Saturday, July 07, 2012

Jangan Biarkan Kapal Ini Tenggelam.



Tajuk : Jangan Biarkan Kapal Ini Tenggelam.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Negara ini umpama sebuah kapal. Kerajaan ibarat nakhodanya dan rakyat jelata adalah penumpangnya. Kerajaan juga adalah terdiri dari rakyat jelata pada asalnya, lalu diangkat menjadi pemimpin. Biasanya mereka adalah terdiri dari rakyat yang terpilih.

Dalam sebuah negara demokrasi seperti negara kita, sistem demokrasi itu sendiri telah memecahkan rakyat kepada dua kelompok iaitu yang menyokong kerajaan dan satu pihak lagi yang membangkang kerajaan. Pengubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan mestilah di ‘check and balance’ oleh pembangkang, barulah ia boleh diterima pakai untuk memenuhi hasrat rakyat.

Pembangkang juga harus ingat, tugas mereka adalah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada demi kepentingan rakyat.Teguran dan cadangan membina haruslah untuk penambahbaikan dan memberi manfaat kepada rakyat jelata jua.Walau apa pun pegangan politik mereka, kepentingan rakyat mestilah diletak paling hadapan.Parlimen perlu dijadikan medan mempersembahkan ilmu dan idea serta harapan rakyat bukannya menjadi medan perbalahan atau perang mulut yang memalukan bila dilihat oleh rakyat!

Setiap pemimpin mestilah berilmu, bijak dan mampu bekerja untuk rakyat, bukan rakyat yang perlu memerah keringat mengkayakan segelintir pemimpin yang kemaruk wang dan kuasa atau betina. Pemimpin yang naik bukan dengan jalan yang betul, seperti bodek, ugut, rasuah dan penipuan biasanya tidak kekal lama. Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang rosak moralnya dan akan jatuh dengan hina dalam kancah politik di dunia ini sebelum dibakar dengan api neraka di akhirat.

Pemimpin perlu kuat dan berani serta mampu membuat keputusan dengan bijak dan tepat tanpa mudah dipengaruhi oleh sesiapa termasuk bini, anak menantu , pencacai politik pembodek setia.

Aristotle

Wahai pemimpin politik dalam negara , renungilah kata-kata Aristotle ini:

“Tujuan politik adalah bagi kebaikan manusia” ( Aristotle, NE, 1.2, 1094 a26-b7 )

“Ketika kita mengkaji persoalan-persoalan ini, kita mungkin akan mendapatkan pandangan yang lebih baik mengenai persoalan yang berkaitan dengan jenis perlembagaan yang terbaik, dan bagaimana masing-masing perlembagaan disusun, hukum dan adat apa yang perlu dipakai jika ingin memperoleh hasil yang terbaik” ( Aristotle, NE,X.9, 1181 b20-2 )

Tulis Aristotle, guru Alexander The Great itu lagi dalam bukunya yang berjudul Politics :

“Jenis orang (Plethos) yang sesuai bagi pemerintahan (politicon) adalah orang yang secara alaminya eksis ( kuat / berkuasa ) dalam suatu kumpulan (plethos) warga/orang yang mampu berperang, yang mampu memerintah dan diperintah, sesuai dengan hukum yang mengagihkan jawatan kepada orang yang mampu berdasarkan kebaikan. Jadi, ketika beralih ke seluruh keluarga ataupun beberapa individu , yang memiliki kebaikan luar biasa mengungguli orang lain, maka adalah adil keluarga ini mesti diberikan kerajaan dan kekuasaan ke atas semua orang, dan orang ini semestinya menjadi raja…” ( Aristotle , politics, buku 111.17, 1288a6-15 ).

Oleh itu, rakyat ibarat sebagai penumpang sebuah kapal, jangan biarkan nakhoda memusnahkan atau menenggelamkan kapal dengan sengaja. Rakyat pula , jangan bertindak membocorkan kapal dari bawah dek kerana tidak berkenan dengan nakhoda di atas, kerana dengan tindakan bodoh itu kapal pasti akan tenggelam.

Kapal ini kapal kita, marilah bersama bersatu melayarkannya dengan gagah membelah ombak dan badai di samudera.


*[ Artikel ke - 252 Sangtawal Sakranta ]...


13 comments:

Anaknda Bertuah said...

Assalamu'alaikum...wrt

Ya, ayuhlah bersama bersatu melayarkannya dengan gagah membelah ombak dan badai di samudera.
Bahtera Merdeka. Bahtera Malaysia. Bahtera Agama, Bangsa dan Negara.

Wassalam...

Anonymous said...

demokrasi itulah kebathilan ciptaan musuh Islam untuk melagakan umat serta bangsa.
Bersatu untuk Islam ialah menegakkan haq serta menghapuskan kebathilan.
Jika masih berada di atas landasan kebathilan maka pihak lagi satu akan menang, seterusnya penyatuan itu masih lagi berada di atas titik yang rapuh.
Tiada nakhoda yang hebat jika kompas agama tidak digunakan, kapal kan karam dihempas badai musuh yang telah berjaya mencipta ribut permusuhan.

Anonymous said...

Kami nak Khalifah.. bukan hidup berparti... KHALIFAH... apa yang pemimpin negara islam Malaysia buat bila Org islam Mynmar dibunuh, Syria di bunuh. palastin di bunuh... KHALIFAH.. .. KHALIFAH

Anonymous said...

Khalifah telah ditentukan oleh Allah siapakah yang dipertanggung jawab untuk menyandangnya. Khalifah itu tidak akan muncul jika kita tidak bersedia untuk menerimanya... tetapi awas kemunculan khalifah telah ditetapkan masanya, walaupun kita masih belum bersedia. Ketika itu ramai yang menangis kekesalan dan menangis kesyukuran...

