Tajuk : Pesan Dari Sahabat : Jadilah Insan Rabbaniyyin.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Beberapa hari yang lalu saya ada menerima satu sms dari seorang sahabat, yang ingin saya kongsikan bersama di sini.Begini bunyinya :
[“Untuk melahirkan “Ruhbanu fillail, wa asadu fin nahar” ; Rahib diwaktu malam dan singa diwaktu siang, iaitu sifat tentera Solahuddeen pada pandangan musuh, mesti buat 8 jam Tazkiah Nafsi dalam sehari, 8 jam cari rezeki, 8 jam rehat diri.
8 jam Tazkiah ianya termasuk :
a) Program Dakwah : kepada Iman,Islam,Ihsan,..
b) Program Ibadat: termasuk zikir,Quran,tafakur,Solat wajib dan sunat ,amalan Sunat lain..
c) Program Taalim : seperti menadah kitab (belajar ilmu agama), mengajar anak-anak mengaji, mentelaah kitab2 leluhur kita dan bincang ilmu sesama ahli.
d) Program khidmat kepada diri, keluarga, ahli,seluruh umat, riadah, kesihatan, silat dan musafir untuk Agama…
Inilah Tarbiah Ahlil Haq…. Baru jadi Insan Rabbaniyyin ( Rujuk Surah Ali Imran : 79 )” ]
Terima kasih buat sahabat saya Muallim 1 atas sms diatas. Sama-samalah kita usahakan kearah itu.
Mari kita lihat maksud ayat Al-Quran yang menyeru kita menjadi Insan Rabbaniyyin ini :
“Tidaklah patut bagi seseorang yang Allah berikan kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian tergamak mengatakan kepada orang ramai; “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku, dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”, tetapi (sepatutnya dia berkata) : “ Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (Yang hanya menyembah Allah Taala- dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya” [ Surah Ali Imran : ayat 79 ]
Contoh tokoh yang menepati ciri-ciri insan Rabbaniyyin diatas ialah Sultan Salahuudin Al Ayubi. Kisah dan semangat perjuangannya dalam membela agama Allah sepatutnya menjadi contoh dan ispirasi perjuangan kepada kita semua.
Kita boleh membaca serba sedikit kisah hidupnya dalam artikel pilihan di bawah.
Sumber : Klik Sini
[ http://www.jomlayan.com/mybb/salahuddin-al-ayubi-sebagai-tokoh-katalis-kebangkitan-islam-t-2388.html ]
[[ Salahuddin Sebagai Tokoh Katalis Kebangkitan Islam
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memiliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah.
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).
Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin Al-Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.
Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.
Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)
Peperangan Salib di Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.
Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin Al-Ayubi kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.
Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad SAW atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dan dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelamatkan kamu". Ketika dia(Salahuddin) mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit.
Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin Yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.
Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka begitu ramailah orang berpusu-pusu keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.
Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Kematian Salahuddin Al-Ayubi
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.
Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Salahuddin yang Wara'
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.
Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.
Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"
Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"
Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"
Tingkah-laku Salahuddin Al-Ayubi
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.
Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.
Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.
Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat Sallahuddin Al-Ayubi
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.
Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai.
Salahuddin Al-Ayubi Sebagai Ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul fiqh dan juga tafsir Qur'an. ]]
* [ Artikel ke -205 Sangtawal Sakranta ]

Membaca aritkel Salahuddin memberi kesan dalam hati.
ReplyDeleteJika adalagi Salahuddin di zaman ini...
Salam buat saudaraku sekalian.
ReplyDeleteNantikanlah dengan sabar dan pasti,
kebangkitan Salahudin Al Ayubi buat kali yang kedua dan terakhir.
Janji Allah itu pasti!
Salahudin Al Ayubbi ini Sunni ke Syiah Ke Atau Muktazilah dan len2...????
