Tuhanku, Dengan rahmat dan kasih sayangMu, Engkau telah bukakan pintu-pintu langit, Dengan kadar rezeki yang telah Kau limpahkan, Lalu kau curahkan hujan rahmat buat kami.
Tuhanku, Dengan kekuasaan dan kebijaksanaanMu, Engkau telah turunkan titis-titis hujan, Dengan sukatan yang telah Kau tetapkan, Lalu kau simpannya di dalam perut bumi.
Tuhanku, Dengan hikmah dan anugerah kurniaanMu, Engkau telah kirimkan angin pembawa hujan Dengan arah tiupan yang telah Kau tetapkan, Lalu suburlah bumi dan segala kehidupan
Tuhanku, Sesungguhnya ini semua ada hikmahnya, Sesungguhnya ini semua ada rahsianya, Sesungguhnya ini semua bukan sia-sia, Sesungguhnya ini semua sungguh bermakna.
Tuhanku, Kami mohon mustajabnya doa dikala pintu langit terbuka, Kami mohon ketenangan jiwa dikala turunnya hujan rahmat, Kami mohon keselamatan didunia dikala ujian melanda, Kami mohon kebahagiaan di akhirat dikala berakhirnya dunia. Kami mohon keredhaan darimu dikala mereka menagih syurga, Kami mohon kecintaan darimu dikala mereka rindukan syurga.
Tuhanku, Pimpinlah kami untuk berjalan kepadaMu, Bantulah kami dalam memahami diriMu, Halangilah kami dari berpaling kepada selainMu, Anugerahilah kami ilmu dalam mengenalMu,
Tuhanku, Masih terbukakah pintu taubatMu buat kami, Ingin kami bersujud di bawah naungan rahmatMu Ilahi, Lalu mengalirlah hujan airmata penyesalan kami, Dilewat iktikaf ini, kami selami kedasar hati,
Tuhanku, Lalu akhirnya kami pun mengerti, Bahawa sebenarnya Kau ciptakan semua ini, Adalah kerana demi cintaMu pada kami, Kasih segala kasih, kasih sejati!
Tuhanku, Semoga hujan rahmat ini sentiasa turun bersama titisan kurniaMu pada kami, Semoga hujan rahmat ini menghidupkan hati-hati kami yang telah lama mati, Semoga hujan rahmat ini menyucikan hati kami dari titik-titik dosa kami, Semoga hujan rahmat ini menyuburkan benih kebahagiaan dalam hidup kami. Semoga hujan rahmat ini sentiasa datang menyapa kami disepanjang hayat kami
Sekadar mengutip beberapa butir mutiara Al-Quran berkaitan dengan hujan.
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (Al-Qamar : ayat 11)
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : ayat 18)
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (Al-Hijr : ayat 22)
"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya. . . " (An-¬Nur: ayat 43)
”Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?.Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur” ( Al-Waqiah , ayat 68-70 )
“Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji” (As-Syura: ayat 28).
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (Yusuf : ayat 49)
“Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)” (Al-Baqarah: ayat 264).
“Adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan” (Al-Baqarah: ayat 265)
“Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan”. (Al-A’raaf: ayat 84).
“Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa” (Hud: ayat 52).
Sebenarnya sudah lama saya ingin bersuara kerana pada setiap hari jumaat perkara ini selalu datang bermain di benak fikiran saya.Saya jadi serba salah sebab saya bukanlah orang yang ahli atau layak memberi teguran ini semua , lebih-lebih lagi dalam bab agama. Tetapi saya merasakan ianya amat perlu biarpun bagi sesetengah orang lain perkara yang akan saya tulis ini adalah perkara yang remeh temeh.
Mungkin banyak perkara yang ingin saya ketengahkan ini sudah menjadi biasa bagi kita semua.Namun marilah kita berbincang bersama-sama demi mencari kerehdaan Allah atas jalan kita.Bagi mereka yang banyak ilmu agamanya , janganlah malu atau kedekut untuk berkongsi ilmu di blog saya ini, semoga ianya memberi manfaat kepada saya dan setiap pembaca yang datang bertandang ke teratak sangtawal ini.Inilah juga saham yang akan kita bawa bila kita kembali ke alam akhirat nanti.
Rasanya kali ini biarlah saya lebih fokus sedikit dalam mengutarakan perkara-perkara yang saya rasa perlu , jadi , marilah kita berbincang menggunakan urutan isinya saja seperti berikut :
1) Wudhuk.
Ramai di antara kita yang membawa anak-anak kecil untuk solat Jumaat.Kadang-kadang anak itu tidak berwudhuk atau tidak tahu berwudhuk tetapi turut ikut serta solat bersama bapa mereka di saf dewasa.
*kanak-kanak sedang berwudhuk
Jika kita perhatikan mereka berwudhuk sekalipun, mereka tidak mengambil wudhuk yang sempurna, anggota wudhuk tidak diratakan air mengikut syaratnya.Adakah ibubapa mereka telah benar-benar mengajar mereka , anak-anak kecil ini bagaimana cara berwudhuk yang betul? Mungkin anak-anak telah belajar dengan cara memerhatikan orang dewasa mengambil wudhuk, maka mereka akan mengambil fahaman mereka sendiri tanpa ilmu yang sah! Ini sangat bahaya! Kerana tidak sah sembahyang bila tidak sah wudhuk itu!
Itu budak kecil, bagaimana pula dengan kita? Tahukah kita jenis-jenis air untuk berwudhuk seperti air mutlak, air mustakmal, air mutanajjis, air musyammas?
Tahukah kita rukun rukun wudhuk itu ada 6 iaitu: niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga ke siku, Menyapu bahagian yang sedikit dari rambut atau kulit kepala, membasuh kedua kaki hingga ke buku lali, dan tertib.
Tahukah kita mana anggota yang perlu dilalukan air sahaja atau mana anggota yang perlu digosok?
Pernah dulu seorang guru mengatakan bahawa pada bahagian muka kita, kita hanya perlu lalukan atau sapu air wudhuk sebanyak 3 kali, tidak boleh menggosokkannya, oleh itu bagi mereka yang mempunyai janggut yang panjang atau agak tebal terlebih dahulu kena basahkan air di kawasan janggutnya barulah dilalukan air wudhuk itu sebanyak 3 kali.Itu sebab guru tersebut kata dia tak simpan janggut walaupun itu sunnah nabi.Itu pendapat dia dan saya tidak terus berpegang sepenuhnya pada pendapat dia, sebab bab janggut ni perkara sensitif , nanti ramai yang marah. Diharap ada pembaca semua boleh memberikan pendapat yang lebih baik dalam perkara ini.Ini hal ilmu, sila jangan politikkan isu ini dalam perbincangan kita.
Selain itu ramai juga dari kita dan anak-anak kita yang tidak tahu cara bertayammun dan anggota Tayammun.walaupun negara kita kaya dengan air, tetapi perkara ini perlu juga kita ajar pada anak-anak kita agar mereka tahu.
2) Pengumuman dari Pak Imam atau Bilal.
Biasanya sudah menjadi rutin setiap kali sebelum khutbah jumaat ada saja pengumuman.Kadang-kadang Pak imam atau tok siak kena fikir dulu apakah pengumuman itu betul betul penting atau tidak!
