Tuesday, March 02, 2010

Telah Tertulis As-Siddiq Yang Akan Membantu Dan Membenarkan Al-Amin Dalam Kitab Mereka



Tajuk : Telah Tertulis As-Siddiq Yang Akan Membantu Dan Membenarkan Al-Amin Dalam Kitab Mereka.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sebenarnya Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu daripada Nabi Muhammad saw telahpun menyampaikan berita gembira tentang kedatangan Nabi akhir zaman. Apa yang belum pernah atau jarang kita dengar ialah tentang cerita sahabat nabi serta tanda-tanda atau bukti untuk mengenali mereka juga pernah disebut dan tercatat dalam kitab-kitab mereka, namun mereka sengaja menutupi atau menghapuskan catatan ini demi mempertahankan agama dan pegangan mereka.

Sebenarnya manusia hebat tersebut , iaitu sahabat Nabi yang bernama Abu Bakar RA ini sudah disebut-sebut namanya sebagai seorang pemuda yang akan membantu Rasulullah saw dalam menyebarkan agama islam sejak sekian lama dalam kitab-kitab mereka iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Berikut ini adalah artikel yang saya petik dari sebuah buku tulisan Abdul Latip Talib berjudul Bilal Bin Rabah, iaitu petikan sekitar perbualan antara Saidina Abu Bakar dan Bilal Bin Rabah sebelum keislaman Bilal ditangan Abu Bakar pada mukasurat 56 hingga 60.Kisah ini ditulis dengan baik sekali oleh Abdul Latip Talib seperti berikut :


[ “Wahai Bilal,adakah kamu percaya jika saya katakan Muhammad itu tidak pernah bercakap bohong hingga digelar Al-Amin?”.tanya Abu bakar.

“Saya percaya” jawab Bilal.

“Wahai Bilal,adakah kamu percaya akan datang seorang lelaki yang membawa kebenaran? Dia mendapat wahyu dari langit bagi disampaikan kepada sekalian manusia” Tanya Abu Bakar lagi.

“Saya percaya kerana ibu saya pernah mengatakannya begitu” jawab Bilal.

“Pendeta Yahudi dan pendeta Nasrani juga percaya kerana perkara itu ada tertulis dalam kitab mereka bahawa akan muncul seorang nabi akhir zaman” kata Abu Bakar.

“Muhammad itu adalah lelaki yang diutus Allah membawa kebenaran.Dia diberi tugas menyebarkan agama islam kepada seluruh umat manusia hingga akhir zaman”kata Abu Bakar lagi.

“Muhammad mengaku menjadi utusan Allah dengan membawa kebenaran.Bolehkah kita mempercayai kata-katanya itu? Dan apakah kebenaran yang dibawanya?” Bilal terus mengemukakan pertanyaan dengan penuh minat.

“Seperti yang kita sudah tahu,Muhammad tidak pernah bercakap bohong sehingga dia digelar Al-Amin.Kerana itu,saya yakin apa yang dikatakannya itu adalah benar.Tambahan pula dia lelaki yang paling baik di kalangan kita.Memang layak dia diutus menjadi pesuruh Allah” Abu Bakar pula tidak jemu-jemu menjawab pertanyaan Bilal.

“Apa pula kebenaran yang dibawanya?” Tanya Bilal lagi.

“Dia mengajak manusia menyembah Allah.Melarang kita melakukan kejahatan dan kezaliman.Seruan yang sama juga disampaikan oleh nabi-nabi sebelum Muhammad.Bagi membuktikan kebenaran itu,dia dikurniakan mukjizat”

“mukjizat?” tanya Bilal.

“Setiap pesuruh Allah didatangi malaikat dan dikurniakan sesuatu kelebihan yang luar biasa.Muhammad didatangi malaikat Jibrail dan dikurniakan mukjizat itu (Sangtawal: mukjizat Al-Quran)”

“Itu adalah malaikat Jibrail yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa.Malaikat yang sama juga menemui Muhammad semasa berada di dalam Gua Hirak” cerita Abu bakar dengan panjang lebar.

“Wahai tuan,boleh ceritakan bagaimana tuan boleh menjadi pengikut Muhammad? Adakah Muhammad memujuk tuan ataupun menjanjikan sesuatu?” Tanya Bilal.

“Muhammad menyeru manusia supaya menyembah Allah dan mengakui dia pesuruhNya.Dia tidak memaksa sesiapa menjadi pengikutnya.Muhammad juga tidak memberikan apa-apa, Cuma mengatakan sesiapa yang menyembah Allah, di akhirat kelak mendapat balasan syurga” jawab Abu bakar.

