
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Bidang kehakiman adalah sebuah institusi yang mulia kerana ia diwujudkan bertujuan memberikan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat serta menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang Negara. Namun menjadi seorang hakim juga terdedah dengan pelbagai risiko seperti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, sedangkan di akhirat pula seorang hakim itu akan diancam dengan bakaran api neraka jika menjatuhkan hukuman tidak sesuai dengan yang apa yang sepatutnya.
Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :
“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.”
( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
Itulah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang Hakim. Di tangannya lah kebenaran adalah benar dan yang salah menjadi salah ATAU sebaliknya yang benar menjadi salah dan yang salah seolah-olah menjadi seperti benar.
Tugas seorang Hakim yang arif itu adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh kerana tugas ini amat berat maka dulu Imam Abu Hanifah pernah menolak jawatan itu yang ditawarkan kepadanya walaupun beliau mempunyai cukup kelayakan bahkan tidak ada seorang pun yang lebih hebat daripadanya dari segi ilmu di waktu itu.
Hakim adalah pembuat keputusan dalam mahkamah dunia.
Bagaimana pula seorang Hakim itu dilihat dari perspektif islam ?
Dalam istilah Islam , Hakim merupakan sumber hukum iaitu Allah SWT. Hal ini jelas kelihatan dalam terminologi “hukum” yang dikemukakan oleh kalangan ushuliyyin, iaitu khitab ( titah ) Allah SWT yang berhubungan dengan perbuatan mukallaf.
Terminologi ini menunjukkan bahawa sumber hukum tersebut adalah Allah SWT. Oleh yang demikian Allah SWT-lah yang dinamakan sebagai Hakim (Al- Hakim) yang sebenarnya dalam Islam.
Dalam pengertian lain, hakim disinonimkan dengan kata al qadhi. Keduanya memiliki persamaan makna atau dikatakan juga sebagai pelaksana undang-undang atau hukum di dunia Islam.
Untuk itu hakim dikatakan sebagai “yang menyelesaikan persoalan hukum yang dihadapkan kepadanya baik yang menyangkut hak-hak Allah SWT maupun yang berkaitan dengan peribadi hamba secara individu.”
Oleh itu, Hakim sebagai pelaksana hukum-hukum Allah SWT mempunyai kedudukan yang sangat penting karena melalui produk hukum yang ditetapkannya diharapkan dapat mencegah segala bentuk kezaliman yang terjadi di tengah masyarakat atau setidak tidaknya dapat meminimakannya sehingga ketenteraman dalam suatu komuniti dapat direalisasikan.
Para intelektual hukum Islam telah berijtihad menetapkan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang itu untuk menduduki jabatan sebagai Hakim, iaitu:
Laki-laki, baligh, berakal, merdeka, Islam, adil, tidak rusak pendengaran dan penglihatannya.
Al Shan’ani pula menambahkan syarat lain iaitu seorang hakim harus memiliki pengetahuan yang memadai tentang Al Qur’an dan seluk beluk keilmuannya, sunnah, ijma’ ulama salaf, ilmu ketatabahasaan, dan qiyas. Hakim juga hendaklah seorang Muslim yang adil, takwa, jujur, bijaksana, berwibawa, dan berbudi luhur.
Aspek intelektual seorang hakim sangat diharapkan karena ia dituntut terutama sekali dalam mengambil langkah-langkah ijtihad.
Namun begitu haruslah kita renungi pula sabda Rasulullah saw ini :
“Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api, sehingga ia menuju syurga atau neraka.”
( Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan ad Dailami).
“ Barangsiapa diangkat menjadi seorang hakim, maka ia telah disembelih tanpa menggunakan pisau.”
( Hadis Riwayat Abu Dawud ).
Menyentuh soal keputusan Hakim dalam kes DSAI yang mengejutkan banyak pihak, saya tidak mahu mengulas panjang, cuma dalam artikel saya yang lepas berjudul “menjelang PRU 13” saya hanya tulis berkaitan dengan tarikh dan angka keputusan akan dibaca sahaja. Bagi sesetengah pembaca, mungkin sudah dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan itu....