Sebagai contohnya , beberapa hari yang lalu, saya bersolat Jumaat di Masjid besar Kubang Kerian, antara pengumuman tersebut ialah :
a) Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir tidak mampu untuk membayar yuran pengajian di sana, minta bantuan dan derma, kotak derma ada di pintu masjid.
b) Kita ada satu program kem solat selama beberapa hari, dari pagi sampai waktu zohor di masjid ini untuk kanak-kanak. Sila daftar dengan segera bersama yurannya sekali.
c) Bagi sesiapa yang ingin menderma untuk rakyat Afghanistan, wakil dari Negara Afghanistan datang memungut derma , ada duduk dekat pintu masjid, boleh derma lepas solat.
d) Kepada orang yang mahu menyembelih haiwan korban sempena hari raya ini, hendaklah memohon Permit dahulu!
e) Sembahyang sunat hari raya akan dibuat pada jam 8.30 pagi, diminta jemaah datang awal kerana kita ingin melakukan acara sembelihan korban pula selepas itu.
Itulah beberapa contoh pengumuman yang masuk ke telinga kanan saya, ada lagi yang saya tak ingat atau telah bocor, keluar melalui telinga kiri saya!
Mari kita renung sejenak pengumuman itu, samaada ia perlu atau tidak:
Pengumuman (a) Rasanya tak perlu di umumkan di masjid , kerana dah ada pihak yang boleh menyelesaikannya.Mungkin itu dibawah urusan kementerian pelajaran atau jabatan kebajikan, tak perlu minta derma di masjid.Wakil rakyat juga boleh ambil peranan dalam kes ini.Duit projek yang terlebih sikit-sikit tu boleh dermakan, Bantu orang yang menuntut ilmu besar pahalanya.
Pengumuman (b) pula bagus tujuannya dan boleh dibuat di masjid, kerana ia melibatkan program masjid itu, namun pengajar dan penganjurnya lebih berorentasikan wang, tapi itu tak kisah la, dunia sekarang ni , masuk tandas pun dah 50 sen kan! kalau niat mereka ikhlas, mereka boleh pahala lagi.
Pengumuman (c) derma untuk rakyat Afghanistan ke, rakyat Palestin ke, mangsa bencana gempa bumi ke, ini dah selalu kita dengar.Tak perlu rasanya diumumkan di masjid. Memang rakyat negara kita baik sangat, tapi ada yang balas kebaikan kita dengan buluh runcing.Bab sedekah dan derma ni, kalau kita baca hadis Rasulullah , sebelum kita bagi kat orang jauh-jauh , kita kena tunaikan dulu tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita, sanak saudara kita, jiran kita, anak yatim di sebelah rumah kita, janda – janda yang hidup susah dan ramai tanggungan? Rasanya ini yang perlu diutamakan dulu sebelum beri kat orang jauh jauh.Nak derma pada orang di negara lain , rakyat negara kita kena beres dulu. Tetapi ramai yang terlebih baca kitab dan hadis sehingga sanak saudara atau ahli keluarga kita pulak yang terlebih dapat, berlebih lebihan pulak! itu dah jadi kronisme namanya , atau ada yang tersalah tafsir antara hadiah dan rasuah pula! tak nak sentuh panjang la bab ni kat sini
*Adakah pengorbanan kita itu benar-benar kerana Allah?
Pengumuman (d) pula boleh la diterima, tetapi zaman nabi dulu kena ambil permit ke nak sembelih binatang korban??? Dah jadi trend sekarang ni orang pelihara lembu untuk dijual bahagian korban pada hari raya ! ada orang kampung yang pelihara lembu dan perkataan nak jual buat korban selalu bermain dibibirnya dari masa anak lembu itu kecik sampai cukup umur! Lembu pun stress dan depress memanjang bila mendengarnya!
Jadi,baiklah kita fikir semula samaada kita nak buat bisness dan kaut untung ke atau kita nak berkorban? Ini dua perkara yang berbeza! Mengikut amalan sunnah ,dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.Tetapi jika disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.
Pengumuman (e) boleh la diterima, tetapi cara pak imam bagitau tu macam la acara sembelih lembu itu lebih penting dari solat hari raya, waktu musim hujan ni, kalau buat awal-awal sangat solat tu, nanti ada yang tak sempat solat, maklumlah orang kampung bukannya semua ada kereta, ada yang pergi masjid naik motor atau jalan kaki.
Mungkin ramai yang tak tahu , bahawa Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.Jadi sembelihan korban tu boleh juga dibuat sebelah petang raya , tak semestinya di waktu pagi selepas solat hari raya!
3) Khutbah Jumaat
Teks khutbah biasanya disediakan oleh majlis agama daerah atau negeri, tetapi ada khatib yang buat khutbah sendiri dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk berpolitik. Sepatutnya khutbah itu perlulah di teliti dan mestilah mempunyai mesej atau perkara yang penting-penting sahaja buat umat islam, kerana tidak mudah untuk mengumpulkan ramai orang atau lebih tepat lagi untuk kumpulkan dua orang yang bermazhab politik yang berlainan dalam satu tempat ibadat! Adalah amat menyedihkan dan malang bila ada khatib yang mengulang bacaan teks yang sama banyak kali dalam setahun.
*Hari Jumaat mahu atau tidak mahu, seluruh umat islam WAJIB menunaikan Solat Jumaat dan mendengar Khutbahnya !
Jabatan agama perlu fikir secara sistematik dalam satu tahun itu ada lebih kurang 48 kali khutbah, iaitu 4 kali seminggu.Banyak juga perkara penting boleh disampaikan tu.Jika pihak terlibat menganjurkan seminar atau kursus kepada khatib-khatib , dari segi isi , penyampaian dan objektif khutbah adalah lebih baik kerana ada khatib yang membaca khutbah dengan suara yang perlahan, teks khutbah yang panjang lebar dan memakan masa yang agak lama sehingga menimbulkan rasa boring dan mengantuk jemaah. Fikir-fikirkanlah.
*Perlukah seorang Khatib menghadiri seminar atau kursus seperti ini?
Bertambah malang lagi bila ada di antara kita yang terlalu khusyuk mendengar bacaan khutbah hinggakan berdengkur dengkur atau termeleleh air liurnya! Lebih menyedihkan lagi bila mereka ini bangkit tanpa memperbaharui wudhuk dengan mata yang merah menyala lalu terus sembahyang.Memang ada ketikanya wudhuk itu dikatakan tidak batal seperti terlelap sekejap tanpa berganjak tempat letak punggung atau kedudukan kita tanpa bersandar , tapi yakinkah kita sepenuhnya yang wudhuk kita itu tidak batal?
*Mungkinkah kita juga termasuk dalam kategori ini?
Sabda Nabi Saw dalam satu hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah bermaksud :
“Siapa yang tidur maka hendaklah dia berwudhuk”
Namun para ulama mengatakan bahawa tidak semua bentuk tidur akan membatalkan wudhuk.Tidur yang membatalkan wudhuk adalah tidur yang membuat hilangnya kesedaran seseorang. Termasuk juga tidur dengan berbaring atau bersandar pada dinding. Sedangkan tidur sambil duduk yang tidak bersandar kecuali pada tubuhnya sendiri, tidak termasuk yang membatalkan wudhuk.
* Terlalu khusyuk atau terlalu serius memikirkannya!mungkinkah mereka SIS???
Ramai juga yang mengangkat tangan berdoa ketika khatib berdoa pada khutbah yang kedua, padahal doa itu termasuk dalam rukun khutbah khatib tersebut.Maksudnya kalau kita tak angkat tangan menadah doa pun tak apa, tapi ramai yang tak tahu, lebih sedih lagi bila kita ikut-ikut orang je! Ada yang sebut amin-amin kuat kuat pun ada, sampai mengganggu orang sebelah.
Sebaliknya pula tidak ramai yang membaca doa ketika antara dua khutbah jumaat itu dan menunggu Tok siak membaca doa dan kita pun terus mengaminkannya, padahal ramai yang tidak tahu itulah saatnya doa kita kepada Allah swt sangat mustajab! Minta lah apa saja waktu itu, jangan tunggu tok siak yang mendoakan untuk kita!
