Tajuk : Demonstrasi : Tanda Dunia Hampir Kiamat !
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Sememangnya dunia sudah hampir kiamat.Cuma manusia yang lalai dan kuat berangan-angan saja yang sengaja tidak mahu membuat persediaan untuknya walaupun sudah sekian banyak tanda-tanda dunia hampir kiamat seperti apa yang telah dinyatakan oleh Allah swt melalui lidah para rasulNya telah berlaku.
Disini saya ingin memetik tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65 :
[[ Nabi saw bersabda,maksudnya : “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat ;
1.Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).
2.Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi)
3.Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”
(Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)
Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad.Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”
Sabda Nabi saw ,maksudnya :
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir) ]]
Wahai saudara se-islamku, mengapa harus kita berdemonstrasi jika itu adalah amalan yang dibenci oleh Allah dan Rasulnya???
Kebelakangan ini timbul pelbagai isu yang boleh memecah belahkan umat islam di Nusantara.Tidak terfikirkah oleh kita bahawa dalam setiap apa yang berlaku dalam masyarakat islam itu, pasti ada dalangnya.Sudah pasti dalangnya itu adalah mereka yang bersekongkol dengan Iblis-Dajjal!
Setelah demonstrasi baju merah yang bermandi darah di Thailand sedikit reda, kini timbul pula ketegangan antara Malaysia- Indonesia. Kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka anti-Malaysia juga menggunakan baju dan bendera yang berwarna merah bercampur putih.Mereka juga bermain dengan darah!!!
Kumpulan BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia ) telah melakukan kempen mengumpul cap jari berdarah dan dengan sengaja membuat provokasi menggesa Indonesia menjadikan Malaysia sebagai wilayah ke-34 Republik itu!
Cara mereka ini seakan-akan apa yang berlaku di Thai..
Sila baca artikel lama saya bertajuk : Bila Sibaju Merah Bermandi Darah Di Thai
KLIK :
Seterusnya anda boleh baca beberapa artikel dari akhbar-akbar seperti dibawah :
Artikel 1 : ‘Ganyang Malaysia’ merebak.
Sumber : Klik
'Ganyang Malaysia' merebak
Oleh Mohd Anwar Patho Rohnman di Jakarta
wananwar@bharian.com.my
2010/09/01
JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.
Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.
Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.
Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.
Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.
Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.
Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.
Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.
Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.
Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.
“Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.
“Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau ‘sweeping rakyat Malaysia’ turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.
Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan ‘Ganyang Malaysia’ membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya.
Artikel 2 : Anggota Bendera Kumpul Cap Jari Darah
Sumber :KLIK
Anggota Bendera kumpul cap jari darah
JAKARTA 31 Ogos - Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53 hari ini.
Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai 'hadiah' Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.
"Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami," katanya.
Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan 'apel siaga' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan 'Ganyang Malaysia'.
Aksi berkenaan telah mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang para anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.
Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera telah membawa 'hadiah' najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dan melemparkan najis itu ke dalam kawasan bangunan kedutaan besar itu.
Amatlah malang sekali jika seluruh umat islam tidak kira mereka umat islam Malaysia atau Umat Islam Indonesia, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini bermusuh-musuhan sesama sendiri dek kerana terpedaya dengan taktik Iblis-Dajjal dan kuncu-kuncunya yang sememangnya mahu umat islam terbesar didunia(Indonesia) bermusuhan dan pecah belah.Itulah hajat dan agenda besar mereka setelah boleh dikatakan mereka telah berjaya meliberalisasikan agama islam di Indonesia melalui proksi-proksi Jaringan Islam Liberal berkiblatkan NWO .
Jika mereka berjaya menundukkan Indonesia, maka agenda seterusnya selepas ini iaitu untuk menundukkan Malaysia akan menjadi semakin mudah, apatah lagi dengan adanya ‘tentera Zionis’ yang berpengkalan di Singapura sejak sekian lama!
Oleh itu, saya berseru kepada rakyat Indonesia yang berada di Malaysia atau rakyat Indonesia yang berada di Indonesia, termasuk mereka yang mengambil upah untuk berdemonstrasi dengan bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur [Klik Sini]
Tolong hentikan kerja gila demonstrasi kalian itu kerana nilai keamanan dan kemakmuran sejagat antara Malaysia-Indonesia yang kita telah kecapi bersama sekian lama bukanlah bernilai sebungkus nasi campur!!!