ReplyDeleteSalahudeen adalah ASWJamaah,berfeqah As-Syafie&berthariqah Khalwatiyyah sebuah thariqah yg popular pada bangsa Kurdi.Salahudeen melenyapkan daulah Fatimiyyah yg beraqidah Syiah diMesir,mewajibkan setiap muazzin dibwh wilayah pemerintahannya membaca Syair Ibnu Hibatullah,sebuah syair mengenai asas2aqidah ASWJamaah selepas saja azan subuh dilaungkn.Orang yg tak ada adb dgn para wali Allah tak ada bahagian Syafaat mrk diAkhirah-Muallim1
ReplyDeletesalam semua,
ReplyDeletehaly,
semoga lahir ramai lagi pejuang sepertinya!doakan.
anon@10.45am,
InsyaAllah,biarpun bukan roh dan jasad salahuddin yg dulu, namun semangat dan roh perjuangan sepertinya pasti ada dalam setiap diri pejuang sejati.
sahabatku Muallim 1,
Terima kasih atas komen,ilmu, nasihat dan segala tunjuk ajar, hanya Allah swt saja yang membalas segala jasa baik tuan .Semoga dengan berkat ilmu dan sokongan tuan kita sama-sama dapat membantu dalam mengembalikan syiar islam di bumi bertuah ini.semoga islam kembali gemilang seperti apa yang tuan selalu harapkan.insyaAllah.
wassalam.
ASWJ tauhiduz al tiga serangkai ker!??
ReplyDeleteTauhid 3 serangkai tu dah di gunakan diseluruh Unibersiti.Ada pula orang kata tak benar lagi.Kau ni lebih hebat dari professor ke!!!???
ReplyDeleteUmat Islam bukan lagi dah berpecah 73 firqah,malah beratus2 wadah dan iqtiqad.Bagaimana nak membezakana antara yang haq dan yang batil?
ReplyDeleteItu mudah saja....pokoknya nak terima ke tidak tentang KEBENARAN.!!!
ReplyDeleteMasalahnya ramai yang egois tahap gaban,bila hujjah sudah terbuka ramai tak nak terima.Rasullullah SAW dah beri klu dan hintnya.Siap beri petunjuk lagi.....
Kena faham betul2....Akidah Ahli Sunnah Wal Jam‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:
“Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah )”.
Ahli Sunnah berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi dengan cara menyucikan Allah Tabaraka Wata‘ala daripada sifat-sifat makhluk berpandukan firman Allah Ta’ala:
“Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)
Ada di sana hadis sahih yang menceritakan kebenaran pegangan Imam al Asyari yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat nabi iaitu Abu Musa al Aysari. Ketika turunnya ayat ini:
"Wahai orang yang beriman! Sesiapa antara kamu murtad dari agamanya, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya, yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah maha Luas limpah kurniaan-nya, lagi Maha Mengetahui”. (al Maedah 54:)
Al Hafiz Ibnu Asakir dalam kitabnya Tabyin kazib al Muftari mengeluarkan satu hadis berkaitan dengan ayat di atas tadi dan juga al Hakim dalam al Mustadrak iaitu: Sesungguhnya ketika turunnya ayat ini Nabi telah mengisyaratkan kepada Abu Musa al Asyari, baginda bersabda: Merekalah kaum yang dimaksudkan tersebut.(sambil menunjukkan tangan Baginda pada Sydn Abu Musa Al syaari sebagai kelompok Yang bawa Kebenaran Itu)
Al Baihaqi pula berkata: Disebabkan terdapat kelebihan yang mulia dan kedudukan yang tinggi bagi Imam Abu al Hasan al Asyari yang mana beliau adalah dari keturunan Abu Musa dan anak-anaknya yang dianugerahkam ilmu serta kefahaman bagi menguatkan sunnah dan membenteras bid’ah dengan hujjah-hujjah serta menentang kesamaran. Justeru, mesti ada di sana pendedahan dan penjelasan rapi tentang pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Itu satu jurus ada jurus yg lainnya....jeng...jeng...jeng...
