Saturday, January 24, 2009

Zionis dan Emas - Bhg 2





Artikel Sangtawal ;

Tajuk : Zionis dan Emas – bhg 2.


Mengapa pihak yahudi-zionis begitu berminat untuk menguasai kawasan Baitul maqdis dan juga Masjid al-Aqsa? Apakah yang menjadi pendorong kepada mereka untuk menjadikan kawasan itu sebagai ibu negara kepada negara Israel yang mereka impikan (Erezt Yizrael) sampai bila bila? Sudah tentu terdapat sesuatu yang istimewa di kawasan itu dihati mereka ataupun dalam kepercayaan agama mereka.Jika tidak,masakan mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Mungkin apa yang dikatakan oleh penulis bernama David Ben Gurion dalam tahun 1947 merungkai persoalan itu : “No city in the world,not even Athens or Rome,ever played as great role in the life of a nation for so long a time a Jurusalem had done in the life of jewish people”.


Mengapa kawasan itu besar peranannya dalam kehidupan yahudi? Sudah tentu kerana menurut “Old Testament” ataupun “Torah” yang dipercayai oleh kaum yahudi menyebutkan di kawasan itu terdapatnya “Haikal” ataupun tempat ibadat yang telah dibina oleh nabi Sulaiman pada zaman kegemilangannya.Kubah al-sahra sekarang ini dipercayai berada di tempat asal kubah al-sahra yang lama iaitu di bukit Morovia.Mengikut sejarah lama yahudi,Haikal tersebut telah diruntuhkan sebanyak 2 kali,kali pertama pada 586 Sebelum Masihi oleh Nebuchadnezar,maharaja kerajaan Babylon.Kesan daripada malapetaka yang pertama itu kaum yahudi telah dibawa ke Iraq sebagai hamba dalam beberapa tempoh.Tempoh ini telah diceritakan secara terperinci dalam Old Testament di bawah tajuk “The Exiles”.kemudian muncul Cyrus,Maharaja Parsi yang telah membawa mereka pulang ke Baitulmaqdis semula.



Selepas itu,Maharaja Herods,yang berketurunan yahudi telah membina semula kuil itu.Malangnya kuil itu tidak bertahan lama.Pada tahun 70 Sebelum Masihi ,Baitul maqdis telah diserang oleh tentera Rom.Ada beberapa kisah menarik yang mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum sebelum penaklukan tentera Rom itu.Antaranya ialah seluruh pendeta yahudi bersepakat memerintahkan seluruh rakyat di Baitulmaqdis supaya mengumpulkan harta benda mereka termasuk emas dan perak di kawasan Haikal sulaiman.Emas yang terkumpul seberat 26 tan dan perak seberat 65 tan telah ditanam di bawah dan di sekitar Haikal Sulaiman supaya tidak dirampas oleh tentera Rom.Mereka juga turut menanam segala kitab atau peralatan ibadah kaum yahudi dengan harapan anak cucu mereka akan dapat kembali ke bumi Baitul maqdis sekiranya terjadi apa-apa kepada mereka seperti di tahun 586 sebelum masihi dulu.



Setelah Tentera Rom menawan Baitulmaqdis,mereka pun mengambil alih pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang daripada kaum yahudi.Kaum Roman agak terkejut bila melihat ada satu kaum,iaitu kaum yahudi yang mempunyai agama.Sewaktu itu kaum Roman menyembah berhala.Kaum yahudi memanggil kaum Roman sebagai Kittim,maksudnya orang yang tidak beragama.Oleh itu,kerana melihat kaum yahudi mengamalkan agama mereka secara teratur,kaum Roman tidak mencampuri urusan keagamaan mereka tetapi mereka memberi amaran supaya kaum yahudi tidak mengganggu urusan pentadbiran dan pemerintahan mereka.Inilah sejarah bermulanya kerajaan sekular pertama di dunia yang memisahkan agama dan pentadbiran sesebuah Negara!