Jangan cuba bermain api !!! ingat , bahawa kita bangsa melayu yang dulu asalnya serumpun iaitu Nusantara! Dulu kita bersaudara, hidup harmoni dan bersatu padu. Dulu kita pernah bersatu menentang musuh yang cuba mengganggu-gugat keharmonian Nusantara!
Usah bergaduh sesama kita, lihatlah kesatuan dan survival bangsa melayu-islam kita dari persepsi yang berbeza. Mengapa kita harus mengecewakan misi dan wawasan suci nenenda kita Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra dan seluruh wali-wali Songo di Nusantara negeri dibawah angin ? Musuh kita bukanlah apa yang kini di depan mata kita, tapi musuh sebenar kita ialah Nafsu Ammarah yang ada di dalam dada kita!
Marilah bersatu-padu menundukkan Ammarah kita dahulu sebelum kita berperang menentang musuh-musuh kita yang sebenar!!!
Salam kemerdekaan dariku : Sangtawal Sakranta.

************

******************************************************************

Salam Sang Tawal....
ReplyDeleteSemoga sihat sejahtera dan dikurniakan kudrat untuk meneruskan ibadat di bulan yang mulia ini....
Apa yg terjadi di indonesia adalah permainan tgn2 ghaib ini. bukan semua rakyat indonesia benci dgn malaysia dan mahu mengganyang malaysia tapi sebenarnya didalangi oleh kaum cha indonesia...? kita mesti tidak percaya kerana org indonesia ini susah nak dikenalai kerana parasnya lebih kurang sama, nama mereka x sama seperti org di malaysia..kalau di sini ah kong adalah cina, amin adalah melayu tp di sana amin belum tentu melayu...
demonstrasi mereka juga khabarnya di dalangi oleh org2 yg berduit kerana adalah mustahil untuk kita menunjukkan perasaan yg tdk ada pada kita....diberitakan juga demo tersebut mendapat sponsor berupa wang dan makanan....( ini taktik lama...masa kes anwar dulu pun ader taktik ni) apa pun selamat menyambut syawal yg bakal menjelma.
The need for Inner Selves Revolution"
ReplyDeleteassalammualaikum.. saya merasa sungguh terkilan dengan apa yang berlaku di Indonisia. walau apa pun yang dilakukan oleh para penunjuk perasaan Indonisia kepada kedutaan malaysia disana, namun kita di malaysia tidak pernah melakukan perkara yang sama kepada kedutaan mereka di sini.malah ramai lagi pekerja Indonisia yang bekerja di sini mendapat layanan yang baik, tidak pula kita menghalau mereka supaya balik ke Indonisia.dan tidak pula kita melontar najis ke kedutaan Indonisia.jadi saya merasa para penunjuk perasaan Indonisia perlulah berfikir dengan waras. jangan dengan hanya hal yang kecil bisa mengeruhkan hubungan yang telah terjalin sekian lama.
ReplyDeletesalam brader kenn....
ReplyDeletebetul apa yg saudara katakan tu...itu juga antara sebab mengapa indonesia itu x dpt bersatu seperti negara kita...mereka sesama etnik pun bertelingkah....walaupun dr rumpun dan bangsa yg sama....
saya rakyat indonesia juga sedih dengan keadaan macam ini. siapalah orang yang suka bertengkar dengan saudara sendiri? mudah2 an kita sekalian dijaga oleh Allah SWT dari bahaya perpecahan.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteaku rasa ni musuh islam punya kerja ,pasai nak buat cara terang xbole pakai cara hals,nampak ada yg makan hasutan ,aku harap saudara islam kita xterlibat dgn demontrasi ni...bulan ramadan ni....
Ini yang dimahukan musuh2 kita di rantau sini. penunjuk perasaan pun dibayar dengan nilai kecil bagi memporak perandakan keharmonian kita dua negara. Hanya kita sbg bangsa serumpun seharusnya bijak memikirkan taktik kotor musuh2 ini. Kami di Malaysia tidak akan retaliate dengan cara yang sama kerana pasti ada jln yg jauh lebih baik dari cara anda semua di Indonesia. Terima Kasih.
ReplyDeleteAyuh pijak dan bakar bendera Israel,kembali junjung bendera Malaysia dan Indonesia!
