Tajuk : Ribuan Nyawa Dikorbankan Kepada Dewa Jahat Titanic Di Lautan Atlantik
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Jika kita bertanya pasal TITANIC kepada seseorang ,kebanyakan mereka tahu berkaitan dengannya. Jika mereka tidak tahu secara terperinci peristiwa sedih yang meragut ribuan nyawa korban pada tahun 1912 itu pun, mereka akan bercerita tentang filem Titanic yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu .
Setelah membaca beberapa artikel berkaitan dengan Titanic dan beberapa artikel berkaitan teori konspirasi berkaitan dengan tragedi itu, saya menjadi semakin yakin bahawa Kapal Titanic itu sebenarnya sengaja dibina mengikut telunjuk The Hidden Hand untuk satu agenda besar tertentu.Maafkan saya jika saya katakan bahawa kapal itu sengaja dibina untuk karam!!!
Sebelum mengemukakan beberapa pendapat berkaitan dengan konspirasi Dajjal diatas, eloklah kiranya saya mengajak anda semua membaca satu artikel umum dibawah untuk mendapatkan satu gambaran secara kasar dahulu sebelum kita berfikir dengan lebih kritis lagi .Sila baca artikel yang saya petik dari Wikepedia ini:
Klik Sini :
[[... RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.
Pembinaan :
Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukuran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu).
Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.
Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.
Pelayaran Pertama:
Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat Inggeris, Titanic berhenti di Cherbourg, France, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.
Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.
Malapetaka:
Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.
Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.
Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.
Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland.
Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.
Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.
Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.
Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.
Diselamatkan:
Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.
Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.
Kesan Selepas kejadian:
Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.
Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.
Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.
Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.
Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan. ...]]
*Merujuk kepada artikel diatas saya ingin mengemukakan beberapa persoalan :
1). Tarikh kejadian tragedi 14.4.1912 atau 15.4.1912 , adakah ia merupakan angka atau tarikh kepercayaan tertentu bagi Freemason/ illuminati? Biasanya kejadian atau tragedi yang mereka rancang ada kaitan dengan angka atau tarikh tertentu.Apakah tarikh ini merupakan tarikh pilihan mereka? Satu lagi persoalan yang menarik ialah tentang lokasi kejadian itu, mungkin ada diantara pembaca sekalian yang boleh mengupasnya. Seperti kematian beberapa orang ternama seperti Puteri Diana atau Presiden Amerika Abraham Lincoln, lokasi yang dipilih adalah mempunyai ciri-ciri tertentu idaman Dajjal. Sama-sama kita mengkajinya.
2). Pembinaan kapal ini adalah atas dasar persaingan iaitu dengan perancangan membina 3 buah kapal oleh Syarikat White Star Liners iaitu RMS Titanic, RMS Olympic dan RMS Britannic untuk bersaing dengan Lusitania dan Mauretania dari syarikat Cunard Line .Ada kemungkinan juga disini perancangan tragedi itu melibatkan pihak pesaing mereka dari Syarikat Cunard Line.
Lihat lambang bintang bucu 5 - White Star Line yang menjadi pemilik Titanic saudara! Sudah pasti ia ada kaitan dengan THH!
3).Kapal Titanic, yang pada mulanya ingin diletakkan nama Gigantic, dibiayai sepenuhnya oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co.Mengapa nama kapal ditukar dari Gigantik kepada nama Dewa Jahat mengikut kepercayaan Yunani purba- Titanic, juga amat menarik untuk dikaji.Sebagaimana yang diketahui umum J.P Morgan adalah pelabur dari Amerika. Mungkin para pembaca sekalian boleh membantu saya untuk mengenal pasti samada beliau menyokong kuat penubuhan Federal Reserve yang dirancang oleh THH untuk menguasai ekonomi dunia atau beliau adalah penentang penubuhan Federal Reserve seperti Jutawan Illuminati yang berpaling tadah yang turut terbunuh dalam tragedi ini iaitu John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor.Menurut M.O dalam blognya Mistisfiles, J.P Morgan adalah seorang pemain dalam industri kewangan Amerika,hamba Dajjal dan penyokong kuat Federal Reserved!
4). Untuk memastikan rancangan mereka Berjaya, maka mereka melantik seorang Jesuits sebagai Kapten Kapal untuk menjayakan pelayaran sulung berdarah itu iaitu Kapten Edward J. Smith.Seorang yang cukup terkenal dan berpengalaman luas selama 40 tahun lebih sebagai kapten kapal di lautan.Pelayaran pertama Titanic adalah pelayaran terakhirnya iaitu pelayaran persaraannya.Oleh itu apakah perancangan beliau sebagai seorang hamba Dajjal dalam operasi ini? Bukankah tragedi itu amat bertentangan sekali dengan kata-kata beliau :
“When anyone asks me how I can best describe my experience in nearly forty years at sea, I merely say, uneventful. Of course there have been winter gales, and storms and fog and the like. But in all my experience, I have never been in any accident… or any sort worth speaking about. I have seen but one vessel in distress in all my years at sea. I never saw a wreck and never have been wrecked nor was I ever in any predicament that threatened to end in disaster of any sort.” – Kapten E.J. Smith, Kapten RMS Titanic.
5).Jadual pelayaran pertama Titanic dilewatkan selama 1 jam dari jadual sebenar dan Titanic telah singgah di dua tempat lain untuk memuat penumpang seramai 2,223 orang sebelum berlepas ke New York.Pada malam 14 April tersebut, didapati laut tenang, langit cerah tetapi mengapa Kapten Edward J.Smith tiba-tiba mengubah haluan Titanic kearah lebih selatan kononnya setelah beberapa hari menerima amaran ketulan aisberg melalui wireless.Setelah mengubah haluan tersebut, iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini dikatakan tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, juga turut gagal disampaikan ke dek kawalan.Mengapa Kapten Edward J.Smith tidak menghiraukan atau sengaja buat-buat tidak dengar laporan amaran tersebut saudara? Bukankah tidak masuk akal bahawa Titanic tidak mampu menerima isyarat tersebut sedangkan Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi di zamannya . Titanic juga dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam.".
