Monday, February 21, 2011

Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?



Tajuk : Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


[[ Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)

Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei. Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama ke Brunei itu membuktikan Baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu Al–Amir Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan Baginda menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan oleh Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna Kesuma. Baginda lindung pada TM 1432 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.]]

[ rujuk sumber : Klik ]

Amat menarik sekali jika kita dapat mengetahui siapakah dan dimanakah waris keturunan Baginda ketika ini???

Dibawah ini adalah gambar sebuah masjid iaitu Masjib Brunei yang dibina berhampiran dengan Danau Tok Uban, Pasir Mas Kelantan.(gambar-gambar dibawah diambil dari blog Catatan si Merah Silu, terima kasih buat saudara Radzie)



Masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh Sultan Kelantan dengan nama Masjid Brunei Darussalam


Dibawah ini pula gambar yang mula disiarkan oleh Israel…. bendera Zionis yang berkibar diatas Dome Of Rock.Untuk bacaan lanjut, sila baca di sini : Klik




Nampaknya Israel sudah mula memukul Gendang Perang mereka dengan isyarat menaikkan bendera itu.... seperti biasa.... huru hara dan kacau bilau perlu dicetuskan di jazirah Arab dan Timur Tengah, apa yang berlaku di Mesir adalah percubaan kecil sahaja.. kini merebak ke Libya pula dan akan ada lagi huru hara besar yang akan menyusul.

Bila perang meletus, huru hara dan kacau bilau berlaku... manusia akan mencari satu daerah yang aman sentosa dan selamat untuk di diami....... nama lain bagi negeri atau daerah yang aman sentosa/sejahtera ialah : DARUSSALAM.... jadi dimanakah negeri Darussalam itu??? Negeri yang ada sebutan Darussalam dimasa yang lalu bermula di Madinah Darussalam ... selepas itu di Samudera/Acheh Darussalam.... selepas itu di Patani Darussalam....selepas itu di Brunei Darussalam... dan dimanakah agaknya negeri Darussalam terakhir yang menjanjikan aman sejahtera ??? sama – sama kita berdoa semoga Allah swt melindungi kita semua dibumi Semenanjung Emas ini.... berhati-hatilah dengan mata-mata Israel dari negara singa yang sedang memantau “Negeri Darussalam sebenar" yang akan bangkit. Berhati-hati dan waspadalah dengan musuh dalam selimut dan talibarut musuh.... mungkin mereka sedang mengutip rahsia pertahanan negara... mereka boleh masuk sistem apa saja dan boleh jadi siapa saja ... semoga Negeri Darussalam Terakhir akan selamat dan rakyatnya akan aman sejahtera dibawah panji-panji pemerintahan akhir zaman.


*[ Artikel ke- 218 Sangtawal Sakranta.]

71 comments:

  1. salam bro..

    perenggan terakhir tu dalam maksudnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
      berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
      sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.
      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
      Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
      Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
      Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
      Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
      Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-

      Delete
  2. Alaikum salam bro. orang tua2 dah pesan, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, arti nya mereka yg berada dikalangan kita samada kerabat kita saudara2 sebangsa kita lah musuh yang paling utama yg harus di perangi sebelum kita menangkis musuh yg di luar. tak ada maaf2 lagi bagi wajah pengkhiat dan wajib di perangi.....hehehe.

    ReplyDelete
  3. nak tambah lagi,

    iblis dan syaitan ni dah merupa sifat yang baharu. org tua dulu2 momok2 kan hatu syaitan berupa hodoh dan menyeramkan tapi zaman ni mereka dah bersifat yang baharu dan menzahirkan rupa yang nyata. munjul dgn watak tok2 guru, berserban, bepolitik dan macam2 lagi. botol tak??????????

    ReplyDelete
  4. salam... saudara Sang Tawal tertinggal satu lagi negeri yang pernah menggunakan Darussalam... Terengganu Darussalam... gelaran negeri Terengganu sebelum memakai gelaran Darul Iman....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..Kepada saudara-saudari yang ada maklumat mengenai mata-mata zionis ni, elok disebarkan sahaja nama-nama mereka. Kita mesti bunuh pengkhianat agama dan bangsa ni. Iblis! mereka ingat kita akan berdiam diri kalau tanah air kita diporak peranda kan?! Kepada Musuh-musuh dalam selimut diluar sana, jangan ingat kamu akan selamat! Jangan ingat dengan back up puak-puak setan kamu, kami takut!!! kami ada Allah dan malaikat bersama kami!!! Allah tidak akan memungkiri janji Nya! Kalau berani, porak peranda kan lah negara kami!!

    KAMI AKAN BANGKIT!!!! JIKA ITU YANG ALLAH TETAPKAN KEPADA KAMI!!!

    Insha'allah..

    ReplyDelete
  6. rindu benar hamba pada penulisan sahabat hamba ini. :)

    lama tiada khabar didalam dunia maya.

    sedang mencari sesuatu kah?

    hee..


    ;)


    Salam sayang dari kami disini.