“Tuan belum menjawab pertanyaan saya.Bagaimana tuan boleh menjadi pengikut Muhammad?” desak Bilal.

Abu Bakar pun menceritakan peristiwa yang menyebabkan dia memeluk islam.Ketika Muhammad diutus menjadi pesuruh Allah, Abu Bakar berada di Yaman berniaga.Di sana ada seorang pendeta alim,rajin membaca kitab dan mempunyai ramai anak murid.Pendeta itu datang menemui Abu bakar lalu bertanya :

Adakah dia datang dari Kota mekah? Abu Bakar menjawab memang benar dia datang dari tanah suci Mekah.

Adakah dia daripada kaum Quraisy? Benar kata Abu bakar.

Adakah dia dari Keluarga Bani Tamim? Tanya pendeta itu lagi.Abu bakar terus mengiakannya.

“Boleh saya melihat perut dan paha kiri kamu?” Tanya pendeta itu lagi.

“Saya tidak akan tunjukkan selagi tuan tidak berterus terang” kata Abu Bakar.

“Di dalam kitab yang saya baca, ada dinyatakan akan diutus seorang nabi di kota Mekah.Dia akan dibantu oleh seorang lelaki yang kulitnya putih,badannya kurus dan ada tahi lalat di perut dan satu tanda pada paha kirinya.Saya mahu melihat tanda itu pada diri tuan” pinta pendeta itu.

Abu Bakar bersetuju memperlihatkan perut dan paha kirinya lalu pendeta itu pun berkata:

“Demi tuhan yang menguasai Kaabah,memang benar firasat aku bahawa tuan orangnya”

Sebelum berangkat balik ke Mekah, sekali lagi pendeta itu menemui Abu Bakar lalu diberinya serangkap syair bagi dibacakan di depan Kaabah.Abu bakar bersetuju dengan permintaan orang tua itu.Apabila sampai di Mekah, orang ramai bercerita mengenai Muhammad yang mengaku diutus menjadi pesuruh Allah. Abu Jahal dan Abu Lahab meminta Abu Bakar bertanyakan Muhammad mengenai perkara itu.Kebetulan mereka memang bersahabat baik.

“Wahai Muhammad,apakah bukti yang membenarkan kamu diutus menjadi rasul?” Tanya Abu Bakar.

“Orang tua yang kamu temui di Yaman” jawab Nabi Muhammad.

“Orang tua yang mana satu?” Tanya Abu Bakar lagi.

“Orang tua yang mahu melihat bukti pada perut dan paha kirimu.Dia juga yang memberi kamu serangkap syair bagi dibacakan di depan Kaabah” jawab Nabi Muhammad.

“Siapakah yang memberitahu kamu perkara ini? Kerana tidak ada sesiapa yang tahu selain kami berdua” kata Abu bakar.

“Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelum saya” jawab Nabi Muhammad.

Bilal terharu mendengar kisah yang diceritakan Abu Bakar,lantas terbuka hatinya mahu menerima islam! ]

* ( Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada penulis buku diatas – Abdul Latip Talib atas info yang jarang kita ketahui ini!)

Selepas itu Abu bakar sentiasa membenarkan apa yang Nabi Muhammad sampaikan dan selalu membantu dan bersama Nabi saw dalam keadaan susah dan senang sebagai seorang sahabat sejati dan juga terpilih menjadi sebagai bapa mertua kepada Nabi Muhammad saw sehingga dia terkenal dengan gelaran As-Siddiq.

Jika As-Siddiq itulah lelaki Bani Tamim yang membantu Muhammad Al-Amin. Maka di akhir zaman ini siapakah pula Pemuda Bani Tamim yang akan membantu Al-Mahdi? Mungkin rahsia yang tercatat atau yang tersimpan tentang siapa Pemuda Bani Tamim yang akan membantu Al-Mahdi sengaja dipadamkan atau disembunyikan oleh mereka ataupun ianya sudah berada dalam genggaman mereka (Dajjal dan kuncu-kuncunya)???

Mungkinkah Pemuda Bani Tamim itu berketurunan dari Ahlul Bait yang berasal dari Yaman ???

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


15 comments:

  1. 1.dari mana penulis buku dpt skrip ini.siapa periwayatnya?.

    2.bukankah abuya ashaari dah istiharakan dia sbg pemuda bani tamim.

    3.perlukah kita percaya mitos pem.bani tamim yg tak ada kesudahan ini?

