Wednesday, September 16, 2009

Siapakah Yang Layak Di Gelar Zul-Qarnain dan Keturunan Zul-Qarnain Manakah Yang Telah Sampai Ke Bumi Melayu?



Tajuk : Siapakah Yang Layak Di Gelar Zul-Qarnain dan Keturunan Zul-Qarnain Manakah Yang Telah Sampai Ke Bumi Melayu?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.

Setelah berlalunya siri berkaitan dengan Yakjuj Makjuj,ada beberapa orang pembaca yang menghantar e-mail meminta saya menulis berkaitan dengan siapakah Zul-Qarnain sebenarnya.Untuk tidak menghampakan permintaan mereka saya teruskan artikel yang tidak seberapa ini mengikut pandangan peribadi saya hasil kajian dan pembacaan dari pelbagai sumber berkaitan siapakah Zul-Qarnain sebenarnya.Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah ahli sejarah atau pakar dalam bidang ini,Cuma saya berminat untuk menulis dan menyampaikan sedikit ilmu agar kita semua ( Melayu-Islam) mendapat sedikit manfaat darinya.Oleh itu saya meminta maaf jika cara penulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.Segala teguran dan komen anda adalah dialu-alukan!


Baiklah,seperti yang pernah saya tulis sebelum ini,untuk mengenal siapa Lelaki Misteri yang disebut namanya Zul-Qarnain sebanyak 3 kali dalam surah Al-Kahfi ini,kita perlulah terlebih dahulu mengenal dan mengkaji siapakah Bangsa Yakjuj Makjuj dan di manakah dinding besi bercampur tembaga yang dibina oleh Zul-Qarnain dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan perlu berjalan seiring dalam satu cerita dalam satu masa mengikut time line.


Ada beberapa nama atau watak tersohor sepanjang sejarah manusia yang cuba diketengahkan dan didakwa sebagai Zul-Qarnain,tetapi yang paling banyak diperbahaskan ialah Raja Kurush(Cyrus The Great) dan Raja Iskandar(Alexander The Great).Walaupun secara peribadinya saya berpendapat Raja Kurush atau Cyrus The great adalah watak yang sesuai dengan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,namun dalam artikel ini saya juga turut menulis secara ringkas tentang Raja Iskandar.


Kita mulakan dengan Zul-Qarnain,selepas itu Raja Kurush atau Cyrus The Great dan seterusnya Raja Iskandar atau Alexander The Great


**********************************************************************************


Zulqarnain Mengikut Al-Quran :

Bermakna ; yang mempunyai dua tanduk,yang datang dari dua kurun,yang datang dari dua generasi,yang memiliki dua ufuk(timur dan barat),yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani,yang beroleh hidayat berupa ilham dan petunjuk Ilahi.

Namanya disebut Oleh Allah sebanyak tiga kali dalam surah Al-Kahfi

Ada kaitan dengan Yakjuj Makjuj.

Menerima wahyu dari Allah berupa ilham

Membina tembok besi bercampur tembaga untuk halang Yakjuj Makjuj



**********************************************************************************


Raja Kurush atau Cyrus The Great ( 590 SM – 530 SM ) :




Juga digelar Cyrus II Parsi atau Cyrus The great.

Dilahirkan di Anshan,Iran pada 590 SM (ada yang mengatakan lahir pada 576 SM)

Anak kepada Raja Parsi Cambyses I (anak kepada Cyrus I )

Tahun 559 SM,beliau menaiki tahkta Raja Anshan setelah ayahnya meninggal dunia.



Tahun 550 SM, beliau berjaya menawan Ecbatana iaitu Bandar utama Empayar Madia(Medes).

Tahun 546 SM,beliau berjaya menakluk keseluruhan Empayar Madia(Medes) dan menjadi Raja bagi Empayar Parsi.

Tahun 539 SM ,beliau menawan Babylon tanpa penentangan yang hebat dan pertumpahan darah kerana kedatangan tentera mereka melintasi Sungai Euphrate sebelah malam setelah mengalihkan dahulu aliran sungai itu kesebuah terusan menyebabkan paras air sungai turun ke aras paha, tidak di sangka oleh penduduk dan tentera Babylon.Akhirnya beliau menjadi Raja Babylon pada 24/10/539 SM. Dengan itu beliau berjaya mengalahkan 3 kerajaan besar iaitu Medes,Lydia dan Babylon.

* Empayar Parsi- Cyrus The great(Raja Kurush)

Beliau membebaskan semua tahanan yahudi yang diambil sebagai hamba abdi semasa pemerintahan Raja Bukhtanasar dan membenarkan mereka pulang ke tanahair mereka di Palestine.

Bulan Ogos 530 SM,beliau meninggal dunia dalam satu peperangan melawan Kaum Massagetae.Kaum ini banyak persamaan dengan kaum Sychtian dari segi cara berpakaian, gaya hidup, dan cara berperang secara berkuda dan menggunakan panah.Mayatnya dikebumikan di Pasargadae,Iran.Jika benar dia Zul-Qarnain,maka matinya Raja Kurush itu adalah mati yang mulia sebagai syahid kerana berjihad melawan bangsa keturunan Yakjuj Makjuj!

* Makam Raja Kurush di Pasargadae, Iran

Sumbangannya ialah pembebasan hamba,memperkenalkan sistem pos dan hak-hak asasi manusia sebagaimana yang tercatat pada Cyrus Cylinder termasuk kebebasan beragama.