Namun,setelah beberapa lama memerintah,Gabenor Rom yang menguasai Baitulmaqdis mula menekan kaum yahudi dan menghalang sesetengah amalan agama mereka yang bertentangan dengan kehendak kaum Roman, menjadikan kaum yahudi telah membuat satu rancangan untuk memberontak.Usaha kaum yahudi dan rancangan mereka berjaya dihidu oleh gabenor Rom ketika itu,Panglima perang Julius Caeser iaitu Titus Falavius mengarahkan tentera Rom menghapuskan kesemua pemberontak dan mereka yang terlibat dengan gerakan itu.Mereka pun meruntuhkan Haikal sulaiman buat kali kedua.Selepas kejadian itu ada yang menyatakan hampir 3 ribu orang kaum yahudi telah membunuh diri di satu tempat bernama Masada.Menurut cerita,mereka membunuh diri dengan terjun dari tebing bukit yang curam.



Selepas ditewaskan dalam pemberontakan pertama,kaum yahudi terus dibenarkan tinggal di Baitulmaqdis dalam jumlah yang lebih kecil.Ketika era pemerintahan Raja Rom yang bernama Hadrian,dia mula membina semula bandar Jurusalem untuk menjadikan Bandar tersebut sebagai “Bandar berhala” atau “pagan city”.Ini menyebabkan berlaku pemberontakan sekali lagi oleh orang yahudi yang diketuai oleh Simon Bar kokhba.
Raja Rom amat marah lalu mengarahkan tentera Rom menghapuskan kaum yahudi sekali lagi.Ada fakta yang menyatakan hampir setengah juta kaum yahudi di bunuh.Sesungguhnya apa yang telah terjadi kepada kaum yahudi itu telah diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran.



Semenjak peristiwa tersebut,Haikal yang menjadi lambang keimanan kaum yahudi hanya tinggal kenangan dan termaktub dalam kitab-kitab suci mereka sahaja.Mereka terus diburu oleh Kerajaan Rom,menyebabkan saki baki kaum yahudi telah lari dari Kota baitulmaqdis secara beransur ansur.



Sehingga tahun 114 Masihi,yahudi terakhir telah keluar dari bumi baitulmaqdis.Semenjak dari tarikh itulah kaum yahudi telah mencipta dan menokok tambah ajaran agama mereka dengan menambahkan rukun iman yang baru iaitu mereka tidak akan pulang ke baitulmaqdis sehinggalah munculnya “Messiah”atau “penyelamat” yang akan mengumpulkan kaum yahudi di sana menjelang hari kiamat.Rukun iman ini terus menjadi kepercayaan kaum yahudi di serata dunia sehinggalah ke hujung kurun ke-19.Mereka juga percaya bahawa nabi Sulaiman itu adalah raja Bani Israel.



Apabila Eropah dilanda kebangkitan golongan Kristian protestan,kaum kristian telah mula melakukan penyemakan semula terhadap kitab suci mereka.Antara akidah yang telah “disemak semula” ialah perihal kedatangan semula Jesus(baca :Nabi Isa A.S) ke dunia di baitulmaqdis menjelang milineum kedua tahun kristian.




Walaubagaimanapun,untuk muncul semula di baitulmaqdis,suasana seperti munculnya buat kali pertama perlu diwujudkan.Beliau tidak akan muncul kecuali selepas terbinanya Haikal yang telah disebutkan dalam Old Testament.Oleh yang demikian,untuk menyambut kedatangan semula Jesus,Haikal perlulah dibina dan orang-orang yahudi hendaklah dikumpulkan sekali lagi di baitulmaqdis.Untuk apa???,untuk disembelih oleh Jesus,sepertimana mereka-menurut dakwaan mereka-telah membunuh Jesus suatu waktu dahulu!maksud mudahnya ialah supaya Jesus dapat kembali untuk membalas dendam.



