Dibawah ini saya petik
Saya memerintahkan tuan dan orang-orang yang bersama tuan(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara.Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan.
Saya(Umar Al-Khattab) memerintahkan tuan dan orang-orang tuan supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa pelajurit itu lebih saya takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang.
Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat dikalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan mereka dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita.
Ketahuilah,di sepanjang perjalanan kamu,ada malaikat-malaikat penjaga yang mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.Jadi,merasa malulah terhadap mereka dan janganlah kamu melakukan maksiat sedangkan kamu berjuang dijalan Allah.
Janganlah kamu katakan musuh itu lebih jahat dari kamu kerana anggapan ini tidak akan menguntungkan kita.Kadang-kadang satu kaum itu dapat dikuasai oleh orang yang lebih jahat sebagaimana kaum
Mohonkan(berdoa) kepada Allah agar Allah mendatangkan pertolonganNya bagi kamu,sebagaimana kamu memohon kemenangan terhadap musuh-musuh kamu.Saya mendoakan kepada Allah untuk keselamatan saya dan keselamatan kamu semua.
Bertimbang rasalah tuan kepada orang-orang islam di dalam perjalanan.Jangan tuan paksakan perjalanan yang menyebabkan kepenatan bagi mereka,.jangan cuai daripada menempatkan mereka di tempat yang baik sehingga mereka sampai ketempat tujuan.
Perjalanan ini jangan sampai mengurangkan kekuatan mereka.Mereka akan berjalan menghadapi musuh dan peliharalah ternakan ternakan mereka.
Berilah peluang pelajurit berehat sehari semalam dalam satu jumaat sehingga mereka dapat kesenangan untuk memulihkan kekuatan dan dapat meletakkan senjata-senjata dan barang-barang pikulan mereka.
Jangan tuan tempatkan pasukan tuan di perkampungan ahli Zimmah dan ahli sulh(orang kafir yang tunduk di bawah pemerintahan islam dan tidak memusuhi islam).Jangan ada diantara anggota pasukan tuan memasuki kampung itu melainkan orang-orang yang tuan percayai ketaatannya beragama.Dan janganlah pula sampai mengambil sesuatu dari kampung itu kerana pada mereka(ahli-ahli kampung) ada jaminan dan pemeliharaan yang kamu diuji untuk menyempurnakannya,sebagaimana kamu diuji bersabar dengannya.
Jangan kamu minta pertolongan daripada mereka dalam memerangi ahli-ahli harbi(orang-orang kafir yang memerangi orang islam) dan jangan kamu melakukan aniaya terhadap orang-orang ahli sulh.
Apabila kamu menginjak tanah musuh,pasanglah mata-mata untuk mengamati mereka.Dan jangan tuan permudahkan tentang pekerjaan mereka.Hendaklah ada di antara tuan dari bangsa arab atau bangsa lain menjadi penasihat yang dipercayai kebenarannya.Pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan tuan dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati tuan dan bukanlah menjadi penolong kepada tuan.
Bila kita telah dekat ke tanah musuh,hendaklah tuan membentuk pasukan peninjau dan mengirim pasukan-pasukan ke daerah di antara tuan dan musuh.Pasukan-pasukan itu akan memastikan kedudukan,perbekalan dan kelengkapan serta membuka rahsia dan gerakan gerakan musuh.Pilihlah pasukan peninjau itu dari kalangan orang yang berani dan bijak.Dan pilihlah untuk mereka kuda-kuda yang baik.Jika mereka bertemu dengan musuh maka musuh akan menemui pasukan tentera islam yang kuat.Pasukan pasukan yang kecil itu hendaklah terdiri dari orang yang luarbiasa dalam berperang dan sabar dalam menempuh kesukaran.dan tiada ditentukan orang dan bilangannya.
Jika tuan telah mengetahui kedudukan musuh,kumpulkan seluruh angkatan tentera tuan dan himpunkan segala kekuatan.jangan segerakan pertempuran kecuali bila tuan telah terpaksa berperang sehingga tuan telah tahu kelemahan musuh dan taktik serta strategi musuh tuan.
Hendaklah tuan mengetahui kedudukan dan keadaan bumi musuh seperti tuan mengenali penduduk-penduduknya.tuan hendaklah bertindak kepada musuh sepertimana musuh bertindak kepada tuan.
Bentuklah kawalan dan penjagaan yang teliti terhadap perajurit-perajurit tuan.berwaspadalah dan berjagalah tuan di waktu malam sehabis-habis tenaga.Jangan tuan menerima apa-apa tawaran yang belum diikat perjanjian terlebih dahulu.
Allah memelihara tuan dan manusia-manusia yang bersama tuan dan menolong tuan terhadap musuh-musuh tuan.