***********************************************************************************


Raja Iskandar atau Alexander The Great ( 356 SM – 323 SM ) :

* Raja Iskandar (Alexander The Great )

Seorang raja yang dikenali sebagai Alexander of Mecedonia, atau Alexander III, atau Alexander The Great. Nama arabnya ialah Iskandar Al-Makduni (Macedonia).

Dilahirkan pada tahun 356 SM di Pella,Macedonia (Greece sekarang ini)

Murid kepada Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Yunani

Menjadi raja pada tahun 336 SM menggantikan ayahnya Raja Philip II yang dibunuh.



Mempunyai seekor kuda hitam bernama Bucephalus,berkhidmat sehingga 20 tahun bersama Iskandar sehingga kuda itu mati dalam satu peperangan di India.

Memulakan misi penaklukannya ke asia pada tahun 334 SM

Tahun 333 SM terlibat dalam peperangan Issus- menang mengalahkan Raja Empayar Parsi iaitu Darius III.

Tahun 331 SM, Darius berdamai dengan Raja Iskandar.Selepas itu berperang kembali dalam peperangan Gaugamela.Raja Iskandar menang dan Darius melarikan diri dan dibunuh oleh menterinya sendiri.

Tahun 327 SM Iskandar mula terpengaruh dengan adat resam orang parsi.Orang bawahan mesti mencium tangan,melutut dan menyembah orang atasan sebagai tanda hormat.Motif kononnya untuk mengekalkan sifat ketuhanan diri Iskandar itu sendiri yang merasakan dia adalah anak Zeus tidak dipersetujui oleh rakyatnya dan orang ramai.Selepas itu mula membunuh pegawai dan menterinya sendiri yang cuba memberontak

Tahun 326 SM ,terlibat dalam peperangan Hydespas melawan Raja wilayah Punjab iaitu Raja Porus dari Empayar Magada dalam misinya menawan India.Iskandar menang tetapi kuda kesayangannya terbunuh.Berlaku pemberontakan dari tenteranya sendiri ketika ditebing sungai Ganges kerana keengganan mereka menyeberangi sungai itu yang dalam dan deras airnya dengan kuda .

Tahun 323 SM, beliau meninggal dunia di Istana yang dulunya milik Raja Bukhtanasar di Babylon.Punca kematian masih misteri,diantaranya diracun,malaria,demam panas.

Bertanggungjawab atas kematian ratusan ribu nyawa tenteranya dan musuh-musuhnya.

Selalu mengambil arak dan selalu berada dalam keadaan mabuk.Beliau tidak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai,malah negaranya sendiri hampir-hampir dikalahkan musuh di masa ketiadaanya dalam tahun 331 SM oleh orang-orang Yunani.Ini adalah kerana Macedonia kekurangan tentera selepas 300,000 tentera dikerahkan oleh Iskandar dalam misinya.Beliau juga tidak memikirkan kepentingan negaranya sendiri kerana sanggup menghabiskan masa di luar negara sedangkan Macedonia tiada pewaris semasa ketiadaannya.

Empayarnya melebar dari Balkan Hingga ke Himalaya India.6 minggu sebelum usianya menjejak 33 tahun beliau telah menakluk 3 buah benua dalam masa kurang sedekad.

Masih banyak cerita-cerita pelik dalam sisi hidupnya yang gelap tercatat dalam sejarah yang tidak mahu saya tuliskan disini!


************************************************************************************


Hujah-Hujah Raja Kurush (Cyrus The Great) itu Zulqarnain :


Dalam Old Testement, buku Daniel-Bab lapan, ada tertulis tentang bagaimana Nabi Daniel bermimpi di istana Shushan di Wilayah Elam menggambarkan ada seekor kambing gurun bertanduk dua yang mengalahkan semua binatang dan akhirnya dikalahkan oleh kambing bertanduk satu.

Selepas itu Nabi Daniel tidak sedarkan diri lalu muncullah malaikat dan memberitahu dirinya bahawa yang bertanduk dua itu adalah Raja kepada Madia dan Parsi dan yang bertanduk satu itu adalah Raja Yunani.Jadi raja yang memenuhi ciri-ciri mimpi di atas ialah Cyrus The Great(Kambing bertanduk dua).Lagipun ia betul mengikut turutan masa (time line) iaitu lebih awal dari masa Raja Iskandar(Alexander The great) yang digambarkan di dalam mimpi itu sebagai kambing bertanduk satu!

Zulqarnain juga disebut dalam buku Daniel dan buku U’zair(Ezra) sebagai seorang raja yang beriman dengan Allah swt.Perwatakan ini sama dengan Raja Kurush atau Cyrus The Great.Tidak logik pula kalau disandarkan watak Zul-Qarnain itu kepada Raja Iskandar kerana kita tahu bagaimana cara hidup Raja Iskandar!

Ciri-ciri Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran seperti membuat perjalanan kearah matahari terbenam(barat),menerima wahyu dari Allah iaitu boleh memilih samaada boleh mengazab atau membuat kebaikan terhadap musuh-musuhnya,membuat perjalanan ke arah matahari terbit(timur) dan membina tembok menghalang Yakjuj makjuj juga dipenuhi oleh watak Cyrus The Great/Raja Kurush

Dalam perjalanan Zul-Qarnain ke arah barat, di sebut dalam surah Al-kahfi ayat 86 :

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..” laut berlumpur hitam itu jika kita anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.

