Monday, August 31, 2009

Utusan Mongol Ke Nusantara DiPenggal Hidungnya 720 tahun silam! (1289 M)



Tajuk : Utusan Mongol ke Nusantara Dipenggal Hidungnya Di Singasari 720 tahun silam!(1289M)

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Siapakah Yakjuj Makjuj atau Gog Magog ini sebenarnya?Apakah kaitannya dengan Zurqarnain dan tembok besi ?




Ada riwayat yang mengatakan bahawa pada suatu hari Rasullah saw terbangun dari tidur baginda dan wajah baginda pucat lalu bersabda :

“Laa Ilaaha ill Allah (tiada Tuhan kecuali Allah),celakalah orang arab kerana kejahatan telah dekat.hari ini penutup yakjuj makjuj telah dibuka seperti ini – lalu baginda melingkarkan antara kedua jarinya membentuk angka 70 atau 90”

Dimanakah letaknya tembok atau penutup itu?

Dibawah ini saya petik satu artikel berkaitan dimanakah lokasi sebenar Tembok Zulqarnain itu :



Sumber : Klik Sini

[Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya

Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana "geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.]

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Dalam masyarakat Yahudi,Yakjuj Makjuj disebut Gog Magog.Serangan dan malapetaka yang disebabkan oleh pasukan berkuda Gog Magog ini sering diibaratkan oleh orang yahudi seperti serangan belalang yang merosakkan kebun atau ladang tanaman mereka.



Cuba perhatikan muka atau kepala belalang.Bukankah ia ada mirip dengan kepala atau muka kuda!




Sila lihat terjemahan awal Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani(Septuagint), ‘Gog’ disebut ‘Raja Belalang’

Lihat terjemahan awal Septuagint edisi bahasa Inggeris,Bible edisi Indonesia al-Kitab Terjemahan Baru :

“Thus the Lord showed me,and behold a swarm of locusts were coming,and behold,one of the young devastating locusts was Gog,The King”[Amos 7 : 1 ]…atau terjemahannya:

“Inilah yang diperlihatkan Tuhan kepadaku:Tampak sekawanan belalang sedang datang,dan tampak,salah satu dari belalang pembinasa muda adalah Gog,Raja”

Namun,ayat dalam terjemahan awal itu telah dipadamkan perkataan ‘Gog’ dan ayatnya telah diubah oleh tangan-tangan ghaib mereka! mesti ada sebab atau agenda yang tersembunyi,lalu ayatnya … ..menjadi begini…

“Thus hath the Lord God shewed unto me;and,behold,he formed grasshoppers in the beginning of the shooting up of the latter growth;and lo,it was the latter growth after the King’s movings” [Amos 7 :1] ..iaitu bermaksud :

“Inilah yang diperlihatkan Tuhan ALLAH kepadaku;tampak ia membentuk kawanan belalang,pada waktu rumput akhir sesudah yang dipotong bagi raja”

Nabi Muhammad saw pernah menyebutkan sifat-sifat mereka iaitu yakjuj makjuj ini seperti yang disebutkan oleh Ibnu Majah dari Abu Sa’id Al-khudri Rasulullah bersabda :

“Tidak akan terjadi kiamat sebelum kalian memerangi suatu kaum yang bermata sepet dan berwajah lebar,mata mereka seperti belalang,dan wajah mereka seperti topi baja yang berbulu.Mereka memakai sandal dari bulu,membuat perisai dari kulit,dan suka menambatkan kuda pada pohon kurma”




Ramai pentafsir berpendapat ayat “mata mereka seperti belalang” itu bermaksud serangan mereka itu umpama serangan belalang keatas kebun tanaman sekaligus merosakkan tanaman.

Sabda Rasulullah itu ditepati selepas 600 tahun kewafatannya,dimana pasukan berkuda bangsa Tartar dan Mongol pada tahun 1210-1215 masihi telah menyerang China lalu menghancurkan kota Beijing(Peking).Semua penduduk kota China Utara di bantai,tulang belulangnya dilonggokkan di belakang tembok kota.Selama setahun Kota Beijing masih meninggalkan lemak dan darah.