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    Sahabatku GAP,
    Sampai sudah kepadamu apa yang tersirat itu... minta GAP beri sedikit penekanan dalam blog tersohor GAP itu![sejak selalu masuk akhbar utusan ni :) ]... he he he.

    anon@1.49pm,
    terima kasih atas komen dan saya sangat setuju dengan saudara.

    adisarwajagat,
    Terima kasih atas info yang dikongsi bersama.Kalau begitu.... bendera hitam putih Trengganu itu amat bermakna sekali.... Batu Bersurat itu juga ada rahsia yang tersirat...kata orang-orang tua...ada 6 buah lagi batu bersurat seperti itu di Nusantara ini....ia akan muncul di akhir zaman nanti...

    anon@7.05pm,
    terima kasih atas komen dan saya kagum dengan semangat juang anda! insyaAllah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar diberi keamanan selalu.

    Sahabatku Ihya...
    Saya sihat,selalu mengikuti perkembangan blog sahabat-sahabat semua... cuma agak sibuk sedikit... insyaAllah selepas ini penulisan dan perjuangan di alam maya akan saya teruskan seperti biasa dengan izin Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam..adakah batu bersurat di Termasik yg dimusnahkan British sewaktu Raffles spt dlm cacatan Munsyi Abdullah itu termasuk antara 6 batu bersurat itu?? Batu bersurat di Terengganu sbenarnya dikambus dgn tanah oleh penduduk sekitar kerana selepas "perang Salib terakhir di Tanah Melayu" tentera2 kafir Thai Buddha & sekutunya British giat memusnahkan bukti2 keagungan Melayu Islam diseluruh Tanah Melayu...
                                              
       

      Delete
  8. salam,

    sy pun rasa begitu juga. tp teori sy kena tunggu pemerintah baru negara2 timur tengah, iaitu sekiranya rakyat timur tengah memilih pemerintah bercorak agama dan tak ikut ckp amerika dan sy rasa semua tahu apa akan berlaku seterusnya.

    ianya akan jd global event, nusantara pun terlibat sekali directly or indirectly sebagai rumpun islam, world war 3 is nigh.

    kalo jd la ni teori konspirasi sy. hehehe.

    azre

    ReplyDelete
  9. taknak selindung2 direct to the point.
    PKR PAS tu musuh dlm selimut
    DAP tu musuh yg nyata
    UMNO ????
    pekida tu harimau tua da hilang taring.
    mahadaya tu musuh alam cyber

    kan senang..
    kalo ada yg xsetuju sy peduli apa.

    ReplyDelete
  10. taknak selindung2 direct to the point.
    PKR PAS tu musuh dlm selimut
    DAP tu musuh yg nyata
    UMNO ????
    pekida tu harimau tua da hilang taring.
    mahadaya tu musuh alam cyber

    kan senang..
    kalo ada yg xsetuju sy peduli apa.

    ReplyDelete
  11. salam saudara..

    nak tanya kalau tak keberatan menjawab,kat mana negeri yg saudara maksudkan?terengganu,kelantan or Johor?share la dgn kami semua.

    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Jawapan di manakah tempat yang dimaksudkan itu ada klunya pada batu bersurat Terengganu. Carilah maksud tersirat yang dinukilkan di atasnya..

    ReplyDelete
  13. Datang dengan hati yang rela katanya. Dan selepas itu diam buat seketika. Tiba - tiba, tak ada angin, tak ada ribut, turun pula bagaikan helang patah sayap dari langit yang biru.

    Hati - hati.. setiap langkah mu ku perhati.. masih menanti masa, untuk kembali bertakhta

    ReplyDelete
  14. wise, apa maksud kamu? dipihak manakah kamu? bermain kata pula.

    ReplyDelete
  15. Anonymous: February 23, 2011 2:17 AM

    Jangan risau, saya dipihak yang benar di sisi Allah s.w.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nescaya anergi abu bakar al siddiq itu tiada ketakutan dlm diri nya
      Alif lam mim

      Delete
  16. salam, adakah ini perkhabaran indah utk pencinta?

    jika benar, tenteram sedikit lah jiwa yg dah lama memendam rasa.

    jika tn.hamba kenal siapa geranganya, sampaikan salamku buatnya.

