Sunday, April 19, 2009

Ekspedisi Jihad (6) - Misi Laksamana Haji Mahmud Shams @ Cheng Ho Ke Nusantara - Bhg 1




Artikel Oleh Sangtawal Sakranta :

Tajuk : Ekspedisi Jihad (6) : Misi Laksamana Haji Mahmud Shams @ Cheng Ho Ke Nusantara- Bhg 1



Ramai dari kita terutamanya generasi muda hari ini tidak tahu siapakah Laksemana Cheng Ho,malah masih ada yang terkejut dan seperti tidak percaya yang Laksemana Cheng Ho itu adalah seorang Cina Muslim yang beragama islam sejak kecil lagi ,yang dilahirkan dalam sebuah keluarga cina islam berbangsa Tionghoa dari puak Hui, di Wilayah Funnan.Nama islamnya iaitu Haji Mahmud Shams agak janggal bila disebut sebagai salah seorang panglima perang dan pelayar yang terbilang pada zamannya. Terutamanya di zaman Dinasti Ming.




Misi ekspedisi pelayarannya telah menjadi tanda tanya hampir berabad-abad lamanya ,namun kini misteri sejarah silam yang hebat ini telah dibongkar kembali.Catatan ekspedisi pelayarannya yang ke-7 sebelum dia meninggal dunia telah dimusnahkan oleh pihak Maharaja Cina juga mencetuskan tandatanya kepada banyak pihak.Mengapa catatan itu dimusnahkan menjadi persoalan hingga kini.Sebaik saja selepas era pelayaran Cheng Ho ,Tiongkok mula mengamalkan dasar tutup pintu di arena antarabangsa.Adakah ini juga adalah termasuk dalam perancangan illuminati-zionis,kita belum pasti.


Perkara yang amat menarik perhatian saya ialah hampir kesemua siri ekspedisi beliau adalah ke nusantara.Jumlah bilangan kapal dan anak kapal yang cukup besar dan menggerunkan sesiapa saja waktu itu di persada lautan tidak menumpukan proses penaklukan atau penjajahan keatas negara-negara yang disinggahinya malah misi ekspedisinya mempunyai agenda yang tersendiri kerana ia lebih merupakan misi diplomatik disamping menaikkan pengaruh Tiongkok atau Maharaja cina ke seluruh dunia.


Pelayaran Waktu Daerah yang dilewati

Pelayaran ke-1 1405-1407 : Champa, Jawa, Palembang, Malaka, Aru, Sumatra, Lambri, Ceylon, Kollam, Cochin, Calicut

Pelayaran ke-2 1407-1408: Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon

Pelayaran ke-3 1409-1411 : Champa, Java, Malacca, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore, Puttanpur

Pelayaran ke-4 1413-1415 : Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan, Aru, Lambri, Hormuz, Maladewa, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden, Muscat, Dhufar

Pelayaran ke-5 1416-1419 : Champa, Pahang, Java, Malacca, Sumatra, Lambri, Ceylon, Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden

Pelayaran ke-6 1421-1422: Hormuz, Afrika Timur, negara-negara di Jazirah Arab

Pelayaran ke-7 1430-1433 : Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz... (17 politics in total)



Jika diteliti negara-negara yang dilawatinya itu,pada siri pelayaran pertamanya pada tahun 1405 ialah Champa,Jawa,Melaka,Sumatera dan Palembang adalah destinasi yang paling diminati beliau iaitu sekurang-kurangnya 5 kali beliau berulang alik kesana.Seperti yang kita ketahui pada waktu itu tempat-tempat itu terkenal dengan kerajaan Sriwijaya,Majapahit,Aceh dan Langkasuka. Yang paling menarik ialah pada ekspedisi pelayaran ke-4nya, beliau telah sampai ke Kelantan dan Pahang dalam tahun 1413 dan 1415.


Perlu diingat,ketika barat dan orientalis sibuk memperkatakan kejayaan Christopher Columbus menemukan benua Amerika pada tahun 1492 dengan hanya 3 buah kapal dan 88 orang anak kapal atau awak-awak ,Laksemana Cheng Ho 87 tahun sebelum itu telahpun melakukan petualangan antara benua selama 7 kali berturut-turut dalam jarak masa hanya 28 tahun sahaja (1405-1433) dengan menggunakan armada yang terdiri dari 27,000 anak kapal atau awak-awak dan 307 (armada) kapal laut. Armadanya yang terdiri dari kapal besar( hampir 5 kali ganda kapal Columbus) dan kecil, dari kapal bertiang layar tiga hingga bertiang layar sembilan buah. Kapal terbesar mempunyai panjang sekitar 400 kaki atau 120 meter dan lebar 160 kaki atau 50 meter. Tak kurang dari 30 negara di Asia, Timur Tengah, dan Afrika pernah disinggahinya. Vasco da Gama yang berlayar dari Portugis ke India tahun 1497 pun tidak dapat menandingi kehebatan Laksemana Cheng Ho malah Ferdinand Magellan yang merintis pelayaran mengelilingi bumi pun tertinggal 114 tahun di belakang ekspedisi Cheng Ho.