Selepas itu pada 1218-1224 Masihi mereka menyerang Empayar islam Khawarizm di khurasan dan selepas itu pada 1235-1245 Masihi mereka bertapak di Eropah.Tidak terkecuali juga Empayar Abbasiah di Baghdad telah dihancur lumatkan pada abad ke 1258 Masihi.Setelah berjaya menawan empayar islam itu,mereka suka menambat kuda-kuda mereka pada pokok kurma.Merekalah bangsa berkuda dari padang rumput Eurasia!peradaban islam di Asia tengah seperti bukhara,Tirmidz,Samarkhan hancur lebur meninggalkan puing-puingnya saja.Kota Baghdad yang terkenal sebagai Kota 1001 malam itu ranap sekelip mata,kitab-kitab ilmu dan khazanah islam dibakar dan dibuang kedalam Sungai Tigris sehingga airnya bertukar menjadi hitam.





Kekejaman tentera Mongol sewaktu menakluki Baghdad telah di abadikan oleh Hj Ali Hj Ahmad dalam puisinya berjudul Oh! Baghdad… dalam majalah Al-Qiadah,keluaran oktober 1990,m/s 48.Saya petik beberapa perenggan dari puisinya itu :

“Baghdad,
Apakah kau engkau sudah lupa
Renretan sejarah hijrah 656 ?
Airmata dan darah hijrah 656,
Kaum monggol
Dari padang rumput hijau

Apakah engkau tidak terbayang
Wajah bengis
Bermata sepet tetapi tajam dan
Berjanggut panjang
Itulah wajah Genghis Khan
Itulah wajah tentera monggol
Yang menyerang kota Baghdad
Bayangkan kembali tentera monggol
membunuh siapa saja wargakota Baghdad,
dan membumihanguskan rumah kotamu
air sungai Furat dan Tigris
menjadi sungai darah
darah!darah!darah!darah!

Baghdad
Apakah tidak kau kenangkan kembali
Betapa kekejaman orang-orang monggol
Sebagai tidak terdukung oleh pundak sejarah

Ibnu Athir menulis,
Tragedi pembunuhan dan kehancuran Baghdad ini
Bergelojak selama 40 hari.
Dan Baghdad pun hancur.
Bukankah Baghdad kota yang tercantik di dunia?

Kota Baghdad dimamah kesunyian,
Mayat-mayat berkaparan dimana-mana,
Hanya seorang dua saja yang berkeliaran
Dan titis-titis hujan pun turun
Dan mayat-mayat pun reput
Memancarkan bau yang sangat busuk

Baghdad
Engkau tentu kenal dengan wargakotamu,
Tajuddin Ibnu-Subki yang meriwayatkan betapa kejamnya tentera Monggol,
Kalau darah Khalifah Al Musta’sim titis ke bumi
Satu bala besar akan berlaku di dunia
Halaku ragu-ragu hendak membunuh khalifah
Khalifah akhirnya dibunuh tanpa menumpahkan setitis pun darah ke bumi.
Tubuh khalifah digulung ke dalam sehelai permaidani dan di pukul sehingga mati….




Pernahkah tentera Mongol menjejakkan kaki ke Nusantara?

Ya…mereka pernah datang ke Nusantara dan dikalahkan pula di bumi Mala ini!!!

Pada tahun 1206 Masehi,Genghis Khan telah mendirikan kerajaannya yang terdiri dari bangsa Mongol dan Turkestan.Beliau pernah cuba untuk menakluk China tetapi gagal.Bagaimanapun usaha diteruskan oleh Ogotai dan akhirnya China berjaya ditakluk oleh mereka di zaman cucunya iaitu Kublai Khan.

Pada tahun 1280 , Kublai Khan telah meruntuhkan Dinasti Sung dan mendirikan Dinasti Yuan di Cina.Kublai Khan telah meluaskan pengaruhnya dan perluasan jajahan takluknya hingga ke Asia selatan sehingga Nusantara.Beliau telah mengirim utusan atau duta Mongol ke Nusantara iaitu ke negeri Singasari di tanah Jawa yang pada waktu itu di perintah oleh raja yang bernama Kertanegara.

Tujuan Kublai Khan mengirim dutanya itu ialah supaya Raja Singasari datang mengadapnya di Peking untuk mengiktiraf kekuasaannya namun permintaan itu ditolak oleh Kertanegara.

Tidak berpuas hati dengan penolakan itu ,Kublai Khan sekali lagi telah menghantar utusannya iaitu Meng Chii pada tahun 1289 untuk mendesak Kertanegara datang mengadapnya di Peking.Arahan yang berbentuk paksaan ini menimbulkan kemarahan Kertanegara lalu beliau dengan berani bertindak memenggal hidung utusan itu dan menyuruhnya kembali mengadap Kublai Khan.