Gen XI Tok Kadok
ReplyDeletesalam ramadhan buat Pemilik, tuan2 dan puan2 pengunjung blog ini. BENDERA, LIRA dan GERAM itu adalah nama2 kumpulan yg bertindak biadab dan kurang pertimbangan.
bagi saya komen2 diatas adalah cetusan rasa dalam hati masing2 terhadap rentetan kejadian yg telah berlaku.TETAPI INGAT:
pada saya itu adalah salah satu strategi ketenteraan jangka panjang sebelum sesuatu tindakan berlaku dimana apa yg bakal terjadi selepas ini adalah diluar jangkaan sama sekali. memang kita serumpun, tetapi peperangan tidak mengenal rumpun bangsa, etnik dan agama, tengok negara didunia yg dilanda kancah peperang bukan kah terjadi nya adalah dari serumpun dan berjiran.sejarah bosnia dan serb, iran dan iraq, korea utara dan selatan, thailan dan kemboja. agen2 perisikan sesebuah negara memang dilatih khusus untuk kerja2 provokasi, sabotaj, gerak saraf dan perang saraf sebelum serangan berlaku dan mengambil masa yg lama pula. kita tidak tau berapa banyak anggota2 ABRI-AD, -AL, dan -AU yg menyamar jadi Tekong2, Pekerja2 binaan dan Amah yg bekerja dirumah pegawai2 keselamatan negara kita, begitu juga yg telah mengahwini rakyat2 kita itu belum lagi ideloji mereka yg menyamataraf taraf kan ......
janganlah terlalu mengambil soal tanda2 kiamat dan agama itu memanglah tidak dapat dipisahkan, tetapi ini adalah soal keselamatan dan gerakan pasukan keselamatan.
pada pasukan keselamatan negara kita kesiapsiagaan mesti berada pada tahap yg tertinggi, jangan dikaji pada soal politik saja tapi kajilah pada persiapan, tindakan dan paling penting moral pasukan keselamatan kita sendiri.
untuk semua warga keselamatan kita jangan ambil mudah apa yg terjadi di seberang sana sebab mungkin kita dah mula lalai selama ini, tetapi musuh2 kita sentiasa mencari ruang dan kesempatan yg ada pada negara ini.
oleh itu bercakap siang pandang2 dan cakap malam dengar2.
saya bercakap dalam bahasa yg mudah.
Depa ni dengan nama Melayu memang depa tak takut (mungkin ANTI sebab kes Tameng Sari konflik yang sengaja diada-adakan untuk menimbulkan persengketaan sesama Islam di Nusantara).
ReplyDeleteTapi kalau dengan nama SIAM Ayuthia mungkin depa pikir soploh kali kot.
Depa sekarang Republik tapi dahulunya bersultan (Demak contohnya), ingat sket tu segelintir puak-puak pulau JAWA yang munafik serta jahiliah!
salam semua.
ReplyDeleteJmazli,
Terima kasih atas komen yang berguna.selamat menyambut syawal kepada saudara juga! semoga bahagia dan dicucuri rahmat Ilahi selalu.
Kenn,
terima kasih atas perkongsian ilmu.
anon 10.22pm,
ya, saya juga amat terkilan seperti anda dan saya sangat bersetuju dengan komen anda.memang rakyat indonesia dilayan dengan cukup baik di malaysia.kes-kes terpencil seperti penderaan oleh majikan dan sebagainya memang ada, tetapi tidak semua rakyat indonesia dilayan sedemikian rupa.
anon@4.58pm
Terima kasih kerana amat memahami erti persaudaraan bangsa serumpun.
sama,
semoga rakyat kedua-dua negara bijak menilainya!
ashraf,
terima kasih atas komen dan cadangan.
Gen XI Tok Kadok,
Terima kasih atas komen.
Saya setuju dengan pendapat anda.Pihak Kerajaan dan tentera perlu memandang dan mengkaji kes ini dengan lebih teliti demi keselamatan rakyat Malaysia.
anon 7.09pm.
terima kasih atas komen.
wassalam.
salam. apa yang diperlukan adalah khilafah, bukan negara bangsa. inilah akibatnya apabila umat islam tidak memiliki kesatuan satu khilafah dan berpegang pada semangat negara bangsa. agama kita satu.(islam) negara kita satu(islam) perlembagaan kita satu(islam)ianya dirangkumkan menjadi satu khilafah(sistem) dan satu khalifah(pemimpin)pertubuhan negara 2 islam(oic)semestinya diganti dengan satu organisasi yang lebih pratikal dan ianya adalah khilafah. jawapan kepada perpecahan umat islam adalah khilafah. pada nasionalis bangsa, anda perlukan khilafah, kaji selepas jatuhnya daulah khilafah 1924, dan permulaan kewujudan negara bangsa, anda akan dapat saksikan jawapan yang asas nya adalah khilafah. fahami khilafah dan didiklah anak 2 dengan pengertian khilafah. terima kasih.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesaudara sangtawal semoga berada dalam keadaan sihat walafiat..