Pengajaran oleh Sangtawal dari
1.Tidak ada yang lebih penting sebagai bekalan hidup dan perjuangan kita selain dari Taqwa kepada Allah.Mereka yang bertakqwa adalah mereka yang mempunyai keimanan yang mantap dan tahan diuji ,tujuan hidup mereka hanyalah mencari redha Allah.Mereka ini tidak tertipu dengan dunia dan tidak takut mati.Malah mereka akan sanggup mati syahid beberapa kali demi agama Allah.
2. Kemenangan pejuang adalah kerana menjaga diri dari dosa,baik dosa kecil atau dosa besar.Kekalahan pihak musuh adalah kerana berlakunya dosa dan maksiat diantara mereka.Jika tidak,amat sukar bagi kita untuk mengalahkan mereka lantaran kelengkapan dan bilangan pejuang kita kurang berbanding musuh.
3.Hendaklah kita beriman kepada malaikat,dan kita hendaklah sentiasa menyedari ada malaikat yang menjaga kita dan sentiasa mengiringi kita.Oleh itu merasa malulah untuk berbuat maksiat dan dosa,kerana setiap dosa kita akan dihisab oleh Allah di hari pembalasan dan dibalas setimpal dengan apa yang kita kerjakan.
4.Tidak boleh berbangga diri dan memperlekehkan kekuatan musuh dan terlalu buruk sangka terhadap musuh kerana mungkin ada diantara mereka yang lebih baik dari kita.
5.Sentiasalah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk melindungi diri kita dan keselamatan pasukan kita dari dikalahkan musuh.Doa itu otak ibadat.
6.Berlaku adil dan bijaklah kepada orang yang dipimpin oleh kita semoga perjuangan kita berjaya.Semoga semua pejuang mendengar setiap arahan dan tidak engkar atau memberontak kerana tidak berpuashati dengan kita. Semoga tiada musuh di dalam selimut atau kita tidak ditikam oleh orang kita dari belakang.
7.Tidak perlu kita menempatkan pejuang di kawasan orang Zimmah atau Sulh kerana walaupun mereka tidak memusuhi kita tapi sudah pasti akan ada perkara perkara berkaitan yang mereka akan bangkitkan sebagai balasan atas kerjasama yang mereka berikan.Sekiranya kita mahu juga pejuang memasuki kawasan mereka,lantiklah orang yang kuat iman dan takwanya supaya tidak mudah dibeli dengan sedikit ganjaran dunia!
8.Kita tidak boleh meminta pertolongan orang kafir untuk melawan orang kafir lain,contohnya meminta bantuan orang zimmah atau sulh untuk memusuhi kafir harbi.
9.Bila kita menjejakkan kaki dibumi musuh hendak menghantar perisik yang berwibawa,bijak,berani dan carilah penasihat kepada kita orang yang baik dan bukan pendusta atau penipu besar kerana pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan kita dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati kita dan bukanlah menjadi penolong kepada kita.Dengan kata lain mereka akan menjadi talibarut musuh dan akan memusnahkan kita bila bila masa saja waktu kita sedikit terleka.
10.Buatlah persiapan yang cukup dari segi mental ,spiritual dan fizikal sebelum kita menyerang musuh.Jangan melakukan serangan sebelum mengenalpasti taktik,strategi dan kelemahan pihak musuh.Janganlah kita bersetuju atau menerima apa-apa tawaran dari pihak musuh yang belum diikat perjanjian terlebih dahulu.
Kesimpulan Sangtawal:
Realitinya,orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,malah bertaraf ulamak di Malaysia(bukan semua) ini sudah tertipu awal awal lagi dengan taktik musuh.Mereka masuk kedalam Pakatan Rakyat umpama masuk kedalam jerat musuh yang akan menjerut leher mereka sendiri nanti.Prinsip perjuangan asal untuk menegakkan sebuah negara islam dan melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia ini hanya tinggal kenang-kenangan saja.
Kalau dulu mereka menuding jari kearah kerajaan kerana bersubahat dengan MCA dan MIC yang kafir zimmi,namun mereka sekarang lebih teruk dari itu,mereka sanggup berpakat dengan DAP dan kafir harbi yang terang terangan tidak setuju dengan negara islam! Namun dek kerana tamakkan sedikit kuasa dan habuan dunia,mereka sanggup melacurkan agama dengan alasan kononnya direstui seluruh rakyat.Mereka bersatu dengan kafir untuk mengalahkan kerajaan yang sedia ada ,yang sudah terbukti menjaga kepentingan agama,bangsa dan negara sejak merdeka lagi.