Kemarahan Kublai Khan memuncak lalu mengirim 3 orang panglima perangnya beserta 20,000 ribu pasukan tenteranya belayar dengan menaiki 1000 buah kapal untuk menyerang Singasari di Nusantara.

Pada masa yang sama telah berlaku pemberontakan dalam negeri oleh Jayakatwang dari Kediri iaitu raja muda Kediri dengan dibantu oleh Wiraraja dari Madura.Kejatuhan Kertanegara di tangan Jayakatwang tidak diketahui oleh Kublai Khan ketika itu.

Raden Wijaya,iaitu menantu kepada Kertanegara yang memimpin pasukan utara telah lari menyelamatkan diri setelah mengetahui pasukan selatan yang dipimpin oleh bapa mertuanya Kertanegara sudah tewas di tangan Jayakatwang.Raden Wijaya pun belayar ke Madura untuk meminta bantuan Wiraraja.Setelah dijanjikan imbuhan separuh wilayah kekuasaan,Wiraraja telah berpaling tadah kepada Jayakatwang dengan membantu Raden Wijaya pula.

Selepas rancangan licik disusun,Raden Wijaya kembali semula ke tanah jawa dan berpura-pura tunduk kepada kekuasan Jayakatwang.Sebaik sahaja kedatangan tentera Mongol ke Tanah Jawa, Raden Wijaya menyambut mereka dan berjaya meyakinkan tentera Mongol bahawa Jayakatwang adalah pengganti kepada Kertanegara dan beliau harus dihukum atas kesalahan Kertanegara yang memenggal hidung utusan Kublai khan dulu.

Akhirnya Raden Wijaya berjaya mengalahkan Kediri di bawah Jayakatwang dengan bantuan pasukan Mongol sehingga Jayakatwang sendiri telah menjadi tawanan perang.

Untuk menyambut kemenangan mereka itu,Raden Wijaya telah membuat satu jamuan makan dalam satu pesta meriah sehingga semua tentera mongol mabuk.Dalam keadaan mabuk itu Raden Wijaya telah mengarahkan pasukannya membunuh semua tentera mongol itu sebanyak lebih kurang 3000 orang.Ada diantara mereka yang berjaya melarikan diri dan belayar balik ke Dinasti Yuan China dan ada juga yang melarikan diri lalu masuk ke pendalaman jawa! Tentera Mongol-Tartar tersebut telah kalah dengan cara yang amat memalukan sekali!

Pada tahun 1297,barulah Raden Wijaya mengirimkan utusannya ke Peking membuat hubungan diplomatik dan untuk berbaik-baik semula dengan Mongol.Sekembalinya utusan itu dari China ,maka Raden Wijaya pun ditabalkan menjadi Raja Majapahit dengan gelaran Kertarajasa Jayawardana!




Apa yang ingin saya kemukakan disini ialah….dimanakah lokasi saki baki tentera mongol yang melarikan diri ke pendalam jawa dulu???mungkin mereka juga sudah berasimilasi dengan masyarakat jawa ratusan tahun dahulu….jurai keturunan mereka juga menarik untuk dikaji kerana mereka membawa genetik Mongol yang juga ada kaitan genetik dengan bangsa pemanah berkuda bangsa Scyhtia yang pernah mendominasi padang rumput Eurasia!

Apakah sekarang ini keturunan Yakjuj Makjuj / Gog Magog sudah berhijrah ke Tanah Melayu sebagai Pendatang tanpa izin dari tanah seberang dan kini sedang menyusun strategi untuk mendominasi semenanjung Emas pula?



Pernahkah anda mendengar tentang Human Genom Project? Dan apakah kaitannya dengan Senjata biologi dan perang akhir zaman?

Sekiranya satu unit senjata biologi seperti virus yang sudah dimanipulasikan di makmal yang mempunyai “specific target” iaitu susunan kod genetik seperti s-a-n-g-t-a-w-a-l-s-a-k-r-a-n-t-a yang dilepaskan ribuan kilometer jauh jaraknya seperti dari Israel atau dari Rusia …sudah pasti virus tersebut akan mencari manusia berkod genetic s-a-n-g-t-a-w-a-l-s-a-k-r-a-n-t-a juga untuk dimusnahkan secara paling senyap dan cukup misteri setelah virus tersebut berjaya menjalankan misinya seperti replikasi,translasi,transkripsi atau search kod atau turutan genetik yang sama untuk dimusnahkan! …ingat teori “lock and key mechanism” yang berlaku dalam kes-kes autoimuniti atau dalam tindakbalas allergic reaction atau dalam kes acute inflammatory process- begitulah juga ketepatan spesifik dan kehebatan senjata biologi itu nanti dalam mencari dan memusnahkan mangsanya! Senjata yang tidak memerlukan tentera yang ramai,bertindak dalam senyap,tidak nampak dan sukar diramal atau dikesan! Inilah ciri-ciri senjata akhir zaman!






