Tajuk : CKKAZ II – Bhg 6 : Mengangkat Dan Memartabatkan Tulisan Jawi : Pengorbanan Terbesar Bangsa Jawi !
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
Sebelum membaca artikel CKKAZ (Cabaran Kepada Kebangkitan Akhir Zaman ) seterusnya, rasanya eloklah kita membaca sedikit artikel CKKAZ II – Bhg 5 : Dari Rumi Ke Jawi : Mengembalikan Kecerdasan Spiritual Melayu Yang Hilang. ( Klik Sini ) :
Baca juga beberapa petikan artikel di bawah ini:
Jawi dijiwa bukan di papan tanda: ( klik Sini )
[SUDAH jauh tulisan Jawi melangkau sejarah. Kini hanya mampu menempek separuh dada kita di papan tanda jalan dan lebih baik sikit tingginya terpaksa mendongak melihat martabat Jawi di papan-papan iklan atau papan tanda nama kedai.
Puncanya tulisan Jawi tidak dipaterikan di jiwa kita. Mohon ampunlah kepada Tuhan dek dosa Melayu kita yang selalu lupa itu. Petikan di bawah oleh Utusan Malaysia 30 Oktober (gambar juga), harus menjadi iktibar kepada kita. – al-kurauwi.
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Papan tanda jalan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan ditulis dalam tulisan rumi, kata Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.
Menurut beliau, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.
“Dalam konteks papan tanda jalan, DBP berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengannya adalah di bawah maksud rasmi, oleh itu ia hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown.]
*Juga petikan kata-kata menarik dari artikel penulis Faisal Tehrani : ( Klik Sini )
[ Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini.Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.
Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.
Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?
Artikel di atas ialah luahan saudara Faisal Tehrani dalam blognya Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Jalan Tersebut]
Ya, apa yang sebut oleh saudara Faisal Tehrani itu benar sekali, memang biadap namanya bila mempersoalkan Tulisan Jawi yang telah wujud sekian lama di alam Melayu ini.
Sebelum jauh membicarakan tajuk di atas, rasanya perlu saya siarkan semula sedikit sedutan artikel saya dalam CKKAZ II – Bhg 5 :
[ Jika gambar di atas di berikan oleh seorang guru dalam sebuah kelas yang murid-muridnya terdiri daripada beberapa bangsa seperti Arab, Yahudi, Melayu,Jawa, Cina, Jepun,Inggeris, Perancis, Siam…
Lalu guru tersebut menyuruh setiap orang dari pelbagai bangsa itu membuat cerita berdasarkan gambar tersebut, apakah jalan cerita berdasarkan gambar itu yang mereka akan sampaikan agaknya??? Cuba anda semua berfikir sejenak!!!
Jawapannya : Mungkin orang Arab dan Yahudi akan memberikan satu jalan cerita yang seakan sama, manakala orang Melayu, India, Jawa, Inggeris , Siam dan Perancis memberikan satu jalan cerita dan seakan-akan sama , manakala kita akan terkejut dengan orang Cina dan Jepun!
Orang Cina dan Jepun akan memberikan kita 3 jalan cerita yang berbeza!!!
Jika seorang dari mereka itu Freemason atau Illuminati, mungkin dia akan memberikan 12 jalan cerita yang berbeza.
Jika salah seorang dari murid itu adalah Dajjal, mungkin dia akan memberikan 16 jalan cerita yang berbeza pula!!!
Mengapa??? Why???
Fikir-fikirkanlah!!! Atau nantikan jawapannya dalam Artikel-Artikel CIKKAZ II seterusnya! ]
Baiklah, mari kita selesaikan persoalan di atas:
Sebenarnya pelbagai jalan cerita diperolehi berdasarkan kepada apa yang otak kita baca.
Bagi orang Arab dan Yahudi, mereka menulis dan membaca dari kanan ke kiri , maka mereka akan menceritakan pola cerita berdasarkan gambar di atas dari kanan ke kiri.
Manakala orang Melayu atau bangsa lain yang menulis dan membaca menggunakan huruf rumi akan membaca gambar di atas dari kiri ke kanan.
Orang Cina atau Jepun pula akan membaca gambar di atas dari atas ke bawah!
Jadi , arah bacaan tulisan akan mempengaruhi jalan cerita! Jalan cerita ini pula menggambarkan cara kita berfikir!
Jadi sekarang anda boleh fikir sendiri kenapa Orang Cina atau Jepun boleh memberikan 3 jalan cerita yang berbeza bukan? Tengok betul-betul gambar di atas dan fikirkan semula!
Mengapa pula seorang freemason / Illuminati boleh memberikan 12 jalan cerita berbeza? 3 jalan cerita dari kiri ke kanan, 3 jalan cerita dari kanan ke kiri, 3 jalan cerita dari atas ke bawah, 3 jalan cerita dari bawah ke atas! Jumlahnya 12 bukan?