Satu perkara lagi ialah tabung bertayar masjid biasanya berjalan di waktu Khatib membaca khutbah dari satu saf ke satu saf.Perlukah benda ini berlaku? Sepatutnya tabung tu letak saja kat tengah masjid atau tempat pintu keluar atau pintu masuk masjid. Siapa yang mahu bagi derma tu masukkanlah senyap-senyap , tak payah nak tunjuk-tunjuk sedekah kita, bagi tangan kanan, biar tangan kiri pun tak tahu.
* Tabung bertayar yang sentiasa bergerak diwaktu kita sedang mendengar khutbah!
Ada juga yang sanggup memegang lama-lama tabung berjalan itu demi untuk memperlihatkan kepada orang lain bahawa dia telah bagi duit banyak, ada juga yang sengaja sediakan duit syiling banyak-banyak supaya nampak tangan tu masukkan banyak-banyak kali, kalau waktu masukkan duit tu , ia mengeluarkan bunyi kuat syiling jatuh, ia memberikan satu kepuasan kepada penderma itu!!! Ia jadi satu irama yang unik, toing-toing-toing… , orang sebelah pasti jealous punya! Yang melucukan lagi ialah ada yang bagi duit besar Rm10 atau RM50 ,lepas tu sanggup menyeluk tabung dan mengira balik baki lagi Rm9 atau baki lagi RM49, padahal dia nak bagi RM 1 je! Gaya dia kira duit dan mimik muka tu macam cashier kat pasar raya kira duit je!!! Semua orang nampak! Minggu depan, solat jumaat dia akan buat lagi! Mungkin duit besar lagi! Kesian mereka… duit habis pahalanya entah kan dapat entahkan tidak!
4) Sembahyang.
Rasanya ramai yang masih tidak tahu rukun sembahyang ada 13 rukun.Berkaitan rukun ini , banyak perkara kita boleh bincang tapi cukuplah saya katakan setakat itu saja.Kalau mahu tahu lebih kenalah baca kitab dan bergurulah dengan orang yang tahu.Kitab Munyatul Musolli karangan Sheikh Daud Al fathani, contohnya adalah sebuah kitab yang sangat baik dan menjadi rujukan umat islam sejak ratusan tahun lampau hingga kini.Oleh itu marilah kita sama-sama belajar.
Ramai juga yang tidak tahu Fardhu Jumaat itu ada khutbah dan solatnya.Itu sebabnya bila khatib sedang membaca khutbah, ramai yang berbual-bual dan lebih malang lagi ada yang sedang menghabiskan sebatang rokok sambil duduk bertenggek di atas motosikal sambil berbual-bual.Sedih saya melihatnya, tapi apakan daya, tidak ada orang yang menegurnya.Anak-anak kecil pula tidak ditegur oleh bapa mereka atau orang dewasa sedang membuat bising di saf belakang sewaktu khatib sedang membaca khutbah.
Ada juga orang , walaupun khatib sedang baca khutbah, dia baru sampai atau memang selalu datang lewat ,sengaja masuk dan terus solat, tak tahulah solat itu solat Tahiyyatul Masjid atau solat sunat sebelum solat jumaat(solat Qabliah jumaat), kadang-kadang solat tengah-tengah masjid dan semua mata tertumpu kepadanya, ada yang geram dan ada yang rasa dia sengaja nak menunjuk-nunjuk.Terpulanglah pada orang tersebut, kalau dia ikhlas dan khusyuk, dia dapat pahala atau sebaliknya kalau sengaja nak menunjuk-nunjuk, dia dapat letih je! Bagaimana dengan solat Qabliah sebelum solat jumaat itu? Waktu zaman Nabi dulu ada tak?
Tapi tak ramai pula yang sembahyang sunat 2 rakaat lepas solat jumaat tu, padahal itu lebih afdal pahalanya dari solat sunat sebelum solat jumaat! Mengapa jadi begitu? Tanyalah diri kita sendiri, kita sembahyang kerana siapa sebenarnya?
Tok imam pun satu hal (tak semua), pada waktu solat itulah dia mahu membaca surah-surah yang panjang lebar dan berlagu-lagu.Entahlah dia ikhlas atau tidak.Sepatutnya baca surah-surah yang pendek bila sembahyang berjemaah ni, sebab untuk menjaga fokus makmum.Mungkin ada yang lapar nasi, ada yang sedang menahan rasa nak buang air besar atau ada yang parking kereta atas jalan, ada yang mempunyai urusan penting dan bagi musafir pula, fikirkan anak-anak kecil bersama isteri yang sedang menunggu di dalam kereta.Ingat, kualiti solat itu penting, Lain lah bila kita sembahyang sorang-sorang kat rumah , kita nak khatam satu juz setiap rakaat pun tak kisah la! Begitu pula lepas solat, ada imam yang bertahlil lama-lama dan doa panjang-panjang hinggakan makmum lari balik lepas sorang sorang! Bukan maksud saya disini untuk mengajak anda semua melakukan ibadat secara ringkas atau cincai-cincai je, tidak, tapi apa yang ingin saya sampaikan ialah demi menjaga keikhlasan amalan kita itu agar setiap ibadat kita ada rohnya! Ada kualitinya, barulah kita dapat mengecap manisnya iman itu!
Mungkin boleh kita perhatikan antara dua jenis manusia ini, satunya datang awal ke masjid dan lewat pulangnya setelah melakukan pelbagai-bagai amalan sunat, dan seorang lagi datang paling lewat di masjid, kadang-kadang Pak Imam dah nak masuk rakaat ke-2, tapi waktu pulangnya….. zupppp…. Cepat je… tak sempat saudara sebelah kita bagi salamke-2, atau toleh muka kita, kita dah belah !!!
Kajilah diri kita, kerana muhasabah diri sendiri itu lebih baik dan fikir-fikirkanlah dipihak mana agaknya kita berada di antara dua pihak yang saya sebutkan diatas?
Rasanya cukuplah dulu untuk kali ini.Maafkan saya jika ada yang berkecil hati dengan artikel saya kali ini.Kalau ikutkan hati, banyak lagi perkara yang saya nak sebut disini, tapi rasanya cukuplah dulu ya! Jika saya silap tolong tegur dan ajar saya.
*Kitalah yang bertanggungjawab mengajar dan mencorakkan mereka! melentur buluh biarlah dari rebungnya!
*Kepada semua yang bergelar ibu-bapa, Tolong berikan masa dan perhatian sepenuhnya kepada mereka ini! mereka perlukan kasih sayang dan tunjuk-ajar secukupnya dari kita.Jangan biarkan mereka hanyut dan membesar, hidup tanpa arah dan pengisian ilmu dunia dan akhirat.Kita Pasti akan disoal oleh Allah swt di akhirat nanti tentang Hak-Hak mereka yang telah kita abaikan!
Sebagai penutupnya, saya cadangkan Pihak Kerajaan Malaysia menghormati Hari Jumaat sewajarnya dan jadikanlah hari jumaat Hari cuti seluruh negara, bukannya hari Ahad seperti negeri-negeri lain yang sudah melaksanakannya.Hari Ahad bukan penghulu sekalian hari bagi orang islam!!! Jika cuti hari Jumaat, maka umat islam di negara ini akan menjadi lebih tenang dan mempunyai masa yang cukup untuk melebihkan sedikit amalan mereka pada hari tersebut.Mereka juga mempunyai peluang untuk membawa anak-anak kecil mereka ke Masjid bersama!
