Tajuk : Isu Dr Asri : Bila Maknikam Mengenal Jauharinya.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Pada mulanya saya tidak mahu ambil peduli isu ini walaupun ianya sudah lama kedengaran kerana saya yang bukan ahli/tokoh dalam bidang agama ini merasakan mereka yang terlibat dalam isu ini lebih arif dan matang dari segi ilmu agama dan akalnya dan harapan saya semoga isu ini diselesaikan dengan cara yang baik dan penuh hikmah kerana ia melibatkan perkara Akidah! Bagi saya perkara Akidah ini sangat penting.Isu akidah inilah sebenarnya yang menjadi punca perpecahan dan permusuhan sesama islam kerana masing-masing mengaku mereka lebih islamik dari pihak yang satu lagi.
Sejarah islam sudah cukup mengajar kita dan tidak perlu kita pergi jauh untuk melihat contohnya, cukuplah kita membaca dan mengambil iktibar dari sejarah runtuhnya kerajaan islam Aceh dan semakin malapnya sirna islam akibat perbezaan fahaman akidah ini di Nusantara!. Sebagai seorang islam dan bukan penyokong fahaman Wahabi, saya rasa agak terpanggil juga untuk memberikan pendapat saya yang tak seberapa ini, semoga segala yang keruh dapat dijernihkan kembali dan dapat dibincangkan semula dengan penuh hikmah dan toleransi agar suasana ukhwah dan tradisi keilmuan itu dapat dihayati oleh semua pihak, terutamanya golongan rakyat biasa seperti saya ini sesuai dengan wacana ilmu yang ingin kita perjuangkan.
Bermula dari khabar-khabar angin dan berita dari mulut ke mulut orang , beberapa tahun lepas lagi saya telah disajikan dengan satu kenyataan yang Dr Asri, seorang Mufti Termuda Perlis ini telah dicop berfahaman Wahabi oleh segelintir pihak.Dari hari itu, saya pun mula belajar , mengkaji serba sedikit dan mengenal siapa itu Dr Asri ini.Memang dari dulu lagi, saya seorang yang tidak mudah menerima bulat-bulat pendapat seseorang apatah lagi bila ianya berbaur fitnah.Biasanya saya akan selidiki dahulu setakat mana yang termampu oleh saya dahulu sebelum membuat kesimpulan saya yang tersendiri.
Kecaman dan kritikan kepada beliau bukan sedikit dan bertambah subur dengan adanya Blog dan kebebasan bersuara di internet.Sepanjang pengetahuan saya usaha mewar-war kan Dr Asri sebagai berfahaman wahabi semakin hebat di tahun 2006 - 2007 dan bertambah hebat lagi bila dia berada di kerusi Mufti Negeri Perlis .Banyak artikel-artikel berbaur tuduhan dan kecaman secara terbuka diblog-blog atau laman web oleh bloggers jika anda berusaha mencarinya.Tidak perlu bersusah payah , Cuma taip nama Dr Asri- wahabi dan klik, anda pasti akan menjumpai banyak artikel yang dikaitkan dengannya.
Secara peribadinya, biarpun mungkin agak berbeza pendapat dengan anda, saya amat mengkagumi beliau setelah saya mula membaca artikel , penulisan, ceramah,forum atau seminar pembentangan kertas kerjanya. Garapan fakta, kesesuaian isi ,saranan , pembaharuan (tajdid) , contoh dalil dan nas serta gaya bahasanya jelas menterjemahkan minda inteleknya selari dengan kedudukannya bertaraf mufti. Ya, saya akui ada banyak juga persoalan - persoalan sensasi atau buah fikiran yang beliau timbulkan , tetapi seperti biasa ia disusuli dan disokong dengan fakta yang kukuh yang memerlukan lawannya berfikir dua kali atau terpaksa membuat sedikit research sebelum menjawabnya. Contohnya di bulan puasa lepas dia menulis dengan baik sekali di dalam akhbar mingguan berkenaan dengan isu ‘busuk mulut’ dan ‘berus gigi’ di bulan puasa sehingga penulisannya itu dipuji oleh mantan PM iaitu Tun Dr Mahathir dalam blognya chedet .Seperti yang kita sedia maklum Tun Dr Mahathir susah untuk memuji seseorang secara peribadi!
Bagi saya, orang berilmu dan terpelajar mudah dicari dan ramai tetapi untuk mencari seorang PEMIKIR sepertinya amatlah sukar!begitu juga dengan mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir, walaupun dia dicemuh, dituduh sekular , Maha Firaun , Maha Zalim dan lebih dasyat lagi dituduh sebagai freemason, namun bagi saya dia adalah seorang PEMIKIR yang hebat.Soal amalan agama dan pegangan hidupnya itu termasuk urusan dia dengan Allah swt.Siapalah kita untuk menentukan untung nasib orang di akhirat nanti samada ke Syurga atau ke Neraka! Ini persepsi saya dan seperti biasa ia mungkin tidak serupa dengan persepsi anda semua kerana sememangnya persepsi kita berbeza!anda tidak salah jika tidak sependapat dengan saya!
Mungkin selepas ini saya pun akan dituduh Wahabi bila anda selesai membaca kesemua artikel tulisan saya ini biarpun saya tahu saya bukan berfahaman demikian.Saya akan terima segala kritikan anda dengan hati yang terbuka dan komen yang membina adalah amat-amat dialukan!
Bagi saya , Dr Asri ini saya ibaratkan seperti Maknikam yang baik mutunya! Setiap buah fikirannya ada unsur kreatif yang sukar ditelan oleh mereka yang berfikiran logik dan analitik.Biasanya setiap kata-katanya banyak mengundang kontroversi kerana memang begitulah tradisinya dizaman dunia masih didominasi oleh mereka yang banyak menggunakan otak kiri! pemikiran sebegini akan dikira janggal dan tidak serasi dengan segala apa yang sudah tersedia ada! Atau lebih tepatnya saya katakan pemikiran konvensional atau lebih keras sedikit saya sebut JUMUD.
Tidak keterlaluan jika saya katakan pendekatan yang dibuat oleh Dr Asri ini menunjukkan dia mempunyai Kecerdasan Spiritual yang tinggi biarpun bidang pengajian PHD-nya bukan di bidang Tasawuf atau Usuluddin.Itu adalah kurniaan Allah kepadanya.Tak percaya, cuba dengar ucapan terima kasihnya ini kepada semua yang terlibat menyokongnya ketika penahanannya, ia amat meruntun jiwa.Setiap kata-katanya kemas,tersusun dan menyejukkan hati, dia tidak beremosi atau melaungkan kata-kata provokasi seperti laungan Reforrr-masi!!!
Oleh itu adalah tidak pelik jika Dr Asri mempunyai ribuan pengikut dan peminat di seluruh Negara. Lihat saja bila berlaku kes penahanan ke atasnya , dia mendapat begitu banyak sokongan dari 2 orang mantan PM iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah yang menghubunginya terus melalui telefon. PM kita DS Najib pula terus mempersoalkan motif penahanan beliau , menteri di jabatan Perdana Menteri pun turut serta dan di parlimen pun, isu ini terus dibahaskan! Ini tidak mengambil kira lagi sokongan dari ketua pemuda Pas, ketua pemuda Umno, NGO-NGO sehingga artis pun ada. Dan apa yang paling menarik lagi ialah rasa kesal Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz sendiri berkaitan dengan kes ini .
(Klik Sini)
Berbalik kepada kes penahanannya itu, saya tidak menyalah pihak JAIS 100% , kerana sudah menjadi tugas mereka melakukan kewajiban mereka kerana ada alasannya iaitu Dr Asri telah memberi ceramah tanpa permit.Jadi penahanannya ada rasionalnya .Saya juga tidak menyalahkan pihak Polis walaupun dengar khabarnya tidak ada waran tangkap sewaktu kejadian kerana mereka ke sana atas dasar membantu dan mengawal keadaan . Jadi tidak hairanlah jika ramai peguam menghulurkan tangan untuk membantu membela Dr Asri dalam kes ini.Baiklah, kita semua maklum bahawa penahanan tersebut adalah wajar, mengikut peraturannya dan sudah ada peruntukkan undang-undang kepada seseorang yang memberi ceramah tanpa TAULIAH.Apa pun mereka mempunyai hak dan alasan tersendiri untuk menahannya.
Berkaitan dengan TAULIAH ini, nampaknya sekali lagi kita terperangkap dengan undang-undang ciptaan manusia! Sewaktu Rasulullah diutuskan dahulu, Baginda tidak memerlukan Tauliah dari orang arab atau pemimpin arab.TAULIAH ini benda baru sebenarnya.Ia diberikan oleh pihak tertentu yang menilai kredibiliti seseorang itu dari segi ilmunya! Tetapi dalam kes Dr Asri ini, adakah mereka yang telah menilai Dr Asri lebih tinggi atau lebih hebat dari segi ilmu dan akademiknya dari orang yang akan dinilai? Sedangkan Dr Asri mempunyai kelulusan di peringkat M.A dan PHD! Lagi pula dia adalah bekas Mufti Perlis yang waktu itu layak mengeluarkan fatwa atas kredibiliti ilmunya! Pernah menulis lebih dari 20 buah buku dan pernah membentangkan berpuluh-puluh kertas kerja!
Baiklah, jika ikut peraturan benar-benar dia tidak boleh memberi ceramah di Selangor… Tanya saya pula… bagaimana dengan mereka yang membeli dan membaca artikelnya dalam akhbar Mingguan hampir setiap minggu di seluruh Negara termasuk rakyat Selangor? Bagaimana pula dengan mereka yang membeli buku-buku tulisannya termasuk juga rakyat selangor? Bagaimana pula siri ceramah-ceramah agamanya yang selalu berkumandang di corong-corong radio dan beliau juga sering keluar TV yang didengar dan dilihat oleh seluruh rakyat termasuk rakyat Selangor … dan bagaimana pula untuk menhalang rakyat negeri Selangor dari Klik di internet untuk berkunjung kerumah siber Bekas Mufti- “Minda Tajdid” yang bijak menggunakan IT disamping cara penulisan dan gaya bahasanya yang berseni ini??? …. Bagaimana mahu menghalang rakyat selangor dari mendengar dan melihat secara terus siri-siri ceramahnya melalui youtube di internet?
