Monday, April 30, 2012

Kelahiran Anak Kuda - Sabaha



Tajuk : Kelahiran Anak Kuda: "SABAHA"

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Pada pagi jumaat , 27/4/2012 yang lepas saya dikhabarkan dengan satu berita gembira iaitu Sitra telah selamat melahirkan seekor anak kuda jantan kacukan baka arab.Tanpa berlengah lagi saya pun terus pulang ke kampung saya untuk melihat anak kuda tersebut.



Alhamdulillah, semuanya selamat.Sitra melahirkan sendiri anak sulungnya tanpa pertolongan atau observation dari kami, mungkin dalam sekitar jam 4.00 atau 5.00 pagi. Kelahiran adalah awal 2 minggu dari tarikh yang dijangkakan.



Amat bersyukur sekali kerana anak kuda yang dilahirkan itu sangat comel dan banyak mewarisi bentuk fizikal seekor kuda arab terutamanya dibahagian muka, telinga dan ekornya dari sebelah bapanya. Berbaloi rasanya membelanjakan RM 2K untuk pembakaan dengan kuda arab pada 4/6/2011 yang lalu. Saya menamakan anak kuda yang baru lahir ini SABAHA, sempena mengambil nama salah seekor kuda kesayangan Rasulullah saw yang pernah dipelihara dan ditunggang oleh Baginda serta pernah menang dalam perlumbaan kuda.



Dijangkakan kuda ini akan mempunyai saiz fizikal yang lebih besar dan ketinggian melebihi ibunya bila ia dewasa nanti. Jika dilihat kepada aras lutut Sabaha dan ibunya sekarang ini pun sudah sama .Semoga Sabaha cepat membesar dan masuk kategori saiz Kuda Kacukan Kelantan A.

* Sabaha dan ibunya Sitra- hari pertama kelahiran.

Mungkin antara sebab Sitra melahirkan anak lebih awal dari jangkaan adalah kerana kami telah membawa Sitra bersama 7 ekor kuda lain termasuk kuda jantan saya Black pada 11/4/2012 ( cuti hari keputeraan YDP Agong ) yang lalu , menunggang secara agak lasak ( kami panggil 4x4 endurance .. !!! he he he ) dalam hutan melalui jalan orang mengeluarkan balak di Bukit Batu Tapong. Kami mula memasuki jalan balak itu jam 9.30 pagi dan kembali semula sekitar jam 3.00 petang! (tak tahu la dalam berapa kilometer jaraknya). Perjalanannya agak mencabar tetapi amat seronok ketika mendaki bukit curam, menyelusuri anak sungai dan jalan yang agak berlumpur.


*Sitra yang sedang sarat mengandung ( memakai saddle cloth merah) juga mengambil bahagian.



*Menuruni cerun yang agak curam.


*Semasa berada dipuncak bukit.Sitra ditunggang oleh anak saudara saya.


*Kami rehat sambil makan tengahari. (Nama Kuda dari kiri - Black, Boy, Kikinana, Shazan)


Kuda memang binatang yang hebat, boleh ditunggang hingga ke hari ia bersalin dan sudah boleh berlari dihari pertama selepas bersalin! Betul lah seperti kata orang-orang yang arif tentang kuda, kuda yang selalu dinaiki dan agak lasak senang untuk melahirkan anak.

*[ Artikel ke - 248 Sangtawal Sakranta ] ...


3 comments:

Anonymous said...

cemburunya tengok saudara membela kuda..
tapi apakan daya kewangan perlu kukuh dulu untuk membelinya.

Anonymous said...

Tahniah abg tawal kerana telah berjaya memiliki seekor anak kuda kacukan kuda arab.ambo tengok ko tubuh, kaki, ekor, telinga dan kepala terutama 'jibbah'(dahi) anak kuda tu, nampok comel sangat doh.ada harapan jadi kuda yang comel dan tegap bilo besar nnt....

Sangtawal Sakranta said...

salam,

anon @ 4.49pm,
Terima kasih atas komen.Kalau pelihara seekor kuda, rasanya tak lah memerlukan peruntukan kewangan yg besar, kuda mkn sedikit jika dibandingkan dgn lembu.Saya anggarkan belanja dedak kuda utk seekor kuda sekitar rm3 jer... kalau rajin potong rumput...lagi jimat. he he he.

anon@5.13pm,
terima kasih atas komen dan sokongan.InsyaAllah saya akan jaga Sabaha dengan baik, tapi kena tunggu 2 tahun lagi la kalau nak naik... tak sabar nak rasa gallop kuda berdarah arab ni :)))