Thursday, December 29, 2011

Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!



Tajuk : Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sumber : Armagedon 2012- Bencana Akhir Zaman, oleh Muhammad Alexander,
m/s 279 – 283.cetakan ke-4.


[[ Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah.Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :

“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”

[ Hadis direkodkan oleh Tabrani ].


Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :

1).Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".

2).Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.

3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.

4).Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.

5).Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.

6).Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan

7).Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya…. ]]


**************************************************

Amat menarik kupasan yang dibuat oleh penulis ( Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko) di atas. Jika sebelum ini kita hanya mendengar khabar bahawa Imam Mahdi akan muncul dari timur, namun dari hadis Nabi saw diatas , Dajjal juga akan muncul dari timur, malah ancaman Dajjal lebih hebat lagi kerana dia akan mengaku menjadi Imam Mahdi, seterusnya mengaku menjadi Nabi dan kemuncak pendustaannya ialah dia akan mengaku menjadi Tuhan pula!

Mungkin secara kebetulan, di bumi Malaysia saat ini heboh diperkatakan , ada seorang manusia yang mendakwa pemimpin akhir zaman iaitu al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sudah muncul , kononnya sekarang ini sedang menghadapi ujian paling getir dalam hidupnya ( bala yang dicari dan dikorek sendiri ) sebagai persediaan menjadi pemimpin dan penyelamat akhir zaman! pemimpin ini juga pernah dijolok dengan gelaran “Anu- gerah Tuhan” oleh ahli keluarganya. Terkejut Omega sungguh saya dengan kenyataan terbaru dari manusia itu, sumpah… nak tergelak sakan pun ada…. He he he ! Anda bagaimana pula???

Mungkin secara kebetulan juga, sudah ada pentaksub dari sebuah “Parti gunakan Agama” yang mendakwa ularmak pujaan mereka setaraf dengan Nabi. Nasib baik ularmak yang empunya diri tidak mengaku dirinya Nabi.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa akan ada Dajjal-Dajjal kecil sebelum munculnya Dajjal sebenar…. Dan siapakah Dajjal-Dajjal kecil itu ??? mereka mungkin dalam proses persediaan… dalam proses pembikinan.....


Logo dan lambang diatas sering dijumpai oleh kita dimana-mana.Ia amat disenangi dan telah menjadi ikutan ramai.Slogannya semuanya untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat!Ia sentiasa memberi harapan kepada rakyat! tapi AWAS!!!


*[ Artikel ke-238 Sangtawal Sakranta ... ]


Thursday, December 22, 2011

Menjelang PRU 13



Tajuk : Menjelang PRU 13.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


PRU 13 nampaknya semakin hampir,

Apakah nasib yang bakal menimpa Bangsaku Melayu selepas PRU 13 ?

Terlihat gambar di atas, ia sememangnya mencuri perhatian saya.!

Perlukah DSAI dijulang sebagai pejuang agama dan bangsa sebegitu rupa?

Apakah dia sememangnya layak memakai pakaian di atas? Pakaian Datuk Laksamana Hang Tuah yang pernah mengungkapkan kata keramat “Takkan Melayu hilang di dunia”.

Renung sekali lagi gambar diatas, nampak gambar sebilah pedang dibelakang DSAI itu? kalaulah benar gambar pedang Rasulullah saw yang berada dekat dengan lehernya itu menjadi nyata , maka DSAI haruslah bersedia dan berwaspada selalu, mungkin hayat politiknya akan berakhir … ‘terpenggal’ tidak lama lagi!

Buat DSAI, saya rasa cukup - cukuplah dengan apa yang dia sudah lakukan dalam memecahbelahkan perpaduan Bangsa Melayu dan umat islam sehingga ke hari ini..

Terdetik di hati, mengapa tarikh keramat 9.1.12 dipilih untuk mendengar keputusan perbicaraan DSAI ??? . Bila dicampur kesemua angka diatas, jumlahnya begitu mendebarkan juga ! 13 !

9 + 1 + 1 + 2 = 13

Apakah tarikh keramat di atas akan membawa sinar harapan atau cahaya baru buat DSAI atau sebaliknya , sama-sama kita nantikan!

