Tajuk : Musim Budak Melayu Masuk ‘Jawi’
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Musim cuti sekolah akhir tahun dinanti dengan penuh debaran oleh kanak-kanak melayu. Apa tidaknya ‘kerbau’ mereka akan disembelih oleh orang tua mereka samada dengan cara rela atau paksa-rela!
Budak melayu zaman ini bernasib baik kerana biasanya sudah tidak ada lagi istilah batang pisang, pisau tok mudim dan buluh pengapit. Kini budak melayu tidak lagi perlu fobia dengan benda-benda itu semua. Sekarang ini kaedah berkhatan atau circumcision dilakukan dengan kaedah yang lebih moden dan selamat. Ubat penahan sakit seperti lignocaine atau lidocaine digunakan sebagai local anaesthesia (ubat bius) menyebabkan budak melayu mampu tersenyum semasa ‘kerbau’ mereka disembelih oleh Doktor , Tok Mudim atau PPP@MA. Lagi canggih, kini kaedah berkhatan telah diinovasikan , contohnya kaedah Smat Klamp.
Tentang hikmah berkhatan ini, teringat pula saya kepada satu kisah perumpamaan bijak yang diajar oleh Ulamak tersohor Tok Kenali.Bila seorang anak muridnya bertanya beliau apakah hikmah berkhatan, maka Tok Kenali pun mengambil sebutir buah pisang lalu diberikan kepada orang yang bertanya itu menyuruhnya memakan pisang itu dengan kulitnya sekali, lalu pelajarnya berkata mana sedap makan pisang sekali dengan kulit!!! Lalu fahamlah mereka apa maksud tersirat Tok Kenali itu.
Berikut saya siarkan artikel yang dipetik dari satu blog tentang ibadah berkhatan, klik untuk membaca artikel sepenuhnya :
[[… Menurut pendapat ulama seperti Imam Ahmad, sebahagian mazhab Hanafi, Ibn al-Qayyim dan lain-lain, waktu paling sesuai mengkhatankan anak lelaki ialah semasa berusia 7 hari. Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah fi al-Fiqh al-Hanafiyyah menyatakan waktu yang digalakkan ialah sejak anak-anak berusia 7 tahun hingga 12 tahun.
Ibadah berkhatan
Syukur kepada Allah yang menetapkan syariat berkhatan sesuai dengan fitrah manusia. Dalam satu hadis yang dilaporkan oleh Abu Hurayrah, Nabi s.a.w berkata,
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Di antara fitrah ada lima perkara; khitan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai".
[Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.]
Fitrah di sini bererti sunnah yang disyariatkan bagi ummat Islam bagi menjaga kebersihan dan kesucian badan daripada pelbagai kotoran. Topik khitan dan lain-lain mengenai penjagaan diri dibahaskan oleh ulama fikah di dalam Bab Toharah (bersuci). Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan soal kesucian diri dan menjaga imej ummahnya agar sentiasa tampil segar dan kemas.
Topik ini juga membuktikan salah satu keindahan ajaran Islam. Hari ini, berkhatan turut diamalkan di kalangan non muslim kerana mereka juga mahu faedah positif daripadanya.
Maha suci Allah yang menjadikan amalan kebersihan sebagai salah satu ibadah penting dalam Islam. Pernahkah ditemui di dalam Bible atau kitab-kitab agama lain yang mengatakan berkhatan sebahagian daripada ibadah? Jika ada pun, ia adalah dari syariat Allah pada nabi-nabi terdahulu yang masih tersisa kebenarannya.
Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari, orang pertama yang berkhatan ialah Nabi Ibrahim. Apa yang penting diketahui ialah amalan berkhatan sudah wujud sejak beribu tahun yang lalu. Dan ia bukan baru disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ummatnya. ..]]
Dibawah ini pula saya siarkan satu artikel dari forum tentang berkhatan menurut islam . Klik untuk baca artikel asal.