Jika dikatakan Zul-Qarnain itu Raja Iskandar,maka akan jadi pelik dan tidak seiring pula dengan time line kerana pada waktu pertama kali pergerakan kekuasaan tentera Macedonia kearah barat itu Raja Iskandar masih kanak-kanak dan penaklukan itu di buat oleh ayahnya iaitu Raja Phillip II.

Selain itu ciri lain Zul-Qarnain ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi… “…dan kami berkata wahai Zulqarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.

Orang yang paling sesuai ialah Raja Kurush,ia juga disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle…sebagai seorang raja yang beriman.Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.

Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf,tidak suka kepada pembunuhan ,memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takutkan Allah.Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah.Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia,rajanya iaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.

Jika Zulqarnain itu disandarkan kepada Raja Iskandar pula,agak tidak logik kerana beliau menyembah tuhan yang pelbagai.Beliau juga mengaku beliau anak Tuhan Zeus dan anak tuhan Ammon.Beliau pernah mendirikan 12 kuil untuk menyembah 12 tuhan Olympia di Sungai Hyphasis,India.pada tahun 332 SM,ketika beliau memasuki Mesir,beliau telah melakukan korban pujaan kepada Dewa Apis dimana dewa itu yang juga digelar Dewa Hapi adalah seekor kerbau yang dianggap suci.Selepas itu beliau ditakhtakan dengan takhta berkembar Firaun.

Beliau juga tidak memenuhi ciri-ciri Zulqarnain kerana melakukan pembunuhan dan pembakaran beramai-ramai keatas orang-orang Assakenian di Ora dan Massage walaupun mereka telah menyerah kalah.


Ciri Zulqarnain yang lain ialah beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi.. “Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur iaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.

Ciri Zulqarnain yang lain ialah membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :

“Hingga beliau(zulqarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulqarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulqarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]

Berkaitan dengan perkara di atas ,saya berkeyakinan penuh bahawa Yakjuj Makjuj ini adalah manusia,puak yang meminta bantuan dari Zul-Qarnain itu pula bagi saya bukannya penduduk atau komuniti yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal.Contoh mudah ialah jika kita mahu mengupah Yang Di Pertuan Agung untuk melakukan sesuatu tugas atau kerja ,takkan lah harganya bernilai puluhan atau ratusan ringgit je!!! Tentulah upahnya mahal bukan? Jadi...hanya orang yang berada saja yang sanggup membayar upah semahal itu!



Tercatat dalam sejarah kedua-dua mereka, sama ada Raja Kurush atau Raja Iskandar pernah membuat dinding/tembok iaitu sepanjang sungai Syrdar’ya atau Jaxartes yang digelar Cyreschata(dinding kurush) dan Alexandria Eschaete(dinding Iskandar).Antara tembok-tembok lain yang dibina oleh raja-raja yang berlainan adalah Tembok Besar China,tembok di asia tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh,tembok di Dagistan Russia atau dikenali sebagai Derbent berhampiran laut kaspia atau tembok yang dibina di arah barat di kawasan Kaukasus ketiga.

Mengikut pendapat ramai pakar sejarah,tembok Zulqarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia.Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.


Hujah lain yang mengatakan itulah tembok yang dibina oleh Zulqarnain ialah ketika zaman khalifah Saidina Umar ,beliau telah menghantar Suraqah bin Amr pada tahun 22 Hijrah ke Derbent untuk mencari dan mengkaji tembok Zulqarnain di situ.Sekiranya disitu bukan letaknya tembok Zulqarnain,mengapa Saidina Umar menghantar utusannya iaitu Abdul Rahman bin Rabi’ah bersama Suraqah bin Amr melaui Armenia ketempat itu dan bukan ke tempat lain.


Hujah yang lain ialah ketika pemerintahan khalifah Abbasiah Al-Wathiq yang memerintah antara tahun 908 M – 932 M,beliau sekali lagi menghantar seorang utusan ke Derbent melaui Tblisi sebelum memasuki kawasan kaukasus iaitu Ahmad bin Fadhlan untuk mencari dan mengkaji tembok tersebut secara terperinci.

Oleh itu sekiranya ini benar-benar tembok yang dibina oleh Zulqarnain,maka Raja Kurush sekali lagi menepati ciri-ciri Zul-Qarnain kerana dalam catatan sejarah, Raja Iskandar tidak pernah menjejakkan kakinya ke kawasan Kaukasus dan kawasan ini bukan termasuk dalam jajahannya! Ilmuan Abul Kalam pernah menceritakan bahawa Raja Kurush(Cyrus The Great) dalam ekspedisinya ke utara telah bertempur dengan Kaum Sychtian yang di terjemahkan sebagai kaum liar Yakjuj Makjuj.Raja Kurush telah mengalahkan mereka di satu tempat bernama Daryal Pass yang terletak di Derbent.Beliau lalu membina dinding besi bercampur tembaga disitu.Jika kita sandarkan Pembina tembok itu adalah Raja Iskandar,maka ianya agak tidak masuk akal kerana dia tidak pernah ke sana,dan masa pemerintahannya yang singkat iaitu selama 7 tahun tidak mencukupi untuk membina tembok kerana sibuk meluaskan jajahan penaklukannya dan serangan kearah India.