Tajuk :Bukan Matamu Yang Sakit Tetapi Hatiku Yang Sakit !
Artikel oleh :Sangtawal Sakranta
Barangkali anda semua pernah mendengar lirik lagu ini suatu masa dahulu iaitu :
“Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki”
Allah juga berfirman didalam Al-Quran , surah Al-Hajj, ayat 46 yang bermaksud : “Tidakkah mereka mahu mengembara di muka bumi ini sehingga hati mereka dapat memahami, dan telinga mereka dapat mendengar? Bukanlah mata mereka yang buta, tetapi hati mereka yang ada di dalam dada”
Entah bagaimana pula terdetik untuk menulis sedikit tentang mata.Mungkin kerana beberapa hari yang lalu mata saya sakit, mungkin dimasuki sedikit habuk atau kuman lalu pandangan mata agak terganggu sedikit, imej nampak berbalam dan sedikit bertindih! Apa orang kata, Diplopia!. Jadi bila nak baca sesuatu saya terpaksa julingkan sedikit mata, barulah nampak terang dan jelas sedikit! Mungkin saya terlalu lama menyelam di lautan alam cyber!
Mungkin juga sejak akhir-akhir ini mata agak silau terlihat angka-angka Ringgit Malaysia yang terlalu banyak dari seseorang hamba Allah hinggakan belanja untuk beli sebuah katil pun mahal sekali! tu baru katil, belum tilamnya lagi! bertuahlah badan orang tersebut sebab ada orang yang sanggup memberikannya wang sebegitu banyak sebab terlalu sayangkan dirinya !
Nak tahu macam mana Diplopia? sila letak hujung jari telunjuk anda atas bola mata anda di kelopak atas mata anda dan tekankan sedikit, anda akan nampak imej bertindih bukan?
Mungkin juga terlintas dihati untuk menulis tentang mata untuk membetulkan sedikit persepsi kita tentang mata dan penglihatan kita daripada disalahtafsirkan oleh mereka yang ada kepentingan dan lebih parah lagi bila ia ditafsirkan oleh Tok Bomoh atau Penjual ubat jalanan yang tidak bertauliah! Para penjaja ubat mata ini boleh kita lihat dimana-mana, hatta dengan belanja RM10 ke RM 20 saja semua penyakit mata termasuk ‘cataract’ dapat diubati dikaki-kaki lima atau di pasar-pasar malam saja!
Lebih hebat lagi bila ada penjaja ubat dan Tok Bomoh itu mengurut mata pelanggannya, dan tiba-tiba penglihatan kembali menjadi terang benderang dan ajaib sekali, padahal kecerahan mata itu hanya bersifat sementara- ini boleh berlaku dalam kes “Lens Dislodge” atau Lens dislocate ( kanta mata tercabut) akibat urutan (digital massage) tadi!
Bagi orang yang tidak tahu konsep mata menjadi cerah tiba-tiba itu adalah merupakan satu perkara yang ajaib dan pelik baginya , ditambah pula si penjual ubat tadi pandai memberi ucapan mengalahkan doktor pakar mata , disertai dengan ayat-ayat Al-Quran dan keratan-keratan akhbar sebagai bukti / testimoni keajaiban dan menjadinya ubat beliau yang berselerakan itu… maka sebab itulah orang ramai pun datanglah berduyun-duyun melihat persembahan mereka.
Tetapi bagi orang yang sudah tahu sebab-akibat mengapa ia jadi begitu (boleh cerah tiba-tiba!) pertunjukan mereka itu adalah perkara biasa, tidak pelik dan boleh dihuraikan dengan mudah! Cuma mungkin orang itu tidak mahu mengeruhkan lagi suasana atau tidak mahu mengacau periuk nasi si penjual ubat itu jika dia berhujah biarpun saban hari dia diajak dan dicabar untuk berhujah di kaki lima itu.
* Mata siapa yang sebenarnya sakit?
Senangnya mereka mencari rezeki dengan menipu orang demi mencari sesuap nasi! Pelbagai produk kesihatan yang dapat memulihkan penglihatan mata atau boleh menambahkan kecerahan mata dijual dengan bebas dan ada yang terlepas ke pasaran tanpa pemantauan pihak Farmasi!
Oleh itu berhati-hatilah kita dengan ubat sedekian rupa .Sayangilah mata kita dan hargailah nikmat anugerah mata dan penglihatan oleh Allah ini.Tanpa mata hilanglah peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini.
Mata adalah satu pancaindera yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita untuk melihat.Oleh itu jagalah kesihatan mata kita sebaik mungkin kerana kerosakan mata sukar diubati!
Pelbagai jenis penyakit boleh dikaitkan dengan mata seperti jangkitan kuman, kerosakan pada otak di kawasan lobus oksipital dimana semua input saraf imej akan diproses, kerosakan mata seperti buta sejak azali (congenital) , kerosakan saraf optik mata, trauma atau chemical injury (contohnya terkena asid atau alkali) , dan masalah mata yang kebanyakan kita hidapi ialah Refractive Error seperti rabun jauh atau rabun dekat. Ia boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata atau lebih moden dan nampak lebih bergaya lagi dengan memakai contact lens.
*Pelbagai jenis dan warna contact lens.Boleh pilih yang mana berkenan di hati!
Seperti contact lens yang nampak hebat dan pelbagai jenis atau jenama itu ditambah lagi dengan produk yang berbagai warna, maka berebut-rebutlah anak-anak muda atau mak-mak janda untuk menjadikan mata mereka berwarna hijau atau biru padahal jika mereka perhatikan kebanyakan doktor pakar mata sendiri pun hanya memakai cermin mata biasa, bukannya tidak ada duit untuk membelinya atau tidak ada masa untuk menukar dan menjaga contact lens tetapi mesti ada sebabnya.Tetapi ramai yang tidak mahu bertanya mengapa mereka ( doktor pakar tadi) lebih suka pakai cermin mata berbanding contact lens, mungkin jawapan yang diberikan oleh mereka akan membuatkan si penanya terkejut dan berfikir seketika bahawa mereka (doktor pakar mata) takutkan jangkitan kuman atau corneal ulcer!
* Penyakit corneal ulcer.
Maksud tersirat dari cerita di atas yang ingin saya sampaikan di atas ialah, jangan suka mengikut sangat perkembangan fesyen semasa atau terus menari mengikut rentak orang lain secara membabi-buta, belajarlah, berfikirlah , bertanyalah dan berbincanglah dengan orang yang lebih arif berkaitan dengan ilmu tersebut jika kita tidak tahu, jangan mudah menuduh secara melulu jika tidak benar-benar tahu kerana tuduhan melulu akan membenihkan fitnah dan fitnah itu akan membuahkan permusuhan dan permusuhan itu boleh menyuburkan dosa, menggelapkan hati kita dengan zulmat dan menambahkan pecah belah ummah! Bila dosa kita bertambah , Iblis akan tergelak lalu masuklah kita dalam golongan kiri atau jadilah kita wali setan.
Kepada mereka yang berkata boleh berkawan dengan setan itu, kemungkinan besar dia juga Wali Setan atau Wali Plastik sedangkan Allah swt berkali-kali menegaskan seperti dalam Surah Yaasin bahawa Setan itu adalah musuh kita yang paling nyata. Maka takutlah kita semua dari mengikut Wali Setan ini kerana sudah pasti kita akan termasuk dalam golongan orang-orang musyrikin, Firman Allah swt dalam Surah Al-An’am, ayat ke 121 yang bermaksud :
“Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada wali-walinya agar mereka membantahi kamu (Muhammad) dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang musyrik”
Tidak ramai yang mempunyai masalah mata yang disebut Diplopia atau Double Vision (Imej Bertindih/berkembar). Diplopia diambil dari perkataan Greek : Diplo- double, Opia- Vision. Diplopia boleh dikelaskan lagi kepada 2 jenis iaitu jenis Monocular dan Binocular.
