Wednesday, October 26, 2011

Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.



Tajuk : Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ahli sejarah jarang sekali mendedahkan secara terperinci siapakah sebenarnya Wan Derus, iaitu suami kepada tokoh Lagenda Langkawi iaitu Mahsuri. Masyarakat umum juga mungkin sudah melupai nama Panglima perang yang hebat ini kerana tenggelam oleh cerita – cerita sekitar sumpahan mahsuri.

Wan Derus sebenarnya adalah adik kandung kepada Wan Yahya sendiri [lebih terkenal sebagai Dato Pakerma Jaya dalam cerita Lagenda Mahsuri ]. Wan Derus yang juga suami kepada Mahsuri adalah anak kepada Wan Embong dan Wan Cik Bunga.Hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Wan Yahya, Wan Kecik dan Wan Derus. Makam Wan Embong dan isterinya sehingga kini masih ada di Makam Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dikatakan bahawa keluarga Wan Derus ini ada pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir melalui sebelah ibu Tun.

Dalam tahun 1810, siam telah menyerang Pulau Langkawi, dulu Pulau ini disebut Pulau Langkasuka, tetapi serangan mereka telah dipatahkan oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka termasuklah Panglima Wan Derus.

Antara sahabat-sahabat rapat Wan Derus ialah Syed Salim, Syed Bakhori dan Syed Ali . Dalam tahun 1820an Aceh pula telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu Negeri Satun diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka Raja Satun pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah naungan pemerintahan Raja Satun. Aceh mengupah orang Siam untuk menyerang Satun.Peperangan berlaku di persisiran pantai bernama Ban Khuan atau Ban Chuan. Perang ini dimenangi oleh Satun.

Ketika Panglima Wan Derus pergi berperang inilah peristiwa fitnah dan pembunuhan isterinya Mahsuri terjadi di Pulau Langkawi.Hukuman bunuh telah dijatuhkan oleh abang ipar Mahsuri sendiri iaitu Wan Yahya atau Dato Pakerma Jaya atas hasutan isterinya Wan Mahora.

*Walaupun saya percaya, bukan disini jasad Mahsuri disemadikan sebenarnya, saya ambil juga gambar ini sebagai kenang-kenangan.


Keturunan Wan Derus juga dikatakan ada kaitan dengan Pattani Darussalam.

Mengikut arwah datuk saya, kemungkinan Wan Derus juga adalah seorang pendekar sufi pengamal Tariqat Syatariah memandangkan ramai hulubalang Pattani sezamannya memakai “pakaian Perang” itu.

Jika benar keturunan Wan Derus berasal dari Pattani, maka semakin bercantumlah beberapa puzzle dalam pencarian saya selama ini, malah ianya menjadi lebih menarik kerana ada kaitan dengan pangkal nama “Wan” atau “Che”. Menurut seorang forumer dalam Forum Lagenda Mahsuri asal gelaran “Wan” di pangkal nama ialah dari keturunan Saiyid Ahmad Saman Al-Aidrus bin Saiyid Hakim bin Saiyid Husein bin Syed Abdullah Al Aidrus.Saya sendiri tidak pasti kesahihannya, diharap pembaca semua boleh memberikan sedikit pandangan berkaitan keturunan ‘Wan’ atau ‘Che’ ini.

Apatah lagi bila mengetahui Mahsuri juga adalah seorang pendekar sufi berketurunan dari Pandak Mayah ke Radin Masjoro ke Raden Patah ( Kesultanan Islam Demak- warisan Majapahit ) bersusur galur kepada Sunan Ampel ( keturunan ke-24 dari Rasulullah s.a.w ).

Oleh itu, siapakah keturunan sebenar dari Wan Derus dan Mahsuri di bumi bertuah ini perlulah diberi perhatian sewajarnya!