Itulah antara persoalan persoalan kecil yang akan menimbulkan implikasi kepada jabatan-jabatan lain seperti jabatan penerangan, badan badan penerbitan dan sebagainya….. inilah antara soalan-soalan mini dari manusia kerdil seperti saya… belum lagi soalan-soalan hebat yang akan ditanya oleh orang yang lebih hebat dan bagaimana pula JAIS akan menjawabnya???
Persoalannya, perlukah lagi seorang yang pernah bergelar Mufti memohon permit atau tauliah untuk memberi ceramah berbentuk agama? Jika di negeri selangor sahaja tidak boleh sedangkan di banyak negeri- negeri lain boleh… atau di negeri Serambi Mekah pun boleh…contohnya beliau dipanggil menjadi ahli panel forum sempena 100 hari pemerintahan Pakatan rakyat di Kelantan dan yang menjemputnya pula ialah Mursyidul Am Pas sendiri iaitu Tok Guru…. Mengapa hanya di negeri Selangor saja tidak boleh ini pun sudah menimbulkan banyak persoalannya!!!
Tahukah anda taraf Mufti ini dizaman kekhalifahan dan zaman keagungan islam??? Bukankah Raja yang merupakan Ketua Agama Negeri juga tertakluk kepada Fatwa Mufti? Ambil saja contoh di Aceh, Sheikh Nuruddin pernah mengeluarkan fatwa membolehkan mereka yang berpegang kepada fahaman Al-fansuri dibunuh. Itu sejarah hampir 750 tahun lalu di bumi Aceh Nusantara! Apakah di zaman kebangkitan ini akan muncul lagi seorang Sheikh Nuruddin untuk menghuru-harakan negara dan akidah ummah dek kerana dendam kesumat dan kedengkian yang berpanjangan kepada tahap keilmuan dan kehebatan tokoh yang tersohor dan terbilang iaitu Sheikh Hamzah Al-Fansuri? Cukuplah sekali sejarah mengajar kita!
Cuba baca kembali artikel lama saya berkaitan dengan Si Nuruddin pengkhianat ini!
Saya pun merasa hairan sekali bila Dr Asri ini dituduh Wahabi tanpa alasan dan bukti-bukti kukuh sedangkan dia sendiri seringkali menolak tuduhan itu dan menafikan dirinya seorang yang berfahaman wahabi.Oleh itu mari kita selidiki bersama siapa Dr Asri ini sebenarnya, lihat biodata dirinya dari blognya :
(Klik Sini)
Tulis beliau :
[Saya seorang hamba Allah seperti hamba-hambanya yang lain. Tiada kelebihan, melainkan jika ada hanya kurniaanNya semata. Dalam perjalanan kita hidup setakat ini telah direzekikan dan diuji dengan beberapa kesempatan seperti berikut;
NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang
JAWATAN:
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
Sekarang sedang menjalani cuti sabatikal di UK di bawah USM.
PENDIDIKAN FORMAL:
Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
Kolej Islam Klang
B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
M.A Pengajian Islam USM.
Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA
ANUGERAH:
Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H
AKTIVITI SAMPINGAN:
Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008).
Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang)
Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com
PENERBITAN
Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Fanatik Mazhab: Kesan Terhadap Pemikiran Umat, Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
Arus Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
Hadis Palsu: Kesan Terhadap Pemikiran Umat. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007)
Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
Warisan al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran. Penerbitan USM. (2008).
Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Utusan Publication. (2008)
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA:
TAHUN 2004
Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIA (2004).
Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
Konsep Bid’ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti P.Pinang (2004).
Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).
TAHUN 2005
Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul al-Quran JAKIM, Kuala Kubu Selangor. (2005)
Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
Menangani Isu Bidah Melalui Pendekatan al-Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).
TAHUN 2006
Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006).
Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).
TAHUN 2007
Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).
Pendirian Ulama Ahl al-Sunnah Dalam Mempertahankan Sunnah. Seminar International Pembaharuan Pemikiran Islam. Universitas Hamka, Hotel Aryaduta, Jakarta. (18-20 Februari 2007)
Bangsa Melayu: Satu Persimpangan Identiti Belia Dari Perspektif Islam. Sidang Meja Bulat, Geostrategik, Bil 1/2007, Bahagian Keselamatan Negara, JPM Dengan Kementerian Belia Dan Sukan, Hotel Reniassanse, Melaka. (3-7 April 2007).
Beberapa Peranan Sirah Dalam Tamadun Manusia. Seminar Warisan Nabawi, University Sains Islam Malaysia, Kuala Lumpur (12 Julai 2007).
Al-Imam al-Ghazali r.h: Beberapa Kritikan Ulama Terhadap Karya-Karyanya. Seminar Pendekatan Ahl al-Sunnah (Mazhab-Mazhab). Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara, Hotel Garuda, Plaza Medan. (10-11 Ogos 2007).
Islam Dan Cabaran Pemikiran. Munaqasah Fikr Islami, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (14 Ogos 2007)
Hadis Palsu: Kesannya Terhadap Imej Umat. Seminar Imej Islam, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiyyah, Singapura. (25-26 Ogos 2007).
Ucaptama: Wanita Dan Syariat. Minum Petang WIRDA, Masjid Wilayah, KL. (28 Oktober 2007).
Peranan Pegawai Pengurusan Masjid Dalam Menjana Penghayatan Sunnah. Seminar Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. (17 November 2007)
Konflik Umat Islam Masa Kini (Mengapa Kita Gagal Membina Tamadun). Diskusi Semasa, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (27 Disember 2007).
TAHUN 2008
Perancangan Bandar Satu ‘Ibadah. Wacana Ilmu Perancangan Bandar Dari Perspektif Islam. Kuliyyah Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM. (17 Jun 2008).
Keperluan Muzakarah Antara Parti-Parti Politik Muslim. Seminar Masa Depan Politik Malaysia. Kolej Ungku Omar, UKM. (23 Julai 2008).
Al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah Dan Karya Sirahnya Zad al-Ma’ad. Seminar: Buku Agung Dan Karya Perdana Dalam Tamadun Islam Dan Peradaban Melayu, IKIM. (12-13 Ogos 2008) ]
Ingin sekali saya memetik kembali kata-kata Dr Asri dalam artikelnya pada 17.11.2008 iaitu kurang 14 hari sahaja sebelum cukup setahun dari hari penahanannya yang berjudul “ Jangan Mudah Menuduh Orang Wahabi (MAZA) ” , artikel ini sungguh menarik, penuh dengan fakta dan menampakkan nilai intelek beliau yang tinggi dan sekaligus menafikan dirinya seorang Wahabi, (Sila Klik)
untuk membaca dan menilainya sendiri . Antara Tulisan beliau yang menarik ialah :
[ “Ketika saya dihubungi agar mengulas, tentang satu gerakan yang suka menuduh orang lain Wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur.Di kala Negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk wahabi-wahabikan orang lain.Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu nasional dan sejagat.
Sebenarnya ,di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang menyembunyikan identitinya.Mereka ini jika di Negara arab digelar Ahbash……… ”…….sila baca sendiri artikel berikutnya…..
………………….
“Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah.Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama.Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja.Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak.Ramai pendakwah yang menjadi mangsa akhlak buruk ini.Kita juga berdukacita dan bersimpati.Apatah lagi jika ahli fitnah memakai nama pihak berkuasa agama.
Namun,saya katakan pada pendakwah yang difitnah, bersabarlah.Telahpun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia sehingga nabi Muhammad Saw dituduh ahli sihir dan gila.Al-Imam Al-syafi’i r.h pernah dituduh sebagai pendokong syiah di zamannya sehinggalah dia dihukum.Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah dituduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazillah mengenai al-quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.
Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat.Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan.
Wahai mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa bukti, berhentilah,banyak kerja lain yang patut kita buat.Jangan jumud.Sekarang dunia moden,banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan beberapa Click di hadapan internet.Jika kita tidak larat fikir,jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir.Tunjukkan imej keistimewaan islam itu dengan mengizinkan kepelbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu.Bukan yang suka mengkafirkan orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana tidak berkenan di hati” ].
*****************************************************************
Bila saya membaca semula artikel di atas sekali lagi, saya merasakan seperti ketika Dr Asri menulisnya setahun yang lalu dia sudah menjangkakan apa yang akan berlaku beberapa hari lepas akan berlaku juga keatas dirinya sendiri.Bila membaca hujah-hujahnya itu, beliau telah berjaya mengenepikan aspek emosionalnya dengan memberikan laluan kepada fakta dan ilmu menguasai gaya penulisannya.Tulisannya itu dengan nada yang lembut dan cukup berkias.Dia tidak mudah melatah dengan tuduhan dan kecaman pihak tertentu.Mungkin pihak yang dituju oleh beliau tidak mampu mentafsir minda bekas Mufti muda ini.Nasihat dan teguran ikhlas dalam perenggan terakhir itu cukup bermakna sekali bukan?
Tapi sayang….ramai yang tidak ambil peduli.bak kata pepatah “Hanya jauhari yang mengenal maknikam” Namun dalam situasi yang beliau hadapi kini, mungkin mencabar tahap kesabaran beliau kerana ia melibatkan maruah diri.Seperti katanya proses penahanannya seakan-akan dia telah melakukan kesalahan yang besar kerana ia melibatkan bilangan pegawai yang ramai.Anda boleh melihat sendiri dalam youtube dibawah :
Namun dari senyuman dan riak wajahnya ketika ditahan, beliau nampak tenang dan mungkin sudah menjangka apa kesudahan isu ini! Begitulah sifat dan ciri “Maknikam yang baik mutunya” , yakin, berani dan vokal atas prinsip kebenaran! Bukannya seorang yang hanya pandai beretorik kosong, berbahasa berbunga-bunga, kononnya berjuang menegakkan keadilan ,tetapi bila terkena ke batang hidung sendiri , takut untuk bangun berjuang! Selalu bertangguh untuk berdepan dan menyatakan kebenaran sehinggakan orang yang dulunya lemah dan pernah tertonggeng di hadapan kita berani bangkit untuk berjuang demi maruah diri, demi agama dan negara tercinta!