    ReplyDelete
  17. mereka yang syirik menyekutukan Allah adalah mata2 zionist

    ReplyDelete
  18. rajanusantara_groupJune 23, 2011 at 2:25 PM

    Assalamuaikum kepada semua yang beragama Islam, Saya dah masuk banyak blog-blog yang membincangkan hal kebangkitan Islam di Akhir zaman ini. Tetapi ramai yang membuat hujjah atau menulis hanya berdasarkan keturunan untuk kuasa dan harta disamping nama keturunan masing-masing disanjung. Hakikat sebenarnya untuk menjadi Khalifah/Syarif/Sultan/Raja bukanlah mudah sebagaimana ada gelaran pada nama dan sudah berhak memerintah. Ramai yang tidak mengupas/faham sejarah Nabi Muhammad SAW dari kelahiranya,kehidupanya sebagai manusia,berdagang,berkahwin,berdakwah,berperang,memerintah sehinggalahl beliau wafat dan bagaimana Islam sampai di seluruh pelusuk dunia & Nusantara ini,keturunan mana yang bawa Islam ke pelusuk Nusantara ini sehingga menjadi Empayar Islam Teragung di masa lalu. Memang benar di Akhir Zaman ini Islam akan kembali kepada keagungannya seperti zaman kegemilangan & keagungan pemerintahan para-para Khalifah/Sharif/Sultan/Raja terdahulu disebabkan mereka ini telah di beri Daulah oleh ALLAH diatas ketaatan mereka kepada ALLAH dan memerintah berlandaskan ALQURAN & SUNNAH. Kita hari ini ramai yang mengaku keturunan itu,keturunan ini walhal apakah Daulah yang diberikan oleh ALLAH untuk keturunan-keturunan ini memerintah. Mungkin benar mereka ini adalah dari keturunan-keturunan tersebut tetapi hak memerintah untuk keagungan Empayar Islam Nusantara(Langkasuka) & Global. Hak ini hanya mampu di pikul oleh Keturunan Yang Hilang, disebabkan doa oleh moyang-moyangnya terdahulu adalah pemerintah WALILULLAH. Berdoa ke atas cucu cicitnya agar ALLAH pelihara & lindungi identitinya agar tidak dihapuskan oleh agen-agen Yahudi Nasrani yang bertaburan didunia ini terutamanya di Nusantara(Malaysia). Bagi menjaga keturunanya & cucu cicitnya bangkit/muncul pada masa yang ditetapkan oleh ALLAH,maka dibuang terus gelaran2 yang ada pada namanya menjadi orang biasa agar sukar dikesan oleh pihak musuh. Untuk tatapan para pembaca semua keturunan inilah(WARIS MUTLAK) paling di takuti oleh Yahudi Nasrani disebabkan munculnya dengan Daulah ALLAH. Kebangkitan keturunan ini akan menjadi sistem dunia ini terbalik menjadi satu sistem Islam Teragung di akhir zaman ini. Keturunan ini jugalah yang akan menjadi orang kiri dan kanan Imam Mahdi dan menyerah pemerintahannya kepada Imam Mahdi setelah ia muncul. Marilah kita semua mencari keturunan yang hilang ini supaya dapat memimpin kita ke jalan yang benar di akhir zaman ini dan tergolong dalam jamaah yang 1 dari 73 jamaah yang di masukan k syurga tanpa di hisab. Masanya sudah hampir tiba. Kemusnahan & kehancuran kepada semua sistem kapitalis akan pasti berlaku. Kebangkitan keturunan ini akan menjadi kejutan dunia dan ketika itu orang yang dikatakan beriman kepada ALLAH pun tidak mempercayainya. Ini disebabkan oleh latarbelakang keturunan & keluarganya sebelum ini membuatkan orang tidak menyangka inilah KETURUNAN YANG HILANG itu. Mohon ribuan kemaafan dari mereka sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak. Sama-sama kita hayatinya dan mencari KYH itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Assalam... he3 nk cari keturunan yang hilang bukannya ssh tggu & lihat shaja apa yang akan berlaku dimalaysia... :-) Wassalam

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum,sang tawal.anda bertanya dimana generasi sharif ali! tahukah anda generasi sharif ali yang sebenarnya? tahukah anda mitos brunei sudah di sumpah? tahukah anda apa yang menimpa tengku muda asri pada 2005? saya adalah generasi sharif ali. saya boleh katakan fakta sejarah yang ada di brunei berkenaan sharif ali kurang tepat. hubungi saya di no 0149340144. harap maaf saya tiada email

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Assalamualaikum...w.W kehadapan anonymous boleh saya tuan berasal dari mna dan brbngsa ap

      Delete
  21. saya bersetuju dgn anonymous,..tp adakah saudara anonymous ada bukti yang sahih?jika mahu perkara sebenar nya Sangtawal Sakranta boleh e-mail kan kepada saya..syed_azim605@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. Allah maha besar Islam maha benar dan Islam tak akan kAlah2 lagi

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...saudara...mengenai Tajuk : Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?
    Anda memberikan info yang tidak tepat berkenaan dengan sejarah ini..jika saudara seorang pengkaji sejarah yang baik..kajilah sedalam-dalamnya..unsyaAllah kita bertemu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  24. keturunan syarif Ali, bertebaran di mana mana.
    terutama di wilayah Kalimantan, seperti brunei, sambas, banjar dll. termasuk sulu.
    belum lagi dari silang antara kerajaan. yg mana raja2 nusantara di zaman islam, adalah kebanyakan masih satu saudara dekat.

    saya sendiri juga masih bernasab kepada beliau, tetapi kebanyakan dari kalangan kami yg sekarang di katakan suku melayu, tidak suka membawa embel2 gelar syarif atau wan.

    menjadi Hamba ALLAH itu lebih sulit dari pada mendapat gelar dari manusia.

    perkara keturunan beliau, mungkin sudah jutaan orang. yg pasti, kesultanan sulu, sambas dan brunai, masih bernasab ke syarif Ali. Namun harus di sadari, tidak semua anak nabi menjadi nabi, demikian anak raja, tidak semua menjadi raja, begitu juga anak wali, tidak semua menjadi wali. contoh yg ada di Al-quran, adalah anak nabi NUH.

    jadi tidak semua Keturunan Beliau, akan seperti beliau.