Di sini juga timbul kesangsian, apakah benar Keturunan ke-7 Mahsuri yang pernah digembar-gemburkan suatu masa dahulu dari Phuket itu “benar-benar” keturunan Mahsuri dan Wan Derus ??? atau sebaliknya ??? kerana saya pernah terbaca di satu Forum,[ KLIK ] penulis yang mendakwa dirinya adalah keturunan sebenar Mahsuri iaitu saudara Tanggo [ nama samaran] rasanya lebih meyakinkan, lebih munasabah, logik, berfakta dan saya kira lebih menghampiri kebenaran.

Jika apa yang didakwa oleh Tanggo benar, maka sekali lagi sejarah Lagenda Mahsuri perlu diubah! Tapi sayang, setelah bertahun menulis di forum, akhirnya saudara Tanggo kini tidak menulis lagi malah meninggalkan satu persoalan besar yang belum terungkai oleh ribuan pembacanya.Apapun, saya doakan semoga perjalanan hidup dan perjuangan saudara Tanggo yang penuh berliku itu akan dipermudahkan oleh Allah swt., kerana saya cukup percaya bahawa kebenaran itu tetap ada di sepanjang zaman.

Sila baca di sini

Dan sekiranya saudara Tanggo membaca artikel ini, saya mohon agar saudara memberikan komen disini atau saudara Tanggo boleh meneruskan semula penulisan beliau di Forum tersebut, kerana ramai rakyat Malaysia mengikuti Forum tersebut dan ingin sekali mengetahui kebenaran dan kesudahan cerita saudara itu.Kebenaran perlu ditegakkan biarpun ia pahit untuk ditelan.




*Gambar Pedang dan Pending diatas yang dikatakan milik Wan Derus diatas saya ambil ketika saya dan keluarga melawat ke Kota Mahsuri di Pulau Langkawi bulan lepas .Ketika berada disitu, entah mengapa , hati saya merasakan yang Pedang dan Pending itu bukan kepunyaan Panglima Wan Derus. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan bentuk ukiran yang halus dan jika diteliti ia mengandungi kalimah tertentu yang berlainan pada 7 permukaan 4 segi, termasuklah di kepala Pending itu.Rasanya ia milik seorang wanita.Anda boleh melihatnya sendiri jika pergi ke sana.

*Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau cerita tentang Wan Derus dan keturunannya, bolehlah berkongsi cerita anda disini.Cerita anda dialu-alukan.

*[ Artikel ke- 235 Sangtawal Sakranta ]....


Tuesday, October 18, 2011

Sebuah Mimpi Ngeri !



Tajuk : Sebuah Mimpi Ngeri !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Langit biru bertukar jadi hitam-kelam, guruh berdentum, kilat lantas sambar menyambar.Angin di puncak pergunungan yang lembut bertukar menjadi ribut kencang.Hujan turun dengan lebat sekali, air lautan di kaki gunung bertukar menjadi ombak ganas.

Gunung meletup dan terbelah, bangunan tinggi dan mewah dipuncak gunung ranap dengan sekelip mata, ribuan manusia berkaparan hanyut, ada yang lemas dan ada yang terus tenggelam …..ahh… aku terkejut , lantas bangkit dari tidurku sambil mengesat peluh didahi…masyaAllah betapa dasyat mimpi yang ku alami tadi…

Keesokan harinya aku terus termenung mengenangkan mimpi ngeri semalam, lalu cuba menduga-duga… bahawa suatu masa dahulu aku pernah melihat kawasan pergunungan dan bangunan-bangunan seperti itu, tapi dimana ya? Ahh… lupakan saja mimpi itu, orang kata mimpi itu mainan tidur….

Selang seminggu selepas itu, aku utarakan kisah mimpi itu kepada guruku…. Dengan muka dan nada selamba dia berkata… “Cubalah cari di mana agaknya lokasi tersebut…benda tu tak mustahil jika Allah swt mahukan ia terjadi”.Sambung guruku lagi “ mungkin ia akan berlaku di negara kita pula”.

Dari mimpiku, ada beberapa kata kunci, antaranya ; puncak gunung, ada banyak bangunan tinggi dan hebat, ada banyak alat permainan, ada ribuan manusia….

