Tajuk : Siapakah Ulamak Jahat ?
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
"Berjuang dengan caranya yang tersendiri,hanya sekadar untuk mencari kebenaran.Kerana dia percaya kebenaran tetap ada di sepanjang zaman..."
Sebarang maklumat, artikel, komen,gambar atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan saya sebagai pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.Harap maklum.Terima kasih.
“Setiap artikel yang tersiar di Blog Sangtawal ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan , dakwah , perjuangan islam dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat @ link http://sangtawal.blogspot.com/ hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Akulah Sangtawal.
Raja Tilam juga namaku,
Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,
Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.
Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku
Bapaku bernama Sakranta,
pemerintah Empayar Jawaka,
Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka
Di akhir abad pertama masihi.
Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa
Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,
Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:
Al-Jawiyun nama gelarannya,
Tanah jawi tempat asalnya.
Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.
Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,
Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,
Campa,Kemboja dan Samudera - Pasai,
Bersatu di bawah Empayar Chermin.
Yang gah bernama Nusantara.
Inilah silsilah keturunanku:
Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,
ku beri gelarannya Sultan Jiddah,
Sultan Mahmud shah juga gelarannya.
Langkasuka negaranya.
Bersemayam gagah di Kota Mahligai,
Mengusir jauh Raja Bersiong,
Lalu menakluk Gangga Negara.
Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,
Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.
Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,
Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.
Anakku ini katanya mangkat 1362,
Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.
Kalau mangkat dimana makamnya?
Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa
Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,
Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.
Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa
itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,
Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.
Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa
Atau digelar Sultan Baki Syah
Raja Cermin juga gelarannya.
Keturunan kesultanan kelantan dan Champa
adalah darinya.
Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,
Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,
Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,
Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja
Juga digelar Phya Kurub Mahayana
Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai
Juga digelar Phya Tu NakPa
Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.
Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,
Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.
Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.
Puteri sulung ku Puteri Urduga,
ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.
Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.
Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh
Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,
mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah
bersamaan 1380 Masihi.
Puteri Sadong anak angkatnya,
Juga ghaib hilang entah dimana.
Puteriku yang kedua Puteri Chendana,
Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir
Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih
atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.
Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?
Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan
Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain
Yang terkumpul padanya dua kekuatan
Kekuatan Rohani dan Fizikal
Yang akan membawa panji hitam dari timur
Panji kebenaran diakhir zaman
Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.
Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,
Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam
Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,
Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.
Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?
Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.
Akulah Sangtawal Sakranta….
Aku kembali mencari negaraku yang hilang.
Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.
Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.
Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran
Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.
Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,
Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil”
Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.
Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan
Dari Maharaja gunung dan Sailendra
Mudik kehilir Sungai Mekong
Menjejak Campa dan Gangga Negara
Mencari Sriwijaya dan Mataram
Memburu perlak hingga ke pasai
Dari Pasai Ke Samudera
Lalu ku mengerti
Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana
disebut serambi mekah
Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.
Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.
Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.
Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.
Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,
Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan
Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra
iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra
Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang
Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia”
Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.
Aku mencari kitab sejarah melayu itu,
Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah
Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.
Banyak cerita samar di dalamnya,
haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,
Agar cucu cicitku bisa mengerti.
Aku mencari kitab Mahkota raja raja
Yang dikarang indah pembodek negara
Pengkhianat itu bernama Sheikh Nuruddin
Angkara dialah Sheikh Hamzah Fansuri dihina.
Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..
Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya
Masjid Baitulrahman menjadi saksi
Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti
Masjid ini masih megah berdiri
Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.
Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman
Demi kebenaran aku datang,
Demi kebenaran aku berjuang.
Kerana sejarah itu kebenaran zaman
Sejarah ditulis oleh yang menang,
Putih katanya putihlah sejarah,
Hitam katanya hitamlah sejarah.
Agar cucu cicitku keturunanku
tidak menelan mentah cerita lama
agar cucu cicitku mengerti
agar mereka menilai segalanya
dengan akal dan mata hati
Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.
Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,
Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.
Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.
Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .
Mana dia saudagar sejarah,
Mana dia peniaga bangsa.
