Ramai yang mengaku menjadi pejuang islam dan bersemangat untuk berbakti dijalan Allah,tetapi ramai yang tidak mengambil iktibar dari sirah perjuangan rasulullah. Kisah kisah ini diabadikan dan dikenal sebagai ilmu al-maghazi.ilmu ini dihafal dan dipelihara oleh setiap pejuang kebenaran. Bila kita berpegang kepada sirah perjuangan rasulullah,maka kita tidak akan mudah termakan taktik musuh yang sentiasa menghidu kelemahan kita….malah mereka selalu cuba mengambil kesempatan keatas kita diwaktu kita sedikit terleka.
Dari segi syarak,jihad mempunyai dua pengertian iaitu umum dan khusus.
Jihad pada pengertian umum ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.
Jihad umum merangkumi semua jenis jihad iaitu jihad mali(harta), jihad tablighi(menyampaikan dakwah), jihad ta’limi(pembelajaran), jihad siyasi(politik), jihad qital(peperangan).
Jihad khusus yang dimaksudkan oleh sebahagian besar ulama ialah jihad Qital atau Qital fi Sabilillah iaitu berperang mengangkat senjata dan berdepan dengan musuh dialam nyata.Sayyid Abul ‘Ala al –Maududi dalam kitabnya Mabadiul islam,ms 147, menyebut :
“setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda,jiwa-raga,penulisan pena,kata kata lidah,maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad dijalan Allah dengan pengertian jihad yang umum.Akan tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan yang dilakukan oleh kaum muslimin untuk menentang musuh musuh islam kerana mengharapkan semata mata keredhaan Allah tanpa ada sedikit pun tujuan duniawi.”
Dikalangan ulama ada yang memberikan pengertian yang lebih umum kepada jihad dengan memasukkan sama mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Untuk menjadi JUNDULLAH sejati,hendaklah kita melengkapkan diri kita dengan kekuatan iman dan amal.Disini saya suka memetik contoh,imam as syahid Hasan Al Banna telah meletakkan jihad sebagai salah satu daripada 10 ikrar perjuangan “bai-ah” kepada setiap ‘amilin(para petugas)’ bagi jamaah ikhwanul-muslimun iaitu faham, ikhlas, bekerja, jihad, berkorban, taat setia, Thabat(tidak berganjak), tajarrud(bebas), ukhwah dan thiqah(percaya).
Marilah kita renungi sabda rasulullah s.a.w..” barang siapa mati padahal ia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang,maka matilah ia seperti mati jahiliyah”….serendah rendah martabat jihad itu ialah mengingkari dengan hati,dan setinggi tingginya ialah qital fi sabilillah.maka…” dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar benarnya”..Al-Haj: 78.
Apa yang pasti,kita sebagai generasi umat islam akhir zaman kini mesti menyedari bahawa detik dan saat untuk kita berjihad pasti datang.Pada saat itu dihadapan kita hanya ada dua pilihan; samada rela terkorban sebagai seorang syuhada atau mati tanpa ada harga dan nilai disisi Allah SWT.
Seorang pejuang juga harus bijak mengawal emosi (EQ)
Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan 2 perkara;kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat...dalam sebuah hadis Rasulullah s.aw bersabda.. "sesungguhnya aku(nabi) melarang dua suara yang dungu dan buruk,iaitu suara ketika sedang mendapatkan nikmat dan suara ketika ditimpa musibah(meratap)"
firman Allah .."...(kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu." Al-Hadid:23). maka rasulullah bersabda... "sesungguhnya kesabaran(yang sempurna pahala) adalah kesabaran ketika mendapat musibah pertama".
Oleh itu siapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa,baik waktu susah atau waktu senang,maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperolehi kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana mengalahkan nafsu. Merekalah yang akan sentiasa bersyukur bila mendapat kesenangan dan bersabar ketika ditimpa musibah.
Begitulah manusia,termasuk saya, ketika sedang bermusuh dengan seseorang,ia cenderung mengherdik dan mencelanya, dan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak kita sukai begitu saja,demikian jugalah bila kita menyukai orang lain,kita akan segera melupakan kekurangannya,bahkan orang itu terus dipuja dan disanjung umpama tiada cacat celanya.... maka eloklah kita mengambil sikap yang bersederhana dalam keduanya... umpama sabda rasulullah.."aku memohon kepadamu ya Allah , agar aku selalu bersikap sederhana, baik ketika marah atau senang.