Lalu aku mengagak….kalau nak berlaku pun ia mungkin akan berlaku ditempat yang ada paling banyak dosa dan maksiat! Dimanakah agaknya tempat itu???

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[Al-Maidah 90-91]

Setelah beberapa hari membuat sedikit research tentang tempat maksiat di gunung, maka terjumpalah aku dengan beberapa perkara yang mengejutkan diriku sendiri :

Top-10 largest casinos by number of employees

1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

MasyaAllah, rupa-rupanya tempat perjudian terbesar terdapat di Negara kita, bukannya di Las Vegas atau Atlantic City, tapi di Pergunungan Ulu Kali dimana terletaknya pusat peranginan Genting Highland!!! Mungkinkah Dajjal telah menjejakkan kakinya di sana???

Kepada umat melayu-islam yang suka pergi berhibur, berjudi atau membuat maksiat dipuncak Gunung Ulu Kali atau di Genting Highland, aku mohon kalian bertaubat dan kembalilah ke jalan Allah swt.Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Dengar khabarnya ada juga 'kumpulan tertentu' membawa orang melayu-islam untuk murtad dipuncak gunung itu! minta dijauhkan dari Allah swt agar semua itu tidak berlaku keatas diri kita dan keluarga kita.

Semoga apa yang aku lihat di dalam mimpiku itu tidak akan terjadi dan ianya hanyalah sebuah mimpi ngeri mainan tidur sahaja. Aku doakan semoga Negara kita aman dari segala macam bencana dan murka Allah swt!!!Entah mengapa aku merasakan terdetik dihati untuk menulis entry ini... aku pun tidak tahu...

Anda boleh baca beberapa artikel menarik tentang perjudian di Genting Highland disini :

Klik 1

Klik 2

Klik 3

Klik 4


* [ Artikel ke- 234 Sangtawal Sakranta ... ]


Monday, October 17, 2011

Pucuk mati?



Tajuk : Pucuk Mati ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Salam semua.Maaf kerana dah lama menyepikan diri, bukannya dah tak minat menulis, tapi agak sibuk dengan diri sendiri.Topik dan tulisan kali ini rasanya perlu ditulis dengan gaya yang agak santai, bukannya apa, kerana ramai kawan kawan yang tanya pendapat saya pasal isu-isu semasa, terutamanya tentang kes seorang pemimpin kesayangan mereka yang sedang berlangsung di Mahkamah sekarang ini.

Jawapan saya mudah saja, sekarang bidang perubatan semakin maju dengan bantuan sains dan teknologi malah prinsip “Evidence Base Medicine” sudah lama kedengaran. Maksudnya sesuatu penyakit atau hal yang berkaitan dengan perubatan mestilah diakui berdasarkan fakta dan ujian makmal yang sebenar, bukan main agak-agak atau hentam keromo saja. Begitu juga dengan ubat-ubatan, ubat generic sekarang ini pun dah kena ada BE( Bio-Equivalence) Study baru boleh dipasarkan untuk kegunaan pesakit.

Kalau pesakit itu mengadu sakit pinggang, janganlah kita hanya bergantung harap dengan keterangan Pakar Otopedik saja untuk mengesahkan atau mengenalpasti penyakitnya, kerana dalam dunia perubatan moden masa kini, penyakit itu kadang-kadang berkongsi punca (same aetiology) dengan masalah lain dari sistem tubuh badan pesakit itu, contohnya sakit pinggang kerana masalah Nervous System atau dari Musculo-Skeletal System.Boleh jadi ia berpunca dari masalah Sistem Vaskular.Kadang-kadang sakit yang terasa di satu bahagian Dermatome kulit kita tidak semestinya disebabkan berpunca dari bahagian yang sakit tersebut, tetapi ia datang dari tempat lain .Ini disebut Referred Pain!