ReplyDeletePerpecahan umat Islam yang paling besar berlaku ialah ketika perang Siffin.Antara kelompok Muawiyah dan Syaidina Ali KWH.Ingatlah dan kaji balik bagaimana Al Quran di gantung di hujung pedang,kemudian berlaku perjanjian perdamaian antara Amru al As yang mewakili Muawiyah dan Abu Musa assyari mewakili Syaidina Ali.
Amru Al As menipu Abu Musa hingga kekhalifahan terlucut dari Ali.Padahal jelas dari hadis di atas tadi hanya kelompok yng bersama Abu Musa Al Syaari sahaja yng di tunjuki olih Rasullullah sebagai golongan yang membawa kebenaran.Selepas ratusan tahun Abu Hassan Al Syaari iaitu cicit piut dari Abu Musa Al Syaari menjelaskan Aqidah dari sifat-sifat Allah itu.Sifat 20 itu sekadar istilah dan sebutan sahaja,jangan terperangkap dengan istilah tanpa menilai isinya.Dari sifat itu terkandung Sifat Mustahil dan sifat wajib bagi Allah SWT.Malah ikut kajian penerus yang lain bukan setakat 20 tetapi beribu2 sifat yang tak terhitung banyaknya yang mempunyai dallil /nas dalam Al Quran mahupun Hadis.
1)Sabda Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Zaid bin Al-Arqam menyebut:
"Ku tinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yg pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguhlah padanya...dan (kedua): Ahlul-baitku, kalian ku ingatkan kepada ALLAH mengenai Ahlul-Baitku! Kalian ku ingatkan kepada ALLAH mengenai Ahlul-Baitku!"
2)Sikap ini adalah berdasarkan hadis yang dikutip oleh at-Tirmidzi dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi; ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Pilihlah nak ikut mana satu.Kan dah jelas kat situ, nak tauhid 3 serangkai apa ke benda lagi????????
Aku masukkan cerita Abu Musa ni sebab ada sebahagian pengekor ASWJ memadamkan/menggelapkan cerita ni...padahal ia sangat penting....ia ada kaitannya dgn Imam Ahlil Bait,alih-alih ada orang menggantikannya dengan iqtiqad Ibnu Taimiyah pula atau menyongsong populariti kalibat Muawiyah...kebenaran tu pahit!!
Tauhid 3 serangkai tu memang tak de nas dan dallil dari Nabi sendiri .Cuba baca kupasan ni..........
ReplyDeletehttp://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/11/membongkar-kesesatan-ajaran-wahabi-yang-membagi-tauhid-kepada-3-bagian-aqidah-mereka-ini-nyata-bid%e2%80%99ah-sesat/
Malah tak pernah ada pun dari ungkapan sabda atau atsar dari Nabi,Salaf us soleh,sahabat2,tentang adanya pecahan tauhid 3.Itu Ibnu Taimiyah yg popularkan.
Kalau nak buat nilaian sifat itu cubalah dari dalam kaca Al Quran dan Hadis memang ada dalil dan nas yg terakam.Ada pula org khawarij kata dari filusuf Yunani pula....citttt....akai ada ker...
Takkan nak beriman pada sifat jer bro....bagaimana dengan Zat,Asma,Affal Allah??Tak de ke Ahlil Al Quran Wal Jaamaah??
ReplyDeleteItulah yg terkandung semuanya dalam aqidah "ASWJ yang ori".Sampai ada orang hari ini bertanya tentang ASWJ yang mana satu? ASWJ Salafi ke,ASWJ khalafi ke ASWJ bla bla...dan lain2....habis semua nak mengaku ASWJ tapi dah tunggang terbalik pulak dah....manhaj,tawil,fatwa,method,tafsiran semua berbeza-beza...