Tetapi Dajjal lebih hebat ilmunya, selain 12 jalan cerita seperti yang ditunjukkan oleh freemason / Illuminati di atas, dia boleh memberikan lagi jalan cerita hasil dari bacaan silang berbentuk X berdasarkan gambar di atas, iaitu 1 jalan cerita dari atas kanan ke bawah kiri, 1 jalan cerita dari atas kiri ke bawah kanan, dan 1 jalan cerita dari bawah kanan ke atas kiri dan satu cerita dari bawah kiri ke kanan atas. Kesemuanya 16 jalan cerita.
Cara pemikiran Freemason / Illuminati dan Dajjal di atas CUMA andaian saya sahaja, mungkin cara berfikir mereka lagi hebat, kita pun tak tahu.Maafkan saya kerana cuba menyerabutkan otak dan pemikiran anda semua dengan 12 dan 16 jalan cerita di atas! Sudah menjadi lumrah alam, perlu mencari baru ketemu bukan? Bukan mimpi, bukan imaginasi, bukan fantasi yang cuba saya sampaikan tapi realiti dan kreativiti !
Apa yang penting disini, yang cuba saya sampaikan ialah manusia berfikir berdasarkan apa yang dibaca oleh otaknya.Manusia memahami makna sesuatu ayat itu setelah melalui proses berfikir.
Contoh ayat Bahasa Melayu :
Ayat 1 : Adik saya ........
Ayat 2 : Adik saya menangis…..
Ayat 3 : Adik saya menangis kerana terjatuh.
Dari ayat di atas , didapati kita akan memahami makna ayat itu bila membaca ayat 3 di atas.Proses pemahaman itu berlaku dibahagian paling kanan sekali selepas membaca perkataan ‘terjatuh’.
Jadi kesimpulannya , bagi bangsa yang menggunakan huruf rumi, mereka lebih banyak menggunakan otak sebelah kiri untuk berfikir dan mendapatkan kefahaman!
Ya, setelah kita dijajah, budaya dan cara menulis kita juga turut diubah dari tulisan jawi ke tulisan rumi.Adakah perkara ini berlaku secara tidak sengaja??? Tidak saudaraku… semua ini sudah diatur dan dirancang dengan teliti oleh penjajah sebelum mereka pergi meninggalkan bumi kita ini. Pembaratan budaya ini menyebabkan Bangsa Jawi telah hilang jati dirinya secara beransur-ansur, cara menulis, membaca, cara berfikir juga turut berubah sedikit demi sedikit!
Tidak dapat dinafikan lagi hampir 90% manusia sejak dari zaman dahulu lagi menulis dengan menggunakan tangan kanan dan membuat sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tangan kanan.Jadi tidak hairanlah jika dikatakan majoriti manusia itu banyak menggunakan otak kirinya! Cuba lihat dengan teliti gambar-gambar yang dilukis di dinding-dinding gua atau dipahat dibatu-batu, bukankah hampir semuanya menggunakan tangan kanan?
Rupa-rupanya perkembangan pemikiran sangat berkait rapat dengan perkembangan bahasa tulisan manusia itu sendiri.
Oleh itu orang yang banyak menggunakan tangan kanannya akan lebih banyak menggunakan otak kirinya! Rupa-rupanya perkembangan otak kiri ini selari dengan kemampuan manusia berfikir secara logik dan analitik.Oleh itu , pada zaman dahulu , sesiapa yang pandai berhujah dan boleh memberikan bukti-bukti kepada persoalan tertentu dianggap bijak. Tetapi setelah masa dan zaman berlalu , kecerdasan IQ saja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya sepenuhnya dalam hidup mereka , maka lahirlah pelbagai teori-teori baru seperti Kecerdasan Emosi, EQ, dan Kecerdasan Spiritual SQ.
Bukankah Kecerdasan Spiritual , SQ adalah dianggap kecerdasan masa depan! Jadi bangsa mana yang mempunyai SQ yang tinggi, bangsa itulah nantinya akan mendominasi dunia ini!
Bagaimana pula untuk meningkatkan fungsi otak kanan dan sekaligus meningkatkan Kecerdasan Spiritual Bangsa Melayu Jawi ? jawapannya ialah kita mesti kembali semula kepangkuan Tulisan Jawi.Inilah pengorbanan paling besar Bangsa Jawi! Marilah kita menulis dan membaca dengan menggunakan Tulisan Jawi yang arahnya dari kanan ke kiri tanpa mengubah atau meninggalkan Bahasa Melayu kita.Cuma tinggalkanlah huruf dan tulisan rumi kerana ia bukan huruf atau tulisan yang menjadi jati diri Bangsa Jawi yang asli dan sebenar!
Lihat balik contoh ayat bahasa melayu di atas, contohnya Ayat 3 diatas, jika ditulis dalam Tulisan Jawi akan dibaca dengan pemahaman ‘terjatuh’ itu disebelah paling kiri sekali dan sekaligus kita telah mengaktifkan otak kanan kita untuk berfikir seperti orang Arab dan orang Yahudi!
Sekarang mungkin kita boleh menerima jawapan kepada persoalan mengapakah orang Yahudi itu Bijak, mereka bijak adalah kerana cara mereka berfikir banyak menggunakan otak kanan !
Sengaja saya tulis artikel mengenai Einstein pada siri artikel CIKKAZ II yang lalu , supaya kita boleh mengambil contoh dari cara dan gaya pemikirannya.
