Sunday, March 28, 2010

Perjalanan Penuh Liku Dan Duri Seorang Osama



Tajuk : Perjalanan Penuh Liku Dan Duri Seorang Osama.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ramai orang yang tidak tahu kisah hidup Osama Bin Laden. Osama dilahirkan pada tahun 1957,dia bukan warga asal Arab Saudi.Ibunya berasal dari Syiria, dia anak ke-7 dari 50 orang adik beradik.

Bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadralmaut (Yaman selatan), hari pertama beliau datang ke arab saudi, Awad hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Dia mula naik dalam bisnes selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk mem bina istana Raja Saud dengan tender paling murah!

Ketika berlakunya krisis istana, Raja Faisal dilantik menjadi raja dan kantong duit negara arab saudi kering, lalu dengan bijak Awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan kemelut kewangan Arab Saudi itu ,ternyata usahanya itu berhasil apabila Raja Faisal merasa terhutang budi kepada Awad kerana sanggup memberikan wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan. Akhirnya Awad dilantik sebagai menteri pembangunan dan kerja raya.

Bapa Osama meninggal dunia ketika osama berumur 13 tahun.Jadi, persoalannya benarkah Osama kaya raya selepas kematian ayahnya sedangkan waktu itu dia hanya berusia 13 tahun dan kekayaan bapanya itu pula terpaksa dikongsi dengan 50 orang adik beradik yang lain?

Osama mendapat ijazah pentadbiran awam pada tahun 1981, amat terpengaruh dengan pensyarahnya Abdullah Azam dan pemikiran Muhammad Qutb.2 minggu selepas Russia masuk dan menawan Afghanistan, osama terus ke Pakistan dan bertemu Jemaah islami di karachi, selepas itu ke penshawar utk bertemu dengan pelarian Afghanistan, selepas itu dia memberikan bantuan kewangan kepada mereka.Beliau mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah Azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke afghanistan .

Pada tahun 1986 dia mula membuka kem tenteranya sendiri bersama bekas pegawai tentera Syiria,Mesir dan Arab Saudi..... “DISINILAH BERMULA SEGALANYA”.... cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang nyata telah dipengaruhi oleh Amerika!!!!

Peperangan pertama osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera russia 1986.Kemenangan menjadi milik pasukan mereka menjadikan Osama dan kumpulan mereka bertambah yakin dan lebih bersemangat.

Dalam thn 1984-1989 Osama berulang alik dari Afghanistan ke arab saudi untuk mengumpulkan tentera dan senjata.

Namun pada tahun 1989, Osama dihalang campur tangan dlm urusan negara Afghanistan (mengapa???- mengapa dia mula dicurigai oleh Taliban???- perlu difikirkan sendiri! ) , dia pindah ke Yaman dan menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu beliau agak kecewa dengan pemerintah Yaman yang menyokong Saddam Hussien di Iraq, lalu dia kembali semula ke Arab.

Selepas itu , dari Arab beliau melarikan diri pula ke Pakistan dan menubuhkan kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, tetapi gagal .Beliau lari pula ke Sudan pada hujung tahun 1991. di Sudan dia berbaik dengan JOHN GARANG iaitu ketua PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN! siapa John Garang ni tuan-tuan??? carilah sendiri yer!

Tahun 1992 Arab Saudi telah meng isyhtihar Osama musuh Negara mereka dan merampas harta beliau dan sehingga 1994 hartanya telah dibekukan.Kewarganegaraannya dipecat oleh Arab Saudi!!!

KENAPA JADI BEGITU TUAN-TUAN??? sebab nya adalah mungkin untuk menekan osama menjadi ejen amerika/CIA !!! itu saja. Selepas itu osama melakukan penentangan kepada Arab Saudi dan menubuhkan ARC (Advise and Reform comitte) untuk menjatuhkan Negara Arab Saudi tetapi usahanya itu tidak Berjaya.

Selepas itu dia kembali membawa diri semula ke Afghanistan.Semua ahli keluarganya yang terdekat dipindahkan ke Kandahar 1997.