    Bernasab itu menguntungkan, tp jika tidak di usahakan, maka warisan keilmuan juga akan sia-sia.
    Jalan sudah ada, tp jika tidak mau berjalan, juga tidak berguna.

    semoga sahabat2 semua, bisa menjadi Hamba Allah yg Sejati. itulah Tujuan utama ajaran Kewalian sebagai pewaris Ajaran Rasul.

    Wassalamu'alaikum

    ReplyDelete
  25. Negara Brunei Darussalam

    Pada masa ini di perintah oleh
    Sultan Haji Hassanal Bolkiah
    yang merupakan keturunan
    Sultan Sharif Ali (TM 1425-1432) yang datang dari Taif,
    keturunan Nabi Muhammad
    Sallallahu Alaihi Wasallam menerusi
    Sayidina Hasan.

    Panji-Panji Brunei : Tunggul Alam Bernaga yang memiliki 3 sayap yang bermaksud Islam , Iman dan Ihsan.

    Negara Brunei Darussalam yang bermaksud Negara Brunei yang Aman Sentosa dan Sejahtera.

    Slogan Bendera Brunei Darussalam :
    Sentiasa berbuat kebajikan dengan
    petunjuk Allah.

    Lagu Kebangsaan Brunei :
    Allah Selamatkan Sultan

    Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah
    semasa kemerdekaan :
    " Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah."

    Peristiwa kemerdekaan yang mana dari titik itu penegakkan
    Melayu Islam Beraja bermula.
    Semasa giliran Almarhum Sultan
    Omar Ali Saifuddien untuk memberi
    titah, kesunyian yang begitu kuat
    meliputi taman. “ALLAH HU
    AKBAR!!!” laung Baginda. Semua
    orang yang hadir menyahut sahutan
    Baginda “ALLAH HU AKBAR!!!” serta
    mengangkat tangan ke udara. Tiga
    kali sahutan tersebut, tiga kali
    laungan “ALLAH HU AKBAR!!” seperti guruh yang turun di langit
    menggegar bumi Brunei. Ada yang
    penuh bersemangat menitis air mata ketika bersuara, ‘Brunei sudah
    merdeka’, dan sekarang Negara
    Brunei Darussalam wujud mencabar
    dunia akan kemerdekaannya.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia
    Paduka Seri Baginda Sultan dan
    Yang Di-Pertuan Negara Brunei
    Darussalam dengan pemerintahannya yang adil dan
    saksama serta keprihatinan baginda
    yang sangat tulus telah menjadikan
    negara kitani sebagai sebuah negara
    Islam iaitu Negara Zikir yang
    terbilang hingga ke seluruh dunia.

    Falsafah Melayu Islam.Beraja ini adalah sebagai konsep
    yang menegakkan prinsip-prinsip
    dan nilai-nilai Islam yang
    berlandaskan Al-Quran dan hadis
    Rasulullah S.A.W. sebagai tunggak
    bagi semua kegiatan yang
    menyentuh kepentingan negara,
    bangsa, bahasa dan budaya Melayu
    serta keutamaan institusi beraja
    untuk sistem pemerintahan Negara
    Brunei Darussalam.

    Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang paling misteri dari zaman dahulu sehinggalah sekarang sebagai contoh
    Masjid Brunei Darussalam di Danau Tok Uban yang di bina pada tahun
    pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.

    Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H.

    Walaupun begitu tiada misteri yang terselindung disebalik pembinaan Masjid ini. Baginda Sultan Brunei berkenan untuk membina kawasan ini kerana leluhur Kesultanan Brunei berasal dari kawasan ini. Dahulunya kawasan ini adalah tempat Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Beliau telah menghantar salah seorang anaknya
    untuk berdakwah ke Borneo dan
    akhirnya ditabal menjadi Sultan
    Brunei dan dari sinilah
    berkembangnya Kesultanan Brunei
    kini.

    Sebagai contoh yang lain pulak ialah
    Penemuan Batu Nisan Seri
    MAHARAJA BERUNAI yang merupakan sejarah yang lebih lama lagi yang membuktikan bahawa Islam sudah lama bertempat di Brunei. Tulisan Jawi dalam bahasa Arab yang terdapat pada batu nisan tersebut bacaannya pada baris pertama; ini kubur (Almarhum) yang dirahmati yang syahid, baris kedua;Al-sultan yang alim, yang adil, barisketiga; yang menyokong, yang menang di dalam peperangan makadinamakan ia Seri, baris keempat;Maharaja Brunei yang meliputiakannya, baris kelima; oleh Allah akan rahmatnya dan keredaannya,baris keenam; dan Allah menyampaikan selawatnya, baris ketujuh; ke atas Nabi Muhammad dan sekalian kaum keluarganya.