Mungkin kerana cara mereka menulis dan membaca dengan tulisan mereka dari kanan ke kiri dalam tulisan Ibrani itulah membentuk gen atau turutan genetik yang pintar!
Bukankah bahasa Ibrani itu digunakan untuk menulis Kitab Perjanjian Lama mereka?
*mengenal Huruf Arab : Klik Sini :
Bukan saya ingin menjadikan Bangsa Jawi itu seperti Bangsa Yahudi, tidak, apa yang ingin saya tekankan disini ialah tulisan Jawi itu lebih mirip kepada Tulisan Arab atau Tulisan kitab suci Al-Quran sebenarnya! Percayalah, tulisan Al-Quran ini mempunyai nilai spiritual yang tinggi, bukankah pernah Nabi Muhammad saw dibawa berjalan oleh malaikat di dalam syurga dan pernah melihat beberapa jenis sungai yang mengalir dari huruf-huruf pada kalimah Bismillah, itu maknanya, tulisan yang digunakan didalam syurga ialah tulisan Al-Quran dan bahasa yang digunakan nanti ialah bahasa Al-Quran.
Pernahkah anda terfikir , jika sekali anda menghafal satu surah Al-Quran, anda pasti susah untuk melupakannya berbanding dengan senikata sebuah lagu! Mengapa??? Padahal itu surah Al-Quran , dalam bahasa arab pula dan kadangkala anda tidak faham pun apa maknanya!
Apa yang menarik, yang masih belum dikaji oleh saintis lagi sehingga kini sepanjang pengetahuan saya ialah mengapa jasad orang yang hafal 30 juzuk Al-Quran itu tidak hancur atau musnah? Rasanya, Hanya Ulamak Tasawuf sahaja yang boleh menghuraikannya!
Persoalan menarik lain lagi ialah yang mengatakan ubat yang paling mujarab sekali ialah Madu dan Al-Quran.Mengapa dikatakan Al-Quran itu ubat? Mungkin nada bunyi hasil sebutan huruf huruf dalam ayat Al-Quran itu sendiri mengaktifkan kod-kod rahsia secara spiritual untuk penyembuhan manusia itu sendiri! Bukankah manusia itu terdiri dari Jasad dan rohani / spiritual ? Anda semua mungkin boleh membantu saya menghuraikannya!
Orang Arab dan Ibrani / Yahudi menulis dari kanan ke kiri.Orang Cina dan Jepun pula menulis dan membaca secara menegak dari atas ke bawah, manakala kita orang Melayu atau bangsa Amerika atau Eropah menulis dan membaca dari kiri ke kanan.
Mengikut beberapa kajian terhadap otak orang Jepun, mereka yang cedera otak kirinya, terutama pada bahagian lobus temporal atau lobus parieto-oksipital, hilang kemampuan untuk memproses huruf-huruf berjenis Kana ( huruf yang mirip huruf rumi ) , tetapi sebaliknya orang Jepun yang rosak otak sebelah kanannya pula mengalami kesulitan untuk membaca huruf-huruf Kanji (huruf-huruf yang berbentuk gambar).
Huruf Kana diproses di otak kiri manakala huruf Kanji diproses di otak kanan.
Ternyata Huruf Jawi itu berbentuk Kanji bukan, iaitu lebih kepada bentuk gambar! Cuba lihat khat tulisan jawi atau ayat Al-Quran! Ia lebih berseni dan halus!
Salah satu perbezaan otak kiri dan kanan ialah otak kiri mampu menyimpan maklumat dalam bentuk huruf (phonetic script) dan otak kanan lebih cenderung menyimpan maklumat dalam bentuk gambar ( pictograph script ).
Pernahkan anda mendengar tentang satu projek iaitu Projek Athena di MIT ( Massachusetts Institute of Technology) : iaitu satu projek yang akan mengubah tulisan manusia dari bentuk huruf ke berntuk bergambar dengan menggunakan komputer.
* Contoh Athena project : Klik Sini
Jika projek ini benar-benar berjaya ia akan mencetuskan satu fenomena iaitu ia akan mengubah kebudayaan manusia kepada kebudayaan bergambar! Mereka ini sebenarnya terpengaruh dengan kaedah smart learning seperti mind mapping, Quantum learning dan sebagainya dimana bagi mereka ingatan bergambar adalah lebih baik dari ingatan secara hafalan atau tulisan biasa.
Oleh itu sebelum Projek Athena berjaya, apa kata Bangsa Jawi moden ini secara besar-besaran mengorbankan cara penulisannya dari bentuk Huruf Rumi yang sedia ada ke bentuk Tulisan Jawi yang hurufnya berbentuk kanji dan menulis dari kanan ke kiri pula!
Mungkin anda semua tidak bersetuju dengan saya, saya tak kisah , Cuma ini Hipotesis dan Gagasan saya! Seperti kata Eng-Hock Chia dalam bukunya ‘Anda Juga Bisa Menjadi Kreatif’ seperti berikut : “ Gagasan yang baik bukan ditulis, tetapi yang digambarkan!”
