Monday, October 12, 2009

Satu Saham-Unit Amanah Yang Dijamin Rasulullah SAW



Tajuk : Satu Unit Saham Amanah Yang Dijamin Rasulullah SAW.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Masalah utama bagi setiap orang ialah kekurangan wang atau masalah ekonomi kewangan.Kesempitan hidup dan kekurangan wang menjadikan kita resah gelisah selalu , stress dan kadangkala boleh membawa kepada berlakunya kes- kes kecurian, jenayah dan sebagainya.Apa yang lebih teruk dari itu ialah kita menjadi semakin jauh dengan Allah,malah ada juga di antara kita yang menyalahkan takdir dan berkata Tuhan itu tidak adil.Lalu kita pun menjadi betul betul jauh dengan rahmat Allah swt.


Memang benar,dalam agama islam kita selalu dituntut untuk mencari sebanyak-banyak bekalan untuk hari akhirat seolah olah kita akan mati esok hari namun kita juga disarankan supaya jangan pula melupakan bekalan kita di dunia seolah olah kita ingin hidup seribu tahun lagi! Sesungguhnya kefakiran itu boleh membawa kepada kecelakaan!

*Deretan peminta sedekah muslim!

Alangkah baiknya jika kita menjadi seorang yang beriman,yang kaya raya,yang berhati mulia dan suka bersedekah , yang berkereta mewah dan mempunyai seorang isteri yang cantik jelita,yang bersembahyang didalam bilik berhawa dingin di atas permaidani yang tebal dan indah dengan bau-bauan yang harum semerbak TANPA hati kita tertawan dengan kemewahan dunia yang kita miliki,yang tidak riya’ dan takbur atas pemberian Allah,yang selalu bersyukur atas pemberianNya, yang selalu menitiskan airmata di malam hari kerana taubat dan mensyukuri segala nikmat Allah dan selalu mengharapkan redhaNya. Tidakkah kita mahu jadi seperti itu???


Firman Allah swt dalam Surah Al-Qasas, ayat 77 ini yang bermaksud :

“Carilah pada apa yang Allah anugerahkan kepadamu iaitu kebahagiaan di negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan duniawi.Berbuat baik lah kepada orang lain seperti Allah berbuat baik kepadamu.Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan” [ Surah Al-Qasas : 77 ]

Semenjak Persepsi kita semua dipesongkan oleh Dajjal terhadap kemewahan dan kebahagiaan hidup,maka ramai dari kita sudah terkeliru dan menganggap bahawa kekayaan itu dilambangkan dengan betapa banyaknya jumlah simpanan wang ringgit kita di bank atau sebanyak mana jumlah saham-saham kita di pasaran saham atau sekian banyaknya harta benda kita seperti tanah, rumah kedai, bangunan dan aset yang lain.

Oleh itu jadilah kita seorang manusia yang sentiasa tidak merasa cukup dengan apa yang ada, tamak haloba mengumpul kekayaan dunia sehingga melupakan segala tanggungjawab kita terhadap Allah,masyarakat di sekeliling kita, lupa pula kepada kewajipan zakat dan sumbangan kita terhadap perjuangan menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Kita sebenarnya lupa bahawa kekayaan sebenar kita ialah Kekayaan Hati kita dengan sifat-sifat yang terpuji, kebahagiaan sebenar ialah Ketenangan Hati setelah beroleh redha dan nikmat dari Allah swt.

Oleh kerana takut manusia berpaling kepada dunia dan melupakan akhirat , banyak ulamak tasawuf mengesyorkan kita supaya hidup zuhud dan beruzlah.Itulah cara terbaik mengelakkan diri dari terpengaruh dengan isi dunia dan segala macam sandiwara dunia.

Biarpun begitu ,apakah kita tidak mahu menjadi seorang jutawan seperti sahabat nabi malahan dijamin pula syurga iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Usman Bin Affan?