    Yang terpenting sekali konsep kemajuan adalah berprinsipkan Al-Quran dan hadis yang sahih.


    Tidak dinafikan juga bahawa Brunei memang Darussalam sehingga sekarang

    ReplyDelete
  26. Benar apa yang dikata oleh rajanusantara-group. keturunan yang hilang tidak akan mengakui diri mereka kerana segalanya menjadi penuh kerahsian waima kepada anak cucunya.Hidup sebagai rakyat biasa yang tidak punya apa-apa.Tiada bukti nyata yang ditinggal. hanya aura rasa mencerita segala. Apabila dibaca tulisan rajanusantaragroup perasaan hiba melanda..terima kasih. Walau sedikit info..ianya amat bermakna.

    ReplyDelete
  27. "keturunan yang hilang tidak akan mengakui diri mereka kerana segalanya menjadi penuh kerahsian waima kepada anak cucunya.Hidup sebagai rakyat biasa yang tidak punya apa-apa.Tiada bukti nyata yang ditinggal. hanya aura rasa mencerita segala." Saya benar2 bersetuju dengan pendangan Anonymous ini. saya memang berminat dalam pengkajian secara persendirian dan dlm banyak2 pemerhatian yg saya perolehi kebanyakan maklumat dari orang2 ini hanya mengandungi aura cerita keturunan dan memang amat menyentuh perasaan. mereka ini tanpa memiliki apa2 tanda maupun wasiat2. moyang2 mereka tetap rashiakannya-ada dgn cara menanam segala bukti yang ada dan yang tinggal hanyalah sebagai rakyat biasa serba kekurangan. amat sedih sekali. wallahu alam. subahana allah.

    ReplyDelete
  28. Bukti ada di serata perjalanan mereka dari bumi Brunai ke Utara. Hanya yang berhak akan melihatnya..Hanya Jauhari Mengenal Manikam..Hanya yang berilmu dapat merasai kewujudan mereka. Walau kehidupan bagai rakyat biasa, mereka masih didokong adat dan budaya.Masih dilingkari pantang-larangnya.Bumi emas ini mencantumkan semua.Penyatuan keturunan pelengkap segala.Walau ramai yang mengaku saudara..hanya keturunan dapat merasanya. Ada rahsia didalam rahsia yang akan terungkap jua bila sampai waktunya.

    ReplyDelete
  29. ya... memang benar katamu wahai tuan anonymous bila... dan siapa-siapa mereka seketurunan ini yang tak pernah bersemuka akan disatukan akhirnya diketemukan jua keluarga besar ini oleh izinnya allah a.w. subahana allah.

    ReplyDelete
  30. Waris sebenar Sutan Sharif Ali telah kembali semula di Brunei, dan identiti mereka saja belum diketahui oleh KDYMM Sultan Brunei. Sesuai dgn perjanjian raja2 ghaib, putera mahkota Al MuhtadeeBillah belum dpt dlantik meniadi sultan kerana waris sebenar belum diberi hak mereka. Seandainya Sultan engkar dgn perjanjian ini maka seluruh negeri Brunei akan tenggelam. SubahanAllah

    ReplyDelete
  31. Waris Raja Hilang adalah merupakan waris terakhir yg mna tidak diambil secara ghaib seperti waris yg terdahulu, mereka sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.A. untuk menegakkan panji hitam yg mana akan diserahkan kepada Imam Mahdi kelak. Waris Raja Hilang dari keturunan Sultan Sharif Ali ini juga yang dicari cari oleh KDYMM Sultan Brunei pada masa ini, apa yang menjadi bukti kukuh mengenai keluarga ini ialah, mereka mempunyai payung 7 warna yg benar2 asli, yg mana tidak dapat dimiliki oleh mana2 org yg lain. Melambangkan identiti keturunan yg mempunyai keberkatan, darah keturunan yg kuat mengalir dlm tubuh mereka yg hanya akan diketahui oleh Sultan Brunei sendiri nanti, insyAllah.

    ReplyDelete
  32. Diharap KDYMM Sultan Brunei akan cepat bertemu dgn waris yg hilang ini, demi keamanan negera Brunei Darussalam dan demi menegakkan panji hitam dibumi keramat ini. Dengan melalui mufti kerajaan Brunei, insyAllah mereka akan bertemu jua dengan izin Allah kalau sudah takdir, kerana keluarga waris raja yg hilang ini sering berkunjung ke darulifta. Cuma org2 yg tertentu saja yg dpt melihat siapa mereka yg sebenarnya kerana mereka mempunyai mahkota ghaib diatas kepala mereka, mempunyai anak yg ramai terutama anak lelaki tg mempunyai paras rupa yg elok dan mempunyai nama sempena Asmaul Husna. Masing2 dianugerahkan kelebihan yg berlainan kerana mereka adalah keturunan rajabyg berdaulat dan berkat. Sekian untuk kali ini...Wassalam

    ReplyDelete
  33. akan tiba waktu dan ketikanya, bertemu jua yang dicari. terang dalam gelap. penyatuan pelengkap segala.pandanglah dengan mata hati..pasti ditemui apa yang dicari di tanah jawi berdaulat ini. Yang mencari tercari-cari, yang dicari masih berdiam diri,khuatir tersalah diri.hanya mampu melihat dan hanya mampu berharap, agar segala tersirna.agar segala yang tersimpul dapat diurai. tali telah ditemui cuma tidak tahu bagaimana untuk menghurainya..