[[...KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.
Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.
Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.
Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.
Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud:
"Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."
Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.
Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.
Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira."
Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.
Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.
Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat [sangtawal: smart klamp] untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.
Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.
Bagi perempuan, khatan dapat menundukkan naluri nafsu yang membuak-buak, walaupun sesetengah pihak menentang amalan itu kononnya menghilangkan kenikmatan ketika bersama pasangan.
Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.
Hasil kajian pakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.
"Kami mempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV di kalangan lelaki yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporan mengecewakan sebelum ini," demikian menurut rencana ditulis Marie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada Universiti KwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.
Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk berkhatan amat rendah.
Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana berkhatan.
Penyelidik Amerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidangan mengenai Aids di Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiap negara mempromosi amalan berkhatan kerana bukti saintifik menunjukkan ia boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.
Menurutnya, tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia ada mengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.
"Sudah tiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan," kata pensyarah Universiti Illinois itu.
Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelaki daripada menghidap barah zakar. Media melaporkan, satu kajian mendapati 87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki yang tidak berkhatan…]]]
Gambar di atas adalah gambar proses berkhatan yang telah diamalkan oleh kaum Egypt pada tahun lebih kurang 2300 sebelum masihi. Ia digelar sebagai 'pengkhatanan Anakhmahor'. Gambar ini membuktikan bahawa berkhatan bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi manusia, malah ia dipercayai telah dilakukan oleh manusia sejak awal kurun 3000 sebelum masihi yang diamalkan oleh kaum yahudi. Walau bagaimanapun tarikh yang tepat dah sahih mulanya diperkenalkan masih dalam kekaburan.
Untuk perbincangan bersama , bilakah masanya pula perkataan berkhatan itu disebut jawi di tanah jawi ini? Apakah orang melayu di Nusantara ini dulunya telah menganut agama Nabi Ibrahim a.s kerana ibadah ‘jawi’ amat sinonim dengan melayu jawi? Sama-sama kita fikirkan!

****************************************************************

*[ Artikel ke-208 Sangtawal Sakranta ]
adusss!!! tatit nyer...
ReplyDeleteSalam Perjuangan,
ReplyDeleteSaya ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas. Saya memang mengikuti perkembangan blog Tuan sepanjang masa.
Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.
Saya tlhpun linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..
Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..
SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,
Melayu CinDia
Blogger GELOMBANG RAKYAT.
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/
Salam buat sangtawal, moga anda dan keluarga diberikan keberkatan/kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t
ReplyDeletesaya mempunyai soalan, jika seseorang itu baru menganut islam dan ia belum sunat lagi, adakah di galakkan bersunat?
Dlm kitab Fiqh Jawahirus Saniah Syaikh Daud Fathony adalah wajib bagi sekelian mukallaf berkhitan.Jadi tak timbul masalah kena khitan@tidak bagi muallaf krn muallaf pun termasuk mukallaf juga....dunia perubatan srg dah canggih...mcm kena gigit semut aje...kalau khitan pun dah takut nak masuk perang jihad mcmmana?Muallim1
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Sahabatku Sangtawal.
ReplyDeleteTeringat ayat
"nh da masuk Jawi ke"?
salam semua,
ReplyDeleteanon@1.23pm,
memang sakit!!! :)tapi bersalin lagi sakit!
Gelombang Rakyat,
terima kasih atas komen dan sokongan.saya hanya insan biasa seperti saudara, menulis di masa terluang saja.menulislah dari rasa hati!teruskan perjuangan saudara.
anon@8.45am,
terima kasih atas komen dan soalan.Sahabat saya muallim 1 telah menjawab soalan saudara itu.
Muallim 1,
terima kasih atas ilmu yang dikongsikan bersama.
ihya,
ya...ayat itu amat menghantui kita kalau belum masuk jawi, terutamanya bila berada di saf dewasa waktu solat jumaat di masjid kecik-kecik dulu.. he he he.
wassalam.