Idea golongan Kristian Protestan untuk membawa pulang kaum yahudi dan membina semula Haikal ini telah disambut baik oleh golongan sekularis dan juga golongan protestan yahudi(Haskalah).Akhirnya melalui gerakan zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basil,Switzerland pada tahun 1897,mereka bersetuju untuk membawa pulang orang-orang yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitulmaqdis.Pandangan ini pada awalnya dipandang sepi dan tidak dipersetujui oleh majoriti kaum yahudi terutamanya golongan tua atau ortodoks.Ini adalah kerana rancangan itu bertentangan dengan rukun iman yang asal iaitu orang yahudi tidak dibenarkan pulang ke bumi Palestin sehingga munculnya Messiah atau penyelamat kaum yahudi.



Namun dalam tahun 1925,pandangan zionis itu mula mendapat sambutan dan menjadi bertambah popular setelah seorang rabbi yahudi iaitu Rabbi Coock the elder yang telah mengeluarkan fatwa bahawa Messiah mereka akan datang dalam dua bentuk atau peringkat.iaitu Messiah yang pertama ialah Messiah fizikal yang telahpun muncul iaitu gerakan zionis dan pada peringkat kedua iaitu Messiah Spiritual yang hanya akan muncul di akhir zaman selepas tertubuhnya Erezt Yizrael(Negara Israel) di bumi Palestin dan terbinanya semula Haikal Sulaiman itu.Messiah spiritual inilah yang akan mengetuai kaum yahudi untuk membunuh bangsa lain nanti.



Sebab kedua mengapa orang yahudi mula berpindah ke bumi palestin dan berusaha membina semua Haikal Sulaiman ialah kerana kejadian Holocaust di Eropah ,terutamanya di Jerman dan Austria.Penderitaan dan kesengsaraan dari polisi Hitler itu menyebabkan ramai kaum yahudi dari Eropah berhijrah ke Palestin.


Jadi,kesimpulan yang dapat saya buat disini ialah,sebenarnya musuh kita adalah golongan pelampau yahudi iaitu zionis dan golongan Kristian Protestan kerana kedua dua golongan itu pasti memusuhi kita dan sedang menggunakan satu sama lain untuk menjayakan misi mereka,namun jika dihalusi lagi,memang visi mereka sama iaitu ingin membina semula Haikal Sulaiman dan megumpulkan orang yahudi seramai mungkin di bumi palestin,bagi kaum yahudi mereka akan menanti Messiah mereka manakala bagi golongan Kristian Protestan sedang menanti Jesus mereka .



Oleh itu,tidak hairanlah bila golongan Kristian Zionis di Eropah dan pertubuhan pertubuhan Kristian yang membantu golongan zionis untuk membina semula Haikal Sulaiman itu,paling tidak pun keinginan untuk membina haikal itu harus ada dalam setiap hati freemason dan Illuminati zionis.Mereka juga telah membuka dan membina pusat pengajian untuk membuat kajian tentang Haikal ini,malah sudah ada pihak yang telah melantik arkitek,agamawan dan penjaga Haikal supaya memudahkan mereka apabila haikal sebenar telah siap di bina kelak.Betapa seriusnya mereka dengan pembinaan Haikal ini ialah sehinggakan pakaian pekerja-pekerja Haikal dan penyembelih korban untuk acara agama mereka nanti sudah siap dijahit kini.



Halangan terbesar mereka untuk membina Haikal ialah kerana kewujudan Masjidil Aqsa di tempat tersebut.Oleh itu mereka telah membuat rancangan untuk merobohkan Al-haram al-sharif dimana didalamnya terdapat Masjid al-Aqsa dan kubah Al-Sakhrah.malah penggalian terowong bawah tanah betul betul di bawah masjid Al-Aqsa sehingga kini sudah melebihi 400 meter.Pada 3.10.1999 ,perdana menteri Israel ketika itu Ehud Barak telah merasmikan terowong sebelah selatan Masjid Al-Aqsa dan menjadikan nya sebagai tempat sembahyang kaum yahudi ekstremis,selepas beberapa terowong dari arah yang lain telah siap di buat sebelumnya yang di mulai dengan “tembok menagis”(kiblat bagi orang yahudi) atau “tembok Buraq”. Dalam bulan Mac 2001 sebanyak 30 buah pertubuhan ekstremis yahudi telah sebulat suara bersetuju untuk meletakkan batu asas penubuhan Haikal di kawasan Kubah Al-sahra.