Ini hanyalah persoalan yang cuba saya kemukakan untuk kita fikirkan bersama…..jadi…mungkin suatu hari nanti manusia manusia berkod genetik melayu – islam-nusantara tidak mustahil akan dimusnahkan secara perlahan -lahan…bila virus tersebut sudah mengenali atau sudah menyalin kod-kod genetik mereka dari Bank Genetik Dunia yang mengumpulkan data dan maklumat seluruh penduduk dunia dalam bentuk turutan kod-kod genetik melalui Human Genom Project, tentu kerjanya semakin mudah! Itu sebabnya kerajaan Amerika begitu berminat dan telah menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk membangunkan projek ini!

Atas arahan The Hidden Hand mungkin virus tersebut akan dilepaskan hanya dari satu-satunya pangkalan tentera yahudi mereka di penghujung bumi emas ini, kita pun tidak pasti!!!

Nantikan artikel seterusnya…

Sebelum berlalu….ingin sekali lagi saya catatkan hadis Rasulullah saw ini :

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” …

Untuk umatnya yang manakah agaknya hadis ini ditujukan?...mengapa ada saranan untuk belajar berenang? Adakah untuk umat islam arab yang hidup di gurun yang kering atau hadis tersebut ditujukan khas buat umat islam akhir zaman yang persekitarannya dipenuhi oleh pulau-pulau dan lautan yang luas di Land Of Promised ?Perlu kita ingat kembali bahawa mereka juga dulunya pernah bergelar seorang pelaut atau pelayar yang terbilang!



Fikir fikirkanlah wahai saudaraku.….


Sangtawal Sakranta….

bebaskanlah jiwa dan merdekakanlah diri dari penjajahan Dajjal dan Yakjuj Makjuj!


Wassalam.



14 comments:

  1. whoaaaaa ... menarik2. ((till now, saya x paham mana saudara dapat semua ni, tp saya benar2 kagum. Tunggu artcle saudara seterusnya))


    salam merdeka

    ReplyDelete
  2. Salam. Semoga sihat sejahtera!

    Selalulah mohon perlindungan kepada TUHAN dgn banyak membaca AlQuran, berzikir dan berselawat. Semoga semua amalan tersebut menjadi pendinding kepada fikiran, jiwa, rohani dan fizikal diri kita daripada panahan sihir yahudi, senjata biologi sehalus nanoteknologi dan segala fitnah2 dajjal yang pelbagai (muzik, filem, makanan, minuman, ekonomi, pendidikan dll)

    Wassalam. Terima kasih Sang Tawal!

    ReplyDelete
  3. Artikel yang sungguh bermanfaat. Mungkin tuan boleh mengulas tentang pandangan yang mengatakan Gag and Magog adalah Yahudi Khazar yang ada di Israel sekarang. Ia berdasarkan pendapat Ulama Imran N. Hosein melalui bukunya An Islamic View Of Gog And Magog. Di sini link tentang kupasan tentang perkara ini.

    http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat.html

    http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_14.html

    http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_15.html

    ReplyDelete
  4. Salam buat The Hobbit frodo,

    terima kasih atas komen dan sokongan!
    artikel ditulis dari pelbagai sumber,kadang-kadang tak ingat kat mana terbaca...tapi untuk cerita yang lebih detail pasal mongol serang Singasari ni saudara boleh baca kat sini :

    http://www.scribd.com/doc/15257400/Pengaruh-Sist-Rohani-Hindubudha-Di-Sumaterajawa

    saudara boleh baca dibawah tajuk singasari atau dibawah tajuk ‘Berdirinya Majapahit’ .Apa yang saya tulis dalam artikel di atas hanyalah ringkasan saja....selamat membaca :)


    Salam buat saudara naga,
    terima kasih atas ingatan yang berguna buat kita semua semua.


    salam buat warfeel-efairy,
    terima kasih atas komen dan maklumat yang diberikan.

    saya sudah melihat sepintas lalu blog saudara dan izinkan saya masukkannya dalam blog list saya...ermmm...satu blog yang menarik!