Biarpun sudah lama tuduhan orang-orang tertentu kepadanya berkaitan dengan keraguan mereka tentang kesahihan ijazah atau kelulusan beliau, namun beliau tidak menghiraukannya kerana menganggap itu perkara kecil.Sifirnya mudah saja, jika USM boleh menawarkannya menjadi seorang Lecturer atau bila Perlis memberikan jawatan Mufti , takkan nak bersungguh-sungguh lagi nak tunjukkan kat orang ramai kelulusan / kelayakan nya. Mungkin atas alasan ini pihak tersebut semakin berani mengeluarkan tuduhan demi tuduhan sehinggalah pada beberapa hari yang lepas, hampir satu tahun, barulah beliau terpaksa menyiarkan gambar kelulusan atau ijazahnya dalam dua bidang yang diperolehi dalam sekaligus sebagai bukti dia di pihak yang benar! Ulasan dan bukti dari Dr Asri boleh dibaca disini : (Sila Klik)
* Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah [ disiar dalam blog diatas]
[ PETALING JAYA: Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.
Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah.
Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana hari ini.
"Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.
"Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?
"Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!," kata Dr Asri di kediamannya di Mengkuang, Bukit Mertajam. Semalam, penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari, mendakwa Dr Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.
Zamihan mendakwa bidang pengkhususan Dr Asri hanya melibatkan bahasa Arab dan Sastera dan Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.
"Universiti itu tidak meneruskan program itu sekarang tapi di waktu saya belajar dulu, memang ada program itu. Antara penceramah yang mendapat ijazah yang sama ialah Ustaz Erfino Johari dan ramai lagi guru-guru agama yang mengajar bahasa Arab.
"Tapi inikah kerja JAKIM, menyanggahi disiplin kerja, budi dan etika. Apakah tujuan JAKIM masuk campur? Juga menyalahi akhlak Islam?," kata Dr Asri.
Tuduhan memalsukan kelayakan merupakan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Dr Asri sejak dia ditahan oleh pihak JAIS malam Ahad lalu. Antara tuduhan lain ialah memberi ceramah agama tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman Wahabi.
Dr Asri tertanya-tanya apakah motif di sebalik tuduhan terbaru ini.
"Adakah ini bermakna JAKIM termasuk dalam 'tangan ghaib' sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menafikan kerajaan pusat terlibat dalam hal ini.
"Adakah JAKIM ingin sabotaj saya atau Kerajaan Persekutuan? Dan Datuk Jamil Khir Baharom juga mahu kerajaan Selangor bertanggungjawab. Jadi jika JAKIM tidak terlibat dalam tuduhan pegawainya, saya ingin melihat bantahan terbuka dari pihak JAKIM.
"Saya juga difahamkan Dr Azwira Aziz turut menyaman pegawai yang sama untuk kes fitnah yang lain," kata Dr Asri yang akan mengadakan satu kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' jam 8 malam ini di Institut Al Qayyim. Kuliah malam ini akan menyentuh tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu.
Menurut Dr Asri, setelah berita 'pemalsuan ijazah' itu keluar, beliau telah menerima panggilan dari beberapa peguam ternama menawarkan khidmat mereka dengan percuma untuk menyaman Zamihan.
Dan Dr Asri berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman.
"Cukuplah...mereka telah pergi ke peringkat yang keji iaitu, fitnah!," kata Dr Asri yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, di bawah Majlis Agama Islam Perlis..
sumber - mstar ]
Nah… saya selalu berkata… kebenaran itu tetap ada di sepanjang zaman, semakin dikeji dan dihina manusia bernama Dr Asri ini semakin terbongkar kebenaran malah beliau semakin dikagumi kerana jarang orang yang mendapat dua ijazah sekaligus dari Jordan iaitu B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan , M.A atau Master dalam Pengajian Islam dari USM dan mempunyai Ph.D dari UIA (2003).Beliau juga mempunyai Ijazah Hadith dan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).
Jika anda terdiri daripada pelajar pelajar yang pernah menyambung pengajian ke peringkat Master atau PHD anda pasti akan ketawa terbahak-bahak bila mendengar tuduhan bahawa ada orang yang mendapat PHD nya itu adalah atas belas ehsan Penyelia Tesis / Projek atau penyelia sendiri yang menolong menyiapkan Tesis anda itu dan anda senang – senang je dapat PHD !!! USM pun mungkin akan tertipu juga lah kerana memilih atau menilai seseorang itu menjadi Pensyarah/Lecturer Pengajian Islamnya yang mempunyai Sarjana Ciplak, dan saya berasa hairan lagi bila Dr Asri dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah USM 1430H dengan mengalahkan kehebatan Sarjan-Sarjana USM yang lain termasuklah doktor-doktor pakar perubatan dan pakar bedah di Kampus USM Kubang Kerian! Mungkinkah Panel-Panel Penilai Tokoh Anugerah dan ada yang bertaraf Profesor itu tersilap kerana memilih Dr Asri??? Atau ada juga unsur-unsur bodek Dr Asri dalam bidang akademik pun!
Antara tokoh lain yang saya kagumi ialah Prof Dr Dato’ Harun Din, beliau pernah melanjutkan pelajaran di peringkat Masternya di Al-Azhar Universiti, Cairo dan dalam masa tak sampai 2 tahun beliau memperolehi 2 degree serentak iaitu M.A dari Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari Ain Shams Universiti, Cairo sebelum mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PHDnya pula selepas itu dari Darul Ulum Universiti ,Qahirah.
Bagi saya Dr Asri bukanlah seorang yang gila nama atau Glamour seperti apa yang didakwa oleh sesetengah pihak! Lihat saja namanya, beliau lebih selesa disebut MAZA saja,kalau dia nak dia boleh saja meletakkan sendiri namanya (tanpa pengiktirafan mana-mana pihak ) seperti Dr Asri Al-Perlisi, El-Kelantani, El-Muhammadi , El-Wahhabi atau Al-Ghorib!!! Tapi dia tidak begitu, mungkin dia masih berasa rendah tahap ilmunya untuk meletakkan Nama-Ekor dibelakangnya yang Gah setaraf dengan Al-Palimbani atau Al-Fathani!
Biarpun selalu menafikan dia bukan wahabi, Dr Asri tetap dikecam dan dituduh dengan hebat sekali :
Anda boleh melihat dan membaca sendiri kritikan-kritikan yang ditujukan kepadanya.Saya mengambil beberapa contoh sahaja dari beberapa blog dan saya meminta maaf kepada tuan blog sekiranya anda berkecil hati dengan saya dan harapan saya anda boleh bersifat terbuka untuk menerima teguran dan kritikan orang dengan hati yang tenang dan berlapang dada! Semoga para pembaca semua membacanya dengan teliti dan boleh menilainya sendiri! Sila baca juga komen-komen yang diberi oleh pembaca pada setiap artikel tersebut yang ada pro dan kontranya.Pembacaan sebegini akan menambahkan ilmu dan menajamkan minda kita.Silakan :
1. Mufti perlu integriti :(klik sini)
2. Menjawab Dr Hakim menuduhnya Al-Tabdi’ : (klik sini)
3. Hilangnya mutiara ilmiah kerana kejahilan : (klik sini)
4.Salah-faham terhadap keistimewaan bulan rejab : (klik sini)
5.Andaian pandir :(klik sini)
6. Alasan tamat : (klik sini)
7. Kontrak Mufti Perlis di tamatkan :(klik sini)
* Saya mengambil sedikit sedutan dari artikel ini
“Kata asri :
[‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian. ‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.]
*ulasan dari tuan blog/penulis artikel:
Ulasan :
1) Elok juga ditamatkan kontraknya disebabkan provokasi Dr MAZA yang terlalu banyak kepada agensi agama, para ulamak dan individu yang tidak selari dengan pandangannya. Sekaligus mencacatkan kredibiliti Kerajaan Negeri Perlis dan rakyatnya.
2) Sekurang-kurangnya reda sedikit huru-hara dan kacau bilau pemikiran agama Umat Islam di negara kita ini. Namun, saya kira Dr MAZA akan tetap meneruskan doktrin ganjilnya (menentang pendekatan agama arus perdana) kerna beliau memang sengaja diproduksi untuk tujuan itu.
3) Bila kontraknya ditamatkan, Dr MAZA tidak perlu mengambil keputusan. Sepatutnya beliau patut berkata : Saya redha dengan ketentuan Allah SWT bahawa kontrak saya ditamatkan lebih awal dari jangkaan (2009). Tetapi perkataan diatas sengaja disebut seolah2 penamatan kontrak itu hasil keputusannya. Walhal tidak sedemikian. Graduan Jordan makruf bahawa Dr Asri memang pakar dalam putar alam.
4) Kita juga akan melihat setakat mana kesanggupan USM untuk menerimanya kembali di atas sikap dan aksinya semasa menjawat jawatan Mufti. Posisi Mufti Perlis tu setahu saya grednya S 48 sahaja. Tetapi aksi dr MAZA (semasa jd Mufti) bukan sekadar melebihi JUSA. Sebaliknya melampaui tahap jawatan 'Mufti Malaysia'. Kalau beliau kekal dgn jawatan Pensyarah terdahulu, mungkin jawatan sekarang sudah mencecah DS 52 tau Pensyarah Kanan. Mungkin beliau seorang yang tidak 'hubb al-Ri'asah'. Tetapi qarinah n dilalah memperlihatkan beliau seorang 'hubb al-Jah". Dan akhirnya dilihat 'merajuk' selepas ditamatkan kontrak. Lalu bercadang untuk membawa diri ke luar negara atas nama 'kajian'. Kajian apa tu Cik Abang. Saudi Arabia tanggung ke?Wallahu'alam. Sebenarnya, saya sudah ketemu ramai para ulamak dan bertanyakan pandangan mereka terhadap Dr MAZA ni. Katanya mereka : 'Tunggulah..asri tu tok lama'...cepat naik..cepat jatuh.."
5) Semenjak kemenangan PR keatas 4 buah negeri dgn kejatuhan DS Shahidan Kassim, halatuju pemikiran Dr MAZA turut berubah. Beliau juga dilihat banyak terlibat dalam wacana kepartian. Suka hati beliau lah. Tetapi, Kenapa sampai nak keluar negara bila ditamatkan kontrak? Cubalah dapatkan jawatan Mufti Wilayah ke? Melobi jawatan Mufti Selangor ke? Atau dah cuba...tp memang tak dapat. Perak tabley la bang. Istana lebih sukakan DS Harussani dari enta. Pulau Pinang.. tabley la bang..sbb kontrak Syeikhuna Dato' Hj Hassan baru je disambung 2 bulan lepas. Kalau dapat jawatan dari dua negeri tu, bolehlah beri lampu hijau 'jawatan Mufti Perlis' kepada Fathul Bari bin Datuk Mad Jahya kan? Tak gitu?