    4.mahdi,yg percya dan yg tidak percya mana yg rosak akidahnya?.atau tak ada sangkut paut dgn akidah?.

    sekadar tanya utk lebih faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamu,alaikum wbt
      Aku menjawab bgi pihak sangtawal:-

      Ya mungkin abuya dari bani tamin..

      Namun halilintar kebenaran itu sulit di kenali..jika sampai nama nya di akui umum..nyata bohong lah ia..
      Demi kebenaran
      Pada kata ku ini
      JIBRIL SAKSI KU

      Delete
  2. ape yg dimaksudkan dengan bani tamim yg sebenarnye ? sy semakin keliru ..
    sy minat dengan karya sangtawal sebenarnye.

    ReplyDelete
  3. dalam banyak2 cerita Al-Mahdi mengapa hati ku sangat berdetik apabila membaca artikel ini...Arwah guru ku pada lewat 1986 pernah menceritakan dia akan bangkit sebelah-belah Pakistan..patutlah tangan2 zionis menggerakkan tentera ke sana...walaupun Afghan sudah hancur...Artikel ini.. http://sites.google.com/site/muslimisraelis/home

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.
    1. kenapa saudara sang tawal tidak respon surat pertama?
    2. saya sudah pun memiliki buku kisah saidina abu bakar karya abd. latif dan kandungannya memang great. 3. kenapa kita tidak yakin kalau bani tamim itu sendiri dari kelompok kita? bukankah bani itu merujuk kepada bangsa dan tamim [huruf ta dan mim] itu menunjukkan tanah bagi ta dan melayu bagi mim dan saya yakin abuya ashaari adalah fata at tamimi yang dijanji kerana jika anda mengenali sosok beliau maka anda akan kenal siapa fata at tamimi dan al mahdi al muntazar.
    4. saya yakin sang tawal mempunyai banyak masa untuk mengkaji siapa abuya tanpa prejudis dari mendengar dan merujuk dari sebelah pihak saja.
    5. jika sudah habis mengkaji apa kata sang tawal berkongsi maklumat dan siarkan di dalam ruangan kegemaran saya ini.
    6. tahniah dan syabas kerana membongkar sejarah dan kehebatan bangsa kita tetapi sedarlah bahawa bangsa kita mempunyai satu tugas berat dan sang tawal mungkin memahami maksud tulisan saya.

    ReplyDelete
  5. Di dlm al quran, apabila tuhan ceritakan ttg org arab munafik, ianya di eja Alif Ra Alif Ba (Araba). Tetapi apabila merujuk kpd bahasa kitab2 yg diturunkan, ianya ditulis Alif Ra Alif Ba Ya Alif iaitu Arabia. Ini bermakna bahasa nabi2 ialah bahasa tertua di dunia dan ditulis spt jawi. Nabi di dlm al quran bernama Ahmad (Ahamada). Fikirkan al quran semasa diturunkan tanpa baris dan tanda. Apakah bangsa lain di semenanjung arabia yg mampu menulis dan mamahami arabia? Mengapa org2 Melayu di zaman dulu di panggil dgn ahmad, manakala cina ah kau? Dimanakah hendak belajar ttg kitab2 sebelum al quran iaitu taurat dan injil selain dari di timur tengah? Mengapa kelantan di panggil serambi mekah? Mengapa org2 cina dtg ke semenanjung emas dan mengetahui selok belok tempat2 di sini?

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Anon@7.20am (mungkin anon yg kedua dan ketiga juga anda?)

    Terima kasih atas komen,
    Penulis buku tersebut adalah seorang novelis sejarah islam yang berpengalaman dan buku-bukunya berbentuk novel islam amat laris di pasaran.saya fikir beliau mempunyai sumber yang sahih, mungkin juga sumber itu dari sejarah yang ditulis oleh orang arab sendiri.itu sebabnya rasanya apa yang beliau tulis itu tidak ada dalam hadis-hadis sahih.(betulkan saya jika saya silap)

    Memang ashaari pernah mendakwa dirinya PBT(pemuda bani tamim), namun itu dakwaan beliau sahaja,isu ini menjadi satu yg kontroversi suatu masa dahulu dan saya tidak mahu mengulasnya lagi.secara peribadinya saya sukar untuk meyakini beliau adalah PBT.

    baik Al mahdi ataupun PBT, ia banyak diperkatakan oleh ulamak-ulamak muktabar silam, jadi apa salahnya kita juga mengambil tahu hal ini.untuk mengatakan kita wajib percaya pun ia tidak termasuk dalam rukun iman yang 6, oleh itu selain dari isu al-mahdi dan PBT ini, banyak lagi isu-isu lain yang berlegar sebenarnya jika kita mahu mengambil kira ianya berkaitan dengan akidah atau tidak.mungkin ada diantara pembaca sekalian boleh berkongsi ilmu tentangnya di sini.