Mengapa saya katakan bahawa Tulisan Jawi bakal mengangkat dan memertabatkan jati diri sebenar Bangsa Jawi? Berikut adalah beberapa alasan saya, anda juga boleh membantu saya menambahkan lagi alasan dibawah demi perjuangan Alif, Ba, ta : Agama, Bangsa dan Negara! :
1).Tulisan Jawi sudah sebati dengan Bangsa Jawi sejak 700 tahun yang lalu atau mungkin lebih awal dari itu.
2).Tulisan dengan huruf jawi akan mendekatkan kita dengan tulisan Al-Quran, jika anak-anak kita belajar jawi dengan sendirinya mereka akan mudah mempelajari Al-Quran yang menjadi sumber kepada ilmu kecerdasan spiritual itu sendiri.
3).Tulisan Jawi bermula dari kanan dan berakhir di kiri, ia berlawanan dengan cara kita menulis dan membaca kini. Cara dan arah kita membaca banyak mempengaruhi cara pemikiran kita.Hanya Tulisan Arab dan Ibrani / yahudi saja yang bermula dari kanan dan berakhir di kiri(kalau tak silap saya la)
4).Jika kita mengubah cara tulisan dan arah bacaan kita, sudah pasti akan berlaku perubahan yang besar besaran kepada cara kita berfikir, cara kita belajar dan sistem pendidikan kita yang sedia ada pasti tercabar!Oleh itu kita akan membangunkan minda dan otak kanan Bangsa Jawi secara langsung hanya bila kita mengubah tulisan rumi ke tulisan jawi! Percayalah!
5).Kecerdasan masa depan sudah pasti dimanopoli oleh Bangsa yang mempunyai Kecerdasan Spiritual yang tinggi!Bukankah Bangsa kita juga telah mengukir gambar-gambar di dinding-dinding gua dan di candi-candi lama seperti candi Borobudur! Yang sehingga kini masih tersembunyi rahsia dan kod – kod ketamadunan dan peradaban yang masih belum dipecahkan lagi! Untuk apa mereka melukis dan mengukir gambar-gambar itu semua agaknya? Kalau bukan untuk diwariskan kepada kita, anak cucu mereka!
6).Jika Dajjal dan para pengikutnya sedang giat berusaha menjayakan Projek Athena, maka apa salahnya kita Bangsa Jawi kembali menggunakan tulisan jawi. Kita pasti akan mudah menewaskan mereka kerana genetik kita sejak turun temurun sudah menyimpan kod atau gen untuk Tulisan Jawi ini, Cuma ianya belum diaktifkan lagi.Oleh itu marilah kita membangunkan Bangsa Jawi yang berorientasikan Al-Quran sepenuhnya!
7).Oleh itu dengan kembali kepada tulisan Jawi, yang merupakan tulisan awal dan asal Bangsa Jawi adalah merupakan satu alter rahsia tersembunyi kita yang terpendam selama ini, bukan dengan cara menubuhkan parti politik tertentu yang boleh menambahkan lagi pecah belah umat, bukan melalui jemaah-jemaah atau kumpulan-kumpulan usrah tertentu yang kadang kala diri mereka sendiri pun tak tentu arah lagi dalam ilmu agama dan amalnya! Marilah kita kembali kepada Al-Quran dan marilah kita bangunkan Generasi Al-Quran untuk menghadapi cabaran akhir zaman!
8).Bila Bangsa Jawi menjadi generasi Al-Quran dan mampu menulis dan membaca tulisan jawi, maka sudah pasti kita akan dapat mengubah cara berfikir secara besar-besaran dan sekaligus dapat menyelongkar kembali khazanah keilmuan islam dan ilmu warisan datuk nenek kita, Bangsa Jawi yang ditulis dengan Tulisan Jawi itu! Sudah pasti kegemilangan islam sehebat atau lebih hebat dari zaman keagungan islam Perlak, Samudera-Pasai dan Acheh akan dapat dibangunkan!
Saya sedar saya hanya Blogger kecil , kerdil dan tidak mempunyai pengaruh yang ramai , saya blogger tidak bergaji atau diupah oleh mana-mana pihak atau diupah dengan menggunakan duit rakyat, saya menulis sekadar untuk memberi sedikit sumbangan dakwah dan berbincang kepada mereka yang berminat dan dahagakan ilmu, Oleh itu kepada sesiapa yang pakar dalam bidang tulisan dan bahasa, Para Sasterawan Negara, Para pembesar yang selesa di kerusi empuk Negara , pakar dalam bidang pendidikan, pakar dalam bidang tulisan jawi, atau kepada mereka yang berfungsi di Jabatan Pendidikan Negara, Para saintis dan Cendikiawan, atau sesiapa saja, sila buat satu kajian terperinci dan lengkap berkaitan dengan hipotesis saya ini iaitu : Dari Rumi Ke Jawi, Mengembalikan Kecerdasan Spiritual Bangsa Jawi yang pernah hilang!
Jika saya boleh membuat sedikit kajian dan merasa sedikit penat lelah untuk menulis artikel ini, mengapa anda semua, orang yang berilmu atau orang yang berkuasa tidak mahu menyahut cabaran saya! Bangkitlah dari lena yang panjang! Bersatulah wahai bangsa jawi semua! Berjuang dan berkorbanlah demi kerana Allah, jangan asyik berbincang pasal masalah kecil-kecilan atau perkara picisan ! kita masih banyak amanah penting yang perlu dilaksanakan!