Namun sekarang,setelah dapat memerintah 5 negeri,mereka nampaknya berusaha menjaga kebajikan babi pula.Kalau dulu mereka mengata kerajaan UMNO di Trengganu tamak dan membazir dengan pembelian Mercedes compressor,namun apa bezanya kini dengan mereka yang memilih Toyota Camry 2.4.Kedua duanya tamak dunia,megah,ria’ sombong dan membazir,sama saja! Jadi dimana lebihnya islam kamu berbanding mereka? Mungkin bezanya cuma serban,jubah,kopiah atau sejemput janggut kamu,itu saja!
Kalau dah tulisan jawi dan laungan azan yang berkumandang sejak sekian lama dibumi bertuah ini mereka mahu hapuskan,adakah mereka pula akan bersetuju denganmu wahai ulamak pas untuk membangunkan sebuah Negara islam? Itu hanya logik akal saja,takkan tak boleh fikir,belum lagi disuruh berfikir diluar kotak,lateral thinking dan macam macam jenis cara berfikir lagi lah!
Orang yang buruk akhlak dan pendusta telah dijadikan penasihat pakatan mereka dan guru yang mursyid, kamil mukamil bagi ulamak pas.Tidakkah kamu mahu mengambil pengajaran dari warkah khalifah Umar di atas yang mengatakan bahawa
“Carilah penasihat yang dipercayai kebenarannya.Pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan tuan dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati tuan dan bukanlah menjadi penolong kepada tuan.”
Oleh itu,sedarlah dan bangkitlah dari kelalaian dan tipu helah musuh wahai ulamak PAS.Bukankah ulamak itu pewaris nabi?sepatutnya anda menjadi umarak untuk mentadbir dan memakmurkan bumi Malaysia ini dari kesesatan,ketaksuban,bid’ah dan thaghut yang berpanjangan.
Akhir kata,wahai diri saya dan anda semua yang banyak dosa,marilah kita semua bertaubat,basuhlah hati dengan zikrullah,carilah taqwa sebagai bekalan perjalanan kita.Gunakanlah akal yang waras dan hati yang tenang ,yang penuh dengan sakinah untuk menilai kebenaran.Jangalah mudah termakan tipu helah “rasuah Syurga”,
Ibu kepada segala rasuah atau bapa sekalian rasuah yang paling besar iaitu “Rasuah Syurga” ini pernah ditawarkan oleh ulamak murahan dunia untuk memancing sedikit undi pada pilihanraya. Demi mendapatkan sedikit kuasa.Ulamak ini berjudi dengan mempertaruhkan wang deposit semasa bertanding pilihanraya.Maka dengan kemenangan mereka,jawatan YB sudah pasti menjadi sandaran untuk habuan dunia.Agama mereka permainkan dan peralatkan.Bila berkuasa mereka bukan berjuang untuk membela agama dan rakyat tetapi sibuk untuk menimbun harta pula.Kepentingan agama dan keperluan rakyat menjadi nombor dua.Mereka peduli apa,jika selepas ini orang tak akan mengundi mereka lagi kerana wang pencen bulanan YB sudah cukup untuk menjadi bekalan di hari tua!
Begitulah putaran roda politik dunia.sekejap diatas,sekejap dibawah,tergolek dan digelek.Oleh itu,wahai pengundi yang bijak bestari,buatlah pilihan yang bijak demi agama,bangsa dan negara.Tanpa anda siapalah mereka!dalam politik,berpada pada,sambil itu fikir fikirkanlah juga nasib anak cucu kita.