Keputusan tersebut bukan saja mengejutkan pihak pro kerajaan, malah ia juga mengejutkan DSAI dan pihak pembangkang juga. Apa tidaknya sudah bertahun-tahun mereka mengutuk Hakim dan sistem kehakiman Negara, kononnya berpihak kepada kerajaan. Sehingga ada yang menulis Hakim sebagai “Hakim Neraka”. Buktinya?…. anda semua baca sendiri di sini :
KLIK
KLIK

Dalam Akhbar Suara Keadilan bil ke- 16 pada muka depannya bertajuk 'Hakim Neraka' telah mengulas isu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat.
Bekas Presiden ABIM, ketika mengulas tindakan Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan DSAI bela diri berkata bahawa Jika Hakim dalam kes ini seorang hakim yang adil dan baik , beliau sepatutnya membuat keputusan dengan merasa ketakutan luarbiasa terhadap ALLAH, bukan arahan manusia.
Itulah antara prasangka dan tohmahan yang dilemparkan kepada Hakim, malah mereka juga berusaha agar Hakim ini ditukar dalam kes ini kerana mereka mengira dalam kes ini keputusannya tidak akan memihak kepada DSAI. Menurut mereka DSAI dijangka akan dihantar ke penjara apabila perbicaraan seterusnya tamat. Namun anda semua sudah sedia maklum apa keputusan yang dijatuhkan oleh Hakim yang mereka keji selama ini adalah sebaliknya.
Akhir sekali dari saya, marilah kita renungi maksud kata-kata Hakim dalam kes ini sewaktu memerintahkan tertuduh (DSAI) membela diri dulu iaitu :
“ .... pengadu (mangsa) adalah seorang saksi yang benar dan berwibawa....”
KLIK:
Manakala , ketika membuat keputusan yang akhir, beliau pula berkata :
“…. mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa”
Buat mangsa liwat Saiful dan seluruh keluarganya , teruskan perjuangan kamu untuk menegakkan kebenaran, semoga kes ini dibuat rayuan dan diadili semula!
*[ Artikel ke- 240 Sangtawal Sakranta... ]


37 comments:
Saudara Sangtawal
mungkin ada suatu rahsia yang terpendam yang tidak dapat dihuraikan oleh YA Hakim. Rahsia ini hanya dapat di pecahkan dalam Mahkamah Rayuan, insya Allah.
"Buat mangsa liwat Saiful dan seluruh keluarganya , teruskan perjuangan kamu untuk menegakkan kebenaran, semoga kes ini dibuat rayuan dan diadili semula!"
Mahkamah Rayuan semestinya memaksa Anwar Ibrahim untok menyerahkan DNA nya untok perbandingan, itu saja jika dia tidak bersalah...
sebagai seorang islam yg bertakwa pada allah swt..tak usahlaa kita dok mereben pasai kes ni.klau tak diadili secara syariat islam maka yg mnuduh(saifol) boleh dikenakan sebatan..80 kali klau tak silap..dah klau saifol tak bawak 4 saksi..maka saifol telah memfitnah anwar..yg anwar pon klau dia tak salah awat dia tamau sumpah laknat..plik toi org la ni..saya bknnya penyokong anwar malah saya berani kata yg pnyokong2 anwar ni macam lembu..sudah2 la..kembalila kita pada allah swt..hanya allah yg mngetahui..tadak sapa yg tau selain dariNYA..maka kita yg tatau apa2 ni toksah laa nk mlebih..sokong saifol ka anwar ka..org2 yg terlibat secara langsung ngn politik ni macam berperang di jalan taghut bknnya jln allah yg haq
suruh dia bersumpah macam saiful dalam mahkamah, aku yakin dia tak berani.
hahhaa.. kalo suruh sumpah... baik buang je hukum Allah.. baik pembunuh bersumpah, penzina bersumpah, perogol bersumpah.. apalah.. buat malu hukum Allah je main sumpah2... tlglah mentaliti org melayu kena ubah.. sikit2 sumpah.. sikit2 sumpah.. takkanlah islam settelkan masaalah hukum dgn sumpah.. udahlah
sudah lah sangtawal. x habis2 benci kau terhadap anwar. Malu ke sebab keputusan hakim menyalahi tafsiran kau terhadap anwar. Tapi aku percaya drama nie x habis lagi. UMNO ada perancangannya lagi yg penuh muslihat. Pusingan yg pertama nie seolah2 nak menunjukkan kat dunia mahkamah kita adil. Pusingan kedua akan berlaku x lama lagi iaitu bila kes nie di bawa ke mahkamah rayuan pulak. Kalau x caye, tengoklah nanti.