Apapun, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis yang baru kerana berani bertegas menamatkan kontrak Mufti yang banyak menimbulkan provokasi agama selama ini. Selamat hara-kiri ya akhie Dr Mohd Asri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kembalilah kepada Fitrah. Kembalilah kepada Allah. ]
****************************************************************
8. Perlis Pelopori Gagasan Ulamak Sunnah Al-Wahhabiah - Satu Analisa
: (klik sini)
*Izinkan Saya siarkan semula artikel itu :
[PERLIS PELOPORI GAGASAN ULAMAK SUNNAH AL-WAHHABI SATU ANALISA
Oleh: Ustaz Zamihan Al-Ghari
Assalamualaikum Warahmatullah…
Salam Aidilfitri buat semua pejuang Islam. Khususnya buat semua ikhwah yang menunjangi arus perjuangan Ahl Sunnah Wal Jamaah yang tulin. Taqabbalalahu minna wa minkum thaat. Wa kullu am wa antum bikhayr. Min ‘aidin wa fa izin..Insya Allah.
Semenjak Dr Asri menjawat jawatan Muftin Perlis, macam-macam karenah yang ditimbulkannya. Kali ini beliau cuba menubuhkan Gagasan Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah pula. Kononya atas landasan NGO. Akan tetapi Menteri Besar pula dilantik sebagai penaung. Boleh ke Ketua Kerajaan dilantik sebagai penaung NGO? Banyaknya jawatan yang hendak dibolot? Buenos! Realitinya, mampukah kita memikul amanah dengan sebaik-baiknya. Atau sanggupkah kita berhujah dengan Allah di akhirat atas amanah yang tidak tertunai.
Justeru, tak salah kalau Dr Asri dikenali sebagai Tukang Kipas MB Perlis. Di samping beliau dapat mengukuhkan kedudukan dengan kontrak baru, beliau juga seolah-olah berkemampuan melebarkan sayap Wahhabinya dari Perlis ke seluruh negara.
NOSTALGIA
Motto “Menghidupkan Sunnah” adalah sesuatu yang murni. Sayangnya, ia dijadikan modal politik oleh Muhammad Abd Wahhab untuk mendapatkan kuasa dan pemerintahan. Jika para ikhwah menelusuri sejarah kemunculan fahaman & pemerintahan MAW dan Muhammad bin Su’ud (Pengasas Monarki Saudi) kedudukan ini adalah sesuatu yang amat jelas.
Sekali imbas, niat kedua-duanya adalah menjurus kepada kebaikan.
Namun, dipermulaan dakwah mereka adanya tentangan. Dipertengahan perjuangan mereka… wujudnya peperangan dan pertumpahan darah sesama Islam. Dan diakhirnya, mereka berjaya mengungguli kuasa pemerintahan. Perkongsian kuasa ini sinonim hingga ke saat ini atas nama Arab Saudi. Ini bukan kritikan…tapi sekadar sesi percambahan minda berasaskan fakta dan nilai sejarah peradaban dunia.
IDOLA
Kini, Dr Asri juga tidak ketinggalan menelusuri kronologi ini. Lalu motto “Memperjuangkan Sunnah” disemarakkan dengan pencapaian akademik yang tak seberapa. Tetapi cuba mengelabui awam dengan gelaran sarjana. Bahkan, kerap kali kedengaran Tuan Mufti ini melaungkan…sarjana…sarjana…sarjana!
HAKIKAT SARJANA
Walaupun tidak memiliki latarbelakang pengajian Islam yang kukuh beliau cuba menipu dirinya sendiri dan masyarakat awam bahawa beliau salah seorang sarjana Pengajian Islam. Para pembaca boleh menatapi tipu daya beliau dalam bukunya: 10 PERKARA BATAL IMAN & APA ITU SYIRIK.
Pada cover belakang bukunya, ruangan biodata : Asri mendakwa bahawa beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Arab dan Syariah Islam dari Universiti Of Jordan, Jordan . (rujuk 10 Perkara Batal Iman & Apa Itu Syirik, 2007M, Cetakan Pertama, Wholesale Mart Business Point Sdn Bhd : Cheras)
Dr Asri turut menghebahkan latarbelakang akademik yang sama dalam Berita Harian sehari selepas beliau menerima watikah menjadi Mufti.
Kalau sekadar kesalahan percetakan takkan berulang kali biodata itu diterbitkan. Hakikatnya, Dr Asri tahu.
Tapi sengaja buat tak tahu. Takkan dia lebih rela menipu untuk mencari glamour? Lu mau tipu ka? Haiyya…! Tak elok makan hasil tipu-menipu. Lebih-lebih lagi kredibiliti anda sebagai seorang Mufti.
Perlu diketahui bahawa Universiti Of Jordan ( Universiti Ijazah Pertama Dr Asri) tidak pernah menawarkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam sekaligus. Hairannya, bagaimana Dr Asri boleh mendakwa beliau berkelulusan B.a Bahasa Arab dan Syariah Islam sekaligus.
Tak percaya, cuba tuan-puan tanyakan graduan yang semasa dengannya. Ataupun minta dilihat ijazah pertamanya itu. Jelas, beliau cuba mencipta mitos dalam memperkasakan jawatannya sendiri.
Tambahan pula, pembelajaran Bahasa Arab di Universiti di Jordan berbeza dengan kurikulum al-Azhar. Skop pembelajaran Bahasa Arab di Jordan lebih memberi fokus kepada tatabahasa, karya sastera seperti Syair (Jahili, Umawi, Abbasi, Moden dll) arudh, qafiah, prosa, kritik sastera dan lain-lain. Cukup ke peralatan ini membantu Tuan Mufti meraih gelaran sarjana tanpa asas pengajian yang kukuh?
Para graduan dari Jordan mengetahui hakikat ini. Tapi Dr Asri sanggup membohongi diri sendiri semata-mata untuk dilihat sebagai seorang sarjana Islam yang benar-benar tulin. Jika anda bermula dengan BA Bahasa Arab, MA (USM) Tesis : Bid’ah dan Phd Tentang Asbab Wurud Hadis (itupun disempurnakan oleh Penyelia anda) adakah anda layak digelar sarjana Islam yang tulin?
Mari kita sama-sama cermin hati dan tanyakan diri : Siapa Guru Mentor kita? Kitab mana rujukan teras kita? Setakat mana penguasaan ilmu kita? Bagaimana sikap keilmuan kita?
Setahu saya, ramai lagi pensyarah-pensyarah muda di Universiti tempatan/luar yang menggondol Phd lebih awal bahkan lebih matang dari beliau. Tak kedengaran pula mereka mengaku sarjana Islam.
Saya pernah ke Pattani, Singapura, Lubnan , Bahrain , Mesir dan Jordan tapi tak pernah ketemu orang yang mengaku dirinya sebagai sarjana tulin.
Perhatikan sirah para alim ulamak silam. Mereka mencapai standard sarjana lebih agung dari kita. Tapi mereka tak pernah sesekali ‘claim’ sebagai sarjana Islam. Sedangkan tahap kesarjanaan mereka diperakui seluruh dunia. Dan latarbelakang akademik mereka benar-benar original (musyafahah dan bersanad).
Jauh sekali berbanding kesarjanaan kita yang bersifat copy n paste dan diluluskan oleh seorang dua penyelia sahaja. Apatah lagi, zaman sekarang ni mereka yang berpengaruh boleh membeli Phd dengan mengupah si polan bin si polan bagi pihaknya.
Maka lahirlah sarjana agama ekspress. ALLAHU ALLAH!
SIKAP SARJANA
Sekali imbas, sikap sebahagian sarjana kita kini macam budak-budak. Sedarlah, kita bermula dengan jahil murakkab. Belajar sikit-sikit dengan bantuan orang. Kemudian dapat sijil..sambung lagi. Bila nafsu mengusai diri, muncul perasaan alim. Bersandarkan sedikit kedudukan maka semakin galak hati kita untuk cari glamour.
Bila dah ada publisiti murahan, mulalah naik tocang dan menyerang golongan yang tidak sehaluan dengan kita. Kita je yang baik lagi sunni.
Orang lain bercirikan bid’ah dan menyeleweng! Inikah nilai sarjana yang dilaungkan? Bersama kita mengakauntabiliti diri sendiri. Tanyakan diri, setakat mana ilmu yang ada benar-benar membawa kita menuju Allah.
SIKAP ALIM YANG SEBENAR
Bagi saya, jika seseorang itu memiliki penguasaan ilmu yang ampuh pasti rendah diri sifatnya. Lantaran bunga-bunga takwa telah memenuhi ruang hatinya. Dalam masa yang sama, seseorang itu pasti menjauhkan diri dari pelbagai pengakuan yang bukan-bukan. Hal ini jelas sebagaimana firman Allah SWT:
“Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.”
Pendek kata, kalau sama perangai antara si alim dengan si jahil maka perangai si alim tadi menafikan kesarjanaan yang ada padanya. Lalu jadilah dia seorang yang tertipu dengan kesarjanaannya.
Paling tuntas, kalimah sarjana yang dilaungkan hanyalah kosmetik semata-mata. Ia tidak lebih sebagai satu alat untuk mencapai tujuan politik sebagaimana tokoh idolanya Muhammad Abd Wahhab. Tokoh ini mengaku sunni tapi sebaliknya mempunyai metodologi yang tersendiri. Kalau tidak, masakan ayahnya sendiri murka kepada fahaman, sikap dan tindakan provokatifnya terhadap ulamak dan masyrakat Islam pada waktu itu.(Ibn Humayd al-Hanbali, al-Suhub al-Wabilah, m/s 275)
Demikian Sohibus Samahah Tuan Mufti, mengaku sarjana tapi tidak memiliki asas yang kukuh dalam pengajian Islam. Dianggap sebagai Tokoh Hadis tapi satu kitab hadis pun tak pernah dipelajari secara betalaqqi. Berapa banyak pula hadis secara bersanad dihafaznya. Kalau setakat Muhaddis CD budak2 tadika pun layak digelar Muhaddis. Masya Allah!
PENAFIAN
Walaupun Dr Asri begitu keras menafikan persaman beliau dengan Muhammad Abd Wahhab, namun apabila kita mengkaji idea, fahaman, uslub, metodologi dakwah kedua-keduanya hampir sama. Sehati-sejiwa. Cuma metodologi Dr Asri lebih bersifat Liberal.
