Tajuk : Kaitan Antara Florida Dan Andalusia.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Siapakah Florida? Apakah kaitan antara Florida dan kekalahan Sepanyol kepada tentera islam sehingga menyebabkan cahaya islam mula bersinar di bumi Andalusia ini?
Florida adalah seorang anak perempuan Gabenor Ceuta yang bernama Julian. Kecantikan Florida tersohor di Sepanyol menyebabkan dia menjadi idaman Raja lalu diculik dan di perkosa oleh Raja Sepanyol yang zalim iaitu Raja Roderick yang berbangsa Gothik walaupun beliau tahu Florida adalah anak kesayangan kepada Gebenornya sendiri. Tidak tahan menanggung malu dan sedih Florida mengambil keputusan untuk membunuh diri. Kekasihnya Julius ,seorang hartawan dan ayahnya Gabenor Julian begitu kecewa , marah dan sangat berdendam atas perbuatan zalim serta terkutuk Raja Roderick ke atas Florida.
Bertolak dari kejadian itu, maka Gabenor Julian dan Julius mula berkonspirasi untuk menjatuhkan Raja Roderick yang zalim. Segala perbelanjaan kewangan ditaja oleh Julius.
Di Sepanyol, kaum wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, cukai dinaikkan sesuka hati dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanusiaan dilakukan. Raja dan kroni-kroninya bersuka ria dalam kemewahan sedangkan rakyat selalu merintih dan sengsara. Ramai penduduk yang beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mencari ketenangan dan memulakan hidup baru. Ketika itu Afrika terkenal sebagai sebuah negara yang aman makmur di bawah naungan pemerintahan Islam.
Gabenor Julian juga antara mereka yang berhijrah ke Afrika dengan satu matlamat iaitu untuk memohon bantuan daripada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika dari Kerajaan Bani Umiyah untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja mereka yang zalim itu.
Setelah mendapat kebenaran Khalifah dari Damsyik, maka pada bulan Rejab tahun 97 H ( bersamaan Julai 711 M ), Musa bin Nushair memerintahkan Panglimanya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta yang ditaja oleh Julius bekas kekasih anaknya Florida.
Setelah mendarat di pantai karang, Thariq bin Ziyad dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Thariq mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi kata-kata semangat dan dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq ( Bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kepada Gibraltar.

Di atas bukit setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan kesemua kapal-kapal yang telah membawa mereka menyeberangi lautan itu dibakar.
Dengan gagah berani Thariq berseru,
"Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menakluki negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.
Keberanian dan perkataannya yang luar biasa ini menyebabkan Sir Muhammad Iqbal, seorang penyair Persia, menulis dan mengabadikan sebuah syair berjudul "Piyam-i Mashriq” :
“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol),
Perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana.
Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam.
Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”
Itulah Tariq Bin Ziyad , Panglima yang diutuskan oleh Musa Bin Nusair untuk menakluk Sepanyol. Beliau berasal dari bangsa Barbar, bekas seorang budak suruhan atau hamba yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan selepas zaman Khilafah Ar-Rasyidin. Keimanan dan kegagahan Tariq memikat hati Musa Bin Nusair sehinggalah dia memilih Tariq menjadi Panglima perangnya dan ternyata selepas itu Tariq tidak mengecewakan Musa bin Nusair.
Kata-kata Thariq ketika berada diatas Jabal Tariq itu menaikkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya.Tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentera. Tentera Gothic ternyata lebih ramai dan mempunyai kelengkapan senjata yang lebih canggih, namun itu tidak mematahkan semangat juang tentera islam yang sentiasa memburu syahid di jalan Allah.
Pada 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Raja Roderick lari dan terjun ke dalam sungai Barbate bila bertembung dengan Panglima Tariq lalu terbunuh. Selepas itu Thariq membahagikan pasukannya menjadi 4 pasukan, dan mengarahkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Selepas itu kesemua kota kota besar tersebut jatuh ke tangan tentera islam dan selepas itu islam pun bersinar dengan cemerlang di Sepanyol [ Andalusia ]
Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menakluki Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.
