Tajuk : Edisi Khas Maal Hijrah 1431 H : Siapa Pemegang Tongkat Kerajaan Syurga?
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
Bersempena dengan Sambutan 1 Muharam 1431 Hijrah esok , saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada semua pengunjung Blog Sangtawal dan seluruh umat islam semua.
Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu persaudaraan! Hijrah itu perpaduan! Dan Hijrah itu permulaan kepada sebuah episod perjuangan!
Hijrah itu satu keazaman untuk mencapai segala yang terbaik untuk agama, keluarga, bangsa dan tanahair.Semoga pencapaian kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya terutamanya dalam ilmu dan amal! Kebahagiaan hidup selepas Hijrah sering didambakan oleh insan yang melakukan hijrah!
Semoga tahun Hijrah yang bakal kita tempuhi ini menjanjikan kemanisan dan harapan kepada kebangkitan akhir zaman yang kita nantikan.
Hari ini yang berlalu, hanyut dalam pelukan masa ,akan menjadi sejarah untuk dikenang pada hari esoknya!
Kerajaan Syurga telah bermula dengan Kedatangan Islam, Muhammad dan Al-Quran!
Kerajaan Syurga adalah Kerajaan Allah , telah lama bangkit dengan kedatangan Islam dan Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat ke segenap penjuru alam.Baginda telah membawa risalah kebenaran islam dan cahaya iman, menyampaikan Wahyu Allah swt melalui Al-Quran , meninggalkan khazanah Hadis sebagai rujukan dan Sunnah baginda buat ikutan.Muhammad atau Al-Amin yang dipercayai, mempunyai budi pekerti yang terpuji, seorang manusia terhebat dalam sejarah peradaban manusia dari zaman Adam ke hari kiamat, dia adalah Pemimpin Agung pemegang Tongkat Kerajaan Syurga.
Sekitar lima ratus tahun sebelum kelahiran Nabi Isa yang lalu , Tuhan telah memberikan satu perkhabaran yang menakjubkan tentang masa depan melalui nabinya iaitu Nabi Daniel. Tuhan sebenarnya telah menampakkan garis besar dari sejarah dunia dalam masa 2,500 tahun, dari masa Nabi Daniel sampai ke zaman kita sekarang.
Ramalan kerajaan besar dunia dan kekuasaan dunia ini berasal dari mimpi yang Tuhan berikan kepada Nebuchadnezzar ( atau disebut Raja Bukhtanasar - hidup sekitar 625BC hingga 562BC ) , Raja dari Babel (Babilon), sekitar 2,500 tahun yang lalu.
Sebuah mimpi yang sungguh meresahkan Sang Raja, kerana dia tidak dapat mengingati mimpi itu semula setelah dia tersedar dari tidurnya.
Setelah semua penduduk Babel yang bijaksana gagal menolong Sang Raja untuk mengingat kembali atau mentafsirkan mimpinya, seorang Pemuda Yahudi yang bernama Daniel tiba di tempat kejadian, menyatakan bahwa Tuhan yaitu Allah swt yang menguasai Kerajaan Syurga , melalui dirinya akan cuba mengungkapkan semua misteri Sang Raja itu.
Berdiri di hadapan Sang Raja, Nabi Daniel dengan berani menyatakan:
"Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. Maka dengan sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi." [ Daniel 2: 31-35 ].
* gambar-gambar bahagian tubuh patung seperti dalam mimpi Nebuchadnezzar :
Siapakah yang dimaksudkan dengan batu yang akan meremuk dan menghancurkan patung tersebut lalu batu itu menjadi gunung besar dan akan memenuhi bumi pula ?
Siapakah yang akan memegang Tongkat Kerajaan Allah atau Kerajaan Syurga yang tidak akan terkalahkan itu?
Islam adalah sebuah kerajaan Allah atau agama yang diredhai Allah sebagai sebuah kerajaan yang adil.Kerajaan ini mempunyai kitab hukumnya iaitu Al-Quran.Pemimpin atau Raja yang menguasai kerajaan ini di bumi ialah Muhammad saw, kerajaan dan kekuasaannya adalah untuk selama-lamanya :
“Kerajaan-kerajaan dunia itu hancur dihakimi dengan kedatangan manusia kudus, anak manusia milik Allah Yang maha Tinggi,yang membawa Kerajaan Syurga, dan zaman pemerintahannya adalah selama-lamanya” [ Daniel 7 :17-18 ]
Ternyata “Manusia Kudus, anak manusia” milik Allah yang dimaksudkan oleh Nabi Daniel itu bukanlah Nabi Isa seperti yang didakwa oleh penganut kristian tetapi Nabi Muhammad Saw!
Cuba baca lagi maksud ayat di dalam Kitab Ulangan 34 : 10 , kata-kata Nabi Daniel yang bermaksud :
“Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia ; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke hadapanNya”
Ayat diatas dikupas dengan panjang lebar oleh Augustinus Sriurip Ragil Wibawa (Seorang Paderi Kristian Gereja Protestan di Bandung Indonesia yang akhirnya memeluk agama islam selepas mendapat cahaya dan hidayah dari Allah swt ) dalam bukunya bertajuk “Muhammad Dalam Taurat dan Injil” , pada mukasurat 32 adalah episod ramalan atau peristiwa perjalanan malam. Israk dan Mikraj yang dilakukan Nabi Muhammad bagi bertemu langsung dengan Allah, dalam rangka menerima perintah sembahyang lima waktu. “anak manusia” dalam ayat diatas merujuk kepada Nabi Muhammad saw.Dia juga memberi alasan bahawa selepas Nabi Musa tidak ada lagi nabi dari kalangan Bani Israel yang diajak berbicara secara langsung oleh Allah melainkan Nabi Muhammad saw ketika Israk Mikrajnya , bukannya nabi Isa!