Justeru, secara asasnya didapati ada persamaan jelas antara beliau dengan MAW. Namun kekadang pemikiran Dr Asri lebih menjurus kepada Islam Liberal dan banyak menguntungkan bukan Islam.
Sehubungan dengan itu, para pencinta ilmu, pemimpin, pendakwah dan orang ramai dinasihatkan jangan tertipu dengan pelbagai slogan yang dikemukakannya.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Tujuan menghidupkan sunnah bukanlah sesuatu yang mudah. Sebaliknya, ia memerlukan penguasaan ilmu, usaha yang kuat, kepakaran dan infrastruktur lengkap dalam merealisasikannya. Ciri ini amat penting bagi memastikan usaha tersebut mencapai standard yang diharapkan. Sekaligus tidak melahirkan natijah yang bersifat fitnah kepada Islam dan umatnya. Bahkan, impaknya dapat menyokong memartabatkan maruah Islam itu sendiri.
Sayangnya, Dr Asri dan Muhammad Abd Wahhab tidak memiliki ciri-ciri sebegini. Redakah anda, jika diri, agama dan umat Islam kita difitnah, terfitnah buat sekian lamanya.
Berbalik kepada tindakan Mufti Perlis yang hendak mewujudkan Gagasan Sunnah Wal Jamaah secara zahirnya adalah sesuatu yang baik. Itupun sekiranya matlamat penubuhan itu diasaskan kepada usaha jama’ie dalam mendaulatkan Islam secara syumul.
Firman Allah bermaksud;
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”(Surah Al-Maidah : 2)
Kesimpulannya, matlamat yang baik tidak akan tercapai dengan cara yang salah.
Iaitu metodologi beliau untuk meruntuh dan membina pendekatan baru dalam pengurusan Islam di Malaysia adalah bertentangan dengan status yang sedia ada. Beliau tidak berhak (tidak berkemampuan) mentarjih perkara khilafiah furu’iyyah yang diperdebatkan dikalangan ulamak. Lalu menganggap pandangan lain sebagai tidak Islamik atau tidak sunni.
Sedangkan penentuan khilafiyah furu’iyyah telah diterima pakai di negara kita sebelum kelahiran beliau lagi.
Tajdid konon! Tajdid apa kalau sekadar mempraktikkan metodologi Salafiyah al-Wahhabiyyah di negara kita. Renungkan!
RASIONAL GAGASAN ULAMAK SUNNAH AL –WAHHABI
Buat para pemikir muslim. Jangan lupa bahawa setiap sesuatu ada hakikatnya. Mari kita celikkan pemikiran kita terhadap idea penubuhan Gagasan Ulamak Ahl Sunnah yang dicetuskan oleh Mufti Perlis ini. Cadangan ini nampaknya disokong penuh oleh Menteri Besar Perlis sebagaimana yang dilaporkan BERNAMA. Perhatikanlah…ada bahaya sedang menanti kita semua!
1) Gagasan ini tidak melalui prosedur yang sedia ada. Khususnya dalam mendapatkan restu pihak berkuasa agama terlebih dahulu. Dr Asri bercakap melampaui taraf Mufti, EXCO Agama dan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Bah Agama).
Saya rasa, tuan-tuan masih ingat satu ketika dulu Mufti Muda ini pernah ‘mengarahkan’ agar semua Jabatan agama menghentikan “Kursus Perkahwinan” yang telah dijalankan. Kononnya kursus tersebut mengandungi unsur lucah dan tidak mampu membantu pasangan berumahtangga. Benarkah keseluruhan kursus kahwin begitu? Apakah ini kesepakatan agensi agama hasil postmortem bersepadu dan menyeluruh? Atau sekadar ‘pandangan+arahan’ peribadi Mufti Perlis sahaja? Beliau sepatutnya sedar dengan bidang tugas dan kuasanya.
2) Sebagai Mufti Negeri, Dr Asri boleh berfikir secara matang tentang idea penubuhan ini. Beliau perlu berbincang dengan ahli Majlis Fatwa Negeri terlebih dahulu. Kajian tentangnya perlu dilakukan bagi melihat untung rugi penubuhan.
Selanjutnya, bawalah ke Mesyuarat JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan sebagai makluman dan sesi percambahan idea penubuhan. Bukannya terus menyebarkan penubuhannya kepada awam dan disulami dengan pelbagai alasan yang mengelirukan.
Justeru, Penubuhan Gagasan ini menjustifikasikan KETIDAK IKTIRAFAN beliau terhadap fungsi PIHAK BERKUASA AGAMA DI MALAYSIA. Dan selama ini, beliau menggambarkan Institusi agama KITA TIDAK SUNNI atau TIDAK ISLAMIK ATAU TIDAK TULIN.
Tidak cukup dengan itu, MB Perlis secara terang-terangan mengaku bahawa Perlis mengamalkan Mazhab Syafi’ie tulin. (Mingguan Msia, 28 Oktober m/s 9). Jadi macamana dengan negeri-negeri lain. Apakah mereka mengamalkan mazhab Syafi’ie palsu.?
SUBHANALLAH!
3) Sohibus Samahah Dr Asri dan MB Perlis sebenarnya sedang merangka untuk melantik sarjana2 Wahhabi yang terpilih bagi merancakkan proses Mewahabikan Malaysia . Tak percaya!... cuba tuan-tuan perhatikan secara halus senarai nama mereka yang terpilih dalam Gagasan ini.
Situasi ini dikhuatiri mendatangkan polemik yg cukup besar ke atas umat Islam di negara kita. Peranan Mufti cuba dinafikan. Bahkan Para Mufti sendiri akan dipinggirkan secara automatik berdasarkan idea ini. Memandangkan sebahagian besar Mufti kita tidak memiliki standard sarjana yang dimaksudkan beliau.
Di samping itu, sarjana yang dikumpulkan pula tentunya dipilih sebulu dengan mereka. Bahkan sarjana inilah yang bakal menjadi hero-hero Wahhabi untuk mengkontradiksi pandangan atau pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa agama. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada agensi agama, Institusi Islam, Fakulti Pengajian Islam, Pengurusan Islam dan masyarakat awam.? Pasti bertambah rancu dan keliru! Hoola-hoola!
4) Nampak gayanya, kita benar-benar ingin dijadikan seperti Indonesia . Di mana pergeseran antara Nahdatul Ulamak (Ulamak pemerintah) dan Muhammadiyyah (Ulamak Wahhabiyah) membingungkan umat dan merencatkan proses pengurusan Islam negara tersebut. Contohnya : puasa sama-sama bermula..tapi raya berlainan hari.
Riaknya sudah ada di Perlis, contohnya dalam kes penetapan Hari Raya Aidil Adha. Sebilangan ikhwah kita di sana tetap berkeras mahu beraya mengikut Arab Saudi. Sekaligus membelakangi pemerintah (Wali al-Amr). Kalau dahulu, mereka yang berkeras ini ditahan dan didakwa kerana berpaling dari ketetapan pemerintah. Tapi sekarang…macam 7x5 sahaja.
5) Kewujudan Gagasan ini pasti mengundang “bibit-bibit” perpecahan umat Islam di negara kita. Lihatlah kenyataan berona Mufti Perlis dalam BERNAMA: “Ditanya, sama ada gagasan itu akan bertindih peranan dan fungsinya dengan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Dr Mohd Asri berkata, gagasan itu akan memberi tumpuan kepada Sunnah Wal Jamaah, iaitu mengikut ajaran al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. "Kalau Persatuan Ulamak Malaysia dianggotai oleh semua orang yang dilihat mempunyai kecenderongan agama tetapi gagasan ini hanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan tahap akademik yang tinggi," katanya” Kenyataan Mufti Perlis ini menjustifikasikan satu anggapan bahawa menganggap PUM adalah sebuah gagasan yang tidak berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah. Mungkin disebabkan itu beliau menubuhkan Gagasan Ulamak Sunnah Wa Jamaah. Apakah mereka yang menanggotai PUM tidak mempunyai taraf akademik yang tinggi. Atau secara mafhum mukhalafahnya pendekatan PUM sudah menyeleweng dari landasan yang sebenar. Begitu ke Pak Syeikh? Na’uzubillah !
6) Mewujudkan satu Gagasan Ulamak (dengan slogan menghidupkan sunnah) beserta kewujudan agensi teras seperti JAKIM, JAIN, YADIM, YAPEIM, IKIM, PUM, ABIM dan menafikan peranan ‘Kesunahan” agensi ini merupakan tindakan yang kejam dan melahirkan perpecahan. Jangan sampai kita semua tuli dengan firman Allah;yang bermaksud ;“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai”
(Surah Al-Imran103) Firman Allah lagi yang bermaksud;“Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu” (Surah Al-Anfal : 46) Sabda Nabi SAW;Maksudnya;“Jangan kamu berselisih, maka sesungguhnya mereka sebelum dari kamu telah berselisih, lalu mereka binasa”
ISU KHILAF BUKAN PUNCA PERPECAHAN
Kekhilafan yang berlaku dikalangan ulamak adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Ia disebabkan oleh perbezaan pandangan mujtahid terhadap nas yang bersifat dzanni. Lalu menatijahkan hukum yang berbeza antara satu sama lain.
Situasi ini sesuatu yang lumrah dikalangan mujtahidin. Selagi dalil bertaraf dzanni selagi itulah terbukanya ruang ijtihad.
Namun begitu, bukan semua manusia bertaraf mujtahid. Seorang Mufti bukan automatik memegang kad pengenalan mujtahid. Lebih2 lagi Mufti yang baru berusia setahun jagung tu.
Soalnya, kenapa kita lebih teruja dengan dalil dzanni sedangkan masih banyak tuntutan yang bersifat qat’ie (diijmak ulamak) belum dilaksanakan. Apatah lagi untuk dibuat penambahbaikan dalam proses pelaksanaan.
7 Perkara yang lebih memburukkan keadaan dalam penubuhan Gagasan ini ialah fokus perbincangan bersifat khilafiyyah furu`iyyah dikalangan ulamak. Hal Ini dibuktikan dengan kenyataan MB Perlis sendiri dalam BERNAMA;”Gagasan itu akan menjadi kumpulan pemikir dan pengkaji ke arah memastikan amalan harian dalam kerja-kerja ibadah dilakukan secara tulin dan tidak menyeleweng.”