Sama-samalah kita fikirkan dan usahakan demi untuk agama kita islam, anak cucu Bangsa Jawi kita dan tanah air kita ini dan jika perlu, berkorban dan berjuanglah demi kerana Allah bukan kerana kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu.
Jika bangsa lain boleh mengeluarkan dan membaca akhbar mereka seperti orang cina dengan akhbar Cinanya dan orang India dengan akhbar Indianya,
Mengapa kita tidak mampu menulis dan membaca seperti dalam akhbar seperti di bawah ini? Berapa keratkah dari kita yang boleh membaca tulisan ini?
*Tidak berbanggakah Bangsa Jawi dengan terhasilnya akhbar sebegini yang unik dan hanya orang berbangsa Jawi saja yang boleh membacanya? apa yang menarik lagi dari gambar diatas ialah seorang gadis melayu kerabat diraja juga sudah terikut dengan fesyen barat lalu membuka auratnya, itulah yang The Hidden Hand mahukan!
Bukannya saya bercakap berkenaan perkauman disini, tetapi cuba menyatakan kebenaran dan memperjuangkan hak milik mutlak Bangsa Jawi yang kini di Persoalkan sewenang-wenangnya oleh bangsa lain dengan sesuka hati mereka dengan bersandarkan undang-undang yang digubal oleh penjajah yang penuh dengan tipu muslihat mereka!
Akhir sekali , marilah kita belajar mengenal huruf Jawi, menulis Tulisan jawi, dan membaca tulisan Jawi.janganlah berasa malu kerana malu itu adalah pintu kepada kebodohan! Sebelum artikel ini berakhir, sila tonton sedutan filem ini yang diarahkan oleh seorang seniman yang mempunyai kecerdasan SQ yang tinggi! Itu sebabnya filem-filem arahannya tidak pernah jemu ditonton oleh kita, dari peringkat umur kanak-kanak hingusan hingga ke peringkat lanjut usia, Tengok bentuk huruf jawi yang menyerupai gambar itu (huruf kanji) ! Sehingga mereka nampak itu sebagai objek seperti hantu atau jin.Mengapa dalam kelas belajar jawi itu tiba-tiba muncul huruf “M” pula? Adakah skrip filem ini muncul secara kebetulan atau sengaja diarah begitu? Mengapa huruf M ye??? Bukan huruf lain? [ Bukankah M = 13 ] , Lihat cara mereka menempelak huruf M dan Pak Abu…. Dalam maksud tersiratnya disitu!
Fikir - fikirkanlah!
Mungkin juga huruf M di atas ditujukan khas buat Munshi Abdullah, yang pernah diiktiraf dan dinobatkan oleh Inggeris kononnya sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden !
Siapakah Munshi Abdullah ini sebenarnya? Siapakah si penterjermah Kitab Bible berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu ini sebenarnya? Apakah agenda tersembunyi beliau dan Inggeris dalam menghapuskan ketamadunan Bangsa Jawi saudara?
Izinkan saya memetik sedikit kupasan dari satu artikel yang menarik dan penuh kritis yang ditulis oleh saudara Herman dalam blognya : themalayress.blogspot berkenaan dengan siapakah sebenarnya Munshi Abdullah seperti berikut:
[Baik, jika dilihat semula dari tahun kelahiran si budak munshi ni 1797 - masa itu konsep Malay Race telah pun disentuh oleh Johann Friedrich Blumenbach pada 1795 (1752-1840). Kedatangan si Stamford Raffles pada tahun 1810 ke semenanjung Melaka adalah untuk mengembangkan British Empire. Disinilah sibudak munshi itu berjaya mendapat kerja - penterjemah. Budak ini opportunis dan amat menyanjungi si Raffle.
Dalam tahun2 berikutnya si Raffle mencetuskan idea besar atau konsep 'the Malay Race - bangsa berasaskan bahasa. Sibudak munshi semasa itu telah pun bekerja sebagai agen penyambung lidah propaganda raffle - dia adalah setiausaha peribadi Raffle.
Satu kemuyskilan penulis, dalam pada Raffle sibuk2 membikin istilah melayu, sempat pula si budak munshi ini menulis kisah dilema melayu - mana si budak munshi ni dapat istilah bangsa melayu itu sedangkan Raffle baru sahaja memberi idea.."Raffles formed a vision of Malays as a language-based 'nation', in line with the views of the English Romantic movement at the time, and in 1809 sent a literary essay on the topic to the Asiatic Society".