ReplyDeleteHaaaaa......Awas!!! jangan cepat keliru.Kalau buat perbandingan antara ASWJ beraqidah As Syaariyah dengan ASWJ yang lain-lain kau akan dapati perbezaan yang amat ketara.Samada dari hal wujud Allah ,Qada Qadar,Tauhid,Iman ,Al Quran dan sebagainuya....lepas tu cuba pula buat bandingan dengan kelompok Tasauf,Syiah,Sufisme,Khawarij,Muktazilah,Murijah...and then lepas tu jangan lupa yer kekawan buat bandingan dengan Sekular,Moderate,Modenisme,kapitalis dan sebagainya lagi ....
ReplyDeleteYa! Bro...tup tup ...tauhid 3 serangkai tu dah jadi pegangan ASWJ pulak dah....hahahaha !!! lawak betul...terkeluar langsung dari hadis kat atas tadi...dah di pecahkan ke 3 bahagian lepastu siap bawa dallil bagai yuu...Tauhid Uluhiyyah,Tauhid Rububiyah dan Asma Wa Sifat....
ReplyDeletebolih pukul hujjah balik ke bro...
Jadi maknanya ada ASWJ yang Tulen dengan yang ASWJ cap ayam lah ye Bro!!!
ReplyDeleteYa betul....aku setuju 100%......
ReplyDeleteASWJ yang tulin ialah...jeng...jeng...jeng...!!!!!
Sebelum tu kita senaraikan dulu jenis2 ASWJ ni:
1.ASWJ Salafiyah Nabawiyah
2.ASWJ Salafi Wahabiyah
3.ASWJ Manhaj as salaf us soleh
4.ASWJ Ahlil Baitiyah
5.ASWJ Hentam sajayah
6.ASWJ Sekulariyah
7,ASWJ Moderatiyah
8.ASWJ Siasah Partaiiyah
9.ASWJ Bisnessiyah
10ASWJ As Syaariyah
11.ASWJ As sufiyah
12.ASWJ ........bla bla...
Kau jangan tak percaya,pasal kau tak pernah nak memerhatikan dan buat kajian ....asyik polo jer nanti jatuh lubang biawak hidup.... baru tau.....Aswj sama juga dengan Syiah yg dah pecah ratusan firqah....
Wah banyaknya spesis ASWJ ni rupanya???? ....sepatutnya yg melengkapkan Rukun Iman,Rukun Islam Dan Rukun Ihsan tulah yg benarnya....
ReplyDeleteBaru kau tau kan kan kan !!!......
ReplyDeleteSenang jer nak mengaku Sunni...tapi kena tapis dulu, lepas ke tak lepas.....jangan main redah jer....org dah buat kajian bertahun2,bukan lagi pecah 73 firqah tapi dah beratusan firqah....dah robek habis....nampak sama tapi tak serupa...tu belum lagi story mory Fatimiyah,Aisyahiyah dan team lain-lain tu....
Macamana nak kenal Al Haq dan yg Batil tu bro...???
ReplyDeletePaling baik sekali adalah pada perbandingan Aliran Aqidah Tauhidnya.
ReplyDeleteJangan dulu nak cerita manhaj,method,ahklak,fatwa,kitab,ijtihad dan berbagaian lagi....
Tapi ada lagi satu team yang buat kajian aqidah ni ialah melalui pembuktian atau menzahirkan kebenaran itu....
ReplyDeletekalau setakat debat bawa hujjah dallil dan nas yang berbagai, semua bolih bawa keluar dallil memasing bila bagi hujjah....sampai bila tak jazam lagi kajian kalau gitu2 jer...
bila nak game over...
Kiranya pembuktian pada Maarifah ker!???
ReplyDeleteBiar jer lah pecah 3,tak bolih ke bro?
ReplyDeleteDiorang ni takkan mengaku salah dan mengalah punya....sape nak mengaku berak tengah jalan kan?,...
hehehehe!!!!
ReplyDeleteaku kesian jer....
Kau pernah dengar tak triniti,tri murti,tri sula,tri tunggal dan berbagai tri lagi tu....
haaaa.... kalau kau nak tau,natijah dari pecah 3 tu ialah Mujassimah,Tuhan bertempat ,berbentuk berupa,berjisim dan berbagai lagi sifat2 mahkluk akan di nibahkan pada Alllah SWT.