Menyingkap kembali sejarah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi Muhammad saw sering menyebut ‘umatku’, ‘umatku’, ‘umatku’. Ini menunjukkan betapa prihatin dan sayangnya Nabi kita kepada kita umatnya! Jadi, apakah seorang rasul yang amat menyayangi umatnya akan membiarkan kita hidup dalam kemiskinan dan kefakiran setelah peninggalannya? Sudah tentu tidak !

Jika kita orang biasa sudah pasti kita akan meninggalkan wasiat sekurang-kurangnya sebidang tanah atau sebuah rumah buat isteri dan anak-anak sepeninggalan kita.Namun bagi Rasulullah saw,seorang Rasul dan kekasih Allah sudah pasti meninggalkan kita satu amanah sebagai plan kewangan jangka panjang berbentuk saham spiritual iaitu satu surah dalam al-quran yang mulia untuk kita umatnya yang dikasihi mengamalkannya.Surah tersebut ialah surah Al-Waqiah.


Jadi,bagi sesiapa yang percayakan Rasulullah saw ,sudah pasti akan mempercayai segala kata-katanya dan sudah pasti akan beramal dengan apa yang disarankan olehnya demi mencapai keselamatan dan kebaikan di dunia dan akhirat.Nabi Muhammad saw yang mulia telah memperkenalkan satu unit saham amanah dan memberi jaminan pula seperti sabdanya yang bermaksud :

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya”.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Namun asbabun nuzul menjelaskan, surah al-Waqiah diturunkan selepas surah Taha. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya “Hari Kiamat”. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini ada menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Secara ringkasnya kandungan surah Al-Waqiah dihuraikan dengan baik dalam sebuah buku di atas seperti berikut :

Sumber : Sila Klik Sini

[Kandungan utama surah al-Waqiah adalah penjelasan berkenaan terjadinya hari kiamat, gambaran syurga dan neraka, serta perihal orang yang banyak melakukan kezaliman dan keingkaran. Tidak ketinggalan juga ia mengandungi maklumat mengenai orang yang beriman. Dalam penjelasannya yang lebih terperinci, ia menerangkan manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari akhirat iaitu:

Golongan yang segera melakukan kebaikan.
Golongan kanan iaitu orang yang beriman.
Golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan.

Surah al-Waqiah menjelaskan, golongan orang yang segera melakukan kebaikan adalah golongan para nabi yang selalu bersegera mengamalkan ibadah kepada Allah dengan penuh tawaduk.

Golongan kanan pula adalah orang yang soleh iaitu mereka yang bertindak sesuai dengan tuntutan Quran. Ahli tafsir Quran menggambarkan golongan kanan sebagai ashabul yamin atau ashabul mujahadah iaitu orang yang berjihad, orang yang mahu berjuang dan sabar dalam menanggung penderitaan.

Golongan kanan memperoleh kemenangan walaupun mereka ditimpa pelbagai ujian dan kegelisahan. Mereka menyedari kehidupan ini adalah ujian dan ia penuh dengan penderitaan. Kelak, mereka pasti mendapat balasan kebaikan daripada Allah. Mereka melalui semua ujian dengan penuh kerelaan dan keikhlasan seperti Nabi Muhammad yang sering menerima ujian, namun beliau tetap ikhlas dan sabar.

Golongan kiri adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Quran. Dengan demikian, mereka adalah orang yang sesat. Mereka mengingkari kebenaran yang datang daripada Allah dan mendustakan agama tauhid. Mereka termasuk dalam golongan orang yang sesat. Mereka mengingkari apa yang sebenarnya dipandang benar oleh hatinya hingga segala kebaikan terasa seperti duri yang menyeksa diri. Inilah manusia sesat yang mendapat balasan neraka pada hari kiamat kelak.]

Walaupun sudah lama saya mengetahui khasiat dan kelebihan amalan surah ini terutamanya dalam bab rezeki,namun selepas membeli dan membaca buku seperti yang dinyatakan dalam sumber di atas itu, kefahaman dan keyakinan saya menjadi semakin bertambah! walaupun harganya murah iaitu RM10.90 saja dan setebal 116 mukasurat,namun cara penulisan dan kupasan penulis tersebut amat baik sekali.