Mana dia tetamu yang tak diundang
Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota
Telah lupakah dikau asal usulnya dimana
Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas
Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa
Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha
Lalu bertanya erti ketuanan
Siapa itu ketuanan Melayu katanya
Apakah sewaktu datang mu dulu
negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?
sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat
mana ada ketuanan rakyat?
Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah
Namun bila panji kebenaran tertegak
pasti
Cerita dongeng mereka akan berselerak
Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.
Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan
Wasiat Rasul dikeji jangan
Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin
Yang bernama Nusantara.
Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang
Mana dia bangsa jawiku yang terbuang
Mana Empayar melayur yang hilang
Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang
Moga ketemu diakhir zaman
Moga bersatu diakhir zaman
Moga menang keakhir zaman
Bersama kita nantikan
Nukilan : Sangtawal Sakranta ….ahad ,21.12.2008 at 7.25am.
Di dalam keris yang sebilah
Terkandung tuah dan maruah
Yang tuahnya selilit kepala
Yang maruahnya selilit pinggang
Yang tersembunyi di dalam mata
Yang tersimpan dalam pamor
Yang tersorok dalam sepuhan
Yang terselindung dalam besi
Yang terpatri dalam baja
Yang terpegang dalam hulu
Yang terlekat dalam sarung.
Puisi Oleh :
Dr Tengku Nasaruddin Said Effendy
Sabda Nabi SAW bermaksud ; “ Didalam tubuh manusia itu,ada seketul darah,jika darah itu baik,maka baiklah manusia tersebut dan jika darah itu kotor maka kotorlah manusia itu.Sesungguhnya ketulan darah itu ialah hati (qalbi)”.
"Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya- Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada sebuah pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya saja hampir2 menerangi walaupun tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [Al Quran An Nur : ayat 24 – 35],
33 comments:
saya rasa saya tahu siapa "tok guru" itu..
Ciri-ciri ulamak jahat adalah ulamak yang bersekongkol dengan pemerintah yang masing-masing ada kepentingan sendiri. Mudah saja nak label negara ini negara Islam, tapi adakah sistem undang-undang yang ada sekarang menepati ciri-ciri negara Islam?
Dan siapakah yang berkuasa memberi kebenaran orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka? Tak lain tak tak bukan, pihak yang sedang memegang tampuk pemerintahan Malaysia sekarang. Dan siapakah yang mendokong mereka ini? Tak lain dan tak bukan, syaitan-syaitan bisu.
saya rasa saya kenal ulamak yang jahat itu. suka mengeluarkan fatwa dan amanat yang membabi-buta ikut sedap mulut dia je...kata org lain sesat diri sendiri sesat tak perasan. kalau diri sendiri tersepit suka menyalahkan pihak lain..
Ulamak jahat ialah ulamak yang menuduh ulamak baik sebagai ulamak jahat.
Assalam....
quotes: "Mereka menuduh Negara ini sebuah Negara sekular dan perlembagaan yang digunapakai adalah yang digubal oleh orang kafir.".....
HANYA MAMPU TERSENYUM SINIS....sedangkan perlembagaan itu sendiri diangkat sebagai undang-undang tertinggi negara...TIDAK BOLEH DIATASI OLEH UNDANG-UNDANG LAIN WALAUPUN ALQURAN...kalau la betul al-Quran boleh mengatasi perlembagaan...dah lama dah orang guna Quran bwk msuk n guna dalam Mahkamah Majistret,Persekutuan,Tentera...(tersenyum sinis lagi)
120 000+- nabi,300+ rasul,empat buah kitab suci diturunkan...akhirnya undang2 ciptaan manusia jugak yang diguna dan dipertahankan....wallahua'lam
Masa lalu, mereka belum diuji dengan perkara2 ganjil, maka jatuhlah hukum ulama jahat itu yang kerja dengan kerajaan, makan gaji.
KELAKAR jadinya bila sebuah parti politik yang menaungi Islam sejak merdeka Pan Islamic Party menggunakan berbagai nas dan hukum menjatuhkan hukuman kerajaan ini "kafir" kerana bersama dengan kaum kafir. Haha.. kini Allah uji mereka semua dengan satu ujian getir, maka terhasillah satu pakatan JAHAT yang menyerang Islam dari dalam/ Islam Liberal dsb. Bersekongkol pula dengan musuh nyata iaitu parti politik yang memperjuangkan kaum kristian memusuhi Islam.