Kapten Edward J.Smith telah mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki).Nampak disitu mengapa Kapal sengaja dibuat pusingan mengejut kesebelah kiri? Supaya ketulan aisberg besar itu berlanggar dengan sisi kanan kapal yang sudah direka dan sudah pasti si Kapten sudah lama maklum bagaimana struktur binaan kapal disebelah kanan itu!
6).Saya bersetuju dengan beberapa teori konspirasi sebelum ini iaitu memang tujuan asal pembinaan kapal dan iklan kapal mewah terbesar dan terbesar dizaman itu adalah untuk mengumpan Jutawan John Jacob Astor , tetapi melihat kepada bilangan penumpang yang dikorbankan itu yang mencecah ribuan nyawa, saya mengagak konspirasi ini bertujuan lebih daripada itu! Apakah tujuan mengorbankan ribuan nyawa ini selari dengan penukaran nama Kapal dari Gigantic kepada nama Titanic iaitu Dewa Gergasi Jahat dalam kepercayaan kuno orang Yunani yang mendiami Lautan Atlantik atau ianya sekadar memenuhi kehendak Lucifier atau si Dajjal yang memang sukakan darah dan pengorbanan nyawa dalam ritual para mason peringkat tinggi!
7). Memang agenda THH biasanya mempunyai serampang 2 mata, dari tragedi ini, dapat kita lihat, bahawa Amerika telah mengambil kesempatan untuk menguasai perairan dan bebas mengawal selia lautan Atlantik. Keputusan ini telah dibuat pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea ) di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh peserta persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik.
Taktik ini sudah lama mereka praktikkan.Sudah banyak negara dijajah mereka dengan alasan pada mulanya ialah atas tujuan perdagangan dan menjaga keselamatan perairan laluan kapal-kapal perdagangan.Oleh itu kerajaan negara kita Malaysia, perlulah berhati-hati bila ada kuasa-kuasa asing yang cuba menawarkan khidmat untuk menjaga perairan atau selat-selat kita! Mereka sebenarnya ada agenda tersembunyi! Lagipun dalam kitab-kitab lama Yahudi dan nasrani ada disebut Firaun dulu tenggelam di Selat Teberau!!! Bukan di Laut Merah. Jadi Selat Teberau yang mana satu saya pun tidak pasti, tetapi saya pernah terbaca satu artikel yang saya sudah lupa link/ sumbernya, ia berkaitan dengan Firaun manakah yang tenggelam dizaman Nabi Musa a.s.
*Untuk memberikan lebih kefahaman kepada kita semua tentang konspirasi ini, saya rasa eloklah kita membaca semula satu artikel yang saya petik dari blog Mistisfiles ini :
Klik Sini :
Tulis M.O :
[[... Anda pernah menonton filem blockbuster arahan James Cameron,Titanic?Jika tidak,anda sudah tentu tidak merasai kehebatan filem tersebut yang sehingga kini masih ada orang yang terkenang-kenang dirinya menangis teresak-esak di dalam pawagam semasa muda remaja.Filem ini berdasarkan kisah benar kapal Titanic yang tenggelam selepas berlanggar dengan ketulan ais besar (iceberg) yang terapung di tengah-tengah Lautan Atlantik.Titanic telah melanggar ketulan iceberg ini kira-kira 153 km (lebih kurang 95 batu) selatan Grand Banks off Newfoundland sejurus selepas tengah malam pada 14 April 1912.Dari lebih 2,220 orang yang ada di atas kapal,kira-kira 1,513 mati,termasuk jutawan Amerika yang terkenal John Jacob Astor, Benjamin Guggenheim, dan Isidor Straus.Titanic berlayar di bawah pemantauan pihak British sebagai sebahagian dari White Star Line,sebuah syarikat perkapalan yang mana dimiliki oleh Amerika dikawal oleh pelabur J.P. Morgan.
Kapal tersebut didakwa tidak akan tenggelam kerana mempunyai 16 bahagian penghalang pintu air. Walau bagaimanapun,ketulan ais telah menyebabkan Titanic rosak teruk membuatkan ia tenggelam kurang dari 3 jam.
Adakah Titanic benar-benar tenggelam akibat ketidakcekapan anak-anak kapalnya.Atau kesilapan kaptennya,Edward J. Smith? TIDAK SAMA SEKALI.Smith adalah kapten kapal yang berpengalaman luas selama 26 tahun dan pelayaran Titanic adalah pelayaran persaraannya.Beliau juga seorang kapten kapal yang disegani di seluruh Eropah.Adakah Titanic tidak dapat mengesan iceberg yang besar itu?Beberapa penyiasatan mendapati Titanic telah dipaksa berlayar terlalu laju di dalam situasi laut yang membahayakan dan pada masa yang sama kapten kapal seolah-olah tidak mempedulikan amaran dari penerima radio akan kehadiran ketulan ais yang besar, juga, bot penyelamat telah disediakan hanya lebih kurang separuh dari jumlah penumpang dan anak kapal seluruhnya dan yang anehnya kapal yang terdekat,Californian,tidak tiba untuk menyelamatkan Titanic dengan alasan operator radionya 'tertidur' dan di luar tugas.