    ReplyDelete
  34. kalau tak salah saya..keturunan Sultan Shariff Ali..keturunan ke7..kini berada di SIBU.SARAWAK..dari salasilah ug beliau ada..yg pernah saya lihat..dan ada satu barang tanda peninggalan moyang beliau ada pada dia..juga salasilah warna kuning berukuran 4"x3"..namaa sebenar beliau pun saya kurang tahu..cuma nama gelaran sahaja..SUFFIAN FADILLAH..dia juga terkenal sebagai Abg LONG..pada teman jemaah mereka..kalau tak salah saya nama jemaah mereka...AL-QA'ABAH MUNIR..

    ReplyDelete
  35. ingin bertanya kpd sedara Anonymous ttg mitos brunei disumpah,ramai yg bercerita sumpahan tu mitos ada yg kata benar berlaku,kalau sedara tahu ttg sumpahan itu xkira mitos atau benar....apa sumpahannya,kerana apa dan sampai bile akan berakhir sumpahan itu.
    sekadar ingin tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  36. Asalamuailaikum pembuka bicara..mmg benar kerabat sebenar yang hilang tidak akan mengakui dirinya yg sebenar..dan ini adalah amanah yg dipegang turun temnurun..malah nama yang sebenar juga telah ditukar dan didaftarkan lain agar tidak dikenali..malah ada yang menjual dan menyerahkan barang2 bukti kerabat termasuklah keronsang tua, talam, bateh (mangkuk tembaga) dan berbagai2 lagi..ada dikalangan mereka ini ketika waktu dahulu menyamar dan bersembunyi tatkala polis atau orang kenamaan masuk ke kampung takut-takut dicari dan dibunuh oleh kerabat brunei yang memerintah..nenda telah berpesan..keturunannya tidak perlu membuktikan apa2 atau mencari/menagih kembali mahkota mahunpn tahta yang telah jatuh ke tangan orang lain..malah nenda telah bersumpah kepada sesiapa anak cucu cicitnya yang menagih kembali semua ini akan musnah atau jatuh malapetaka ke atas dirinya..kerana semua ini hak Allah dan akan pulang sendirinya pada yang berhak suatu hari nanti tanpa perlu merampas atau melakukan apa2..semoaga ini dapat membantu serba sedikit buat rakan-rakan yang dikasihi sekalian..sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  37. Asalamualaikom saya suka dgn cerita sejarah ni, nk tanya ada benar kah mahkota sebenar hilang atau Di sumpah hanya keturunan sahaja dpt peggang mahkota tu..... Ada siapa tau x cerita ni....

    ReplyDelete
  38. Assalam..,di mna sejarah kesultanan brunei..,ada sesetengah cerita bhawa zaman dlu brunei x tumbuh para tumbuh tumbuhan

    ReplyDelete
  39. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

    Perkenalkan, nama saya Muhammad Taufiq.
    Asal daerah kota Medan - Sumatera Utara - Indonesia
    Almarhum ayah (Maksum Jamil) bersuku Melayu, asal dari Pulau Kampai, Kabupaten Langkat, Sumatera Utara.
    Almarhum Atok (Kakek) saya bernama Quluk Jamil, Almarhumah Andung Nenek) saya bernama Husna.
    Menurut cerita Andung (Nenek) saya, dahulu asal orang tua mereka adalah keturunan dari Sultan Brunei Darusssalam. Di zaman itu mereka berlayar dan sampai di Pulau Sembilan, hingga akhirnya menetap di Pulau Kampai.
    Pada zaman penjajahan, mereka takut ketahuan asal silsilah mereka, maka mereka membakar Tarombo (Bukti Keturunan) yang terbuat dari kulit kayu?
    Makam (Kuburan) Atok, Nenek dan keluarga lain ada di daerah Pangkalan Susu - Langkat, Perlis, Pulau Kampai dan di daerah sekitar.
    Mohon maaf, kalau disini saya ada salah dalam penyampaian.

    Saya mohon infomasi dan petunjunjuk dari saudara / saudari
    Saya hanya ingin menyambung silaturahmi bukan untuk maksud yang lain.

