bumi sebelum air bah berbeda dengan sesudah air bah di era Nuh. Ada usaha-usaha kalangan tertentu yang menafsirkan bahwa pelangi itu sudah ada "sebelum" air bah, tetapi tidak didukung oleh Alkitab. Diperkirakan, sebelum air bah, belum ada uap air di udara yang dapat membiaskan sinar menjadi pelangi, kita membaca pula bahwa sebelum air bah rupanya belum ada ... hujan!


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Dari Artikel di atas saya pun berfikir dan bertanya pada diri saya,jika benar seperti apa yang disebutkan dalam kitab agama kristian itu,maka kejadian pelangi hanyalah terjadi selepas peristiwa banjir besar!Jadi,persoalannya adakah sebelum itu pelangi tidak wujud? Atau hukum fizik pembiasan cahaya juga tidak wujud? Saya tinggalkan soalan itu disini untuk kita sama-sama berfikir mencari jawapannya!

Mengikut ilmu sains pula,Pelangi terbentuk akibat berlakunya pembiasan cahaya putih. Cahaya putih matahari terdiri daripada 7 warna utama iaitu merah, jingga(oren), kuning, hijau,biru,biru tua(indigo) dan ungu.Ada lagi 4 warna yang kita tidak boleh melihatnya dengan menggunakan mata kasar kita iaitu ultraungu(UV) , infrared(IR),sinar Gamma dan sinar-X.

Apabila ketujuh-tujuh warna yang kita boleh nampak ini bercampur semula, cahaya putih akan dihasilkan kembali. Warna-warna dalam cahaya putih matahari sebenarnya boleh dipecahkan dengan menggunakan prisma menjadi jalur warna. Jalur warna ini dikenali sebagai spectrum. Pemecahan cahaya putih kepada spektrum ini dikenali sebagai penyerakan cahaya. Pelangi ialah spektrum yang terbentuk secara semula jadi. Pelangi biasanya terbentuk selepas hujan, apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan. Titisan air hujan bertindak sebagai prisma yang menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh warna.

Spektrum warna terbentuk kerana cahaya yang berlainan warna terbias pada sudut yang berlainan. Cahaya ungu terbias dengan paling banyak. Cahaya merah terbias dengan paling sedikit. Warna-warna spektrum boleh digabungkan semula bagi menghasilkan cahaya putih dengan menggunakan dua prisma.

Frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini.

Sebenarnya setiap unsur kimia di dalam tubuh kita dan semua kehidupan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna.Dalam tubuh manusia, warna juga memainkan peranan sebagai penyeimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni.

Setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh. Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga merupakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi.

Mengikut pakar terapi getaran warna,apabila cahaya putih dari sinaran cahaya matahari memasuki tubuh melalui ubun-ubun kepala dimana terletaknya kelenjar Pineal selaku prisma yang akan menyebarkan spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi ke sistem-sistem tubuh bagi peneutralan yang dibantu Hydrogen (Air) yang tersedia ada di bahagian perut-usus.

Apa yang menarik perhatian saya ialah penemuan pakar CVT atau Colour-Vibration-Therapy berkaitan cahaya pelangi,gelombang warna,spectrum electromagnet dan Aura seseorang.Jadi disini saya siarkan satu artikel yang menarik tentang Aura dan CVT.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Klik Sini)

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Kesimpulan yang kita perolehi dari spektrum cahaya ialah : cahaya dari satu sumber cahaya menjadi warna atau cahaya berlapis lapis dan kembali pula kepada satu sumber cahaya.Fenomena ini telahpun diterangkan oleh Allah yang Empunya Cahaya itu dalam surah An-Nur……

"Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya- Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada sebuah pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya saja hampir2 menerangi walaupun tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [Al Quran An Nur : ayat 24 – 35],

Makna cahaya yang disebutkan dalam Al-quran itu merupakan satu misteri dan menjadi satu teka-teki dari dulu hingga kini. Malah ramai dari kalangan para ulama dan orang orang yang arif billah telah cuba merungkai misteri tentang cahaya Allah ini.

Allah memberikan perumpamaan cahaya-Nya seperti lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Cahaya itu bersemayam di dalam hati orang yang terpilih dan dikehendakinya. Dengan cahaya itu Allah membimbing dan menuntun hatinya sehinga mampu memahami ayat-ayat dan nasihat-nasihat Allah. Allah yang telah menghantar jiwa kita melayang menemuinya, dan yang menunjukkan jalan rohani kita untuk melihat secara dengan cahayanya kita boleh membezakan petunjuk sama ada iannya dari setan atau dari Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Al Anfaal,8: ayat 29:

“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberi kepadamu furqan (pembeza)”.