Telah terbukti bahawa pada zaman Jesus, Kerajaan Allah masih belum datang dan masih ditunggu-tunggu oleh mereka termasuk Nabi Isa sendiri.Bahkan diceritakan di dalam Bible sendiri, setelah Jesus bangkit, Kerajaan Allah itu masih belum tiba.Ia tertulis dalam Kitab Kisah Para Rasul 1:3 yang berbunyi :
“Kepada mereka ia menunjukkan diriNya setelah penderitaanNya selesai dan dengan banyak tanda ia membuktikan, ia hidup.Sebab, selama empat puluh hari, ia berulang-ulang menampakkan diri dan berbicara kepada mereka tentang Kerajaan Allah.”
Telah terbukti juga bahawa Kerajaan Allah ini tidak berpindah kepada bangsa lain, bahkan ia bertahan dan tidak akan berkesudahan untuk selama-lamanya! Setelah Nabi Muhammad saw, tidak ada lagi Nabi, baik dari bangsa arab mahupun dari Bangsa Israel.Ini adalah kerana hanya Muhammad sahaja yang paling layak dan diberkati menjadi “Pemegang Tongkat Kerajaan” yang terakhir (Kitab Kejadian 49:10) seperti yang diramalkan oleh Nabi Yaakub.
Ternyata, walaupun selepas kehancuran kerajaan Rum dan Parsi seperti yang diceritakan dalam Al-Quran, Surah Ar-Rum ayat 1-7, bekas wilayah kekuasaan Nebuchadnezzar atau tanah Babilon itu masih dikuasai oleh kerajaan islam dan anak cucu Nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s.
Cuba renungi janji Allah kepada Nabi Ibrahim(Abraham) dalam Kitab Kejadian 13 : 14 – 17 ini :
“ Setelah Lot (nabi Luth) berpisah daripada Abraham, berkatalah Tuhan kepada Abraham ; “pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan ke barat, ke utara dan ke selatan, sebab seluruh negeri yang kau lihat itu akan Ku berikan kepadamu dan kepada keturunanmu untuk selama-lamanya. Aku akan menjadikan keturunanmu sebanyak debu tanah sehingga jika ada yang dapat menghitung debu tanah, keturunannmu pun akan dapat dihitung.Bersiaplah, jalankan negeri itu menurut panjang dan lebarnya, sebab kepadamulah akan ku berikan negeri itu”
Itulah Islam, sebuah Kerajaan Allah, yang dipimpin oleh kekasih Allah iaitu Muhammad saw. Kerajaan yang akan menghancurkan segala paganisme Rom dan Parsi.Hanya Allah sahaja yang disembah.Tidak ada Tuhan lain selain Allah.Mereka adalah kaum muslimin, mereka lah yang bernaung dibawah kerajaan syurga.Merekalah penegak Kalimah Toyyibah “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Utusan Allah” Kedatangan Kerajaan Allah telah memadamkan api yang disembah di parsi untuk selama-lamanya!
Sebuah Hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :
“Kisra (penguasa Parsi) mati, tiada lagi Kisra selepasnya. Sekiranya Kaisar (penguasa Rom) musnah, tiada lagi kaisar selepasnya. Demi nyawaku di tangaNya, akan dibelanjakan khazanah mereka berdua di jalan Allah”
Kekuasaan Nabi Muhammad keatas Kerajaan Allah ini sesungguhnya telah disahkan oleh nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri. Thawban, salah seorang sahabat Nabi (s.a.w.) meriwayatkan yang beliau mendengar nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
"[Seluruh] bumi dikecilkan bagiku sehingga aku dapat melihat kebanyakan daripada bahagian timur dan kebanyakan daripada bahagian barat. Dan aku dimaklumkan bahawa kerajaanmu akan merangkumi semua yang ditunjukkan kepadamu..."
[ Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Al-Tirmizi , Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah]
Ya, semua bangsa-bangsa yang susur galurnya bertemu pada Nabi Ibrahim atau Nabi Ismail telah mengambil bahagiannya menjadi pemimpin dalam Kerajaan Allah selepas Kematian Muhammad saw seperti bangsa Arab, bangsa Turki, bangsa Kurdish dll….
Hanya satu bangsa sahaja lagi yang belum bangkit menjadi pelengkap kepada kebangkitan akhir zaman di tanah yang dijanjikan ( Land Of Promise ) sebelum munculnya Al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa Al-Masih!
Bangsa manakah agaknya yang akan bangkit, yang akan membawa Panji Hitam dari Timur itu? Bangkit mewarisi amanah dan Tongkat Kerajaan Syurga yang ditinggalkan Nabi Muhammad saw?..... mungkinkah Bangsa itu Bangsa Jawi atau Bangsa Mim??
Mari kita hayati Sabda Nabi berkaitan kebangkitan akhir zaman :
“Akan datang Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi. Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji”
Nantikan hari kebangkitan itu!!! Ia pasti akan tiba bila sampai waktunya.
Wassalam.
Sangtawal Sakranta.
Artikel Pilihan
Tajuk : Ramalan Daniel Tentang Kekuasaan Islam
Sumber : Klik Sini
[ Abu Hurairah berkata: "Nabi (s.a.w.) bersabda:
"Perbandinganku dengan nabi-nabi lain adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah rumah dan telah membinanya dengan sempurna kecuali satu bata di satu penjuru. Apabila orang ramai melihat rumah tersebut, mereka kagum dengan keindahannya dan berkata: "Adakah bata [terakhir] ini akan diletakkan di tempatnya". Maka aku adalah bata tersebut, dan aku adalah Nabi yang terakhir.".
[ Diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari ]
Ramalan Nabi Danial A.S
" Lalu raja menyuruh memanggil orang-orang berilmu, ahli jampi, ahli sihir dan para Kadim, untuk menerangkan kepadanya tentang mimpinya itu; maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja. Kata raja kepada mereka: "Aku bermimpi, dan hatiku gelisah, kerana ingin mengetahui mimpi itu." Lalu berkatalah para Kadim itu kepada raja (dalam bahasa Aram): "Ya raja, kekallah hidupmu! Ceritakanlah kepada hamba-hambamu mimpi itu, maka kami akan memberitahukan maknanya."
Tetapi raja menjawab para Kadim itu:
"Aku telah mengambil keputusan, yakni jika kamu tidak memberitahukan kepadaku mimpi itu dengan maknanya, maka kamu akan dipenggal-penggal dan rumah-rumahmu akan dirobohkan menjadi timbunan batu; tetapi jika kamu dapat memberitahukan mimpi itu dengan maknanya, maka kamu akan menerima hadiah, pemberian-pemberian dan kehormatan yang besar daripadaku. Oleh sebab itu beritahukanlah kepadaku mimpi itu dengan maknanya!" Mereka menjawab pula: "Silakan tuanku raja menceriterakan mimpi itu kepada hamba-hambanya ini, maka kami akan memberitahukan maknanya."
Jawab raja: "Aku tahu benar-benar, bahawa kamu mencuba menangguhkan waktu, kerana kamu melihat, bahawa aku telah mengambil keputusan, yakni jika kamu tidak dapat memberitahukan kepadaku mimpi itu, maka kamu akan kena hukuman yang sama; dan aku tahu bahawa kamu telah bermufakat untuk mengatakan kepadaku hal-hal yang bohong dan busuk, sampai keadaan berubah. Oleh sebab itu ceriterakanlah kepadaku mimpi itu, supaya aku tahu, bahawa kamu dapat memberitahukan maknanya juga kepadaku."
Para Kadim itu menjawab raja: "Tidak ada seorang pun di muka bumi yang dapat memberitahukan apa yang diminta tuanku raja! Dan tidak pernah seorang raja, bagaimanapun agungnya dan besar kuasanya, telah meminta hal sedemikian dari seorang berilmu atau seorang ahli jampi atau seorang Kadim. Apa yang diminta tuanku raja adalah terlalu berat, dan tidak ada seorang pun yang dapat memberitahukannya kepada tuanku raja, selain dari dewa-dewa yang tidak berdiam di antara manusia."
Maka raja menjadi sangat geram dan murka kerana hal itu, lalu dititahkannya untuk melenyapkan semua orang bijaksana di Babel. Ketika titah dikeluarkan supaya orang-orang bijaksana dibunuh, maka Danial dan teman-temannya pun terancam akan dibunuh. Lalu berkatalah Danial dengan cerdik dan bijaksana kepada Ariokh, pemimpin pengawal raja yang telah pergi untuk membunuh orang-orang bijaksana di Babel itu, katanya kepada Ariokh, pembesar raja itu: "Mengapa titah yang begitu keras ini dikeluarkan oleh raja?" Lalu Ariokh memberitahukan hal itu kepada Danial.
Maka Danial menghadap raja dan meminta kepadanya, supaya dia diberi waktu untuk memberitahukan makna itu kepada raja. Kemudian pulanglah Danial dan memberitahukan hal itu kepada anaknya, Misael dan Azarya, teman-temannya, dengan maksud supaya mereka memohon kasih sayang kepada Allah semesta langit mengenai rahsia itu, supaya Danial dan teman-temannya jangan dilenyapkan bersama-sama orang-orang bijaksana yang lain di Babel.
Maka rahsia itu disingkapkan kepada Danial dalam suatu penglihatan malam. Lalu Danial memuji Allah semesta langit. Berkatalah Danial: "Terpujilah nama Allah dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab daripada Dialah hikmat dan kekuatan! Dia mengubah saat dan waktu, Dia memecat raja dan mengangkat raja, Dia memberi hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada orang yang berpengertian; Dialah yang menyingkapkan hal-hal yang tidak terduga dan yang tersembunyi, Dia tahu apa yang ada di dalam gelap, dan terang ada padaNya. Ya Allah nenek moyangku, kupuji dan kumuliakan Engkau, sebab Engkau mengurniakan kepadaku hikmat dan kekuatan, dan telah memberitahukan kepadaku sekarang apa yang kami mohon kepada-Mu: Engkau telah memberitahukan kepada kami hal yang dipersoalkan raja."
Sebab itu pergilah Danial kepada Ariokh yang telah ditugaskan raja untuk melenyapkan orang-orang bijaksana di Babel; maka pergilah dia serta berkata kepadanya, demikian:
"Orang-orang bijaksana di Babel itu jangan kau lenyapkan! Bawalah aku menghadap raja, maka aku akan memberitahukan kepada raja makna itu!" Ariokh segera membawa Danial menghadap raja serta berkata kepada raja demikian: "Aku telah mendapat seorang dari antara orang-orang buangan dari Yehuda, yang dapat memberitahukan makna itu kepada raja." Bertanyalah raja kepada Danial yang namanya Beltsazar: "Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan maknanya juga?"