Ternyata , dengan selalu mengamalkan surah ini, alhamdulillah,ia memberi kesan positif kepada kehidupan saya sekeluarga.Anda semua pun mungkin sudah lama mengetahui khasiat dan sudah lama mengamalkan surah ini.Oleh itu saya ingin mengajak anda semua beramal dengan surah ini tanpa menyisihkan surah-surah yang lain kerana setiap huruf,setiap ayat dan setiap surah dalam kitab suci Al-Quran itu ada khasiatnya yang tersendiri.

Ibnu Mas’ud merekodkan ,Rasulullah saw pernah bersabda :

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah,Allah memberikan satu kebaikan kepadanya.Daripada setiap satu kebaikan itu pula, Allah menggangdakan sebanyak 10 kali ganda. Aku tidak mengatakan alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf” [ Hadis riwayat Tarmizi]

Oleh itu,plan kewangan yang ditawarkan Rasulullah ini merupakan plan yang terbaik setakat ini kerana ia dijamin oleh rasul yang bergelar Al-Amin (yang berkata benar) dan pulangannya pula ialah melebihi 10 kali ganda!!! Bukan pulangan 10% seperti faedah yang ditawarkan oleh unit-unit saham amanah sekarang!


Inilah Skim cepat kaya di dunia dan akhirat yang ditawarkan oleh Rasulullah saw !!! ia tiada had pelaburan maksima, mempunyai kecairan yang tinggi,melabur dalam portfolio yang terpilih, tidak dikenakan caj jualan dan juga transaksi . Satu skim dalam kategori ekuiti jenis pendapatan yang tidak mengenakan apa-apa kriteria kelayakan atau had umur.

Keuntungan dan faedah dikreditkan secara automatik terus kedalam buku pelaburan saham akhirat yang akan dicatat oleh malaikat khas.Kadang-kadang pembahagian bonus dan dividen diberikan secara yang kita tidak nampak dan tidak disangka-sangka dari mana sumbernya di dunia lagi! Jadi mengapa kita tidak mahu melanggan dan melabur dalam skim ini secepat mungkin???




Bukan tujuan saya dalam artikel ini menggalakkan anda semua membeli saham dunia seperti yang kita ada sekarang ini, itu terpulang kepada anda sendiri dan jika mahu bermain dengan dunia saham ,anda kenalah bijak mencari peluang dan berani mengambil risikonya! Jadi, jangan keliru dengan maksud saya! isu saham dan pelaburan ini masih dibahas oleh ulamak dan orang yang ahli dalam ilmu agama dan bidangnya, ada yang berpendapat ianya haram dan ada yang berpendapat ianya dibolehkan.Yang cuba saya sampaikan disini berupa kiasan kepada sistem saham itu supaya anda semua faham akan kelebihan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada pengamal surah Al-Waqiah ini.

Jika Warrant Buffet, salah seorang Billioner dan seorang pelabur terkaya di dunia waktu ini pernah berkata :

“Anda perlu belajar untuk menjadi seorang pelabur jika anda ingin menjadi seorang yang kaya”

Maka,apa kurangnya sabda Nabi Muhammad saw tentang jaminan dan fadhilat mengamalkan surah Al-Waqiah itu!!! Kita pasti tidak mengalami kepapaan atau kefakiran!

Lihat maksud ayat dalam surah tersebut, orang Al-Muqarrabun banyak bilangannya dizaman yang terdahulu dari bilangan kita waktu ini.Ini adalah fakta.Jadi ,sekiranya kita tidak boleh menjadi orang yang dekat dengan Allah dalam golongan Al-Muqarrabun pun, biarlah kita berusaha menjadi golongan kanan!


Bagi anda yang sudah lama melihat peristiwa kehebatan kuasa zikrullah dalam memindahkan kubah masjid dengan kuasa Allah dalam youtube ini , Sila Klik untuk melihat dan menilainya sendiri.