Melihat kepada kenyataan ini, dapatlah difahami bahawa perbincangan mereka akan berkisar dalam perkara khilafiyyah furu’iyyah yang telah lama diperdebatkan oleh para ulama terdahulu. Contohnya seperti perbincangan tentang lafaz niat, qunut, wirid, talqin, tahlil, Yaasiin malam Jumaat, baca al-Quran atas kubur, doa beramai-ramai selepas solat dan sebagainya. (Lihat Utusan Malaysia : Wawancara, Ahad 28 Oktober 2007, m/s 9)
Ironinya, mereka mengambil pendekatan tarjih serta menghukum pihak lain dengan label menyeleweng, bid’ah, musyrik, tidak ada dalil, tidak tulin, bukan sunnah, Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan MACAM-MACAM ADAAA. Sedangkan amalan-amalan tersebut (jika diperhalusi) sememangnya mempunyai sandaran nas Al-Quran dan As-Sunnah. Cuma mungkin dinilai lemah dari sudut pandangan mereka yang beraliran Wahhabi ini.
Bagi yang dituduh pasti tampil membela. Maka berlakulah jawab-menjawab, tulis-menulis, kutuk-mengutuk yang tak berkesudahan sampai kiamat.
Nampaknya Menteri Besar kita dah hilang fokus. Walaupun tidak memahami secara mendalam tentang urusan agama, beliau cuba mencampuri perdebatan isu khilafiyyah. Tak percaya kepada ahli agama ke? Terpulanglah.
Paling kurang pun, hormatlah pandangan dan pendekatan orang lain. Kenapa kita tidak boleh berbincang, bertoleransi dan mencari kata putus dalam masalah ini.
8 Penubuhan pelbagai sayap dlm perjuangan Islam sebenarnya merupakan acuan penjajah. Agenda ini dirangka supaya Umat Islam asyik bertelingkah sesama sendiri khususnya terhadap soal2 furuk (ranting agama). Manakala soal usul diserahkan kpd agensi Sekular, Liberal, Sosialis dan Orientalis untuk menguruskannya. Justeru, tidak hairanlah jika Dunia Islam bergelap dgn polemik ini.
Namun, realitinya negara kita masih belu terusik sepenuhnya. Malah kita ada acuan tersendiri. Acuan Akidah Imam al-Asy’ari (tanzih), bermazhab al-Syafi’ie dan bertasawuf Sunni telah lama dipraktikkan di alam nusantara. Dan sudah terbukti banyak kemajuan yang telah dicapai.
Kini, warna-warni perpecahan cuba dilakarkan. Marilah kita sama-sama mempertahankan status ini agar kita tidak diganggu-gugat oleh pelbagai makhluk perosak.
9 Teladanilah apa yang berlaku di seluruh dunia. Kemunculan pelbagai Gerakan dan gagasan banyak mendatangkan kelemahan dari kejayaan.
Logiknya, kewujudan NGO Syiah tentunya tak sebulu dengan NGO Wahhabi. Kedua-dua badan ini begitu agresif berbanding kesederhanaan NGO Sunni. Muncul pula NGO Modernisme atau Liberalisme yang membawa pendekatan yang berbeza dari gagasan sedia ada. Ditambah pula dengan fenomena ajaran sesat lagi menyeleweng dalam negara. Bayangkan tentu haru-biru jadinya.
Justeru, penubuhan Gagasan ini dijangka lebih mengeruhkan lagi keadaan.
10 Tindakan menubuhkan Gagasan Ulamak Ahl Sunnah yang di cetuskan oleh Dr Asri juga patut diragui. Atau lebih senang diibaratkan dengan pepatah “ada udang disebalik Mee”. Lebih-lebih lagi apabila Dato’ Seri Shahidan Kasim sendiri dilantik sebagai Penaung. Kenapa tak pilih Tan Sri Abd Hamid Othman atau Dato’ Abdullah Md Zin..tentu lagi power disebabkan kedua tokoh ini mendasari agensi agama.
Nampaknya kedua-dua saudara kita ni benar-benar nak jadi hero dalam drama ‘Pengurusan Islam di Malaysia.’ Hero apa ni kalau sekadar memerangi umat Islam Malaysia dengan khilafiayah-furu’iyyah berasaskan kpd metodologi Wahhabiyyah. Tak mengaku.. tak apa! Dilalah dan qarinah adalah jelas dan tidak berhajat kepada ikrar semat-mata.
Jika anda penganalisa politik, dapatlah anda merumuskan bahawa ini mungkin sebahagian dari taktik pilihanraya. Untuk apa? Untuk menarik perhatian PM kita bahawa merekalah jagoan sebenar yang tampil membela agama. Berilah ruang yang lebih luas kepada mereka. Kasi chance la.
Ringkasnya, kes ini boleh diklasifikasi sebagai usaha yang AMAT MERAGUKAN. Ada agenda peribadi kot! Alaa Bapak..calooonkan aku!
11. Walaupun Mufti Perlis menafikan hubungan gagasan ini dengan mana-mana parti politik, tetapi apa yang menghairankan mengapa ahli politik yang dilantik menjadi penaung, sedangkan disana terdapat ramai ahli-ahli akademik yang berpengalaman untuk dijadikan penaung, seperti Prof. Dr Mahmood Zuhdi, Prof Zakarian Stapa, Dato’ Mohd Salleh Hj Ahmad, Dato’ Hashim Yahya, Dato’ Dr Shukor Husin DLL. Tegasnya, ilmuan di atas tidak selari dengan fahaman dan pendekatan yang diperkenalkan Dr Asri dewasa ini.
Bagi saya yang fakir ini, kenyataan ini adalah satu gimik yang bersifat kosmetik untuk mengelabui mata orang melayu yang beragama Islam di Negara ini. Walhal Perlis sendiri masih tega dengan hukum sekular. Renunglah Firman Allah;Maksudnya;“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu” (Surah An-Nisa’ : 61)
SYOR DAN CADANGAN
Setelah kita memahami dan menganalisa untung rugi Penubuhan Gagasan ini maka dapatlah dibuat beberapa rumusan mengenainya. Antaranya :
1) PENGGUNAAN kalimah Islam : Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah lama dan banyak kali berlaku. Jika ada keraguan pada idea dan pendekatan nescaya ia pasti mendatangkan pelbagai kekeliruan kpd umat Islam. Di samping itu, ia juga dilihat menganggu proses kelancaran pembangunan dan Pengurusan Islam yang diterajui pemerintah sesebuah negeri atau negara.
Oleh itu, cadangan Penubuhan Gagasan Ini perlu DITOLAK kerana diyakini banyak memberi mudharat berbanding manfaat.
Berdasarkan slogan di atas, jelas kepada kita bahawa Dr Asri cuba menggunakan pendekatan hadmi wal bina. Iaitu meruntuh sistem yang sedia ada dan membinanya dengan pendekatan yang baru. Alasannya, kita semua tidak cukup Islamik atau tidak Sunni.
2) Kita perlu berhati-hati dengan agenda licik dan strategi mereka yang cuba menganggu kelancaran pengurusan Islam di Msia. Mereka bermula dengan cadangan kecil-kecilan. Lama kelamaan mereka mengungguli pemerintahan dan mampu memberi perubahan yang besar pada negara dan umat Islam.
3) Kita juga perlu mengambil langkah proaktif bagi membendung pemikiran yang merosakkan ini. Iaitu dengan mengawal selia media arus perdana dari terus dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap Islam dan kepentingan umatnya.
4) Satu formula penyelarasan dan penyeragaman hal ehwal pentadbiran Islam seluruh negara diperlukan bagi mensistematikkan pengurusan Islam di Malaysia. Situsi ini amat penting bagi memastikan ummat berada pada satu pegangan, satu suara dan satu tindakan. Sekaligus mengurangi jurang pergeseran dan mengelakkan perpecahan dalam masyarakat.
HARAPAN NAN SUCI
Saya memohon jasa baik Ybhg Tan Sri, Dato’/Datin/Tuan/Puan agar memanjangkan perkara ini ke pihak atasan kerana impaknya amat besar terhadap Pengurusan Islam di negara kita. Saya tidak rela status quo kita diusik dan diubah mengikut rentak al-Wahhabiyyah. MALAYSIA adalah Malaysia .
Tetap Malaysia bukannya Saudi Arabia .
Artikel ini ditulis berdasarkan kepada hak kebenaran dan kebebasan suara selaku rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ia juga sebagai momentum bagi sesi percambahan pemikiran setempat. Ia tidak berniat menghina atau memalukan mana-mana pihak. Allah sahaja yang menjadi saksi.
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah sentiasa. Allah jua yang memperteguhkan jejak langkah kita menuju kebenaranNya. Allah merahmati mereka yang berjuang kerana cintakan agamaNya.
Salam Permisi,
Zamihan al-Ghari
http://www.al-ghari.blogspot.com/ ]]]
***************************************************************************
Antara lain kritikan kritikan yang agak pedas ditujukan kepada Dr Asri ialah
9.Bahaya tanggapan takfir bertarikh : 3/12/2008 (agak keras juga kritikannya disini)
(klik sini)
10. Sunnah Wahhabi di Perlis pada 6/10/09 :(klik sini)
11.Hati-hati dengan autar pada 13/10/09 : (kilk sini)
12.Mazinnatul Fitnah pada 1/11/09 :(klik sini)
13. Artikel terakhir pada 2/11/09 bertajuk Asri ditangkap Jais :(klik sini)
********************************************************************
Seterusnya adalah artikel berkaitan dengan RESPON NGO-NGO terhadap sidang akhbar Dr Asri berkaitan memorandum bantahan terhadap perlantikannya sebagai Yang Di Pertua YADIM boleh di baca disini :
14.Dr Asri, manusia yang tertolak oleh ASWJ : (klik sini)
15.Ada apa dengan Asri :(klik sini)
*Izinkan saya siarkan semula artikel ini :
[Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM
Ahad, 1 November 2009
Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-
* Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan
* Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.
* Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.
* Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.
* Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.
* Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.
* Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana.
* Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.
Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.