Yang dimaksud Furqan itu adalah cahaya yang dengannnya kita mampu membezakan yang hak dan yang bathil.

Artikel saya ini bukan bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut tentang pemahaman cahaya sebagai pencerahan dari Suhrawardi atau Mulla Shadra dengan falsafah iluminasi-nya atau imam Al Ghazali dengan Misykat al Anwar-nya, ataupun Said Nursi dengan Risalah Annur-nya.

Persoalan seterusnya ialah apakah cahaya itu boleh bergerak dan apakah yang akan terjadi jika kita boleh bergerak dengan kelajuan cahaya?

Kajian mengenai cahaya dan interaksi cahaya dengan jirim dikenali sebagai optic. Pemerhatian dan kajian mengenai fenomena optik seperti pelangi menyumbangkan pelbagai maklumat sifat semulajadi cahaya serta keajaiban kepada akal manusia.

Walaupun ada orang mengkaji dan berkata tentang "halaju cahaya", perkataan halaju (v) sepatutnya ditinggalkan kerana ia menunjukkan kuantiti vector dan perkataan vector biasanya dikaitkan dengan arah. Kelajuan cahaya sebenarnya adalah kuantiti skalar dan ia tidak mempunyai arah, oleh itu kelajuan (c) adalah istilah yang lebih tepat.Kelajuan cahaya dikira dengan kiraan panjang gelombang cahaya di darabkan dengan frequensi gelombang cahaya itu.Kelajuan cahaya pula boleh berbeza mengikut jenis ruang atau jisim yang dilalui oleh cahaya itu. , kelajuan cahaya dalam vakum, adalah kelajuan cahaya ,c = 299,792,458 meter per saat(186,282.397 batu per saat); walau bagaimanapun, apabila cahaya melalui objek yang boleh ditembusi cahaya seperti udara, air dan kaca, kelajuannya dikurangkan , dan ia mengalami pembiasan. di mana n adalah pemalar (indek biasan) yang mana adalah sifat bahan yang dilalui oleh cahaya.(iaitu n=1 dalam vakum dan n>1 di dalam jirim)


Pada hakikat sebenarnya apabila kita melihat sesuatu,otak kita akan menginterpretasikan nilai panjang atau pendeknya gelombang cahaya yang berbeza-beza itu sebagai warna, daripada merah bagi panjang gelombang terpanjang (frekuensi paling rendah) hingga ke ungu bagi panjang gelombang terpendek (frekuensi paling tinggi). Frekuensi-frekuensi perantaraan dilihat sebagai jingga, kuning, hijau, biru, dan, secara konvensionalnya, indigo. Frekuensi-frekuensi sejurus selepas julat penglihatan manusia dikenali sebagai ultraungu (UV) pada penghujung frekuensi tinggi dan inframerah (IR) pada yang rendah.


Maha Suci Allah yang Maha Pencipta,walaupun manusia tidak dapat melihat IR, namun kita dapat mengesannya melalui reseptor-reseptor kulit sebagai haba. Kamera yang mengesan IR dan menukarnya kepada cahaya nampak adalah dipanggil kamera night-vision Sinaran UV tidak dapat dikesan oleh manusia kecuali dalam cara yang agak lambat, iaitu dedahan berlebihan kulit terhadap cahaya UV boleh menyebabkan kulit terbakar, atau barah kulit. Sesetengah jenis binatang, seperti lebah, boleh melihat sinaran UV manakala ular kapak boleh melihat IR menggunakan lubang-lubang yang terdapat pada kepalanya.


Berbalik kita kepada perbincangan mengenai cahaya,maka saya ingin menyiarkan satu lagi artikel menarik bertajuk “Perspektif cahaya-menurut Al-ghazali”.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

( Klik Sini )

Perhatian : Huraian seterusnya tidak akan dapat difaham dengan baik jika Kitab Misykatul Anwar tidah dibaca lebih dahulu.

Sedutan dari Al-Ghazali dan perkembangan darinya.