Danial menjawab, katanya kepada raja: "rahsia, yang ditanyakan tuanku raja, tidaklah dapat diberitahukan kepada raja oleh orang bijaksana, ahli jampi, orang berilmu atau ahli nujum. Tetapi di syurga ada Allah yang menyingkapkan rahsia-rahsia; Dia telah memberitahukan kepada tuanku raja Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang. Mimpi dan penglihatan-penglihatan yang tuanku lihat di tempat tidur ialah ini: Sedang tuanku ada di tempat tidur, ya tuanku raja, timbul pada tuanku fikiran-fikiran tentang apa yang akan terjadi di kemudian hari, dan Dia yang menyingkapkan rahsia-rahsia telah memberitahukan kepada tuanku apa yang akan terjadi. Adapun aku, kepadaku telah disingkapkan rahsia itu, bukan kerana hikmat yang mungkin ada padaku melebihi hikmat semua orang yang hidup, tetapi supaya maknanya diberitahukan kepada tuanku raja, dan supaya tuanku mengenal fikiran-fikiran tuanku.
Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dengan kakinya sebahagian dari besi dan sebahagian lagi dari tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. Maka dengan sekaligus diremukkannya juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.
Itulah mimpi tuanku,dan sekarang maknanya akan kami katakan kepada tuanku raja: Ya tuanku raja, raja segala raja, yang kepadanya oleh Allah semesta langit telah diberikan kerajaan, kekuasaan, kekuatan dan kemuliaan, dan yang ke dalam tangannya telah diserahkanNya anak-anak manusia, di manapun mereka berada, binatang-binatang di padang dan burung-burung di udara, dan yang dibuatNya menjadi kuasa atas semuanya itu--tuankulah kepala yang dari emas itu. Tetapi sesudah tuanku akan muncul suatu kerajaan lain, yang kurang besar dari kerajaan tuanku; kemudian suatu kerajaan lagi, yakni yang ketiga, dari tembaga, yang akan berkuasa atas seluruh bumi. Sesudah itu akan ada suatu kerajaan yang keempat, yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancur-luluhkan, maka kerajaan ini akan meremukkan dan menghancurluluhkan semuanya. Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari-jarinya sebahagian dari tanah liat tukang periuk dan sebahagian lagi dari besi, itu berarti, bahawa kerajaan itu terbagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi itu bercampur dengan tanah liat. Tetapi sebagaimana jari-jari kaki itu sebahagian dari besi dan sebahagian lagi dari tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebahagian dan rapuh sebahagian. Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu berarti: mereka akan bercampur oleh perkahwinan, tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat. Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, tepat seperti yang tuanku lihat, bahawa tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang maha besar telah memberitahukan kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai."
Lalu sujudlah raja Nebukadnezar serta menyembah Danial; juga dititahkannya mempersembahkan korban dan bau-bauan kepadanya. Berkatalah raja kepada Danial:
"Sesungguhnyalah, Allahmu itu Allah yang mengatasi segala tuhan dan Yang berkuasa atas segala raja, dan Yang menyingkapkan rahsia-rahsia, sebab engkau telah dapat menyingkapkan rahsia itu." Lalu raja memuliakan Danial: dianugerahinya dengan banyak pemberian yang besar, dan dibuatnya dia menjadi penguasa atas seluruh wilayah Babel dan menjadi kepala semua orang bijaksana di Babel. Atas permintaan Danial, raja menyerahkan pemerintahan wilayah Babel itu kepada Sadrakh, Mesakh dan Abednego, sedang Danial sendiri tinggal di istana raja."
[Danial 2:1-49 ]
Lima kerajaan besar akan memerintah Jerusalam sehinggalah Tuhan mengutus utusannya yang terakhir untuk memerintah kerajaan Tuhan yang keenam dan terakhir yang akan kekal sehingga ke akhir zaman. Turutan sejarah kerajaan-kerajaan yang telah memerintah Jerusalam daripada masa tersebut sehingga ke hari ini adalah seperti berikut:
1. Kepala emas: Menggambarkan dinasti Babilonia/Chaldean di bawah pemerintahan Nebuchadnezzar yang mendapat mimpi tersebut. Pada tahun 586 S.M., Nebuchadnezzar II memusnahkan Jerusalam dan Kuil Yahudi lalu mengusir kaum Yahudi ke serata bandar-bandar Babilonia.
2. Dada dan tangan daripada perak: Dinasti Parsi yang pada tahun 537 S.M. di bawah pemerintahan Cyrus Agung Parsi telah menakluk Babilonia dan membenarkan kaum Yahudi kembali ke Parsi dan membina semula Kuil mereka.
3. Perut dan paha daripada tembaga: Empayar Greek yang berkuasa memerintah bandar ini buat seketika pada tahun 333 S.M. semasa Alexander Agung menambah Palestin kepada empayarnya.
4. Kaki daripada besi: Golongan Ptolemi dari Mesir mengambil alih Jerusalam pada tahun 323 S.M. di bawah pimpinan Ptolemi I dari Mesir. Pada zaman ini, bangsa Seleucid memerintah Siria dan Mesapotamia. Sekitar tahun 198 S.M., raja Seleucid bernama Antiochus III menakluk Judaea. Kaum Yahudi memberontak dan mengalahkan bangsa Siria, membina semula Kuil pada tahun 165 dan untuk suatu tempoh yang pendek keluarga Maccabe/Hasmone Yahudi yang kecil memerintah sehinggalah empayar Rom yang gagah melanggar bandar tersebut pada tahun 63 S.M.