Buat sdr Sangtawal,saya tertarik dengan komen anda di blog Panglima Cyber tentang hukum hudud.....baiklah sdr sebenarnya jika ingin dibincangkan sangat meluas serta mengambil masa yang lama,biar saya ringkaskan di dalam Kitab Mustika Hadis keluaran JAKIM(Jabatan Agama Islam Malaysia) jilid mukaddimah serta jilid satu edisi jawi m/s 190 ,191 syirik terbahagi kepada dua syirik kecil serta syirik besar,syirik besar sudah confirm menduakan Allah dengan apapun ,sementara syirik kecil lebih berbahaya,antara kandungan di ms 190 serta 191 kitab ini,menjelaskan termasuk di dalam orang yang mendua Allah ialah memilih hukum yang disukai dan menolak hukum yang tidak berapa sesuai atau tidak diyakini.....Sdr adakah komen sdr bermaksud bahawa sdr menolak hukum hudud ini? secara tersiratnya bagaimana.Ingatlah syirik kepada Allah ini termasuk di dalam memilih hukum berdasrkan hawa nafsu,adakah kerana kebencian sdr terhadap pihak yang satu lagi menyebabkan hati sdr memilih untuk bercakap komen apa sahaja tanpa rujukan yang pasti,jika anda kurang jelas,lebih baik diam,jika anda ada alternatif yang lain terhadap hukum hudud,kerana kurangnya yakin terhadap Allah SWT silakan,berhati-hatilah sdr,sdr ampu keluarkan artikel tentang dakwah seperti posting ini,tetapi komen sdr (kerana kebencian sdr,mungkin,saya gunakan mungkin,sdr juga tersilap muhasabah diri dulu sdr,bukan sdr sahaja,tetapi saya juga begitu,.di sini saya sertakan komen saya di blog Panglima Cyber untuk tatapan sdr,semoga Allah memberikan hidayahnya kepada kita semua...ubah diri kita walaupun ianya pahit,janganlah terkeliru dengan runtunan hawa nafsu serta kebencian... Silalah membaca sdr
ReplyDeleteSalam kepada semua komentar,serta panglima cyber,tahniah la,atas penulisan anda semua,tetapi ingin aku berkongsi dengan you semua tentang hukum hudud nie, tak timbul hudud pas atau hudud lain.Hukum nie datang dari Allah dan mesti dilaksanakan.Islam dan hukumnya sesuai untuk semua zaman serta semua tempat serta sangat bertepatan dengan fitrah manusia.Sayangnya di Malaysia hukum hudud ini dipolitikkan...kenapa ye,ramai komentar di sini menyalahkan pas sahaja kerana kononnya berpura-pura dan mempolitikan hukum ini.Sayangnya juga kalian semua turut sama mempolitikkannya.Sebenarnya hukum ini hanya untuk orang Islam,begitu juga dengan hukum Qisas.Orang bukan Islam,Cina serta India contohnya tidak terikat dengan hukum ini kecuali hukum takzir.Jalankan hukum ini,kerana ia DATANG DARI ALLAH,bagi komentar yang beragama Islam berhati-hatilah jika terdetik dihati anda walau sedikit pun membenci hukum ini,anda tanggunglah sendiri.Kenapa Malaysia tidak melaksanakan hukum ini.Adakah saudara semua bila berkomentar seolah-olah mengangap hukum hudud PAS dan hukum hudud Allah berbeza? Buat abg Mei terjah berhati-hatilah dengan komentar anda,muhasabah dirilah kita semua....Jika PAS melaksanakan hukum ini ianya perlu melibatkan kerajaan persekutuan (BN ) ...kenapa UMNO sendiri tidak mahu menegakkan hukum Allah,Islam bukan sekadar sembahyang sahaja..tetapi meluas serta meliputi semua perkara...Jika ia datang DARI ALLAH kenapa mesti bertangguh,rasa tidak yakin,takut hilang kuasa,takut bangsa Cina dan India membenci? dlll.Ubahlah minda,Kembalilah kepada Al Quran dan Hadis nabi....Jika bukan para komentar serta umat Islam yang menegakkan hukum Islam siapa lagi...
Buat Perang Cyber kenapa tidak mampu menjanjikan sesuatu yang tidak pasti.Tidak Pasti itu bagaimana,tidak yakin dengan UMNO? Tidak yakin hukum ini akan berjalan lancar,Tidak yakin pemimpin BN selain UMNO akan menerimanya? Tidak yakin atau tidak pasti prosedur perlaksanaannya...Jalankan hukum Allah,nanti rahmat Allah akan sampai ke bumi Malaysia,ini.Jalan peyelesaian kepada semua kebejatan sosial ini ialah memohon pertolongan ALLAH,jadi laksanakanlah ARAHAN DARI ALLAH SWT..kenapa pula hendak hentam pihak yang satu lagi....Jika berkara yang baik teruskanlah jika buruk pula kita bincangkan semula...
