Saturday, May 09, 2009

Hidupkan Jiwa Tasawuf : Bhg 6 - Manusia Vs Syaitan


Tajuk :
Hidupkan Jiwa Tasawuf : Bhg 6 - Manusia Vs Syaitan


Artikel Oleh :
Sangtawal Sakranta


Marilah kita renungi Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia.melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu”.Dalam hadis Riwayat Muslim Nabi SAW bersabda “ Malaikat telah diciptakan dari cahaya.Jin telah diciptakan daripada api.Dan adam telah diciptakan daripada apa yang disifatkan pada kalian”.


Allah berfirman lagi : “Dan,sesungguhnya kami telah menciptakan manusia(iaitu Adam) daripada tanah liat kering(yang berasal)dari lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas” (Al-Hijr : 26-27)


Dalam Al-Quran ada satu surah berkenaan dengan golongan jin ini :



Dalam Al-Quran juga ada satu surah berkenaan dengan golongan manusia iaitu :





Manusia:

Manusia dijadikan dari Tanah,makhluk yang dianugerahkan akal dan nafsu,merupakan sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan.Diberikan rahsia Ketuhanan.Terikat dengan syaria’t Allah.

Malaikat :

Dijadikan dari cahaya(nur).Tugasnya hanya beribadat kepada Allah dan sangat patuh kepada Allah .

Jin :

Berdasarkan nas-nas yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan 'qarin'. Qarin bermakna teman atau pendamping. Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan). Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan.

Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis Nabi SAW riwayat Muslim:

"Tiada seorang pun dari kalangan kamu kecuali ada disertakan dengan qarinnya dari jin. Mereka bertanya: "Engkau pula wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Ya aku juga, cuma Allah telah membantuku terhadapnya, lalu dia Islam. Dia tidak akan menyuruhku kecuali kebaikkan."

Jin merupakan sejenis roh yang berakal, berkehendak dan dibebani dengan syariat sebagaimana manusia (mukallaf). Bezanya dengan manusia ialah jin tidak terbentuk dari unsur-unsur kemanusiaan (rupa bentuk kasar manusia). Mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka juga mampu membentuk diri mereka dengan pelbagai jenis rupa. Asal kejadian mereka adalah dari api (lihat al-Quran, surah: al-Hijr, ayat: 26-27)

Jin adalah makhluk yang tidak tidak diberi pengetahuan tentang alam ghaib. Seperti mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku hari-hari mendatang, dan sebagainya.

Menurut nabi SAW,jin ada 3 kelompok utama seperti sabda baginda : “ Jin ada tiga kelompok: Satu kelompok terbang melayang di udara.Satu kelompok lagi berupa ular dan anjing.Dan satu kelompok lagi diam dilumpur dan berjalan” [ Hadis riwayat At-tabarani,Al-Hakim dan Al-baihaqi dengan isnad yang sahih]

Iblis dan Syaitan :

Iblis 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakan.
Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.


Persoalannya ialah :

1.Jika iblis atau syaitan itu diperbuat daripada api,apakah iblis juga akan merasa sakit atau tersiksa bila dicampakkan kedalam api neraka? Iaitu bila api dibakar dengan api???


2.Bolehkan kita samakan manusia bernafsu Ammarah itu sama dengan jin bernama iblis atau syaitan?


3.Bolehkah kita samakan malaikat almuqarrabin itu sama dengan manusia yang bernafsu kamilah,yang bernama insan kamil yang telah mendapat pangkat Al-Muqarrabin?


3.Jika kita nyalakan api,cahaya dari sumber api itu boleh kita gunakan untuk menerangi kegelapan,jadi, api dan cahaya itu sukar untuk dipisahkan.Adakah sama maksudnya api atau cahaya dengan Nur?


4.Apakah Nur atau nur Muhammad itu berwarna? kalau berwarna,apakah warnanya?


Sama-samalah kita fikirkan….kita belajar dan bertanya kepada orang yang berilmu….dan kepada yang berilmu…sila ajarkan dan bantulah dengan ikhlas demi perjuangan islam kerana hanya ilmu yang bermanfaat,doa anak yang soleh dan sedekah sahaja merupakan saham akhirat yang dijamin oleh Allah yang boleh sampai kepada kita di alam kubur nanti.

Wassalam


2 comments:

  1. mengenai soalan pertama, saya tahu jawapannya.
    sudah tentu ya...
    misalan, apabila manusia dilempar tanah/ batu/ dilempang..sudah tentunya kita berasa sakit....walaupun , batu,tanah dan juga manusia diperbuat daripada tanah...

    soalan ke2 dan ke3 adalah pendapat saya scr peribadi

    manusia sekiranya bernafsu ammarah lebih teruk daripada syaithan kerana manusia mempunyai akal
    manusia bernafsu kamilah lebih mulia drpd malaikat almuqarrabin kerana setiap manusia mempunyai nafsu.
    kerana itualah semua mahluk malaikat diperintah sujud kepada bapa manusia Adam. alaihissalam.
    soalan ke 4 saya x tahu. maaf dan wassalam.

    ReplyDelete
  2. akum ! sy hanya cuba menjawab soalan yg ke 4 itu pun klu betul mungkin boleh diguna pakai jika salah harap di betulkan...Nur Muhammad itu adalah rohaniah Muhammad itu sendiri yg apabila kita mengamalkan amalan-amalan yg mulia ia akan lebih bercahaya maka itulah perbezaan antara kita dan Nabi yg lebih amalan nya terhadap mengadap allah swt...dan ia juga juga boleh dilihat apabila seseorang itu telah meninggal dunia..mayat ini tidak akan mempunyai nur atau cahaya lagi..tetapi bab warna cahaya yang dimaksudkan seperti nur muhammad itu sukar digambarkan kerana banyak orang beramal tetapi kita tidak tahu tahap keikhlasan dan kekhusyukan mereka

    ReplyDelete