Thursday, December 18, 2008

Hikmah Pengharaman Khinzir

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai,darah dan daging babi” . Ayat ini dengan tegas menyatakan pengharaman keatas daging babi dan produk-produknya keatas orang-orang islam kecuali ketika darurat.



Dr Daniel S.Shapiro,MD,pengarah Clinical microbiology Laboratories,Boston Medical Centre,Massachusettes dan merupakan Penolong Profesor perubatan di Pathology and Laboratory Medicine,Boston University School of Medicine, merumuskan terdapat lebih daripada 25 jenis penyakit yang boleh dijangkiti berpunca dari babi( rujuk medical research 1998 di http://www.mrmcmed.org/pigs.html ).Diantara penyakit yang boleh dikaitkan dengan babi ialah : anthrax,ascaris suum,botulism,brucella suis,cryptosporidiosis,entamoeba polecki,ersipelothrixshusiopathiae,flavobacterium groupIb-like bacteria,

influenza,leptospirosis,pasteurellaaerogenes,pasteurellamultocida,pigbel,rabies,

salmonellosis,salmonella cholerae-suis,sarcosporidiosis,scabies,streptococcus dysgalactiae

(group L ),streptococcus milleri,streptococcus suis type2 (group R ),swine vesicular disease,taenia solium,trichinella spiralis,yersinia enterocolitica dan yersinia pseudotuberculosis.


Kajian yang dibuat oleh Alix Fano(M.A),Murry J.Cohen(M.D),Marjorie Cramer (M.D, F.A.C.S),Ray Greek(MD) dan Stephen R.Kaufman(MD) mendapati ada diantara penyakit penyakit tersebut yang boleh membawa maut seperti leptospirosis kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang(hepato-renal failure)


Sejarah membuktikan bahayanya virus bawaan babi ini dimana pada tahun 1918 jangkitan virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 hingga 40 juta manusia seluruh dunia.Kuman ini yang berasal dari babi-babi di Amerika menjangkiti tentera tentera Amerika pada perang dunia pertama dan tentera tentera ini pula menyebarkan penyakit ini ke Negara Negara lain pula.kajian keatas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan,punca wabak ini adalah daripada virus yang berasal dari babi ( rujuk Sun 26 mar 2000,The 1918 Flu Pandemic :what have we learned from this? Hal.1 , http://health.iafrica.com/doconline/millennium/flu19183.htm )


Wabak pada tahun 1957 yang dikenali sebagai Asian Flu dan wabak yang menyerang Hong Kong 1968 berkemungkinan besar berpunca dari kuman yang datang dari binatang ternakan sebelum mengjankiti babi.Didalam badan babi,virus ini berubah atau melakukan transformasi kepada bentuk yang lebih merbahaya sebelum mengjankiti manusia.Wabak ini berjaya meragut 2 juta orang!.Alix Fano,pengarang buku Lethal Laws-Animal Testing,Human Health and environmental policy,merangkap pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan ,kuman-kuman virus daripada babi mampu berubah tahap menjadi lebih bahaya atau virulence dari masa ke semasa.


Pada tahun 1997,ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya Retroviruses PERVS daripada babi !. Virus ini membiak dalam tabung uji yang mempunyai sel sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain


Pada bulan November 1997,Dr Robbin Weiss dari Chester Beatty laboratory,London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British Mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat atau organ daripada babi kepada manusia ( sila rujuk http://www.mercola.com/1998/apr/13/pig virus can infect humans.htm )


Pada bulan ogos 1997,pakar-pakar sains Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia.Ia sejenis virus yang merbahaya dan belum pernah ditemui sebelum ini yang dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus ( sila rujuk – campaign for responsible transplantation-press release 1998 ,new Biotech partnership Threatens public health,oct,21,1998, http://.crt-online.org/102198.html )


Secara umumnya sejak tahun 1997 dan seterusnya,ahli ahli sains telah menemui beberapa virus keluaran babi yang belum pernah ditemui sebelum ini iaitu : porcine Torovirus,Porcine Rotavirus atau Variant 4F, PRRS atau Porcine Reproductive and Respiratory syndrome Virus dan H3N2 Swine Flu Virus .



Dalam Journal of Virulogy 1997,satu kajian yang melibatkan 12 orang pakar sains yang diketuai oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari universiti Wisconsin melaporkan satu penemuan mereka yang menunjukkan bahawa dalam keronkong babi terdapat sel sel khusus yang mampu mengubah pelbagai kuman atau virus kepada bentuk bentuk yang merbahaya kepada manusia.Mereka bersepakat berkata babi adalah Mixing Vessel atau “tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya”

( rujuk : Centre For Disease Control & prevention,Pandemic Influenza,USA,2000,

wysiwyg://162/http://www.cdc.gov/od/nvpo/pandemics/fluprint.htm)



Menurut kajian itu juga,virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang merbahaya bila ia memasuki sel sel babi ini.Penemuan saintifik ini mampu memberi penyelesaian kepada punca punca wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan nyawa pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish Flu pada 1918,diikuti oleh Asian Flu pada 1957,kemudiannya Hong Kong flu 1968 dan Russian Flu 1977.kajian ini menunjukkan kuman kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat.


