Tuesday, May 25, 2010

Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa


Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa

Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam ‘banyak’ dan ‘berbeza’.

Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.

Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.

Kalau kita ada sinaran,
Dapat memandang keseluruhan,
Tidaklah lagi ada perbezaan,
Lenyaplah segala perbalahan.

*********************************************

*Puisi di atas adalah karya Sheikh Jalaluddin Rumi, seorang Sufi Besar dan Penyair Agung Parsi. Puisi beliau diatas ditulis kira-kira 800 tahun yang silam, termasuk dalam kitab atau kumpulan karya sufinya yang tersohor iaitu
“ Mathnawi”.

Saya petik puisi di atas dari sebuah buku berjudul “Bicara Sufi” tulisan Abdul Majid Khatib, terbitan Pustaka Aman Press tahun 2009, m/s 54 -55






Sangtawal Sakranta...

Saturday, May 22, 2010

Isu Kalimah Allah : Sejarah Jahiliyah Mungkin Berulang!



Tajuk : Isu Kalimah Allah : Sejarah Jahiliyah Mungkin Berulang!

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Isu kebenaran penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan islam dalam penerbitan mereka masih hangat diperkatakan.Saya merasa hairan dan sedih dengan segelintir orang agama atau ulamak yang menyokong penggunaannya. Apapun hujah dan alasan mereka, mereka tetap telah mengkhianati agama islam yang mereka anuti.

Sekiranya mereka yang bukan beragama islam berjaya menggunakan nama Allah kepada tuhan atau objek sembahan mereka, maka tunggulah hukuman dari Yang Empunya Nama itu iaitu Allah swt sendiri.

Pastinya sejarah akan berulang! Di zaman jahiliyah dahulu, Allah swt telahpun memberatkan lidah-lidah para jahiliyah penyembah berhala yang cuba menamakan patung-patung berhala mereka dengan nama Allah, lalu perkataan Allah yang cuba disebut mereka menjadi al-Lat dan al-Aziz pula menjadi al-Uzza. Oleh itu patung-patung berhala besar yang mereka agungkan itu hanya mampu disebut nama al-Latta dan al-Uzza sahaja!!!

Allah swt yang empunya nama “ALLAH” sudah pasti akan menjaga namaNya sendiri Yang Maha Suci dari terus dinodai oleh mereka yang kafir dan mereka yang bersubahat dengan mereka yang kafir pasti akan dilaknat , tidak kira serban mereka sebesar mana atau jubah dan janggut mereka selabuh mana pun!

Jika dulu Allah swt memusnahkan tentera bergajah Abrahah yang ingin memusnahkan Baitullah di tanah suci , dengan serangan senjata kimia dan biologi yang caggih melalui pesawat tempur tanpa pemandu Ababil berbentuk burung, maka kini tidak mustahil bagi Allah swt akan melaknati mereka yang cuba menggadaikan nama Allah dan cuba sekali lagi menamakan objek sembahan mereka dengan nama Allah seperti yang pernah berlaku ribuan tahun dahulu kerana Dialah Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Bijaksana.

Disini saya ingin memetik sedikit tulisan Jamaluddin Yusuf bin Abdullah Al-Armayuni Asy-Syafi’I dalam bukunya berjudul “Keajaiban Surah Al-Ikhlas” , terjemahan Zayuki Bin Mohamed, terbitan Jasmin Enterprise , m/s 27 – 29 :

[[ Allah – ketahuilah bahawa nama ini tidak serupa dengan nama-nama lain yang dipetik daripada kata sifat seperti nama al-Qadir, al-Alim, dan sebagainya. Ia(Allah) adalah sebuah nama yang khusus dan universal yang tiada suatu apa pun dinamakan denganNya kecuali Allah Taala.

FirmanNya di dalam al-Quran :

“Apakah kamu mengetahui ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah) ?”
(Surah Maryam : ayat 65 )

Kaum Jahiliyah pada sewaktu masa dahulu semasa mereka dikuasai syaitan, mereka telah cuba menamakan beberapa patung berhala mereka dengan nama-nama Allah seperti perkataan “Allah” dan “al-Aziz” , tetapi Allah telah memberatkan lidah mereka dari menyebut nama-nama Allah yang suci lalu perkataan Allah menjadi al-Lat dan perkataan al-Aziz pula menjadi al-Uzza.

Firman Allah Taala diatas tadi mempunyai dua maksud :

1.Adakah kamu mengetahui ada orang yang sama denganNya dalam sifat-sifatNya?
2.Adakah kamu mengetahui ada orang yang dinamakan sebagai Allah?

Sesetengah ahli ilmu mengatakan bahawa semua nama Allah boleh diberikan kepada makhluk kecuali nama ‘Allah’ kerana ia hanya khusus untuk Allah semata-mata.. Kerana, selain dari perkataan ‘Allah’ semua nama lain adalah berasal daripada satu atau dua sifat seperti perkataan al-Qadir yang bererti Yang Memiliki Kekuatan, al-Quddus bererti Yang Suci dari sebarang keaiban, dan al-Mukmin bererti Yang Mencipta atau Yang memberikan keamanan.

Adapun nama ‘Allah’ yang mulia ini sebenarnya didasarkan kepada suatu Zat yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dan ketinggian.Diatas pengertian inilah juga maka, ia telah dikhususkan dalam kalimah Syahadah, tidak dengan nama lain.Para Muhaqqiqun bersepakat menyatakan bahawa ia adalah nama Allah yang teragung (Ismun a’zam) … ]]

Ingatlah, isu kalimah Allah ini bukanlah isu untuk memancing undi, isu ini bukan alat untuk menjayakan misi politik perut dan peribadi , ia adalah isu akidah. ia berkaitan dengan iman dan kesucian agama islam, dan pastinya kita akan ditanya oleh Allah swt tentang apa yang kita usahakan berkaitan isu ini.

Kepada ulama-ulama politik sekalian, malulah kamu semua kepada budak kecik dibawah ini. Biarpun budak kecik dibawah mungkin menghafal ucapannya itu, tetapi dia tidak menggunakan nama Allah dalam ucapannya itu untuk memancing undi!



Sangtawal Sakranta

Tuesday, May 18, 2010

Perang Dunia Kedua Sebenarnya Tercetus Di Bumi Serambi Mekah Ini!


Tajuk : Perang Dunia Kedua Sebenarnya Tercetus Di Bumi Serambi Mekah !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Mungkin ramai diantara pembaca sekalian yang terkejut dan tidak percaya bila membaca tajuk artikel saya di atas. Namun percayakah anda jika saya katakan tembakan meriam dan bedilan peluru di antara tentera Jepun yang ingin mendarat di Pantai Padang Pak Amat, Kelantan dengan Tentera British yang berkubu di pinggir pantai itu adalah merupakan pencetus kepada Perang Dunia Kedua kerana ia bermula lebih awal satu jam dua puluh minit daripada serangan udara Jepun ke atas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour di Pulau Hawaii. Serangan itu adalah kira-kira jam 2345 (11.45 malam), 7 Disember 1941. Ia merupakan serangan pertama tentera Jepun ke atas Malaya dan seterusnya menjadi acara pembuka gelanggang perang dunia kedua!

Pasukan pelopor yang ditugaskan untuk menyerang dan menawan Kelantan ini dipanggil “Takumi Detachment” mengambil sempena nama panglima pemerintah pasukan itu iaitu Mej. Jen Hiroshi Takumi.

Ramai di antara kita yang tidak tahu, walaupun berjaya , Pihak tentera Jepun telah mengalami kemalangan dan kecederaan yang teruk semasa melakukan pendaratan di Pantai Pak Amat itu kerana ramai askarnya yang terbunuh dan cedera. Dari 6000 orang Tentera Jepun, dianggarkan seramai 320 orang terbunuh dan 538 orang tercedera dalam masa satu hari bertempur semasa mendarat dan di atas pantai. Sumber-sumber British pula seperti biasa , mendakwa bahawa angka kemalangan Jepun lebih tinggi iaitu lebih dari 2,000 askar Jepun terbunuh dan cedera.