pada saya situasi ketika ini sangat menyedihkan.. kerana dua buah keluarga besar berselisih faham hingga menjatuihkan maruah saudara mereka sendiri, menguris dan mensia-siakan hubungan yang terjalin selama ini.
tp apa yang dikatakan oleh (Gen XI Tok Kadok)itu mmg penar mungkin kita semua boleh terjerumus kepada perang saudara..
jika ia berlaku ia amat menyedihkan...
bukan takut tapi ia adalah perbuatan sia-sia..
mudah-mudahan Allah SWT akan melindungi kita semua, serta menyatukan hati kita serta lebih dekat kepada Allah SWT.. AMIN
salam semua,
ReplyDeleteJebatdurhaka,
Terima kasih atas komen.Terima kasih juga kerana menggelarkan saya seorang Nasionalis atau di komen anda yang lain di blog ini anda memanggil saya pahlawan Nasionalis.Bagi saya itu tidak penting, apa yang penting anda telah membaca banyak artikel saya dalam blog ini, terima kasih!
Ya, setiap orang islam termasuk saya amat mengimpikan sebuah negara islam dan daulah islamiyyah(khilafah) dibawah pimpinan seorang khalifah. tentu anda sendiri sudah dapat membezakan antara khilafah dan khalifah bukan? jadi tak perlu lagi diterangkan disini perbezaannya.
khilafah akan wujud bila adanya seorang pemimpin yang layak untuk menjadi khalifah.Jadi, saya mahu bertanya kepada anda siapakah yang layak menjadi khalifah pada pendapat anda di masa kini??? jika anda sendiri pun belum tahu siapa dia, maka anda juga seperti saya, masih tercari-cari siapakah bakal khalifah yang akan bangkit diakhir zaman yang akan mengembalikan era kegemilangan islam kali ke-2 selepas jatuh dan merosotnya sistem khilafah yang pertama.
Jika di era kegemilangan pertama islam menundukkan rom dan parsi, maka siapakah pula khalifah yang akan meruuntuhkan dan menundukkan demokrasi, komunis dan pelbagai lagi aliran pemikiran ciptaan zionis-dajjal?
anda juga kena belajar konsep negara islam dalam konteks yang lebih luas kerana banyak lagi sistem bernegara islam yang wujud dimana perlaksanaan hal-hal kenegaraan adalah seperti sistem khilafah tetapi mempunyai nama yang lain di sepanjang sejarah.
sila kaji bentuk, formasi dan struktur negara dalam Islam dengan pendekatan sejarah, maka kita akan menemukan adanya negara diistilahkan dengan Khilafah dan yang menduduki jabatannya dinamakan Khalifah, seperti yang terjadi pada era kepemimpinan Khulafaurrasyidin, adakalanya dinamakan Sulthanah (kesultanan) yang dipimpin oleh seorang Sulthan, seperti yang terpakai pada era Daulah Utsmaniyyah, terkadang dengan menggunakan istilah Mamlakah (kerajaan) yang dipimpin oleh seorang Raja, serta adakalanya diberi nama Imarat yang dipimpin oleh Amirul Mukminin.
Oleh itu,jangan terlalu taksub dengan istilah sistem khilafah ini, kerana banyak lagi pendekatan lain seperti yang disebutkan di atas boleh digunapakai,asalkan matlamatnya hanya satu; sebuah negara islam raya yang luas dibawah seorang pemimpin yang betul-betul layak digelar Khalifah.tidak boleh ada dua khalifah dalam satu masa!
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Rasulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WA SALLAM bersabda:
إِذَا بُوْيِعَ لِخَلِيْفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا اْلآخَرَ مِنْهُمَا
Artinya: jika terdapat dua orang khalifah (yang satu sah dan yang lain tandingan) yang dibai’at (diangkat), maka bunuhlah khalifah yang terakhir dibai’at (khalifah tandingan).
wassalam.
salam buat cicitP5Hitam,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen dan pendapat.
Sama-sama kita doakan agar tidak terjadi perang saudara sesama kita.semoga ikatan persaudaraan kita rakyat malaysia-indonesia akan berkekalan, insyaAllah.
assalamualaikum....boleh ceritakan tentang atlantis tak??