Dalam tempoh 10 tahun, CIA terlibat membantu menyalurkan kepakaran dan senjata ke Afghanistan dan mereka tidur sekhemah dengan Osama untuk menentang Rusia.

Rancangan sudah diatur rapi sebenarnya, malah ia adalah satu konspirasi mereka di asia barat, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin.

Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!

Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis konspirasi asia barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut berkaitan taktik dan teknik peperangan di daratan termasuk peperangan bawah tanah oleh CIA sebelum dia melangkahkan kaki ke Afghanistan.

Osama telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal failure(ESRF), penyakit kronik ini memerlukan bantuan haemodialis (cuci darah) sekurang-kurangnya sekali seminggu.Di kawasan bukit batu atau dikawasan dipergunungan yang didakwa menjadi tempat persembunyian beliau, adalah rumit untuk osama menjalani rawatan dengan menggunakan mesin dialysis ini, lagipun setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam bagi pesakit yang sederhana dan maksimum 4 jam 3 kali seminggu untuk pesakit yang kronik seperti Osama!

Samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh para pengkaji konspirasi dunia.

Fatwa atau pegangan kumpulan Al-Qaeda yang membolehkan ‘bom berani mati' amat bertentangan dengan konsep dan peperangan dalam islam, kerana ia melibatkan nyawa kanak-kanak atau orang awam yg tidak berdosa. Ia nampak lebih kepada kaedah mencetuskan provokasi dan kemarahan masyarakat dunia dan dengan ini THH dan zionis mudah mendapat alasan untuk memerangi negara-negara islam kononnya untuk memerangi keganasan, padahal mereka sendiri adalah juara pengganas dan bapak segala konspirasi dunia!

Apa pula pendapat anda semua tentang Osama???


Sangtawal Sakranta.


[*Sebenarnya, artikel diatas adalah diedit semula dari komen saya kepada sahabat saya - ‘Orang Gombak ‘ dalam artikel “Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai” yang lepas ]


28 comments:

  1. saudara sangtawal,kenape blog mistis files skarang takleh bukak?blog tuh especially utk invited readers jer

    ReplyDelete
  2. salam anon@2.55pm,
    ya, saya pun dah tak berani masuk bila diminta password. semoga M.O kembali lagi!

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. osama mungkin pejuang jihad dalam masa yg sama adalah agen amerika....kedua-duanya skali.

    ReplyDelete
  4. Nak kesian pun entahlah... kisah hidup bagaimana dia dijadikan ejen CIA wajar dijadikan pengajaran..

    Apa yang pasti, musuh utama islam iaitu iblis, dajjal, sistem NWO, zionis dan balaci2nya akan tetap mencari cara mencetuskan huru-hara...

    Siap sedialah wahai umat islam...

    ReplyDelete
  5. sy pn dah termasuk password camne erk? >.<

    ReplyDelete
  6. Salam,

    1.Daripada maklumat yang dikemukakan ini dengan beberapa fakta itu, saya berpandangan bahawa kita sengaja membuat andaian terhadap perjuangan Osama bin Laden.. Kita sebenarnya tidak pernah mengetahui apa-apa berkaitan dengan cabaran hidup yang mereka lalui. Mereka adalah pejuang yang juga bermatlamat untuk menegakkan Islam di bumi mereka dan mereka juga berjuang untuk menentang kezaliman orang kafir terhadap orang islam.

    2. Kita yang hanya pandai untuk menulis dan membuat andaian pada kaca mata kita dan kita juga sentiasa berperasangka terhadap perjuangan orang lain sedang kita sebenarnya tidak berada ditempat mereka kita juga tidak pernah di Uji Allah swt dengan suasana seperti meteka. Sesungguhnya kita perlu bertanya kepada diri kita Apa sebenarnya sumbangan kita untuk membangunkan Islam?? yang sekarang ini telah berada di akhir zaman.