Kisah hidupnya yang bermula dari seorang rakyat biasa.Ketika tentera dari Dinasti Ming yang mengalahkan tentera dari Dinasti Yuan yang menguasai Yunnan,Cheng Ho juga tidak terkecuali telah ditangkap bersama pemuda lain lalu diserahkan kepada pihak istana untuk dijadikan hamba abdi kepada Maharaja Zhu Di .Namun semasa menjadi tawanan itu bakat dan ketokohannya terserlah setelah dia berjaya mendapat kepercayaan dari Raja Zhu Di untuk memimpin pasukan tentera mengalahkan dan menghapuskan pemberontakan Kaisar Zhu Yunwen dari Dinasti Ming.Kerana ketokohannya juga Raja Zhu Di berjaya naik takhta Kaisar Dinasti Ming.







Catatan siri ekspedisi yang hebat itu akhirnya berjaya menghasilkan satu panduan pelayaran yang dikenali sebagai buku Zheng He's Navigation Map yang mampu mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke-15. Dalam buku ini terdapat 24 peta navigasi mengenai arah pelayaran, jarak di lautan, dan berbagai pelabuhan. Jalur perdagangan Cina pun berubah, tidak sekadar bertumpu pada 'Jalur Sutera' antara Beijing-Bukhara sahaja malah nama Tiongkok semakin dikenali di mata dunia hasil pengembaraan Cheng Ho tersebut.


Nama Laksemana Cheng Ho terkenal di alam Nusantara terutamanya di Melaka pada abad ke-15 apabila dikaitkan dengan misi penghantaran Pueri Hang Li Po yang cantik jelita sebagai hadiah dari Maharaja cina untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah ketika itu.


Laksemana Cheng Ho telah meninggal dunia pada bulan April 1433 di Calcutta, India, jenazahnya dikuburkan di suatu tempat di tengah perjalanan pulang ke Tiongkok (ada sesetengah pendapat yang menyatakan beliau di kuburkan di Semarang) . Cuma rambut dan pakaiannya saja yang dibawa kembali ke Tiongkok pada bulan Julai 1433. Yang menjadi persoalan misteri ialah mengapa setelah kematian Cheng Ho, pihak istana telah membakar seluruh catatan yang dibuat Cheng Ho sebagai laporan perjalanannya. Sehingga catatan mengenai ekspedisi ke-7 Cheng Ho sangat sedikit ditemui.Namun yang pasti ada catatan mengenainya.


Persoalan yang ingin saya kemukakan disini untuk renungan kita bersama ialah adakah laksemana Cheng Ho benar benar mati sewaktu umurnya 64 tahun dalam perjalanan beliau itu?.Peristiwa bagaimana Laksemana Hang Tuah yang dikatakan telah dibunuh oleh Datuk Bendahara lalu dipersembahkan pakaian yang berdarah kepada raja sebagai bukti pembunuhannya masih segar dalam lipatan sejarah kita.Jika dikatakan Laksemana Cheng Ho atau Haji mahmud Shams ini telah meninggal dan dikuburkan di Semarang,maka dimanakah sebenarnya kubur beliau itu??? tak mungkin mayat beliau dicampakkan ke laut memandangkan ramai anak-anak kapalnya yang beragama islam malah ada yang dilantik sebagai imam untuk mengimamkan solat diatas kapal dan menguruskan jenazah jika berlaku sebarang kematian dalam pelayaran mereka.


Kini orang cina di negeri cina sendiri juga barangkali terkejut bila terpaksa mengakui kebenaran bahawa seni bela diri yang didakwa menjadi hak milik mutlak mereka iaitu Kung Fu itu adalah berasal dari Calcutta,India yang berasal dari Kallary Payatt dibawa dan dikembangkan oleh Laksemana Cheng Ho dan orang-orang beliau ke tanah besar cina..


Jika kita meneliti urutan sejarah dan pergolakan perebutan kenaikan takhta kaisar dinasti Ming di Cina,barangkali kita boleh membuat sedikit andaian mengapa penyudah kepada kehebatan seorang panglima perang dan laksemana bagi Armada laut raksasa yang terbilang berakhir dengan penuh misteri.Urutan sejarahnya begini…


Selepas kematian Kaisar Ming Cheng Zhu pada tahun 1424, Kaisar Ming Ren Zhong telah naik tahta, lalu mengeluarkan larangan berlayar bagi semua pelaut Tiongkok. Inilah yang menyebabkan mengapa jarak antara ekspedisi ke-6 dan ke-7 Cheng Ho berselang begitu lama.

Setahun kemudian Kaisar Ming Ren Zhong mewariskan tahta kepada Kaisar Ming Xuan Zhong. Tahun 1430, Kaisar Ming Ren Zhong mati dan Kaisar Ming Xuan Zhong kembali memperbolehkan Cheng Ho belayar (ekspedisi ke-7 dalam tahun 1431~1433).

Namun setelah berakhirnya ekspedisi ke-7, Kaisar Ming Xuan Zhong mula mengamalkan dasar tutup pintu menyebabkan terputusnya hubungan budaya dan kemajuan luar negeri. Oleh itu dengan sendirinya kejayaan dan kegemilangan maritim Tiongkok yang begitu hebat dan terkenal itu semakin suram.




Kemunduran teknologi maritim dan selok belok pelayaran juga adalah menjadi faktor utama jatuhnya Dinasti Qing setelah angkatan laut Tiongkok mengalami kekalahan yang memalukan kepada imperialis Barat dalam Perang Candu.


No comments:

Post a Comment