Puisi Sangtawal : Hujan Rahmat Ini.
~~~~***~~~~
Tuhanku,
Dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Engkau telah bukakan pintu-pintu langit,
Dengan kadar rezeki yang telah Kau limpahkan,
Lalu kau curahkan hujan rahmat buat kami.
Tuhanku,
Dengan kekuasaan dan kebijaksanaanMu,
Engkau telah turunkan titis-titis hujan,
Dengan sukatan yang telah Kau tetapkan,
Lalu kau simpannya di dalam perut bumi.
Tuhanku,
Dengan hikmah dan anugerah kurniaanMu,
Engkau telah kirimkan angin pembawa hujan
Dengan arah tiupan yang telah Kau tetapkan,
Lalu suburlah bumi dan segala kehidupan
Tuhanku,
Sesungguhnya ini semua ada hikmahnya,
Sesungguhnya ini semua ada rahsianya,
Sesungguhnya ini semua bukan sia-sia,
Sesungguhnya ini semua sungguh bermakna.
Tuhanku,
Kami mohon mustajabnya doa dikala pintu langit terbuka,
Kami mohon ketenangan jiwa dikala turunnya hujan rahmat,
Kami mohon keselamatan didunia dikala ujian melanda,
Kami mohon kebahagiaan di akhirat dikala berakhirnya dunia.
Kami mohon keredhaan darimu dikala mereka menagih syurga,
Kami mohon kecintaan darimu dikala mereka rindukan syurga.
Tuhanku,
Pimpinlah kami untuk berjalan kepadaMu,
Bantulah kami dalam memahami diriMu,
Halangilah kami dari berpaling kepada selainMu,
Anugerahilah kami ilmu dalam mengenalMu,
Tuhanku,
Masih terbukakah pintu taubatMu buat kami,
Ingin kami bersujud di bawah naungan rahmatMu Ilahi,
Lalu mengalirlah hujan airmata penyesalan kami,
Dilewat iktikaf ini, kami selami kedasar hati,
Tuhanku,
Lalu akhirnya kami pun mengerti,
Bahawa sebenarnya Kau ciptakan semua ini,
Adalah kerana demi cintaMu pada kami,
Kasih segala kasih, kasih sejati!
Tuhanku,
Semoga hujan rahmat ini sentiasa turun bersama titisan kurniaMu pada kami,
Semoga hujan rahmat ini menghidupkan hati-hati kami yang telah lama mati,
Semoga hujan rahmat ini menyucikan hati kami dari titik-titik dosa kami,
Semoga hujan rahmat ini menyuburkan benih kebahagiaan dalam hidup kami.
Semoga hujan rahmat ini sentiasa datang menyapa kami disepanjang hayat kami
Nukilan Pena : Sangtawal Sakranta. 25/11/2009 @ 12.57 pm.
Sekadar mengutip beberapa butir mutiara Al-Quran berkaitan dengan hujan.
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah"
(Al-Qamar : ayat 11)
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : ayat 18)
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(Al-Hijr : ayat 22)
"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya. . . "
(An-¬Nur: ayat 43)
”Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?.Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur”
( Al-Waqiah , ayat 68-70 )
“Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji”
(As-Syura: ayat 28).
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.
(Yusuf : ayat 49)
“Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)”
(Al-Baqarah: ayat 264).
“Adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan”
(Al-Baqarah: ayat 265)
“Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan”. (Al-A’raaf: ayat 84).
“Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa”
(Hud: ayat 52).
Sekian, Wassalam.
Sangtawal Sakranta….

No comments:
Post a Comment