Berkaitan nombor dan angka yang menjadi pujaan golongan tertentu ini, boleh anda baca berkaitan dengannya di sini :

KLIK

KLIK

KLIK


Apa kaitan DSAI dengan nombor dan angka pula , boleh dilihat penglibatan beliau di sini :

KLIK

KLIK


Antara bala besar menimpa Bangsa Melayu ialah :



Sesungguhnya mereka tidak mampu menundukkan dan menghapuskan terus Bangsa Melayu di bumi bertuah ini sejak sekian lama, lalu menjadikan Melayu terus “layu dan lembut” pun sudah jadi satu kejayaan besar buat mereka!


Bentuk dan warna destar, baju dan samping adalah sama bagi dua individu di atas. Mungkin secara kebetulan sahaja!

Salah satu agenda mereka ialah menggalakkan Melayu menceburkan diri dalam perkara-perkara yang dimurkai Allah swt seperti judi, minum arak, zina dan maksiat.


Pusat judi bertaraf dunia juga sudah ada di Genting Highland.Bangsa melayu dan umat islam juga tidak terkecuali dari mengunjungi tempat tersebut.Kedai-kedai nombor ekor juga menjadi tumpuan mereka.




Arak juga sudah dijual secara berleluasa dan boleh didapati dengan mudah di mana-mana.

*Siapa yang lebih menyokong dalam industri penjualan arak:

KLIK

KLIK


*Siapa yang menyokong islam liberal, kebebasan beragama, dan tidak menghiraukan gejala murtad yang semakin menular?

KLIK.


Saya ingatkan sekali lagi bahawa orang yang sama yang berjuang untuk BERSIH dan Kebebasan Seks LGBT itu juga dahulu pernah berjuang untuk IFC, saya ingatkan kembali apa tuntutan mereka dalam IFC :

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. (kes Siti Hasnah Vanggarama)

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.(Maksudnya anak hendaklah diserah kepada orang kafir)

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. (maksudnya rancangan al kuliyah, astro oasis, forum forum islam diharamkan!) Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda (maksudnya ceramah agama lain disiarkan secara terbuka ditelevision) masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

-----------------------------------------------------------------------


Buat renungan bersama menjelang PRU 13, sila baca baik-baik beberapa artikel di bawah berulang-ulang kali… moga Allah swt beri petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Melayu bakal hilang kuasa! Bagaimana? Sila baca artikel ini dengan teliti:

KLIK










Malaysia in the eye of Dajjal :


KLIK

KLIK


Ada apa dengan 2013 ?

KLIK



Antara kejayaan besar DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat di Malaysia :


*Mampu menukar landasan perjuangan asal PAS dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.



*Mengangkat dan memertabatkan perjuangan Komunis Malaya.

KLIK


*Bekerjasama dan saling bantu membantu antara PAS dan DAP.


Dulu kata tak boleh pakat dengan DAP , kini boleh demi undi.
apa yang penting Elaun MB terus naik .KLIK

*PAS berbangga membina hanya 1 Masjid sahaja ,manakala Berhala dan rumah ibadat agama lain tumbuh naik dengan megahnya.

KLIK

KLIK



Kemana perginya duit ini ???
Benarkah duit ini dikumpulkan untuk tujuan perjuangan islam dan dakwah islamiah???
Amat malang lagi jika melayu-islam beri atau derma wang untuk perjuangan parti cap roket.



*Berjaya mempengaruhi rakyat untuk menderhaka kepada Ketua Agama Negeri iaitu Sultan atau Raja Melayu!



Bila perjuangan islam tergelincir landasan, bila melayu mula murtad, bila rakyat menderhaka kepada Raja, bila maksiat tidak mampu dibezakan dengan ibadat.... maka tunggulah kehancuran melayu islam....

IBLIS dan DAJJAL pasti tersenyum puas kerana sememangnya itulah agenda mereka yang dirancang selama ini.... sedang berjalan..... melalui proksi-proksi terpilih....

Sedarlah dan renunglah wahai umat melayu islam sebelum terlambat.

*[ Artikel ke 237 - Sangtawal Sakranta ]...