Kedudukan masjid Al-Aqsa sebenarnya makin terancam kini,rejim zionis Israel telah menghadkan bilangan jemaah islam yang ingin bersembahyang dalam masjid itu dan hanya membenarkan mereka yang berumur 60 tahun keatas sahaja untuk solat di bulan ramadhan pada 16.10.2004.Ini adalah bertujuan supaya masjid tidak runtuh sebelum masa yang mereka telah tentukan!



Selain usaha secara fizikal,mereka juga telah melancarkan serangan psikologi melalui propaganda media yang telah dikuasai oleh mereka,memberitahu hak mereka keatas bumi palestin atau keatas baitul maqdis yang mereka namakan sebagai “urshalem”.Melalui dunia akademik pula,mereka menekankan pengkajian tentang sejarah lama yahudi dan mula membesar besarkan cerita berkenaan Haikal Sulaiman dan zaman pemerintahan nabi Sulaiman.




Zionis bukan saja mencari harta karun peninggalan nenek moyang mereka ,malah mereka mahu membuktikan kepada dunia bahawa dakwaan cerita 26 tan emas dan 65 tan perak yang tertanam pada tahun 70 sebelum masihi itu benar benar wujud.Namun sebenarnya artifak yang lebih penting mereka cari ialah segala tinggalan kitab dan alat alat peralatan ibadah yang digunakan dulu,malah ada juga kepercayaan mereka bahawa tongkat Nabi Musa yang pernah digunakan untuk membelah laut juga ada tertanam disitu.Mereka perlu memiliki semua peralatan tersebut untuk membuat persiapan menunggu kedatangan Messiah mereka.


Apa yang pasti,sesungguhnya masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama orang islam dan merupakan masjid suci yang ketiga serta bumi Israk-Mikraj itu dalam keadaan yang semakin bahaya sekarang.



Sementara rejim zionis sedang menggali tanah di bawah masjid Al-Aqsa dan berusaha untuk membina Haikal,kita seharusnya sentiasa berwaspada dengan tangan tangan mereka di Nusantara ini yang kebanyakannya menyusup masuk kedalam pergerakan Freemason.Tetapi bila ditanya kepada mereka,mereka berjaya menafikannya ,malah menolak kemungkinan mereka pro yahudi-zionis.



Di sini saya petik kenyataan salah seorang ahli freemason Malaysia yang berjaya di temubual oleh wartawan majalah mastika keluaran Mei 2007, m/s 42,kata anggota freemason itu;

“Memang cerita pembinaan Kuil nabi Sulaiman jadi cerita paling penting dalam Freemason.tapi ia Cuma cerita dan diambil daripada Old Testament,kitab taurat”.



Menurut beliau lagi,semasa menerima ahli baru dan kenaikan tahap seseorang ahli,ritual seperti melucutkan semua barang berharga pada tubuh mereka,mengikat tali dileher dan menyinsing kaki seluar.Ketika itulah mereka melakonkan semula susah payah membina kuil berkenaan."semua itu adalah simbolik dan ada makna tetapi hanya ahli Freemason saja yang mengetahuinya".


Kata beliau(ahli Freemason) yang di temubual itu lagi “Kita gunakan kisah pembinaan Haikal itu seperti seorang manusia nak membina diri mereka”.katanya lagi “Kuil adalah tempat yang mulia,untuk bina kuil itu,kita kena ada konsep,pelan,cari tempat dan masa yang sesuai,pekerja yang bagus,arkitek ,bahan binaan yang berkualiti dan sebagainya”.



“Untuk membinanya,kita kena bekerja kuat dan berdisiplin.Ini bukan kerja main-main.Apabila siap kena hias dengan emas permata.Bagaimana kita nak indahkan kuil dengan emas?kita kena berusaha lagi.kena gali di dalam tanah sampai jumpa”.