* Gambar diatas sekali menunjukkan Pantai Padang Pak Amat

Pihak Jepun menganggap bahawa "pendaratan berdarah di pantai dekat Kota Bharu itu akan tercatat dalam sejarah sebagai operasi pendaratan paling penting dan istimewa" dan untuk mengingati peristiwa itu, mereka telah mendirikan di atas pantai berdarah di Badang dan Kuala Pak Amat dua buah tugu batu (obelisks) tertulis "Kepada mereka yang telah Gugur" dalam tulisan Jepun. Walau bagaimanapun sejak dari akhir tahun 1940an, kedua tugu batu tersebut telah jatuh ke dalam laut akibat hakisan pantai dan mungkin kini masih lagi ada terbenam di dasar laut.

Mengapa Tentera Jepun memilih untuk menyerang Malaya dari arah pantai timur? Iaitu melalui Pantai Pak Amat? Persoalan ini bermain dalam kepala saya sekian lama, padahal Jepun boleh terus menyerang Singapura kerana kunci kepada penguasaan di Timur ketika itu adalah bila berjaya mengalahkan Lt-jen A.E. Percival yang menjadi pemerintah pasukan-pasukan tentera British di Malaya dan Singapura bersama 86,000 orang tenteranya yang terdiri daripada 19,600 orang askar bangsa British, 15,200 dari bangsa Australia, 37,000 dari bangsa India dan 16,800 bangsa Asia tempatan .Pemerintahan mereka ketika itu adalah berpusat di Singapura.

Rupa-rupanya, sebelum serangan itu iaitu pada bulan Jun 1940, Jepun telahpun menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Thailand! Apakah isi perjanjian dan balasan Jepun kepada Thailand ? kita tidak tahu. Apakah ianya berkaitan dengan perjanjian sulit ketenteraan???

Pernah dulu, arwah datuk saya ada menceritakan bahawa dia cukup percaya bahawa Jepun telah berpakat dengan Thailand dalam misi ketenteraan Jepun di Kelantan sekaligus menyerang dan menawan Malaya ini. Ia adalah merupakan salah satu taktik Thailand mengalihkan tumpuan pejuang melayu Kelantan-Patani dalam perjuangan mereka membebaskan bumi Patani dan selatan Thailand dari kerajaan Thai. Bila difikirkan semula, dakwaan arwah datuk itu ada juga kebenarannya.

Tahukah kita semua, bahawa pada bulan Ogos 1943, Jepun telah menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan kepada Kerajaan Siam.Bukankah pemberian ini merupakan habuan kepada kerajaan Thailand dan sebagai tanda membalas budi Siam membantu mereka dalam kempen menawan Tanah Melayu???

Peristiwa serangan Jepun dan kekejaman tentera Jepun di era perang dunia kedua masih segar dalam ingatan datuk. Betapa susahnya hidup bila negeri dijajah orang selalu disebut-sebut olehnya.Ramai penduduk yang menggali lubang dan tinggal dalam tanah seperti tikus kerana takutkan peluru dan hujan bom, pakaian terbaik ketika itu adalah guni, petrol dan minyak tanah diharamkan sama sekali disimpan dirumah-rumah, oleh itu bila malam mereka akan bergelap. Makan minum pun tidak menentu sehinggakan untuk mencari bekalan garam pun susah! Datuk berkata, untuk mendapatkan garam tiruan, mereka terpaksa membakar batang pokok betik, lalu abunya direndam kedalam bekas berisi air sehari dua, apa yang termendak dalam bekas air itulah yang mereka gunakan sebagai garam! Bagaimana rasanya pun saya tidak tahu kerana belum pernah mencubanya.Ubi kayu menjadi makanan termahal dan paling lazat ketika itu , cerita datuk lagi.

Penampar, sepak terajang dan luka terkena benet Jepun sudah menjadi perkara biasa, bila saja orang Jepun marah, muka dan telinga mereka jadi merah dan perkataan “Bagero” keluar dari mulut mereka serentak dengan penampar yang hinggap dimuka.Pernah satu ketika tentera Jepun memaksa seorang tua kampung saya supaya tunduk menyembah kepada matahari bersama mereka pada suatu pagi, tetapi tidak diendahkan kerana takut rosak akidah lalu ditampar oleh 3 orang tentera Jepun secara bergilir-gilir sehingga berdarah bibir dan mulutnya, arwah datuk yang tidak boleh menahan sabar lalu terus membelasah 3 orang tentera Jepun yang lengkap bersenjata tersebut sehingga mereka cabut lari. Peristiwa ini menyebabkan arwah datuk membawa keluarga menghilangkan diri kembali ke Patani selama beberapa bulan kerana berasa tidak selamat di sini.

Sewaktu penjajahan Jepun pelbagai projek telah dibuat oleh mereka, antaranya ialah pembinaan Jalan Kereta Api Maut sepanjang 415 kilometer dari Thailand ke Myanmar.Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 penduduk menjadi buruh paksa bagi membina landasan itu, namun hanya kira-kira 30,000 orang saja selamat pulang manakala selebihnya hilang dipercayai mati.

Bila membicarakan tentang kekejaman tentera Jepun, kita tidak terlepas dari membicarakan pasal Benet Jepun, iaitu sejenis senjata tajam yang diletakkan di muncung senapang mereka.



Benet Jepun diatas adalah merupakan hadiah dari arwah datuk kepada saya, hulu dan sarungnya dibuat sendiri olehnya.Mengikut ceritanya beliau memperolehi benet ini setelah menukar sepucuk senapang buatan tangannya dengan seorang tentera Punjab, entah mengapa benet Jepun berada di tangan tentera Punjab ( askar british) , saya tidak tahu dan arwah datuk tidak pernah cerita.



Benet diatas masih baik dalam jagaan saya, lihat bahagian ulunya, spring pemetik bulat untuk di lock ke muncung senapang masih baik berfungsi.Lihat dalam youtube di bawah pada minit ke 2.55 hingga ke 3.00 bentuk benet Jepun dan cara memasangnya ke senapang.

Selagi ada hayat saya, saya akan menjaganya dengan baik sebagai koleksi peribadi yang tidak ternilai harganya.Bila melihatnya, maka saya teringat kepada arwah datuk saya, teringat kepada kekejaman dan penaklukan tentera Jepun terhadap tanah air saya yang diceritakan oleh datuk.Dan sudah pasti dengan merenungnya, ia akan membangkitkan semangat juang untuk memastikan negara ini terus aman dan tidak akan dijajah oleh Jepun atau oleh bangsa bermata sepet yang seangkatan dengannya!

Jika perang dunia kedua tercetus disini, apakah perang dunia ketiga juga akan bakal tercetus disini? atau di selatan Thailand atau ianya bermula di Kota Singa???

Dan jika perang dunia ketiga tercetus semula disini, maka akan basahlah bumi serambi mekah ini dengan darah…. barangkali musuh kita kali ini bukanlah orang-orang yang dipimpin oleh “Harimau Malaya”.. dan jika “Singa Malaya” sekalipun…. Kita akan bangkit menentangnya habis-habisan!!! ….

Jika dulu mereka ada pasukan Jihad ala Kamikaze, namun kini, kita doakan dan kita nantikan kedatangan pejuang yang akan bernaung dibawah bendera jihad dan panji hitam dari timur yang akan menyelamatkan kita di akhir zaman.

“Takkan Melayu Hilang Di Dunia”

Sangtawal Sakranta.




Artikel Pilihan 1

Sumber : Klik

http://www.kelantan.edu.my/1.htm

PENDAHULUAN

Kemungkinan berlakunya serangan Jepun keatas Malaya (Tanah Melayu) menjadi semakin jelas sejak langgaran Jepun keatas Manchuria dalam tahun 1931.Dalam bulan November 1936 Jepun dan Jerman menandatangani Pakatan Anti-Commintern (Anti Komunis Antarabangsa) dan dalam bulan Julai pada tahun berikutnya serangan besar kedua Jepun di negeri China bermula.Kemudian dalam bulan September 1938 telah ditandatangani pula Persetujuan Munich (diantara Britain, Perancis, Jerman dan Itali).Persetujuan itu telah memberi kesan serta merta kepada dasar Jepun.Jepun mengambil keputusan bahawa kelemahan yang ditunjukkan oleh Brintain dan Perancis dalam menghadapi Jerman dan Itali meyakinkan yang ia boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di Asia Tenggara.Dalam tahun 1939, Jepun menolak undangan untuk menyertai rakan-rakannya yang Anti-Commintern di dalam satu pakatan tentera.