Philip K.Hitti, seorang pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:
Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasi bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”
Tariq berpadangan jauh dan mempunyai cita-cita untuk meluaskan penguasaan islam keseluruh Eropah. Dia mahu islam tersebar keseluruh dunia. Namun niat suci Thariq ini dapat dihidu oleh pemimpin pemimpin negara Eropah. Mereka berkumpul di Istana Raja Perancis. Raja Perancis, Raja German dan Raja England telah bermesyuarat dan berkonspirasi untuk menyekat kemaraan tentera-tentara islam dibawah pimpinan Thariq.
Setelah mereka tahu dimana titik kelemahan Khalifah , mereka pun sebulat suara bersetuju untuk menghantar utusan mereka bersama berpuluh-puluh orang wanita cantik , emas dan permata sebagai umpan untuk Khalifah Bani Umaiyah di Damsyik. Khalifah tertawan dengan kejelitaan berpuluh-puluh orang wanita yang dihadiahkan kepadanya dan terpesona dengan habuan dunia berupa emas dan permata yang dibawa oleh musuh islam itu. Sebagai balasannya Khalifah berjanji kepada Raja-Raja Eropah untuk memenuhi permintaan mereka iaitu tidak akan menyerang negara-negara mereka di Eropah lagi.
Natijahnya, Panglima Thariq bin Ziyad dipanggil pulang ke Damsyik serta merta dan misi untuk menakluk seluruh Eropah dibatalkan begitu sahaja.
Berbeza dengan Panglima Tariq Bin Ziyad, ketika memasuki kota Portugal, beliau dan tenteranya telah diumpan oelh seorang Paderi besar Portugal dengan wanita , arak dan makanan yang lazat-lazat namun mereka tidak terpedaya dengan tipu helah musuh seperti Khalifah mereka.Ketika dihidangkan dengan makanan yang lazat , yang dicampur dengan daging babi, Thariq berkata :
“Makanan ini tidak halal bagi kita kerana bercampur dengan daging babi dan anjing.Apabila makanan yang haram masuk kedalam perut, kita akan dibakar oleh api neraka”.
Bila mereka digoda oleh wanita cantik, Thariq berkata kepada tenteranya :
“Jihad yang paling besar sekali pahalanya adalah melawan hawa nafsu”.
Setiap orang tenteranya berjaya menahan diri daripada godaan wanita-wanita cantik dengan berkata :
“Kami sedang berjihad melawan nafsu.Bidadari di syurga lebih cantik daripada kamu”.
Wanita-wanita itu merasa malu dan sungguh kecewa kerana tidak seorang pun dari tentera Thariq tergoda dengan pujuk rayu mereka.Mereka berkata :
“Mereka bukan manusia, tetapi malaikat”
Bila ditawarkan arak, mereka juga menolak ,Thariq berkata :
“Arak adalah ibu segala kejahatan. Kami diharamkan meminumnya”
Akhir sekali Paderi besar itupun mengadap Raja Portugal lalu berkata :
“Mereka manusia yang memiliki sifat malaikat. Kita pula manusia yang memiliki sifat binatang.Kita tidak mungkin dapat mengalahkan mereka, maka lebih baik berdamai dengan mereka”
Artikel ini saya tulis agar kita semua dapat mengambil iktibar darinya.
Kezaliman Raja dan pemimpin sesebuah Negara keatas rakyatnya sudah pasti akan membawa kehancuran kepada Negara itu sendiri. Florida dirogol dan akhirnya dia membunuh diri. Bapanya bekas Gabenor Ceuta, Julian berpaling tadah setelah hilang keyakinan kepada Raja Sepanyol lalu memohon bantuan negara asing iaitu dari tentera Islam di Afrika.