Barangsiapa yang mampu mengawal emosinya,mengendalikan aqalnya dan menimbang segalanya dengan benar, maka dia akan mudah melihat kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan benar.
Firman Allah .." Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan kepada mereka Al-Kitab dan neraca(keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan...".. Al- Hadid:25.
Sesungguhnya islam datang dengan membawa misi kebenaran,keadilan,kesimbangan,akhlaq dan menuntun kita kejalan yang lurus,sebagaimana islam juga datang dengan membawa manhaj yang lurus,syariat yang diredhai dan agama yang suci..."Dan demikian(pula) kami telah menjadikan kamu(umat islam),umat yang adil dan terpilih.."..Al- Baqarah:143.
Maka benarlah Allah berfirman..."Mudah mudahan Allah menimbulkan kasih sayang(mawaddah) antaramu dengan orang yang kamu musuhi diantara mereka, dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang".. Al-Mumtahanah :7.
wahai sahabat seperjuangku,pembela agama dan pembela Negara,tak kira atas landasan mana pun anda berada,apakah siasah perjuangan politik anda.apapun warna kulit anda,dari mana keturunan anda,marilah kita bersatu,berkasih sayang dalam berjuang.
Tujuan kita hanya satu…mahu melihat agama islam yang maha suci ini kembali tertegak… bangsa melayu kembali segar bersemangat, berwawasan.. bukannya umpama bunga yang semakin me-layu ditangkainya…sebelum indahnya bunga,manisnya madu.. yang meresapkan manisnya dari mata turun kehati..hilang serinya… pudar warnanya.
Untuk membangunkan sebuah Negara Islam yang kuat,mantap dan berdaulat…maka sudah semestinya lah kita bersedia dan memperlengkapkan diri kita dan Negara kita dengan sistem pertahanan yang mampan dan canggih. Peruntukan dan perbelanjaan untuk membeli kelengkapan perang oleh kerajaan janganlah dipandang remeh atau ditentang secara membabi buta.Berhujahlah kita dengan bijak untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk rakyat dan Negara, bukan berhujah untuk menegakkan benang yang basah atau hanya sekadar untuk mencari pengaruh untuk kelangsungan agenda politik peribadi sahaja.
Walaubagaimanapun saya berharap semoga tidak ada pihak yang
Kerajaan hendaklah tegas dalam isu pembelian peralatan dan kelengkapan perang demi mencapai misi dan visi dasar pertahanan negara.memang perbelanjaan untuk peralatan perang ini semua mahal dan akan menelan belanja yang banyak...tapi apa guna rakyat kita kaya raya tetapi negara teramat mudah diancam dan dikuasai musuh...dan kita akan menjadi pelarian perang dibumi sendiri.
Sistem pertahanan kita mestilah canggih dan mampu melawan musuh.
Negara kita mestilah mempunyai teknologi peperangan yang baik.Teknologi peperangan merujuk kepada kesemua senjata,kelengkapan dan kenderaan untuk bertempur.Teknologi ini amat ditekankan dan amat penting dizaman rasulullah lagi.dizaman moden ini,teknologi peperangan boleh dibahagikan kepada 5 kategori:
1.senjata ofensif untuk menakutkan musuh.
2.senjata defensif untuk mengelak ancaman ofensif.
3.Teknologi pengangkutan untuk memindahkan senjata dan tentera.
4.Komunikasi yang mengkoordinasi pergerakan tentera.
5.Radar atau peralatan canggih yang mampu mengesan angkatan musuh.
Diantara langkah langkah yang diambil oleh rasulullah ialah mempelajari teknologi dari bangsa asing,menggalakkan sahabat dan ummat memberi infaq atau derma kejalan fi sabilillah,
memperuntukkan perbelanjaan yang khusus untuk membeli kenderaan dan alat alat kelengkapan perang dan sebagainya.Nabi juga selalu menggalakkan kegiatan menunggang kuda dan memanah disamping nabi juga berusaha meningkatkan kekuatan tentera berkuda baginda dari semasa ke semasa.contohnya dalam perang badar,jumlah kuda hanya 3 ekor sahaja...iaitu seekor untuk setiap 100 orang,dengan usaha baginda nisbah itu meningkat kepada seekor kuda untuk tiap tiap 3 orang.baginda berjaya mendapatkan 10 ribu ekor kuda untuk 30 ribu orang tenteranya dalam masa 7 tahun.Baginda sendiri juga mempunyai 7 ekor kuda yang terbaik dizamannya...seperti kuda-kuda yang bernama sakb,murtajiz,Tharb,sabhah...dll.