    3.Fakta-fakta sebegini sememang suka di baca oleh mereka-mereka yang juga mempunyai andaian dan prasangka yang sedemikian yang mana mereka sendiri sebenarnya tidak mengetahui apa-apa. Hanya Allah swt la yang Maha Mengetahui.

    4. Jangan kita mudah menghukum dan menilai sesuatu perkara itu seumpama kita lah yang terbaik dan kita lah pejuang yang sebenar. Bagi kita menilai dan menghukum diri kita sendiri.. itu adalah lebih baik buat kita.


    Pesanan PPQSI - Al-quran Qadim

    Dia lah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri; dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.

    Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

    Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat, sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " , dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.

    Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.

    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  7. salam,

    apakah yg akan meruntuhkan islam adalah orang islam sendiri?

    ReplyDelete
  8. Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambanya.



    Surah Faathir : Ayat 45

    ReplyDelete
  9. salam semua,

    Syarimann,
    terima kasih atas komen..mungkin juga!

    anon@5.37pm,
    terima kasih.benar sekali pendapat tuan.

    ihya,
    blog M.O dah boleh masuk sekarang, alhamdulillah.

    adik Sang,
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. Salam saudara sangtawal...

    bagus artikel kali ini...
    dapat membuka minda serba sedikit, tetapi ingt, masih tidak dipastikan akan kesahihannya...

    saudara sangtawal...
    sy sudah balas kenyataan saudara dlm komen pada artikel mengenai thailand...

    sila semak, sy silap post td...
    maaf ya....

    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  11. salam sangtawal sahabat kut.

    hanya ingin smpikan. ttg pekara wahabi kita xboleh nk judge wahabi negatif.

    kerana terdapat dua watak dlm wahabi ini,
    1)Muhammad Abd Wahab
    2)Muhammad ibu saud

    wahabi bukan mazhab tetapi adalah pergerakan yang berasaskan rujukan Imam Ahmad ibn Hanbal r.a dan Ibn Taymiyyah r.a

    pergerakan ini mendapat sambutan yang mengalakkan di tanah haram disebabkan pengikutnya yg ramai maka telah diambil oleh kesempatan oleh dinasty al-saud untk memperkukuhkan kedudukan mereka.

    sepertimana kita tahu dinasty saud ini adalah antara tali barut british, dan mereka berjaya pengaruh pengikut2 wahabi agar menyokong keluarnya dari daulah khilafah (Uthmaniah)

    di sini adalah satu2 kesilapan besar yang telah dibuat oleh ulama wahabi, kerna tidak boleh berimamkan dua iman dlm satu masjid.

    dan apabila sesuatu pergerakan itu semakin besar disini mngkn muncul beberapa doktrin yg mmg lari syariat Rasulullah .

    Wallahualam.

    kita berdoa agar kita jauh dari fitnah sesama sendiri. ~

    jika silap maafkn sy.

    ReplyDelete
  12. Salam orang gombak,

    Jangan mudah menuduh orang copy paste,berhujahlah dengan cara yang cerdik!

    artikel diatas saya tulis dan edit dari komen yg saya bagi kepada kamu dalam artikel sebelum ini.

    Artikel diatas saya tulis sendiri, ringkasan dari sumber rujuknya iaitu sebuah majalah bertajuk "saddam Hussin"-"Osama"- adakah dia seorang pengganas?, terbuang tapi terbilang".

    artikel yg saya rujuk ialah:

    1. "siapakah Osama Bin Laden?" m/s 4 hingga 9.

    2. "perang russia-afghanistan"- Osama ditaja oleh Amerika"- m/s 10 hingga 11.

    majalah ni dijual dengan harga rm5.00 saja sebaik saja peristiwa 11/9 dulu,

    Penerbitnya Permatang AZS Trading&Management, 13,Jln Bunga Kertas 3B, Bandar Bukit Sentosa,48300, Rawang, selangor.
    Tel : 03-60212090

    dicetak oleh : KLK Press Sdn Bhd, kawasan perindustrian Kinkara KL.

