Tajuk : Hindari Asap Maut !
Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.
Dalam banyak-banyak artikel, rasanya artikel ini akan mengundang rasa tidak senang hati ramai pembaca blog ini yang sudah sekian lama menyedut dan tersedut asap maut ini, iaitu asap rokok!
Maaf kiranya apa yang saya paparkan kali ini menyinggung perasaan anda semua!
Bagi mereka yang sudah lama menjadi penagih tegar rokok tak kira apa jenama pun, pasanglah niat dan cita-cita dihati anda untuk membebaskan diri dari cengkaman rokok dan asap maut ini.
Untuk meninggalkan tabiat merokok ini, Ia bermula dari dalam hati anda, bermula dengan tindakan anda dan ajaklah orang-orang yang anda sayangi untuk meninggalkan tabiat ini bersama.
Mengapa saya katakan asap rokok boleh membawa maut? sila lihat kandungan bahan kimia beracun dalam sebatang rokok seperti dibawah.
Anda mungkin bukan seorang perokok, namun dapatkah anda membebaskan diri anda dari persekitaran udara disekeliling anda, iaitu udara yang bercampur dengan hembusan asap rokok!
Mengikut definisi WHO , Perokok Pasif adalah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang - kurangnya 15 minit dalam masa 2 hari untuk tempoh seminggu.
Ramai yang tidak tahu bahawa Perokok Pasif mempunyai risiko 30% lebih tinggi dari perokok sebenar untuk mendapat kanser paru-paru dan 20% lebih tinggi dari perokok sebenar untuk mendapatkan penyakit jantung! Oleh itu mengikut logiknya mereka yang selalu berdampingan dengan anda seperti isteri dan anak-anak anda akan lebih mudah mendapat penyakit tersebut dan akan lebih dahulu meninggalkan anda. Oleh itu mahukah anda menjadi pembunuh kepada mereka yang anda paling sayangi?
Saya tidak mahu membicarakan tentang hukum merokok dalam islam di sini kerana saya bukanlah seorang ahli agama, namun jika kita berfikir secara rasional tentang kandungan bahan-bahan kimia beracun yang terdapat dalam sebatang rokok itu lalu kita teruskan juga tabiat kita itu, maknanya kita sengaja mencampakkan diri kita ke lembah kebinasaan, atau sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai penyakit yang boleh memberikan kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya mengganggu tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini seperti apa yang telah diamanahkan olehNya.
*Merokok punca pelbagai jenis penyakit.
Bukankah dengan meninggalkan tabiat merokok serta menjauhi asap maut ini adalah satu tindakan yang bijak dan menguntungkan???
Jika tidak boleh membuang terus serta merta tabiat ini tidak mengapa, buat dan usahakan secara perlahan-lahan, insyaAllah berjaya!
Sayangilah dirimu itu kerana setiap diri itu menanggung Amanah!
Wassalam.
Sangtawal Sakranta.
salam.
ReplyDeletesaya x merokok bgtu juga ayah dan atuk saya [Bangga..]
Perokok aktif= normal
perokok pasif=30% lebih tinggi
Perokok aktif yg sering bersama dengan perokok aktif yg lain secara automatik menjadi perokok pasif kan? = normal + 30% lebih tinggi.
rokok adalah senjata biokimia yg digunakan untuk membunuh manusia.. perokok teramai adalah dari kalangan penduduk dunia ketiga.
artikel yg sgt bagus!!!
ReplyDeletetoke kilang rokok pun tak isap rokok!
tahniah sdr.
-abuhakeem-
salam, tuan
ReplyDeletesaya tidak menyalah sesiapa pun...
sejak 14+ dah mula...belajo akademik duniawi aje tinggi...sekarang dah 47+
masih aktif
seorang kawan mengatakan "... gunung uhud pun insyaAllah boleh kita ubah TETAPI tabiat....????? ..."
bagi pandangan, tuan
tetapi pandangan @anom 7.08pm,
ReplyDeletesaya tidak setuju 100%, bukan kerana saya seorang perokok...tetapi dari apa yang saya baca
@anom 7.08pm
kajian menunjukkan bahawa di U.S, perokok tegar membelanjakan lebih dari US$4 billion setahun... pada saya, merujuk kepada dunia ke tiga
( malaysia mungkin tidak termasuk dalam kumpulan ini )jumlah ramainya perokok itu BETUL tetapi jumlah perbelanjaan nya mungkin kurang....