Kini segalanya terlambat untuk kembali semula ke landasan. Kerosakan ummah sangat besar akibat para pemimpin ulama yang sebelum ini sering menuduh orang lain jahat sebenarnya ternyata merekalah yang jahat. Pengikut mereka menumpang tempias. Ikut terseret bersama lendir yang mereka keluarkan.
Ulama Cinta Dunia. Ingin disanjung taksuka dikeji. Singkir sesiapa sahaja yang tak se"bulu" dengan mereka. Berketuakan seorang munafik yang kononnya seorang aktivis Islam berselindung di sebalik tudung anak bininya.
hehehhe... kita kutuk dan kutuk... dah jelas perlembagaan negara mengatasi Al-quran dan sunnah... so... sape yg membiarkan perkara ini berlaku.... British tahu siapa yg akan memelihara perlembgaan yg mereka tinggalkan... hehehheeh... salah ulamak lah jugak... hehehehe menjadi tali barut freemeson tanpa sedar "parti" itu... dia yg memerintah.... tidak akan berdiam dir org yahudi dan nasrani selagi kamau tak ikut mereka... jadi "parti" itu adalah penyambungnya. hehehhee
Ulama itu bernama...
Tn.Tenuk siput Tekukur@Virus Nipah.
dari negeri Garam Patola.
Dia pernah berkata..tuhan duduk mcm dia duduk..cipan tua pon tak pernah kate mcm tu.
Undilah parti Menongkat Langit..
Anda comfirm dijamin syurga loka..
Siput babi betullah sapa yg kate mcm tuh..
ULAMAK JAHAT ADALAH ULAMAK UPAHAN UMNO .........MALAYSIA MEMANG NEGARA SEKULAR......UNDANG-UNDANG TERTINGGI ADALAH DIGUBAL OLEH KAPIR LORD REID....
Perlembgaan Malaysia adalah yg teratas..mengatasi Al-quran... uhhhh ... apakah hukumnya ini... aakah kita hidup dengan penuh kesyirikan kerana Hukum Allah di bawah perlembgaan Malaysia... siapa kita yg boleh menolak hukum Allah... uhhhh... PARTI itulah penyambung kesyirikan ini... 50+ tahun memerintah masih sama.
Salam,
"The GAME"
Permainan yang mempermainkan kalimah 'Allah' sudah lama dimulakan (bertahun lamanya), ia bermakna permainan itu sudah lama dimulakan. Untuk apa pula permainan ini diadakan? Ia untuk menyingkirkan 'individu' di posisi tertinggi dalam 'organisasi' itu. Ia supaya orang ramai melihat (dipertontonkan) bahawa pemimpin tertinggi itu tidak layak dijadikan pemimpin kerana tiada pendirian, dan pendiriannya pula bertentangan dengan 'majlis pimpinan ulama tertinggi'.
Ia juga bermakna sudah lama dirancang untuk menyingkirkan pemimpin itu ....
Apabila 'pemimpin' itu sudah diperlihatkan sebagai seorang yang 'tiada pendirian' dalam hal sebesar kalimah 'Allah', maka wujudlah situasi PAST and PRESENT..
PAST..
'Pemimpin tertinggi' mereka kata kalimah 'Allah' boleh digunapakai oleh nasrani/kristian.
'Pengikut' pula setuju tanpa bantahan.
Malah dihina pula orang-orang yang tidak bersetuju, mereka kata orang yang tidak setuju itu jahil.
PRESENT..
'Pemimpin dalam majlis ulama tertinggi' mereka kata kalimah 'Allah' tidak boleh digunapakai penganut agama lain.Ia bertentangan pula dengan pendirian 'pemimpin tertinggi' mereka.
'Pengikut' yang dahulunya lantang dan galak mempertahankan pendirian terdahulu terus diam.