saya setuju.. ada cerita panjang lagi pasal kes anwar ni... udah2lah tu... bangsa melayu hancur bukan sbb anwar.. tapi sbb pemimpin dia hampeh.. kalau ketua dah hampeh.. mesti org bwh hancus... masih lagi nak menuding jari ke org lain... err lupa plak.. kita jual air ke singapore 1000 gelen 3 sen sampai 2065.. kekekke.. ada sape2 bising.. kita berniaga dgn pengikut Israel.. kekekke
jual air tu pasal perjanjian zaman british la bodoh.. cakap pakai otak boleh tak? orang johor dh lame marah tp nk buat camne dh raja dulu2 buat perjanjian dgn british mcm tu.. bodoh punye manusia..
ada sape2 bising anwar kawan ng paul wolfowfiez?pengerusi IMF dunia...org yahudi...ada ape2 bising anwar kwn ng awek si paul ni?juga org yahudi...ada sape2 bising2 anwar penah jd pengerusi IMF bahagian asia tenggara pada tahun 1997?negara mana yg nk pinjam akan jmpa anwar n anwar akan dpt 10 peratus dzri pinjaman tersebut...ada sape2 kesah?
anon 3:38
xde sapa yang kisah pun, cakap lah mcm mana sekali pun pengikut anwar xkn ada yg percaya punya walaupun byk bukti yg jelas.. aku ni walaupun sokong gov yg ada tapi aku kutuk juga pemimpin sediada yang buat salah.. xjuga aku terlalu memihak pada gov..mana yg salah tetap salah.. tapi puak2 anwar ni walaupun pemimpin dia mmg terbukti salah tetap xsalah di hati mereka.. hati mereka dia dah ditutup oleh apa tak tau..
untuk penyokong anwar....anda sebenarnya...."telah berkaratlah hati mereka itu dengan apa yg mereka kerjakan"...maksud firman Allah..
2,3 minggu lpas anwar ada ckap tun M penah mintak bantuan IMF masa gawat...ada sape2 kesah?tp tun M bls permohonan tersebut dilakukan ketika anwar sebagai menteri kewangan...ada sape2 kesah?jd sape yg mntk bantuan IMF?tun M atau anwar?
mmmm... citer pasal hakim seolah2 sangtawal inilah hakim yg benar,
tapi belumpun jadi hakim, sangtawal dah pun keluarkan hukum...
jadilah hukum hakim!!!
hukum dulu baru buat penghakiman.
simpan jelah ilmu kau tu tawal...
nanti ada org yg backup ko yg akan katakan..."diaorg semua tak tau apa yg ko tahu"
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [QS. Al-Maaidah : 44].
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang dhalim” [QS. Al-Maaidah : 45].
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 47].
macamana sangtawal yang kluar ayat quran macam2 boleh sokong org yang fasik,zalim dan kafir?ke tak pernah baca ayat2 kat atas ni?....dan janganlah kamu cenderung kepada kezaliman nescaya kamu akan disambar api neraka!!!!
dah tu kenapa bila Hassan Ali menyokong jais siasat ada org islam dalam gereja...hassan ali dihentam oleh org2 parti islam sendiri????........kenapa membiarkan pusat hiburan berlipat kali ganda tumbuh di selangor?????....kenapa tak hukum dgn hukum Allah???