    Jika masih tak puas hati dan kata saya copy paste artikel tersebut - saya cabar kamu cari artikel seperti diatas dalam masa 1 hari sampai 1 tahun kalau kamu dah mengaku pandai sangat dalam bidang IT ni, kalau kamu jumpa sila berikan link dan buktinya secepat mungkin kepada saya!

    kamu cari majalah tersebut dan kamu lihat bagaimana saya menulis dan mencatat faktanya, saya bukan tiru atau memplagiatnya!

    Saya nasihatkan saudara supaya banyakkan sedikit pembacaan saudara.jangan mudah menuduh orang ,bila orang menulis ilmu yang kita belum tahu.Itu ayat orang bodoh dan kehabisan modal untuk berhujah.

    Jangan menuduh saya begitu dengan melulu!

    maafkan saya jika saya terkasar bahasa. :)

    selamat membaca dan berfikir.

    "manusia menjadi musuh kepada apa yang belum diketahuinya"

    wassalam.

    ReplyDelete
  13. salam Ihya,

    Terima kasih atas komen dan info.

    sangat setuju dengan komen anda, tapi satu saja komen saya- tentang Ibnu Taimiyah!

    Ini adalah satu lagi kekeliruan, yang mengaitkan Ibnu Taimiyah dengan Wahabi.,sedangkan beliau hidup 800 tahun lebih awal dari gerakan wahabi ini.

    Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim sebenarnya adalah dua tokoh islam hebat yang telah dipalit noda kemuka mereka oleh pejuang ilmu tasauf yang tidak bertanggungjawab berkurun lamanya hingga kini .

    Jadi saya tidak hairan jika ramai orang yang amat membenci Ibnu Taimiyyah….

    sebenarnya golongan wahabi atau golongan anti tasauf ini telah banyak menggunakan hujah ibnu Taimiyyah dalam menegakkan benang basah mereka…namun malangnya Ibnu Taimiyyah sudah tiada untuk mempertahankan dirinya.

    Siapa yang berfahaman wahabi ini sebenarnya???…mereka adalah puak yang mengikut fahaman Muhammad Ibnu Wahab pada abad ke 18 lagi…mereka ini kononnya berjuang untuk kembali kepada Al-qur an dan hadis tetapi nampaknya mereka lebih banyak menghukum orang lain sebagai sesat.

    Hakikatnya fahaman wahabi inilah yang digunakan oleh penjajah barat untuk mengumpulkan sokongan orang arab demi menjatuhkan kerajaan mekah,Madinah dan Hijaz yang telah dipimpin oleh para Sharif mekah dari jurai Saidina Hassan selama 800 tahun.

    Maka sekitar tahun 1924,mereka telah menaikkan seorang ketua Arab Badwi dari keluarga bani Saud menjadi raja yang menguasai Semenanjung Arab sehingga negeri itu dikenali sebagai Arab Saudi,sempena nama ketua kabilah Badwi ini.Itulah asal usul kabilah Badwi yang memang tidak layak menjadi penjaga atau Khadamul Haramain tanah haram Mekah dan madinah.


    Sebenarnya pihak yang mengaku ingin memperjuangkan islam ini Cuma boneka barat yang hanya pandai menghabiskan wang,harta serta hak rakyat hasil kekayaan minyak Negara arab dan juga hasil pendapatan daripada berjuta-juta manusia yang mengerjakan haji dan umrah.Ternyata mereka amat bodoh dalam membela nasib umat islam di palestin yang ditindas yahudi.

    bersambung...

    ReplyDelete
  14. samb..

    Ada pula yang menuduh Ibnu Taimiyyah membenci dan menghina ahlulbait, namun apakah mereka telah membaca kesemua kitab-kitab yang ditulis oleh manusia hebat ini?

    Tuduhan itu juga amat berat buat Ibnu Taimiyah.