Menurut Dr Virginia Hinshaw,Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dalam babi adalah satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu.Yang membimbangkan kita ialah ,sistem pertahanan badan kita tidak mampu menangkis serangan daripada virus-virus ini.

Ada juga penemuan terbaru yang menyatakan virus daripada keluarga HIV juga wujud di dalam babi dan dibawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan.Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang kuman virus dari Institut Kajian Kanser,London berkata “ babi mempunyai banyak kuman virus.salah satu masalah yang perlu kita hadapi adalah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia.Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya .Retrovirus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan kuman HIV- Human Immunodeficiency Virus”



Untuk huraian yang lebih lanjut,anda juga boleh membaca buku bertajuk Perubatan islam dan bukti sains moden yang ditulis oleh Dr Danial Zainal abidin dalam bab yang ke-10 : Penemuan saintifik pada bahaya babi,m/s 199 – 205.



Sebagai kesimpulannya bila Allah SWT ,pencipta sekelian makhluknya mengharamkan sesuatu ,maka kita sebagai hambanya mestilah patuh dan menjauhi perkara yang diharamkan itu untuk mengelakkan bahaya dan kemudharatan kepada kita kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Dialah Yang Maha Bijaksana.


Apa yang pasti di negara kita ini,usaha untuk memelihara babi dan memperluaskan ladang babi telah diluluskan dan disokong pula oleh sebuah parti yang berjenama islam.

Justeru itu setelah mengetahui bahayanya babi ini kepada kesihatan kita,adakah wajar bagi kita meneruskan usaha itu atau sebaliknya.Bukankah sokongan dan permuafakatan kita itu yang dinamakan “subhat” tidak diterima oleh Allah kerana ia ternyata satu usaha yang membawa kecelakaan dan kesan buruk kepada kesihatan manusia!!!


Oleh itu,saya berseru kepada bijak pandai islam atau alim ulama islam,janganlah kamu menggadaikan prinsip perjuangan islam hanya dengan sedikit habuan dunia yang sedikit berbanding dengan habuan dari Allah di akhirat atas usaha kamu menegakkan Kalimah Allah diatas muka bumi ini! Janganlah kamu mudah tertipu dengan taktik musuh kamu sehingga kamu lalai dari tanggungjawab kamu membela agama Allah.

9 comments:

  1. Salam,

    Kalau berkompromi untuk menjaga hati rakan Pakatan pun janganlah sampai nak meletakkan tuntutan agama ke belakang.

    Ladang babi di Selangor dan di Perak yang dibina secara besar-besaran cukup mengguris hati umat islam dan ornag melayu.

    Buat baik itu kena berpada-pada. Kerana manusia itu tidak akan puas dengan apa yang dia ada. Silap-silap beri betis hendakkan paha.

    ReplyDelete
  2. APAI NGELAI

    Terima kasih atas komen yang diberi.
    betul tu..kadang kadang untuk menjaga hati rakan rakan kita..tanpa sengaja kita mengguris perasaan saudara seagama kita yang lain.

    walau apapun alasan mereka seperti ingin menternak dengan kaedah moden dan berhawa dingin, khinzir ini lebih banyak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan kita.

    kalau kita sengaja mencampakkan diri kita kearah kemudharatan setelah kita tahu baik buruk sesuatu,ini amat tidak disukai Allah!

    ReplyDelete
  3. saya telah minta team kita sebar artikel ini....

    biar rakyat sedar bahaya babi...

    tq

    ReplyDelete
  4. terima kasih saudaraku panglima,

    silakan sebar artikel itu..
    memang tugas kita memberitahu orang lain tentang bahayanya khinzir ini kepada kesihatan kita.

    kita bukan ingin membuat provokasi disini atau ingin mengguris hati saudara kita yang lain,tetapi kebenaran tentang pengharaman khinzir oleh Allah dan bahayanya kepada kesihatan kita itu yang lebih utama.

    semoga sesiapa yang sudah memakan daging atau termakan dagingnya...tidak lagi memakannya kerana sudah jelas akan bahayanya daging babi ini mengikut kajian saintifik.

    ReplyDelete
  5. salam sang tawal.....

    salam perjuangan BPN kepada anda....

    artikel sangat berguna sang tawal........

    daripada pmukm...draser...farid

    ReplyDelete
  6. org melayu di 4 negeri pemerintahan pakatan rakyat mestilah diberikan kesedaran bhw melayu sedang dilelong, agama islam sedang dipijak

    ReplyDelete
  7. kenapa tidak didahulukan penternakan ladang lembu ke kambing ke yang lebih moden dan berteknologi...bukan kah itu yang lebih ramai orang guna...sekurang2nya kurang lah sikit harga daging lembu tu..rm18 sekilo...org macam aku nie nak makan sebulan sekali pun terfikir2 huhu...