5. Kaki daripada besi dan tanah liat: Empayar Rom ditubuhkan semasa pemerintahan Augustus (27 S.M. - 14 M), mewarisi Republik Rom. Ia mengambil alih Jerusalam pada tahun 63 S.M. Semasa di bawah pemerintahan Herod Agung, Kuil Yahudi siap dibina semula dengan indah dan megah. Kurang daripada seabad kemudian, semasa pemberontakan kaum Yahudi terhadap Rom, Titus menawan Jerusalam pada tahun 70 M dan memusnahkan bandar tersebut. Untuk tempoh di antara tahun 614 hingga 628, ia jatuh di bawah tentera Parsi di bawah pimpinan Khosrau II tetapi ditawan semula oleh Rom di bawah pimpinan Heraclius. Empayar Rom kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian oleh Konstantin kepada bahagian Barat dan Timur (Bizantin) pada tahun 325M, dan menjadi pusat penyembahan berhala bagi bangsa Rom dan putsat Kristian.
Perbezaan yang amat jauh di antara dua teologi yang dipegang oleh rakyatnya, iaitu paganisma dan Kristian, menyebabkan mereka tidak dapat bersatu dan pemerintahan empayar bertukar tangan di antara pemimpin penyembah berhala dan pemimpin Rom Kristian. Seperti yang diramalkan oleh nabi Danial, kerajaan kelima ada kalanya kuat dan ada kalanya lemah. Ia adalah kerajaan yang besar tetapi dipecahkan oleh dua teologi yang bertentangan dan perselisihan dalaman yang sengit di antara dua kumpulan ini, serta di dalam kumpulan-kumpulan ini dengan pengikut-pengikut mereka, di antara mazhab-mazhab Kristian yang berbagai yang berselisih antara satu sama lain, dan banyak persidangan diadakan untuk mencerca mazhab lain dan menuduh mereka sebagai kufur. Sesungguhnya inilah ramalan nabi Danial bahawa "Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu berarti: mereka akan bercampur oleh perkawinan, tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat".
6. Batu dipotong tanpa tangan (Islam, kerajaan Tuhan) : Pada tahun 638 M, umat Islam mengambil alih Jerusalam. Sahabat nabi Muhammad (s.a.w.) dan khalifah Islam yang kedua, iaitu Umar ibn-Al-Khattab tiba di bandar tersebut dengan menaiki keldai, lantas memenuhi ramalan Zakaria 9:9. Umat Islam tidak mengusir penganut-penganut Kristian dan kaum Yahudi, juga tidak menyembelih mereka. Sebaliknya umat Islam bersikap bertolak-ansur terhadap mereka dan kepercayaan mereka. Tidak lama selepas itu, pada tahun 688-691, umat Islam membina Masjid Dome of the Rock di tapak Temple. Pada tahun 1099, para salibi di bawah seorang bangsawan Perancis bernama Godfrey of Bouillon menawan bandar tersebut dan menyembelih ramai penduduknya.
Jerusalam ditawan semula oleh umat Islam pada tahun 1187 di bawah pimpinan Salahudin (Saladin) yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan Kristian. Kaum Yahudi melarikan diri dari Eropah dan bernaung di bawah pemerintahan Islam di Jerusalam. Semakin lama, bilangan mereka semakin bertambah sehinggalah ia diambil alih oleh tentera Britain pada tahun 1917.
Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengambil langkah-langkah untuk merampas Palestin dari tangan umat Islam dan menubuhkan negara Yahudi di situ. Walaupun penduduk Yahudi tidak melebih se pertiga penduduk, mereka telah diperuntukkan 60% daripada tanah di situ yang mana mereka telah meluaskan tanah milik mereka melalui peperangan. Jerusalam sendiri telah diisytiharkan sebagai Zon Antarabangsa yang terbuka kepada mereka daripada semua agama oleh PBB pada bulan November, 1947.
Kini, sedikit demi sedikit, ia ditukarkan kepada bandar yang eksklusif untuk bangsa Yahudi. Pada tahun 1980, Knesset Israel mengeluarkan pengisytiharan satu pihak bahawa Jerusalam adalah ibu negaranya meskipun ditentang oleh masyarakat antara bangsa.
Seperti yang kita lihat di atas, Kerajaan Tuhan dan nabinya yang terakhir digambarkan oleh nabi Danial seperti berikut:
1. Terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia. Ini ditunjukkan pada bahagian 6.14 buku ini sebagai ramalan mengenai Nabi Muhammad (s.a.w.), dan pada penghujung bahagian tersebut kita telah melihat bagaimana beliau mengumpamakan dirinya seperti "bata" yang melengkapkan bangunan yang dibina oleh nabi-nabi terdahulu.
2. Batu ini akan memukul patung tersebut di kakinya yang dibina daripada besi dan tanah liat, dan memecahkannya. Islam bukan sahaja berjaya menghalau Rom dan Bizantin dari Jerusalam, tetapi juga dari Afrika Utara dan sebahagian Eropah. Mereka kemudiannya memerintah negara-negara ini selama beberapa abad dan menjadi pusat pengajian sains (di Sepanyol) dan mencapai kemajuan dalam berbagai bidang, daripada sains kepada etika kepada kehakiman. Oleh itu, rantaian ini melengkapkan pautan terakhirnya dengan mengusir mereka dari Jerusalam dan mengembalikannya sebagai kerajaan Tuhan, iaitu negara Islam.
3. Gunung besar yang memenuhi seluruh bumi. Pada suatu ketika, Islam menguasai kebanyakan kawasan Asia, Afrika dan Eropah. Terdapat banyak bukti yang mulai ditemui bahawa umat Islam juga telah merentas Lautan Atlantik dan menetap di Amerika Utara [20]. Sumber-sumber Barat kini mengakui bahawa Islam adalah agama yang paling pesat berkembang di dunia. Semakin ramai yang mempelajari Islam dan menganut Islam setiap hari. Ke mana pun anda pergi, dari Afrika Selatan, ke Jerman, ke Belanda, ke England, ke Amerika, ke Argentina, anda akan dapati bahawa semakin ramai yang memeluk Islam setiap hari.