Ditandatangani oleh :
……………t.t..………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-
1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5. Yayasan Jenderami
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
15. Institut Pengajian Tradisional Islam
16. Khalifah Institut. ]]]
*Anda juga boleh membacanya dalam laman web rasmi persatuan peguam
Syarie/ PGSM disini : (Klik Sini)
* Berkaitan dengan pandangan si empunya diri iaitu Dr Asri pula anda boleh melihatnya disini- siding media Dr asri : (Klik Sini)
******************************************************************
Komen peribadi saya pula berkaitan memorandum di atas:
Marilah kita berfikir bersama- Terdapat 16 pihak atau NGO yang bersetuju dengan memorundum pembantahan itu yang terdiri dari :

16. Khalifah Institut.
KESEMUANYA menyatakan rasa BERSETUJU dengan fakta-fakta yang di mulai dengan perkataan 'kami' itu... ada 8 fakta kesemuanya :
Tetapi kalau diteliti baik -baik.. semuanya berkisar pada benda yang sama cuma ayat je yang berbelit-belit....
Perkara pokoknya ialah pada fakta ke-5 iaitu:
[Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain]
Bila kita perhalusi lagi, cuma ada 3 masalah sahaja :
1.Isu pencegahan khalwat oleh pihak berkuasa.
2.Isu penggunaan kalimah Allah.
3.Isu amalan-amalan furu’ YANG DIKATAKAN BIDAAH.
Jika kita teliti lagi.. alasan ke-3 terbuang sebab tidak spesifik...dan lebih kepada unsur dengar cakap-cakap orang atas angin dan tidak dinyatakan secara jelas di situ. CUMA ada 2 MASALAH saja iaitu masalah 1 dan 2.
MANA ADA FAKTA atau PERKATAAN - SEBAR WAHABI DALAM MEMORUNDUM ITU???
Jadi, 2 fakta di atas juga tidak diperincikan dengan LEBIH DETAIL lagi:
1. cara pendekatan manakah yang salah mengikut Dr Asri yang dibuat oleh jabatan... kena beri fakta!
2.Tentang kalimah Allah... apa tu??? apa yang sedang nak di beritahu??? apa yang Dr Asri kata tentang Kalimah Allah.
****KESIMPULAN SAYA*** :
Mungkin dari memorandum itu mereka cuba untuk meringkaskan atau tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan kerana mereka sendiri pun mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, tetapi Dalam kes Dr Asri ini, kena bawa berbincang baik-baik... saya sangat setuju dengan kebanyakan rakyat di Negara ini yang berfahaman ASWJ,bahawa unsur wahabi perlu kita hindari...TETAPI haruskah dengan cara ini? Dr Asri perlu diberi ruang untuk bersuara dan berhujah...
Saya secara peribadinya sangat sangat ingin melihat pihak JAIS ATAU JAKIM ATAU MANA-MANA PIHAK YANG BOLEH BERHUJAH DENGAN BEKAS MUFTI TERMUDA NI menggunakan fakta,nas dan dalil dari Al-Quran dan Hadis... dengan cara ini bukan saja saya , malah semua rakyat negara ini boleh menilainya...tetapi mesti ingat Dr Asri bukan orang sembarangan..kelulusan akademik dia bukan setaraf dengan Abuya bekas pemimpin Al-Arqam dulu atau setaraf dengan Rasul Melayu! Dia ada ijazah dalam Bahasa Arab, maksudnya dia lebih memahami seni,nahu,saraf,konsep balaghah (bahasa arab) dan sendi setiap patah perkataan arab yang merupakan perantara ilmu dari Al-Qur-an dan Hadis berbanding mereka yang berkelulusan agama biasa atau langsung tidak fasih berbahasa arab walaupun ada ijazah pengajian islam!
Tu sebab dia berani kata “Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu” ! Pengaruh dia bukan sedikit... penulisan penulisan dia seperti dalam akhbar mingguan setiap hari ahad menampakkan kematangan dan ketinggian ilmunya kadang-kadang dia lebih faham islam dari mereka yang mengaku pejuang salafi atau ASWJ.
Tentang akidah dan fahaman... tolong kaji sejarah.... dulunya Al-Ghazali seorang ahli Feqah dan bertahap mufti... tetapi dia dikalahkan oleh Imam Ahmad hanya dengan persoalan Mufaraqah dalam sembahyang secara berhikmah ... lalu Al-Ghazali pun merasa hairan lalu bertanya mengapa dia mufaraqah dari sembahyang ketika bersamanya?
Lalu orang yang berilmu seperti Imam Ahmad menjawabnya dengan ilmu juga dan berkata “Bagaimana harus aku bersembahyang berimamkan seorang yang dalam keadaan tubuh badannya dibasahi oleh darah wanita” … lalu fahamlah Al-Ghazali bahawa ketika itu sembahyangnya tidak khusyuk kerana masih memikirkan masalah feqah haid wanita!
Selepas itu… berubah Al-Ghazali dari ulamak Feqah kepada ulamak sufi dan sewaktu itulah terhasilnya Kitab Ihya Ulumuddin nya yang termayshur itu. Saya mahu orang seperti Dr asri ini ditangani dengan teliti dan bijak!!! semoga kita mendapat manfaat dari ilmu dan akalnya!
Jika anda semua membaca setiap artikel dari blog yang berkaitan dengan Dr Asri di atas , banyak juga ilmu-ilmu yang boleh dikutip setelah kita menolak ketepi ayat-ayat yang merupakan serangan berbentuk peribadi atau puji-diri atau ayat serangan berani mati, malah jika anda meneliti Follower Blog yang saya paparkan diatas , maka anda semua akan melihat saya juga adalah termasuk dalam list Follower blog mereka!
Prinsip saya mudah – Jangan melihat kepada siapa yang menulis atau berkata-kata, tetapi lihat,dengar dan fikir dengan teliti apa yang ditulis atau yang di dengar itu.Yang mana kita rasa baik kita ikut dan yang mana kita rasa tidak elok jangan ambil peduli kerana tidak semua orang itu sempurna termasuk saya! Bukankah budaya tegur menegur dalam hal ilmu adalah amat digalakkan oleh Allah swt dan RasulNya? .
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
*Selain itu penafian terkini Dr Asri juga disiarkan semula di sini yang dia bukan wahabi: Klik Sini
[Dr Asri : Saya bukan wahabi dan tak tahu apa itu wahabi! :
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.
Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.
Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.
Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?
"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.
Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.
"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.
Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.
"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.
"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.
"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.
Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.
"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.
"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.
Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.
"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.
Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.
"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.
"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.]]]

Sebagai kesimpulannya, saya amat berharap agar isu Dr asri ini diselesaikan dengan cara yang baik.Baik kepada Dr Asri sendiri atau kepada mereka yang terlibat, tidak elok bagi dua orang berilmu agama yang tinggi dan berpengaruh yang bersaudara sesama islam naik-turun mahkamah hanya untuk menyelesaikan perkara ini sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh kita buat seperti muzakarah, berhujah secara ilmiah, forum dan sebagainya dimana dengan cara ilmu ini saya amat berharap agar ianya akan menggalakkan pertumbuhan ilmu dan iman seluruh rakyat Negara ini.
Kepada mereka yang kononnya pejuang Salafi,atau pejuang tulen ASWJ, terutamanya para pentaksub ulamak parti politik tertentu.... jaga-jaga , cermin juga diri sendiri... kadang-kadang kita lebih menyesatkan ramai orang dari orang yang kita tuduh! dan kadang-kadang orang yang kita puja lebih bangsat melacurkan agama dari orang yang kita tuduh! atau orang yang kita puja adalah pentaksub tegar Syiah atau pemikiran kita telah dikuasai oleh Ahbash !!!
Jika kita belajar Tasawuf dan bidang kepakaran kita adalah Usuluddin , kita pasti akan mudah bermuhasabah diri kita sendiri dan seterusnya tanyalah hati kita , adakah kita ini sebenar-benarnya seorang Ahli Sunnah Waljamaah(ASWJ) yang tulen? Dan pernahkah ada seseorang yang telah mengiktiraf ke-ASWJ kita? Jika tidak ada, bagaimana kita boleh tahu orang lain tertolak oleh ASWJ ??? kita sendiri yang mengiktiraf diri kita ASWJ atau siapa??? apakah kita telah mengikut semua sunnah nabi dari segi perwatakan, rumahtangga, kerja kita, pakaian,cara makan,cara pergaulan, amalan ibadat seperti nabi atau adakah kita sudah mengikuti semua tuntutan-tuntutan hadis dan Al-Quran dalam semua dimensi kehidupan kita sehingga kita benar-benar yakin (ainul yakin, haqqul yakin atau Kamalulyakin) yang diri kita adalah seorang ASWJ yang sebenar-benarnya!!!
Fikir-fikirkanlah!!!
Jika anda membaca Artikel bertajuk “Jangan Bantu syaitan rosakkan saudaramu” oleh Dr Asri : (klik Sini) anda akan faham maksud saya tersebut! Ingin saya petik beberapa perenggan dari artikelnya itu :
[“Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.”
“Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita. Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka.
Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”.]
Sekian dari saya buat seluruh Umat islam. Marilah kita bersatu! Kita ada Tugas Besar di hadapan kita yang masih lagi banyak menagih perjuangan , pengorbanan dan airmata! Kita sudah tidak punyai banyak waktu dengan menghabiskan masa dan waktu kita membicarakan soal-soal yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah!!! Jangan menyulitkan lagi keadaan… itu namanya menari mengikut rentak syaitan atau bergerak mengikut paluan kompang Dajjal!!!
Semoga kita semua menjadi Jauhar yang sentiasa dalam proses menuntut ilmu untuk mengenal Maknikam, sedangkan Maknikam sendiri pun amat meminati lautan ilmu .Jangan biarkan Maknikam terlebih dahulu mengenali diri kita kerana sudah pasti kita akan terpinga-pinga bila Maknikam mula bertanya!!!
*Hayatilah senikata lagu perjuangan ini wahai seluruh insan yang bergelar pejuang !
Maaf sekali lagi jika saya tersilap atau terkasar bahasa.
Wassalam.
Coretan: Sangtawal Sakranta.

Assalamualaikum..