Untuk sesebuah kerajaan islam itu bertahan dan berkembang, pemerintah dan para pemimpin mestilah kuat iman dan amalnya serta bersungguh-sungguh dalam menegakkan syariat islam dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Jika rakyatnya sahaja yang beriman, tetapi para penguasa dan pemimpin asyik dengan rasuah, asyik dengan wanita , asyik mengumpul harta atau membeli belah dan leka dengan hal-hal duniawi sehingga melupakan akhirat, maka pembentukan sebuah negara islam yang diimpikan selama ini tidak akan tercapai dengan jayanya.
Allah swt akan membantu dan memberikan kejayaan kepada hambanya yang berniat ikhlas, sabar, selalu berdoa dan mengharapkan keredhaan Allah swt serta istiqamah dalam perjuangannya.
*[ Artikel ke-243 Sangtawal Sakranta ]
Assallamualaikum Saudara Sang Tawal. Terima kasih kerana berkongsi artikel yang baik ini.
ReplyDeleteabangtuah
terima kasih.
ReplyDeleteli
kisah yang menarik Sdr Sang Tawal...
ReplyDeleteteringat babak2 dimana Tentera Tariq menyerang Andalusia dan dikhianat oleh Yahudi diketuai Jayashi... memang mereka tidak akan boleh dipercayai.
dan tentang Julius meminta semula ganti kapal yang dibakar Tariq... dengan penuh tanggungjawab Tariq menerima tanggungjawab ... dan...
:)
terima kasih. artikel ini bagus.
-abuhakeem-
salam semua,
ReplyDeleteAbg tuah dan li changkatlobak,
terima kasih kembali... selamat membaca.
Abu hakeem,
Ya... si Yahudi Jayashi pura-pura masuk islam supaya dia boleh menyertai tentera islam menawan sepanyol... tapi dia ada agenda peribadi yang tersendiri.... mahu berkuasa di Andalusia... si Yahudi inilah juga yang selalu menghasut Musa bin Nusair agar memusuhi Tariq. ...oleh itu... hati hatilah dengan orang yahudi atau ejen-ejen pengampu yahudi...
ya....Julius bertemu dengan Tariq meminta Tariq membayar hutangnya... iaitu gantirugi seluruh kapal-kapal milik julius yang dibakar oleh Tariq.... namun dengan izin Allah Julius menerima hidayah dan masuk islam di tangan Tariq... hutangnya selesai... tak perlu dibayar...
salam saudara sangtawal
ReplyDeletemaaf lari tajuk
dah baca ke kitab tafsir al fathun nawa karya hj ahmad laksamana hj omar yang baru diterbitkan?
kalau belum cuba la tengok di alfathunnawa.blogspot
sori ganggu
bukan sultan muhammad al fateh ke?? yg menawan constantinople...membakar kapal untuk terus mara atau mati syahid..
ReplyDeleterindu mistisfile....
ReplyDelete“Jihad yang paling besar sekali pahalanya adalah melawan hawa nafsu”
ReplyDeletewalaupun khalifah tersebut terpesona dgn harta dunia dan wanita yg ditawarkan, tariq bin ziyad ttp taat akan khalifah yg korup tersebut apabila disuruhnya tariq bin ziyad pulang ke damsyik. jika dianalogikan dgn keadaan semasa, adakah kita perlu taat atau melawan pemerintah kita skrg ini?? minta semua berkongsi pandangan..ingat berkongsi pandangan shj..bkn nk menegakkan mana2 parti..
ReplyDeletekalau dulu yahudi yang sering menjatuhkan empayar islam kalau tak pun kafir laknat yang mengaku memeluk islam zaman ni yang islam sendiri menjatuhkan islam sebab berebut kan tahi........kuasa..... rasuah.........rm masuk perut yang keluar tahi itu yang dibanggakan termasuklah bangsa aku melayu yang tak pernah segar kalau segar pun sekejap pass tu menjadi layu alias melayu
ReplyDelete