[ * perhatian! : saya terpaksa membatalkan siarannya dalam artikel ini atas nasihat seorang pemberi komen dibawah kerana katanya itu tidak benar! - terima kasih buat pemberi komen dibawah.]


Namun,harus diingat,selain dari mengamalkan surah Al-Waqiah ini, kita juga harus berkerja dan berusaha kerana rezeki itu tidak datang bergolek atau melayang terus keriba kita seperti melayangnya kubah masjid dalam youtube di atas!

[ Keadaan pelik seperti diatas, kalaulah ianya betul dan benar-benar terjadi ia HANYA boleh terjadi dengan izin Allah kepada kita TETAPI ilmu tentang ini semua memang ada tetapi tidak layak bagi saya membukanya atau membincangkannya disini ! Pernahkah anda mendengar kisah Asif Barkhia memindahkan istana Ratu Balqis di hadapan Nabi Sulaiman dalam sekelip mata? Peristiwa ini dicatat dalam al-quran dan ia adalah benar. Bukankah dia menggunakan teknologi tasawuf yang tinggi untuk melakukannya? ]



Cuba teliti dan fahami betul-betul setiap makna yang terkandung dalam surah Al-waqiah ini :





Saya amat tertarik sekali dengan makna ayat berikut :

“Mereka duduk antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya serta naungan yang terbentang luas”


Pohon bidara di syurga itu dikatakan bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.Inilah nikmat yang dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang beriman dan mengerjakan segala perintahNya.

*Pohon Bidara

Gambaran syurga oleh Allah SWT menurut al-quran boleh dibaca disini ; Klik Sini


Sejenis tanaman yang ingin saya bincangkan secara mendalam disini ialah pokok pisang dan buah pisang.

Mengapa dalam banyak-banyak buah di dunia ini,salah satu buah yang akan diberikan kepada golongan kanan ialah buah pisang? Mungkin saudara pembaca semua boleh berkongsi pendapat dan ilmu dalam ruangan komen dibawah!

Apakah pisang di syurga itu seperti pisang ditempat kita atau disebelah rumah kita?


Sudah tentu buah pisang yang dinikmati para penghuni surga itu jauh lebih sempurna dari pisang yang kini tersedia di dunia.Pisang-pisang yang tersedia di surga tidak pernah menjadi busuk dan akan memiliki rasa dan bau yang tidak mungkin dapat kita bayangkan sekarang.

Pisang diketahui sebagai makanan yang sangat berkhasiat dimana ia terdiri dari 75% air, 1.3% protein , 0.6% lemak dan setiap sebutir buah pisang mempunyai kandungan karbohidrat dan garam potassium(K+) dalam jumlah yang mencukupi.

Pisang dikatakan boleh mengurangkan suhu badan ketika demam, mengurangkan gangguan sistem pencernaan sistem gastrousus dan mengurangkan risiko berlakunya kekejangan otot (musculoskeletal spasm).Jumlah potassium yang tinggi memangkinkan proses pembuangan toksik yang berkesan dalam tubuh badan kita.

Pisang juga boleh menurunkan tekanan darah (Blood Pressure) dan digunakan mengurangkan tindakbalas alergi. Potassium berfungsi bersama sodium(Na+), meningkatkan pertumbuhan sel dan otot, dan mengatur keseimbangan air dan pengecutan otot jantung.

Setiap perubahan kepada keseimbangan garam mineral potassium-natrium ini akan menyebabkan terganggunya sistem saraf (nerve) dan otot (muscle).Kekurangan potassium dalam badan juga boleh menyebabkan berlakunya oedema (pengumpulan air yang berlebihan pada organ menjadikan nampak seperti bengkak) dan menurunkan kadar pengaliran gula (glucose) dalam darah.

Vitamin B6 yang terdapat dalam pisang juga penting dalam reaksi-reaksi unsur kimia dari protein dan asid amino dan potassium juga penting dalam menjaga fungsi saraf dan neurotransmitter dalam otak. Sebaliknya kekurangan vitamin B6 mengakibatkan kita mudah menjadi letih, mengurangkan daya konsentrasi , susah untuk tidur (insomnia), anemia , penyakit kulit , dan lain-lain.