Kata Raffle:
"I cannot but consider the Malayu nation as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, preserving their character and customs, in all the maritime states lying between Sulu Seas and the Southern Oceans." - Stamford Raffles, 'On the Malayu Nation', Asiatic Researches, 12 (1816): 103
Jadi kata2 sibudak munshi:
"I had observed their conduct, behaviour and habits from my youth up to, the present time and had found that, as time went on, so far from becoming more intelligent they became more and more stupid"
Datang dari mana pulak ? Siapa yang dia 'observed' selama ini? Melayu ke? Bangsa Melayu belum ada masa tu...konsep bangsa melayu ni mula dipertegaskan pada zaman stamford raffle je. (Sibudak munshi lahir : 1797, jumpa Raffel 1810 - masa umur dia 13 tahun, konsep melayu raffle 1816, masa tu sibudak munshi 19 tahun- jadi melayu mana yang dia 'observe' masa tu? atau dia mengada-ngadakan cerita ? kalau kita ambik 1809 sebagi tarikh essay raffle, lagi la sibudak ni belum jumpa si raffle lagi)
Kalau begitu tidak salah jika penulis katakan disamping menjadi penipu, si budak munshi ini juga adalah barua stamford raffle dalam menulis dan mencanang istilah melayu itu ke merata2 tempat. Sehinggakan dia diberi gelaran 'Bapa Persuratan Melayu Moden' pengiktirafan oleh British. Suka betul bila tuan dia bagi pangkat!
(Lagi persoalan: sebelum ini tak kan tiada sorang pun disemenanjung ini yang pandai menulis dan membaca? Sila refer balik kisah para Ulama Nusantara - sudah banyak kitab2 yang bagus2 kandungannya sudah ditulis sebelum tarikh sibudak munshi ini pandai membaca. Dan tulisan mereka menjadi rujukan umat2 Islam disini. Kenapa tidak di angkat mereka ini sebagai Pelopor Penulisan Melayu Moden? Mudah sahaja - kerana tulisan2 para ulama itu mendekatkan umat2 disini dengan Islam - Bristish anti Islam!
Kita mesti ingat, tulisan Jawi adalah berasaskan tulisan Arab - Al-Quran. Jika kita kata orang2 semenanjung ini buta huruf, maka kita menafikan kebolehan mereka membaca Al-Quran! Secara tidak langsung memutuskan pertalian umat2 disini dengan hukum2 dan pengetahuan bersumber Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W.)
Si budak munshi ini lah juga melalui karangan2nya seperti di atas membayangkan dan mengkaitkan bangsa melayu ciptaan Raffle dengan berbagai perangai negatif dan tidak masuk akal. Penulisannya memberi kesan mendalam kepada perkembangan minda bangsa melayu yang baru lahir itu. Ok, cuba kita kata anak kita bodoh, baghal, lembab, pemalas, kaki judi, kaki betina, kaki tidur...lama2 memang dia akan jadi begitulah.
Masalahnya mahu ke sibudak munshi ini mengaku melayu? Masa dia lahir dulu dia bangsa apa? Bangsa Melayu belum wujud lagi...nampak? Tiada satu pun yang membuktikan si budak munshi ni berbangsa melayu. Dia pun tak mahu digelar melayu gamaknya - sebab melayu itu bahasa! ]
*Untuk membaca keseluruhan artikel beliau di TMP blogspot, sila Klik Sini :
“Munshi” atau “Guru” Abdullah ini bukan saja mengutuk bangsa melayu, tetapi mengutuk Sultan Melayu sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri , tiada tanggungjawab kepada rakyat dan memerintah serta melayan rakyat seperti binatang!
“Abdullah was known as an ardent critic of the Malay political system of Kerajaan ("kingdom"). He argued that the system of the Kerajaan was detrimental to the Malay individual as it was an impediment to the social improvement of the Malays. The Malay Sultan was deemed as someone who was selfish with no concern towards his subjects to the extent they were treated like animals rather than humans”.
Boleh baca seterusnya disini : Klik Sini.
Oleh itu, seperti juga yang pernah saya tekankan sebelum ini, memperjuangkan Bahasa Melayu tidak akan membawa kita kemana-mana, kerana “Melayu itu Bahasa” bukan Bangsa, Bangsa kita yang sebenar ialah Bangsa Jawi! Satu bangsa yang sangat-sangat diberikan perhatian oleh Si Dajjal bagi memastikan Bangsa ini akan terus hilang atau lenyap ditelan zaman dibuminya sendiri! Satu bangsa yang perlu ditekan dan di pecahbelahkan perpaduan sesama mereka, satu bangsa yang perlu dibuai oleh seribu satu macam khayalan, keseronokan dunia agar mereka hilang matlamat asal perjuangan dan identiti diri supaya mereka tidak mampu lagi menghadapi Cabaran Kepada Kebangkitan Akhir Zaman (CKKAZ).
Akhir kata, sekali lagi saya ulangi, marilah berjuang untuk Tulisan Jawi yang asal bagi memartabatkan semula Bangsa Jawi yang cuba dihapuskan oleh penjajah , bukan berjuang untuk Bangsa Melayu kerana Melayu itu Bahasa bukan Bangsa!
Nantikan artikel terakhir CKKAZ II- Bhg 7.
Kata kunci bagi artikel tersebut ialah : Solat , Muhammad Saw makhluk ciptaan terbaik Allah swt, Rukun Islam dan Rukun Iman.
Nantikan juga siri CKKAZ III , dengan beberapa artikel yang akan datang berkisar kepada Persiapan menjadi Jundullah.