    Apa yang saudara tulis dalam blog saudara itu ada benarnya.Untuk menghuraikannya memerlukan saya menulis satu artikel yang panjang...insyaAllah ada kesempatan akan saya usahakan...harap bersabar….cuma ringkasnya begini:

    Memang benar, bani khazar adalah keturunan daripada bangsa Scythia dan ada pertalian darah dengan 10 suku Israel yang dibuang dari Israel Utara selepas penaklukan oleh Raja Sargon II dari bangsa Assyria yang dibantu oleh bangsa Cimmeria pada tahun 722 SM.Bangsa Scythia dan Cimmeria juga adalah keturunan dari Magog anak kepada Yafits bin Nuh a.s.Bangsa Amerika dan Inggeris(british) juga adalah dari keturunan Bangsa Anglo-Saxon yang berasal dari bangsa Scythia!Oleh itu tidak hairanlah jika Rasulullah saw pernah menyatakan bahawa jumlah mereka sangat banyak dan bertebaran dimuka bumi!maka ada benarnya pendapat saudara dan apa yang dikupas oleh Ulama Imran N. Hosein melalui bukunya An Islamic View Of Gog And Magog.

    Nantikan artikel dan kupasan saya dalam artikel yang akan datang!

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas maklumat itu sangtawal. Saya juga ingin meminta kebenaran untuk letakkan link blog saudara di dalam blog saya. Blog yang amat berguna dan bermanfaat.Sama-sama kita berjuang menegakkan kebenaran di bumi Allah. Saya nantikan artikel dari tuan tentang gog and magog. Well done..

    ReplyDelete
  6. salam bro sangtawal..

    ni 1st time sy mengomen di blog sedara nih..

    tahniah kerana dapat menghasilkan artikel yg 'ori' tanpa bnyk 'copy paste'seperti blog2 sepemikiran yang lain...

    kalau tak keberatan untuk bro sang tawal menjawap... sy ingin bertanya tentang pertemuan raja2 melayu di negeri sembilan untuk menabalkan khalifatullah akhir zaman yg dikatakan berlaku beberapa tahun yg lalu..

    sy amat tertarik dengan hal ini... harap bro sangtawal dapat ulaskan...

    tq

    ReplyDelete
  7. salam Eagle's Eye,

    terima kasih atas kunjungan dan komen.

    tentang pertanyaan saudara itu..maafkan saya...rasanya belum tiba waktunya lagi saya menjawabnya.mungkin beberapa tahun lagi.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam.saudar sang tawal.saye pena bce yg yakjuj makjuj nih x boleh dikalahkan..dan org yg idup ketika itu akan berlindung kat bukit tursina ...lebih kuang lah,saye pon da lupe..patu Allah kirimkan belalang(kowt,da lupe) kat bahu diorang,patu matilah diorang,jadilah kat sana busuk sesangat..tapi yg saudara punya nih,lain batul,ke ade versi lain punya yakjuj makjuj?..mohon penjelasan..TQ

    ReplyDelete
  9. amat menarik. saya baru terbaca buku "Yakjuj & Makjuj 2: Lima Gelombang Pembawa Bencana" karya Muhammad Alexander (2011), dalam buku itu disertakan kehancuran kota Baghdad pada tahun 1258 masehi, sebagai gelombang kelima keluarnya Yakjuj Makjuj. Dalam buku itu ada puisi mengenai hancurnya tamadun baghdad, tajuknya:

    HARGA CINTA DUNIA

    Tatkala kubuka lembar sejaraH
    daku dapati cerita nestapA
    tentang tamadun islam yg hancuR
    kerena hawa nafsu yg menjelaGA

    Saat stiap kpala hafal harta rinCI
    saat stiap diri berebut kekuasaaN
    tanda bhw ruhani umat tlas sakiT
    makar perpecahan pun menggelorA

    ini Al-Wahn, yg mematikan jihaD
    melahirkan AlWail badai penyapU
    keluarnya Jengis & Hulagu KhaN
    Bandar 1001 malam jadi sunyI
    stiap sudut penuh piramid kepalA

    Baghdad, shafar 656 H / 1258 M
    coba tengok huruf akhir capital setiap bait itu terbentuk tulisan "HARGA CINTA DUNIA"
    krn cinta dunia yang melampau maka tamadun bagdad telah meninggalkan dakwah hingga dihancurkan yakjuj makjuj.

    by. Samsuri

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kepada semua kawan2 bloger2
    Di penerangan dalam bentuk penulisan2 yg sedaura2 semua luah kan semua nye menjurus lebih kearah info2 yg di ambil dari penulisan2 dari sebelum nye. cuma telah di tokok tambah bagi menyedap kan susunan bunyi nye bila di baca..mengapa tidak terfikir oleh kite siapa kah dan dari keturunan mana kah.. dan ape hubungi kait nye dengan manusia di sepanjang zaman. allah subahanahuwatakaala merencana kan ape yg di kehendaki nye....