..Apa bolehkah dikatakan pimpinan majlis ulama tertinggi mereka juga 'jahil' sepertimana kata-kata penghinaan yang mereka hamburkan kepada golongan yang mempunyai pendapat yang sama seperti itu sebelum ini????...
Hasil daripada 'situasi' itu berdasarkan keadaan yang sedang berlaku,semakin banyak kumpulan (in house groups) dalam organisasi itu mula bangkit bertanyakan pendirian 'pemimpin tertinggi' mereka dalam organisasi mereka yang bertentangan dengan pendirian baharu yang dikeluarkan oleh 'majlis pimpinan ulama tertinggi' mereka.
'Pemimpin tertinggi' itu pula masih belum bersedia menjawab segala pertanyaan itu, ia sememangnya tidak menyelesaikan kekeliruan, sebaliknya menimbulkan lebih banyak 'persepsi negatif' di kalangan pengikut dan akan lebih mengeruhkan keadaan, ia juga akan membuatkan kredibiliti dan reliabiliti (kebolehpercayaan) yang ada pada pemimpin tertinggi itu jatuh merudum sekelip mata.
Dalam keadaan ini, pemimpin tertinggi organisasi itu sudah terperangkap, tersepit dan terjerumus ke dalam permainan....-The GAME-...
Anda nampak apa yang anda lihat?
Sila perhalusi tentang 'sub-sistem' dalam sistem permainan ini.
DEMOCRACY...-the dirty game-
Aku tetap sayangkan dikau..
walau kita tidak duduk bersama..
Saudaraku.
Si 'A' berkata kpd X,Y dan Z.....
Eh..kau org tau tak...
Si 'B' tu jahat tau..
dia kan bla..bla..bla..
Pas tukan.. Si 'C' tukan..lagi jahat tau..dia ada buat bla..bla..bla..dgn ...
Eh..Kau org nak tau cerita lg tak?..
Si 'D' tuu pon oley tahan jugak...
dia kan dgn bini org tukan...
bla..bla..bla..
Persoalannya...
Siapa yg JAHAT!!! sebenarnya?...
Boleh sama-sama berkongsi fikiran..
aku rasa, topik ni best la. tapi kan, ulamak jahat, ulamak baik. kita takde kuasa nak cakap siapa jahat siapa baik. yg penting aku rasa kita kena BALIK SEMULA BERSATU sesama islam, lagi bagus. dari hangpa dok ngata parti tu kapir, parti tu korup, parti tu tak elok baik hang pa renungkan balik diri hangpa. satu jari tunjuk kat org, 4 kat diri kita balik.
bab demokrasi, aku pun rasa negara kita sepatutnya meninggalkan demokrasi,baik kita berbalik pada al-quran, lagi bagus. meninggalkan di sini bukan bermakna menentang. kalau menentang demokrasi bermakna menentang kerajaan. so, tinggalkan, lagi afdal.
bab ISA, aku rasa pemimpin kita dah buat salah percaturan. ISA tak patut dimansuhkan, tengok la akibatnya, waktu zaman mahathir takde sapa bukan melayu berani menentang kerajaan, menyaman sultan, menghina sultan, buat tuntutan tak masuk akal. sekarang, semua naik tocang. kaduk naik junjung.. duduk dalam ISA bukannya kerajaan seksa, kerajaan brainwash je bagi baik balik. fikir.
bab perpaduan, better pas dan umno bersatu. tu lagi baik. pas jangan duk asyik kata kafir, tapi sepatutnya tolong menasihati umno cara2 memimpin kerajaan. umno pulak kena jua bagi ruang pada pas bersuara, cthnya dalam isu hal ehwal islam. umno kena ubah pemimpin yg korup, suka duit, hidup mewah. masing2 ubah kelemahan masing2.
bersatulah kita, sesama moslem.