Anda pasti akan menemui banyak lagi alter tersembunyi Bangsa Melayu Jawi, insyaAllah.
Beberapa kata kunci : Silat , Tareqat , Semangat Juang Pendekar Sufi , Perang akhir zaman dan Fi Sabilillah!
Sekian, wassalam!
Sangtawal Sakranta
Menarik!
ReplyDeletesaye suka...
ReplyDeleteok beres..:-)
ReplyDeletetmp
salam segisega,
ReplyDeleteTerima kasih!
Salam anon@10.02pm,
habiskan ayat anda! :)
Salam TMP,
Terima kasih kerana sudi memberi keizinan menyedut sedikit artikel bernas anda! :)
wassalam.
Terima Kasih saudara Sang Tawal,
ReplyDeleteUsaha yang baik dari saudara untuk menyemarakkan lagi perjuangan memertabatkan kembali tulisan Jawi. Semoga usaha anda akan memberi suntikan semangat kepada penulis2 dan bijak pandai Melayu memperhebat gerakan menjulang kembali tulisan Jawi ini yang memakin hari semakin longlai.
British memang benar2 berjaya menenggelamkan sebahagian dari identiti Melayu (Jawi) ini dengan usaha mereka memerosotkan pengaruh tulisan Jawi dikalangan orang Melayu. Matlamatnya memang menjurus kepada kemusnahan Islam, ugama anutan bangsa ini. Akibat dari kemerosotan pengaruh tulisan Jawi ini anak2 Melayu Moden telah hilang pedoman dan terikut2 rentak barat. Tidak mampu membaca dan menghayati kitab2 lama yang banyak memberi pengajaran mengenai Islam dan juga budaya Melayu. Akhirnya bangsa ini akan lenyap ditelan arus kerana tiada jati diri.
Bukankah Nabi SAW pernah memberitahu bahawa sekira kita mengikut cara sesuatu kaum itu, kita adalah segolongan dengan mereka. Itulah buktinya kenapa anak2 Melayu mendewa2kan budaya barat.
Lebih menyedihkan lagi ialah tanggapan bahawa tulisan jawi adalah kuno dan rumi itu moden. Mereka lupa alQuran itu sendiri menggunakan tulisan arab yang amat rapat dengan tulisan Jawi. Akhirnya orang Melayu akan mudah di kristiankan... itu matlamat jangka panjang British.
Allah Maha Berkuasa, pengajian jawi diteruskan oleh sistem pengajian sekolah2 pondok dan sekolah rakyat. Keikhlasan mereka mengajar telah menyelamat sebahagian besar orang Melayu dari di murtadkan atau mengabaikan agamanya. Ia dapat bertahan kukuh sehinggan jenerasi sebelum kita, dan kini sekolah2 agama rakyat telah diubah menjadi sekolah agama kerajaan. Maka jarum beracun itu mula menikam bangsa Melayu.... amat menyedihkan. Hasilnya ialah apa yang kita dapati sekarang, amak2 Melayu mula hilang jati diri.
Sudah sampai masanya kita menyedarkan anak2 Melayu mengenai musibah yang bakal mereka lalui nanti jika dibiarkan keadaan sekarang berterusan.
Jika ada mana2 badan bukan kerajaan NGO berjuang menegakkan kembali tulisan Melayu lama (jawi), saya akan memberi sokongan penuh. Semoga ada pihak yang menyedari kekhilafan masyarakat terdahulu mengabaikan tulisan Jawi ini dan mengambil langkah pro aktif memulakan tuntutan agar tulisan Jawi dimartabatkan semula.
Wassalam.
salam hormat buat Aliff,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen saudara.
Sangat setuju dengan pendapat bernas anda itu!
Ya, kita perlu bangkit memperkasa dan mengangkat kembali Tulisan Jawi semoga ia kembali sebati dengan bangsa jawi ini.
Seperti kata saudara, ramai yang beranggapan tulisan jawi adalah kolot dan ketinggalan zaman, tetapi sebenarnya persepsi mereka telah diubah secara total oleh penjajah dan musuh-musuh islam!
Tugas ini memang berat, tapi demi agama islam yang kita sayangi ini, marilah kita bersatu bersama memperjuangkannya!
wassalam.
salam,
ReplyDeletesya seorang melayu.setujukah saudara jika saya bangsa melayu tidak bertamadun? hujah saya:
i.Tiada tulisan....jawi bangsa arab punye.
ii.Tiada agama khusus....spt buddha,hindu dll
iii.
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya ingin memetik ayat ini "Saya sedar saya hanya Blogger kecil , kerdil dan tidak mempunyai pengaruh yang ramai , saya blogger tidak bergaji atau diupah oleh mana-mana pihak atau diupah dengan menggunakan duit rakyat, saya menulis sekadar untuk memberi sedikit sumbangan dakwah dan berbincang kepada mereka yang berminat dan dahagakan ilmu, Oleh itu kepada sesiapa yang pakar dalam bidang tulisan dan bahasa, Para Sasterawan Negara, Para pembesar yang selesa di kerusi empuk Negara , pakar dalam bidang pendidikan, pakar dalam bidang tulisan jawi, atau kepada mereka yang berfungsi di Jabatan Pendidikan Negara, Para saintis dan Cendikiawan, atau sesiapa saja, sila buat satu kajian terperinci dan lengkap berkaitan dengan hipotesis saya ini iaitu : Dari Rumi Ke Jawi, Mengembalikan Kecerdasan Spiritual Bangsa Jawi yang pernah hilang!"