Saya cuba mengambil sedikit sedutan dari Kitab Misykatul Anwar dan menghuraikan dari mana Imam al-Ghazali berhenti, insyaAllah:

1. Cahaya hakiki (yang sebenar) ialah Allah. Lain daripada itu, nama "cahaya" adalah hanya perumpamaan sahaja dan tidak membawa maksud yang sebenar.

2. ayat-ayat Al-Quran itu bagi Aqal adalah umpama cahaya matahari bagi mata. Dengan adanya cahaya matahari, perbuatan melihat dapat dilaksanakan.
Maksudnya: Dengan adanya Al-Quran, perbuatan akal dapat dilaksanakan.

3. ruh si pelihat itu digelar cahaya.

4. Oleh yang demikian itu, aqal itu lebih baik kita namakan "cahaya" dan tidak dinamakan "mata" kerana "Aqal" itu tidak mempunyai tujuh macam kecacatan atau kekurangan yang tersebut tadi.(ia-itu yang ada pada mata)

Implikasinya ialah selain daripada akal, mata juga boleh diistilahkan sebagai cahaya. Akan tetapi cahaya mata itu lebih banyak mempunyai lapis gelap berbanding dengan cahaya akal.

5. Ketahuilah bahawa ada sejenis mata di Alam Aqal atau jiwa manusia, yang bebas dari kekurangan dari kecacatan yang ada pada mata biasa ini. Itulah yang digelarkan "Aqal", "Ruh", "Jiwa". Tetapi di sini eloklah kita tinggalkan sahaja beberapa istilah tersebut kerana istilah-istilah yang banyak itu menyebabkan orang yang kurang pintar fikirannya akan menyangka banyak pula idea-idea atau tanggapan-tanggapan yang dimaksudkan oleh istilah-istilah itu.

Maksudnya walaupun banyak istilah akan tetapi "Aqal", "Ruh", "Jiwa" tetap satu perkara yang sama.

6. Sifat-sifat Allah itu dinamakan KALAM, IRADAT, QUDRAT, ILMU, HAYAT, SAMA', BASHAR dan lain-lain lagi, maka semua itu bukanlah serupa dengan sifat-sifat manusia (Mukholafatul lil hawadis/bersalahan dengan sesuatu yang baru).

7. Al-Ghazali cuma menghuraikan 5 peringkat/kategori cahaya.

Yang pertama. Ruh (jiwa) deria (pancaindera).
Yang Kedua. Jiwa khayalan. (-ingatan?)
Yang Ketiga. Jiwa Akal.
Yang Keempat. Jiwa yang memikirkan dan membuat kesimpulan.
Yang Kelima. Ruh Kenabian yang maha tinggi.

Mengikut Al-Ghazali, Jiwa yang pertama itu ada pada binatang dan sebaliknya ruh yang kelima itu cuma ada pada ambia dan aulia tertentu. Pengajaran yang dapat ditimba dari kupasan beliau berkenaan akal/ruh/cahaya ini adalah seperti berikut :

Umumnya, pada makhluk haiwan yang mempunyai ruh deria tidak dapat berubah menjadi lebih tinggi. Bagitu juga pada makhluk malaikat, ataupun jin, ataupun manusia. Ini adalah Hukum Fitrah, Hukum Semulajadi dari apa yang dikatakan Islam itu. Ini jelas pada ayat dibawah bagi malaikat:

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah:30)

Al-Ghazali berkata bahawa ruh deria bukan sahaja ada pada haiwan tetapi juga adalah ruh yang ada pada bayi. Tegasnya, makhluk yang lebih tinggi mempunyai cahaya ruh yang lebih rendah tetapi sebaliknya makhluk yang lebih rendah tidak mempunyai cahaya ruh yang lebih tinggi. Pada masa yang sama ruh yang rendah ini mungkin akan tetap kekal pada makhluk yang tinggi itu, jika tiada usaha pada diri itu untuk merobahkannya.


Menjadi makhluk yang lebih tinggi membolehkan ia merobah ruhnya dari ruh yang rendah kepada yang lebih tinggi. Ini ketara apabila Al-Ghazali berkata bahawa ruh deria bukan sahaja ada pada haiwan tetapi juga adalah ruh yang ada pada bayi dan anak yang baru lahir. Sebagai manusia, ruhnya dapat dirobah dari cuma ruh deria kepada ruh khayalan, kepada ruh akal kepada ruh yang boleh membuat kesimpulan.

Makhluk itu berada pada tahap asalnya secara dzahir, sebaliknya adalah makhluk yang lain dari segi ruhnya. Manusia adalah manusia pada dzahirnya, tetapi pada batinnya adalah haiwan, atau malaikat, atau jin, atau insan.