Penumpuan Jepun ke arah selatan bermula dalam bulan Persetujuan Munich ditandatangani apabila ia merampas Canton dan mengasingkan Hong Kong daripada Tanah Besar China.Peristiwa ini diikuti pula oleh perampasan tempat-tempat strategik di Laut China Selatan, Pulau Hainan berdekatan dengan Indochina Perancis dalam bulan Februari 1939 dan kepulauan Sinnan, termasuk kepulauan Spratley dalam bulan Mac.Pulau Hainan meletakkan Jepum 1300 batu jaraknya daripada Singapura dan Pulau Spratley pula hanya 700 batu sahaja.Dalam November 1939 Jepun melancarkan gerakan yang besar ke dalam propinsi Kwangsi serta menawan bandar raya Nanning dan memutuskan jalan strategik China yang menghubungi Indochina Perancis yang menjadi tujuan utamanya.Dengan jatuhnya Perancis dan Holland kepada Jerman ,maka jajahan takluk mereka di Asia Tenggara terdedah tanpa pertahanan yang cukup bagi menghadapi kemungkinan serangan Jepun.

Dalam bulan yang sama ketika Perancis jatuh ke tangan Jerman, bulan Jun 1940, Jepun menandatangani satu Perjanjian Persahabatan dengan Thailand.Dalam bulan September 1940 dua perkembangan yang serius telah berlaku di Timur Jauh.Pertamanya, askar-askar Jepun menduduki bahagian utara Indochina Perancis, yang memberikan Jepun satu pangkalan yang dekat sekali dengan Malaya.Keduanya, Jepun menandatangani satu Pakatan Tiga Negara dengan Jerman dan Itali yang menjadikan Jepun terikat hubungannya dengan Kuasa Axis (Jerman dan Itali).Adapun tujuan politik pakatan itu dengan jelas sekali ialah bagi mencegah Amerika Syarikat daripada memberi pertolongan bersenjata kepada Britain serta membolehkan Jepun mengambil alih semua jajahan takluk British dan Belanda di Timur Jauh.Dari segi ketenteraan pula,pakatan itu memberi peluang kepada para pegawai Jepun dan Jerman mengadakan perundingan-perundingan dan peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Jepun.Misi-misi tentera laut dan tentera darat Jepun dengan serta merta telah dihantarkan ke Berlin,manakala Kerajaan Jerman pula mengirim para pakarnya ke Jepun bagi mengkaji serangan ke atas Singapura dan membantu perkembangan atau kemajuan industri pembuatan pesawat terbang Jepun.Di samping itu Kerajaan Jepun mula menghimpun bekalan kelengkapan perang.

Dalam tahun 1940,Britain mula menghantar pasukan tenteranya ke Malaya.Dari bulan September 1940 hingga bulan April 1941 dua batalion tentera British dari Shanghai tiba di Malaya.Ini diikuti pula oleh ketibaan dua briged askar berjalan kaki India iaitu 6th dan 8th India Infantry Brigades dan juga markas kepada 11th Indian Division.Kemudian daripada itu kontinjen pertama Australian Imperial Force,yang mengandungi unit-unit markas dan pertadbiran kepada 8th Australian Division dan 22nd Australian Infantry Brigade Group sampai di Singapura.Tiada lama berselang 15th Indian Infantry Brigade dan 1st Echelon of Headquarters 9th Indian Division tiba dari India yang diikuti pula oleh satu field regiment dari United Kingdom dan 22nd Indian Infantry Brigade dari India.

Di kawasan timur Malaya telah ditempatkan 9th Indian Division yang mengandungi dua brigade group.Salah satu daripada briged tersebut iaitu 8th Indian Brigade Group,di bawah perintah Brigadier B.W.Key,telah ditempatkan di kawasan negeri Kelantan.

Pasukan 8th Indian Brigade di bawah pimpinan Brig.Key mengandungi unit-unit berikut:19th Indian Field Company Royal Bombay Sappers and Miners,2/10th Baluch Regiment,272nd Anti-Tank Battery,3/17th Dogra Regiment,21st Indian Mountain Battery,2/12th Frontier Force Regiment,1/13th Frontier Force Refles,1st Hyderabad Infantry,9th Battery Hong Kong and Singapore Royal Artillery,1st Mysoru Infantry,73rd Field Battery of 5th Field Regiment,4th Pahang Volunteers,Perak Volunteers(Malaya Frontier Patrol),The Kelantan Volunteers and 'A'Company 2nd Battalion,Malay Regiment.

Pantai-pantai di Kelantan seperti Badang,Kuala Pak Mat dan Sabak di pasang pagar kerawat besi berduri dan ditanam periok api dan dilengkapi dengan kubu-kubu semin(pill-boxes) pada jarak 1000 ela tiap-tiap satu kubu tersebut.Setiap kubu itu dikendalikan oleh seorang Pegawai Tidak Bertauliah (Non-Commisioned Officer/NCO) dengan enam orang askar yang bersenjatakan senapang rifel (rifle) dan dua hingga tiga senapang mesin (machine-gun) serta 100 biji bom tangan.Di belakang pagar besi berduri,dibina pula kubu-kubu kecil simpanan dengan jarak yang sama tiap-tiap satu,tetapi dikendalikan oleh beberapa orang sahaja.

Dalam bulan Mei 1941, Lt-jen A.E. Percival tiba di Singapura untuk menjadi pemerintah pasukan-pasukan tentera British di Malaya dan Singapura. Beliau mempunyai sejumlah 86,000 orang askar pada 7 Disember 1941 yang terdiri daripada 19,600 orang askar bangsa British, 15,200 dari bangsa Australia, 37,000 dari bangsa India dan 16,800 bangsa Asia tempatan.

Di pihak Jepun pula, walaupun Jepun telah berperang di negeri China sejak dari tahun 1931, dan telah menduduki Indochina Perancis dalam bulan Julai 1941, namun ia tidak berperang dengan United Kingdom atau Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu, perundingan-perundingan mengenai sekatan perdagangan (trade embargo) yang dikenakan oleh United Kingdom (Great Britain) dan Amerika Syarikat terhadap Jepun semakin meruncing dan berada di tahap yang genting dan dalam hubungan ini pihak Jepun telah membuat keputusan iaitu seandainya ia gagal mendapat konsesi daripada Amerika Syarikat, maka peperangan akan bermula di pagi hari Ahad 8 Disember 1941. Panglima-panglima kanan tentera Jepun telah diberi kebenaran untuk menentukan masa pasukan-pasukan mereka mula melancarkan serangan dan faktor yang penting ialah pasukan mereka hendaklah sampai di sasaran-sasaran masing-masing pada masa yang telah ditetapkan.

Bagi Jepun, terutama sekali di masa kepungan Amerika Syarikat sedang ditingkatkan, Malaya menjadi sasaran utama dan dianggap hadiah yang berharga kepada Jepun. Di samping mengeluarkan 38% bekalan getah dunia, Malaya juga mengeluarkan 58% bijih timah, dan di hujung selatan Semenanjung terletak Pulau Singapura yang merupakan pangkalan tentera laut Britain yang besar - dan kunci kepada kuasanya di Timur Jauh. Dalam bulan September 1941, Jepun mula membuat persediaan yang bersungguh-sungguh bagi melancarkan serangannya ke arah Selatan - dengan Selatan Thailand dan Malaya sebagai sasaran utamanya. Lt-Jen Tomoyuki Yamashita telah dilantik sebagai Pemerintah Agung bagi 25th Army yang akan menyerang Malaya. Beliau dibantu oleh Laksamana Madya Jisaburo Ozawa sebagai Pemerintah Agung Skuadron Selatan, Tentera Laut Jepun. Lt-Jen Michio Sugawara sebagai Pemerintah Agung 3rd Air Division, Tentera Udara Jepun.

Pasukan tentera Jepun yang dipilih untuk menyerang/melanggar dan menawan Kelantan adalah askar-askar dari 23 rd Infantry Brigade yang diketuai oleh Mejar-Jeneral Hiroshi Takumi dan askar-askar dari 56 th Infantry Regiment di bawah pimpinan Kolonel Yoshio Nasu. Kedua-dua unit ini adalah dari pasukan Japanese 25 th Army yang diketuai oleh Lt-Jen Tomoyuki Yamashita. Ada pun kekuatan pasukan tentera Jepun tersebut ialah diantara 5,300 hingga 5,590 orang. Pasukan pelopor untuk menyerang dan menawan Kelantan ini dipanggil Takumi Detachment mengambil sempena nama panglima pemerintah pasukan itu iaitu Mej. Jen Hiroshi Takumi.