Saya bagitau kawan saya, kalau pesakit betul-betul sakit tak apalah, tapi kalau yang buat-buat sakit pun ada!!! Jenis pesakit yang buat sakit-sakit inilah [ mental problem] yang paling rumit dan boleh memeningkan kepala doktor! kalau pesakit tak bagi History waktu History Taking , mana doktor boleh tahu, al maklumlah doktor bukannya Tuhan. Ia dikelaskan dalam pelbagai jenis seperti Malingering, factitious disorder, Hypochondriasis dan Somatoform Disorders.Nak tahu lebih lanjut anda semua boleh google jer..he he he… baru dapat tahu mana jenis penyakit yang empunya diri buat-buat sakit untuk mendapatkan ‘sesuatu’!

Kawan saya tanya lagi , apa pendapat saya tentang operation atau pembedahan yang dilakukan keatas pemimpin kesayangan mereka itu di luar Negara.Saya pun tergelak sakan.Mereka tanya lagi kenapa?, lalu saya jawab operation itu khabarnya dilakukan hanya dengan menggunakan Local Anaesthesia, atau disebut LA, ia bermaksud kaedah itu hanya gunakan ubat bius setempat saja, mungkin gunakan lignocaine atau Lidocaine saja!!! Itu maksudnya operation itu hanyalah operation kecil saja, macam kita nak cabut gigi atau nak bersunat je!!! Kalau pesakit tu masuk Major Operation atau penyakitnya serius tentulah dia akan dibius dengan kaedah GA atau General Anaesthesia yang memerlukan pesakit tidak sedar sepenuhnya selama beberapa jam!!! Inilah yang dikatakan major operation, tak caya tanyalah mana-mana pakar bedah otopedik, kalau betul-betul buat Spine surgery, makan masa yang lama!

Jadi, kalau pesakit itu masih mendakwa dirinya sakit, bagaimana pula cara nak mengesahkannya pula? Ada cara lain? Tanya member saya. Saya kata cuba periksa semua sistem yang berkaitan dengan dakwaan penyakitnya itulah! Tanya juga soalan-soalan tertentu kepadanya.

Contohnya disini, jika pesakit mengaku dia mempunyai masalah Pucuk Mati [ ED], doktor perubatan boleh Tanya atau interview pesakit seperti berikut :

[[ The main structured interview available for use by your physician is the Structured Interview on Erectile Dysfunction (SIEDY). This assessment consists of 13 questions and measures physical issues, relationship issues, and individual issues relating to erectile dysfunction.

Self-report questionnaires include:

• The International Index of Erectile Function (IIEF)
• Sexual Health Inventory for Men (SHIM)
• Brief Sexual Function Inventory for Urology (BSFI)
• Male Sexual Health Questionnaire (MSHQ)

As an example, the IIEF consists of 15 questions. It asks about a man’s sexual desire, erections, orgasms, satisfaction with intercourse, and overall satisfaction. The SHIM consists of 5 questions, and the BSFI and MSHQ consist of 11 and 25 questions, respectively. In addition to the topics covered by the IIEF, the BSFI and MSHQ ask about ejaculation and perception of sexual problems (BSFI).]]

Tuu dia …. Ada 13 soalan guna SIEDY, ada 15 soalan guna IIEF, ada 5 soalan guna SHIM, ada 11 soalan guna BSFI dan ada ada 25 soalan guna MSHQ.

Kalau pesakit nak lebih lanjut, buat lagi kajian seperti dibawah :

[[ Importance of Laboratory Tests:

Men who have ED are at risk of cardiovascular and other related diseases. Your physician may want to order laboratory tests to make sure you don’t have other untreated disorders that may have caused ED, or that may be quietly progressing alongside ED.

These tests may include blood tests to check your cholesterol and triglycerides levels, blood sugar to screen for diabetes, and for kidney or liver disease. Cardiac stress testing and/or other tests of heart function or of blood supply to the heart are used to screen for heart disease, if suspected by the physician.

Your evaluation for ED also provides an opportunity to screen for prostate disease. Having problems with ED does not necessarily mean you have a prostate disease, but the disorders can coexist. For this reason, your physician may want to order a blood test for prostate-specific antigen (PSA).]]