Tegasnya, Aulia dan Ambiya' boleh difahamkan sebagai satu makhluk yang tersendiri lagi istimewa.

Atas Kehendak Allah s.w.t sahaja dan cuma atas KehendakNya saja, makhluk yang lebih rendah boleh berubah menjadi makhluk yang lebih tinggi dengan berubahnya juga rupanya. Keadaan ini boleh jadi kepada umpamanya malaikat kepada 'manusia' seperti yang terjadi kepada Harut dan Marut pada zaman Nabi Sulaiman a.s.:

.......... kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)"
. (Al-Baqarah:102)


Bagitu juga dengan Khitmir dalam golongan Al-Kahfi, dimana ;

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata: "Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). (Al-Kahfi:22)

Ia adalah tidak dikecualikan dan dikecualikan. Ia tidak dikecualikan sebagai ahli Al-Kahfi, tetapi tidak disamakan dengan ahli Al-Kahfi yang lain berdasarkan ASAL kejadiannya yang mula dan bukan yang akhir. Bukan cakap "mereka" tetapi ayat Al-Quran, firman Allah s.w.t. sedemikian.

Bagitu juga bagi mereka yang Allah s.w.t angkat sebagai rasul, nabi dan aulia dari kalangan kamu.

Tidakkah kita boleh katakan bahawa manusia itu boleh menjadi 5 makhluk yang berbeza bergantung pada akal/ruhnya? Jasad tetap nampak sama.


Perkembangan prespektif cahaya

Walaupun Al-Ghazali cuma mengariskan 5 peringkat cahaya, pada prespektif yang lain pula beliau telah menghuraikan mereka yang terhijab itu kepada 3 lagi cahaya dalam 3 kategori cahaya yang berlainan, menjadikan 9 lapis cahaya lagi. Tersirat dalam penerangan ini adalah sebenarnya jumlah cahaya yang banyaknya seperti pada hadith yang beliau cuba huraikan:

"Allah mempunyai 70 000 hijab/tabir/lapisan cahaya dan gelap; sekiranya Dia membuka hijab itu, maka Keagungan wajahNya nescaya akan menelan tiap-tiap orang yang menelanNya dengan pandangannya"

Banyak sungguh makhluk manusia ini dari segi ruhnya. Lapisan cahaya adalah lapisan individu yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang dapat dibezakan dengan lapisan yang lain. Ketagori bermaksud kumpulan lapisan cahaya yang boleh dikumpulkan dibawah satu tajuk kerana mempunyai satu persamaan. Sebaliknya apa yang hendak dinyatakan adalah cuma suatu ringkasan terhadap cahaya ini yang sejumlah 70,000 lapis kesemuanya. Ringkasan, rangkuman dan menyentuh cuma beberapa lapis sahaja adalah untuk memberi prespektif/gambaran atau peta terhadap isu cahaya ini, amnya. Cuma mereka yang mempunyai apa yang Al-Ghazali istilahkan sebagai jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan saja yang dapat merumus dan memahami penerangan beliau dan penerangan pada artikel ini. Jika tidak, usahlah membuang masa.

Seandainya hendak dikategori atau dikelaskan lapisan cahaya ini, semudah-mudah pengkelasan dan tidak kurang kejituannya ialah dengan sama sebanyaknya 7 lapis syurga dan 7 lapis neraka kerana itu adalah penghujung 'perjalanan' manusia. Menjadikan ia sebanyak 14 kategori kesemuanya. Pada tiap-tiap kategori itu penghuninya adalah golongan manusia yang mempunyai julat cahaya sebanyak 5000 lapis di antara yang paling rendah dengan yang paling tinggi pada tiap-tiap kategori itu. Belum pernah diusahakan lagi. Allahu a'lam.

Harus ditegaskan bahawa lapisan 70,000 yang diperbincangkan ini adalah dari prespektif HADITH, dan bukan dari prespektif Al-Quran. Itupun, saya tidak yakin akan ada seorang yang dapat menghuraikan keseluruhan 70,000 lapis cahaya ini satu per satu melainkan Muhammad s.a.w. Satu cara lain, mungkin, ialah diletakkan kriteria dan garis panduan serta dibentuk suatu jadual yang boleh diperkembangkan oleh umat Islam melalui kajian Al-Quran dan hadith dari masa ke semasa sehingga jadual itu penuh, insyaAllah. Belum pernah diusahakan lagi? Sudah.