salam,rasanya kalau kita ditakdirkan jadi ulamak agaknya kita pun sama je kot...ciri2 tu macam melekat pada diri kita sendiri je...siapa tahu kan?mungkin kita lah ulamak jahat tu?contoh macam annur,kalau bercakap jahat memanjang...tapi perasan diri baik...kita semua manusia pasti buat kesilapan...kerana itu hidup selalu dikatakan perjuangan untuk setiap detiknya...kalau salah tadi,skrang ubah jadi lebih baik...hanya kita dan tuhan benar2 tahu apa 'wajah' kita yg sebenarnya...cuba dgr lagu bossanova,khas utk Sdr Sangtawal...:D
Kalo gitu Syeikh Yusoff Al-Qardawi pun termasuk dalam ulamak jahat juga la sebab dia membenar orang kafir menggunakan perkataan Allah swt? Padahal dunia mengiktiraf belaiu sebagai ulamak no.1 dunia. Beliau berkata BENAR sehingga diusir dari negara kelahirannya. Kalo beliau ulamak jenis lembik tenguk baik dia bodek jer kerajaan negeri kelahirannya, untung2 jadi mufti. Sebenarnya bible sudah menggunakan perkataan Allah nie sudah berzaman dah di negara Arab dalam bahasa arab. Melayu bengong jer rasa mende nie berkara baru. Dah beratus2 tahun bible bahsa arab tulis perkataan Allah. Ulamak dulu2 tak kecoh tetiba melayu perasan alim wat kepoh sedunia.
ulamak pas adalah ulamak jahat.....hudud?lupakan la pas draf hudud dari dulu sampai sekarang pun xde!...kalimah allah pun bole jual.....
ulamak cari makan/gaji - hanye tengok pemimpin dia buat onar tapi bab remeh temeh sgt tegas...
-belantara hutan
ulamak yg sygkan judi dan riba
adalah ulamak jahat...sambil mengaku ini adalah negara islam sebenar..TOTO,MAGNUM,GENTING,
ulamak jahat..adalah ulamak yg merelakan kerosan akidah masyarakat..konsert jom heboh..muzik2..mentor..AIM
bloger yg jahat pula,,bloger yg bersama ulamak..yg rela melihat kerosakan akidah..merelakan perbuatan rasuah..merelakan judi..merelakan kezaliman..dan kononyer..bloger konspirasi ..anda dapat syer yg sama..dgn ulamak tersebut...
@ Wasinni
salam sejahtera semua. Memang lah kitab injil arab tu mengandungi kalimah Allah kerana orang Arab kristian, sejak lahir lagi telah menyebut Allah. Begitu orang Yahudi juga. Mereka mengenali kalimah Allah sejak ribuan tahun yg lalu. Sebelum zaman Rasullullah lagi. Dan kitab2 rekaan (bible, Old & New Testaments) mereka pula bila diterjemahkan ke bahasa lain (latin,dll) mengagntikan kalimah tersebut dgn Yahweh, etc..
Yang sah dan pasti - mereka, orang Arab tidak kira muslim atau tidak, mempunyai hak atas kalimah Allah di dalam bahasa ibunda sendiri.
Tapi iktiqad dan kefahaman atas konsep ketuhanan yang benar telah lari dari landasan asal agama mereka dan dipengaruhi oleh ulamak dan pendita jahat.
Lansung dari perintah Allah SWT kepada Rasullullah SAW supaya tidak mengendahkan cacian dan salah-guna kalimah tersebut walaupun ia mengganggu fikiran dan jiwa Rasullulah SAW tatkala sebelum turunnya wahyu yang berkenaan.
Ini adalah Wahyu khas buat Rasullullah SAW. Ulang skali lagi, wahyu dari Allah SWT untuk menyempurnakan AgamaNya, diarah RasulNya mengikut wahyuNya.
Jadi, Agama Islam secara kesluruhannya telah sempurna dan tertegak dengan jayanya. Adakah Wahyu lagi akan turun untuk melengkap cara menangani krisis kita sekarang? pasti tiada.
1) Konteks yang perlu relevan ialah mengapa bible yang diterjemah ke bahasa Melayu perlu mengandungi kalimah Allah sedangkan tidak pernah demikian di Malaysia sebelum ini? 2) Atau kejayaan relatif gerakan pluralisma di Indonesia memberi satu ilham kepada Christian Missionaries untuk menarik minat remaja kepada Christianity? 3) adakah dengan cara wahyu Allah pada RasulNya perlu digunapakai secara total? Kerana Allah SWT tidak lagi menurunkan wahyu lagi..