Atau… kalau pesakit nak bagi kerjasama sepenuhnya….. jeng jeng jeng… [ tapi aku yakin dalam kes pemimpin kesayangan mereka ni, dia tak akan bagi kerjasama punya! DNA pun tak berani bagi beb! ]….

Kalau dia bagi kerjasama boleh buat invasive procedure kat “punainya” seperti dibawah… contohnya Penile Arteriography, Cavernosography,Doppler Ultrasound imaging keatas salur darah ‘Punai’, dan lain-lain seperti dibawah ini… ada berani????

[[ Other Diagnostic Tests:

Specialized testing for ED is performed to evaluate the function of blood vessels or nerves that make erections possible, and to determine if erections are occurring without conscious control. These tests are not routine but may provide important information under certain circumstances, such as when surgery is a consideration. They include:

Penile arteriography - This test is performed by injecting contrast dye into arteries with branches supplying the penis, then obtaining x-ray images of the penis. This demonstrates how arterial blood flows into the penis (resulting in an erection). The procedure is invasive and painful, and is generally not performed when alternatives are available, or if follow-up treatment based on the results is not planned.

Cavernosography - This test is performed by injecting contrast dye directly into the corpora cavernosa of the penis, then obtaining x-ray images of the penis. This demonstrates how the corpora cavernosa fill with blood (resulting in an erection) and how venous blood drains out (ending the erection). Like penile arteriography, the procedure is invasive. It may be performed as a part of cavernosometry, a method used to definitively establish the presence of venous leakage prematurely ending an erection.

Doppler ultrasound imaging of blood flow in the penis - This test is a noninvasive way to determine blood flow through the arteries supplying the penis (including the smaller arterial vessels), which enable erections; areas of slowly-flowing blood may represent diseased vessels.

Evaluation of erection after intracavernosal injection - To perform this test, a physician injects a drug such as papaverine or prostaglandin directly into the penis. The drugs increase blood flow into the penis, which results in an erection if the corpora cavernosa are able to fill normally with blood and venous leakage is not excessive.

Measurement of nerve conduction in nerves supplying the penis - Nerve signals must reach the penis and stimulate it before erections can occur or be maintained. It is possible to evaluate nerve conduction by testing known normal reflexes: for example, when the tip of the penis is gently squeezed, the anus and other nearby muscles contract by reflex. If the lag time between stimulation and muscle contraction is longer than normal, this may be a sign that nerve conduction is impaired in some way.

Penile biothesiometry - This test measures how sensitive the skin of the penis is to stimulation. An electromagnetic vibrating device is placed against the surface of the penis in various locations and the patient is asked to report if he feels vibration. If no vibration is felt, the device may be tuned to a higher level of vibration and testing repeated. The results of this test show whether and where sensation is abnormally low, suggesting nerve damage.

Measurement of somatosensory evoked potentials - This test involves the electrical measurement of signals generated by specific nerves after they are stimulated. These measurements are recorded for later evaluation. The test provides an objective way of determining whether nerves important to the penis and erections are functioning normally.

Measurement of nocturnal tumescence - This test determines whether erections are occurring at night spontaneously, during sleep. Normally, males of all ages have erections when they enter the dreaming stages of sleep. (This is also known as rapid-eye movement [REM] sleep because of the type of eye movements that occur under closed eyelids during this time.) These erections may occur roughly every hour and a half during sleep, and last for less than half an hour. If a man has erections during sleep, it means that the physical mechanisms for having erections are still working. In that case, there may be other important reasons for having problems with erections during sex that can be treated separately, without taking drugs or having invasive procedures performed on the penis.]]

Maaf ya jika ada orang yang tersinggung dengan tulisan Sangtawal kali ini, harap dapat menambah sedikit ilmu para pembaca ….

Siapa yang makan cilllii… dialah yang merasa pedasnya! yer tak??? He he he… mana saksi alibi nyer ??? dok kat umah yer??? Dok pejabat yer, masa tu ???

Sumber perubatan diatas dipetik dari : KLIK


*[ Artikel ke 233- Sangtawal Sakranta ...]