Para komentar semua,maaf ye tidak memberi sebarang alternatif kepada hudud bukan? Ini kerana hukum ini syumul serta solid.Untuk pengetahuan semua orang Cina serta India sangat takut kepad hukum ini sebab apa?Sepatutnya semua pihak yang mengaku memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu(Melayu dan Islam sudah sebati) menegakkan hukum Allah
Buat SerawakMali,you nie tolong bezakan kebencian you kepada PAS dengan kebencian you dengan hukum AllAH,memanglah..Karpal akan bercakap begitu....sebab Karpal sendiri menolak hukum ini,tapi you,komentar you sangat berbahaya....sebab itulah hudud ini perlu diperbahaskan,diperhalusi dikaji,di analisa,dilihat setiap kemungkinan,ALLAH bukannya zalim meminta hambanya melaksanakan hukumnya sesuka hati.Jalankan HAK ALLAH dengan MENGGUNAKAN HAK HAMBA KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH.RAsullah sendiri menyatakan perbezaan umatnya dari segi agama(para komentar jangan salah sangka pula)terutama hukum hakam yang perlu diperhalusi supaya ianya nanti jelas serta mengangkat martabat Islam itu sendiri...ApA yang penting laksanakan setelah kita membuat perbincangan ilmu yang mendalam...Insyaallah negara kita akan berkurangan dengan masalah sosial....Saya minta tolong yakinlah dengan hukum ALLAH, kerana keyakinan )Iman inilah yang paling penting.Jadi tugas kita semua untuk memahamkan semua pihak tentang hukum ALLAH,Kalau tanya pendapat Karpal memanglah,kerana wlaupun ianya peguam,dia bukannys Islam sama aje macam MCA GERAKAN,MIC serta komponen BN yang bukan Islam seperti di Sabah Sarawak.Macam yang saya komen di atas tak perlu tunggu Hadi Awang atau karpal singh aje cakap tentang hudud.Pihak yang berkuasa,pemerintah sekarang laksanakannya,Pasti pas serta Karpal singh akan diam....Ialahlah UMNO dan PASkan merupakan majoriti di PArlimen,ketua negara yang memegang kuasa eksekuti,perundangan serta kehakiman ialah parti memerintah diketuai oleh UMNO(berbangsa Melayu Islam,kecuali di Sarawak serta SAbah).Gabungkan tenaga dan laksanakan,beri penerangan serta penjelasan sesudah semua perkara diperhalusi sedalam-dalamnya(ingat tu Serawak mali serta sedingin salju) sedalam-dalamnya.Minta serta bermunajadlah kita kepada Allah sewaktu menghalusi hukum ini serta perlaksanaannya.
Kedatangan RAsullah membawa 2 berita sahaja.Iaitu berita gembira serta ancaman....Kajilah diri kalian serta saya..di mana.Berita Gembira ialah balasan syurga jika semua ARAHAN ALLAH DIPATUHI,serta berdosa dan akan keneraka jika melanggar hukumNya nanti..Jadi di mana saya dan para komentar semua.Bukalah Kitab Alquran serta hadis,listkan satu persatu berita gembira serta ancaman dari ALLAH,and then cuba lihat kita sudah melaksanakannya atau belum...Jika tidak kenapa...Ingatlah nanti kita semua akan MATI dan mengadap ALLAH juga(maaflah jika saya serta kalian semua tak ingat kepada mati..itulah yang menjadi masalahnya).
Jadi hukum Islam yang baik kenapa perlu didiamkan,Panglima Cyber...Rasullah menyuruh diam jika kita tidak tahu...serta diam didalam percakapan yang kita tidak ada ilmu serta diam di dalam percakapan serta komentar yang laqa(sia-sia).Jika ingin menegakkan hukum ALLAH tidak salah rasanya,saya bukan menyuruh UMNO supporter seperti anda atau PAs supporter melaksanakan hukum ini.TETAPI PEMERINTAH,ingatlah ujian Allah datang sewaktu orang Islam meninggalkan suruhanNya.Saya juga takut bangsa Melayu akan jadi seperti itu,sekarang Malaysia tidak ada peperangan saudar,tidak dilanda ribut taufan,tidak ada gunung berapi,MASIH BELUM ADA BALA YANG DAHSYAT DARI ALLAH,kita terleka serta endah,tidak endah terhadap semua hukum Islam termasuklah hudud.nanti bila keadaan sebaliknya ALLAh akan membiarkan musuh meratah kita semua,akibat dosa serta sikap serta sifat cuai yang menolak hukum ALLAH,sudah banyak buktinya.Dulu oarang bosnia,sewaktu keadaan aman,hidup mereka saling tak tumpah seperti orang Eropah beragama Kristian,hukum Allah diketepikan,minum arak,berjudi,berzina,tidak menutup aurat dll.Bila datang peperangan serta ancaman dari bangsa serb(Jiran mereka,kawan mereka sendiri dulunya,hidup bersama-sama)Allah menunjukkan kepada hambanya Bosnian diratah serta dimusnahkan dengan rakusnya oleh serb,Penghapusan etnik berlaku...Sehingga sekarang Bosnian baru untuk bangkit.Samalah seperti saudara kita diPAlestin sekarang diratah oleh bangsa Yahudi.Sekeliling Gaza merupakan bangsa Arab Islam kenapa Yahudi tidak meyerang mereka kerana yahudi sudah meredoi mereka,mereka juga mencari keredaan Yahudi...Di dlam surah Al Baqarah bermula dengan ayat 118 Allah menjelaskan tidak akan reda bangsa yahudi dan nasrani kecuali umat Islam memeluk agama mereka..Tidak(lak,bahasa arabnya) merujuk kepada tidak sampai hari kiamat!)