    Wassalam

    MUHAMMAD TAUFIQ - HP. 08126385246

    ReplyDelete
  40. Berbicara pada yang benar.bukan menuntut hak cuma menyatukan yang terpisah. Keturunan yang sebenar tidak akan sekali-kali menperkenalkan diri mereka kepada sesiapa pun kerana janji harus ditepati kerana sumpah harus diikuti.Untuk mengenal mereka perlu ada keikhlasan dan kejujuran dalam penilaian dan perbuatan.Detik rasa kan dirasa...hanya yang mengetahui akan mengenali walau ramai yang beraku janji....detik waktu pusingan masa jua yang akan berbicara. Bicara rahsia didalam rahsi.a masih tersimpul taliannya.janji tetap janji..harus dipatuhi..Hidup dalam lingkungan dan dukungan walau tiada yang mengetahui..Sentiasa diawasi dan dijaga segala yang pasti...Tiada upaya mengenal diri kerana ianya telah terpateri....Saat tiba muncullah dia mengenalkan diri kepada yang mengetahui...Detik hati pasti terasa..petanda jua akan dipasti..hanya yang mengerti bisa memahami..kerana mereka masih menyepi..tidak diizin munculkan diri...belum waktu masa bererti...

    ReplyDelete
  41. Benar seperti dikata. Masa akan tentukan segalanya. Empunya diri belum bersuara. Hanya menanti saat dan ketika.

    Kalau tidak salah saya, pernah diberitahu oleh keterunan saya. Bahan bukti telah tiada. Dihilangkan dengan takdir Illahi dan sumpahan pemerintah sebenar. Tetapi bukti pemegang tahta yang akan datang telah diberi petanda. Kelahirannya agak istimewa. Bertahta selendang kuning di dada tatkala keluar dari rahim ibunya. Selendang itu sudah berada bersamanya semasa di dalam kadungan ibunya. Dengan izin Allah itu pembuktian terakhir untuk pemegang tahta sebenar. Dikhabarkan lelaki berkenaan berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan sekitar tahun 1980an di sebuah kampung bernama teluk bahang. Tidak pasti siapa lelaki ini namun saya mendengarnya dari keterunan saya. Saya mencari juga lelaki ini tetapi bidan2 terdahulu telah kembali me rahmatullah. Jadi generasi baru tidak tahu menahu. Dikhabarkan hanya golongan yang berilmu agama tinggi dan alim ulamak dapat mengenali siapa lelaki ini. Malah ada sesetangah kerabat diraja tanah Melayu juga dapat mengenalinya jika memandang ke arahnya. Saya masih berusaha mencari siapakah identiti lelaki ini. Namun benar kata kerabat saya. Mahkota yang ada sekarang adalah palsu dan pemegang tahta sebenar itu nanti akan menjadi kunci untuk memakai mahkota yang asli. Mungkin belum tiba masa untuk kita kenali siapa pemerintah sebenar jadi Allah khaburkan kebenaran itu sehingga waktu tertentu. Biar pemerintah yang akan datang dapat memerintah dengan keberkahan Illahi. Kami disini hanya mampu berdoa untuk siapa pun diri kamu. Itu sahaja maklumat yang saya ada dan masih mencari lagi. Harap dapat membantu semua. Wassalam.

    ReplyDelete
  42. Dengan izin allah yang terpisah akan bertemu..yang hilang akan kembali.kembali mengenal susur galur keturuna.hilang didalam terang muncul dalam kegelapan...hidup dalam lingkungan.Pencarian masih berterusan..tiada mula tidak tahu dimana pengakhirannya...Hidup bagai dalam sangkar yang terbuka pintunya...masih belum bertemu apa yang ingin ditemu..ramai pendusta dan ramai pereka ceritera. ramai jua yang mengaku taliannya..belum waktu dan ketikanya diizin penjaga,om, paman jua sahabat mereka.Segalanya masih rahsia....walau ditangan dberi talinya..hanya jauhari mengenal manikamnya..cuma kekadang tersembunyi disebalik jaringan. tiga negara menyatu bersatu dibumi jawi tempat terpateri.

    ReplyDelete
  43. Syasyaqul Luqmatul FirdausiApril 30, 2016 at 2:18 PM

    Assalamuailaikum semua..telah saya teliti setiap nukilan para sahabat..setiap orang mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan sangat menarik..setiap jalan penceritaan adalah berdasarkan pengalaman dan penyampaian dari keturunan masing-masing. Setiap orang berhak berkongsi penceritaan masing-masing dan janganlah kita sesekali melabelkan seseorang itu penipu, berlakon, pendusta atau pereka cerita. Belum tentu cerita kita itu benar berbanding orang yang kita labelkan. Sepatutnya penceritaan ini semua didengari dan dihubungkaitan kerana mungkin ada pertalian yang kukuh antara kita semua melalui salahsilah keturunan Brunei. Itu yang lebih penting dan menjadi tujuan utama kita iaitu menyatukan yang terpisah atau hilang ke tempat yang betul. Namun yang pasti kita semua tetap berpanjikan dari keterunan yang satu yakni Nabi Adam. Tiada pembuktian yang jelas lagi berkenaan siapa yang benar dan berhak mahupun yang tidak. Tidak seperti jalan penceritaan King Author yang berjaya mencabut pedang dan itu membuktikan dialah raja sebenar. Tidak begitu. Sesungguhnya Allah swt telah mengaturkan perjalanan penceritaan dan pembuktian keturunan Brunei ini dengan sangat teliti dan complex. Tiada siapa yang tahu secara jelas. Berilah peluang kepada semua untuk berkongsi penceritaan masing-masing dan hormatilah penceritaan mereka itu. Jangan sesekali memandang rendah atau menyangkal penceritaan mereka kerana setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza. Kebenaran sebanar hanya DIA sahaja yang tahu dan Insya Allah akan sama-sama kita ketahui juga. Semoga ikatan ukhwah antara kita terus kekal bersama sebagai salahsilah keturunan Nabi Adam dan kerabat Brunei. Maaf jika saya ada terkasar bahasa kerna nasihat ini untuk diri saya jua. Assamuailaikum para sahabat.