Siapakah Edward J. Smith?Beliau ialah seorang Jesuit (salah sebuah instrumen Dajjal untuk mengawal dunia Kristian) yang setia kepada Sumpah Jesuit.Siapakah J.P Morgan?Seorang pemain dalam industri kewangan Amerika,hamba Dajjal dan penyokong kuat Federal Reserved.Apakah rancangan mereka kali ini?
Mereka ingin menghapuskan seorang lagi pengkhianat dalam organisasi mereka.Seperti Abraham Lincoln,pengkhianat ini perlu dihapuskan dengan perancangan yang teliti supaya tidak mengulangi taktik yang lepas,takut-takut masyarakat Amerika mengesan konspirasi yang berjalan.Sasaran kali ini adalah beberapa tokoh yang menentang Federal Reserved.Salah seorangnya ialah John Jacob Astor.
John Jacob Astor bersama-sama Hakim Mahkamah Tinggi Amerika ketika itu Louis D. Brandeis, telah berganding bahu menentang apa yang dinamakan Bank Pusat Amerika,Federal Reserved.Bank Pusat ini secara persendirian dan bukanlah kepunyaan rakyat Amerika,telah ditadbir oleh tokoh-tokoh Jesuit yang pada masa yang sama menganggotai kuil-kuil Mason Amerika.
Jadi, untuk membunuh John Jacob Astor bukanlah perkara mudah.Beliau seorang yang terkenal,jutawan Amerika,salah seorang Elit Freemason dan juga dari 13 Keturunan Illuminati.Amat sukar untuk mendekatinya kerana beliau sebagai salah seorang Elit Freemason amat tahu segala kelicikan Rothschild.Apakah yang membuka hatinya untuk menentang Federal Reserved amatlah misteri.Oleh itu perancangan untuk menghapuskannya perlu dilakukan secara berhati-hati,penuh tipu muslihat dan tersembunyi di mana tiada seorang pun yang menyangka bahawa Tragedi Titanic itu sebenarnya ialah satu 'assasination'!Untuk membunuh Astor seorang,maka beribu-ribu manusia harus dikorbankan.Ini adalah trend The Hidden Hand setiap kali mahu melaksanakan kehendaknya.Ini samalah seperti mewujudkan Perang Dunia Pertama dan Kedua bagi menubuhkan PBB seterusnya meluluskan negara haram Israel.Nyawa manusia baginya ibarat sampah sarap yang tiada nilai langsung.
Pembinaan kapal Titanic dibuat begitu mewah dan digembar-gemburkan sedemikian rupa adalah bagi menarik ramai bangsawan dan jutawan Eropah.Dan sudah tentu ada yang mengiklankan kapal ini kepada John Jacob Astor.Sasaran mereka mengena.Jutawan pembelot Freemason itu bersetuju membeli tiket Titanic yang akan memulakan pelayaran sulungnya ke New York.
Dan cerita seterusnya kita pun tahu.Bukan sahaja Jack Dawson 'berkubur' di bawah Atlantik,malah John Jacob Astor juga 'tidur' dengan selamatnya di bawah sana.
Dan Rose DeWitt Bukater pasti menyumpah-nyumpah J.P Morgan jika dia tahu cerita ini. ...]]
*Banyak perkara yang diutarakan oleh sahabat saya M.O itu ada benarnya bukan?
Kita pergi jauh sedikit lagi dalam pembongkaran konspirasi ini.
Kata Kunci Pertama : seorang wanita bernama Wenny Kathe dijumpai pada tahun 1990, diselamatkan diatas gunus Es, dipercayai salah seorang penumpang Kapal Titanic yang terselamat.
Kata Kunci Kedua : Kapten Kapal Titanic Edward J.Smith pula dijumpai 1 tahun kemudian iaitu pada tahun 1991.
Untuk membongkar kisah pembohongan ini, izinkan saya meringkaskan apa yang ditulis oleh seorang blogger Indonesia ini : Sila Klik Sini :
[[... DUA orang korban musibah Kapal Titanic pada tahun 1912, tiba-tiba muncul dalam keadaan masih hidup. Secara fisik mereka tidak berubah persis seperti semula. Teori lorong waktu telah menjawabnya. Misteri peristiwa yang terjadi beberapa tahun yang lalu, dan yang membuat gempar adalah nasib mujur kemunculan kembali korban Kapal Laut Titanic yang masih hidup
Di antara kedua korban yang beruntung ini, yang satu adalah seorang penumpang wanita yang ditemukan pada tahun 1990, dan lainnya lagi adalah seorang kapten kapal Titanic yang ditemukan pada tahun 1991. Kapten kapal Smith ditemukan pada tanggal 9 Agustus 1991, setahun setelah ditemukannya seorang korban yang beruntung bernama Wenny Kathe, dia diselamatkan dari atas gunung es.
Selama berpuluh-puluh tahun hanyut terapung-apung di atas lautan, namun tidak membuatnya kelihatan tua dan lemah, Kapten Smith yang meskipun telah berusia 139 tahun, namun masih tampak seperti orang yang berusia 60 tahun lebih, dan bahkan dia masih menganggap bahwa saat itu adalah masa-masa sekitar tenggelamnya Kapal Titanic pada tanggal 15 April 1912. Melalui identifikasi sidik jari yang masih tersimpan dalam catatan pelayaran laut, maka bisa dipastikan identitas Kapten Smith.