Ataukah Ulamak dan ketua Agama yang sediaada perlu ijtihad sendiri dan yakin bahawa risiko murtad dikalangan orang islam akan bertambah?
Sedangkan Saidina Abu Bakar memrangi murtadeen. Inikan kalimah yang sangat suci ingin diolah bersama fahaman yang karut mereka didalam injil yang sesat?
Jelas bahawa kerajaan pimpinan UMNO itu tersangat jahil lansung membenarkan perkara ini terjadi. Mengapakah pimpinan Muslim PAS dan PKR mahu mengikut?
Why do we need to be apologetic on things which are within our rights enshrined in the constitution (averting dakyah sesat), though deemed secular at this stage?
If we cannot control The Kuffars politically, we cant never bring peace ourselves. If we try applying 'dakwah', the leaders we have right now are from the aspirations they ought to be.
So there is a conundrum. So who??
Lihatlah di dalam diri sendiri...bukan kebergantungan kepada pemimpin yang ada sekarang dan bukan demokrasi...
Agak2, berapa ramai yg faham ttg perlembagaan malaysia memberi komen di atas?
Memang perlembagaan adalah undang2 tertinggi negara kita tetapi ia adalah ciptaan manusia manakala AlQuran adalah qalam tuhan yg tidak boleh dipinda bahkan tak boleh dibandingkan dengan perlembagaan.
34% rakyat malaysia tidak beriman pada AlQuran justeru mustahil mereka akan bersetuju apalagi mematuhi AlQuran yang diterjemah menjadi perlembagaan.
Yg mampu kita lakukan sejak merdeka ialah meletakkan Islam sbg nadi pada perlembagaan. Hal ini dilakukan dgn meletakkan pada Perkara 3 bahawa Islam adalah agama persekutuan dan dlm Perkara lain dinyatakan dgn jelas bhw ketua negara bertanggungjawab penuh menjaga Islam.
Apabila Islam sudah diletakkan di tempat teratas dlm perlembagaan dan ketua agama Islam adalah ketua negara maka kita mempunyai ruang seluas-luasnya bagi menjelmakan hasrat menjadi sebuah negara Islam. Dengan kata lain perlembagaan tidak boleh dipersalahkan.
Langkah kedua kita bukan menukar perlembagaan tetapi mengisi negara kita dengan Islam semaksimum yg mungkin dgn mengambil kira kepentingan sah warga bukan Islam yg berjumlah 34% itu. Perjalanan kita masih jauh. Usia setengah abad bagi sebuah negara yg sblm ini terjajah hampir 500 tahun masih terlalu muda. Namun yg telah kita capai setakat ini sudah cukup baik. Kerajaan yg ada skrg tidak sempurna tetapi untuk ummat akhir zaman yg serba lemah ini, ia sudah cukup baik. Jangan sampai yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.
Kerajaan yg melahirkan sejumlah terbesar penagih dikalangan melayu islam..sejumlah terbesar banduan melayu islam..pembuang anak terbesar melayu islam ..bangsa paling miskin dan kite menyanjungnya sbg terbaik memenuhi kehendak allah swt..tahniah la pd yg berfikiran camni..hang jawablah nnt ye
Masalah sosial bukan hanya salah kerajaan. Ulama buat apa? Ibu bapa buat apa? Guru buat apa? Semua tu dah diberi tanggungjawab. Sebenarnya sikap ulama yang berlagak seperti pemegang kunci syurga dan neraka menyebabkan anak muda bosan.
kerajaan itu umpama ibu bapa kite lah cheguman..mendidik..anak (rakyat)..jika ibu bapa kencing berdiri..anak akan kencing berlari..
kalo nama chegu..tp x serupa guru..pasti bermasalah
salam.
1. ulama yang jahat ialah ulama penjilat kerajaan yang 'mengesahkan' segala perlakuan kerajaan yang tidak menurut hukum Allah dan menghalang-halangi manusia ke jalan Allah.