Jadi dengan kuasa masih di tangan UMNO laksanakanlah semua hukum Islam,Islam itu lengkap dan sesuai untuk semua zaman,masa,kaum serta bangsa...Ingatlah Jika kita memelihara hukum ALLAH,melaksanakannya serta menegakkan ,AllAH akan menjaga kita...BANGSA MELAYU DULU KUAT KERANA ISLAMNYA,BANGSA MELAYU LEMAH SEKARANG KERANA TIDAK LAGI MAHU BERPEGANG TEGUH SERTA YAKIN DENGAN HUKUM ALLAH..
Muhasabahlah kita semua..buat Panglima Perang Cyber tajuk yang anda buat mengundang komentar yang secar halus menghina ISlam dan Allah jadi berhati-hatilah sewaktu berbicara,Jika para komentar tidak tahu,hati kurang yakin kepada ALLAH janganlah membuat komen sesuka hati
Salam mesra buat buat sangtawal,abg Mei terjah,sarawakMali
serta Sedinginsalju,bezakan kebencian anda dengan KEBENARAN HUKUM ALLAH,HILANGKAN KRISIS KEYAKINAN KITA SEMUA KEPADA ALLAH,LAKSANAKAN SEMUA(SEMUA YE) HUKUM ALLAH..Sekian mohon berundur
salam buat saudara sayang islam dan melayu.
ReplyDeleteterima kasih ats komen yang diberi.
Saya menyokong hukum hudud seperti juga saudara.Saya amat membenci orang yang kononnya menggunakan hukum hudud untuk kepentingan politik.
siapa yang memulakan kebencian sebenarnya?.Siapa yang mengkafirkan sesama islam demi politik murahan?.Siapa yang berkata tidak sah berimamkan orang umno dan makan sembelihan orang umno dulu? siapa yang mengharamkan wanita islam melayu kelantan untuk tidak menyertai tilawah musabaqah al-quran kerana aurat suara bacaan wanita tetapi kini ada wakil rakyat pas atau YB wanita dalam pas yang melalak atas pentas menghasut dan memfitnah dengan suara yang lantang sekali dikira buat pahala dan dibenarkan pula? jika ulamak pas boleh mengeluarkan fatwa sesuka hati..maka kalau mereka jalankan hukum hudud sebenarpun nanti(tak tahu bila)saya percaya ulamak ini akan putarbelitkan hukum hudud juga untuk kepentingan politik peribadi.
banyak lagi perkara yang saya juga mahu sampaikan buat saudara..namun cukuplah jika saya katakan pas dan pemimpinnya bermain politik budu sekian lama.
Dulu memang saya orang umno,tapi kini tidak lagi,orang pas dan umno 2x5 saja! selagi kepimpinan tertinggi parti tidak berubah dan umno tidak kembali kepada prinsip perjuangan asal untuk membela agama,bangsa dan negara secara serius, maka selagi itulah saya bukan orang berparti.
Saya amat tertarik dengan pemikiran Tun Dr Mahathir,namun begitu tak semestinya saya bersetuju dengannya dalam semua perkara.
wassalam.
Salam,begitu rupanya.sekarang saya sudah kenal benar siapa sdr sebenar-benarnya.Tidak guna saya bicara lagi,nanti membuang masa sdr serta saya.Semoga anda diberikan Allah hidayah serta dapat membezakan kebenaran dan kebathilan.Mohon permisi
ReplyDeleteMujaddin bersenjatakan takwa dan keimanan,tetapi mukhlisin bersenjatakan keikhlasan berharap bertemu dengan Penciptanya tanpa kepura-puraan.
