Tajuk : Roh Bunga Ros.
Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.
Nabi Muhammad SAW bersabda “ Ada tiga perkara yang aku gemar dalam dunia ini iaitu solat,wanita dan wangian”
Setelah Allah menjadikan Roh Kenabian dari Nur(cahaya)-Nya,Allah menjadikan Roh bunga mawar atau Bunga Ros yang memiliki bau yang sangat harum dan digelar ibu segala wangian.Bila Allah menjadikan Roh kenabian,roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya sehingga ia berpeluh,dari peluh Roh inilah Allah menjadikan Roh Bunga Ros.Inilah asas kepada ilmu sains Aromaterapi.
Ramai diantara nabi-nabi terdahulu yang menggunakan bunga-bungaan dan minyaknya sebagai alat penyembuh penyakit.Para sahabat nabi SAW mengakui bahawa tubuh badan nabi SAW adalah berbau sangat harum malah lebih harum dari bau bunga.
Sesiapa yang melihat bunga Ros pasti tersenyum dan merasa gembira.Manusia seluruh dunia menjaga dan memuliakan bunga Ros kerana ia adalah simbol cinta dan kasih sayang.
Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang pertama mengetahui sifat-sifat penyembuhan yang ada pada herba dan bunga bungaan.Pada suatu hari ketika nabi Sulaiman sedang mendirikan solat,tiba-tiba tumbuh satu jenis bunga dan memberi salam kepada Nabi Sulaiman a.s lalu menceritakan jenisnya dan kuasa penyembuhan yang ada padanya yang dikurniakan Allah.Begitulah seterusnya semua jenis bunga dan herba yang mempunyai kuasa penyembuhan dan rahsia segala jenis ubat memberitahu hal masing-masing kepada baginda.Oleh itu Nabi Sulaiman a.s adalah manusia yang pertama memiliki ilmu ini yang datangnya dari sisi Allah SWT.
Bunga Ros juga ada rohnya yang tersendiri.Allah SWT telah mengilhamkan sebahagian daripada nabi-nabiNya bagaimana mengeluarkan roh atau pati bunga dari bunga dan ilmu ini ada tersimpan dengan banyak sekali dikalangan orang-orang sufi.
Ahli sufi percaya didalam badan manusia itu ada roh atau zat bunga ros yang sempurna.Zat bunga ros ini berguna untuk menyeimbangkan emosi dan spiritual.
Lambang kesufian itu sendiri adalah bunga Ros(mawar)! Kerana bunga ini dianggap ibu segala wangi wangian dan Ratu Taman Bunga.Keindahan dan keharuman bunga ini dihujung batang yang panjang,kuat dan berduri itu sesuai melambangkan jalan mistik atau tasawuf menuju Allah SWT.
Ros itu sejuk dan kering dalam darjah kedua.Ada kira-kira 300 jenis bunga ros yang digunakan dalam aromaterapi.Yang dikatakan paling baik ialah minyak dari pati bunga Ros Bulgaria.Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan minyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria.Untuk mengeluarkan satu kilogram(2.2 paun) minyak bunga ros memerlukan hampir 60,000 paun kelopak bunga Ros.
Ada sejarah yang mengatakan bahawa orang-orang India lah yang mula-mula mengetahui tentang minyak bunga Ros semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina istana Taj mahal untuk isterinya Noor Jehan.Dikatakan disitu ada sebuah taman yang dipanggil taman Shalimar sebagai tanda cinta terhadap isterinya.Pada hari perkahwinan beliau,maharaja Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan air bunga Ros.Bila sinaran matahari yang panas memanaskan air bunga ros itu,maka semerbaklah bau harum menusuk kalbu setiap pengunjungnya kerana minyak dari pati bunga itu terbit dari air ros tersebut.Minyak itu terapung diatas permukaan air lalu semua yang hadir ketika itu boleh menyentuhnya dan membawa pulang bau wangian yang sungguh harum!dari hari itu dikatakan orang-orang India mula mengetahui teknik membuat minyak wangi dari bunga Ros.
Menurut pakar Aromaterapi,wangian yang paling bernilai di dalam alam bunga-bungaan ialah wangian Bunga Ros.Ia boleh bertindak serentak dalam badan,perasaan dan kerohanian.Ia juga boleh membersihkan dan meningkatkan daya fizikal,mental dan kerohanian.Ia adalah minyak yang paling kurang kandungan toksidnya!Satu titik dari minyak bunga ros ini dikatakan berkuasa mewangikan air biarpun ia dilarutkan hingga sejuta kali!
Sesungguhnya bau harum dan wangi itu boleh membuatkan seseorang itu merasa segar,bahagia,tenang,bersemangat dan ceria.
Janganlah pula jadi seperti mereka-mereka di bawah ini(youtube bawah) yang TERLAMPAU memuja wangi-wangian!
Wassalam!

banyak bunga ros telah dirosakkan kerana mereka juga tahu rahsia ini.
ReplyDeleteengland.
Salam,
ReplyDeleteada org bertanya begini diFB rakan: Maaf....saya memang akui prinsip antum untuk menyayangi ulama'.. ya itu silakan..tapi adanya di sana yang dinmakan sebagai amanah di dlam ilmu, adanya di sana yang dinamakan ilmu hadith, ilmu takhrij hadith ilmu sanad matan dan sebagainya..berkatanya Abdullah Ibnu Mubarak :m " Jikalau tiadanya ilmu sanad, maka akan berkataalh sesiapa pun apa yang ingin dikatakanya" saya pun hairan, sejak bila pula ulama' tidak boleh ditegur dan diperbetulkan andaikata kata-katanya tidak bersesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah? berkatanya Imam Malik Bin Anas : "Setiap kata-kata itu boleh diambil dan ditolak kecuali kata-kata pemilik maqam ini sambil telunjuknya diunjukkan pada maqam baginda nabi..masalahnya di sini adanya iktiqad sesuatu kejadian berasal daripada Nur Muhammad yang mana telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan tunjukkan saya hadith-hadith SAHIH tentang Nur Muhammad! ini berkaitan dengan aqidah, oleh itu saya rasa terpanggil untuk memberi komen..maaf andainya kasar dan katanya lagi: Dan saya hairan juga mengapa isi2 dalam kitab walau dari ulama yang besar serbanya sekalipun tidak boleh dipertikai andainya isinya tidak tepat dengan isi Al-Quran dan As-Sunnah? sedangkan hadith-hadith sahih berlambak lagi ada..ulamak salaf juga khalaf juga manusia, mereka boleh tersilap dan bukanya maksum, ini tiada kaitan dengan cara mereka belajar atau apa pun, sendainya mereka belajar di langit sekalipun tapi hadith palsu dan munkar juga yang dibawanya tetap ianya salah...wallahu a'lam.. Harap saya mendapat penjelasan dari blog sangtawal sendiri?..terima kasih, wassalam AA
sambungan... ia lebih kepada perihal bunga ros tu..macamana nk dpt nas/hadis mengenainya?...tk AA
ReplyDelete