Saya berpendapat, sumbangan saudara sebenarnya mungkin menyedarkan beberapa "pihak" untuk membaca artikel alternatif yang jarang dijumpai ... malah mungkin mereka berada di luar pemikiran mereka (mungkin depa leka dengan hiburan, sosial), jadi walaupun mungkin dikritik, tidak salah untuk sesiapa mempelajari sesuatu asalkan ia bukanlah ajaran sesat atau "hidden hand". Mungkin sukar memahami term atau bahasa sejarah yang digunakan, selagi ia nya Ilmu, sudah menjadi tanggungjawab individu untuk menilai dan memahaminya, carilah sumber untuk menyokong fakta itu. Sudah tentu kita tidak boleh bergantung harap kepada satu sumber sahaja ... setuju ?? Yang mendukacitakan, saya bukanlah orang yang mampu memberikan idea/ilmu kepada saudara kerana saya hanyalah "siapa", tiada ilmu tinggi sehingga mampu duduk dilog kerusi empuk, tapi kerana sudah menjadi tabiat ... suka membaca/melihat/analisis, maka laman blog saudara bersama laman blog yang lain sering saya ikuti.
Saya ada komen dalam blog saudara yang lepas kenapa perlu memahami Jawi ... nampaknya saya semakin memahami apa yang ingin disampaikan ....
Alhamdullillah ... sehingga kini walaupun hampir kurang majalah dalam bentuk tulisan Jawi, saya tidak pernah gagal untuk membaca lancar dan menulisnya (walaupun kurang tepat)... berbanding dengan kenalan lain, adakah orang yang lancar membaca al-quran mampu membaca dan menulis Jawi ??? Secara peribadi ... bukanlah saya tidak mampu membaca al-quran, tetapi jika hendak diikutkan cara pembacaan yang "betul" ... , bacaan mungkin banyak kesilapan ....
Apapun ... diminta ada sambungan lagie mengenai artikel ini ...
salam buat anon@10.45am,
ReplyDeletemasuklah kamu dalam islam secara keseluruhannya! barulah kamu jadi orang yang bertamaddun!
Salam Mann Bravo,
terima kasih kerana selalu memberi komen yang bernas dan selalu mengikuti blog ini!
insyaallah saya akan teruskan penulisan saya setakat yang termampu, semoga saudara sudi mendoakan kesihatan dan kekayaan idea dan buah pemikiran oleh Allah buat saya demi melihat anak bangsa kita berjaya didunia dan akhirat!
saya pakai streamyx yang harganya RM2 je sehari, saya merasakan sumbangan ilmu yang saya dapat dari anda semua dan dari masyarakat dunia melebihi apa yang saya bayar! jadi apa salahnya saya juga memberi sumbangan dakwah atau artikel untuk dikongsi bersama!
wassalam!
Tuan menulis :
ReplyDeleteAkhir sekali , marilah kita belajar mengenal huruf Jawi, menulis Tulisan jawi, dan membaca tulisan Jawi.janganlah berasa malu kerana malu itu adalah pintu kepada kebodohan!
Benar ia satu kebodohan jika malu itu tidak bertempat.. Tapi malu yang bertempat pula merupakan sebahagian dari cabang iman spt dalam hadis riwayat Muslim.. Wassalam..
salam muhammad,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang bernas.
malu yang saya maksudkan dalam kontek artikel di atas adalah malu yang tidak bertempat. :)
wassalam.
Salam Sangtawal, saya amat-amat menyetujui cadangan tuan dalam hal Jawi ini. Walaupun waktu kecil, saya sebenarnya membenci jawi kerana saya seorang kidal, saya agak susah menulis jawi waktu kecil, malah menulis jawi serta ayat Quran di buku latian merupakan kerja paling rumit dalam pembelajaran. Saya menjadi gembira, apabila pertengahan 90-an, Kementerian meminta PMR/SPM buat pendidikan agama, para pelajarnya boleh menjawab dalam rumi. Tetapi, setelah beberapa tahun, saya lihat kepentingannya jawi ini dalam "membina pemikiran" buat bangsanya, juga bagaimana "tingginya" khazanah ini yang saya jahilkan buat tahun-tahun saya di sekolah kebangsaan. Apa yg saya tahu, buat anak-anak saya yg akan lahir, saya perlu memberi mereka pembukaan utk belajar jawi, bukan kerana survival, tetapi kerana "rahsia"nya dalam membuka sel-sel otak yang tidak terpakai ini.
ReplyDeletesalam buat anon @ 3.34pm.
ReplyDeleteterima kasih atas komen.
saya amat berbangga dengan anda kerana telah mempunyai azam untuk mendidik anak-anak dengan tulisan jawi ini.semoga Bangsa Jawi akan bangkit dan terbilang di akhir zaman!
wassalam.