    ReplyDelete
  8. Betul tu pok teh..

    tapi nak buat macam mana diaorang lebih pandai dan lebih alim dari kita rakyat jelata....

    demi menjaga hati kawan la katakan!

    ReplyDelete
  9. Wahai bangsa melayu..
    Pembela bangsa yg jitu
    Dr keturunan Nabi Ibrahim A.S
    Pembawa panji hitam dr timur
    Adakah kamu ini pemuda bani tamim?
    Yang d nnt umat islam akhir zaman
    Kerna km memiliki jiwa yg kental
    Berjuang utk memertabatkan melayu
    Menyanjung Tuah segak dgn keris nya
    Dan berkata...
    'Tak kan Melayu hilang d dunia'

    Hebatnya bangsa melayu ini.
    Berani kerana benar
    Berpantang maut sebelum ajal
    13 mei tercatit dlm sejarah
    Memertabatkan bangsa melayu
    Membuka mata bangsa yg lain nya




    Heii melayu bangga ka kau dgn kisah perjuangan bangsa mu.. Kagum ka kau dgn bangsa mu.. Teriak la kau Hidup Melayu..! Hidup melayu...! Tak kan melayu hilang dunia...! Ya... Melayu x kn hilang d dunia sehingga kiamat jika melayu itu Islam dan berbai'ah kpd Imam Al-Mahadi Ibn Abdullah pemimpin pasukan akhir zaman yg Gagah dan Ganas biar pun melayu itu terpaksa merangkak d atas salji sekalipun jika melayu itu terdengar kabar mengenai pembait'an Imam Al-Mahadi Ibn Abdullah d Mekah telah terjadi.. Tp itu belum tentu utk syahid dan masuk ke syurga kerana 1/3 dr pasukan itu nnt akan Murtad lari dr peperangan 1/3 dr nya akan menyelesaikan urusan jual beli dgn Allah S.W.T d kurnia kan Syahid dan 1/3 dr nya Allah S.W.T tugas kn utk mengharmonikan, mendamaikan dan membahagiakan umat dunia yg telah tertindas sebelumnya semuanya atas kehendak dan keinginan Allah Subhana wa'taalah. wahai melayu yakin lah kamu! Janji Allah itu Pasti

    Melayu skrg hanya mengaku Islam kerna lahir dlm keluarga Islam.. terdidik ilmu dunia melebihi ilmu akhirat sehingga ada d antara kamu yg bercelaru otak menerima ilmu kerna tdk bisa membezakan 2 ilmu itu jika kamu cuba meyeimbang kan kedua ilmu itu kamu sda menuju kerosakkan seperti kamu-kamu yg menulis tentang Islam dan d campur adukkan dgn politik.. Ntahapaapantah kehebatan politik sehingga kamu-kamu ini beriman kepadanya.. Apakah menurut kamu kerosakkan akhlak itu hanya seperti penagih,@ mereka2 yg sosial.. Itu hanya perkara kecil dan kurang peratus kejayaannya dr pelbagai kerosakkan menuju kehancuran yg cuba d tujukan kpd umat islam oleh penyembah dajjal durjana.. perkara yg paling berjaya ada lah politik demokrasi ia sda mejadi darah daging kamu.. Ada yg menjadikan nya pla sbg kerja hasil pendapatannya d beri kpd keluarga yg akan membuat hati hitam dan keras. Tidak ada politik dlm Islam! Ini bukan fakta seperti yg ilmu dunia perlukan d setiap hujah.. Al-Quran dan Sunnah peganggan umat islam dr tersesat.. Dan keduanya tidak ada menyebut walau sekali ttg politik.. Jd kalian yg lebih bijak pandai tahu membezakan dan tahu hukumnya.. kamu yg tentukan tujuan hidup km skrg..8-10thn dulu Ada kesepakatan Ulama mengatakan masa tu d hujung fasa 3/4 kerana d fasa 4/4 menurut Rasullulah S.A.W. *Peperangan yg akan menyebabkan kerosakkan dan kesengsaraan umat manusia.. *Allah S.W.T mengarahkan langit mengurangkan dan menahan hujan secara berperengkat,juga mengarahkan tanah menahan utk meluarkan tumbuhan.. *keluarnya Dajjal durjana *** ada beberapa kejadian lg.. Dan di akhirnya adalah kiamat.. Apakah persedian yg kamu buat wahai melayu.. Masih berpolitik?masih berfikir ttg dunia dan isi nya? Syarat menjadi Umat Rasullullah S.A.W ialah Islam bukan melayu.. melayu yg mengaku islam ada 72 golongan yg seperti buih-buih d lautan..

    Allahu alam.

    ReplyDelete