Diplopia bukan krisis, ia adalah masalah mata.Diplopia bukanlah sama erti dengan kejulingan mata (strabismus-misalignment of the eyes from birth) tetapi jika dikatakan strabismus itu salah satu penyebab kepada binocular diplopia, ia bolehlah diterima dalam bidang perubatan atau lebih spesifik lagi Ophthalmology. Oleh itu jika tidak tahu, jangan mudah kita membuat tafsiran melulu!
Antara penyebab lain Binocular Biplopia ( Double vision terjadi pada kedua-dua belah mata) selain dari strabismus ialah , kerosakan pada saraf yang mengawal otot extraocular mata, Diabetes,Graves disease, Myasthenia Gravis, trauma kepada bola mata atau tulang orbit sekitar mata.
Antara penyebab kepada Monocular Diplopia ( Double Vision yang terjadi pada satu mata sahaja) ialah astigmatism, keratoconus, pterygium, cataract, lens dislocation, xeropthalmia atau masalah pada retina mata.
Oleh itu untuk mengatakan Diplopia itu disebabkan oleh “Kejulingan Mata” sahaja tidak cukup biarpun bagi mereka yang “tidak tahu” atau “jumud dengan ilmu yang sedia ada” atau “tidak mahu belajar dan menerima pendapat orang lain”, kenyataan di atas itu sudah cukup hebat dan bagus!Oleh itu, untuk tahu penyakit mata kita kena betul betul belajar pasal mata! Jangan turut melibatkan orang lain pula supaya termakan atau menerima bulat-bulat fahaman kita.Jangan biarkan orang lain mengikut persepsi kita sahaja!
Strabismus (mata juling) boleh dikelaskan pula kepada beberapa jenis seperti berikut :
*Banyak jenis Strabismus ( mata Juling).
Terimalah kenyataan bahawa objek yang kita lihat ini sebenarnya telah menipu kita dan semuanya adalah terbalik sebenarnya ! Tetapi Allah swt amat menyayangi diri kita dengan memberikan Anugerah memahami objek supaya membuat persepsi bahawa OBJEK yang TERBALIK hasil dari mekanisma cahaya masuk melalui iris mata , difokuskan di kanta mata (lens) dan di paparkan di retina, diproses oleh sel kon dan sel rod itu, dihantar ke otak melalui saraf optic, bersilang di Kiasma optic itu DITAFSIRKAN oleh otak sebagai TIDAK TERBALIK!
*Objek yang dipaparkan di retina mata kita adalah terbalik!
Maka dapatlah kita lihat sepohon pokok yang pucuknya di atas dan akarnya dibawah, lembu yang dikatakan bodoh itu berjalan dengan kakinya di bawah dan kepalanya di atas! Semua ini adalah anugerah Allah swt kepada kita!!! Maka haruslah kita selalu bersyukur kepadanya, jika ditarik sedikit nikmat ini, maka terbaliklah segala dunia dan isinya ini pada pandangan kita!
Jadi benarlah Firman Allah swt, bahawa bukan mata itu yang buta, tetapi Hati yang didalam dada! Atau secara saintifiknya bukan mata itu yang buta, tetapi fikiran kita yang buta.Oleh itu lihatlah sesuatu objek atau perkara itu dengan mata dan fikiran juga.
Disini saya ingin berkongsi satu cerita berkaitan dengan mata ini dengan saudara semua, semoga ia menjadi iktibar buat kita semua.
Pernahkah saudara mendengar kisah seorang tokoh ulama sufi yang masyhur ini iaitu Imam Sheikh Junaid Al-Bagdadi.Beliau adalah seorang wali Allah dan seorang jutawan di kota Bagdad ketika itu, namun hatinya tidak terikat dengan dunia.
Suatu ketika ketika beliau diserang penyakit mata yang agak teruk, dia pun memanggil seorang Doktor kristian merawatnya.Lalu kata Doktor itu selepas merawatnya :
“Jika matamu masih merasa pedih, elakkan dari terkena air”. Selepas itu Doktor itu pun pulang.
Selepas itu bila masuk waktu solat, Imam Junaid mahu solat tetapi wudhuknya telah terbatal.Dia pun terus mengambil wudhuk tanpa menghiraukan nasihat si Doktor Kristian tadi.Selepas solat dia pun tidur.
Setelah terjaga dari tidur, tiba-tiba matanya sudah menjadi sembuh seperti tidak pernah sakit sebelumnya!Ketika itu juga beliau terdengar satu seruan :
“Junaid telah rela mengorbankan matanya demi nikmatKu, sekiranya untuk tujuan yang sama dia berdoa kepadaKu untuk semua penghuni neraka, nescaya Aku perkenankan doanya”
Keesokan harinya Doktor tadi datang kembali untuk merawat Imam Junaid, alangkah terkejutnya dia bila melihat mata Imam Junaid telah sembuh.Dia hairan kerana mengikut pengajiannya penyakit mata yang dihidapi oleh Imam junaid itu agak kronik, dan tak mungkin sembuh dengan begitu cepat sekali!
“Aya yang telah kamu lakukan?” , Tanya Doktor itu.
“Aku berwudhuk lalu solat” jawab Imam Junaid.
Mendengar jawapan itu, Doktor itu berfikir seketika dan menundukkan kepala serta sangat terharu.Dia sedar bahawa agama Junaid ini adalah benar.Lalu dia pun berkata :
“Kesembuhan ini tentu dari Tuhan Yang Maha Mencipta!, bukan dari makhluk-makhluk ciptaanNya” .Dia pun memeluk islam ketika itu juga.
Doktor Kristian itu berkata lagi :
“Selama ini, Hatikulah yang sakit, bukan matamu dan engkaulah pengubatnya!”
Pada kisah yang lain pula, di suatu hari, di sebuah dewan tempat Imam Junaid mengajar agama,ada seorang Pemuda Kristian di antara orang ramai yang sedang mendengarnya .Tiba-tiba pemuda itu bangun lalu bertanya :
“Wahai Sheikh Junaid! Rasulullah saw bersabda: ‘Waspadalah engkau terhadap firasat orang mukmin kerana dia dapat melihat dengan Nur Allah’.Apakah maksudnya?"
Lalu Sheikh Junaid pun tunduk sebentar lalu mengangkat semula kepalanya serta memandang tepat ke muka pemuda itu lalu berkata :
“Sesungguhnya masa keislamanmu sudah dekat, Oleh itu , maka islamlah kamu!” jawab Sheikh Junaid.
Orang ramai terkejut dan terpinga-pinga dengan soalan dari Pemuda itu dan jawapan dari Sheikh Junaid, mereka tidak tahu yang pemuda bersama mereka itu adalah seorang Kristian.Pada waktu itu juga pemuda itu terus memeluk islam!
Saudaraku sekalian, itulah antara contoh-contoh tauladan yang ditunjukkan oleh orang-orang soleh dan kekasih Allah dimasa lalu bagaimana cara dakwah yang penuh hikmah.Ia menjadi kuntuman sejarah yang harum mewangi sepanjang zaman!