Sesungguhnya, ini disahkan oleh nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri. Thawban, salah seorang sahabat Nabi (s.a.w.) meriwayatkan yang beliau mendengar nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda: "[Seluruh] bumi dikecilkan bagiku sehingga aku dapat melihat kebanyakan daripada bahagian timur dan kebanyakan daripada bahagian barat. Dan aku dimaklumkan bahawa kerajaanmu akan merangkumi semua yang ditunjukkan kepadamu..." Diriwayatkan oleh Muslim, Al-Tirmathy, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah. ]
Salam.Nice entry saudara sang tawal! Salam Maal Hijrah dari saya. Semoga perjuangan saudara terus diberkati dan dirahmati Allah.
ReplyDeleteSang Tawal,memang menarik jika kita mengkaji raja-raja Babilon dahulu dan hubungan mereka dengan nabi-nabi.
ReplyDeleteDan hubungan Bani Israel dengan kebudayaan Babilon kuno.
Artikel yang ummph!
Salam buat efairy,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen :)
salam maal hijrah!
Salam buat M.O.
terima kasih atas komen.Sebenarnya teruja dengan artikel-artikel M.O yang lepas berkaitan dengan raja-raja Babilon ni. :)
sekali lagi, terima kasih BOS! he he he..
wassalam.
terima kasih sang tawal untuk artikel ini, saya memang mencari cari siapakah sebenar nebuchadnezzar dan kaitannya dengan islam.
ReplyDeletesaya ada satu permintaan, boleh kah buat artikel tentang raja namrud?
Assamualaikum,Saudara Tawal.
ReplyDeleteArtikel yang menarik... Maklumat blog ni meng'improve' ilmu sejarah yang diketahui oleh saya. Harap2 saudara teruskan dan bnyakkan lagi artikel seperti ini!!
segala puji bagi Tuhan yg menjadikan dan yg Maha mengetahui...
ReplyDeleteselawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah s.a.w.,Ahli keluarga kaum kerabat dan juga para sahabat Baginda.
terima kaseh buat SangTawal semoga tuhan memberkati usaha tuan dan membuka lebih banyak lagi maklumat yg dapat membuka minda kita ttg sirah Rasul-Rasul dan memberi kita kekuatan utk terus berada di landasan yg Benar yakni Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w.
Salam Tuan Sangtawal Sakranta;
ReplyDelete"... “Akan datang Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi. Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji” ...
Inilah panduan kepada pejuang agama ...
Iaitu apabila hendak memilih ketua atau amir atau tok guru atau pembimbing atau pemimpin ... pilihlah dia atau mereka yang dikodkad dengan ungkapan "seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi".
Rasanya sedikit clue ada dibayangkan oleh Tuan Sangtawal dalam artikelnya mengenai Panglima Sufi Mat Kilau.
Wallahua'lam.
salam buat "saya" @1.01pm,
ReplyDeleteterima kasih, insyaallah, saya akan buat satu artikel pasal raja Namrud dan nabi ibrahim.
salam buat Mr one,
terima kasih atas komen dan sokongan.
salam buat zaim,
terima kasih atas komen dan sokongan.Ya, Rasulullah adalah contoh manusia terbaik dan terhebat sepanjang zaman!
salam buat Rhino,
terima kasih atas komen,
ya,mereka yang akan bangkit nanti mempunyai 2 kekuatan iaitu kekuatan fizikal dan kekuatan spiritual! doakan!!!
Bila seorang pendekar itu mengamalkan ilmu sufi... dan bila dia menjadi kekasih Allah.... sudah pasti dia tidak akan terkalahkan!
kenapa dalam hadis tu sebut pasal kepingan besi??? tak sebut tembaga, timah atau suasa... ada kaitan kah ia dengan kaki yang diperbuat dari besi bercampur tanah liat dalam mimpi nebuchadnezzar itu??? sekadar bertanya!
wassalam.
Salam Tuan SANGTAWAL sakranta;
ReplyDelete".. sebut pasal kepingan besi.."
Terdapat 6 tempat didalam Al Qur-an di mana 'hadeed' iaitu BESI disebut:
Surah 17:Ayat 50; 18:96; 22:21; 34:10; 50:22; dan 57:52. Kesemua menceritakan sekitar kegunaan besi, besi dilebur dll seumpamanya.
Kecuali dalam Surah ke50 Qaf: Ayat 22. Di sini ia tidak bermaksud besi. Ia bermaksud pandangan mata HATI yang menembus.
Dalam bab perjalanan dan latihan dan maqam kesufian, ia (pandangan mata HATI yang menembus ini) menjurus kepada HATI / QALB yang mempunyai MATA / PANDANGAN yang sudah disingkapkan hijabnya / (kasf?).
Dalam bab perjalanan atau latihan dan darjat kepahlawanan / kependekaran kaum PEMBELA (bukan penindas), ia menjurus kepada kekuatan / kudrat yang Allah Pinjamkan MELALUI pandangan / qasd di hati / di qalb yang terbina di atas landas-landas keimanan dan ketuhanan seperti yang ada pada para Nabi dan Rasul, Saidina Ali dan Sahabat, para wali dan tok-tok guru sufi, termasuklah apa yang Tuan SANGTAWAL tuliskan " seorang pendekar itu mengamalkan ilmu sufi... dan bila dia menjadi kekasih Allah.... sudah pasti dia tidak akan terkalahkan!" Sungguh benar Tuan.