Kau pernah dengar tak orang membangkang hujjah Ibnu Taimiyah.Dialah yng bawa hujjah Tuhan bertempat dan mujassimah tu,dia juga yg datangkan tauhid 3 serangkai juga.Tak kira lah hujjah tu secara langsung atau tidaknya tapi konsepnya tetap menjurus ke situ...
Kau pikirlah sendiri....contohnya macam triniti tu...bukankah itu iqtiqad Kristian (Tuhan Anak,bapa,ibu)....Akhirnya konsep macam tu jadilah mendokong Manusia Jelmaan Dewa,Mujassimah/Bertempat, Dajjal ,Firaun dan lain2....
ikut korang lah...
Nampak benar tapi palsu...ramai yg MUNAFIK...patut pun Imam Mahdi dengan sahabatnya akan membunuh tidak kurang 40K ulama buSUK ni nanti....subhanallah ...serammmm aku...
ReplyDeleteTapi aku rasa IM takkan ikut aliran ASWJ, Syiah atau mana-mana firqah.....
ReplyDeletesebaliknya dia kan menyatukan seluruhnya dalam Kesatuan yang Haq.....diikat dengan Keadilan yang pasti dan nyata...
Tapi aku rasa IM takkan ikut aliran ASWJ, Syiah atau mana-mana.....sebaliknya dia kan menyatukan seluruhnya dalam Kesatuan yang Haq.....diikat dengan Keadilan yang pasti...
ReplyDeleteJadi bukanlah ASWJ yng benar seluruhnya???
ReplyDeleteCuba kau study Haqiqat ASWJ....nanti kau akan jumpa jalan penyelesaiannya...insyaallah!!!
ReplyDeleteJangan lupa ada 1.5 Billion umat islam,...75 % adalah Sunni....
ReplyDeletesedangkan Allah SWT pernah katakan, hanya sedikit saja golongan yg benar tu......setiap 1000 orang islam, sorang jer ke Syurga....(1000:1)...
tu dulu.....sekarang tah nisbahan berapa pula...majoriti belum tentu berqualiti pada piawai yg Al Haq....
Salam...
salam buat tuan semua.
ReplyDeletemaaf jika hadir tak diundang.
sedikit mencelah.
kalaulah difikir dan dibezakan diantara tong kosong dan yang berisi..apa yang boleh disimpulkan?
resam bagi mereka yang berisi,lebih diam dari bunyi dan jika perlu berbunyi pun sangat pendek dan padat! kedengarannya.
sedikit pertanyaan..adakah kalian sudah mengenal DIRI?..DIRI yang bagaimana sudah dikenali?..atau masih tercari-cari?...
wassalam.
barua2 Wahhabi yg duk mengacau disini sebenarnya mem benarkan firman Allah dlm An-Naas5&6 bhw ada spicies Syaithan dr kelompok manusia yg membisikkan kejahatan didada2(blog)manusia....wahai pendokong aqidah Imam Abu Hassan Ashaari&Imam Abu Mansur Maturidi!..perdulikan syetan2 itu,berhujah dgn mrk umpama mengajak syetan masuk Islam...unta masuk kelubang jarum...dan laknat Allah keatas kaum2 pendusta-Muallim1
ReplyDeletesalam,
ReplyDelete" Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya"
[ Surah Al-Kahfi : ayat 56 - 57 ]
Salam En Sangtawal dan orang Islam semua.
ReplyDeleteKami mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah menjejaki tanah mulia Makkah Mukarramah dan Madinah Munawarah, samada beribadat disana atau menuntut ilmu yang haq atau melancong atau apa-apa tujuan yang baik di sana.
Taip di internet PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH dan klik, untuk lihat gambar-gambar terkini di sana.
Mari kita hidupkan semangat berjuang seperti Allahyarham SallahuddinAlayubi R.A.