-namefaisal-
kalau dah tak suka tu sampai bila pun tak kan suka betul tak? dah jadi resam politik, umno sebagai parti pemerintah terpaksa menghina,memfitnah pas dan pembangkang utk terus berkuasa.Umno dari dulu lg x nak laksanakan hukum/dasar islam.dulu semasa pas belum lg bekerjasama dengan dap macam2 tuduhan dilemparkn , sekarang sama juga pas dituduh jadi kuda tunggangan dap lah ape lah.kita semua tau ni semua script yg diulang2, macammana nanti kalau pas keluar pakatan rakyat dan bergerak solo, apa pulak umno nak kata? saya ni bukanlah penyokong pas/pembangkang saya neutral, cuma saya dah muak dengan lakonan umno/bn.saya rasa kalau sokong pas/pembangkang sekarang pun dah terlambat sebab saya sangsi mereka mampu tegakkan negara malaysia yg berpaksikan islam.pendek kata sokong umno/bn pun sama , sokong pas/pr pun sama.kita semua dh terkena oleh politikus2 ni.hasilnya rakyat mcm kita 'mati' tersepit ditengah-tengah pertempuran sang gajah politik.bak kata pepatah gajah sama gajah berlawan pelanduk mati ditengah-tengah.
pasal kes anwar ni,biarlah saiful, dia dan orang2 yg berkenaan sahaja selesaikan, kalau x selesai kat dunia kat akhirat nanti ALLAH akan adili di mahkamah akhirat .sapa2 yg salah akan dihukum jugak nanti.kita yg tak ada kena mengena tak payah nak tambah dosa memfitnah/mengumpat orang lain.
p/s; pegi la buat kerja lain yg berfaedah utk majukan negara, tak payah bazir masa tambah dosa.
wassalam...
hassan ali yang pertahankan islam pun kena buang itu pun x nampak?
nak kata dia nak jawatan?
dia tu dah kaya raya bro...
punya lah hitam hati2 penyokong peliwat....
fikirlah lah logik sikit....
Sangtawal... rasanya awak ni terlalu ujub dengan diri sendiri. Syok sendiri la katakan. Saiful tu ko kata pembela kebenaran. Saiful tu gay tegar la. Kalau tak, bagaimana ada lebih daripada 2 sampel DNA kat jubur dia. Mungkin 1 lagi sampel DNA tu, sangsewel punya kot. hehehe..
membaca komen org bantai sangtawal buat aku lagi mual dgn anwar. Kesian anwar, anak buahnya dlm dunia blog tak ada adab, sama je dgn anak buah UMNO, 2x5..
salam semua.
Terima kasih atas komen tuan puan.
anon@1.19pm,
tak apa la bro.... malas nak layan sangat pengikut tegar anwar dan PAS....he he he.
bukan nya tawal malas tapi dia rasa dirinya hakim....
hukum pun dah dia keluarkan... lain2 perkara xpenting lagi...
betul salah belakang kira...
xkira laa menyalahi apa yg ditulisnya pun xper...
yg penting artikel ditulisnya utk org lain bukan pd dirinya sendiri...
hahahhahah itulah tawal SEBENORNYO....
hahahahahh tawal tawal
bersembunyi dibalik sejarah bangsa....
anon@12.18pm
Kenapa mu ni bodoh sangat???
bila masa aku kata aku hakim???
artikel ni ditulis memang untuk orang baca.... kalau nak tulis untuk diri sendiri tak payah siarkan la bengong...tolong bagi komen cerdik sikit...orang lain boleh kongsi ilmu..
Sejahtera..gua neutral dr pandangan politik..tp masa ngundi wa pangkah melayu jer n xpduli apa dia nk lakukn untk kita..ingt kita ada 'hakim' besar yg akn mehakimi si pemimpin yg diamanah oleh org ramai..wa rasa blog ni xperlu penyokong atau pembangkang..kita tgk niat penulis blog ni..yg benarnya ia neutral tnpa pro pd sesiapa..membaca ke x juak2 pembangkang ni? Maksud wa pembngkng sama je penyokong pemerintah atau pembngkng...bengang btol baca klu sul nyalah kn org ni..wei ini blog untk pemikir neutral bkn pekritik politik bengong...baru wa nk syok melyn blog ni..dah jmp ramai al gojo mengaku jaguh tp sebenarnya bodoh! Wei smua org mlayu dh xperlu pemimpin daa..tp ideologi bru untk penyatuan ugama bngsa n negara...untk tuan tanah lu tulis idea n cadangan untk bngsa..jgn kaitkn ngn politik nanti juak2 to melompat2 mcm monyet...PURBA.
tawal..
nie nak kongsi ilmu laaa nie...
org rendah diri bila membilang akan mulai dengan dirinya dulu kemudian baru diikuti yg lain....
dan yg merendah diri akan menasihati dirinya dulu dan kemudian barulah org lain dgn kata2 'saya berpesan kpd diri sy dan kpd semua pendengar...'
meh kito tgk ciri2 hakim ikut ilmu tawal...
