
Oleh : Sangtawal Sakranta.
Keputusan terkini Hakim dalam kes Liwat II DSAI bagi saya adalah satu keputusan yang terbaik.
Penolakan Hakim untuk menggesa DSAI menyerahkan DNAnya adalah satu langkah bijak kerana ianya tiada dalam peruntukan undang-undang sekaligus menjaga nama baik Etika Perubatan dimana pesakit tidak boleh dipaksa untuk memberikan sampel DNA mereka tanpa kerelaan, ia disebut “Patient’s right” atau ‘hak pesakit’ dalam istilah perubatan untuk mengelakkan terjadinya “medicolegal case”. Mungkin Hakim pun tahu jika ujian DNA dilakukan juga keatas DSAI, ia akan mengambil masa dan perbicaraan terpaksa ditangguh-tangguh seperti biasa sedangkan rakyat negara ini sudah cemuh ,bosan dan muak mengikuti kes yang selalu tertangguh lebih dari 50 kali ini!
Penerimaan semula 3 barang bukti tersebut menguatkan lagi fakta kes ini dan memberikan tamparan hebat buat barisan peguambela DSAI .Pada pandangan peribadi saya kes ini umpama sudah selesai dan kita semua boleh mengagak apakah kesudahan kepada episod kes liwat II ini, namun DSAI masih punyai waktu untuk bertaubat kerana apalah sangat hukuman yang akan ditempuh nanti berbanding hukuman sebenar yang sedang menanti di akhirat.DSAI sepatutnya berterima kasih kepada Encik Karpal kerana menasihatkan dirinya agar bertaubat dan bersusah payah membela DSAI walaupun DSAI tahu Encik Karpal lah orang pertama yang mendedahkan salahlaku seksnya di Parlimen suatu masa dahulu.
Masa terus berlalu dan saat terus berdetik biarpun tanpa jam Omega ditangan. Allah telah bersumpah dengan masa, bahawa sesungguhnya manusia ini sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang termasuk dalam dua golongan iaitu mereka yang berpesan dengan kebenaran dan mereka yang bersabar.
Kepada mereka yang rakus,ego dan tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa hitam yang sudahpun mereka lalui, sudah pasti mereka akan termasuk dalam golongan malang yang sudah jatuh ditimpa tangga. Bagi saya, Kisah kehilangan jam tangan Omega adalah episod penyudah kepada karier politik DSAI kalaupun kisah itu dicipta olehnya sendiri atau siapa saja dan apapun teori konspirasi yang diulas oleh sesiapa saja. PDRM dan kerajaan perlu mengambil serius isu ‘video rakaman porno’ ini dan rakyat perlu diberitahu perkara duduk yang sebenar supaya tidak terkeliru dan terus terkurung dengan persepsi yang sedia ada.Semoga pihak PDRM berjaya menyelesaikan isu ini dengan bijak secepat mungkin.
Bagi saya, isu video porno ini bukan suatu yang baru.Mungkin anda semua sudah terlupa kenyataan Ezam suatu masa dahulu bahawa Datuk Nalla pernah menunjukkan pita rakaman ‘sesuatu’ kepadanya berkaitan dengan DSAI menyebabkan dia berubah haluan perjuangan serta-merta. Apalah sangat perjuangan penyokong DSAI kini jika dibandingkan dengan apa yang Ezam buat dan sudah lalui. Mungkin kini, kita boleh tanya Ezam dan Datuk Nalla sekali lagi apakah isi kandungan sebenar pita rakaman itu.Kepada saudara Ezam, nyatakanlah kebenaran itu biarpun ianya pahit, demi agama, bangsa dan rakyat Malaysia umumnya!

Kononnya untuk menangkis fitnah jahat, penyokong Pakatan Rakyat telah mengadakan solat hajat beramai-ramai di stadium Malawati Shah Alam. Seperti biasa Pakatan Rakyat akan menjadikan isu moral dan peribadi DSAI menjadi masalah rakyat.Teringat saya kepada acara solat hajat era Reformasi dulu di sebuah Stadium , yang berkesudahan dengan DSAI selamat menuju penjara Sungai Buloh. Saya secara peribadinya amatlah menyokong tindakan penyokong DSAI mengadakan solat hajat kali ini, lagi ramai jemaah solat, lagi berkat dan cepat makbulnya doa serta kebenaran dari Allah swt. Lagi kerap buat solat hajat lagi bagus. Lagi elok kiranya sebelum mereka berniat solat dan mengangkat takbiratul ihram itu, mereka menyuruh DSAI bersumpah laknat yang dia tidak meliwat Saiful dan dia bukan individu dalam rakaman porno tersebut serta DSAI boleh nyatakan dengan yakin dimana lokasi dia berada sewaktu pita itu dirakam. Lebih elok kiranya DSAI tunjukkan jam tangan Omega itu masih ada bersamanya ketika ini. Dan ketahuilah Allah swt itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui .Allah swt juga Maha Adil dan Maha Bijaksana dalam segala keputusan dan tindakanNya. Doakan juga semoga DSAI tidak boleh dikalahkan oleh angkatan perang seperti berus gigi, sebotol air mineral dan tuala kecil yang dikesan ada DNA lelaki Y pada pertengahan bulan April nanti!