Seorang lagi korban musibah Kapal Titanic, Wenny Kathe yang berusia 29 tahun diselamatkan di atas gumpalan es Samudera Atlantik Utara pada tanggal 24 September 1990. Namun yang membuat orang terkejut adalah sejak dia hilang pada tahun 1912 hingga sekarang, tidak terlihat tanda-tanda tua sedikitpun juga. Dia ditemukan dan diselamatkan di atas gumpalan es 363 km barat daya Islandia. Kantor pelayaran telah menemukan daftar nama penumpang Kapal Titanic dan menegaskan keaslian identitas dirinya. Smith, kapten kapal Titanic dan penumpangnya Wenny Kathe adalah saksi hidup orang hilang yang muncul kembali melalui lintasan lorong waktu. (sumber : rileks.com)
Tapi akhirnya saya menemukan dan saya percaya (walaupun bukti saya juga tidak kuat) bahwa web yang pertama kali mempopulerkan kisah ini di Indonesia adalah rileks.com yang mempostingnya pada tanggal 07 Juni 2008. Mungkin rileks.com menerjemahkannya dari uniquenews.blogspot.com atau blog kebenarannya.tripod.com.
Lalu sayapun meneruskan penyelidikan.
Pertama, saya membaca kisah ini dan berusaha memahaminya. Lalu, saya menemukan beberapa kejanggalan atau ketidakakuratan yang menurut saya cukup mengganggu.
Misalnya, kapten Smith harusnya berusia 141 tahun pada tahun 1991, bukan 139 tahun. Lalu disebutkan bahwa identitas kapten Smith diverifikasi dengan catatan sidik jari yang tersimpan di catatan pelayaran. Saya meragukan bahwa tahun 1912, catatan pelayaran sudah menggunakan sidik jari untuk mendata awaknya.
Kemudian di paragraf kedua, disebutkan bahwa Wenny Kathe diselamatkan dari gunung es, sedangkan di paragraf keempat disebutkan bahwa Wenny diselamatkan dari atas gumpalan es. Gunung dengan gumpalan es tentu saja berbeda.
Lalu, mungkin yang paling mengganggu adalah kontradiksi kalimat di dalam kisah itu.
Kisah di atas dikaitkan dengan fenomena lorong waktu karena disebut :
"Kapten Smith yang meskipun telah berusia 139 tahun, namun masih tampak seperti orang yang berusia 60 tahun lebih, dan bahkan dia masih menganggap bahwa saat itu adalah masa-masa sekitar tenggelamnya Kapal Titanic pada tanggal 15 April 1912 "
Tapi teori lorong waktu dipatahkan oleh kalimatnya sendiri yang berbunyi :
"Selama berpuluh-puluh tahun hanyut terapung-apung di atas lautan, namun tidak membuatnya kelihatan tua dan lemah."
Jika Kapten Smith terapung-apung di laut selama puluhan tahun, apakah itu ada hubungannya dengan lorong waktu ? Saya rasa tidak. Jika ia masuk ke dalam lorong waktu, maka ia hanya butuh waktu sekejap untuk sampai ke tahun 1991.
Karena itu, saya memutuskan untuk langsung mencari nama ini di tempat yang seharusnya, yaitu di daftar penumpang kapal Titanic yang tenggelam itu. Ya, di internet, daftar nama seperti sangat gampang ditemukan. Jadi, saya masuk ke encyclopedia-titanica.org dan...... Eureka !
Maksud saya dengan Eureka adalah saya MENEMUKAN bahwa nama Wenny Kathe TIDAK ada di dalam daftar penumpang Titanic. Wenny Kathe ternyata tokoh fiktif.
Karena itu potongan kalimat di atas mengenai Wenny Kathe yang berbunyi : "Kantor pelayaran telah menemukan daftar nama penumpang Kapal Titanic dan menegaskan keaslian identitas dirinya." adalah pernyataan palsu ! Ini adalah sebuah fakta !
Soal kapten Smith, kita semua tahu bahwa dia bukan tokof fiktif. Kapten Edward John Smith memang kapten kapal Titanic.
Sekarang, saya sudah mendapatkan satu fakta. Karena nama Wenny Kathe adalah tokoh fiktif, saya tidak bisa lagi menggunakan kata kunci itu di google. Lalu, saya bereksperimen dengan beberapa kata kunci dan akhirnya saya menemukan sebuah petunjuk yang mungkin bisa menjadi bukti yang konklusif dan kuat untuk meyakinkan kalian bahwa kisah ini adalah sebuah hoax.
Petunjuk yang saya maksud adalah sumber pertama kali kisah ini muncul di dalam bahasa Inggris.
Ya, Ternyata saya salah.
Saya salah karena ternyata bukan theuniquenews.blogspot.com yang pertama kali memuat kisah ini. Sumber pertamanya adalah majalah Weekly World News Edisi Juni 1992 !
Saya menemukan majalah ini di dalam arsip google books. Ini sampul majalah itu edisi Juni 1992.
Perempuan yang selamat dari Titanic yang disebut di majalah itu ternyata bernama Winnie Coutts, bukan Wenny Kathe. Pantas, saya tidak bisa menemukan nama Wenny Kathe di dalam media bahasa Inggris. Jadi, fakta selanjutnya yang kita ketahui adalah bahwa media Indonesia mengikuti kesalahan theuniquenews.blogspot.com.
Sayapun kembali ke encyclopedia-titanica.org untuk melihat daftar penumpang Titanic dan saya menemukan nama Winnie Coutts memang ada di daftar penumpang kelas III. Kalian bahkan bisa melihat harga tiket yang ia bayar di gambar ini. ...]]
Sila anda teliti kembali gambar-gambar yang di siarkan di blognya:
*Ternyata media massa kawalan Dajjal telah memanipulasi dan mencipta kisah penemuan seorang penumpang yang kononnya bernama Wenny Kathe ini, padahal jika diselidiki senarai nama penumpang yang menaiki Kapal Titanic, nama itu tidak wujud sama sekali dan mengikut blogger diatas, hanya nama Winnie Coutts yang tersenarai!
Jadi anda sudah Nampak sekarang bagaimana permainan mereka?