    ReplyDelete
  44. Utk bertempur perlu kan senjata

    Bila bersenjata perlu ada strategi

    Bila ada strategi perlu ada keyakinan

    Utk ada keyakinan perlu ada ilmu
    AWALUDDIN MARIFATULLAH
    (4 PENJURU ALAM)

    BILA ADA ILMU,PERLU ADA MATLAMAT

    BILA ADA MATLAMAT,PERLU ADA PERJUANGAN.

    Bila semua cukup arti nya
    YA SEMPURNA
    YA HII FISABILILAH
    .

    ReplyDelete
  45. Sultan sebenarnya adalah Allah swt.tiada yg lebih agung dari Nya..jadilah sebagai insan biasa yg dtg dgn tangan kosong namun kembali dgn iman penuh di dada maka...jdlah kita sebagai hamba Allah swt.menegakkan islam agama diakhir zaman..

    ReplyDelete
  46. Sultan sebenarnya adalah Allah swt.tiada yg lebih agung dari Nya..jadilah sebagai insan biasa yg dtg dgn tangan kosong namun kembali dgn iman penuh di dada maka...jdlah kita sebagai hamba Allah swt.menegakkan islam agama diakhir zaman..

    ReplyDelete
  47. Beza kan
    bicara hakikat
    &
    Bicara syariat


    Satu hal lagi
    Aku hairan binti bingung ni
    Apa kes bicara

    no togel binti judi
    Ada kat sini ni weiii

    Salah tajuk niii

    Pening ar makcik limah oii
    Kubuq kata mai mai
    Rumah kata hang pi blahh

    ReplyDelete
  48. Satu nama dan buktinya hanya pada nama yang satu itu saja,,,,,,,,,,,,,,,,
    Yang berlalu biarkan berlalu,,
    Mengapa merika tidak di suru cari keturunan moyangnya, bertanya tanya, mendengar suara gaib yang merasuki adik wanitanya setelah abgnya bertekad cari siapa moyangnya, mengapa moyangnya berlayar seorang diri waktu itu,,
    Nama isteri yang dikahwini moyangnya- Izzatul murabbia,, namanya satu dan tiada duanya,,,,,,wallahua'lam, hanya Allah sahajalah yang tahu

    ReplyDelete
  49. Satu nama dan buktinya hanya pada nama yang satu itu saja,,,,,,,,,,,,,,,,
    Yang berlalu biarkan berlalu,,
    Mengapa merika tidak di suru cari keturunan moyangnya, bertanya tanya, mendengar suara gaib yang merasuki adik wanitanya setelah abgnya bertekad cari siapa moyangnya, mengapa moyangnya berlayar seorang diri waktu itu,,
    Nama isteri yang dikahwini moyangnya- Izzatul murabbia,, namanya satu dan tiada duanya,,,,,,wallahua'lam, hanya Allah sahajalah yang tahu

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Dari Nusantara Ke Baitul Maqdis.

    ReplyDelete
  52. sudah berapa lama tp masih belum ada jawapan ttg waris sebenar sultan brunei. sedangkan telah bnyak bukti2 yg diketahui dari kedua2 belah pihak. moga pewaris mendapat hak nya

    ReplyDelete
  53. Kalau ingin berjumpa dengan keturunan sebenarnya Sultan Shariff Ali..beliau seorang pemuda dari Timu,beliau adalah cucu rahsia Atuk Nabi Muhammad Rasulullah..untuk mengenal beliau senang sahaja..Beliau membawa bukti Perjanjian Awal yg tersembunyi..bukti2 ada ditangan beliau..Dia membawa satu wasiat..yg dinamakan Mahkota Alam,,Mahadika Alam..Ataupun terkenal dgn nama Tabut Sulaiman..Dia ada bersama saudaranya.kedua mereka ada diPulau Borneo..itu sahaja cara utk mengenali beliau..

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum...nama sy Mohd Wira Bin Mohd Nayan.dr Malaysia Ipoh Perak.sy sedang mencari sapa2 yg berminat UTK mencari projek pasir selika kwsn Ipoh Perak.dokumen detil blh dtg pejabat

    ReplyDelete
  55. Tuan blh whtspp pd sy 0125799549

    ReplyDelete
  56. Adakah Anda memerlukan bantuan kewangan segera atau Pinjaman penyatuan hutang, Kami menawarkan pinjaman daripada minimum lima ribu dolar kepada jumlah maksimum lima belas juta dolar. hubungi kami hari ini.
    EMEL: kabelofinance@aol.com
    WhatsApp: +16282720841

    ReplyDelete