    ReplyDelete
  11. Kita sering kali menonton cerita2 di tv dengan cerita2 yg di buat oleh dari negara2 barat.. tentang kisah gergasi..
    dari versi lama hingga ke versi terbaru. Namun gergasi atau giant itu sering di kait kan dengan sesuatu yg amat besar. dari mana kah cerita itu datang kalau tidak ada susul galur nye.. Di dalam al quran nurkarim di surah al kafi ada menceritakan sewaktu iskandar zulkanail sampai di antara dua pergunungan. jika di amati dengan betui2. di dalam al quran mengapa kisah yakjut dan makjut itu di cerita kan di bahagian pertengahan..kita tidak akan dapat jumpa cerita yakjut dan makjut itu di dalam al quran di perjelas kan di perinkat awal nya..di mana kah cerita2 di perinkat awal nye.. di dalam kitab manakah..Di nyatakan Yakjut dan makjut itu dari keturunan Nabi Noh dan dari yafis dan dari Yafis terus tiada yg menjejak ...mengapa tiada yg menjejal nye?? ramai cerdik pandai di zaman ini saya percaya sedang mencari kisah2 yg di cerita kan di zaman2 sebelum nye al quran telah di manuplate oleh org bukan islam..

    ReplyDelete
  12. salam.. saya tidak suka nak cerita kisah2 tentang yakjut dan makjut ini berpusing2..
    ape yg akan saya konsi kan ianye secara terus terang tidak akan membuat kan otak kite pening nak pikir kisah2 yg berlaku di zaman sebelum turun nye al quran itu..
    dari nabi noh telah lahir nyn yafis dan dari yafis pula telah lahir Anok..
    Anok ini berbadan besar..telah di gelar gergasi atau giant.telah di jadi kan oleh allah dengan recana nye..hidup lah anok dengan sebatang kara tampa ade pasangan hidup.. oleh telah terlalu lama hidup kesepian asik2 melancap je..bosan lah dia..lalu anok mendapat akal..pergi lah dia ke kerajaan room mase itu.. apabila sampai. lalu anok menyeru raja room. waha i raja room yg bijak bistari.. tolong lah oleh enkau cari kan aku seorg pasangan hidup.
    pening lah raja. mana nak cari seorg perempuan bersaiz anok itu.. lalu raja tidak putus akal. raja pun mintak tempoh selama 14 tahun. di pikir kan tempoh selama itu anok munkin melupa kan nye.. namun di dalam tempoh itu raja telah membuat persiapan jika perkara2 di sebalik nye berlaku. Raja mengerah semua tukang2 pahad mahir memahad gunung menjadi sebuah patong perempuan sebegitu cantik dengan cekup sifat tampa seurat benang.( di dalam surah al kafi menjelas kan laluan keluar masuk nye yakjut dan makjut itu adalah di antare dua gunung)yg di maksud kan dua gunung itu adalah lutut patung itu. begitu halus buatan patong itu. apabila sampai masa tempoh yg di janji kan, riuh rendah lah org2 di situ meraka mengatakan anok datang mengadap raja. lalu raja pun cepat2 menyuruh org2 nye memasuk kan daging mentah kedalam lobang kemaluan patung itu dengan semuat2 nye...maka datang lah anok mengadap raja...lalu anok pun bertanye kan perihal seorg pompuan seperti yg di janji kan oleh raja. raja pun terus menunjuk kan lokasi patung pompuan itu kepada anok..Apabila anok lihat dia tak boleh tahan sebab dah terlalu lama dia hidup keseorgan..lalu anok jimak patung pompuan itu...setelah selesai.. air mani anok yg tertumpah di dalam lobang kemaluan patung telah bercampur dengan daging tadi telah menjadi busuk. lalu berulat. lalu telah menjadi kepompong lalu menetas..itu lah bangsa yakjut dan makjut..ape bila mereka lapar mereka keluar mancari bahan untuk di makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merepek ! Yakjuj makjuj itu manusia bkn nya mutan

      Delete