Itulah Konsep Dakwah yang kita perlu contohi, berdakwah dengan Ilmu dan Hikmah bukan dengan Nafsu dan Fitnah! Konsep atau cara berdakwah banyak! Janganlah kita mudah atau cepat menuding jari kearah orang yang kita tidak suka sedangkan empat jari lagi menunjuk kearah kita! Berhujahlah dengan ilmu dan janganlah kita terperangkap dengan fahaman kita dan merasa hanya diri kita atau jemaah kita atau parti kita saja yang mengikut segala sunnah nabi yang betul, sedangkan orang lain tidak! Mana kita tahu apa yang ada dalam hati orang? Kita bukan wali seperti Imam Junaid Al-Baghdadi!
* kalau kita selalu sangat tengok objek atau warna hijau lama-lama, tanpa berpaling, mungkinkah mata kita akan jadi begini?
Semoga yang Haq tetap Haq dan yang Bathil tetap Bathil dan semoga yang Haq akan mengalahkan yang bathil!
Mungkin pada hari ini kita ditimpa masalah atau kesempitan dalam hidup, mungkin pada hari ini kita diuji oleh Allah swt, kerana setiap insan yang beriman tidak boleh mengaku dia sudah beriman sedangkan dia masih belum diuji apatah lagi bila kita mengaku pejuang islam, sudah pasti dugaan dan ujiannya bukan sedikit.Allah pasti akan menguji tahap keimanan kita.
Maka bersabarlah! itulah ubat yang paling mujarab ketika ini.Jika kita boleh memberikan nasihat begitu kepada orang lain, dan ia berlaku kepada diri kita pula, mengapa kita tidak boleh bersabar? Mungkin ada hikmahnya disebalik semua itu.Jika selama ini kita terlalu vokal atau ekstrem dalam memberikan sesuatu pendapat, sehingga orang pun menghukum fahaman kita itu dengan emosi atau perasaan bukannya dengan fikiran, lalu jadilah ia satu fitnah yang akan berlarutan dan tiada kesudahannya.
Mungkin antara hikmahnya ialah selepas ini kita mesti lebih berhati-hati supaya orang lain yang juga berilmu atau orang yang lebih tua dari kita tidak mudah tersinggung atau terguris hati kecilnya. Atau mungkin selepas ini kita tergerak hati untuk membelek kitab kitab lama ilmu Tasawuf pula, mana tahu barangkali! jangan asyik dok bertajdid je! barulah keilmuan kita jadi lengkap kerana Ulama sebenar ialah ulama yang menuntut dan mengajarkan ketiga-tiga jenis ilmu ini iaitu Feqah, Usuluddin dan Tasawuf!
Tetapi setiap kesabaran itu pun ada tahapnya.Jika ia melibatkan maruah diri dan cabaran berupa halangan dalam penyampaian ilmu , maka ada rasionalnya kesabaran itu tercabar. Maka bangunlah berjuang demi kebenaran!.Kita akan melihat dan menilainya secara jujur siapakah berada di pihak yang benar nanti!
Saudaraku sekalian, Kembalilah kita kepada sirah dan perjuangan Nabi Muhammad saw yang sebenar! mengapa kita harus berpecah belah dengan isu yang boleh diselesaikan dengan cara paling baik dan berhemah? Musuh-musuh islam sedang bertepuk tangan dan bergembira melihat telatah umat islam yang bermusuhan dan tidak bersatu! Mereka hanya menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk meratah dan menyembelih umat islam hidup-hidup!darah kita ini sudah lama halal bagi mereka! Mereka sudah pasti tidak akan takut berbuat demikian kerana mereka tahu umat islam sendiri pun suka melihat saudaranya termusnah!
*Bermunajat dan berdoalah selalu kepada Allah swt untuk kesejahteraan dan perpaduan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
Mungkin doa atau munajat Rasulullah dalam Perang Uhud ini ,yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ini boleh kita renungkan, fikirkan dan amalkan selalu .Saya ambil doa munajat ini dari sebuah Buku berjudul - Jihad Peperangan Rasulullah Saw , m/s 301-303 : Ahmad Adnan Fadzil, terbitan Pustaka Syuhada.
[“Ya Allah, Wahai Tuhan kami!, bagi-Mu segala pujian.Ya Allah wahai Tuhan kami, tiada siapa yang dapat menahan apa yang Engkau berikan, tiada sesiapa yang dapat memberi apa yang Engkau tahankan., Tiada yang dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau sesatkannya, Tiada sesiapa yang dapat menyesatkan sesiapa yang yang Engkau beri petunjuk kepadanya.Tiada siapa yang dapat memberi kepada sesiapa yang Engkau tegahkan pemberian kepadanya, Tiada yang dapat menghalang sesiapa yang Engkau berikan kepadanya, Tiada sesiapa yang dapat menghampirkan sesiapa yang Engkau jauhkan, Tiada sesiapa yang dapat menjauhkan sesiapa yang Engkau hampirkan.
Ya Allah,wahai Tuhan kami, hulurkanlah kepada kami daripada keberkatan-Mu, rahmat-Mu, kurnia-Mu, dan rezeki-Mu.
Ya Allah wahai Tuhan kami, aku memohon kepadaMu nikmat yang tetap, yang tidak terhalang, dan tidak hilang.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, aku memohon kepadaMu pertolongan di Hari kesempitan dan ku mohon keamanan di Hari ketakutan.
Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang Engkau jadikan berlaku kepada kami dan kejahatan yang Engkau tegahkan kami.
Ya Allah ,wahai Tuhan kami, jadikanlah kami ini kasih kepada iman dan hiaskanlah iman-iman itu di dalam hati-hati kami, jadikanlah kami benci kepada kufur, fasik dan maksiat dan jadikanlah kami termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ya Allah , wahai Tuhan kami, matikanlah kami di dalam islam, hidupkanlah kami di dalam islam, dan masukkanlah kami di kalangan orang-orang soleh, bukan orang-orang yang dihina dan tidak pula yang difitnah.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perangilah orang-orang kafir yang membohongi rasul-rasulMu, dan menyekat jalan agamaMu, dan jadikanlah keatas mereka azab seksa-Mu.
Ya Allah , wahai Tuhan kami, perangilah orang-orang kafir yang dikurniakan kitab (yakni ahli al-kitab) . Wahai Tuhan Yang Maha Benar.”]
Mengapa dalam keadaan yang genting dan sibuk berperang itu, Rasulullah menyuruh tenteranya membuat saf dan Baginda bermunajat dengan doa yang panjang lebar??? Mengapa tidak membaca doa pendek atau niat saja dalam hati?Bukankah doa baginda kekasih Allah ini akan terus termakbul tanpa hijab atau halangan untuk sampai kepada Tuhan? Tetapi Rasulullah tetap mahu mengajar umatnya Kecerdasan Spiritual yang tinggi! Sila baca turutan doa baginda, baginda hanya meminta untuk mengalahkan musuh-musuhnya di perenggan terakhir doanya,mengapa? kalaulah kita … dalam situasi perang sebegitu mungkin kita doakan biarlah kita menang dan musuh kalah dari awal doa sampai habis doa! Betul tak???
Maka fikir-fikirkanlah sauadaraku sekalian!
Maafkanlah segala kesilapan saya jika ada yang terguris dengan artikel saya di atas!
*Tak lupa buat adik-adik yang sedang menghadapi exam SPM, semoga berjaya di dunia dan akhirat ! berusaha, berdoa dan bertawakkallah selalu! [sepatutnya artikel ini saya poskan kelmarin, tapi talian internet saya bermasalah sikit] Sekian , Wassalam.
300 tahun sebelum Masihi, Dalam sebuah Istana raja, seorang tukang emas terkenal di Kota Syracus kelihatan pucat lesi mukanya, buntu fikirannya dan berdebar-debar degup jantungnya setelah si Raja Hieron berkata buat kali ketiganya “Aku curigakan Mahkota ini!”. Dia sedar bahawa kata-kata si Raja itu adalah umpama hukuman mati baginya!Haruskah dia berterus terang dengan Raja atau Raja hanya ingin menguji dirinya?