ReplyDeletenapaknya saudar seorng yg tliti dlm pnulisan mmnls stelh mngkji dan mngkji..
dgn pengkapan isu ustaz asri,,ngra trus dlanda propaganda yg hanya dcipta oleh org Islam yg hanya memecahbelahkan umat Islam sndri..
betapa isu ftnah menfitnah smkn bermaharaja lela..knapa isu ini blaku dan smpai bila ianya akan bterusan.??.jgn hanya setelah mnrima bala dr Allah baru kita semua buka mata sdar dr leka..
umat Islam sbuk memecahbelahkan agama sndr tanpa sedar dan sedar agma krstian smkin berluasa meluaskan tapak dengan misi,kaedah dan matlamat yg tersndr...jabatan penerangan boleh mngluarkan statistik brapa rmai umat Islam yg murtad...keluarkan dan tgk .
itu blum isu universti mnjdi tempat maksiat..inilah generasi yg lahir..inikah generasi yg akan membmbing ngara dan agama Islam???fikr2kn dan slmt bramal
Satu artikel yang padat dari segi huraian dan ianya meliputi dari segenap aspek.
ReplyDeleteAnda telah memberikan satu persembahan penulisan yang cukup berkaliber dan mantap. Saya berdoa agar ALLAH terus memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita dalam perjalanan dan misi mencari keredhaan ALLAH.
Sekali lagi TAHNIAH!!!!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih dan tahniah kepada tulisan dan kajian yang dalam dan teliti. Sedih sekali dengan perkembangan di Malaysia ni. Sedih sekali, sekarang ni para ulamak dah seperti orang politik juga, kafir mengkafirkan satu sama lain. Tak malu ke kepada orang beragama lain? Kita sama sendiri bersengketa, membuka pekung didada sendiri!
Walaupun saya di USA, namun sentiasa membaca akan perkembangan di Msia. Sedih melihatkan gaya hidup yang telah berubah sangat dari zaman saya kecil dulu. Orang Islam di Msia suka sangat berhibur terlampau sangat. Kehidupan disana dah tak ada ketenteraman seperti dulu. Semuga Allah selamatkan kita semua dari tipu helah syaitan.
kenapa tak letak fakta yg asri memfitnah jugak..juga kata kata asri yg menghentam alim ulama..??? kenapa tak siasat dulu ceramah2 dia...!! kenapa mufti2 lain tak setuju dengan dia..mufti2 lain ilmu tak sehebat asri../???????
ReplyDeleteSalam buat Nur,Pena Minang dan Julie.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen,sokongan dan doa.Semoga ada sedikit manfaatna kepada kita semua.
Salam buat anon @9.26am,
Terima kasih atas komen.
Artikel ini ditulis untuk mengupas isu Dr Asri dan orang yang terlibat dalam penahanannya.Anda kena fokus dalam hal ini!skop perbincangan saya hanya berkaitan dengan Dr Asri dan komentar serta kritikan yang berlegar disekitarnya, mengapa harus saya melibatkan mufti lain dengannya? itu namanya menambahkan kekeruhan kepada isu dan meluaskan skop dan kesan perbincangan.
jika anda ada maklumat tentang Dr Asri memfitnah alim ulamak lain, anda boleh sertakan disini untuk kita bincangkan secara berhemah!
jika anda mahu e-mailkan kepada saya- boleh e-maikan kepada sangtawal@yahoo.com
wassalam!
assalamualaikum wrt...
ReplyDeleteemmmm..ini laah kisah akhir zaman..fitnah berleluasa...sesama islam ketawakan antara satu sama lain..memang hebat orang2 islam zaman sekarang...yang saya pasti apapun critanya kebenaran pasti alan menjelma kembali..HAQ TETAP HAQ..BATIL TETAP BATIL JUA..
Salam buat anon @ 4.10pm
ReplyDeleteterima kasih atas komen.
Semoga segalanya akan kembali jernih semula.doakan!
semoga kebenaran akan mengalahkan kebathilan!
wassalam.
Sang Tawal, cuba check latarbelakang zamihan, adakah beliau org arqam...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebg sy, mgkin ustz asri bleh saman jais, mari kita baca betul2, brdasarkn Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yg didedah oleh mstar.com.my (tajuk berita: "Dr Asri Boleh DiKecualikan Dari 'Dakwaan Berceramah Tanpa Tauliah' ") spt brikut:
"Di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, pendakwah ini sebenarnya layak diberi pengecualian.
Dalam Enakmen tersebut, klausa 'Pengecualian' mencatatkan bahawa:
Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang berikut dari kehendak mendapatkan tauliah:
a) Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya;
b) Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri;
c) Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri;
d) Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri;
e) Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri. "
-sy kata: bdasarkan pngecualian di atas ni, bukankah ustaz asri mmg amat berhak mndapat pngecualian dr tauliah?? bukankah dia adalah pnsyarah pengajian islam skg di Usm? jika benar, beliau boleh saman jais krna brtindak tak ikut enakmen dlm bab pngcualian nih.
Salam buat anon @ 9.05am
ReplyDeleteAnda boleh check sendiri latar belakang dia, tak perlu tanya atau suruh saya :)
Salam buat saudara Muhammad,
Terima kasih atas komen yang menarik dan bijak!
Ya, kalau diikutkan apa yang saudara tulis itu, Dr Asri boleh buat sebab dia berjawatan pensyarah tetap USM.
TETAPI harapan saya, semoga isu ini diselesaikan diluar mahkamah dengan cara baik dan islamik.Buat apa bergaduh sesama kita orang islam, tak baik!
kadang-kadang perbezaan pendapat antara dua orang ulamak adalah rahmat buat kita.... kita boleh mengambil ilmu dari segala kesilapan kita yang lalu! pemahaman kita tentang islam juga akan bertambah, insyaallah!
wassalam.
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteJemput masuk ke
Http://Jomfaham.Blogspot.Com
salam buat Ibnunafis.
ReplyDeleteTerima kasih.
InsyaAllah.
wassalam
bukan ape tu... bisness kad jer.... hehehehe.... sabo jer dr. asri
ReplyDeletesangtawal..
ReplyDeleteorg awam byk terpedaya dgn kata2 yg manis, akhlak yg mulia, kewarakan seseorg sehingga sanggup mengenepikan para ulama'2 terdahulu.. bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) As-Syairah & Maturidiah sgt2 menolak fahaman wahabi yg dulunya dikenali Fahaman Mujassimah.. dan zaman Tok Kenali, Tok Janggut pula golongan ini dikenali dgn Golongan Muda dan zaman sekarang ini dikenali dgn fahaman wahabi.. salah satu ulama' yg dipegangan oleh golongan wahabi ialah Ibnu Taimiyah.. Para ulama' terdahulu sgt menentang golongan ini dr segi aqidah.. cuba anda bertanya mengenai Zat & Sifat Allah SWT kepada golongan ini.. ternyata sgt2 tersasar dr apa yg ASWJ terangkan.. apa guna kata2 yg manis, akhlak yg mulia & org yg warak sekiranya aqidahnya rosak? aqidah rosak bererti terkeluar dr ajaran islam.. bertentangan dgn apa yg Rasulullah SAW ajarkan.. bercanggah dgn apa yg tertulis & hendak diterang kn dr Al-Quran.. sekiranya bab bau mulut ketika puasa, tahlil & maulid nabi bida'ah, ulama' tidak berkerasan mengenai itu walaupun sebenarnya hadith bidaah yg mereka selalu gembar gembur kan itu bukan utk dlm bertauhid "setiap bidaah adalah sesat.. setiap kesesatan masuk neraka".. hadith ini dlm bertauhid bukan dalam berfekah..
dalami ilmu para ulama.. br lah tajuk diatas boleh dipakai.. "hanya jauhari yg mengenal manikam"
salam Ariffin,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen dan pendapat.
ya, marilah kita sama-sama dalami ilmu para ulama.
wassalam.
"dunia, dunia." sabar aja lah.. selamat menyambut ramadan..
ReplyDeletebukan susah nak kenal wahabi, bela wahabi tu lah wahabi. tambahan pula mengaku tiada asas agama... memang mudah ditipu puak wahabi, kelentong ke mana pun takpa, janji ayat mau power! menurut kebiasaan org malas@ tiada asas ilmu agama memang mudah tpengaruh wahabi. walau pun sudah banyak fatwa dari azhar tentang sesat wahabi(syekh Dijwi...), mengapa tak mahu ambil tahu , kaji..
ReplyDeletejangan mudah terpengaruh dengan individu(yg bawa sesuatu ajaran) pandanglah qiblat ilmiah umat, selidiki
moga diberi hidayah
Jadi wahabi ni senang, cuma pegang Quran dan Hadis sahih sahaja. Belajar agama tak semestinya berguru, memada dgn membaca kitab kitab dan buku buku, jika boleh berbahasa Arab, lebih utama. Fahaman dan tafsiran, ikut sendiri sendiri, tak perlu rujuk ke sana ke mari. Tak faham Arab boleh guna terjemahan. Pendapat dan pegangan boleh berubah ubah, termasuk dlm bab tauhid. Pegangan ketika dah katam sekali Quran mungkin berbeza bila dah 10 kali katam, dan bila dah 20, 30 kali katam mungkin berubah lagi, begitu juga bila dah 100 kali katam mungkin berubah lg. Demikian juga dgn hadis hadis, pegangan bila dah ngaji 1000 hadis lain, bila dah ngaji 3-4 ribu hadis berubah pula, begitu juga bila dah ngaji lbh bnyk hadis, pegangan mungkin berlainan lagi.
ReplyDeletePendapat 10 tahun lepas berbeza dgn sekrg, begitu pula pendapatnya 10 tahun akan dtg berbeza dgn pendapatnya sekrg (jika dipjgkan umur). Berguru dgn org mcm ni mula mula tak nmpk masalah, nmpk cantik je, ikut Quran dan Sunnah sahaja, hujah hujahnya mmg cantik, Quran sunnah, Quran sunnah, mmg sukar menepisnya jika ilmu kita tak seberapa, tp bila makin lama akan nmpk kekeliruan dan kecelaruannya.
saudaraku yang dikasihi dan dirahmati Allah... memang confirm saudara dichop wahabi... semoga Allah menunjukkan kebenaran....
ReplyDeleteMemang betul kata saudara bahawa bukan dalam aliran agama. Pengkagum Dr Maza biasanya seperti inilah. Melihat luaran tidak melihat keseluruhan..apapun, tahniah..dan terima kasih kerana telah jelas siapa anda..
ReplyDeleteIsu nya ...adalh dr asri ditahan di premis persendirian..peraturan tauliah tak terpakai utk premis persendirian..klu ditahan di masjid/surau itu hak jais lh
ReplyDelete