Para intelektual hukum Islam telah berijtihad menetapkan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang itu untuk menduduki jabatan sebagai Hakim, iaitu:
Laki-laki, baligh, berakal, merdeka, Islam, adil, tidak rusak pendengaran dan penglihatannya.
Al Shan’ani pula menambahkan syarat lain iaitu seorang hakim harus memiliki pengetahuan yang memadai tentang Al Qur’an dan seluk beluk keilmuannya, sunnah, ijma’ ulama salaf, ilmu ketatabahasaan, dan qiyas. Hakim juga hendaklah seorang Muslim yang adil, takwa, jujur, bijaksana, berwibawa, dan berbudi luhur.
jadi jgnlah tawal kuarkan hukum kalau xder ciri2 diatas...
hanya munafikk jer yg pandai mengata menyuruh org lain jadi baik padahal dia xper kalau xbaik...
artikel ni ditulis memang untuk orang baca.... kalau nak tulis untuk diri sendiri tak payah siarkan la bengong...tolong bagi komen cerdik sikit...orang lain boleh kongsi ilmu..
yelahhh tawal kan cerdik orgnya...
nasihat utk org lain bukan dirinyo...
hahahaha tawal tawal...
cerdikkk sajooo...
anon 1:26,
aku rasa bagus ko je jadi hakim.. setakat amik fakta copy paste kat sini tak payah lah.. apa kata aku rekemen ko jadi peguam anwar nak x? syaratnya mudah jer.. ko jambu tak?
non 3.58,
nie citer pasal nuar ker pasal hakim....
lain kali cuba jadi cerdikk sikit...
baca dulu apa itu ijtihad pasal hakim...
baru laa boleh jadi peguam sangtawal..
kalu ikut tawal dah lama hang jadi bengong xsudah2...
non non 3.58
hang jambu batu kaa jambu batu air...
mmmm jambu batu api kott...
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [QS. Al-Maaidah : 44].
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang dhalim” [QS. Al-Maaidah : 45].
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 47].
apa pendapat sangtawal tentang ayat ni?ni bukan ayat pas atau umno tapi ayat2 allah...
wal.... oooo wal...
kat mana ko tawal...
napenyo.... sini laa kongsi ilmu sikit...kat kami nie...
ingatkan tawal ni pendekar yg hebat...
menegak kebenaran...
rupanyo takut lihat diri sendiri...
dio punyo nasihat bukan main arah itu ini...
itulah sangtawal bila menunjuk guna jari telunjuk, jawabnya makin menunjuk2...
kalaulah tawal tahu tunjuk guna ibu jari pasti akan merendah diri...
ni apo yg atuk den posan kat den...jadi den kongsi laaa ilmu den yg xseberapo nie...kalu molek ambik laa... kalu xbaik jadikan sompadan... yaa wal
jgn marah nie nasihat....kalu marah nanti kena jual...
kenal dirimu rata2, nanti kamu akan kenal tuhan yg nyata...
anon@1.04pm,
datang dan masuk rumah orang, lepas tu tanya pulak tuan rumah kat mana... he he he...
siapa yang takut lihat diri sendiri sebenarnya ni? nak bagi komen, perkenalkan diri tu dulu siapa,bagi link ke blog ke atau e-mail ke baru betul... jgn tembak pakai anon je...senang aku nak jawab komen kau, ramai anon kat sini...
ayat terakhir kau tu kau rasa tak menunjuk-nunjuk ke tu??? tinggi martabat tu...dah kenal tuhan yang nyata.... terer tasauf ni beb...
soalan aku...bagaimana nak kenal diri kita rata-rata? lepas tu bagaimana pula nak kenal Tuhan yang nyata pula ? sila la kongsi ilmu yang banyak tu dengan kita di sini.kita nak belajar.
ado rupanya tawal...
itu nasihat...jer...
ilmu aku xder ler tinggi mana pun...kan dah tertulih kat situ...mano yg baik amik...kot2 xbaik xyah amik...
xper wal... aku xmarah pun....