Oleh itu ramai pakar sejarah berpendapat Raja Kurush adalah orang yang sesuai dengan ciri Zulqarnain itu kerana mengambil kira beliau telah membina tembok untuk menghalang kaum liar Scythian (Yakjuj Makjuj ) dari menggangu rakyat di bawah taklukannya yang berada di sebelah selatan Banjaran Kaukasus iaitu meliputi Azerbaijan,Georgia,Dagistan dan Armenia pada tahun 537 SM dalam tempoh 9 tahun pemerintahannya di situ iaitu 200 tahun sebelum kelahiran Raja Iskandar(lahir 336 SM).


Merujuk kepada penulisan Herodotus,beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani.Ia disokong oleh flavius Josephus selepas itu.Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great)


Maka, marilah kita teruskan perbincangan kita pula berkaitan dengan pembinaan tembok besi itu oleh Zulqarnain.Jika di teliti ayat Al-Quran dalam surah al-kahfi ayat 93-94 di atas,puak yang memohon jasa baik Zulqarnain untuk membuat tembok itu sebenarnya adalah satu puak atau bangsa yang sememangnya sudah mahir dalam pencairan dan pembuatan besi.


Saya juga ingin menarik perhatian anda semua untuk berfikir berkaitan ayat Al-Quran ,kata-kata Zul-Qarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”.Bagi saya ayat itu bermaksud Zul-Qarnain hanya membantu mereka sahaja! Mereka sebenarnya telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut. Jika mereka tidak mahir masakan Zulqarnain berkata “Berilah kepadaku tembaga yang yang sudah dilebur supaya dapat dituangkan kepada besi itu”.Jika mereka adalah puak yang tidak tahu melebur atau membuat besi dan tembaga,sudah tentu Zulqarnain berkata “Berikanlah kepadaku tembaga yang telah kuleburkan itu”!



Maka siapakah bangsa misteri itu?.Jika menurut penulisan Herodotus,kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi.Mereka berasal dari Selatan Kaukasus.Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom.Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan].

Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.

Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).


Mungkin ada orang yang bertanya saya pula selepas ini ,jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zul-Qarnain untuk membuat tembok besi itu???

Jawapannya ialah sudah pasti mereka meminta Zul-Qarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zul-Qarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Zul-Qarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara!



Alasan yang lain ialah mungkin mereka mahukan teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulqarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu ,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zul-Qarnain.Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!


Jika disandarkan kepada watak Zul-Qarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .


Bayangkan saudara,ternyata kerja-kerja mengalihkan air itu bukan perkara yang mudah jika tidak dibantu oleh teknologi Raja Kurush!!! Lagipun bila kembali semula kepada zaman Raja Iskandar selepas itu iaitu ketika ingin menyerang wilayah Punjab Empayar Magada India,tenteranya terpaksa memberontak kerana melawan arahan Raja Iskandar yang menyuruh mereka menyeberangi Sungai Ganges yang dalam dan deras dengan kuda.

Mengapa Raja Iskandar tidak berfikir dan bertindak seperti raja kurush sebelumnya? Hal ini bagi saya adalah satu lagi bukti yang menunjukkan Raja Kurush mempunyai kelebihan akal dan teknologi serta seorang raja yang mendapat petunjuk dari Allah berbanding Raja Iskandar.



Berbalik semula kita kepada proses pembinaan tembok tersebut,Adakah tiupan itu mampu dibuat dengan mulut mulut penduduk Georgia dan Armenia atau tiupan itu dibuat oleh makluk lain yang berbentuk Mitos/khayalan ,adalah tidak logik.Lagipun benda-benda berbentuk Mitos itu tidak ada dalam al-quran ,mengapa harus kita mempercayainya?


Akhirnya saya ingin membuat kesimpulan bahawa Raja Kurush atau Cyrus The Great adalah Raja yang memiliki ciri-ciri Zulqarnain seperti yang disebut dalam Al-quran.


Oleh itu….jika anda semua juga bersetuju dengan saya…maka…

Marilah kita siapkan puzzles ribuan tahun ini bersama!!!

Ingat 3 Kata Kunci Utama dalam artikel-artikel saya sebelum ini ? iaitu Zulqarnain,Yakjuj Makjuj dan Dinding/tembok besi mestilah berlaku dalam satu masa/zaman dan mestilah saling berkait antara satu sama lain mengikut time line!

* Kota Porsepolis- ibukota Empayar Parsi

Maka Raja Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulqarnain,Dialah yang membina tembok besi bercampur tembaga itu,dialah yang berperang dengan kaum Scythian yakjuj makjuj itu. Nah bukankah itu 3 cerita dalam satu masa!!!



Anda tidak bersetuju dengan saya? Tidak mengapa….


mungkin ada yang berkata kalau begitu kenapa tidak diletakkan nama Kurush sahaja menggantikan Zulqarnain dalam surah al-Kahfi itu?.....hanya Allah swt saja yang tahu sebabnya

Pendapat saya pula , salah satu sebabnya ialah supaya kita berfikir dan terus berfikir…….teruskan membaca…dan berfikir….