Artikel Pilihan 2 :

Sumber :Klik

http://www.kelantan.edu.my/2.htm

PENDARATAN ASKAR JEPUN DI PANTAI KUALA PAK AMAT : 7/8 DISEMBER 1941

Pada kira-kira jam 2345 (11.45 malam), 7 Disember 1941, askar-askar Pertahanan Pantai British yang ditempatkan di kawasan pantai Badang dan Sabak, di persimpangan Kuala Pak Amat lebih kurang satu setengah batu ke timur laut Lapangan Terbang Kota Bharu di Pangkalan Chepa (kira-kira 7 batu ke timur laut bandar Kota Bharu) telah melaporkan beberapa buah kapal perang "musuh", sedang berlabuh di tepi pantai itu.

Tiada lama berselang, meriam-meriam pertahanan pantai British melepaskan tembakan ke atas kapal-kapal perang "musuh" itu sebagai membatas tembakan-tembakan atau bedilan-bedilan yang dimulakan oleh kapal-kapal perang 'musuh' tersebut yang membedil kubu-kubu pertahanan pantai pihak British di kawasan Pantai Kuala Pak Amat. Pada ketika itu tiada siapa pun menyedari atau menyangka bahawa peristiwa tembakan atau bedilan meriam di pantai Kelantan itu menandakan bermulanya peperangan diantara Jepun dan British di Kelantan dan di Malaya. Sebenarnya tembakan atau bedilan meriam di pantai Kelantan pada tengah malam 7/8 Disember 1941 itu merupakan "tembakan pertama" peperangan di Malaya dan juga permulaan Perang Dunia Kedua di Timur Jauh dan Pasifik. Patut disebut disini bahawa pendaratan atau serangan Jepun di Kelantan itu telah berlaku satu jam dua puluh minit lebih awal atau terdahulu daripada serangan udara Jepun ke atas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour di Pulau Hawaii.

Adapun yang dikatakan kapal-kapal perang "musuh" itu ialah satu konvoi kapal perang Jepun yang mengandungi tiga buah Kapal Pengangkut Tentera (Awagisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru) yang diiringi oleh lima buah kapal perang di bawah perintah Rear-Admiral Shintaro Hashimoto. Kapal-kapal perang itu ialah kapal penjelajah ringan bernama Sendai dan empat kapal pembinasanya yang bernama Isonami, Uranami, Shikinami dan Ayanami. Tiga kapal pengangkut itu membawa askar-askar Jepun yang dipanggil Takumi Detachment.

Kapal-kapal perang Jepun itu berlabuh kira-kira satu setengah batu dari pantai pada kira-kira waktu tengah malam 7/8 Disember 1941. Sungguhpun pada waktu itu laut bergelombang kuat, namun angkatan perang Jepun itu telah berjaya menurunkan askar-askarnya ke dalam kapal-kapal pendarat (landing craft). Pada ketika itu juga kapal-kapal perang Jepun pun mula menembak kawasan pantai itu sebagai tanda bermulanya pendaratan.

Pada kira-kira jam 0025 pagi (12.25 pagi) 8 Disember, kumpulan hadapan askar-askar Jepun itu telah mendarat di Pantai Kuala Pak Amat yang terletak di antara Pantai Badang dengan Pantai Sabak dan pada jam 0100 (1.00 pagi), setelah berlaku pertempuran yang sengit telah berjaya menawan kubu-kubu pihak British yang dikendalikan oleh askar-askar bangsa India dari pasukan 3/17 th Dogras yang memberi tentangan yang hebat serta menimpakan kemalangan yang teruk ke atas askar-askar Jepun yang sedang mara itu sebelum mereka sendiri dibinasakan oleh askar-askar Jepun itu. Kubu-kubu pihak British yang kuat itu telah menembak dengan hebatnya sehingga askar-askar Jepun yang mara dari arah pantai itu terpaksa merangkak, sebelah kaki dalam air dan sebelah kaki lagi atas pasir dan tiada dapat mengangkat kepala mereka kerana takut terkena peluru.

Pendaratan askar-askar Jepun itu telah dilaksanakan dengan tiga kumpulan atau gelombang yang berasingan dengan jarak masa selama kira-kira satu jam tiap-tiap satu gelombang dengan menggunakan kapal-kapal pengangkut yang membolehkan askar-askar dan juga kenderaan-kenderaan tentera mendarat dari haluannya (landing craft) yang sama bagi mengangkut askar-askar ketiga gelombang itu.

Gelombang pertama mengandungi dua puluh kapal pendarat atau pengangkut yang diketuai oleh Letnan-Kolonel Nakamura. Walaupun mengalami kemalangan teruk oleh kerana bedilan meriam artileri pihak British dan tentangan hebat oleh askar-askar bangsa India dari pasukan 3/17 th Dogra Regiment, mereka berjaya juga mendarat di pantai Kuala Pak Amat pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, 7/8 Disember 1941.

Gelombang kedua di bawah pimpinan Mejar Kasui dan diikuti juga oleh Mej. Jen Hiroshi Takumi dan Kol. Yoshio Nasu, terpaksa berlepas lambat sedikit iaitu pada kira-kira jam 3.30 pagi (8 Disember 1941) kerana pada masa mereka bersiap sedia hendak berlepas, dengan tiba-tiba diserang oleh pesawat-pesawat terbang British/Australia, jenis Hudson dari pasukan No 1 Squadron RAAF (Royal Australia Air Force) dari Lapangan Terbang Kota Bharu di Pangkalan Chepa dan juga jenis Vickers Vildebeeste yang berpangkalan di Lapangan Terbang Gong Kedak dan Lapangan Terbang Lalangluas dekat Machang. Pesawat-pesawat terbang pihak British/Australia itu datang menyerang kapal-kapal pengangkut tentera Jepun dan ditentang hebat oleh bedilan meriam-meriam penangkis pesawat terbang kapal-kapal perang dan pengangkut Jepun. Dalam serangan itu kapal pengangkut tentera Jepun yang bernama Awagisan Maru terbakar setelah sepuluh kali terkena bom dan bedilan dan kemudian sebuah lagi kapal pengangkut tentera Jepun iaitu Ayatosan Maru juga terbakar setelah enam kali terkena bom dan bedilan oleh pesawat-pesawat terbang British/Australia itu. Pihak British mengatakan salah sebuah daripada kapal pengangkut tentera Jepun itu membawa kereta kebal dan meriam (artillery). Pihak Jepun pula mengatakan bahawa mereka telah menambak jatuh tujuh buah pesawat terbang British yang datang menyerang itu. Tetapi pihak British mengaku kehilangan hanya sebuah sahaja pesawat terbang ditembak jatuh oleh Jepun.

Sementara itu, gelombang kedua dan gelombang ketiga askar-askar Jepun, walau pun diserang dan dibedil oleh pesawat-pesawat terbang serta juga terpaksa menghadapi gelombang laut (ombak) yang kuat, namun akhirnya berjaya juga mendarat di pantai, satu demi satu. Gelombang ketiga diketuai oleh Kolonel Matsuka. Pada kira-kira jam 4.00 pagi (8 Disember 1941), askar-askar Jepun telah pun berjaya bertapak di Pantai Kelantan itu iaitu di Pantai Kuala Pak Amat. Menjelang dinihari (fajar) pihak Jepun telah pun selesai mendaratkan sebanyak tiga batalion di pantai itu dan berjaya berkubu di situ dan segera mereka menghantar patroli-patroli masuk menyeludup ke kawasan pendalaman di belakang garisan pertahanan pantai pihak British yang terletak di antara pantai dengan Lapangan Terbang Kota Bharu di Pangkalan Chepa.