Namun; walau tak terkalahkan bagaimana pun mereka itu, mereka-mereka ini mempunyai hati yang lembut dan merendah tunduk, yang sedar, bahawa mereka mesti mencari ilmu kepandikaran yang mampu menepis pukulan Munkarun wa Nakirun di dalam kubur. Itulah ilmu setinggi-tinggi ilmu kependekaran. Begitu kata tok guru.
Maaf Tuan SANGTAWAL sakranta. Berjela-jela dan membosankan saya nampaknya. Ini kerana minat saya kepada pergerakan seni kepahlawanan yang Tuan ceritakan di tulisan yang lalu. Ada jemputan terbuka. Sungguh besar hati Tuan. Saya teringin yang amat sangat berjinak-jinak dengan pergerakan bangsa sebegini kerana ia mempunyai manfaat besar bagi dunia dan akhirat. Namun usia yang lanjut hanya berdaya setakat menumpang hiburan dari jauh.
Wallahua'lam.
Salam buat Rhino Rin,
ReplyDeleteterima kasih sekali lagi atas info dan ayat-ayat berkaitan besi tersebut.
ya, besi yang sama jadi dalam diri kita pun ada...... kita perlu mencari dan mengenalnya... bila sudah kenal... semua besi dunia akan tunduk kepadanya.... itulah sebab pendekar sufi terdahulu kebal... kebal mereka bukan disebabkan keseluruhan tubuh mereka kebal atau jadi besi, tetapi besi tadi akan pergi ketempat yang ditetak atau ditembak itu melawan besi dunia...
dalam kes mat kilau... bila dia berguru dengan tok ku paloh... dia pun sedar ada lagi benda yang lebih hebat dari besi tersebut dalam diri kita... iaitu kalimah-kalimah tertentu.... yang memenuhi atau meliputi seluruh tubuh badan kita... itulah pakaian nabi-nabi dari adam sampai Muhammad.... cukuplah setakat ini dulu...:D
pendekar kini, belajar silat , tak ramai yang benar-benar nak berjuang untuk agama, nak menunjuk ada le! tu sebab ilmu-ilmu yang hebat-hebat semakin pupus.. tok guru takut utk memperturunkan ilmu kerana takut disalahgunakan! he he he...
wassalam
Agama nabi2 itu bukanlah agama Islam. Nabi mahamada membawa agama nabi ibrahim yg lurus, kerana di dlm al quran tuhan berfirman ikutilah agama nabi ibrahim yg lurus. Agama Islam hanya wujud setelah zaman kewafatan nabi spt juga agama kristian muncul selepas ketiadaan nabi isa. Jgn di tipu oleh bangsa arab yg munafik itu.
ReplyDeleteKebenaran Asalama,
ReplyDeleteSaya terang2 tidak setuju dengan pendapat kamu.Tak pernahkah kamu mendengar ayat "sesungguhnya agama yang paling mulia disisi Allah ialah Islam"???mengapa kamu tuduh bangsa Arab munafik???melalui blog kamu,apakah kamu membawa ajaran baru???
SangTawal,minta penjelasan>>>
Wassalam
-pemudatimur-
Salam buat kebenaran Asalama.
ReplyDeleteterima kasih buat pemuda timur, rasanya saya juga bersependapat dengan pemuda timur.saya dah tengok sepintas lalu blog kebenaran asalama.
wahai kebenaran asalama,
saya ada beberapa soalan buat tuan :
1. anda ada menyebut anda masuk agama asalama ni bulan julai 2009, sebelum ni tuan beragama apa?
2.apakah maksud tuan , kebanyakan orang islam ini adalah agama hadis?
3.Benarkah agama baru yang tuan anuti ini hanya menganjurkan solat 3 waktu saja sehari?
4.apa alasan tuan untuk mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa melayu bukan dalam bahasa arab?
5.sebutan dan kalimah syahadah seperti yang tertulis dalam blog tuan itu amat berlainan sekali dengan kalimah yang biasa kita dengar, ya... apakah tuan cuba untuk membawa agama baru?
* Bolehkah tuan mendustakan ayat al-quran , surah al-maidah ayat 3 ini yang bermaksud :
"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu dan Aku cukupkan nikmatKu ke atasmu dan Aku redha ISLAM itu agama mu"
Jika bukan islam, agama apa yang cuba tuan sampaikan???
fikirkanlah baik-baik apa yang saya katakan ini, kalau nak cari publisiti bukan dengan cara begini tuan!
hati-hati dalam langkahmu menuju Allah! buruk padahnya jika sedikit tergelincir dari landasan sebenar!
wassalam
Kami berlindung dengan Allah dari "Kebenaran Asalama" yang telah mencipta agama baharu berlandaskan fahaman kristian. Jika dia terus begini, sedikit hari nanti dia akan mengaku 'nabi'.
ReplyDeleteJika dia Islam, dia sudah murtad.
Jika dia bukan Islam, dia bermaksud hendak menyesatkan.
Tuan hamba,
ReplyDelete1. Hamba mencari kebenaran seumur hidup hamba. Hamba mempelajari sejarah2 bangsa2 dan negara2 di zaman dahulu kala. Hamba membaca kitab2 yg diturunkan tuhan. Hamba di tunjukkan ke dlm agama tuhan setelah meneliti sejarah bangsa hamba iaitu Melayu dan bagaimana kejatuhannya. Tulisan jawilah yg telah membantu hamba merungkaikan kebenarannya. Hamba kini menganut agama nabi ibrahim dan inilah agama semua nabi2 dan rasul2.