Selain itu, mungkin ada agenda tersembunyi dari Dajjal dalam mengubah dan memutar belitkan fakta sejarah…tujuannya hanya satu :

* untuk menipu manusia dan menyembunyikan kebenaran itu sejak zaman berzaman!.
..

tidak percaya???


Sila lihat contoh peranan Ulamak upahan Zionis/Dajjal untuk menggelapkan sejarah kehebatan melayu islam dizaman Kerajaan Perlak,Samudera-Pasai dan Aceh seperti dalam artikel saya sebelum ini bertajuk “ Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat Agama-Bangsa Yang Terpendam Sejak 375 tahun !”….

Jika diteliti sejarah kesusasteraan dan budaya Yunani telah berlaku satu usaha untuk memperbesar-besarkan peranan bangsa Yunani di pentas dunia dan cuba menggelapkan peranan Bangsa lain seperti Parsi dan Rom…dan jangan lupa juga Bangsa Mala di Land Of Promised!



Mungkin kata-kata Prof Dr Hamka dalam tafsir Al-Azhar menyebut tentang siapakah Zulqarnain ini boleh kita renungkan bersama…katanya :

Zul Qarnain bukanlah nama,melainkan gelaran kebesaran dan kehormatan yang diperlambangkan oleh penguasa itu dengan memakai mahkota yang bertanduk dua.Biasanya tanduk dua itu,yang dilambangkan sebagai tanduk lembu liar terpisah ke kiri dan ke kanan dan di perbuat dari emas.Dan hanya raja itu saja yang memakainya.Ketika seseorang memohon ampun atau ketika mengadapnya,tidaklah orang menyebut namanya melainkan memanggilkan mahkota yang merangkap gelaran kebesarannya, “Wahai Zul Qarnain!” “Wahai yang mempunyai dua tanduk!”.Hingga pada zaman kita yang Mutakhir ini pun kebiasaan demikian masih banyak dipakai raja-raja besar,masing-masing dengan susunan katanya sendiri,Malah Yang DiPertuan Minangkabau di zaman bahari disebut : “Daulat Yang Di Pertuan,Yang Bersemayam di Pagar Ruyung,Yang Empunya Mahkota Si Kula-Qamat,Yang mempunyai Tenun Sang Seta,Yang Empunya Tabuh Pulut-Pulut,Yang Empunya Tambang Emas di Selida” dan sebagainya”

Perhatian!!!

Perlu diingat bahawa Iskandar yang digelar Zulkarnain yang hidup sewaktu dengan Nabi Ibrahim dan sempat tawaf di baitullah bersama Nabi Ibrahim itu bukan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,beliau ialah cucu kepada Nabi Nuh melalui anaknya Sam.(Katakan kita namakan dia Iskandar A.)


Perhatian!!!


Ada seorang lagi yang bernama Iskandar menurut Al-Hafidh ibn ‘Asakir didalam kitabnya berjudul Tarikh adalah dari keturunan Rumi bin Al-Asfar bin Yaqaz bin Al-Ais bin nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.(Katakan kita namakan dia Iskandar B)

Jadi persoalan seterusnya Siapakah pula Raja Iskandar Zulkarnain yang tersohor di dunia melayu dan Nusantara sejak zaman berzaman itu??? Adakah dia Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran??? bagaimana namanya boleh digabungkan menjadi Iskandar-Zulqarnain pula??? Renretan sejarah silam perlu diperbetulkan semula nampaknya!!!

Siapa yang perlu memikul tugasan ini??? Tentulah saya dan anda semua!!!

Mari kita jejaki Keturunan dan anak cucu Raja Kurush Empayar parsi itu….sudah pasti kita akan dapat membongkar siapakah raja berketurunan darinya yang turun di Bukit Si Guntang itu!!!

Petikan dibawah saya ambil dari Kitab Sejarah Melayu :

[“A’lam ketahui olehmu,pada zaman dahulukala,dan pada masa yang lalu,kata yang empunya ceritera,bahawa Raja Iskandar,anak Raja Darab,Rom Bangsanya, Makaduniah negerinya,Zulqarnain gelarnya;sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit,maka baginda sampai pada satu bi’at,negeri Hindi” ]

Cubalah renungkan betul-betul ayatnya wahai saudara se-Bangsa ku … setujukah anda jika saya katakan bahawa sejarah itu telah diubah oleh tangan-tangan ghaib…menjadikan Zul-Qarnain versi Melayu itu adalah Raja Iskandar atau Alexander The Great!!!

Mengapa jadi begitu???

Mengapa mereka mahukan kita keliru???

Bukan di Nusantara sahaja…kempen menjadikan Alexander sebagai Zul-Qarnain begitu hebat di Yunani dan Rom selepas kematiannya!padahal jika kita meneliti sejarah hidup Alexander..dia begitu jauh untuk memenuhi ciri-ciri Zul-Qarnain yang disebut di dalam Al-Quran.


Oh ya..sebelum artikel ini berakhir, dari mana asal usul dan siapa pula bangsa Rom itu?

Bangsa Rom berketurunan daripada ‘Ais atau ‘Aisoo adik beradik nabi Yaakub dimana kedua-duanya anak kepada Nabi Ishak!

(Katakan kita namakan Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dalam sejarah melayu itu Iskandar C)

Katakan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush itu kita namakan sebagai Iskandar D, dan Raja Iskandar atau Alexander The Great itu kita namakan dia Iskandar E,

Jadi Iskandar manakah dari yang 5 orang itu yang menurunkan bangsa-bangsa Mala atau Melayu di bumi bertuah ini??? Iskandar A @ B @ C @ D @ E ?????