Sementara itu, sebaik saja pendaratan pertama askar-askar Jepun berlaku, pasukan 2/12 th Frontier Force Regiment (kurang satu kompeni di sebelah Barat Sungai Kelantan) dan pasukan 73 rd Field Battery mara ke utara dari Pulai Chondong untuk mencegah sebarang penyusupan askar-askar Jepun ke arah Lapangan Terbang Pangkalan Chepa dan juga untuk menyerang balas. Pada masa yang sama Panglima Tentera Udara British Timur Jauh mengeluarkan perintah kepada Pasukan Penggempur Udara supaya bekerjasama dengan Tentera Darat menangkis serangan Jepun ke atas negeri Kelantan. Selanjutnya skuadron-skuadron pesawat terbang yang berpangkalan di Lapangan-lapangan Terbang di Kedah, Kuantan dan Tengah (Singapura) telah diperintahkan supaya menyerang kapal-kapal perang Jepun yang berada dekat pantai negeri Kelantan pada waktu pagi. Apabila sampai di pantai negeri Kelantan (sekitar Sabak) pesawat-pesawat terbang British itu tidak menjumpai kapal-kapal perang pengangkut Jepun itu yang telahpun beredar berlindung di belakang kepulauan Perhentian kira-kira 15 batu dari pantai negeri Kelantan. Skuadron-skuadron itupun kembali ke pangkalan masing-masing. Tetapi dalam penerbangan pulang ke lapangan-lapangan terbang mereka, beberapa buah pesawat terbang itu telah diserang oleh pesawat-pesawat pengebom dan pesawat-pesawat penggempur Jepun dan menanggung kerugian yang teruk.

Apabila hari mulai cerah askar-askar Jepun yang telah mendarat di pantai itu tidak dapat bergerak mara disebabkan oleh bedilan-bedilan dari jarak dekat yang bertalu-talu dari kubu-kubu pertahanan pihak British di pantai itu. Oleh itu pegawai-pegawai dan askar-askar Jepun itu terpaksa menggali lubang di pantai dengan tangan serta melindungkan kepala mereka dengan tangan dan terus berada di dalam lubang-lubang itu. Mereka terus menggali lubang itu sehingga ke paras bahu dan seluruh badan mereka terlindung dari peluru-peluru yang bertalu-talu datang dari kubu-kubu British. Kedudukan askar-askar Jepun itu begitu dekat dengan kubu-kubu pertahanan pihak British sehingga mereka boleh melontarkan bom-bom tangan ke dalam kubu-kubu itu dengan senang sahaja. Sepanjang masa tersebut, askar-askar Jepun menggunakan topi-topi besi mereka dan mara ke hadapan. Sejurus kemudian mereka sampai ke pagar kawat duri yang sedia terpasang di sepanjang pantai. Mereka yang membawanya alat pemotong kawat duri pun mula memotong kawat-kawat berduri itu. Tetapi sebelum mereka dapat berbuat apa-apa lagi, tiba-tiba kedengaran letupan yang dahsyat menyebabkan pasir di pantai berterbangan di sekitar mereka seolah-olah hujan pasir dan asap. Rupa-rupanya mereka sampai di kawasan di mana pihak British telah menanam periuk-periuk api. Sambil bergerak-gerak di atas mayat-mayat rakan-rakan mereka yang telah mati terbunuh oleh letupan itu, mereka memotong kawat duri itu. Di belakang mereka beberapa orang askar mengekori sambil membuat timbunan-timbunan pasir dengan menggunakan topi-topi besi dan terus merangkak mara ke hadapan. Askar-askar pihak British yang menjaga kubu-kubu itu berjuang dengan tergopoh-gapah. Tiba-tiba seorang askar Jepun merebahkan dirinya di atas sebuah luang atau kubu pihak British sambil kumpulan askar-askar Jepun yang lain merempuh serta menyerang kubu-kubu British itu. Berlontaranlah bom-bom tangan dan bergeseranlah benet-benet di tengah-tengah pekikan-pekikan perang serta bunyi-bunyi suara kecemasan. Dalam awan asap yang hitam, kubu-kubu pertahanan depan pihak British pun dapat ditawan oleh askar-askar Jepun yang menyerang itu.

Walau pun askar-askar India pasukan Dogra berjuang mati-matian untuk mempertahankan kubu-kubu mereka, namun jurang yang telah ditembusi oleh askar-askar Jepun itu terus dikuasai mereka. Maka panglima British mengambil keputusan iaitu jika Lapangan Terbang Kota Bharu di Pangkalan Chepa hendak dipertahankan jurang yang ditembusi dan ditawan Jepun itu mestilah direbut kembali sebelum waktu senja. Justeru itu beliau pun mengeluar perintah supaya pasukan 1/13 th Frontier Force Rifles melancarkan serangan balas ke sebelah timur sepanjang pantai daripada Pantai Badang dan pasukan 2/12 th Frontier Force Regiment (kurang satu kompeni) melancar serangan balas ke arah sebelah barat daripada Pantai Sabak, kemudian kedua pasukan itu bergabung tenaga untuk membinasakan askar-askar Jepun yang telah mendarat di kawasan itu. Pada masa yang sama, pasukan meriam 73 rd Field Battery dan 21 st Mountain Battery Indian Artillery akan memberi sokongan kepada serangan balas itu daripada kedudukan mereka berhampiran dengan lapangan terbang itu. Walau pun begitu kedua serangan balas pihak British itu gagal mencapai tujuannya disebabkan keadaan kawasan itu sukar dengan adanya sungai-sungai kecil dan paya. Serangan balas yang dilancarkan berikutnya pada pagi itu juga tidak berjaya dan keadaan di kawasan pantai tersebut menjadi kelam kabut dan mengelirukan.

Sementara itu, sekitar jam 9.00 pagi (8 Disember 1941), tiba-tiba datanglah sejumlah pesawat terbang Jepun dari arah barat menyerang Lapangan Terbang Kota Bharu di Pangkalan Chepa, pesawat-pesawat terbang British/Australia yang ada di situ, bangunan-bangunan dan pegawai-pegawai/kakitangan dengan menembak dan mengebom dari paras rendah. Serangan udara Jepun ini dilancarkan secara terus menerus sepanjang hari itu dengan lapan kali serangan yang berasingan dan menghalang pihak British/Australia daripada mengendali dan menerbangkan pesawat-pesawat terbang jenis Hudson.

Pihak Jepun mengalami kemalangan teruk semasa melakukan pendaratan dan ramai askarnya yang terbunuh dan cedera. Mengikut sumber-sumber Jepun, dalam masa satu hari bertempur semasa mendarat dan di atas pantai, mereka kehilangan "320 askar terbunuh dan 538 askar cedera" daripada sejumlah askar kira-kira hampir 6000 orang semuanya. Sumber-sumber British pula menyebut angka kemalangan Jepun yang lebih tinggi iaitu lebih dari 2,000 askar Jepun terbunuh dan cedera.

Pihak Jepun menyebut bahawa "pendaratan berdarah di pantai dekat Kota Bharu itu akan tercatat dalam sejarah sebagai operasi pendaratan paling penting dan istimewa" dan mereka telah mendirikan di atas pantai berdarah di Badang dan Kuala Pak Amat dua tugu batu (obelisks) tertulis "Kepada mereka yang telah Gugur" dalam tulisan Jepun. Walau bagaimanapun sejak dari akhir tahun 1940an, kedua tuga batu tersebut telah jatuh ke dalam laut akibat hakisan pantai dan mungkin masih lagi ada terbenam di dasar laut.


Artikel Pilihan 3 :
-Perjuangan Merebut Lapangan Terbang Kota Bharu Di Pangkalan Chepa: 8 Disember 1941
Klik Sini

Artikel Pilihan 4:
-Perjuangan Merebut Bandar Kota Bharu: 9 Disember 1941
Klik Sini


Artikel Pilihan 5 :

-Perjuangan Merebut Negeri Kelantan: 10 - 20 Disember 1941
Klik Sini

*********************************************


Artikel Pilihan 7:


Kamikaze calar ego British

Sumber : Klik

Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)
petikan Berita Minggu 8 Julai 2007

Tentera Jepun berbasikal paksa askar Punjabi, Inggeris berundur

“ASKAR Jepun menyerang! Askar Jepun menyerang!” jeritan lantang seorang askar Punjabi yang menjadi pengawal British di Pantai Padang Pak Amat, Kelantan menyebabkan penduduk kampung di sepanjang pantai itu panik dan kelam-kabut berlari menyelamatkan diri.

Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Askar upahan British itu mula sedar yang peperangan antara Jepun dengan British di negara ini sudah bermula, Jepun datang untuk menjajah Tanah Melayu.

Sebaik tiba di gigi pantai, segerombolan askar Jepun meluru sambil melepaskan tembakan, tanpa menyedari yang banyak jerangkap samar sudah ditanam di sekitar pantai itu. Kegelojohan memulakan serangan menyebabkan sekelip mata saja nyawa askar asing itu melayang terpijak jerangkap samar.