Oleh itu Filem Titanic - kisah percintaan yang tak kesampaian yang diarah dan diolahkan oleh Freemason dan hamba Dajjal James Cameron yang kononnya diadaptasi dari cerita benar seorang mangsa Tragedi Titanic adalah palsu semata-mata! Namun filem tersebut telah berjaya mengubah persepsi dunia menunjukkan tragedi itu benar-benar terjadi dan ia adalah sebuah tragedi malang yang tak disangka-sangka, malah telah menyebabkan bertong-tong atau bergelen-gelen airmata penonton seluruh dunia telah tumpah dengan tak semena-mena.
*Bagaimana pula dengan penemuan Kapten Edward J.Smith ? mengapa sejak sekian lama beliau baru ditemui? Mengapa dalam ribuan mangsa korban Titanic, beliau tidak tersenarai sebagai angka korban? Bagaimana beliau terselamat dan siapakah yang menyelamatkan beliau? Atau apakah ini satu lagi pembohongan mereka? Saya tinggalkan persoalan ini buat anda semua.
*Persoalan terakhir yang saya ingin kongsikan bersama disini ialah benarkah Kapal titanic dibina untuk karam?? Mungkin dengan membaca Artikel dari majalahsains.com dibawah, kita dapat menyimpulkan sesuatu! Anda akan terkejut dengan Fakta ini :
[ Sampel dari kajian ke atas besi Titanic juga menunjukkan ia mengalami kegagalan ductile-brittle transition pada suhu 320C! Bagaimana mungkin ia sesuai untuk digunakan pada suhu air dibawah tahap beku! Besi keluli moden hanya mengalami kegagalan ini pada suhu -60 C hingga -70C.]
Anda juga terkejut bila mendapati fakta bahawa rivet atau skru penyambung plat-plat besi Kapal Titanic kebanyakan menggunakan Rivet Steel yang lebih rapuh dan ringan berbanding Rivet keluli yang lebih kukuh dan berat.Rivet keluli hanya dipasang pada bahagian tengah kapal sahaja.Bukankah ini sengaja dibuat begitu agar kapal ini mudah pecah bila dihentam oleh objek keras di hadapan atau dari belakang? Lagi pula proses pemasangan dan mengetuk rivet tersebut adalah dengan menggunakan tenaga manusia, bukannya mesin.Oleh itu ia sudah terkeluar dari piawaian pemasangan kapal antarabangsa!
Sila baca : atau Klik Sini ke sumber asal.
Artikel dari web majalahsains.com :
[[... Ilmu Metallurgis : Menyingkap Peristiwa Mengapa Titanic Karam
March 29th 2010 | Posted by editor
Titanic dipercayai berasal dari nama satu dewa gergasi jahat yang perkasa pada pandangan orang Yunani. Lantaran itu nama sebuah kapal penumpang terbesar keluaran Ireland UK pada 1911 dinamakan sebagai Titanic yang turut bersaing dengan kapal penumpang Cunard Line’s Lusitania dan Mauretania. Perancangan awal telah dibuat untuk membina 3 jenis kapal dari White Star Liners dan bersaing dengan Lusitania dan Mauritania dengan memperkenalkan perkhidmatan kapal penumpang mingguan untuk penumpang dari Southampton, England, ke New York City. Kapal besar yang pertama ialah RMS Olympic dan RMS Titanic manakala RMS Britannic yang dibina kemudiannya gagal digunakan sebaiknya kerana hanya dijadikan hospital laut semasa Perang Dunia I.
‘Maiden voyage’ iaitu perjalanan sulung sesebuah kapal selepas siap dibina dilakukan dalam upacara gilang-gemilang. Malangnya, nasib yang menimpa RMS Titanic tidak sentiasa cerah seperti permulaanya. Misi perjalanan Titanic berakhir dengan karamnya kapal tersebut secara mendadak dan tidak disangka-sangka.
Penulis tidak pernah menonton filem Titanic yang ditayang pada tahun 1997 dahulu malah penulis langsung tidak berminat dengan lagu temanya atau bersimpati dengan kesedihannya seperti rakan-rakan yang lain.
Namun perbincangan bersama ‘staff melting crew’ di kilang penulis berkenaan kegagalan kejuruteraan Titanic menerbitkan sikap cakna kembali isu ini melalui persepsi analitikal yang meliputi isu konspirasi, nilai emosi, persejarahan, statistik serta tidak lupa juga bidang penulis iaitu metallurgi. Ya, di kampus dahulu, pensyarah penulis dalam bidang analisis kegagalan logam dari Pakistan ada mengajar berkenaan kegagalan Titanic melalui graf kegagalan besi yang dikenali sebagai ‘ductile-brittle transition’.
Kegagalan Fizikal (Physical Failure)
Kegagalan besi Titanic menahan ketulan ais besar tersebut bukan sekadar dikaji melalui ketahanan luaran (toughness) tetapi juga kemampuan logamnya dari segi impak tenaga (impact energy) semasa berada dalam suhu sejuk. Graf ‘ductile-britlle transition’ telah lama dikaji sebelum penciptaan kapal gergasi berkenaan. Bagaimana kapal tersebut boleh terkeluar piawaian apabila ia menjadi rapuh dalam suhu sejuk yang boleh dikatakan tidak terlalu melampau? Di sini teori metallurgi disambung pula oleh para penganalisa konspirasi kegagalan Titanic yang dicipta oleh White Star Line kepunyaan Belfast, United Kingdom.