Senjata adalat alat terpenting dalam peperangan sehingga Allah menyebutkan tentang besi dalam surah Al-hadid ayat 25.Rasulullah juga memberi galakan kepada perusahaan membuat senjata seperti pedang ,tombak dan anak panah.
Rasulullah juga bersabda dalam hadis riwayat Al-hakim..."syurga adalah dibawah bayangan mata pedang".Rasulullah juga mempunyai pedang pedang yang terbaik seperti Ma'thur,Al-Adhab,Zul-Fiqar,Al-Qala'ee,
al-battar,al-hataf...dll.
dizaman rasullah juga ,baginda mempunyai teknologi peralatan perang yang sangat digeruni musuh dan pertama kali digunakan ditanah arab iaitu Manjaniq...iaitu alat melontar peluru.....ia digunakan pertama kalinya ketika rasulullah mengepung bandar Taif pada syawal tahun 8 hijrah.
Selain kecanggihan senjata untuk menyerang, nabi juga begitu menekankan alat untuk mempertahankan diri juga seperti baju besi, topi besi, Tursun(perisai), Dabbabah(kereta perisai)dll lagi.
Oleh itu untuk menegakkan sebuah negara yang berdaulat dan mempertahankan agama islam..sistem pertahanan negara adalah amat penting sekali dan segala usaha kearah itu hendaklah disokong.Apa juga usaha kearah penyatuan pejuang kebenaran perlu disokong.Ini adalah merupakan satu inisiatif terpuji kearah penyatuan dan pengukuhan barisan pembela di alam tempur maya.Sesiapa saja layak memberikan sumbangan idea,kepakaran dan bantuan terutamanya golongan cerdik IT.Perjuangan akhir zaman ini kita tidak hanya berdepan dengan musuh di alam nyata sahaja tetapi kita juga harus berwaspada dengan musuh kita dialam maya.
Catatan: Sangtawal Sakranta…
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSatu kupasan yang baik dari lubuk hati yang ikhlas.Semoga anda perbanyakn menulis kesedaran Islam.Hanya Agama Islam boleh membantu Melayu bukan keris atau apa jenis parti pun.Kesedaran inilah Mamak berjuang dalam UMNO.Islam itu persaudaraan...bukan diwarisi keturunan.Susah sekarang nak cari pemuda macam hang!.Ini lah prinsip Al-banna dalam muslim brotherhood dan MalcomX dalam black muslim brotherhood.Pemuda Melayu sekarang ramai dah jadi Racist daripada religious!!!amat sedih..menghunus senjata dan berjenaka dengan senjata adalah bidaah - Imam Nawawi.Parti politik sengaja bawa propaganda racist untuk penyatuan Melayu adalah salah.Kenapa berat sangat nak kembali kepada Islam..Rasullulah berjaya satukan kabillah yang bertaburan di tanah arab!.kenapa tak yakin dengan Islam?..kenapa..oh!Muslim become Muslim!
Salam Ya saudaraku,
ReplyDeleteTeruskan berkarya. Anda berjaya membangkitkan semangat Islam. malangnya nanti, yang akan bangun dan menggalas senjata demi Allah SWT dan Muhammad SAW adalah mereka yang tidak ternama, tidak berharta, tidak berjawatan, tidak berwawasan, tidak ramai berkawan...
Satu dalam seribu...mungkin dalam sejuta. di kala bertempiaran lari segala yang ternama, berharta, berada, mereka ini akan tegak berdiri...sama ada gemilang atau syahid! Tanah Melayu ini tidak sunyi dari para syuhada sebenarnya!
Di kala orang lain leka dalam nyenyak, tawa dalam khayal, leka diulit jantan/betina, lagu2 dan apa2 yang melekakan....mereka ini berlinang airmata di tengah malam hening nan sunyi memanjatkan zikrullah. Insya Allah, masanya akan tiba Hang Tuah Berlima kembali menjelma. Asal gemilang Tanah Melayu ini mereka berlima, akhirnya juga akan saudara berlima...