Friday, February 06, 2009

Puisi : Perutusan Buat Penderhaka Raja


Wahai hamba Tuhan ,

Taatlah kamu pada Titah Perintah Ulul-Amri mu,

Selagi dia tidak menyuruh kamu berbuat maksiat dan kejahatan.



Wahai hamba sahaya,

Rakyat jelata di bumi bertuah,

Janganlah kamu mencarik adat,

Menderhaka dan biadap itu bukan sifat melayu islam



Negeri ini masih beraja,masih bertuan,

Mana ada ketuanan rakyat!

Jangan kau lupa sejarah 1875,

Masih ramai lagi keturunan Datuk Maharajalela

dan Datuk Sagor yang akan berjuang di Perak

Demi Raja dan Sultan jika terus diasak dan diancam.



Bukan Titah sebarang Titah,

Berkat daulat bersulam kata,

Kenalkah dikau siapa dia?,

Tahukah dikau darah siapa mengalir ditubuhnya?

Janganlah engkar,angkuh dan sombong,

Takut nanti badan binasa,

Sesal kemudian tiada berguna



Masih ingatkah dikau sejarah lama perak,

Bukankah sultan Muzaffar Shah III itu

juga digelar Marhun Hajiullah

Kerana boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata!



Masih ingatkah dikau sejarah datuk Meor Abdur Rahman

Mahaguru Persilatan Gayung yang ternama itu

Jatuh sakit beberapa hari bila Sultan Alang Iskandar

Anakanda Sultan Idris menyentuh bahunya

dengan keris kerajaan Perak!



Inikan pula dikau yang hanya ada kulit tetapi tiada isinya,

Janganlah cuba berlagak perkasa dan menderhaka pada raja!

Wahai hamba Tuhan dan hamba raja yang derhaka,



Ingatlah surah Ali Imran,ayat 26 ini:


“Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,

Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki,

Dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki,

Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki,

Dan Engkau hinakan orang yang Engkau hendaki,

Ditangan Engkaulah segala kebajikan,

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu”



Nukilan : Sangtawal Sakranta, 6.2.2009 @ 10.30 am


9 comments:

  1. Kita sebagai satu team BPN dan warga negara kena pertahankan Raja tidak kira warna kulit dan bangsa atau agama..

    Daulat Tuanku !!!

    ReplyDelete
  2. PAKATAN RAKYAT PENDERHAKA.
    KITA REMBAT JE BERAMAI-RAMAI

    NIZAR MENGAMOK PADA BANG NUAR NYA...
    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/kau-tipu-aku-anwar.html

    ReplyDelete
  3. Memang menyirap darah bila ada melayu sanggup sembah derhaka kepada raja hanya kerana penderhaka GILA KUASA.

    Sayang sekali, zaman dulu semua melayu bersatu mempertahankan raja melayu kerana mereka tahu itu benteng pertahanan untuk mengelak ISLAM dari dimusnahkan zionis yahudi.

    Malangnya melayu sekarang dengan bangga bersekongkol dengan zionis dan menderhaka kepada raja.

    Mereka ini para penderhaka menjual agama, bangsa dan negara tetapi mengakui pembela RAKYAT.

    Ya Allah, selamatkanlah bumi tanah melayu ini dari komplot yahudi yang mahu meruntuhkan institusi beraja dan islam di negara ini.

    ReplyDelete
  4. salam buat saudaraku panglima,Gomo dan tanpa nama.

    Terima kasih atas komen yang diberi.

    Saya sebagai ahli BPN,mengajak semua BPN bersatu dibawah saudara panglima menyokong usaha mempertahankan kedaulatan dan ketuanan raja-raja melayu islam di malaysia.

    Buat GOMO,ternyata nizar sanggup berbuat begitu demi pangkat dan sumpah setia kepada pemimpin ketuanan rakyat.Dia seorang ahli Pas sepatutnya akur dengan nasihat Tok guru nik aziz supaya letak jawatan secara terhormat.sabar dan tunggu lagi 4 tahun,rakyat akan pilih semula bila PRU-13.

    buat tanpa nama,saya setuju dengan pendapat anda,memang salah satu Grand Design NWO(new world order) zionis ialah meruntuhkan institusi beraja di seluruh dunia diganti dengan demokrasi ciptaan mereka.semakin jelas kini bila mereka berani menyaman sultan pula!

    kita tengok sejauh mana nizar dan pakatan rakyat mencabar sultan sehingga ke mahkamah,kerana Sultan Azlan sendiri bukan calang-calang Sultan dan tahu pula selok belok undang undang!

    wassalam.

    ReplyDelete
  5. "Bukankah sultan Muzaffar Shah III itu, juga digelar Marhun Hajiullah, Kerana boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata!

    Masih ingatkah dikau sejarah datuk Meor Abdur Rahman, Mahaguru, Persilatan Gayung yang ternama itu, Jatuh sakit beberapa hari bila Sultan Alang Iskandar, Anakanda Sultan Idris menyentuh bahunya dengan keris kerajaan Perak!"


    meremang bulu roma ... huhuhu

    ReplyDelete
  6. saudara sangtawal, izinkan saya salin semuala puisi ini. saya akan link ke blog anda. tk

    ReplyDelete
  7. kecelaruan timbul apabila kita tidak melihat khilafah sebagai penyelamat kita. ada pendapat yang diberikan sangat mengelirukan. demokrasi adalah satu sistem dimana ianya membolehkan rakyat memilih pemimpin walaupun dari kalangan orang yang bodoh sekalipun. bagaimana kita yang mempertahankan kuasa sultan tetapi dalam masa yang sama mempertahankan demokrasi,dimana pemerintah mengikutinya.ianya sangat mengelirukan. dari kalangan mereka yang mempertahankan kerajaan atau di pihak pembangkang jalan nya tetap sama. jadi apa perbezaan nya? jika mahu jadi nasionalis jangan ambil separuh. tetapkan pendirian dan tanamkan betul2 semangat perkauman yang tinggi. jadilah seperti bangsa jerman nazi yang sangat perkauman. pada saya lebih baik. semangat nasionalis begini yang boleh meneruskan kelangsungan bangsa yang kuat. jangan hanya bermadah pujangga, menghunus keris kelangit tetapi berlembut apabila ditepuk bahu oleh bangsa lain. memalukan. khilafah merupakan kunci kepada dua puak yang bertelagah ini. jadi fahami dan belajarlah sejarah wahai pahlawan2 nasionalis. anda sangat keliru. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. disana nanti tempat yang kekal
    memimpin kita pemimpin yang disini
    buatlah keputusan jnganlah kesal
    kerana hidup hanya sekali

    telunjuk lurus kelingking berkait
    jangan meludah keatas langit
    berfikirlah sebaik-baik
    siapa iman takkala rohmu naik

    dagand lalu nasi ditanak
    suami pulang perut kelaparan
    bukan melayu yang aku nak
    cuma agama yang penuh keimanan

    pokok lalang membongkok ke bumi
    padi di baruh penuh berisi
    ingatlah tuan yang bijak bestari
    mati itu sentiasa disisi.

    ...mati dikapankan agama...
    ..bukan dengan bangsa...
    ..disoal muhamad itu siapa..
    ..jangan dijawap raja yang kau bangga...

    ReplyDelete