Ini pula khasiat pisang yang saya petik dari Wikipedia :

[Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Wah! Hebatnya pisang yang Allah rezekikan kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup semasa mereka beraksi dalam apa-apa pertandingan sukan.

Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)]


[Bagi kaum Melayu di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya. Di antara kegunaan pisang adalah batangnya boleh dibuat rakit.

Daun pisang pula biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pisang merupakan buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia.]

Banyak juga karya sastera yang kita dengar berkaitan dengan pisang seperti ‘jangan pisang berbuah dua kali’, dan ‘pisang emas dibawa belayar’….dan sebagainya


Namun,marilah kita bincangkan perihal pisang ini secara lebih mendalam dan berbentuk agak spiritual pula!

Pokok Pisang senang membiak menunjukkan ianya adalah hidupan yang subur, ia menunjukkan bahawa secara semulajadinya ia mempunyai potensi untuk berkembang dan berjaya. Ia memerlukan banyak air untuk tumbuh melambangkan ia bersifat sejuk dan nyaman.Batangnya satu, berlapis - lapis ibarat tubuh kita,berlapis - lapis .Ia tidak berdahan melambangkan satu tujuan dan matlamat. Daunnya hijau dan lebar dengan pelepahnya membahagi secara seimbang ditengah daunnya , boleh dibuat berteduh dari panas dan hujan , boleh dibuat alas duduk dan alas makanan, Tandannya dan jantungnya hanya satu! buahnya banyak dan tersusun pula! kalau sekali pandang ia menggambarkan kedudukan kita waktu solat secara bersaf-saf dengan imamnya di depan seperti jantung pisang itu, Buahnya hijau sewaktu muda dan kuning bila masak! warna hijau dan kuning bagi orang tasawuf membawa pengertian yang mendalam! Setandan pisang masak membawa maksud penyatuan-persaudaraan dalam gerakan islam.Jantungnya pula berbentuk dan berwarna seperti hati kita dan kulitnya juga disusun oleh Allah secara berlapis lapis pula! seperti Qalbu kita yang berlapis lapis sehingga ke sirru-sir.....

*jantung pisang

Cuba fikir-fikirkan sendiri! Ada makna tersirat yang mendalam pada setandan pisang dan sebutir jantungnya itu!!!

Selamat membaca!

Wassalam.

Sangtawal Sakranta....


8 comments:

  1. Akum Sang Tawal, saya kurang cum nak komen pasal video YouTube pindahkan kubah tu . . .

    Ianya hanyalah satu "hoax" jer... Mohon keluarkan dari artikel kerana ianya tidak benar.

    ReplyDelete
  2. salam anon @ 9.22pm.

    terima kasih atas info.
    saya dah membuangnya!

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana berkongsi mengenai surah al waqiah..

    selama ni tak tahu pun..

    nanti saya pun nak cari buku tu..

    ReplyDelete
  4. Sangtawal Sakranta,

    Sangat menyeluruh artikel yg dipaparkan di laman blog ini, memberi manfaat untuk kesejahteraan minda. InsyaAllah, sama2 kita cari keredhaan Ilahi. Moga usaha sdra sentiasa diberkati-NYA.

    Salam Selasa.

    ReplyDelete
  5. bess posting nih, buat belajo2.. :D ..salam hormat incik!

    rgrds/
    adib

    ReplyDelete
  6. salam buat Raja menangis dan artdeep.

    Terima kasih atas komen anda.
    Semoga anda beroleh manfaat dari blog ini.

    ambillah apa yang anda fikir berguna dan abaikan apa yang anda fikir tidak berguna dalam blog ini.

    wassalam.

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih dengan penerangan mengenai Surah Al-Waqiah..saya benar2 dapat merasai perbezaannya skg..

    ~kukubima~

    ReplyDelete
  8. salam buat kukubima,

    terima kasih atas komen.
    Alhamdulillah... sebarkan hikmahnya kpd org lain juga.

    wassalam.

    ReplyDelete