    Untuk menyokong hujah saya ,mari kita lihat apakah pandangan Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya yang berjudul “Risalatul-Furqan”,halaman 631,beliau berkata “ Yang dimaksudkan hadith Tsaqalain ialah sabda nabi:

    ”Ku tinggalkan kepada kalian dua bekal,Kitabullah” dan kemudian beliau mewasiatkan supaya semua kaum muslimin berpegang teguh padanya.Beliau melanjutkan…”dan keturunanku,ahlulbait ku.Kalian kuingatkan kepada allah mengenai keturunanku,ahlul baitku:…diulang 3 kali dan seterusnya…

    Ibnu Taimiyyah juga dalam kitabnya “Al washiatul kubra”…halaman 297 menerangkan…”Para anggota keluarga rasulullah s.a.w wajib dipelihara sebaik baiknya.Allah telah memberi hak kepada mereka untuk menerima bahgian dari seperlima ghanimah(harta rampasan perang) dan Allah telah memerintahkan ummat islam menyampaikan selawat kepada mereka bersama selawat yang disampaikan kepada rasulullah.

    Dalam kitabnya yang berjudul Al-Aqidatul-Wasithiyyah pula Ibnu Taimiyyah dengan tegas membenarkan sikap dan pendirian kaum Ahlus sunnah terhadap ahlul bait rasulullah s.a.w dengan katanya:

    ”Mereka mencintai ahlul bait Rasulullah s.a.w yang oleh mereka dipandang sebagai para pemimpin dan mereka jaga baik baik haknya,berdasarkan wasiat rasulullah yang di ucap di Ghadir Khum:

    ”Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlul baitku”!...

    Ibnu Taimiyyah menegaskan hal itu setelah menyatakan sikapnya yang sama sekali tidak dapat membenarkan pandangan kaum Rawafidh (golongan yang sangat ekstrim menyintai Imam Ali) yang membenci dan mencerca para sahabat nabi,dan pandangan kaum Nawashib(golongan yang tidak mempercayai keutamaan Ali dan ahlul baitnya) yang selalu menggangu ahlul bait rasulullah baik dengan perkataan maupun dengan perbuatan….

    Nah, jelas disini Ibnu Taimiyyah begitu menghormati dan membela ahlul bait….bagaimana pula ada yang menuduh Ibnu Taimiyah anti-ahlulbait pula sedangkan Ibnu Taimiyyah begitu menghormati ahlul bait…

    untuk rujukan pembaca sekalian baca lagi kitab karangan Ibnu Taimiyyah yang membela ahlul bait ini dalam kitabnya :
    “Risalah Darajatul-Yakin” di halaman 149.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  15. salam sahabatku sangtawal,

    saya setuju apa yg kamu ceritakn ttg ibnu Taimiyyah r.a , saya telah diceritan bhw dizaman ibnu Taimiyyah mmg byk berlaku kesesatan dlm dunia sufi maka disitu inersiatif beliau untuk membaiki akidah tetapi beliau akhirnya sedar atas kesilapan bahawa bukan semua dlm golongan sufi itu sesat.

    sy juga mempercayai bhawa beliau sendiri mencintai Ahlul Bait Rasulullah.

    ttg wahabi..sy harap kita bukan yg membenci mereka. semoga Allah perihara hati dari sifat itu.

    seperti juga Nik Aziz yg seoalah-olah digunakan oleh golongan yg punya kepentingan sendiri. semoga dia juga sedar akibat tindakan yg dilakukannya.

    mohon maaf jika terkasar atau salah bahasa.

    ReplyDelete
  16. Salam saudaraku Ihya,

    sangat setuju dengan kamu itu.

    sedikit tentang Ibnu Taimiyah, nama sebenar beliau adalah Taqiyuddin Ahmad Bin Abdul Halim Bin Taimiyyah dilahirkan di Harran pada hari isnin 10 rabbiulawal tahun 661 hijrah.Bapanya adalah guru,khatib dan ketua hakim dikota itu.

    Beliau telah berhijrah ke syiria pada umur 6 tahun dan telah hafal al-quran pada usia sangat muda.beliau telah mempelajari berbagai cabang ilmu.setelah belajar ilmu hadis dan menjadi rujukan ulama sezaman dengannya.