Baiklah,sekali lagi… untuk memudahkan anda….Zul-Qarnain manakah yang keturunannya turun atau sampai di Bukit SiGuntang itu? keturunan Zul-Qarnain yang hidup dizaman Nabi Ibrahim yang asal keturunannya dari Sam anak Nuh a.s kah atau keturunan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush(Cyrus The Great) ataupun dari keturunan "hero" yang bernama Iskandar Zul-Qarnain di alam melayu itu yang telah menjejakkan kaki ke bumi Mala ini???

Mungkin pakar-pakar sejarah negara dan dunia ada jawapannya!!! Silakan….

Akhir kata…selamat berpuasa dan selamat berhari raya dari saya Sangtawal Sakranta dan keluarga….maaf zahir batin!

Nantikan siri - Cabaran Kepada Kebangkitan Akhir Zaman:

Bhg 1,Bhg 2 dan Bhg 3 dari saya sesudah hari lebaran nanti !!!


Wassalam.

Sangtawal Sakranta....


20 comments:

  1. Salam..

    Sebuah artikal yg bernas.ilmu yang bermanfaat. Teruskan usaha murni anda. Saya akan mengikuti kisah seterusnya selepas hari lebaran nanti. selamat Hari raya..

    ReplyDelete
  2. Gud Artikel! Padat dengan info dan ilmu. Saya nantikan siri Cabarab Kebangkitan Akhir Zaman dari saudara.

    ReplyDelete
  3. Ada legenda di tanah Melayu, yang menceritakan penguasa Sriwijaya adalah keturunan dari Alexander III 'The Great' of Macedonia (Iskandar Agung). Akan tetapi, apakah cerita ini hanya sebatas Legenda?


    Sejarah Sriwijaya versi Ahmad Grozali

    Di dalam tulisannya, yang berjudul 'Ringkasan Sedjarah Seriwijaya Pasemah', Ahmad Grozali mengisahkan tentang mendaratnya kapal Putera Mahkota kerajaan Rau (Rao) India, yang bernama Yang Mulia Seri Mapuli Dewa Atung Bungsu, tahun 101 Saka (179 M) di bukit Siguntang.

    Kedatangannya bertujuan untuk mencari, Seri Nuruddin, Panglima Angkatan Laut Negeri Rau yang menghilang, setelah berangkat menuju Nusantara tahun 10 Saka (88M). Ringkas cerita, akhirnya Atung Bungsu bertempat tinggal di sekitar tanah basemah.

    Atung Bungsu dipercaya merupakan leluhur dari :

    * Suku Basemah (Pasemah), Empat Lawang, Lahat dan Semende
    * Dapunta Hyang Srijayanasa, pendiri Kedatuan Sriwijaya.
    * Dapunta Hyang Syailendra, pendiri Wangsa Syailendra di Pulau Jawa
    * Parameswara, pendiri Kerajaan Malaka di Malaysia

    Sumber :

    http://besemah.blogspot.com/2006/06/sejarah-sriwijaya-versi-grozali.html



    Rau adalah Kushans

    Bila kita membuka lembaran sejarah, pada tahun 80M-200M, di India terdapat Kerajaan yang terkemuka yang bernama Kushans.

    Kuat dugaan Kerajaan Kushans indentik dengan Kerajaan Rau, yang menjadi tempat asal Atung Bungsu. Pendapat ini setidaknya didukung dua alasan, yaitu :

    1. Penguasa Kushans memiliki kepercayaan yang sama dengan Penguasa Sriwijaya, yakni penganut agama Buddha Mahayana.

    2. Penguasa Kushans, pada tahun 80M-200M dipimpin oleh keturunan Kaisar Liu Pang (Dinasti Han). Dan apabila kita perhatikan anak cucu Atung Bungsu, yang berada di daerah tanah Basemah (Pasemah), seperti di Pagar Alam, Empat Lawang dan Lahat, memiliki perawakan mirip bangsa cina.



    Atung Bungsu Putera Kanishka III

    Diperkirakan Seri Nuruddin meninggalkan kerajaan Rau (Kushans) menuju Nusantara, pada masa pemerintahan Kanishka I (75M-105M). Dan Atung Bungsu, Putera Mahkota kerajaan Rau (Kushans), pergi untuk mencari Seri Nuruddin, pada masa pemerintahan ayahnya Kanishka III (175M-200M).

    Kanishka III adalah keturunan Wema Kadphises II. Wema Kadphises II adalah putera Kuyula Kadphises I dengan Princess dari Kerajaan Bactria, melalui Princess of Bactria inilah, silsilah keturunan Alexander III 'The Great' berasal.


    Silsilah Lengkapnya, silahkan kunjungi blog berikut :
    http://kanzunqalam.blogspot.com/2009/12/alexander-iii-great-leluhur-penguasa.html


    Dapunta Hyang Jayanasa (Pendiri Sriwijaya), juga merupakan keturunan dari Cyrus The Great, yakni melalui isteri Alexander The Great, yang bernama Roxane of Sogdia (Ibu dari Aesopia of Macedonia), yang kelak menurunkan penguasa kerajaan Kushans.