    Bani Tamim sebenarnya merujuk kepada satu suku kaum dari bangsa Quraisy.Satu persoalan yang sedang dibincangkan ialah sebenarnya antara Kabilah Tamim dan Bani Tamim adalah dua puak yang berbeza.Oleh itu saya lebih meyakini yang Saidina Abu Bakar dari Kabilah Tamim.Kabilah Tamim memang banyak dan bertaburan di tanah Arab.Bani Tamim yang disebut-sebut itu pula adalah satu puak yang kecil dari keturunan Saidina Ali dan dari kalangan Ahlul Bait.Bani Tamim berpindah dari tanah Hijaz selepas dihalau dan diburu oleh Bani Saud, Bani Tamim ini pun berpecah dan berhijrah ke Yaman dan ada juga yang sampai ke Nusantara ini.

    jawapan kepada anon ke-3;
    bukan saya tak respon ,tetapi sengaja menunggu komen-komen seterusnya.Ya, memang buku-buku tulisan beliau hebat dan anak sulung(11tahun) saya adalah diantara peminatnya.hampir kesemua buku tulisan pak latip dibelinya, saya sekarang sedang membaca buku saidina Abu Bakar, tapi masih belum mampu menghabiskannya lagi.

    Ya, sudah ramai yang tahu dan mendakwa yang Ta dan Mim yang membina kata Tamim itu adalah merujuk pada Tanah Melayu,ia amat menarik dan saya masih mengkajinya.

    Dalam kebanyakan Hadis Nabi tidak disebut secara khusus yang akan membantu al-mahdi itu PBT, tapi disebut namanya Syuaib Bin Saleh sahaja.

    Ammar bin Yasir RA berkata,
    “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

    Tentang saranan saudara untuk mengkaji tentang siapa abuya ashaari tu,insyaAllah saya akan buat. :)

    Orang Jelai,
    Terima kasih atas komen dan info,
    saya pernah membaca laman web tersebut suatu masa dahulu.apa yang ditulis itu ada kebenarannya.Namun bila kita kaji betul-betul misi dan perjuangan nenenda kita Syeid Hussien Jamaluddin Kubra ke Nusantara, kita akan dapat membuka banyak simpulan rahsia berkaitan dengan Bani Jawi dan kebangkitan dati Timur.

    Mahadaya,
    Terima kasih atas komen dan info.

    wassalam.

    ReplyDelete
  7. bagus sekali kajian ttg itu semua..saya rasa bukan kat melaysia mungkin kat tempat lain.

    ReplyDelete
  8. Assalamu Ala man ittaba'a' al-Huda

    Terima kasih kerana membaca menyiarkan ulasan ini, sudah lama saya tidak buat ulasan dalam blog ini ya.

    Mungkin hampir 1/2 daripada ulama yang muktabar tidak mempercayai Imam Mahdi. Imam Bukhari dan Muslim tidak menulis hadis Imam Mahdi dalam kitab mereka.

    Manakala yang percaya Imam Mahdi mengatakan hadis-hadis Imam Mahdi adalah Mutawatir.

    Namun apabila dirujuk, saya lihat sandaran-sandanran dan juga matan (isi hadis) berlawanan satu sama lain. Memeningkan kepala.

    Mungkinkah ianya satu penjagaan yang khusus untuk Imam mahdi itu sendiri, atau cerita ini hanya dijadikan sebagai satu penggerak Ummah sahaja?

    Walaubagaimanapun, seperti kisah-kisah yang diceritakan oleh Israel, kita tidak boleh menolaknya kerana takut ianya benar, dan tidak boleh menerimanya mentah-mentah kerana takut ianya adalah dusta.

    Jika kita baca silsilah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (Imam Wahabi) ia juga berketurunan Bani Tamim, walaupun tanpa mengakui dirinya adalah Imam Mahdi atau pemuda bani Tamim.

    Pendapat saya, Jika sekiranya pendapat mengenai dengan Imam Mahdipun begitu rambang, maka bagaimana pula dengan pembantunya, maka tentulah semakin rambang.

    Apakah peranan kita nanti jika ada seseorang mengatakan dirinya ialah Pemuda Bani Tamim itu, atau sekumpulan ulama mengatakan bahawa pemuda yang ada bersama mereka ialah Imam Mahdi?

    Adakah kita akan turut berjuang bersamanya melawan Kafir Harbi, atau kita akan lari menyelamaatkan diri?