2. ulama jahat ialah mereka yang berani mendustakan agama... yang haram dikata halal dan sebaliknya. sekejap haram, sekejap halal, kemudian haram balik, kemudian halal seolah mereka adalah Tuhan yang menentukan hukum. semua bagi memenuhi impian masing-masing dari habuan dunia.
jika mereka tidak mahu kembali dan bertaubat, maka siapkan diri di dunia ini untuk menghadapi suatu hari di mana mereka semua akan dihukum. dan lebih-lebih lagi hukuman di akhirat.
soalan: mahukah kamu menjadi Dajjal? dia belum keluar dan siapa-siapa boleh jadi dajjal. calon yang paling sesuai ialah yang paling banyak berdusta tentang agama tetapi Allah lebih Tahu siapa dia.
wassalam
Sangtawal memang ameno dari dulu lagi
Kelat. Pekat.
Bagaimana pun , maaf anda silap.
Says tak pernah setuju dengan kegilaan anda.
Apabila blogger jahat bersama ulamak jahat..yg menghalalkan arak..judi..zina...dan kononya pejuang kalimah allah..tetapi pd masa yg sama telah meluluskan penggunaan kalimah allah diguna pd bukan islam(sentiasa berkata tidak benar)
Insya allah perkara bathil akan musnah jua..
Ulama yanag jahat ialah ulama yang suka memaki hamun,menghasut dan menfitnah.
Ulama yang jahat ialah ulama yang suka memutarbelitkan kata-katanya. Perjuangan mereka bukan kerana Allah tapi kerana nak ke putrajaya.
Banyak orang ambil terus saja apa yang didengar daripada pihak ketiga,kemudian suka-suka hati buat kesimpulan kata si polan tu jahat,si polan ni jahat.Lepas tu,sebarkan.Ada siasat tak kebenaran pada setiap apa yang kita dengar/dapat tu?
Bagi aku,umat islam telah diserang dari semua sudut.Ada saja pihak yang nak ambil kesempatan.Dia tak boleh masuk ikut kerajaan,dia masuk dari belah pembangkang.Janji matlamat tercapai.
Yang mengaku islam ni pulak sibuk gaduh,tuduh menuduh antara satu sama lain.Ingat lah,musuh sebenar kamu bukan musuh politik kamu.Musuh sebenar kemanusiaan adalah syaitan.
Wallahua'lam.
minta penjelasan drp semua.. antara pertahankan penggunaan kalimah Allah dgn pertahankan Akidah umat Islam mana lg utama?
PAKATAN RAKYAT (PAS PKR DAP)
1. Hapuskan TOL
2. Turun Harga Petrol 40sen
3. Pendidikan dari Sekolah hingga Universiti Percuma.
4. Hapuskan PTPTN..
5. Penurunan harga Kereta sebanyak 30%..
6. Air percuma.
7. Cas Elektrik diturunkan..
8. Penurunan Harga Rumah..
9. Hapuskan Saman AES.
10. Wifi / Internet Percuma….
Dan yang Paling Utama:
1. Pelaksanaan Hukum Allah..
2. Menghapuskan Rasuah..
3. Pulihkan sistem kehakiman…
4. Menghapuskan Riba / Interest..
5. Pelaksaan Dinar Emas dan Perak (seperti Dinar Emas Kelantan sekarang ini) ..
6. Pembelaan Nasib umat islam di palestin, Rohingya dan lain2 negara..
InsyaAllah… Semua ini akan ditunaikan seawal hari Selasa ini secara berperingkat…
Kerajaan Pakatan Rakyat di empat2 negeri telah terbukti dengan melaksanakan janji...
Ingat kata2 Ketua Audit Negara:
“Keempat2 negeri dibawah Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan prestasi, Penurunan kadar Hutang negeri, penurunan indeks rasuah, peningkatan pendapatan hasil negeri berbanding dengan negeri2 lain di bawah BN yang mendapat prestasi teruk…”
Ingat!!..
Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi (ulama islam No.1 dunia) telah mengatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling layak untuk memimpin Malaysia pada zaman ini…(sila lihat surat beliau yg dihantar kepada Tuan Guru Nik Aziz)…
Marilah Undi Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) ..
Allahu Akhbar!!…
Ini Kali lah…
Post a Comment