Punca utama bagi peristiwa hitam itu adalah keterbatasan ilmu metallurgi saat itu terutama dalam menyediakan besi keluli (steel) yang tahan dan kuat tetapi tidak rapuh pada suhu sejuk. Analisa dan kajian mendalam hanya beroleh kejayaan beberapa tahun kemudian. Selepas karamnya Titanic, The White Star cuba mengubah suai kapal RMS Britainnic agar tidak mengalami nasib yang sama melalui penambahan ketebalan besi dinding sebanyak 2 lapisan. Dalam ilmu metallurgi moden, hal ini tidak akan menyelesaikan masalah melainkan spesifikasi besi diubahsuai sesuai dengan suhu sejuk melampau di lautan Atlantik. Kegagalan besi ini dipanggil ‘ductile-brittle transition’.
Fenomena ini berlaku dalam logam yang berstruktur BCC (body centered cubic) seperti ‘low carbon steel’, di mana ia menjadi rapuh pada suhu rendah dan pada kadar keterikan (strain) yang amat tinggi.
Namun begitu, jika Titanic menggunakan besi FCC (face centered cubic), ia boleh menyelamatkan keadaan kerana besi sebegini kekal mulur (ductile) dan kuat (toughness) pada suhu sejuk ekstrim.
Dalam logam, pengubahan plastik sifat logam berlaku pada suhu bilik melalui sesaran atom (dislocation). Tekanan (stress) diperlukan untuk menggerakkan atom, mengubah ikatan atom, struktur kristal, sempadan butir dan zarah-zarah mendakan.
Jika tekanan yang diperlukan untuk menggerakkan atom terlalu tinggi, logam akan gagal dan propagasi retakan (crack propagation) akan berlaku (brittle).
Dalam logam FCC, daya yang diperlukan untuk ubah atom (dislocation) tidak terlalu bergantung kepada suhu dan ia akan kekal mulur pada suhu sejuk.
Lanjutan dari fenomena inilah jurutera mula mencipta ujian Cryogenic. Cryogenic ialah kajian pengeluaran logam dan sifat logam itu pada suhu rendah di bawah −150 °C, −238 °F atau 123 K.
Dari satu aspek penganalisaan, kegagalan kejuruteraan atau kecuaian profesional ini juga berlaku melalui sikap ego dan bongkak manusia. Hal ini terbukti melalui pengalaman kisah Titanic yag melambangkan keangkuhan manusia zaman itu untuk belayar di atas lautan milik Allah SWT, tanpa tenggelam. Malah mereka mencipta retorik dan kemasyuran melalui ungkapan ‘unsinkable’ yang dihebahkan dalam semua media milik Britain.
Namun begitu, fakta tidak boleh dimanipulasi. Ungkapan ‘unsinkable’ lebih merujuk kepada promosi dan keangkuhan manusia dan ia dinafikan sendiri oleh arkitek marin yang mencipta Titanic, Thomas Andrews (lahir pada 7 Februari 1873) kerana semasa kejadian karam tersebut beliau berkata, “This is mathematical certainty”. Ya, melalui pengiraan tekanan air yang melimpah masuk melalui bahagian bawah hadapan kapal, ia telah memusnahkan salah satu enjin wap (boiler) Titanic. Air itu kemudiannya cukup untuk memberi tekanan dalaman serta memecahkan pintu enjin wap yang lain, dan akhirnya insiden ini berlaku secara domino.
Lihat ungkapan gah daripada kapten yang melayar Titanic, “When anyone asks me how I can best describe my experience in nearly forty years at sea, I merely say, uneventful. Of course there have been winter gales, and storms and fog and the like. But in all my experience, I have never been in any accident… or any sort worth speaking about. I have seen but one vessel in distress in all my years at sea. I never saw a wreck and never have been wrecked nor was I ever in any predicament that threatened to end in disaster of any sort.” – Kapten E.J. Smith, Kapten RMS Titanic.
Bayangkan sebuah kapal yang cukup besar memuatkan hampir 2000 manusia ini dicipta untuk menjadikan mereka lupa bahawa mereka berada di lautan, cukup mewah dan stabil, akhirnya hampir 90 tahun ia menjadi taman untuk ikan-ikan di lautan. Perancangan Tuhan, RMS Titanic akhirnya hanya menjadi tukun untuk pembiakan ikan.
Perkauman dan keangkuhan turut terserlah melalui bantuan selektif yang diberikan semasa peristiwa Titanic karam. Penyiasat kes mendapati Titanic sebenarnya hanya memiliki ruang bot penyelamat yang cukup untuk kelas pertama sahaja manakala untuk kelas 2 dan 3 tidak mencukupi.
Dalam tulisan ini cukup dahulu untuk kita meneliti kegagalan metallurginya berbanding perbincangan biasa iaitu topik kecuaian dan keangkuhan.
”Baik mari kita perhatikan permulaan kajian metalurgi Titanic”.
Bangkai kapal ini ditemui semula pada kedalaman 4 kilometer di 600 km tenggara Mistaken Point Newfoundland. Para saksi berpendapat perlanggaran geseran di dinding Titanic dengan ais ketul besar menyebabkan pemecahan besar berlaku pada dinding kapal tersebut. Air sejuk yang menderu memasuki ruang bawah menyebabkan suhu dalaman kapal turut turun mendadak dan menjadikan kegagalan besi untuk kekal mulur dan kuat. Dengan teknologi sonar, sainstis berjaya menjumpai bahagian tepi kapal yang menjadi punca karam.
Analisa terperinci pada plat kecil besi mendapati kegagalan metallurgi yang menyebabkan besi hilang sifat elastik dan menjadi rapuh pada suhu sejuk dan ini mengakibatkan wujudnya titik lemah rapuh yang teruk.
Masalah Spesifikasi Kimia Manganese Sulfida
Serpihan keluli dinding juga didapati mengandungi kandungan fosforus dan sulfur yang amat tinggi iaitu sebannyak 4 kali ganda dan 2 kali ganda masing-masing berbanding kandungan besi moden yang digunakan dengan nisbah mangan-sulfur 6.8:1 berbanding besi moden dengan nisbah 200:1.