Bagaimanapun, dengan semangat juang ‘kamikaze’, askar Jepun terus mengasak askar Punjabi dan penduduk kampung sehingga mereka berjaya menakluk kawasan berkenaan.

Ketika askar Punjabi di ambang kekalahan, mereka meminta bantuan batalion tentera British yang berkubu di Pangkalan Chepa. Bantuan yang diminta segera dikerahkan ke kawasan itu sehingga berlaku pertempuran terbuka sehingga mengorbankan ramai mangsa, termasuk askar Jepun, British dan penduduk kampung.

Bagaimanapun, peperangan sengit berakhir dengan kemenangan kepada Jepun.

Seterusnya dari kawasan pantai itu, tentera Jepun membina angkatan yang kuat dengan berbekalkan strategi terancang serta slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ bagi menarik sokongan penduduk tempatan.

Bangsa yang mula mengenal erti kemajuan di bawah pemerintahan Maharaja Meiji itu terus mara ke pusat pentadbiran British di Kota Bharu dengan menunggang basikal dan mereka berjaya menguasai bandar berkenaan dalam masa sehari.
Semangat untuk menjulang nama bangsa, negara dan keperluan sumber ekonomi sebagai bahan mentah industri pekilangan mendorong tentera Jepun semakin agresif sehingga menawan seluruh Kelantan selepas 10 hari Jepun mendarat di Tanah Melayu.

Maruah tentera British yang sebelum itu mendabik dada mengaku kononnya mereka bangsa hebat dan berpengaruh serta memiliki kekuatan tentera, tercalar teruk diperlakukan Jepun sepanjang tempoh itu.

Dalam tempoh 10 hari itu juga, Jepun yang dikenali sebagai Nippon mula melebarkan jajahannya. Selain Kelantan, mereka menyeberang sempadan Thailand-Tanah Malaya untuk masuk ke Kedah dan Perak.

Mereka berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941 dan pada hari seterusnya, pesawat Jepun menyerang dan menenggelamkan kapal tempur British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse di perairan Pahang.

Jitra dan Alor Star dikuasai Jepun pada 12 Disember dan empat hari kemudian, British yang berpangkalan di Pulau Pinang melarikan diri meninggalkan pulau itu selepas menghadapi kebangkitan Jepun yang mengebom pangkalan berkenaan hampir setiap hari.

Senjata, bot, bekalan dan alat penghubungan radio ditinggalkan begitu saja dalam tergesa-gesa dan akhirnya jatuh ke tangan tentera Jepun. Nippon terus membawa masuk tambahan kereta kebal, pesawat dan kelengkapan perang bagi mempergiatkan serangan untuk menduduki Tanah Melayu.

Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun tercetus dalam Pertempuran Kampar yang berlangsung selama tiga hari tiga malam sebelum Jepun beroleh kemenangan pada 2 Januari 1942.

Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberi tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Tanah Melayu.
Pada 9 Januari, kedudukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British dari Kuala Lumpur ke utara Johor. Kesempatan itu menyebabkan Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur dengan mudah tanpa tentangan pada 11 Januari.

Askar Jepun terus mara dalam asakan hebat daripada meriam dan tembakan senjata api tentera British dan tentera bantuan dari Australia.

Pertempuran sengit dengan tentera Australia di Jambatan Gemencheh pada 14 Januari menyebabkan Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya dan ia memberi tamparan hebat kepada Jepun kerana mengorbankan 600 askarnya.

Kalah dalam pertempuran di Gemencheh, Jepun semakin mengganas dalam pertempuran lain. Pertempuran sengit di Parit Sulong selama empat hari menyebabkan tentera Australia dan askar upahan British kalah teruk.

Melihat jumlah yang mati dan tercedera meningkat, Leftenan Kolonel Anderson yang mengetuai Pasukan Muar mengarahkan setiap orang bawahannya ‘menyelamatkan diri masing-masing’.

Mereka melarikan diri merentas hutan, paya dan ladang getah manakala mereka yang tercedera ditinggalkan. Seramai 133 askar disiksa dengan kejam dan sadis oleh tentera Jepun.

Pertempuran kamikaze oleh tentera Jepun menyebabkan British dan sekutunya diasak sehingga ke penghujung jalan. British mula menyedari yang mereka tiada lagi peluang untuk menang dan akhirnya mengarahkan pengunduran umum pihaknya menyeberangi Selat Johor ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942 iaitu selepas 55 hari, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Pada 15 Februari 1942, pemerintah tentera British di Tanah Melayu, Leftenan Jeneral Arthur Ernest Percival bersama-sama 60,000 tentera British menyerah diri secara rasmi kepada Pemerintah Tentera Jepun, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita di Ford Plant Bukit Timah, Singapura.

Pengumuman kekalahan British itu menyebabkan bermula era penjajahan Jepun di negara kita.

Hidup sengsara di zaman Jepun

JEPUN menjajah Tanah Melayu selama hampir empat tahun dan sepanjang tempoh itu penduduk merasai kekejaman askar penjajah itu yang tidak teragak-agak untuk menyeksa dan membunuh sesiapa saja yang menentang mereka.

Penduduk mula merasai peritnya hidup di bawah pemerintahan kuku besi Jepun yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan berbanding British. Mereka diperlakukan bagai hamba abdi dan haiwan, jika masih hidup.

Askar Jepun pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita yang digelar ‘Harimau Malaya’ dikatakan gemar melakukan ‘upacara’ memotong kepala dan penyembelihan beramai-ramai terhadap rakyat tidak berdosa.

Malah, di Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, lebih 800 orang dibunuh dalam masa dua hari dengan pelbagai cara tidak berperikemanusiaan. Ada yang diseksa di hadapan ayah, ibu, anak-anak, isteri atau suami masing-masing.

Penduduk ditikam dengan bayonet, dipaksa minum air sabun, dicampak ke dalam perigi dan paling menyayat hati, seorang ibu hamil dilapah perut sehingga kaki bayi dikandungnya terjulur keluar.

Rakyat benar-benar sengsara dan hidup dalam ketakutan sepanjang penjajahan British. Ekonomi di Tanah Melayu merosot seterusnya lumpuh sepanjang pentadbiran tentera yang diamalkan Jepun di negara ini.

Jepun memperkenalkan mata wang mereka untuk digunakan di Tanah Melayu tetapi pengeluarannya yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang itu rendah manakala harga barang makanan menjadi mahal.

Pengeluaran barang utama juga dikawal dan permit dikenakan untuk sebarang jenis pengangkutan dan perdagangan. Harta benda penduduk dirampas. Catuan makanan diwujudkan dengan penduduk perlu mendapatkan kupon untuk membeli beras. Setiap keluarga dibenarkan mendapat kira-kira tujuh kilogram beras saja sebulan menyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain antaranya ubi kayu sebagai makanan.

Penduduk juga dipaksa bekerja untuk kepentingan Jepun. Mereka dipaksa memanjat pokok kelapa untuk memetik buahnya, menjadi buruh binaan dalam pelbagai projek antaranya pembinaan Jalan Kereta Api Maut sepanjang 415 kilometer dari Thailand ke Myanmar.

Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 penduduk menjadi buruh paksa bagi membina landasan itu, namun hanya kira-kira 30,000 orang saja selamat pulang manakala selebihnya hilang dipercayai mati.

Jepun juga menubuhkan pelbagai pasukan bagi merekrut penduduk tempatan menjadi sekutu atau bekerja dengan mereka antaranya Pasukan Khas Tempatan (Giyugun), Pasukan Pertahanan Awam (Jikeidan) dan Pasukan Sukarelawan Tambahan (Heiho).

Pendidikan Jepun diperkenalkan bagi memastikan budaya Nippon diamalkan penduduk dan budaya Inggeris yang diperkenalkan British sebelum itu dihapuskan. Penduduk diajar menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo, menundukkan kepala apabila bertemu dan mempelajari bahasa Jepun. Penggunaan Bahasa Inggeris pula diharamkan.

Penjajahan dan penindasan Jepun menyebabkan terdapat beberapa penduduk bangkit menentang terutama secara gerila. Orang Cina paling dahsyat ditindas berikutan permusuhan tradisi Jepun dengan China. Penindasan itu menyebabkan beribu penduduk Cina melarikan diri ke pinggir hutan, seterusnya hasutan Parti Komunis Malaya (PKM) menyebabkan penduduk Cina itu menubuhkan Malayan People’s Anti Japaness Army (MPAJA).