    ReplyDelete
  4. Raja-raja Sriwijaya adalah keturunan Alexander The Great (Iskandar) dan Cyrus The Great (Zulkarnain).

    Hal inilah yang menyebabkan, para penguasa Bukit Siguntang dan keturunan Parameswara di Malaysia, menamakan diri mereka sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain.

    ReplyDelete
  5. بسم الله الرحمن الرحيم
    السلام على من اتبع الهدى

    Tuan adalah ahli sejarah yang membuat kajian dari bacaan. Tahniah. Cuba baca blog saya http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/ atau http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
    mungkin kajian tuan akan lebih bermakna dan lebih jauh mendalam dan melebar lagi insya Allah.
    Di blog tersebut, diperjelaskan pula siapa sebenarnya nama sebenar Zul Qarnain. Dan bagaimana ia boleh mendarat ke zaman permulaan sejarah Melayu, dan bagaimana pula Zul Qarnain boleh merayau kemerata dunia.
    Selamat membaca.

    ReplyDelete
  6. salam buat saudara muhammad,

    terima kasih atas komen.
    Saya bukan ahli sejarah tuan! tulis artikel saja suka-suka je... minat sejarah islam dan sejarah silam.

    insayaallah saya akan merayau ke blog tuan :)

    wassalam.

    ReplyDelete
  7. Tuan hamba,
    Hamba akan jwb persoalan ini berdasarkan al quran tanpa baris spt mana di turunkan kpd nabi.
    Surat Al Koresha
    Kerana kebiasaan Koresha
    (1)bepergian pada musim dingin dan musim panas. (2) Maka hendaklah menyembah Tuhan Pemilik rumah ini. (3) Yang telah memberi makanan untuk menghilangkan lapar dan mengamankan dari ketakutan.(4)
    Ayat ini menyatakan siapakah Koresha atau Koresh atau Cyrus the Great. Mengikut kitab terdahulu, beliaulah yg telah membenarkan org2Asara Yala (berserah diri/israel) pulang semula setelah di tawan oleh raja nebuchenezzar. Beliau adalah pengikut agama nabi ibrahim dan telah mengarahkan supaya pengikut agama nabi ibrahim pulang semula ke Jerusalama dan membina semula rumah tuhan yg telah di robohkan. Rumah tuhan ialah bangunan yg dibina oleh nabi ibrahim bersama nabi ismael di tempat yg adanya masjidil aqsa kini, kemudian nabi sulaiman membina rumah mengikut kehendak tuhan. Sudah tentu tuhan mengabadikan namanya di dlm al quran sebagai petunjuk kpd pengikut agama nabi ibrahim. Bacalah cerita ttgnya di dlm kitab Ezra, perjanjian lama iaitu kitab injil. Semua kerajaan2 hebat di zaman silam di bina oleh nabi2 yg hebat dan penganut agama tuhan iaitu agama nabi ibrahim yg lurus. Hamba mengikuti agama ini dan hamba akan membangkitkan bangsa Melayu yg berketurunan dari Iskandar Zulkarnain dari jurai Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.

    ReplyDelete
  8. TQVM kepada penulis yg berusaha gigih memaparkan kebenaran fakta. Mudah-mudahan memberi banyak manfaat terutama kepada guru-guru Sejarah agar tidak tersilap menyampaikan fakta kepada anak didik kita.Allahlah yang memberi ganjarannya kepada saudara di akhirat nanti..Amin.

    ReplyDelete
  9. Ada buku bagus bertajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" diterbitkan PTS ISlamika, Kuala Lumpur, tulisan Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, buku ini berjaya membuktikan dgn ilmiah bahwa Alexander the Great (356-323 SM) adalah Zulqarnain yang disebut dalam Qur'an. Penulis mengunakan metode content analysis thd semua tafsir Qur'an dan 4 kitab kuno Yunani tentang sejarah Alexander (Plutarc, Arrian, Quintus, Diodurus yang ditulis pada abad 1 SM - 2M) dan juga tulisan Flavius Josephus (abad 1 M). Buku itu menyebutkan Perjalanan Zulqarnain ke arah barat (arah matahari terbenam / maghrib asy-syams) adalah ke Mesir. di Mesir ini Alexander membina kota Iskandaria, kemudian menuju ke barat dan melihat matahari seakan-akan terbenam dalam mata air berlumpur hitam ('ainin hamiah) yang sekarang disebut Qattara depression di MEsir, dan tepat di sebelah mata air hitam qattara itu Alexander bertemu dengan kaum pagan Amon di siwa oasis: ini sesuai dengan ayat Qur'an surat Al Kahfi 86 :
    Sehingga apabila ia [Alexander Zulqarnain] sampai ke daerah matahari terbenam [Mesir/Egypt], ia mendapatinya [matahari itu seakan-akan] terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur Ainin Hamiah [Qattara depresion], dan ia dapati di sisinya [di sisi Qattara] satu kaum [kaum Ammon di Siwah Oasis]. Kami berfirman: ”Wahai Zulkarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.”
    kemudian Alexander menuju ke arah mathari terbit yaitu ke Kawasan Kandahar (kota yang juga dibina Alexander di Afganistan) dahulu kawasan ini disebut "Khurasan" (arti dalam bahasa Persia "Negeri tempat matahari terbit) ini juga sesuai dengan ayat qur'an selanjutnya.
    kemudian Alexander membina tembok besi si kawasan Fergana asia tengah. di utara asia tengah itu Alexander berjaya mengalahkan dua bangsa barbar Scythian Asiatik (Yakjuj) dan Scythian Eropa (Makjuj).
    Buku ini juga berjaya membuktikan bahwa Alexander adalah orang beriman monoteisme, bukan pagan yunani. buktinya silsilah guru-guru Alexander adalah orang beriman, yaitu: Socrates (470-399SM) > Plato (427-346SM)>Aristotles (384–322SM) > Alexander the Great / Zulqarnain Qur’anik (356-323SM), filsuf Athen socrates inilah yg di AlQur'an disebut Luqman Al Hakim (Luqman yang bijasana), Luqman dlm bhs arab berarti "menelan" yaitu Socrates yang dihukum mati dengan cara menelan racun, ini krn waktu itu Socrates menyebarkan paham bahwa Tuhan itu Satu di negeri pagan Yunani. sila tengok buku ini: http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/