Umumnya tafsir Al-quran adalah pada peringkat ayat. Tidak dapat dinafikan dalam sejarah keIslaman ada golongan muslim yang mengkajinya pada peringkat huruf, yang dikenali antara lainnya ialah Ilmu Abjad. Melalui pengkajian bidang ini, cahaya telah terupaya dijadualkan sebanyak 1,073,741,824 lapis. Mengapakah lapisan cahaya dari bidang ilmu ini lebih banyak dari apa yang Rasullullah s.a.w jelaskan?

Kalaupun boleh dijadualkan dan dihurai kesemua 70,000 lapisan cahaya itu, Allah menegaskan bahawa huraian yang sempurna itu adalah SEDIKIT berbanding dengan urusan ruh yang sebenarnya.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-Israa':85)

Ini adalah dari prespektif AL-QURAN dan bukan hadith. Tegasnya, 1,073,741,824 lapisan cahaya yang dapat dikenalpasti oleh ilmu abjad tidaklah salah, walaupun masih belum tepat. Sekurang-kurangnya bidang ilmu ini telah dapat memperkembangkan pengetahuan berkenaan cahaya itu lebih baik dari 1400 dahulu. Malangnya, pengkaji bidang ilmu ini amat berkurangan sekali, hampir pupus. Sebaliknya, berapa banyakkah lapisan cahaya yang Allah s.w.t maksudkan itu? Jika 1,073,741,824 lapis itu ialah sedikit sahaja berapakah angka yang dimaksudkan sebagai banyak dan berapa angka pula yang bermaksud sepenuhnya? Allahu a'lam.

Isunya:

Lapis manakah yang dikatakan Al-Quran itu?
Lapis manakah yang dikatakan Allah itu?
Lapis manakah yang dikatakan mata itu?
Lapis manakah yang dikatakan hayat dan lapis mana Hayyun?
Lapis manakah yang dikatakan ilmu dan lapis mana Alimun?
Lapis manakah yang dikatakan qudrat dan lapis mana Qadirun?
Lapis manakah yang dikatakan iradat dan lapis mana Muridun?
Lapis manakah yang dikatakan sama' dan lapis mana Sami'un?
Lapis manakah yang dikatakan kalam dan lapis mana Mutakallimun?
Lapis manakah yang dikatakan basar dan lapis mana Basirun?
dan sebagainya dan seterusnya.

Itulah maksud Al-Ghazali pada "sifat-sifat Allah itu dinamakan KALAM, IRADAT, QUDRAT, ILMU, HAYAT, SAMA', BASHAR dan lain-lain lagi, maka semua itu bukanlah serupa dengan sifat-sifat manusia (Mukholafatul lil hawadis/bersalahan dengan sesuatu yang baru)." Allahu A'lam.

Saya merayu kepada diri sendiri agar jangan terlalu rakus mengakui diri sebagai Al-Quran yang hidup jika tidak dapat mendatangkan satu ayat yang sama dengan Al-Quran yang diwahyukan kepada Muhammad s.a.w. Baginda lebih layak untuk memperkatakan diri sendiri seperti itu berbanding sesiapapun dimuka bumi ini.

Saya merayu kepada diri sendiri agar jangan terlalu rakus untuk melalak-lalak, "Ana Al-Haq" seandainya masih belum dapat membezakan diantara lapisan hayat diri dengan lapisan hayat Allah s.w.t dan beza diantara lapisan hayat Allah s.w.t dengan lapisan Hayyun Allah s.w.t. Lapisan cahaya manakah yang kita maksudkan ini?

Penutup

Seandainya manusia mudah berputus asa dan bersikap negetif maka tidak akan ada usaha untuk menjadualkan aspek ruh ini. Tanggapan negetif adalah apa yang membuat masyarakat muslim lemah dan tiada usaha kearah ini dan juga dalam usaha-usaha lain untuk menimba ilmu. Jika ada usaha kearah ini, selalunya dianggap sebagai cuba mengingkari ayat Al-Quran di atas berkenaan ruh. Ayat di atas lebih banyak digunakan oleh 'alim-ulama' sebagai ayat penghalang dari ayat menggalak. Begitu jugalah tanggapan yang sama dalam bidang ilmu yang lain.