Orang Melayu pula menyertai askar gerila Melayu iaitu Force 136 yang ditubuhkan British bagi mengumpulkan penduduk tempatan untuk menentang penjajah itu.

Pagi 6 Ogos 1945, pesawat Superfotress Amerika Syarikat terbang memasuki ruang udara Jepun. Sebaik mendapati sasaran dan masa yang ditunggu sesuai, juruterbang menggugurkan bom atom di Hiroshima, sebagai serangan balas terhadap pangkalan Pearl Harbour yang dilakukan Jepun pada 8 Disember 1941.

Letupan atomik menggegarkan bumi wilayah Jepun itu pada hari berkenaan. Api yang teramat panas membakar bandar Hiroshima dan merentungkan penduduknya. Kegemparan kemusnahan Hiroshima masih belum reda apabila bom atom kedua, digugurkan ke Nagasaki, tiga hari kemudian.

Kemusnahan besar yang dialami di negara mereka menyebabkan pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua kepada Tentera Berikat. Seterusnya pada 12 September 1945, tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri sebagai tanda berakhirnya penjajahan kuasa itu di negara kita.


Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010 !



Tajuk : Selamat Hari Guru 2010 !

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sempena menyambut hari guru pada hari ini , saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru buat semua guru, bekas guru dan bakal-bakal guru yang menjadi pembaca atau pengunjung blog Sangtawal ini.

Semoga guru-guru sekalian sentiasa sihat dan tetap bersemangat dalam mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.

Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ramai guru-guru yang sentiasa sakit ? saya pernah mendengar rungutan ini dari beberapa orang yang bekerja secara langsung dalam bidang kesihatan.Kata mereka, di antara banyak – banyak bidang kerja dalam sektor kerajaan , mereka yang paling ramai dan kerap memohon Medical Certificate [MC] atau MC= ‘Minta Cuti’ adalah di kalangan guru, benarkah begitu?

Saya amat berharap agar dakwaan diatas tidak benar.Oleh itu , untuk menolak dakwaan itu , rasanya adalah menjadi satu kewajiban pihak Kementerian Pelajaran untuk membuat satu kaji selidik ringkas iaitu dengan membuat satu borang kajian dengan soalan-soalan ringkas sebegini:

1. Apakah kerjaya pesakit yang selalu memohon MC di Klinik / Pusat kesihatan/ Hospital ini?

2.Apakah gejala atau tanda sakit yang selalu diadukan/ dihadapi oleh mereka?

3.Apakah gejala atau tanda sakit itu juga masih terjadi atau berkurangan ketika cuti sekolah atau cuti hari minggu?

4.Berapa peratuskah dari pesakit di atas yang ingin diri mereka dirujuk ke hospital atau pakar perubatan?

5.Apakah mereka memiliki kerjaya lain selepas waktu bekerja seperti wakil jualan langsung, MLM, wakil insurans, bekerja sebagai guru tuisyen sambilan, terlibat dengan politik atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti perniagaan lain dll ?

Soalan – soalan seperti diatas boleh dikaji dan di analisa oleh pihak Kementerian Pelajaran demi menjaga kebajikan dan kepentingan guru-guru sekalian agar mereka semua sentiasa dalam keadaan sihat dan bersemangat waja dalam meneruskan kerja mulia mereka sebagai pendidik yang cemerlang demi melahirkan generasi yang terbilang.

Contoh paling mudah ialah dengan membandingkan soalan 4 dan soalan 2. Jika ‘aduan masalah yang sama’ bila ditanya dalam soalan 2, tetapi tidak menjawab ‘ya’ dalam soalan 4 iaitu mereka kerap mengadu mengalami masalah kesihatan yang sama tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan susulan atau “Diagnostic investigation / work out” seperti dirujuk kepada pakar perubatan dan sebagainya, maka perkara ini seharusnya diambil perhatian sewajarnya oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Jika anda sendiri berkesempatan ke Klinik atau mana-mana pusat rawatan, sambil berbual-bual tu , anda bolehlah cuba bertanya kepada doktor yang merawat anda , golongan kerjaya manakah yang kerap MC [ Minta Cuti ].Jika anda amat rapat dengan doktor itu, anda boleh membelek salinan buku MC diatas mejanya, kerana disitu ada menyatakan pesakit itu bekerja di mana. Harap-harap jawapannya bukan ber-kerjaya guru!

Akhir sekali, saya amat menghargai sekali jasa bakti guru-guru semua, tanpa guru siapalah saya!

Semoga guru semua sentiasa sihat, ikhlas dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang berat ini!

*************************************

Definasi Guru mengikut Sangtawal : ialah mereka yang memberikan ilmu yang berguna untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh itu, seorang guru tidak semestinya mempunyai diploma atau ijazah barulah ilmunya akan diiktiraf, mungkin anak kita atau sahabat kita atau si fakir atau dia seorang raja pun boleh kita anggap guru kita jika mereka memberikan ilmu yang berguna buat kita.Oleh itu janganlah marah jika saya katakan bahawa murid guru disekolah juga boleh dianggap guru oleh gurunya kerana mungkin gurunya telah belajar satu ilmu yang berguna dari anak muridnya itu , contoh mudah ialah dalam ilmu IT, tak semua guru-guru yang hampir pencen itu pandai IT.

Pendapat saya , konsep murid – guru ini perlulah diperluaskan lagi makna dan ruang lingkupnya, agar budaya ilmu dan wacana pemikiran generasi berilmu akan dapat diperkembangkan dan dibangunkan. Istilah pembelajaran formal di dalam bilik darjah perlu diubah dan di inovasikan agar ianya menjadi lebih menarik dan menjana kecerdasan spiritual kerana ilmu itu ada dimana-mana.

Ilmu yang dicari bukan nya tersimpan dan terpisah didalam kawasan pagar sekolah atau bilik darjah sahaja, kerana ilmu berguna untuk hidup didunia dan akhirat perlu juga dicari hatta sampai ke rumah atau pondok-pondok buruk , menuntut dari seorang yang arif lagi bijaksana yang hidupnya cukup sederhana dan zuhud seperti contoh dalam youtube dibawah ini.

Jangan memandang kepada rumah atau bantal buruknya, jangan melihat kepada gelap biliknya dan janganlah merungut panas kerana bilik tidak berhawa dingin seperti dalam dewan kuliah di tempatnya, tapi dengar dan renungilah mutiara-mutiara kata dan ilmu yang keluar dari mulutnya yang tentunya dari akal, hati dan jiwanya itu!



Wassalam.

Sangtawal Sakranta


Wednesday, May 12, 2010

Ukiran Kalimah Bertimbal Balik



Tajuk : Ukiran Kalimah Bertimbal Balik.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ketika balik ke rumah ibu dikampung pada Hari Ibu yang lepas, saya duduk-duduk di dapur rumah sambil berbual-bual dengan keluarga, tiba-tiba mata saya tertarik kepada sebuah kerusi berukiran kayu yang berada di satu sudut dapur rumah ibu.

Bila melihat kepada kerusi itu, ingatan saya kepada arwah datuk yang biasa kami panggil namanya “Tok Ayah” kembali bermain di ingatan.

Sebenarnya ia bukanlah sebuah kerusi, tetapi asalnya adalah sebuah katil yang dibuat oleh arwah datuk kepada saya , kemudian setelah ianya rosak, abang saya telah membaiki dan menjadikannya sebuah kerusi pula kerana sayangkan ukiran tangan Tok Ayah pada kepala katil tersebut.

Saya masih ingat lagi, 20 tahun yang lepas , ketika itu saya masih belajar di tingkatan 3, Tok Ayah mengajak saya tinggal bersama dirumahnya yang tidak jauh dari rumah saya.Ibu mengizinkan saya pergi tinggal bersama Tok Ayah memandangkan di rumah Tok Ayah , suasana untuk belajar adalah lebih selesa dan tenang, lagipun ketika itu saya akan menghadapi peperiksaan SRP.

Memang saya tahu, Tok Ayah (ayah kepada ibu saya) amat sayang kepada saya. Dia telah menyediakan sebuah bilik untuk saya.Semua hajat saya , jarang yang tidak dipenuhi oleh Tok Ayah.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa saya merupakan cucu kesayangannya! Namun saya tidak mahu menyusahkan beliau dengan meminta itu dan ini, bagi saya kasih sayang yang dicurahkan olehnya sudah cukup memadai buat saya.Kadang-kadang ibu saya merungut kepada Tok Ayah kerana terlalu memanjakan saya sejak kecil lagi, namun Tok Ayah senyap dan hanya tersenyum.