    ReplyDelete
  10. salam buat anon @ 8.21pm,

    Terima kasih atas komen dan perkongsian ilmu.

    Ya saya sudah membeli dan sekarang ini sedang membaca buku tersebut.

    Buku yg saudara maksudkan itu memang hebat .saya berharap semua pembaca boleh memilikinya, kerana harganya murah saja dlm RM 31.00. amat berbaloi dengan isinya yg padat dan penuh dengan fakta menarik dan bijak.

    bagi saya 2 perkara penting yg cuba disampaikan oleh penulis yg saya fikir akan membuka mata pembaca semua, iaitu berkaitan dengan alexander itu adalah zulkarnain qurani dan satu perkara lagi ialah socrates adalah adalah luqman al hakim qurani. socrates juga dianggap oleh penulis sebagai nabi untuk bangsa Athens juga amat menarik untuk dibincangkan dengan lebih mendalam. insyaallah kita nantikan penulisan khusus penulis tersebut dalam buku terbarunya nanti berkaitan dengan socrates ini

    sekarang, saya masih membaca buku tersebut tetapi setelah hampir separuh saya membacanya, saya juga mulai yakin bahawa alexander itu adalah zulqarnain.

    pendedahan hebat penulis tentang kedudukan alexander sewaktu melihat matahari terbenam dalam lumpur hitam amat memukau sekali, cukup dengan bukti yang amat kukuh.

    pendedahan beliau tentang adanya catitan peristiwa puluhan ribu tentera Cambyses anak kepada Cyrus the great yang tenggelam di Qattara depression itu semasa perjalan mereka ke siwa oasis amat meyakinkan.

    nampaknya saya terpaksa menerima hakikat bahawa zulqarnain itu adalah alexander the great,bukannya cyrus the great, namun saya perlu habiskan dulu buku tersebut sebelum membuat final conclusion :)

    wassala.

    ReplyDelete
  11. sekedar info, ada fosum yang menarik mengenai pembicaraan ttng Zulqarnai, sila ziarah:
    ” Cyrus The Great” sila tenggok: http://yanrizal.com/?p=88&cpage=1#comment-856
    dan juga tajuk:
    “Dzulqarnain bukan Alexander Agung” sila tenggok:
    http://visipramudia.wordpress.com/2008/04/24/dzulqarnain-bukan-alexander-agung/#comment-642
    smoga berjaya

    ReplyDelete
  12. Dalam kisah nabi musa as, coba saudara baca surah Al Ghafir ayat 23 sd 54.
    Di situ terjadi dialog antara firaun dg seorang laki-laki yg beriman, yg berani menasihati firaun...
    Siapakah seorang laki laki yg beriman tsb..??

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Sahabat ku. Apa yg diriku perolehi khabar nya Iskandar Zulkarnain itu berasal dari parsi. Ini sememangnya benar bagaimana dikhabarkan dr ALAM.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Sahabat ku. Apa yg diriku perolehi khabar nya Iskandar Zulkarnain itu berasal dari parsi. Ini sememangnya benar bagaimana dikhabarkan dr ALAM.

    ReplyDelete
  15. Salam, Iskandar Zulkarnain dan Alexander the great adalah manusia yg berbeza...

    ReplyDelete
  16. Iskandar zulkarnain yg disebut itu suadah lama ditulis dlm kitab kuno merong mahawangsa. Cuma rahsianya kena memahami sendiri. Maksud tersirat. Merong mahawangsa berulang alik Dari Rom ke India. Tanah alam melayu, Untuk belajar sesuatu. Di Sungai Batu Kedah pada masa itu adalah tempat pembuatan besi utama dunia . Di Dalam hikayat meeting mahawangsa juga Ada menyebut yentang raja Ron dasatukan dengan puteri Dari China. Maka Mereka disatukan ,ini menandakan Iskandar zulkarnain Yang dimaksudkan telah menyatukan kerajaan Ron Di sebelah barat dengan kerajaan China Di sebelah Timur. Sama seperti apa dmyg diterangkan dlm Al Quran ,bermaksud penguasa timur Dan barat itu adalah menyatukan Mereka. Pada masa itu Mereka mengamalkan agama tauhid tuhan yg satu.

    Untuk lebih lengkap boleh ke page faceb kajian asal usul melayu Ada diterangkan tentang Iskandar zulkarnain.

    ReplyDelete