“jangka sudut sebagai lambang adanya Tuhan yang memandu kita dalam kehidupan.Kita mesti bertindak mengikut sudut dan jarak yang betul.Sesiku pula sebagai lambang semuanya mesti lurus dan tepat.Tidak ada bengkang bengkok atau senget.Dua alat itu sangat penting untuk membina sesuatu.”katanya lagi yang sudahpun mencapai tahap 33 degree dalam pertubuhan itu.



Betulkah seperti apa yang didakwa oleh anggota Freemason itu?,bukankah visi yang ditanam di setiap hati anggota Freemason itu ialah untuk membina Haikal.Cerita mereka tentang asal usul Freemason adalah dari kumpulan pemahat atau pengukir batu adalah agak tidak logik kerena sepatutnya lambang mereka ialah pahat dan tukul atau gambar ukiran batu jika gerakan itu berasal dari pengukir batu,tapi sebaliknya lambang mereka ialah jangkasudut dan sesiku yang membawa makna yang lebih dalam dan penuh dengan kerahsiaan.


Bukankah jelas dari kata-kata beliau itu tentang usaha untuk menggali emas???mengapa mereka perlu menguasai emas telah saya terangkan dalam artikel zionis dan emas : bhg-1 sebelum ini.


Cuba kita fikirkan bersama,ketika ritual Freemason ini,anggota baru mestilah melakonkan kerja membina Haikal iaitu dimulai dengan melucutkan semua barang berharga pada tubuh mereka,mengikat tali dileher dan menyinsing kaki seluar.


Bukankah melucutkan semua barang berharga dari tubuh bermaksud berkorban apa saja demi mencapai cita cita,manakala mengikat tali di leher pula membawa maksud sanggup berkorban nyawa untuk mencapai cita-cita dan menyinsingkan kaki seluar ialah melambangkan untuk mengelakkan seluar dari terkena sesuatu yang kotor. Adakah mereka ini sedang berada dalam lautan darah manusia???, jika darah manusia…dari bangsa manakah ia??? Dan siapakah penyembelih utama ketika itu???


Sebagai penutup bahagian ke-2 artikel ini,ingin saya mengajak pengunjung sekalian untuk menghayati sekali lagi komen saudara Yongku yang pernah saya siarkan sebelum ini :

" Yongku Dec 31st, 2008 at 12:12 pm

Ni la dia tembakan yang dibuat oleh Jesuits tapi Yahudi yang kena!!!! King Juan Carlos of Spain the Middle East Navigator, go to hell!!!! bodoh punya Vatican slave!!
semua Knights of Malta tu semua patut tembak kepala mereka sendiri, bodoh betul nak jadi hamba abdi vatican ni!!! Yahudi tu dah kena jerut leher oleh vatican,kalau tak ikut cakap vatican,HOLOCAUST la cerita nya dan tidak mungkin yahudi khazars yang majority itu dapat balik ke kampung asal mereka di KHAZARIA di central asia sana semula!!! Jerusalem tu hanya untuk Vatican dan YAHUDI sebenar dan akhirnya diketuai dajjal!!! tunggu lah Nabi ISA a.s yang akan hancurkan mereka disana….sedarlah wahai badut2 semua!!!! dalam kepala mereka tu hanya ada dua jenis bangsa, MASTER RACE dan SLAVE RACE!!!!!


Yongku Reply:

January 1st, 2009 at 2:51 am


Maksudnya sebelum saudara semua tuduh scapegoat yahudi tu semua, jangan lupa siapa yang berada diatas mereka ni!!! Tidak lain tidak bukan JESUITS(SOCIETY OF JESUS) yang telah beratus tahun memporak-poranda kan manusia dan khusus nya umat islam!!!! Mereka patut terima caci maki ni kerana memang mereka lah dalang disebaliknya kalau saudara2 semua teliti betul2, buang majority mainstream historical facts yang saudara2 dapat dari university tu semua, Surah Al-Kahfi pun sudah warning kita semua tentang golongan yang kata tuhan ada anak ni…. so beware!!
Melaka tu siapa yang conquer tu dulu?? none other than the VATICAN and the MILITARY SOCIETY OF JESUS(JESUITS)!!! itu pasal lah melaka dan georgetown jadi world heritage tu!ada udang di sebalik batu la tu…….