Partikel MnS (Manganese sulfide) telah dikenalpasti melalui EDAX.
Kandungan manganese perlu tinggi kerana manganese akan menangkap sulfur untuk membentuk sebatian MnS. Ketinggian kandungan fosforus akan memudahkan permulakan keretakan selepas dilanggar, sulfur pula menyebabkan wujudnya sebatian ionik FeS (2-3%) yang menyebabkan perebakan kepada keretakan. Jadi manganese yang turut menyumbang kepada sifat mulur pada keluli amat perlu ditambah dalam spesifikasi besi bagi kegunaan laut yang dingin.
Selain itu, manganese mempromosi struktur FCC yang bersifat ‘austenite’ yang kekal mulur pada suhu lampau sejuk. Tidak hairanlah jika hari ini kapal-kapal banyak menggunakan besi tidak-magnetik. Besi tidak-magnetik antaranya adalah berstruktur atom FCC-austenite. Manakala keluli Titanic yang bersifat BCC adalah pearlite dan ferrite.
Sampel dari kajian ke atas besi Titanic juga menunjukkan ia mengalami kegagalan ductile-brittle transition pada suhu 320C! Bagaimana mungkin ia sesuai untuk digunakan pada suhu air dibawah tahap beku! Besi keluli moden hanya mengalami kegagalan ini pada suhu -60 C hingga -70C.
Permasalahan Mikrostruktur Rivet
Besi Titanic mungkin antara yang terbaik pada zamannya (1900an). Keluli ini dimasak dengan menggunakan ‘acid-lined, open-hearth furnaces’ di Glasgow yang menyebabkan proses ‘refining’ tidak boleh dilakukan untuk mengurangkan kandungan fosforus dan sulfur.
Faktor lain adalah kegagalan rivet yang digunakan. Rivet adalah umpama skru penyambung plat-plat besi untuk membina badan kapal. Sebanyak 48 rivet ditemui semula dan melalui analisa, didapati rivet itu terlalu mudah pecah. Malah mikrostrukturnya menampilkan kandungan ‘slag’ yang merupakan bahan buangan semasa perleburan besi. Slag bersifat ‘glassy’, rapuh dan mengandungi oksida-oksida ionik yang tidak diperlukan oleh keluli. Tambahan pula bahan yang digunakan untuk menbuat rivet adalah ‘wrough iron’ yang rapuh. Maklumat tambahan yang dijumpai menjawab persoalan kenapa ‘rivet iron’ yang digunakan terlalu ringan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kelajuan kapal hingga mampu belayar 6 hari sahaja ke Amerika. Ia juga bertujuan mengurangkan berat kapal sebanyak 2500 tan! Sepatutnya rivet keluli (rivet steel) digunakan. Benar, Titanic juga menggunakan rivet keluli tetapi hanya pada tengah dinding kapal sahaja. Malah rivet Titanic dipasang dan diketuk menggunakan tenaga manusia yang semestinya tidak piawai!
Keretakan akibat Fosforus dan Sulfur
Semasa ekspedisi kajian di Atlantik Utara dibuat pada tahun 1996, serpihan besi terus dibawa ke University of Missouri-Rolla dan langkah pertama ialah mengenalpasti spesifikasi kimianya terlebih dahulu.
Spesifikasi kimia-aloi yang digunakan oleh Titanic ialah karbon 0.21%, manganese 0.47%, fosforus 0.045%, sulfur 0.069%, kuprum (Copper) 0.024%, oksigen 0.013% dan nitrogen 0.0035%.
Spesifikasi ini bersamaan ataupun hampir serupa dengan besi piawai ASTM iaitu A36 yang merupakan besi karbon biasa yang langsung tidak sesuai untuk suhu sejuk.
A36 mengandungi karbon 0.20%, manganese 0.55%, fosforus 0.012 %, sulfur 0.037%, silikon 0.007%, kuprum 0.01%, oksigen 0.079 % dan nitrogen 0.0032%.
Lihat perbezaan kandungan fosforus dan sulfur besi pada Titanic dan A36. Walaupun spesifikasinya hampir sama, namun kandungan fosforus dan sulfur Titanic amat tinggi! Malah nisbah MnS bagi Titanic hanya 6.8:1, manakala A36 ialah 14.9: 1. Untuk keluli FCC-austenite yang digunakan oleh saintis moden pula nisbahnya ialah 200:1 iaitu manganese yang cukup banyak untuk memerangkap sulfur.
Kandungan nitrogennya yang rendah menunjukkan ia tidak dimasak dengan proses Bessemer. Oleh itu, kerapuhannya tidak disebabkan oleh nitrogen. Pada awal abad ke-20, satu-satunya cara memasak besi keluli struktur ialah melalui proses ‘Open Heart Furnace’ sebelum berpindah ke metod ‘Basic Oxygen Furnace’. Disebabkan itulah kandungan oksigennya tinggi, manakala kandungan silikonnya rendah dan ini menunjukkan ia telah mengalami proses pengoksidaan separa atau semikilled steel. Kandungan oksigen yang tinggi juga boleh menyumbang ke arah kerapuhan keluli.
Dinding dapur berasid (Acid lining) pada dapur Open Heart boleh menyebabkan kandungan fosforus dan sulfur menjadi tinggi. Dinding refrektori dapur Open Heart ini bersilikon dan ini menyebabkan ia tidak bereaksi dengan fosforus dan sulfur sekaligus menatijahkan kandungan yang melampau bagi dua unsur ini.