Golongan yang berputus asa dan negetif ini sebenarnya ingkar kerana menganggap sifat ILMU pada Allah itu seperti ilmu yang ada pada mereka dan yang ada pada manusia yang penuh dengan ruh haiwani dan khayal. Bukan saja hal-ehwal ruh, malah dari segi keilmuan lain juga harus diingat bahawa Allah s.w.t telah berfirman,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"." (Al-Kahfi:109)

Lihatlah tamadun manusia sekarang yang telah meliputi seluruh pelusuk bumi ini. Golongan manusia yang tidak mempercayai Allah s.w.t tetapi mempercayai akan ada ilmu disebalik FITRAH alam semesta ini telah dapat menguasai bumi ini sekarang, menjadi 'khalifah'. Mereka terus mengkaji FITRAH. Ini adalah kerana mereka tidak menidakkan ilmu mereka yang terhad berbanding dengan lautan ilmu yang tiada batasan itu. Mereka tidak berdiam diri terhadap had yang ada pada mereka. Mereka terus menjelajah dari Kutub Utara hingga ke Kutub Selatan. Mengkaji dari sebesar-besar fenomena kepada sekecil-kecil fenomena FITRAH. Dengan begitu banyak ilmu yang telah ditemui dan diterokai mereka, adakah air lautan dibumi ini kian berkurangan?

Dengan berjuta-juta perpustakaan dan buku yang ada didunia ini, adakah air lautan dibumi ini kian berkurangan? Sebaliknya, berapa banyakkah ilmu golongan muslim sekarang? Ketahuilah dengan mengembangkan paradigma yang ada pada diri daripada yang terhad adalah satu cara ibadah untuk lebih mengagongkan kesempurnaan Allah s.w.t.

Cuma mereka yang mempunyai apa yang Al-Ghazali istilahkan sebagai jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan saja yang dapat merumus dan memahami penerangan Al-Ghazali dan penerangan pada artikel ini. Jika tidak, usahlah membuang masa.

Lebih dari itu, ketahuilah wahai jin dan manusia, seandainya kamu melihat apa yang ahli sufi istilahkan sebagai "Lautan di dalam sampan", atau "Aku melihat ada lautan di dalam diri", maka kedua-dua ayat diatas bolehlah diumpamakan sebagai seorang jutawan memberi segenggam gula-gula kepada seorang kanak-kanak yang terbeliak matanya melihat betapa banyaknya gula-gula itu.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Menurut kajian ahli sains, pada diri seseorang manusia atau di dalam tubuh badan manusia itu mengandungi satu simpanan tenaga tersembunyi sebesar 500 juta voltan.Jika ini benar ,maka ia adalah satu kekuatan yang sama kuat dengan satu bom atom atau pun nuklear! Oleh itu jika keseluruhan tenaga elekrik itu ditukarkan kepada bentuk tenaga cahaya maka terang benderanglah sebatang tubuh manusia itu memancarkan cahaya dan warna yang semulajadi dalam jasadnya itu keseluruh alam, tetapi sayang kuasa yang begitu tinggi tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang sememangnya selalu tertipu dengan pandangan menggunakan otak kiri dan juga memandang dengan menggunakan deria mata semata-mata dan tidak menggunakan deria-deria yang lain. Maka "kosong" lah pandangan manusia itu dari "pandangan Kebesaran mutlak"!

Sememangnya di dalam tubuh badan manusia itu ada terkandung sel-sel pada setiap sistem dan organ-organ. Di dalam setiap sel-sel inilah terkandung segala rahsia DNA, rahsia penyakit, hikayat kehidupan , kod genetik dan keturunan serta banyak lagi misteri sains ciptaan Allah SWT yang perlu diterokai seperti pada peringkat mitokondria dan subcellular.Alangkah hebat dan betapa terkejutnya kita bila kita melihat satu sel sahaja dibawah mikroskop berkuasa tinggi,ia merupakan satu alam pula dan beberapa benda lain yang bergerak didalamnya menunjukkan betapa hebatnya Allah Yang Maha Pencipta.Begitu juga halnya bila kita mempelajari satu unit atom,didalamnya terdapat pelbagai misteri sains yang hebat seperti pergerakan electron,proton,neutron dan banyak lagi yang berlapis-lapis. Sel-sel ini juga ada tenaganya yang tersendiri dan sudah pun tersirat dalam bentuk kod memori atau ingatan untuk kerja-kerja yang sepatutnya sel-sel pada bahagian-bahagian tertentu itu bekerja mengikut kepada ketetapan Ilahi.