*Dari masalah Mahkota Raja , membawa kepada Fenomena Eureka!
Fikirnya , mungkin Raja sudah mengetahui perbuatan khianatnya iaitu dengan membuat sebuah Mahkota Raja yang tidak tulen, iaitu dari emas 24 karat seperti yang diingini oleh si raja! Bagaimana si Raja tahu dia mencampurkan sedikit tembaga dalam pembuatan Mahkota Raja itu dan sedikit emas yang sepatutnya di buat Mahkota Raja disimpannya dengan tujuan untuk dijualnya! Ahh… bukannya banyak , sedikit sahaja… tetapi apa yang menghairankannya, bagaimana si Raja mengetahuinya? Padahal waktu dia membuatnya itu, didalam rumahnya yang tertutup dan hanya dia seorang yang terlibat membuatnya!
Kisah diatas begitu masyhur sekali , ini kerana penglibatan seorang yang pintar dizamannya iaitu Archimedes.Dialah yang sebenarnya memberikan maklumat kepada Raja Hieron mengenai mutu mahkota emas yang tidak murni itu! Namun bagaimana Archimedes mampu membuat kesimpulan begitu? Sedangkan pada zamannya, ukuran atau parameter matematik yang diketahui adalah setakat segitiga, segiempat, bulatan dan bentuk-bentuk ringkas sahaja!
Ceritanya begini, Archimedes pun merasa gementar dan kebingungan bila dipanggil oleh Raja Hieron yang bertanya bagaimana ingin mengetahui sama ada mahkota itu tulen atau tidak.Walaupun dia terkenal sebagai seorang yang pintar dizamannya, namun dihadapan Raja waktu itu, dia terasa sangat bodoh sekali kerana pada waktu itu dia hanya pandai mengira atau mengukur benda-benda yang bentuknya teratur saja! Tetapi Mahkota yang ada dihadapannya itu sangat aneh,berbentuk tidak sekata dan penuh dengan hasil seni ukiran yang menarik dengan bucu-bucu yang tidak sekata!
Pada mulanya Archimedes memohon kepada Raja untuk meleburkan semula dan menjadikan mahkota itu berbentuk segiempat dan rata, tetapi Raja tidak mengizinkannya! Kerana Raja sangat menyayangi Mahkota itu dan tidak mahu ianya menjadi rosak! Archimedes samakin kebingungan!
Maka, pulanglah Archimedes kerumahnya dan terus memikirkannya untuk beberapa hari, namun dia masih gagal memecahkan persoalan itu.
*Archimedes balik kerumahnya dan cuba memikirkan masalah itu,namun dia buntu!
Pada suatu hari, dia pun pergilah ke tengah Kota Syracus, iaitu ke tempat mandi para aristokrat untuk mandi menenangkan fikirannya seketika, dia cuba untuk tidak mengingati masalah tersebut barang seketika…. Ketika dia mula masukkan dirinya kedalam bekas mandi tersebut perlahan - lahan … dia terasa tenang dan santai…..
Tetapi secara tiba-tiba beliau bangun tanpa seurat benang pun dan berkata :
“Aha… Eureka,Eureka, Eureka!” bermaksud “Aha.. aku dapat, aku dapat,aku dapat!” Beliau sangat gembira dan seperti orang histeria lalu terus berlari pulang kerumahnya!
Rupa-rupanya Archimedes seolah-olah mendapat ‘ilham’ untuk menyelesaikan persoalan Raja yang begitu menghantui fikirannya! Ketika dia memasukkan dirinya perlahan-lahan kedalam kolam tempat mandi itu, airnya turut menaik hinggalah ia melimpah keluar bila Archimedes menenggelamkan keseluruhan tubuhnya ke dalam bekas mandi itu, maka dia terus membuat kesimpulan berdasarkan pemikiran kreatifnya bahawa jumlah berat bahan yang masuk kedalam bekas itu mestilah sama dengan berat air yang melimpah keluar ! Lalu terhasillah Hukum Archimedes! Cerita ini dihuraikan dengan panjang lebar oleh Isaac Asimov dalam tulisannya The Eureka Phenomenon, dalam Norton Reader, edisi ke-6.
*Sehingga kini, Potensi sebenar otak dan akal yang masih menjadi misteri!
Archimedes mengira kemurnian atau keaslian emas yang terkandung dalam mahkota raja itu mengikut rumusan yang dikenali oleh ahli kimia sekarang sebagai berat jenis. Berat jenis emas ialah 19.3gram per sm3 air.Ini bermaksud, 1 sm3 (sentimeter padu) air akan melimpah keluar dari sebuah bekas yang penuh berisi air jika emas murni seberat 19.3 gram dimasukkan.
Berat tembaga pula ialah 8.92 gram per sm3 air, jadi mengikut Archimedes, jika berat emas murni mahkota raja yang mengandungi emas tulen itu seberat 100 gram ,maka sudah pasti air yang melimpah keluar ialah seberat 5.18 sm3.
Oleh kerana Mahkota Raja itu tidak tulen dan dicampur sedikit tembaga untuk menjadi emas suasa, maka menurut Archimes sudah tentu jumlah berat air yang keluar itu tidak sama kerana pada prinsipnya, benda yang sama mestilah mempunyai berat jenis yang sama!
Mari kita belajar dari pengalaman Archimedes, ternyata penyelesaian kepada sesuatu masaalah itu terjadi dengan izin Tuhan ketika kita berada dalam suasana yang tenang atau gelombang otak kita berada pada gelombang Alfa! Ilham (Eureka) itu muncul selepas kita penat berfikir dan berusaha keras !
Pengajarannya ialah, jika kita ingin mendapatkan suatu jawapan atau kesimpulan kepada persoalan rumit dalam hidup kita, kita mesti berusaha terlebih dahulu, seperti berfikir dan berusaha bersungguh-sungguh kemudian tenangkan diri kita seketika dan pohonlah petunjuk dari Allah swt. Biasanya jawapan akan muncul disaat kita dalam keadaan santai atau fikiran kita terputus sejenak dengan masalah yang sedang kita hadapi.
Bagaimana pula untuk mendapatkan ketenangan? Bukankah Allah berfirman bahawa bila kita mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang?
Marilah kita berfikir , berzikir , berdoa dan selalu bersembahyang kepadaNya
*Inilah Rahsia kepada segala rahsia,maka marilah kita bersolat dengan khusyuk/fokus!
Di atas hanya satu contoh dari pelbagai jenis cerita berkaitan dengan cara dan gaya berfikir manusia – manusia hebat atau Genius yang cuba saya paparkan! Contoh cerita Archimedes ini bagi saya cukup menarik, kerana ia melibatkan hasil pemikiran kreatif menghasilkan output pemikiran berupa ilham yang datang tiba-tiba, fenomena ini lain dari yang lain! Kerana ia menemukan perkara baru hingga menerbitkan formula sains yang boleh merubah dunia.
Bagaimana pula dengan kisah Sir Isaac Newton , dilahirkan pada 1642 , merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya Tarikan Graviti alam dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.
Bapa Newton meninggal tiga bulan sebelum kelahirannya, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya.
Pada suatu hari Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.
Beliau pun bertanya kepada dirinya sendiri, mengapa ia hanya jatuh ke tanah, tidak ke atas? Lalu beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.
Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.Lalu dia pun bertanya lagi dirinya, mengapa ia berwarna?
Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.
Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.Beliau telah menemui Hukum gerakan Newton.