Jika dibandingkan ciri impaknya, keluli A36 moden jauh lebih tahan pada suhu yang dingin iaitu memiliki tenaga impak 20 Joule pada -270C manakala besi keluli Titanic adalah pada 320C sedangkan suhu laut pada saat karamnya Titanic ialah -20C.
Besi untuk Titanic adalah yang terbaik pada era 1909 hingga 1914.William Garzke dan beberapa pengkaji logam turut mengakuinya. Dalam laporan mereka tertulis, ‘the steel used in the Titanic was the best available in 1909-1914’. Hingga hari ini tiada kapal yang mampu menahan sehingga 39 000 ton air yang menderu masuk ke bahagian hadapan kapal sepertimana yang dialami oleh Titanic.
Terlalu banyak kajian-kajian dari unjuran metallurgi dilakukan terhadap kes Titanic ini sama ada oleh pihak kerajaan Perancis, Britain dan Amerika, kajian universiti, perseorangan dalam bentuk web atau makalah. Kajian ini kadangkala sukar difahami oleh masyarakat dan ia perlu diperjelaskan agar kegagalan dan kelemahan kejuruteraan dapat diminimakan serta diperbaiki untuk kesejahteraan penduduk dunia hari ini.
Catatan: // Penulis merupakan jurutera metalurgis di sebuah syarikat pengeluar besi dan keluli.Rencana ini pernah muncul di Dewan Kosmik Januari 2010 ...]]
( Anda boleh membacanya lagi disini : Klik )
Sangtawal Sakranta….

*************

**************
*Sebagai penutup kepada artikel ini saya ingin membuat satu kesimpulan berpandukan penemuan dan hasil kajian saintis bahawa : Ketika Titanic melakukan tindakan memusing arah haluannya ke kiri 450 meter sebelum bertembung dengan gunung ais itu , ia telah menghasilkan kecepatan 25 knot dan daya tekanan bernilai 14.000 Psi pada rivet (paku sumbat kapal). Namun ketika dilakukan ujian keatas rivet steel Titanic , ianya telah patah dan pecah hanya dengan daya tekanan sebanyak 9000 Psi sahaja! Selain itu satu ujian dengan kaedah ujian electron rongga , didapati rongga dalam rivet Titanic adalah lebih besar berbanding dengan rongga piawai !( Anda boleh membacanya lagi disini : Klik )
Sangtawal Sakranta….
phewwwww ~~~
ReplyDeleteSalam saudara sangtawal...
ReplyDeletewah! hebat pendedahan ni... tak ramai yg mengetahuinya... bagus saudara, teruskan pendedahan spt ini... mngkn lps ni blh dedahkan pula tragedi terhempasnya helikopter nuri yg satu masa dulu kerap berlaku di malaysia? hehe...
Wassalam...
-Orang Gombak
Bijak-bijak...
ReplyDeletemantap!!!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletefrodo,tarakoko, dan anon@ 12.07pm,
terima kasih.
orang gombak,
terima kasih,
helikopter nuri??? he he he, rasanya tak payah nak buat kajian...buang masa je.
nuri dah masuk kategori besi buruk dan ketinggalan zaman! kalau ia jenis yg canggih sikit, teruja juga saya nak buat kajian kenapa ia kerap terhempas! :)
kalau membazir duit rakyat buat beli benda lain tu boleh,,,, entahlah... semenjak dua menjak kerajaan satu malaysia ni, dah hilang mood saya untuk tulis artikel berkaitan politik dan kerajaan... amat mengecewakan!
wassalam.
menarik !!
ReplyDeletetapi tentang selat teberau . TERKEJUT !!!
MInta jelas lagi tuan
salam buat anon@ 6.11pm,
ReplyDeletetunggu berkaitan dengannya dalam artikel terbaru saya, Debu konspirasi dari lembah Nil - bhg 2.
insyaAllah.
wassalam.
Salam ziarah, semoga engkau sihat n gmbira slalu dlm pemeliharaan Allah SWT.
ReplyDeleteMengenai teori terowong masa tu, saya pernah baca di blog mistisfiles. Sangka saya ada kaitan dgn penemuan 2 orang tu, rupanya tidak.. Lagi satu, Ibnuyaacob penulis blog Dajjal: The King of the World Conspiracy tak percaya teori ni. Tapi dalam artikelnya dia tulis 'mesin masa', blog mistisfiles menyebutnya 'terowong masa' - sama tapi tak serupa kut? Jika engkau rajin tolong ulas sikit pasal terowong ajaib ni..
salam merah_s,
ReplyDeleteterowong masa ada dalam diri kita, teknologi Qalbu!
wassalam.
saya sokong saudara..
ReplyDeleteorang2 'mereka' x mampu utk cari saudara ke? hebat saudara.. berani!
xsgka dngan niat suke2 untuk tahu ttg kekaraman kapal termewah ini telah menemukan saya dengan kisah sbnar yg penuh kekejaman...tapi sjauh mana kesahihan ini?
ReplyDeleteassalamualaikum tuan rumah
ReplyDeleteterdetik di hati sy pautan konspirasi titanic ini dgn mh370. sama tapi tak serupa, namun ada guideline point utk diperiksa lebih lanjut terutamanya kebetulan utk 2 perkara iaitu kapal/pesawat yg diyakini paling selamat dan lautan dalam.
terima kasih atas perkongsian ini.
kenapa ia tenggelam?
ReplyDeletejawapan nya ialah sengaja ditenggelamkan kerana satu tujuan................ ia itu untuk.
Membunuh bangsa yahudi...........
penumpang titanic adalah rata rata terdiri dari bangsa yahudi poland.
Pemilik titanic mungkin menerima bayaran tertentu dari musuh yahudi ketika itu........ia itu German.