Wa Minat Baca Ajerr.
link utk kawan2
ReplyDeletehttp://abu-syafiq.blogspot.com/2009/01/haram-boikot-yahudi-fatwa-wahhabi.html
jemaah Pintu Geng sebenarnya tak keluar dari jalan SL3...fitnah utk merusakkan kerja2 yg telah dibuat oleh para leluhur SL3 dulu....Sangtawal kena nasihat sahabat2 SL3yg dah hilang berita,tak berhubung sesama sahabat kembali bertaut dibwh panji2 Uthmaniyyah yg digalas oleh para leluhur SL3.Jgn hirau apa org nak kata,mrk yg tak tahu perjuangan alif ba ta ini umpama budak2 tak mumayyiz lg...teruskan perjuangan walau dgn cara tersendiri.Muallim1
ReplyDeleteAssalam, Maaf, jika saya dianggap tidak layak utk memberi pandangan. Tapi, berikan saya sedikit ruang utk melontarkan pandangan:
ReplyDeleteSANGTAWAL: Terima kasih diatas tulisan dan petikan yang menarik.
HALY: semoga anda dapat menyumbangkan sesuatu, artikel diatas dijadikan panduan.
Asli_One: Saya setuju dengan saudara, TAPI PERSOALAN ;Islam dah ada SEMUA, KENAPE masih menunggu. Lakukan sesuatu mengikut kemampuan. ALLAH Tidak memberatkan sesaorang, melainkan dengan kadar kemampuannya.
Utk PARA KOMENTAR YANG LAIN:
Ingat! Rasullullah s.aw. Berpesan. Telah ditinggalkan Al-Quran dan Sunnah utk PEGANGAN. Noktah!
Insan boleh memberikan pandangan selagi tidak keluar atau langgar ASAS diatas.
Tak perlu kita bertingkah atas perkara CABANG/RANTING.
YANG PENTING.:
ISLAM wajib dijaga;
UMAT nya wajib dibela;
PERKARA MUNGKAR wajib ditentang;
PERKARA MAARUF wajib didokong dan digalakkan.
SOALAN SAYA: APA NAK BUAT DAN DITUNGGU LAGI?????????
www.sripanjiblogspot.com
www.facebook.com/Sri Panji Mohamed Zali.
TERIMA KASIH.
HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.
kepada anon October 30, 2010 1:30 PM
ReplyDeleteberkenaan tauhid 3 serangkai.. kl sumer unibersiti pakai tauhid tu so jawapan nyer betul ker? majoriti leh menjamin kesahihan ker? dlm islam ade ckp mcm tu ker? huhuhu.. akal yg dangkal..
ade ke status profesor terjamin betul aqidah nyer? ape ko ingat kl org2 besar berpegangan mcm tu makne nyer betul? kesian nyer kau.. kata2 kau melambang kn ilmu yg didada kau tu.. jgn bertaklid bro.. bahaya..
http://www.youtube.com/watch?v=i_0-dYQfKwU&feature=mfu_in_order&list=UL
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteJadi bukanlah ASWJ yng benar seluruhnya???
October 30, 2010 1:59 PM
...................................
ASWJ banyak main jalan SEDERHANA,ambil jalan tengah yg selamat dan Paling kurang Mudaratnya.Ha apa tu...???
Sedangkan Rasullullah SAW suruh ikut Al Quran/Kitabullah,Sunnah dan Ahli Keluarga Baginda.
Sunnah itu maknanya JALAN sedangkan hadis adalah catatan apa2maklumat yg di nisbahkan dari Baginda.
HADIS:"Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah, 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku dan jalan sahabat-sahabatku , ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’ ..........[Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
Adakah ASWJ itu dari ikutan Khalifah Al Mahdiyin/Yg di beri pertunjuk atau hanya datang dari Ijtihad dan pendapat2 ulama ortodok dan kolot sahaja???