ReplyDeleteSeperti yang dilaporkan dalam mingguan malaysia oleh awang selamat...dikabarkan yb zahrain dah dedahkan tangan2 ghaib yg mengupah puak2 demonstrasi indon nih tak lain tak bukan sipetualang negara anwar berahi. 3 kristian batak mewakili bendera dan tah apa2 lagi geng demo tuh kenalan rapat ngan orang kuat malaysian insider.
ReplyDeleteSebenarnya, isu ni dah berlarutan beberapa bulan dulu...memang ramai yg dah syak. Tujuan tiada lain, nak melencongkan isu yang lebih mencerut batang leher..kes Liwat!
Cuba saudara2 sekalian perhatikan betul2 wajah2 pendemo yg awal2...yang pada hemat saya mirip etnik bangsa CINA...ya bangsa yg tak tahu bersyukur dan akan mengambil kesempatan bila ada...tambahan lagi dengan adanya bisnes demonstrasi dengan tawaran berbagai package, lagi memudahkan kerja memecah belahkan rumpun melayu.
Melayu dah pecah 4 dimalaysia, kalau ada yg nak ambil alih negara nih...sekarang adalah masa yg terbaik...sebab kebanyakan orang melayu masih lena dalam tidur lagi...sebab belum directly kena batang hidung diorang!
Bila dah meletup nanti, barulah kelam kabut nak belajar pencak silat, bawak yassin kehulu kehilir, masjid surau tiba2 penuh...mana2 ahli dan kumpulan tariqat yg dicop sesat dan gila satu masa dulu, puak tulah yang selalunya diambil oleh kaki tidur ramai2 ni jadik tempat berteduh! Ini realiti yang pernah berlaku....tak lama dulu., dan tak mustahil akan berulang lagi...very soon.
Seruling senja
Salam
ReplyDeleteJadi tak perlu bimbang yea dak.
Salam.
ReplyDeleteKiamat ialah rahsia ALLAH. Rahsia ialah Rahsia.
Disebalik Rahsia ada HAKIKAT yang amat pahit ditelah, diluah jangan.Isi Taurat, Zabur dan Injil semuanya ada dalam Al-Qur'an.
"Ahli Kitab" Al-Qur'an pun telah diceritakan-Nya dalam Al-Qur'an. Mereka adalah ahli ibadat yg boleh berhukum membatalkan sembahyang seseorang muslim, menghalalkan sesuatu yg diharamkan-Nya, mengharamkan sesuatu yg dihalalkan-Nya. Mereka mengajak ke "syurga" (air) walhal "syurga" takrifan mereka sebenarnya "neraka" (api).
Baca 10 Ayat Awal Al-Kahfi maksudnya Ayat 10-20 Surah 18. Anggaplah diri anda sebagai salah seorang penghuni TAUHID yg dituduh masyarakat sebagai sekumpulan pemuda sesat, sebenarnya siapakah golongan yg sesat?
Dajjal itu "KFR", Al-Qur'an merujuk "KFR" kepada KAFIR Ayat, engkari TUHAN. MUSYRIK ialah SYIRIK, merujuk kepada Kristian dan penyembah sembahan lain. Nabi nampak Dajjal bertawaf, maknanya Dajjal pun pun Islam juga.
Ayat Al-Qur'an untuk MUKMIN yang membacanya, bukan untuk penganut agama lain yg tidak membacanya. Penganut agama lain masuk neraka jahannam tanpa hisab, maka peringatan Al-Qur'an bukan utk mereka...untuk MUKMIN yg KFR kepada TUHAN dalam sangkaan beriman.
TENTERA DAJJAL IALAH MEREKA YG MEMUTARBELIT HUKUM TUHAN, MEMUTAR KALIMAH TUHAN. MEREKA AHLULHUKUM @ AHLULKITAB.
Khatammun Nabiyyin ialah Muhammad Abdullah RasuluLLAH. Khatammun Rasullin ialah Muhammad AbdiLLAH RasuliLLAH. 2 Yang berbeda sebagai Pembeda HAQ dan BATHIL. Yang satu Nabi dan Rasul. Yang satu bukan Nabi tetapi Rasul?