Georgetown University tu university JESUITS la kawan2 semua!! same goes to Fordham,Ateneo De Manila,Sophia University Tokyo dan banyak lagi institusi2 yang ada nama si LOYOLA tu!! ni la dia tempat mencari bakat2 yang boleh dijadikan badut2 mereka!!!


Freemasons tu semua termasuk masons2 yang beragama islam tu semua hanya lah scapegoat sahaja, mereka cuma pelakon nya!! script writer dan director nya selalu terlepas lari!!! Yahudi ni buat masa ini hanya lah berstatus hamba saja kepada VATICAN, majority mereka ni asalnya dari KHAZARIA central asia, ingat tak KHAZARIA EMPIRE??? mereka hanya penganut agama yahudi tapi bukan lah bangsa yahudi sebenar!!! Yahudi sebenar yang berkuasa ada dalam hierarchy onions dalam Illuminati tu semua termasuk Society of Jesus(JESUITS)!!!


belum masa nya lagi YAHUDI sebenar tu tunjuk kan rupa mereka sebenar, ZIONIST tu semua adalah program mind control untuk yahudi khazars!!!! seluruh middle east adalah dibawah tanggung jawab KING JUAN CARLOS OF SPAIN tu!! si KING ni main wayang la konon nya berkonflik dengan si badut vatican HUGO CHAVEZ tu hanya untuk tunjuk kan pada manusia masih ada hope untuk mereka, lakonan semata-mata!!! Ini termasuk lah dengan pemimpin charismatic CUBA tu Fidel Castro, juga seorang KNIGHTS of Malta!!, Hugo Chavez akan succeed CASTRO sebagai suara America latin yang lantang!!it’s all a setup!!! Nelson Mandela tu pun Knights of Malta!! Raja Arab dan beberapa pemimpin di sekitar tanah arab tu pun banyak yang bekerjasama dengan King Juan Carlos of SPANISH INQUISITION tu!!! si MEDVEDEV of RUSSIA tu pun badut si CARLOS ni jugak lah!!


Macam kejadian 911 tu, saudara tak perlu susah2 nak fikir…cari saja Cardinal Eagan of New York(Rudy Giulliani memang Knights of Malta macam si Henry KISSINGER tu…_ dan geng2 si Liccio Gelli dan Hugo Balliesterri yang duduk dalam P2 Monte Carlo Lodge tu!! mereka main pusing2 dengan ahli2 masons mereka, janji2 kosong secret degree dan bla bla bla!!! Orang islam pun dah pandai masuk pertubuhan syaitan ni semua, ketika ini masons2 Turkey seperti Fethullah Gullen dan orang kuat nya Abdullah Aymaz sedang rancak mempromosikan inter-religious dialogue tu yang akan membawa kepada kehancuran umat islam di masa depan, agenda VATICAN ni nak satu kan semua agama menjadi satu!!mereka sibuk di wilayah Xin Jiang China sana pada masa ni…. hati-hati lah, negara kita pun sedang menuju ke arah ni!! ini pasti kerja si Fr Thomas Michel SJ keparat tu!!! Jesuits dan masons2 tu semua ambil technique2 mind control ASSASINS Hassan al Sabbah tu untuk menjalankan kegiatan2 assasination dan terrorism!! itu lah hakikat sebenarnya….



Masih banyak lagi perkara yang saudara2 semua patut kaji…ia berlaku di depan mata kita semua, sampai bila kita nak digelar GOYIM ni oleh SIONIST(bukan ZIONIST ya,protocol tu sebenarnya protocol SION bukan ZION!!) tu semua!!! kedua2 pembangkang dan kerajaan adalah dalam team yang sama sebenarnya cuma berbeza jalan nya!!! ini lah yang terjadi di seluruh negara2 di dunia walaupun negara komunis tapi dengan cara yang berbeza sikit!!! bagi negara2 komanwel, CROWN AGENTS London tu lah punya tanggungjawab!!! fikir-fikir kan lah…."




No comments:

Post a Comment