Bayangkanlah Agama hanya di tahap SEDERHANA atau ada yg Ikut Jalan mudah-mudah dan ringkas-ringkas sahaja....kalau begitu maksiat pun bolih besederhana dan sedang-sedang saja ye??? subhanallah...
Aku setuju bila ada yg beri pendapat bahawa Mehdi takkan ikut mana-mana mazhab.
salam....
ada benarnya kata kamu ano November 6, 2010 1:46 PM....
ReplyDeleteASWJ pun dah carca marba sesampai Hadis yg dikenali dengan nama hadis Au’âl (kambing jantan)pun di buat ijtihad sekali. Dah jadi pelik dan misteri pulak jadinya,
Kalau nak terus dgn ASWJ pun bolih juga,Namun Kena pastikan JALAN yang betul dan cecah pada HAQ dan HAQIQATnya itu,bebas pengaruh materi duniawi, pasal sekarang ni banyak cempedak dah jadi nangka plastik...hahahah!!!.
Bermazhab tdk wajib utk Umat Islam sebab pintu Ijtihad masih terbuka
ReplyDeletebagi yg layak dan ada Ilmu spt Imam Mujtahid Kalau dah ada Mazhab sendiri
karanglah kitab senang nak rujuk tak perlu menuduh yg bukan2 dgn Ulama Silam
Imam Muslim Mahir Hadis bermazhab Shafiee ,Imam Jalaludin Assayuti
pengarang kitab tafsir AlJallalain bermazhab Shafiee
Kalau nak kiaskan dgn alam burung dalam bidang Ilmu
Kedua Ulama ini ibarat burung helang
kita pula diibaratkan dalam pepatah Melayu
Di kawasan padang tdk ada helang disitu
belalang pun boleh berkata akulah Si burung helang
hmm...
mesti dah byk karang kitab ni sampai boleh dirikan mazhab sendiri
Tempat keluar nya Tanduk Syaitan yang dinyatakan dalam hadith RasulAllah
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim
merujuk tempat lahir Muhammad Abdul Wahhab (Wahabi).
untuk lokasi yg tepat rujuk link ini...
siap dengan lgitud dan latitud.
http://ustazmoden.wordpress.com/2008/10/24/hadis-najd-bukti-mekah-menjadi-tempat-keluar-fitnah-dan-tanduk-syaitan-hingga-hari-kiamat/
harap membantu, InsyaAllah
Salam,
ReplyDeleteinsyaAllah ini antara jawapan terbaik merujuk kepada ASWJ ;
"Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar."
(Surah At-Taubah 9:100)
*menurut (jejak langkah) = tabiin,tabi tabiin , > dan penerus yang membawa akidah tauhid dan syariat yang sama. waallahualam.
semua penerangan sahabat diatas masih tidak lari insyaAllah. selagi kita mengikuti mereka insyaAllah kita masih dilandasan walaupun mungkin ada beberapa hujah yang mngkn atas kesilapan ulama sebagai manusia kerana mereka bertijhtihad dengan iklas hati hanya untuk Allah. insyaAllah mereka tak akan mngkin kianati Allah swt.
-...
http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=20201
ReplyDeleteSalam abg sang..Ini tentang perjalanan tok ayah. Telah diizinkan utk dipaparkan.
bahaya wooo!!!...jika hidup bermazhab zaman Dajjal.Tak kisahlah mazhab fiqh ke,aqidah ke atau lelain...
ReplyDeleteDajjal akan memanipulasi ijtihad2 lama atau baru ni.Ingat tak hadis dajjal mengalahkan para penghujjah yg datang berdebat dengannya.Disitu menunjukkan dia dah buat study dan persedian yg rapi.Soalan dah bocorrrrr...kalau masih ikut line lama lah...org klasik ni degil!!!!!!bukan nak dengar kata org...egois!!!lantak lah ko...
Khalifah akhir zaman jika menekankan pemilihan pada sesuatu mazhab,maka itu satu kesilapan besar.