    Beliau pula dikatakan sangat mahir dalam ilmu tafsir dan usul fekah sewaktu umurnya kurang dari 10 tahun.Dalam bukunya Al bazzar beliau menyebut:

    "Allah memberikan kemampuan yang tersendiri kepadanya untuk menentang ahli ahli bidaah yang tenggelam dalam kesesatan.Allah juga telah memberi kelebihan kepadanya untuk membongkar pendapat pendapat yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan bidaah"

    beliau sebenarnya adalah seorang yang kuat menentang orang-orang yang sesat dan kaum mulhidah (engkar) malah adalah menjadi satu kewajiban baginya.

    Beliau menganggap orang yang membawa bidaah,orang yang sesat,diombang hawa nafsu falsafah bathiniah,mulahadah,puak yang berpegang kepada kesatuan di dalam kewujudan(wahdatulwujud/pantheism),Dahriyah (Atheisme),
    qadariah, hululiyah dan lain lain lagi harus di tentang.Bagi beliau Islam adalah akidah dan amal.

    Beliau juga adalah seorang yang berani berjihad dijalan Allah.Beliau amat mengutamakan sunnah rasul dan sistem ulamak salaf,malah Abu Hayyan seorang tokoh ilmu nahu terkemuka mengatakan Ibnu Taimiyyah tidak ubah seperti Abu Bakar r.a yang menghapuskan orang-orang yang murtad setelah kewafatan nabi.

    * Biodata diatas saya ringkaskan dari mukasurat iii hingga v oleh Abul Khairy Al-Latifi pada halaman kata-kata penterjemah dalam buku yang diterjemahkan olehnya dari kitab asalnya berjudul "Perbezaan antara Wali-Wali Allah dan Wali-Wali Syaitan" oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah terbitan Darul Nu'man.

    *[Bagi sumber rujukan ni, takut ada orang tuduh saya copy paste lagi :), he he he! ]

    wassalam.

    ReplyDelete
  17. Salam sdr SangTawal,

    artikel yg bagus untuk kita terus berfikir dengan terbuka...

    berkenaan hubungan Subjek dengan Syeikh Abdullah Yusuf Azzam itu saya rasa benar, kerana ketika subjek dtg ke Afghanistan dia dijemput sendiri oleh Anak SYAA... Hudzaifah Ibnul Azam... malah pernah dipawah payung Jihad Ummu Muhamad.

    lagi satu, saya nak tanya adakah nama Abu Abdillah Usamah yg ditinta dalam surat Ummu halid Islambouli merujuk subjek? jika benar, nampaknya subjek memang seorang yg sdang meminang bidadari Syurga Allah...

    saya yg lemah ilmu

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  18. la sangtawal...
    kn org gombak tu tulis ini hanya tekaan, sbb gaya tulisan tu mmg pn tunjuk mcm saudara ni copy paste...

    betul kn para pembaca lainnya? kalau tak copy paste, bagus la tu... kalau copy paste tak bagus la, tgk smpi komen terakhir saudara pn nk perli lg ke?

    ReplyDelete
  19. tumpang tny sikit,

    ibnu taymiyyah tu hidup 800 tahun awal sblm fahaman wahabi ke?

    atau ibnu taymiyyah tu sezaman dgn muhammad bin abdul wahab tu?

    yg mana satu betul?

    ty~

    ReplyDelete
  20. salam ,

    ibnu Taymiyyah r.a rujukan Muhammad bin Abdul Wahab itu hidup didalam dlm lingkungan 12++ , dan Muhammad Abd Wahab zaman diwaktu 18++ .