UNTUK SEMUA (berkongsi bersama):
kalau drug addict pula, di negara kita DIKATAKAN ramai, ini adalah disebabkan penampilan mereka, tetapi sebenarnya di holland lebih ramai ( peratusan mengikut bilangan penduduk ) CUMA mereka ini di jaga oleh kerajaan...setiap hari, bekalan dadah akan di beri kepada penagih penagih tadi.....mereka tidak kusut masai...dan tiada pusat serenti..positifnya, kadar penagih akan turun setiap tahun
..SEMUA ORANG MELAKUKAN KESILAPAN DALAM HIDUP...TIDAK SEORANG PUN DI DUNIA INI MAHU MENJADI PENAGIH DADAH...
wallahhualam
kalo hisp rokok dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang tu
ReplyDeletemenyumbang kepada yahudi
dok kutuk yahudi tapi rokok yahudi belambak dalam malaysia
kalo nak eratkan perpaduan melayu hisaplah rokok sampoerna atau gudang garam
penanam tembakau di malaysia masih dibawah paras kemiskinan
hasil jual tembakau bagi makan anak bini,anak sekolah,sampai masuk u
meninggalpun rokok daun tembakau hiris terjepit kat bibir
ada lembaga tembakau negara
tok guru nik azizi dah sarankan tanaman gantian nak bantu penana tembakau tegar
kurangnya sokongan dan persefahaman
belum menampakkan kejayaan
hisap la rokok
membantu ekonomi rakyat miskin kawasan bachok
x nak isap pun lagi baik
minta menteri tutup kilang rokok kat seksyen 14 pj tu.
Assalamualaikum,
ReplyDeletesatu artikel yg cukup bermakna.. sememangnya.. rokok ini nampaknya seperti satu isu kecil tetapi ianya memberikan kesan yg amat besar.. bayangkan.. sebuah kapal tetap akan karam dgn hanya lobang kebocoran yg kecil..
****
hari ni pelbagai gerakan wujud utk mendapatkan keadilan.. sibuk nak kutuk zionis.. sibuk nak tegakkan agama.. sibuk nak itu.. nak ini.. tapi sambil melaung.. rokok takboleh nak tinggal.. katanya tabiat.. katanya hal kecil..
****
pada hemat saya yg tak seberapa ni.. selagi rokok masih tersepit dijari.. masih jadi santapan utama.. tak perlu nak cerita tentang perjuangan.. muak! konon2nya mengutuk yahudi.. kononnya dialah juara.. tapi masih tak mampu nak berhenti merokok..
****
hari ini.. masyarakat dihimpit pelbagai masalah.. antaranya ialah kewangan.. cuba bygkan.. sekiranya duit beli rokok itu disimpan.. pastinya akan jadi sgt byk.. yg mana mungkin boleh digunakan ketika sempit.. ketika anak sakit.. ketika musibah melanda.. takdelah asik nak minta bantuan.. sdgkan diri sendiri tak buat persiapan..
****
oh melayu..
salam.
ReplyDeleteanon @ 7.08pm,
tahniah kerana anda bukan perokok, tetapi awak tetap perokok pasif bila berada ditempat awam! :)
abuhakeem,
terima kasih atas komen.
doncin cai,
apa boleh buat... tapi kalau hendak seribu daya...tak nak seribu dalih orang kata... :) try slow-slow dulu...
saya juga tidak setuju dengan pemberian jarum untuk menagih dadah, ia amat membebankan ekonomi negara, duit tu duit rakyat, duit kita semua...
zarilla,
setuju dengan saudara/ ? saudari?
s7nizam,
terima kasih atas komen dan pendapat yang bagus.
wassalam.
terima kasih Sangtawal atas maklum balas.. saya ada satu lagi isu berbangkit mengenai rokok..
ReplyDelete****
hari ini kita sedar dan sedia maklum mengenai bahaya merokok.. tentang keburukan yang dibawanya.. tentang natijah kepada kesihatan perokok aktif & juga org lain..
****
tapi hari ini masih ramai yg enggan berhenti.. pelbagai alasan diberi.. ianya sama seperti mengundang bahaya utk diri.. dan tidak bertanggungjawab terhadap amanah.. iaitu menjaga harta yg dipinjamkan sementara ini..
****
sudahnya.. masalah menyusul.. kematian akibat barah paru2.. dan pelbagai lagi.. memang kita faham dan jelas bahawa ajal maut itu Allah yang tentukan.. dan pelbagai asbab yg membawa kepada peristiwa tersebut..
****
tapi.. bukankah kematian tersebut boleh diklasifikasikan sebagai membunuh diri?.. kerana berdegil mahu merokok.. dengan sengaja menjerumuskan diri ke dlm bahaya yg dicipta?..
****
saya sekadar terfikir dan meluahkannya disini.. untuk dikongsikan.. utk sama2 memahami.. maafkan saya sekiranya ada yg tersilap.. kerana ianya sekadar satu luahan dgn tujuan utk belajar.. terima kasih..