Apabila sel-sel itu mampat dan rapat, maka disitulah sistem tubuh manusia itu normal dan akan bercahaya yang amat terang sekali umpama kunang-kunang yang bercantum sesama sendiri. Cuba bayangkan jika bermillion-million sel bercantum......Itulah kebesaran Pencipta! Begitu jugalah jika sel-sel di dalam tubuh badan kita mula merenggang....di situlah "kegelapan" mula terjadi dan di tempat itu adalah bertekanan rendah! Oleh sebab itulah apabila orang yang sakit, muka rupanya memang nampak sakit (kegelapan) umpama tiada Nur lebih-lebih lagi yang bersakit "jiwa kerohanian" (bersifat keji)!


Kajian para saintis juga membuktikan apabila diperbesarkan sel ke nisbah 1 : 500, maka didapati di dalam ruang sel yang kecil itu terdapat 300 billion ruang-ruang yang kosong dan di dalamnya 300 billion ruang kosong sel tadi ada lagi 300 billion ruang yang kosong dan lagi dan lagi.....Maha Suci Allah Pencipta yang Maha Bijaksana!

Sesungguhnya, yang di sangka kecil itu rupanya besar dan tidak terhitung tersirat segala rahsia kejadian yang maha halus penuh dengan Kebesaran semata-mata....

Jika kita dianugerahkan oleh Allah berfikir seperti itu,maka sudah pasti iman,taqwa dan keyakinan kita pada Allah dan alam ghaib semakin bertambah.Jadi mengapa kita tidak percaya kepada alam ghaib sedangkan kita percaya dan tahu bahawa masih ada 4 lagi warna yang kita tidak nampak dengan mata kasar kita iaitu Infrared,ultraviolet,gamma dan sinar-X.Oleh itu bagaimana harus kita menidakkan atau tidak percaya pandangan kasyaf para Arif Billah sedangkan mereka ini diberi keupayaan oleh Allah melihat cahaya lain dengan cahaya Allah.Bagaimana pula kita perlu merasa hairan jika para wali itu bergerak sangat pantas,boleh berada dibeberapa tempat dalam satu masa dan boleh ghaib begitu saja dari pandangan mata kita orang biasa?bukankah itu berkaitan dengan teknologi cahaya ?


Sebelum saya noktahkan artikel ini,saya ingin mengemukakan satu perkara buat kita fikirkan bersama…mengapa kita disuruh supaya bangun sujud dan bertahajjud pada 1/3 akhir malam? Bukankah diwaktu itu gelombang otak/akal/cahaya tubuh badan kita sedang berada ditahap paling maksima untuk beroperasi.[ikut teori CVT : Dari 2pagi 4pagi = Ultra Ungu(UV) (NW4) Dari 4pagi 6pagi = Ungu kebiruan(Indigo) (NW5, NW6, NW7, NW8) ]…..dan mengapakah dikatakan kita berada paling dekat dengan Allah sewaktu sujud dan doa diwaktu itulah yang paling mustajab sekali?...bukankah pada waktu itu ada 7 anggota badan kita yang bersentuh dengan lantai/bumi…1 dahi,2 tangan,2 kaki dan 2 lutut...mengapa 7 lokasi diletakkan di satu garisan horizontal??? bayangkan satu cahaya bersudut tepat 45 darjah bergerak turun lurus dari atas mengenai betul-betul garislintang itu…apa akan terjadi pada cahaya itu???


Maka,benarlah Firman Allah yang bermaksud Nabi Muhammad SAW itu adalah cahaya bagi seluruh alam.Maka benarlah juga firman Allah yang menyatakan bahawa muka golongan yang dekat dengan Allah dan diredhai Allah itu berseri-seri dan bercahaya-cahaya sewaktu mendapat anugerah berupa melihat ke Hadirat Allah SWT di dalam syurga di akhirat nanti.


Maka,sangat beruntunglah mereka mereka yang diberikan cahaya,ditunjukkan jalannya semasa hidup di dunia oleh cahaya,diterangi di alam kubur atau barzahnya oleh cahaya dan dibangkitkan di padang mahsyar nanti bersama cahaya dan cahayanya semakin bercahaya bila mendapat anugerah melihat sumber segala cahaya,iaitu kenal cahaya dengan cahaya.


Wassalam.

Sangtawal Sakranta...