    Jika terdapat ibnu Taymiyyah diwaktu itu mngkn berlainan dgn ibnu Taymiyyah r.a rujukan Muhammad Abd Wahab.

    jika hendak kepastian Tarikh sebenar saudara boleh rujuk di wiki @ bertaya kepada yg tahu ttg mereka.

    tmah masih :)

    ReplyDelete
  21. salam semua,

    -abuHakeem-,
    terima kasih atas komen dan pendapat.selalu tengok komen bernas tuan dlm blog M.O.

    anon@4.47pm,
    terima kasih.maafkan saya :)

    ty,
    tentang beza tahun tu mungkin saya silap, ada kata 600 tahun, ada kata 800 tahun, tapi apa yang pasti Ibnu Taimiyah hidup jauh lebih awal dari Muhammad Abd Wahab.
    mungkin ada diantara pembaca sekalian yg boleh membantu?

    Ihya,
    terima kasih atas komen dan info!
    dari buku yang saya baca kat atas oleh Abul Khairy tu tahun kelahiran Ibnu Taimiyah ialah 10 Rabiulawal 661 Hijrah.

    wassalam.

    ReplyDelete
  22. Sejak dari mula lagi saya sudah tidak mempercayai si Osama nie...Kenapa? biar saya kemuka kan sebabnyer:

    1. Jika diperhatikan kembali semasa zaman Rasulullah S.A.W, baginda mengajar umatnya jika ingin berperang, kanan-kanak, wanita, orang-orang tua dan orang kurang upaya tidak boleh dibunuh.

    2. Tetapi apa yang disukai oleh Osama ialah penggunaan pengebom berani mati yang jelas sekali bertentangan dengan Islam kerana apabila mereka mengebom, yang turut menjadi mangsa ialah orang awam terutama umat Islam yang tidak berdosa turut terkorban. Bukankah ini membunuh namanya? Ini ke yang dinamakan perjuangan menegakkan Islam? Adakah cara ini yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W? TIDAK SESEKALI BUKAN?!

    3. Sejak mula lagi saya sudah rasakan yang si Osama ini memang agen USA, Dajjal dan sekutu-kutunya..kenapa saya kata begitu? Sebabnya jika betul dia adalah orang buruan yang sangat dikehendaki USA, sudah tentu dia telah tertangkap lama dah (Tengok jer aper yang berlaku pada Saddam Hussein dan kebanyakkan orang-orang kanan Taliban)...but until now, dia seolah-olah disorokkan atau sengaja tidak ditangkap.

    ReplyDelete
  23. Salam perkongsian PPQSI,

    1. Janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui.

    2. Mereka tidak berselisihan setelah datang kepada mereka pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

    3. Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

    4. Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

    5 .Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu, mereka tidak akan beriman: Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda, sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

    ReplyDelete
  24. salam ,sangtawal bolehkan sy add kamu diYM , mane tahu boleh sy berkongsi dengan saudara.

    ReplyDelete
  25. terima kasih sbb jwb soalan sy sblm ni....

    tp bila sy tanyakan kepada golongan tasawwuf, mereka katakan, ibnu taymiyyah ni sbnrnya pendokong kuat ASWJ, tetapi tah macam mana blh terpengaruh dgn wahabi...

    jadi disini dpt diringkaskan, ibnu taymiyyah mngkn hidup sezaman dgn muhammad bin abdul wahab atau selepas zaman dia...

    sbb dh bnyk sy tny ni, br dkt sini sy tahu yg ibnu taymiyyah tu zaman sblm wahabi... org wahabi sendiri ckp ibnu taymiyyah tu sezaman dan ada juga kata selepas zaman mhmd abdl wahab tu...

    yg tu plk mcm mana?
    tk~

    ReplyDelete
  26. salam semua,

    PPQSI,
    terima kasih atas perkongsian.

    Ihya,
    silakan, tapi saya jarang online on YM.

    anon@11.12pm,
    Ibnu Taimiyah hidup lebih awal dari munculnya fahaman wahabi ini.

    wassalam.

    ReplyDelete
  27. salam buat waris si umar,
    terima kasih atas komen dan pendapat!

    ReplyDelete
  28. bolehkah kita percaya kepada osama yang mendapatkan rawatan di paris.

    tidak mungkin tidak mungkin.

    ReplyDelete