Buat Sayang Islam dan Melayu,sebenarnya sdr Sangtawal nielah orang mempergunakan agama,kalau kita lihat kenyataannya di dalam penulisan bagi tajuk ini penuh kebencian kepada PAS,
ReplyDeletejawapannya kepada sdr juga penuh dengan kebencian serta bersifat kepura-puraan,
lihat betul-betul,bila sdr kupas bab hudud dengan panjang lebar tiba-tiba sahaja mamat nie mengaku sokong hudud.Selama ini yang mempolitikkan hudud,UMNO la,Sangtawal nie cakap x serupa bikin,siap komen UMNO serta PAS 2x5,tapi hentam pas aje aku tengok,sudah la..sdr Sangtawal jangan la berpura-pura lagi..Lain kali bila ada orang lebih arif macam Sayang Islam dan Melayu,ko balas komen x sokong umno dan pas,tetapi dalam masa yang sama ko suruh pengundi Kuala Trengganu pilih BNitu macam ka? Lebih baik la macam geng-geng BPN yang lain confirm sokong UMNO,ko pun serupa gak sdr Sangtawal,tapi lagi teruk sebab ko tu cakap berbelit-belit,ayat dari Saidina Umar itu untuk pengajaran semua umat Islam habis ko ingat semua UMNO betul ke,maksum sangat ke UMNO.Ko sokong pemikiran sesetengah DR Mahathir ini aku bagi kat ko pemikirannya tentang hudud,ada mata baca,ada hati ko benci lah lagi kat pas,DR mahathir ni bukan sesiapa dulu sewaktu keluarkan kenyataan nie,dia KETUA PEMERINTAH aje,tak apelah ko kan sokong UMNO,lain kalu cakap biar betul ok,jangan berpura-pura depan komentor yang arif tentang agama ko cakap macam nie,bila depan geng PBN ko yang kurang arif agama komen ko serupa gaj dengan mereka....hai Sangrawal,Sangtawal,ko la umno sejati lebih teruk dari Panglima Perang Cyber dan lelainnya... sila baca nie inilah pemikiran DR Mahathir yang ko kagumi tu... sila beri ulsan sikit aku nak tengok lepas tu ko banding dengan ulasan Sayang Islam dan Melayu....
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah
Jadi sdr Sangtawal kalu pemikiran Dr Mahtir tentang hukum Allah macam nie,pemikiran lain pun dah x dak value ...lain kali ambil pemikiran serta sirah Rasullah..tu yang lebih tepatjadi memah sah ko UMNO SEJATI,Mengaku ajelah,elehh kata UMNO dan PAS 2x5....tapi hentam Pas aje.buat malu diri sendiri aje,tu la lain kali ikut nasihat Sayang Melayu dan Islam sebelum menulis minta pertolongan dari Allah bukannya nafsu kebencian.....
salam buat tanpa nama,
ReplyDeleteterima kasih ats komen panjang lebar saudara itu.
saudara,tanpa saudara sedar,saudara juga telah menyebar kebencian yang amat ketara dalam blog ini.lihat komen saudara diatas,dah la masuk rumah orang tak bagi salam,tapi datang datang tak diundang dan terus menghasut orang lain pula,tengok....ayat pertama saudara kepada sayang islam dan melayu...ialah ayat hasutan....anda juga yang menggunakan agama untuk kepentingan diri anda.
mana yang lebih teruk..sebar kebencian dirumah sendiri senyap senyap atau pergi rumah orang dan sebar serta hasut orang lain pula dengan penuh kebencian.maka anda lebih teruk dari saya!
saudara,renungilah hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh baihaqi ini :
"Akan datang satu zaman apabila yang tinggal pada islam,melainkan hanyalah nama sahaja,yang ada pada al-quran melainkan hanyalah tulisannya,masjid mereka megah tetapi jauh dari petunjuk Allah,ulamak-ulamak mereka menjadi manusia-manusia yang paling jahat yang hidup di bawah naungan langit,dari mulut mereka keluar fitnah dan akan kembali kepada mereka"
saudara,insyaAllah, ada kesempatan saya akan menulis panjang sedikit berkaitan pemikiran Tun Dr mahathir dan isu hudud ini.semoga saudara sabar menanti.
memang saya lebih berpihak kepada umno dari PAS.ini adalah kerana Umno tidak pernah menjanjikan syurga buat pengikutnya.Pas rasuah pengundi dengan syurga yang mereka sendiri pun belum tentu lagi akan masuk ke sana.Mereka bercakap seolah-olah merekalah orang yang paling alim dan benar belaka.semua yang orang lain buat adalah dusta,pura pura dan putar belit saja.kita saja yang betul...
baiklah jika syurga yang saudara mahu...saudara dan puak saudara ambillah...bukan itu tujuan akhir saya...saya hanya mencari kebenaran dan keredhaan Allah.Itulah matlamat akhir saya.Jika saudara tidak bersetuju dengan saya,saudara boleh komen apa saja,saya sedia menerimanya...dan jika saudara ada ilmu yang berguna...
silakanlah..
tulislah dalam blog saya ini...biar saya dan orang lain juga mendapat manfaatnya.
saudara masih belum menjawab soalan saya yang terdahulu..tentang al-quran itu...apa beza qalam Allah dan Qalam jibril...lagi soalan saya,hakikat alquran itu dalam al-fatihah,hakikat al-fatihah itu dalam bismillah...hakikat bismillah pada huruf ba itu dan hakikat huruf ba itu adalah pada satu titik dibawahnya.apakah hakikat titik itu saudara???
terima kasih.
assalamualaikum....