    Sila fikir-fikirkan dan sila persiapkan diri anda, Kerana mungkin mereka sudah muncul didunia ini.

    Dan tuan-tuan dipersilakan dengan hormatnya melayari,

    http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

    dan

    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    semoga Allah swt menerima amalan kita semua dan memaafkan segala kesalahan kita?

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Abrar,
    terima kasih atas komen dan pendapat tuan.

    Muhammad,
    Terima kasih atas komen dan info.

    buat anon pertama kat atas @7.20am,
    dari pembacaan saya, ada satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud dimana Abu Bakar sendiri yang menceritakan sendiri kepadanya tentang bagaimana dia memeluk islam dan mempercayai kebenaran Nabi Muhammad, ceritanya hampir sama dengan cerita yang ditulis oleh Abdul Latip kecuali dalam kisah Ibnu Mas'ud itu pendeta atau orang tua itu menyebut ada dua orang lelaki yang akan membantu Muhmmad , seorang sudah agak berumur dan seorang pemuda.Yang agak berumur itu Abu Bakar memandangkan umur beliau lebih tua dari Nabi Muhammad dan yang muda itu tidak dinyatakan siapa dan saya berkeyakinan dia ialah saidina Ali.

    *Apa yang saya CUBA sampaikan disini ialah betapa dalam kitab-kitab mereka ,memang ada rahsia atau ciri-ciri watak utama personaliti akhir zaman!!! bukan rahsia atau ciri-ciri Nabi sahaja,malah tentang sahabat nabi juga - begitu tepat dan teliti sekali ciri-ciri itu seperti tahi lalat di bahagian pusat dan tanda di paha kiri, itu amat spesifik! jadi, sama-samalah kita mencari dan berkongsi ilmu tentangnya demi kebaikan umat dan kebaikan bersama.

    wassalam.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum

    ini pada pandangan saya

    salasilah PBT dan Imam Mahdi

    nabi adam
    +
    nabi nuh
    +
    nabi ibrahim+siti hajar+siti sarah+mayang mengurai
    +
    nabi musa
    +
    ...............+iskandar zulkarnain( mashrik dan magrib)
    +
    hikayat merong mahawangsa
    +
    NABI MUHAMMAD SAW(bani hasyim,quraish)
    +
    abu bakar al sidiq(sulalatus salatin)
    +
    Maharaja..........(fakih)keturunannya menyebarkan islam diawal penyebaran(sulalatus salatin)
    +
    samudera+perlak+pasai+aceh+patani+sulu+campa+brunei
    +
    Fatimah al zahra+saidina ali
    +
    Hassan dan Hussien
    +
    Keturunan Ahlul bait gelombang pertama dari negara china
    +
    ...............(ahlul bait gelombang pertama dari yaman + india)
    +
    keturunan kesultanan kedah + keturunan
    kesultanan kelantan
    +
    ......................

    *pada pandangan saya pemuda bani tamim dan imam mahdi adalah berdarah ahlul bait nabi muhammad saw

    ReplyDelete
  11. Salam buat wau @layang2,
    terima kasih atas info, wau!!!sulitnya! :D
    selamat membaca!

    wassalam.

    ReplyDelete
  12. surah 20
    Taha
    [1]
    Taa' Haa.
    [2]
    Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
    [3]
    Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
    [4]
    (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
    [5]
    Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
    [6]
    Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
    [7]
    Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
    [8]
    Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
    [9]
    Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
    [10]
    Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
    [11]
    Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
    [12]
    "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
    [13]
    "Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
    [14]
    "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
    [15]
    "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
    [16]
    "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.


    assalamualaikum.
    bila sy baca terjemahan ayat 12 surah ke 20 ni,terasa meremang bulu roma.ditambah dengan ayat2 seterusnya..SubhanALLAh..Maha Suci Engkau yang Mentadbir Sekalian Alam..Teguhkanlah Iman Kami.Engkau Peliharalah jiwa kami.Hanya kepadaMu lah tempat kami bermohon.

    ReplyDelete
  13. salam buat anon@11.53am
    terima kasih atas komen.

    wassalam

    ReplyDelete
  14. Ya memang bani tamim dari bangsa kita..
    Kerna bangsa kita saja lah..
    Yg belum..menakluk dunia..

    Namun jgn rasa besar diri..
    Kerana bangsa lain pun ber,agama islam..& kita perlu kan mereka utk bersatu..demi menegak kan panji Allahswt yg satu..

    Biar tangan berdarah
    Namun
    Kalimah Allahswt tetap Berdiri Megah!!!

    ALLAHUAKHBAR!!!!!

    ReplyDelete