NoTa: Hanya satu khalifah sahaja di muka bumi... yang lain adalah wazir atau sultan... Nusantara hanya wujud seorang sahaja wazir/sultan ini.... Kemunculan mereka bukanlah melalui sistem peti undi demokrasi ciptaan yahudi...!!!

Anonymous said...

ORANG NAK KE BARAT, IKUT JEJAK LANGKAH SOLDADU DI SANA. KONON BOLEH MENAPAK KE SYURGA..

SORANG PULAK ASYIK MEMANDANG KE TIMUR DI MANA KOMUNIS MULA BERTAPAK..WALAUPUN DI SELATAN ADA KAUM KERABATNYA..HATINYA TETAP MELEKAT DI NEGARA ASALNYA..

SORANG PULAK TERGILA2 NAK BERLABUH SAHAJA JADI RAJA DI NEGARA TENGAH..DUA2 DIA HENTAM..KIRI KANAN TIMUR BARAT LAKI POMPUAN DIA BELASAH..MAKA LAMA KELAMAAN BAHTERA KARAM TERBELAH DUA..

BOLEH PERCAYAKAH NAKHODA2 ITU?

Anonymous said...

Salam, sebab sistem khulafa yg diperintah oleh seorang khalifah belum wujud lah kita xdpt buat apa2 bila umat Islam ngara lain dibunuh.

Usah beranganlah dgn kita mendewakn sistem demokrasi Yahudi Barat ini akn tertegak sistem yg adil lagi aman. Islam itu agama kasih sayang, sehinggakn dgn haiwan pun ada akhlak. Cuma penipu2 agama dlm Malaysia ini yg xhabis2 menipu umat dgn slogan Islam dn Hudud, tpmereka sndiri 'beriman' dgn cara Yahudi, bermusuh2an. Sistem yg ada skrg bukan cara yg diajar Nabi, maka ia akn tetap jd barah dan perpecahan umat.

Sustem demokrasi barat boleh dimanipulasi dgn siapa yg kuat bohong dn perang saraf merekalah akn menang undi... Pndek kata rakyat boleh dipengaruhinoleh org sesat utk tarik undi majoriti..maka org sesatlah yg berkuasa.

Sistem Islam meletakkn Tauhid pd Allah sbg tali asas, bukan kempen undi. Mndidik rakyat supaya mendekati Allah, mengasihinRasulullah, maka lahirlah rakyat2 yg beriman dn baik akhlak, maka Islam akn terlaksana, mereka redho pd Islam..

Adakh skrg ini begitu?!

Anonymous said...

salam, setiap kita adalah khalifah terhadap anggota tubuh kita sendiri sehingga sampai tempohnya,.. sebelum kita cerita yang besar-besar dan mengharapkan orang lain tunaikan tugas merek, maka kita perlulah jujur dan tunaikan tugas dan tanggung - jawab terhadap diri dan anggota tubuh kita... misalnya hak dahi untuk sujud kepada Allah swt..lepas tu bila kita berkeluarga dan dewasa maka kenalah kita tunaikan hak keluarga.. bila kita berjiran, kenalah kita tunaikan hak jiran.. lepas tu hak masyarakat setempat.. juga kena kita kena tunaikan.. seterusnya hak wilayah dan hak negara.. baru lah kita buleh kata tentang khalifah dalam satu negara.. bagaimana kita nak dapat hak kita dari khalifah negara kalau kita sendiri cuai... tak kan tanam lalang tumbuh padi.. fikir-fikirkan lah.. negara bermula dari seorang rakyat.. dan rakyat itu adalah kita semua...

Anonymous said...

salam....

yg pastinya dunia menuju ke zaman pengakhiran... kiamat pasti akan berlaku...

Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata:

“Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”

Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)

kalau dunia sedang menuju ke pengakhiran, bermakna pasti sudah akan berlaku berbagai kemungkaran, jd siapa kita utk menafikannya melainkan kita kembali sepertimana hadis baginda yg ini....

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". (H.R. Muslim)

zaim zaiman

Anonymous said...

Kapal itu tidak tenggelam

Cuma nakhoda Nya saja yang bertukar

Anonymous said...

Ya, nakhodanya akan bertukar....insyaAllah

Kacau Daun said...

jangan biarkan kapai tenggelam...
lebih baik tukar nakhoda yang sedang mabuk kepayang....
supaya kapal kita tidak tenggelam....
sila tukar sekarang....sebelum ia karam...

Anonymous said...

Pas dan Umno sama saja. Kedua-dua nakhoda mereka sudah hilang peta haluan.

untuk Pas,
Kalau nak Islam, tak perlu serah undi kepada rakyat supaya undi Pas baru dapat perintah dan laksanakan hukum Islam.

untuk Umno,
Kamu ini jangalah menjadi seperti janji dajjal, yang kononnya mampu memberi itu dan ini kepada rakyat.

Iltizam pemimpin yang adil, ikhlas, jujur, amanah sahaja yang mampu membawa umat ke jalan yang lurus.

mencari pemimpin atas kerta undi, maknanya akan berterusanlah fitnah, rasuah, bohong dan segala macam maksiat lagi. Apa Pas fikir, Islam akan bangkit menerusi jalan itu?????

Umno, kamulah yang melemahkan umat Islam. Islam moderate dengan maksiat????

Anonymous said...

nak wat cmner..semua nie mmg telah tertulis..kita berada di akhir zaman,,di zaman pemerintahan yg fasik,"pekak, buta dan tuli".

x sabar rsnyer menanti sebuah keadilan dan kemenangan dibwh satu Khilafah yg dijanjikan Allah swt..

ops dan yg pastinyer keadilan itu bukan berada di bwh UMNO,PAS and PKR..all that are craps and rubbish!