2. Agama bermaksud melakukan apa yg diperintahkan tuhan kpd manusia. Tetapi agama Islam mengambil hadis2 sebagai sumber agama dan tidak melakukan apa yg diperintahkan tuhan. Jadi, jelaslah ianya bukan agama tuhan. Hamba ber contoh tuhan perintah solat fajar (pagi), puasa dari terbit fajar hingga mlm, mengambil maqam ibrahim sebagai kiblat dan bukannya Kaabah kerana Kaabah adalah tempat menyembelih korban di musim haji, kota madinah adalah nama kota firaun di zaman nabi yusuf dan musa dan org islam mengagungkannya, tuhan melarang menyengutukan sesuatupun dgnnya termasuk nabinya. Ini dosa yg terbesar yg tidak akan diampunkan dosanya.
3. Syariat agama nabi ibrahim ialah solat 5 waktu sehari iaitu pagi, tgh hari, petang, senja dan mlm sebyk 19 rakaat sehari dalilnya surah al mudatthir.
4. Hamba tidak mengatakan al quran di turunkan dlm bahasa melayu tetapi ianya diturunkan tanpa baris. Jadi, hendak mendpt kebenaran hendaklah di baca sebagaimana ianya di turunkan.
5. Tanyalah ustaz anda yg tahu bahasa arab, apakah makna Laa dan Alaa. Kalimah itu bermaksud tiada tuhan selain tuhan.
Ayat yg tuan hamba sertakan itu jika dibaca tanpa baris maka ianya akan berbunyi;
Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu dan Aku cukupkan nikmatKu ke atasmu dan Aku redha ASALAMA itu agama mu"
Hanya apabila huruf alif itu di letakkan baris bawah barulah anda mendpt islam dan nabi apabila membaca al quran tanpa baris, tidak mengenal apa itu islam.
Ingatlah, bangsa kita bangsa yg hebat. Walau mereka cuba memadamkan bahasa Jawi dgn tujuan agar org melayu tidak dpt menghidu penipuan mereka, tetapi tuhan maha kuasa membangkitkan hambanya dan tuhanlah yg bijaksana. Bukankah semua bangsa lain masih mempunyai surat khabar dlm bahasa mereka dan kita org melayu shj yg kini tidak mempunyai akhbar jawi? Inilah yg hamba cuba sampaikan, jgn di tipu bangsa lain.
asalama,
ReplyDeletebertaubatala kamua sebeluma terlambata!!!
sesata dana menyesatkana!
huruf a ditambah kerana mengikut ajaran baru asalama, semua kena baris atas!!! al-quran jadi al-qurana!
bukankah daniel itu seorang nabi dari israel ? dan bukankah nabi sesudah itu juga dari bani israel ? Jdi anda brlaku kesilapan ketika membaca firman di ulangan 34:10 "seperti Musa yang dikenal Tuhan dengan berhadapan muka, tidak ada lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel," kita lanjutkan firman sterusnya 34:11 "dalam hal segala tanda dan mujizat, yang dilakukannya atas perintah Tuhan di tanah Mesir terhadap Firaun dan terhadap semua pegawainya dan seluruh negerinya," dilanjutkan lagi ke 34:12 "dan dalam hal segala perbuatan kekuasaan dan segala kedahsyatan yang besar yang dilakukan Musa di depan seluruh orang Israel."
ReplyDeleteanda silap krana hnya memetik ayat dari ulangan 34:10 dan tidak membaca sambungan bgi firman trsebut krana firman itu tidak brakhir di ayat 10 ttapi di ayat 12 . maksud firman tersebut ialah tidak akan ada lagi nabi yang seperti Musa akan bangkit diantara umat Israel dan melakukan mujizat2 seperti yang telah dilakukan oleh Musa ketika memimpin umat Israel keluar dari tanah Mesir .
Firman di Zakaria 9:9 "bersorak-soraklah dengan nyaring, hai puteri Sion , bersorak-sorailah, hai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu; ia adil dan jaya. Ia lemah lembut dan mengendarai seekor keledai, seekor keledai beban yang muda." sbenarnya ditujukan kpd nabi Isa a.s(Yesus) coba lihat di Matius 21:2-9 ayat firmannya saya mulakan dari ayat 2 "dengan pesan: "Pergilah ke kampung yang di depanmu itu, dan di situ kamu akan segera menemukan seekor keledai betina tertambat dan anak-anaknya ada dekatnya. Lepaskanlah keledai itu dan bawalah keduanya kepada-Ku. 3 "Dan jikalau ada orang menegor kamu, katakanlah: Tuhan memerlukannya. Ia akan segera mengembalikannya." 4-5 "Hal itu terjadi supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi: "katakanlah kepada puteri Sion(Yerusalem): Lihat, Rajamu datang kepadamu, Ia lemah lembut dan mengendarai seekor keledai, seekor keledai beban yang muda." 6 "Maka pergilah murid-murid itu dan berbuat seperti yang ditugaskan Yesus kepada mereka." 7 "Mereka membawa keledai betina itu bersama anaknya ,lalu mengalasinya dengan pakaian mereka dan Yesus pun naik ke atasnya. 8 "Orang banyat yang sangat besar jumlahnya menghamparkan pakaiannya di jalan , ada pula yang memotong ranting-ranting dari pohon dan menyebarkannya di jalan." 9 "Dan orang banyak yang berjalan di depan Yesus dan yang mengikuti-Nya dari belakang berseru, katanya: "Hosana bagi Anak Daud, diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, hosana di tempat yang mahatinggi!" demikanlah ayat firman tersebut . sekian dari saya SHALOM TUHAN BERKATI
ReplyDelete