Sir Isaac Newton pernah dikatakan gila kerana asyik memikirkan kenapa buah epal jatuh dari pokok. Masakan tidak gila, kalau kita tentu dah ambil buah epal tu dan makan. Buat apalah nak penat-penat fikir. Akibat gilanya itu wujudlah teori graviti.Sikapnya yang suka bertanya itu menjadikan dirinya seorang yang hebat!
Pernahkah anda mendengar cerita kesungguhan dan percubaaan demi percubaaan selepas kegagalan seorang manusia bernama Thomas Edison yang merupakan orang pertama mencipta lampu ? Tahukah kita bahawa dia juga pernah dikatakan gila dan tidak siuman oleh gurunya sendiri? Malah pernah dianggap ‘bodoh’ oleh rakan-rakannya.Sekolah pun hanya bertahan setakat 3 bulan dan kemudian dibuang sekolah kerana dianggap manusia pelik dan tidak boleh diajar.
Namun, sejarah manusia dan peradaban sudah pasti tidak boleh meminggirkan hasil usaha Thomas Edison ini, kerana tanpanya sudah pasti seluruh manusia bergelap tanpa cahaya lampu di malam hari!
*Albert Einstein: Orang Abad Ini !
Bagaimana dengan Albert Einstein pula? Tokoh yang dilahirkan pada tahun 1879 di Jerman dan berketurunan Yahudi ini adalah seorang ilmuwan Fizik tersohor yang tidak perlu saya perkenalkan lagi , beliau adalah ilmuwan terbesar dalam abad ke-20. Dia mengemukakan teori Relativiti dan juga banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu mekanik kuantum, mekanik statistik, dan kosmologi.
Dia dianugerahkan Penghargaan Nobel dalam Fizik pada tahun 1921 untuk penjelasannya tentang kesan fotoelektrik dan “Pengabdiannya bagi Fizik Teoretis. Pada tahun 1999, Einstein dinamakan “Orang Abad Ini” oleh majalah Time. Untuk menghargainya, sebuah Persatuan dalam fotokimia dinamai Einstein, sejenis unsur kimia juga dinama Einsteinium , malah sebuah asteroid juga dinamakan Einstein pada tahun 2001.
Jangan fikir siapa dia, mari kita dengar apa yang dia kata . Berikut adalah pemikiran dan kata-kata Hikmah dari Einstein :
* Sesiapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia tidak pernah mencuba sesuatu yang baru
* Saya ingin memahami pemikiran Tuhan; selebihnya adalah soal biasa saja.
* Pengetahuan tanpa agama adalah pincang. Sedang agama tanpa pengetahuan adalah buta.
* Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan. Yang paling penting adalah tidak berhenti bertanya.
* Kecerdasan tidak banyak berperanan dalam proses penemuan. Ada suatu lompatan dalam kesedaran, ia disebut intuisi atau apapun namanya, penyelesaiannya muncul begitu saja dan kita tidak tahu bagaimana atau mengapa. [ Bukankah dari ayatnya di atas Einstein juga pernah mengalami Eureka?]
* Sesuatu yang terindah yang kita alami adalah: Pengalaman misteri kita; Ia-lah sumber dari seni dan pengetahuan sejati.
* Agama Sejati adalah kehidupan nyata, hidup dalam jiwa manusia, hidup dalam kebajikan dan hidup dalam kebenaran, bagi semua.
* Tuhan tidak mempermainkan semesta seperti dadu.
* Kebahagiaan dalam melihat dan memahami merupakan anugerah terindah alam.
* Hakikatku adalah yang aku fikirkan, bukan apa yang aku rasakan.
* Orang-orang seperti kita, yang percaya pada Fizik, mengetahui bahawa perbezaan antara masa lalu, masa kini, dan masa depan hanyalah sebuah ilusi yang terus menerus ada.
* Mencari kebenaran lebih bernilai dibandingkan menguasainya.
* Usaha pencarian kebenaran dan keindahan merupakan kegiatan yang memberi peluang bagi kita untuk menjadi kanak-kanak sepanjang hayat.
* Aku Berfikir terus menerus berbulan bulan dan bertahun tahun, sembilan puluh sembilan kali dan kesimpulannya salah. Untuk yang ke seratus itu aku benar.
* Kebanyakan orang mengatakan bahwa kecerdasanlah yang melahirkan seorang ilmuwan besar. Mereka salah, karakterlah yang melahirkannya.
* Lebih mudah mengubah plutonium dari pada mengubah sifat jahat manusia.
* Bila mana jalan keluar terasa mudah, Tuhan-lah yang memberikan jawapan. [Jadi , siapa kata Einstein tidak mempercayai Tuhan?]
* Hanya kehidupan bagi kehidupan lain sajalah, yang bermanfaat . [apakah yang dimaksudkan Einstein itu? Adakah ia berkaitan dengan alam akhirat?]
* We cannot solve our problems with the same thinking we used when we created them.
* If you can’t explain it simply, you don’t understand it well enough.
* In the middle of difficulty lies opportunity.
*Once we accept our limits, we go beyond them.
*Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.
* Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning.
* Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.
Itulah antara beberapa kata hikmah dari seorang insan yang bernama Albert Einstein, jadi tidak hairan lah jika ramai manusia yang hidup selepasnya begitu mengkagumi pemikirannya biarpun Dia dikatakan juga seorang anggota freemason!
Rahsia otak Einstein menjadi objek kajian saintis terkini! :
Di atas adalah renretan kisah-kisah manusia hebat yang berlaku ratusan tahun dahulu.Semuanya sudah menjadi satu sejarah. Hari pun silih berganti dan pepatah ada mengatakan yang patah pasti akan ada tunas baru yang akan tumbuh silih berganti.
Mari kita baca pula kisah-kisah manusia hebat yang ada disekitar kita pula!
Satu Artikel Pilihan saya kali ini adalah dipetik dari blog hebat Saifulislam.com Selamat membaca, Klik Sini :
Topik : Sukarnya Menjadi Genius
[Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.
Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.
Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.
Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?
ADI PUTRA
*Si Pintar Adi Putra
Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.
Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi ’sumpah’ ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.
Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
*Si Pintar Chan Yao ban
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan’ yang bakal memanfaatkan kelebihannya.
Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri’ dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?
SUFIAH YUSOF
Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.
Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.
Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.
Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!
Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda’s College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa’. Apakah semua ini?
JOHN NASH
Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.
Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.
Katanya,
More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.
Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!
Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.
PENGAJARAN
Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.
Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan.
Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?
Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi’ al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.
Apakah rahsia mereka?
Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus.
Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.
BUAT PENDAKWAH
Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.
Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.
Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!
Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.
Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama’ atau ‘hidup tidak mengikut sunnah’.
Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah.
Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.
Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com 56000 Kuala Lumpur ]]
Sebagai kesimpulannya, Eureka adalah anugerah Ilahi, Namun perlukah kita menjadi seorang yang Genius dahulu , barulah kita dapat mengalami pengalaman Eureka? Tidak adakah cara lain atau apakah dalam ajaran agama kita islam mempunyai cara bagaimana ingin selalu berEureka ini?
Jawapannya sudah pasti : ADA! , dalam Agama Islam yang sempurna ini, dan dalam ajaran Nabi Muhammad SAW sebagai Manusia Contoh dan Ikutan yang paling sempurna, Pasti ada pelbagai kaedah untuk mencapai Eureka(Ilham), malah untuk mencapai apa yang lebih hebat dari Eureka seperti Karomah, Kasyaf dan Laduni pun ada!!! Tapi bagaimana???
Nabi Muhammad saw mengalami pengalaman yang lebih hebat dari Eureka, iaitu ketika Israk Mikraj!
Kata Kunci :Kembali kita kepada Al-Quran, Zikrullah, Solat.