Ingat HAQ...ingat HAQ...ingat HAQ.
salam semua.. saya ingin tahu mana pergi nya suara PERKASA, UMNO,dan yang seumpama dgn nya? rakyat malaysia yang bersemangat patriotik nk bakar bendera indon sibuk pula polis kita tangkap.tapi rakyat indon secara live dlm TV bakar bendera malaysia, tidak pula kerajaan mereka tangkap. di mana maruah kita?
ReplyDeleteBenar tuan ada 'double standard' di Malaysia ni. Perhati la undang undang hanya untuk mengawal golongan tertentu sahaja.
ReplyDeleteSebagai contoh kalau anda ada lesen memandu tapi tak bawa, anda akan rasa cuak kalau bertemu dengan penguatkusa samaada polis @ JPJ.
Tapi anda boleh lihat dimana ada penempatan Myanmar @ Rohingya mereka ni akan membonceng motosikal roda tiga siap dengan 3 hingga 5 penumpang tanpa ada rasa bimbang ditahan penguatkuasa. Adakah mereka ini ada lesen yang di perlukan dan motosikal mereka ni pernahkah di daftar sebagai roda tiga , bila masa mereka ke Puspakom ek.
Kerana kami lihat memang tak akan di ambil tindakan pada merekakan. Jangan la nanti mereka ni akan menjadi duri dalam daging di Negara berdaulat ini.
"Art Of War" akan di gunakan untuk menjahanamkan Bumi Melayu.Baik di Indo atau di M'sia....
ReplyDeleteSenjata makan tuan atau bangsa memusnahkan bangsa.Lebih dashyat natijahnya dari perang saraf.Org Indonesia dari pulau Jawa tidak perasan mereka telah di gunakan.
Beragama kristian, tapi tak sedar mereka dilagakan olih tangan ghaib agar bangsa melayu kristian berbunuhan sesama bangsa melayu yg Islam,akhirnya pihak ke 3 hanya cuci tangan.
Org Pulau Jawa yg bersemangat ingin berperang tapi mereka tak perasan org2 Pulau Sumatra sedang menanti utk mengganyang pulak org pulau Jawa....ini sejarah lama.Pulau Sumatra telah lama terasa terpinggir dan TERJAJAH olih elit2 Jawa....
Kekayaan Pulau Sumatra yg makmur itu di punggah balik olih ellit jawa di Jakarta sambil membesarkan kantung poket masing2.Sedangkan pulau Sumatra 5 kali ganda lebih luas dari pulau jawa.Penuh dgn kekayan sumber aslinya sedangkan warganya kais pagi makan pagi kais petang langsung tak makan....
Ramai suku2 di Sumatra mempunyai sanak2 saudara di tanah Melayu.Minang,acih,madura,jambi,boyan, mendailing dlln....semua suku ini ada di semenanjung tanah melayu....Kalau nak ganyang pikirlah seratus kali....
Dah ada desas desus org Sumatra akan bergabung dengan bangsa Melayu di M'sia untuk mengganyang pula Org2 Jawa.
Akhirnya hancur semuanya....maka berjayalah rancangan THH.Itulah Art Of War....
Harap Sedar Diri tu sikit....!!!!!
Ya betul tu!!! nenek moyang aku org Minang.Sedara belah sana selalu datang berziarah di sini.
ReplyDeleteDengar cerita geng2 Kristian yg mengapi-apikan org Jawa.Tapi org Jawa yg beragama Islam tak mau perang tak tentu sebab.Bunuh saudara seagama berdosa besar,di laknat Tuhan!!!
Jawa yg berdemo tu ramai bersuku batak Kristian, bulan puasa hisap rokok,makan nasi bungkus "nasi kucing",pegang tahi najis berat tu...badan bernajis tak suci pengotor, tak solat, nampak sangat org kafir nak laga-lagakan kita sesama beragama Islam.
INSAFLAH saudara Islam ku di Malaysia dan Indonesia,kita semua adalah bersaudara.Jangan bergaduh!!!jangan membunuh tak tentu pasal!!!
Ingat pesanan kekasih mu Kanjeng Nabi Mohammad SAW.Kita di hujung zaman.
Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk memulai bisnis? Membutuhkan
ReplyDeletepinjaman untuk melunasi tagihan Anda? Saat ini kami menawarkan
pinjaman pendidikan, pinjaman usaha, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
pinjaman pribadi, kredit mobil, dll Jika Anda perlu
mengekspresikan minat Anda pada pinjaman, sehingga kita bisa
mengirim informasi lebih lanjut kepada Anda.
Hubungi kami melalui email joycerolandloancompany@gmail.com