Kepada Kak Wan, bersabarlah dengan dugaan ini dan sudah tiba masanya untuk menyatakan kebenaran demi kelansungan hidup dan ketenangan jiwa zuriat Kak Wan dan DSAI.Kehidupan mereka perlu diteruskan seperti orang lain juga.
Kepada Tok Guru dan ahli PKR mahupun PAS, janganlah merasa kecewa kiranya manusia Anugerah Tuhan yang selama ini dipuja dengan penuh sokongan itu akhirnya akan kembali ke habitat asalnya iaitu bilik jeriji besi sekali lagi jika didapati benar-benar bersalah dalam kes liwat siri II. Bahana sumpah laknat Saiful akan lebih terasa disitu.
Kepada puak DAP, mungkin kemaafan yang terindah dari DSAI sahaja yang dapat merawat luka dihati mereka kerana DSAI yang umpama layang-layang dimana talinya dipegang oleh mereka itu telah memutuskan talinya sendiri lebih awal sebelum tiba masa yang sepatutnya iaitu bila sampai kepuncak awan Putrajaya .Mungkin doa keramat nenek moyang orang melayu dulu-dulu menjadi senjata ampuh pemutus tali layang-layang itu! Kita mana tahu.
DSAI pernah ada peluang untuk membersihkan namanya dengan cara bersumpah laknat atau menyerahkan DNA untuk membandingkannya dengan DNA Lelaki Y, namun sayangnya DSAI telah melepaskan peluang keemasan itu.Kiranya terbukti DNA DSAI tidak sama dengan DNA lelaki Y, maka saya percaya BN pasti akan tumbang dengan teruk dalam PRU akan datang. DSAI pasti akan menduduki takhta Putrajaya dengan aman dan terhormat, DSAI tak perlu lagi berkempen atau buat road show seluruh Negara , kerana rakyat boleh berfikir , mereka ada otak untuk menilai mana yang benar dan mana yang bathil. Mengapa Allah swt tidak gerakkan hati kecil DSAI untuk serahkan DNA beliau, saya pun tidak tahu. Apa alasannya hanya Allah swt dan DSAI saja yang tahu, namun rakyat biasa seperti saya pasti akan bertanya mengapa harus merasa takut jika kita tidak bersalah, bukankah Allah swt akan membantu orang yang sabar, benar dan teraniaya, malah doa orang yang dizalimi dan teraniaya itu amatlah mustajab sekali!
Akhir sekali , hanya satu cara yang terfikir oleh saya yang mampu dibuat oleh DSAI sekiranya segala usaha peguambelanya gagal [tu pun kalau dia nak atau benda ni dah ada dalam plan B DSAI ], walaupun ia dianggap taktik kamikaze dan memerlukan pengorbanan maruah yang besar namun rasanya berbaloi jika dicuba…. iaitu dengan menjadikan atau mengaku dirinya tidak siuman…. Samaada jadi pesakit Neurosis seperti Bipolar Disorder atau Psikosis seperti Paranoid Schizophrenia dan ianya hanya perlu disahkan oleh Pakar Psikiatri dan memenuhi ciri-ciri diagnosis yang sepadan dalam DSM IV atau ICD 10 saja sehingga DSAI ada ‘Lesen Besar’ …..biasanya ‘kumpulan mereka ini’ orang kata jenis yang ‘tak makan saman’ atau jenis yang ‘kebal undang-undang’…banyak kes jenayah berat seperti bunuh dan rogol oleh golongan ini boleh lepas begitu saja bila si pelakunya disahkan ‘tidak siuman’… namun sanggupkah DSAI berbuat begitu [menjadi tidak waras] dan apakah Dr Wan Azizah akan merestui dan merelakan DSAI jadi seperti itu? Sanggupkah Dr Wan Azizah menjadi doktor peribadi DSAI untuk membantu DSAI menjalani rawatan ubatan dan Psikoterapi ,sekaligus menjadikan DSAI pesakitnya dirumah ?
Oh…. Mega sudah berlalu pergi, kini mendung telah menyelubungi…. Hujan pasti akan turun membasahi bumi…. Segala kekotoran politik akan dicucikan sedikit masa nanti…. Bumi kan pasti subur kembali…. .
Solat hajat… doa keramat... hujan rahmat…. Ya Allah… tunjukkanlah kami kebenaran agar kami aman di bumi Darussalam.
Kita sama-sama nantikan.!
*[ Artikel ke-220 Sangtawal Sakranta ]