bab tasauf aku pun xpandai laa...
rasa nya tawal suka yg mana
diri ke tuhan...ke... tuhan ke diri...
mintak maap kat tuan punyer umah...yelah kita lihat umah nie mcm senget sebelah...
kalau boleh biar cantik diluar cantik jugak didalam...kot2 mata kita tersilap maap sekali lagi...
hebat jugak ilmu tawal nie rupanya...tapi nape masih bertanya...masih lagi merasa kekurangan dalam diri ke...
susah jugak jadi tawal ni...yelah pemegang kebenaran...
anon@4.54pm,
masih tak menjawab soalan saya...
masih berharap.... merendah diri la pulak... tolonglah jawab...
apa maksud tuhan ke diri atau diri ke tuhan tu ? makin tak faham...
anon @ 4.54pm..
bagi la nama apa-apa... senang aku kenal... jgn dok guna anon-anon lagi... bagi no telefon ke, alamat ke... senang nak pergi jumpa, nak dengar nasihat atau nak pergi tuntut ilmu... he he he
mmmm... lucu jugak tawal ni...
seronok tgk tawal seronok...he heheh
aku ni tumpang lalu ajer...
nak tgk gak gelagat hakim...
hakim kan mcm2 jenis...
jadi hakim biar mcm yg ditulis semula oleh tawal... dah cukup baik dah tuu...kot ada yg nak tambah pun bolehhh...
cuma kita ni biar laa jujur...
jgn kuarkan hukum kalu raso2 diri tu bukan hakim...
esok kalu kita salah susah nak nangis atas perbuatan kita...mencabar lagi ada laa...kan payah...
apo posan atuk kito cuba kito ingat balik kot2 ado yg baik utk cucu kito...posan org tua ni ringkas ajo...
itu jer laa wal... kalu tawal nak jawapan bab tasauf tanyer ajer pakcik google...pilih ajer... aku nie bukan ader apa2 pun... cuma posan2 jer...
tawal tawal...
masa pegang kebenaran tuu panas ke sejuk....hang kan pemegang kebenaran...mesti tau... bila tau pilih ajer hang nak yg mana satu diri ke tuhan..ke.. tuhan ke diri...
wal... satu lagi hang jgn tanyer aku pasal aku xtau...aku bukan pemegang kebenaran... ilmu hang pun berkoyan2...
Assalammualaikum sangtawal...kenyataan dan pandangan anda tentang ijtihad hakim ini menampakkan anda ini bijak berhujah...tetapi ada jahilnya dan tidak patut diterima pandangan anda sebulatnya...saya tak mahu berhujah panjang lebar...rasa anda faham dengan maksud saya ini...sekian terima kasih...
non ISLAM..
tawal ni bukannya bijak tapi pandai jer...plus cerdikkk sajo...
org bijak lazimnya akan berjalan atas kata2nya... jadi perbetulkan tanggapan anda itu...
yg keduanya..tawal ini bukannya jahil tapi berilmu... cuma...belum lagi mengamalkan ilmunya saje...
ilmu yg tidak membekas ke dalam diri ibarat sia2 saje...
itulah tawal....
tawal yg membisu...
bisu terhadap dirinya....
lantang kepada org lain...
Blog yang bagus, boleh jadi runners up kalau nak banding ngan blog Mistisfiles dan Serikandi.
Tapi sekali Tawal bercerita pasal politik, aku jadi tak lalu nak baca plak.
So Tawal dan kekawan, carilah Melayu itu seantero dunia dan akhirnya kita temui Islam juga.Pedalami agama Islam pasti kita yakin akan kehebatan Melayu itu sendiri.
KEPADA TUAN PUNYA BLOG...
KALAU NAK CAKAP SOAL AGAMA BIARLA HIDUP KO MATI KO BERTERASKAN AGAMA. HUHUH KALAU X MACAM SAPAH JE LAH AYAT2 KO TU... AKU CABAR KO UNTUK IKUT HUKUM ALLAH MASA TU BARU AKU RSEK KAT KO HUHUHUH...
salam semua,
wawawawahhh...
dato' seri purba ada di sini rupenyerr...
Assalamualaikum tuan rumah,maaf menyibuk...hehe...
-Annur-
Post a Comment