2 comments:

  1. Tuan, sudi kiranya tuan post komen saya disini

    http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/06/astronomy-and-survival-of-human-race.html

    The night sky will be lighted up with a lot of comets come this June

    The details of the cometh of these comet is from this link http://www.aerith.net/comet/rendezvous/current.html

    Also from NASA about a few comets lighting up in the sky link here http://www.seasky.org/astronomy/astronomy_calendar_2009.html

    The readers will be asking then, what is the relevant of a few comets showing up and beautifying the night sky with us, the human beings?

    There is one famous comet that is linked, mysteriously, with the formation of the state of Israel….Haley’s comet. Is it prophecy or simply numerical coincidence?

    Bassam Nihad Jarrar, of Ramallah, Palestine, in his book Israeli Empire Collapses in 2022 AD, claims that there is a connection between Haleys’s comet and Jewish beliefs…

    In the book it stated that:-

    “according to the vague prophecy the Jewish state will last 76 years…..”

    Facts : Haleys comet was first seen in 1948, the year of the formation of the state. It will take another 76 solar years before Haley’s comet complete orbiting the sun. It is estimated that Haley’s comet will reach aphelion (the furthest point from the sun, and nearest to earth, thus can be seen by naked eye) in 2022 AD….Interesting enough, the state reach its zenith point half of the 76 years, i.e. 38 years after formation. This event is also linked to the said comet and surah Al Israa’.

    بسم الله الرحمن الرحيم
    In The Name of Allah, Most
    Gracious, Most Merciful

    [When the second warning came to pass, We permitted your enemies to disfigure your faces, and to enter your temple as they had entered it before, and to visit with destruction all that fell into their power.] (17:7)

    There is a lot of interesting coincidence…………..which was stated in the book and the link http://www.alargam.com/prove/jews/ragm222.htm .

    No wonder, past Islamic scholar like Ibn Arabi and alike, study astronomy. These muslim scholar left vast knowledge and the evidence of observation centres still exist in Samarkand,Uzbezkistan(Central Asia) and Spain.

    Aside from that, what is the connection between astronomy and human being? Least we forget, the extinction of dinasours was attributed to large comet that bombarded the crust of the then young earth. These caused huge cloud that remained on earth atmosphere for a long time and hindered plants photosynthesis process (plant needed sun rays to process food), thus disrupted the food chain. Dinosaurs, being at the top of the food chain then, were deprived of their food supplies and died en mass.

    I checked NASA website and found this interesting astrobiology topic.. ….link http://astrobiology.nasa.gov/nai ehmmm interesting subject right? A marriage made out of earth past violent history of massive environment and climate changes due to astronomical events ….a combination….of astronomy and biology…..so human at least learn lesson from the past.

    The website stated that astrobiology is the study of:-

    “ ...the origin, evolution, distribution, and future of life in the universe. This multidisciplinary field encompasses the search for habitable environments in our Solar System and habitable planets outside our Solar System, the search for evidence of prebiotic chemistry and life on Mars and other bodies in our Solar System, laboratory and field research into the origins and early evolution of life on Earth, and studies of the potential for life to adapt to challenges on Earth and in space” .

    So nowadays studies are done to check earth changing environment and climate, the effect on crop yield and relevant astronomical events that affected hman race.

    anakbukitgantang

    ReplyDelete
  2. salam buat anakbukitgantang:

    terima kasih atas maklumat yang berguna dan satu artikel yang menarik berkaitan astronomi.

    sesungguhnya ilmu astronomi atau kajibintang atau ilmu falak ini pada mulanya dimonopoli dan dikuasai oleh orang-orang islam sebenarnya.waktu itu barat masih berada dalam zaman gelapnya lagi...bayangkanlah sewaktu portugis menawan Melaka,askar-askar mereka amat terkejut besar bila melihat satu objek yang boleh memaparkan semula gambar wajah atau muka mereka....rupa-rupanya itu adalah cermin!!!...jika sejahil itu pengetahuan mereka berkaitan cermin dan optik...mereka tidak akan mampu mencipta teleskop yang berkuasa tinggi untuk melihat dan meneroka angkasa-raya.Oleh itu mereka seharusnya mengaku yang mereka sebenarnya meniru atau belajar dari ilmu dan teknologi umat islam.

    berkaitan dengan artikel anda...saya sudahpun update dan menyiarkannya dalam posting saya sebelum ini.sila menjenguk kesana!

    wassalam.

    ReplyDelete