ReplyDeletesahabat-sahabat semua....
sudah lar saling tuduh-menuduh....
masing-masing berilmu tinggi...
apakata ilmu itu dipergunakan ke jalan yang benar...seperti hasil nurkilan dari "manatuhanALLAH(layarbahtera).….Maka tidakkah kamu mahu berfikir?(Al-Mu’minun:80)"
berfikir lar apa salah silap nya...
MANUSIA...itulah nama nya MANUSIA
hehe...
Salam.
ReplyDeleteSemoga Hidayah dan Rahmat Tuhan terus melimpah untuk kita semua. amin.
sang tawal,
sebelum ni saya fikir saya seorang yang terpinggir ditengah-tengah kemelut yang melanda saudara-saudara kita dari pihak UMNO dan PAS dan mungkin juga PKR.
tapi kini saya bertambah yakin, saya tak keseorangan malah ramai lagi yang seperti saya. Kita mahukan persaudaraan dan mengenepikan segala bentuk ideologi atau kemahuan Dunia di bawah satu penyatuan dalam Redho Tuhan.
Ya, mungkin nampak saya dan sebilangannya cenderong kepada UMNO berbanding PAS, seperti tulis sang tawal, UMNO tidak mempergunakan alasan Syurga dan tidak pula memutuskan saudara. dan atas dasar itu nampak kecederungan kita ke arah UMNO.
Tapi hakikatnya, saya dan ramai saudara Muslim kita tidak pernah mengundi, kerana kita yakin benar, Demokrasi adalah salah satu jarum paling halus dan ampuh dalam memecah belahkan ummah seterusnya menjatuhkan agama Tuhan.
Surat dari Khalifah, adalah satu peringatan dan arahan dari Khalifah buat semua Pejuang. Kalau kita mengaku kita masih berkhalifah dan kita taat setia pada Khalifah, maka sama-sama kita taati arahan Khalifah kita ini, jasad baginda sudah tiada namun rohnya Dengan izin Tuhan masih hidup dan dikurnia rezeki. Adakah kita tidak malu sekiranya Rasulullah dan para Khalifah melihat perilaku kita? Lebih dari itu tidak malukah kita pada Tuhan atas persengketaan yang kita ciptakan sesama kita.
Saudaraku..
mari kita sama-sama tundukkan ego kita, mari sama-sama kita kukuhkan persaudaraan. sayangilah saudara kita.
salam kpd sangtawal.. dan semua..
ReplyDeletemmng terse seronok bce blog anta tapi gua da dukacita,anta telah silap..buknkah HUDUD ini hanya utk org Islam saje.kan dalm hadis ade kate..minta maaf saye dah lupe hadis tuh..tapi hadis tu ade sebut yg Nabi menyuruh org kapir tuh pilih nk dihukum dgn hukumn mne,sama ada hukumn Islam atau hukumn agamanya?...
kite pon bole taw yg Islam tidak memaksa org kapir utk ikut Islam walaupon kite taw yg Islam is TERBAIKKK..wassalam
salam buat keris dan cari kebenaran,
ReplyDeleteterima kasih atas komen saudara.
wassalam
Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini
ReplyDelete"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.
Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.
Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.
Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.
Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.
Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang –orang PAS dan orang –orang Umno.Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.
ReplyDeleteSepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) . Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu. Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.
ReplyDeletesalam tuan
ReplyDeletesy mmg amat meminati tulisan2 tuan
tp kali ini sy agk kecewa krana tuan telah menggunakanya utk menyerang satu2 pihak or individu..
sy juga tidak menyebelahi mana2 parti tp rase tidak brapa sedap la membaca terdapat serangan2 sperti itu krana bg sy blog ini bukanla blog berunsur politik
salam
As-salamu 'alaikum saudara...
ReplyDeleteaku pelik la...
pas dituduh mengkafirkan orang umno?
mana tindakan ke atas pas?
tak ada, elek...
serupalah satu tuduhan yang lebih kurang sama...
nik aziz dituduh kata undi pas masuk syurga...
tu kan ajaran sesat...
nik aziz tak kena dakwapun...
kan ke itu semua fitnah...
tujuannya nak menyemai kebencian...
oleh puak-puak yang takut HILANG kuasa...
ke macam mana saudara?
Maafkan sy. ALLAH maha adil setiap perbuatan pasti akan di balas. Tiada yg akan terlepas dari balasan nya. Jgn lh kita bertelagah menyalahkan org lain. Jika kita org yg beriman patuhlh hukum ALLAH. Baca lh al quran dan ikutlh sunah nabi. Segala yg kita lakukan pasti tidak terlepas dr balasan. ALLAH maha mengatahui dan maha adil balasanya.
ReplyDelete