Khalifah yg benar ikut manhaj kenabian bukan ikut ijtihad ulama atau mana2 generasi selepas Nabi SAW.
......selepas zaman kenbian,zaman khalifah rasyidin, sultan,pemimpin diktator ...maka akan lahir khalifah ikut manhaj kenabian tulen semula...insyaallah.
Salam saudara Anti-gois,
ReplyDeletecuba saudara berikan sedikit contoh perbezaan antara ijtihad ulama dan "manhaj kenabian" , mungkin kita boleh berlajar sesuatu insyaAllah.
atau ini mungkin dari padangan dari ilmu saya ,
mungkin kita keliru dengan istilah ulama "kuno"/"klasik"/"dulu"/dll , kerana perpecahan antara ulama paling ketara selepas perang dunia, maka disini la lahir pengangan imam-imam yang menyalahkan ulama silam, sedangakan sebelum perang dunia berlaku jarang sekali antara ulama bertelagah.
mungkin saudara pernah dengar perang mazhab,perang hadis,perang siffin, dll.. tp cuba perhatikan dalam skop yang luas jangan tertumpu pd situ insyaAllah saudara akan nampak "pekara" tersebut hanya merangkumi sebahagian kecil sahaja di beberapa tempat.sedangkan majoriti umat islam pada waktu itu masih tidak bertelagah antara satu sama lain. mngkn berlaku di kota iran, tetapi di iraq,sudan,syria, yaman n dll mcm mana? Islamkn besar jajahannya.
maka sebab itulah "Sejarah" tidak mampu dijadikan hujah untuk menjatuhkan/meletakkan hukum. kerana buku sejarah sering kali berat sebelah pada salah satu pihak bercampur emosi penulis.
ingat firman Allah di komen anoy "November 8, 2010 10:15 AM".
dalam memahami Ilmu Allah swt yang maha luah ini, Allah telah letakkan suatu pekara yang tetap/pegun yang tidak boleh berubah , dan itulah pekara yang menjadi persamaan @ tidak berubah antara sahabat,ulamat,tabiin,tabi tabiin, dan seterusnya.. dan beberapa pekara lain yang dibolehkan berubah mengikut permahaman atau ijtihad seseorang ulama itu selagi tidak bercanggah pada Quran dan Sunnah.
Dajjal yang mematahkan hujah ulama adalah hujah ulama yang sentiasa hendak mencari kesilapan ulama silam yang ikhlas kerana Allah.
cuba..
kita berfikir.. antara ulama-ulama yang kita terkenal contoh ulama hadis.. mereka hampir kebyakan itu adalah guru dan anak murid antara satu sama lain. ulama mazhab juga begitu . dan guru kepada guru-guru mereka ini juga dari guru yang satu. iaitu Rasulullah. maka jika hendak ikut manhaj kenabian harus kita memahami ilmu mereka ini kerana ada diantara mereka pernah sezaman Rasulullah atau pun sezaman dengan orang yang pernah berlajar dari Rasulullah.
Waallahualam.
saya hanya petik yang dasar sahaja , jika hendak bincang mendalam insyaAllah kita boleh berkongsi.
;)
Nak jatuhkan sesuatu hukum seseorang khalifah harus merujuk kpd ijma' ulama iaitu mengumpulkan semua ulama utk memberikan hujjah berdasarkan al quran dan hadis. Jika ia benar maka semua orng harus ikut perintah khalifah pd waktu itu. Jd utk menjatuhkan satu hukum bukan bergantung kpd seorng ulama sahaja bahkan semua ulama bersepakat memberikan hujjah. Menetapkan adalah khalifah. So disini kita tidak blh membuat andaian sesuka hati tanpa merujuk ijma ulama terdahulu. Sekian. Bahas pasal rukun solat, perkara sunat dlm solat telah dibahaskan oleh ulama pd kurun yg lampau... So jgn buat pandai2 satu hukum melainkan perkara yg samar2 yg datang pada masa sekarang contohnya rokok dadah dll. Sekian
ReplyDelete