Memang benar, saya sangat manja dengan arwah datuk, mungkin disebabkan saya kehilangan kasih sayang ayah ketika saya berusia 5 tahun setelah ibu dan ayah berpisah, menyebabkan segala kasih sayang dan segala macam masalah saya tercurah buat datuk!

Ketika saya mula tinggal bersama Tok Ayah, dia pun mulalah mengukir kayu dan membuat sebuah katil untuk saya, berminggu-minggu juga Tok Ayah menghabiskan masa untuk menyiapkannya, maklumlah pada siang hari dia sibuk membantu nenek menguruskan kedai runcit dan bekerja sebagai guru Al-Quran di madrasah kampung saya dan bergaji tetap dengan Majlis Agama iaitu selepas waktu zohor hingga asar dan malam pula mengajar Al-Quran secara percuma selepas isyak kepada anak cucu dan sanak saudara terdekat.

Sekarang, itu semua sudah menjadi nostalgia, hanya katil yang diubahsuai menjadi kerusi dibawah saja menjadi kenangan berharga buat kami semua.

*Kerusi yang asalnya adalah katil saya yang diperbuat oleh Tok ayah

Tanpa disedari saya merasa sedih dan sayu bila mengenangkan arwah Tok Ayah.Semakin direnung kerusi itu ingatan kepada Tok Ayah semakin kuat.

Tiba-tiba mata dan hati saya terpaut pada satu sudut ukiran kayu Tok Ayah, hati berasa bergetar dan saya terpaku sejenak!


Rupa-rupanya bentuk corak ukiran katil yang sebelum ini saya anggap bunga atau seni ukir biasa rupa-rupanya mengandungi Kalimah tertentu , kalimah Muhammad bertimbal balik yang sangat difahami oleh mereka yang memahaminya saja!!!

Ibu dan adik beradik saya yang lain pun turut terpegun dengan ukiran kalimah itu, kerana sebelum ini memang kita orang semua tak perasan benda itu ada sejak 20 tahun yang lalu! kami anggap ia adalah corak bunga pada ukirannya!

Terima kasih Datukku, Al-Fatihah buatmu… semoga ruhmu dicucuri rahmat Ilahi ketika ini dan semoga Allah swt redha denganmu di alam sana.

Patutlah dulu, arwah Tok Ayah selalu berpesan, tidur elok-elok atas katil ni, jangan langkah kepala katil ini…. sebelum tidur, ambil air sembahyang, mengucap dan bacalah mana-mana ayat-ayat suci Al-Quran sebelum melelapkan mata…. tidur adik beradik mati katanya… selalu selawat kepada Nabi Muhammad kerana kata Tok Ayah, siapalah kita kalau bukan kerana Muhammad !


Bila melihat gambar di atas ini dalam blog sahabat saya TMP dan membaca slogan tertulis “Awal dan akhir- Bertimbal balik di Ayuthia” hati saya sayu dan tersentuh , malah masih berfikir hingga kini apakah tujuan datuk saya mengabadikan ukiran kalimah itu di kepala katil saya!

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.

Monday, May 10, 2010

Buroq


Tajuk : Buroq

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Kita selalu mendengar kisah perjalanan Nabi Muhammad saw pada malam Israk Mikraj baginda. Perkataan Buroq tidak asing lagi dalam dunia islam kerana ia merupakan kenderaan Rasululullah saw pada malam yang penuh keberkatan itu.

Buroq seperti yang digambarkan kepada kita adalah berupa binatang seperti burung , mempunyai sayap dan berkepala manusia serta bertubuh seperti kuda. Ia bergerak dengan kepantasan yang sangat tinggi!

Namun begitu, apakah kenderaan Buroq yang sebenar, yang dinaiki oleh Rasulullah saw itu sedemikian rupa? apakah pengertian dan gambaran tentang Buroq ini telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu sejak ribuan tahun lagi?, malah mungkin bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan umat islam dan mungkin juga untuk memperlekehkan atau menimbulkan ejekan, malah keraguan tentang kebenaran terjadinya peristiwa bersejarah dalam hidup Rasulullah saw dan umat islam sengaja ditimbulkan oleh musuh-musuh islam kerana pada malam itulah Baginda telah diamanahkan oleh Allah swt perintah Solat 5 waktu sehari semalam ! solat adalah merupakan tiang agama.

Buroq telah menjadi satu binatang mistik di alam melayu sejak sekian lama. Gambar-gambar Buroq dicari dan dibeli kerana dipercayai boleh membawa keuntungan jika digantung di dalam kedai. Kepada mereka yang lebih taksub lagi dengan Buroq ini, mereka ingin sekali memiliki gambar Buroq ini, kononnya untuk tujuan menarik atau sedut duit! [ kalau gitu, tak payah kerja la yer !!! ]

Contohnya , gambar Buroq dalam koleksi lukisan lama saya di bawah ini, pernah suatu ketika dahulu ditawarkan dengan harga yang agak lumayan, namun saya tidak mahu menjualnya, biarlah ia menjadi koleksi peribadi berharga saya untuk tatapan anak cucu di kemudian hari.

*Gambar Buroq dalam koleksi gambar peribadi saya



Gambar Buroq ini yang hampir koyak , saya masukkan kedalam frame dan simpan sejak 15 tahun yang lalu. Saya memperolehinya dari sebuah rumah lama yang dirobohkan.

Pada mulanya si anak tuan rumah (arwah) mahu membakarnya kerana dia kata tak elok letak “gambar khurafat” ini dalam rumah! Gambar itu dibeli oleh arwah bapanya dari seorang perantau yang digelar tok sheikh, beliau tidak pasti yang tok sheikh itu berbangsa apa, mungkin arab, Pakistan atau india.Tok Sheikh itu juga menjual kain dari satu rumah ke satu rumah.

Arwah datuk saya juga pernah mencadangkan supaya saya membuang saja gambar ini suatu masa dahulu setelah dia melihat saya menggantungkan gambar ini dalam bilik tidur saya, tetapi oleh kerana minat yang mendalam kepada barang-barang lama dan seni, saya menyimpannya secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan datuk!

Cuba teliti mahkota yang dipakai oleh Buroq di atas, mahkota diatasnya yg mempunyai salib (sengaja dibengkokkan sedikit) , boleh dikatakan hampir sama seperti St Thomas’ Cross yang menjadi simbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah).

Sila lihat gambar Baphomet dibawah, di kepalanya ada bintang, dan ia juga bertanduk. Ada juga gambar bulan di sebelahnya. malah ianya juga turut bersayap! hampir sama dengan gambar Buroq khayalan mainan konspirasi Jesuits di atas!

*Baphomet



*Persian Cross

Lihat pula subang atau anting-anting Buroq diatas, bukankah ia menyerupai Persian Cross di atas?

Persian Cross diatas pula menyerupai Stone Cross di bawah

* Stone cross , baca sedikit artikel mengenainya,

Klik :


Lihat pula corak kain pelapik pelana di gambar Buroq di atas, bukankah ia hampir sama dengan corak kain selendang jubah Pope Benedict di bawah?



Kesimpulannya, saya cukup percaya bahawa gambaran rupa Buroq seperti diatas adalah sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mengelirukan umat islam, sekaligus mempersendakan peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad saw.

Kepada para pembaca yang mempunyai ilmu tentang Buroq yang dinaiki oleh Rasulullah saw pada malam Israk Mikraj yang penuh keberkatan itu, bolehlah berkongsi di sini.

Dibawah ini saya sertakan satu artikel Pilihan untuk tatapan bersama berkaitan Buroq :

Sumber : Klik Sini


[[ Untuk menjawab semua pertanyaan itu, saya mengutip penjelasan yang sangat ilmiah tentang Isra’ Mi’raj oleh Prof. Dr. Saidi Syekh Khadirun Yahya MA. M.Sc dalam bukunya berjudul :

CAPITA SELECTA TENTANG AGAMA, METAFISIKA ILMU EKSAKTA JILID II (hal 51-57), Penerbit Universitas Panca Budi Medan.Berikut kutipannya :

Uraian ringkas ISRA’ dan MI’RAJ Rasulullah SAW
ditinjau dari sudut ILMU METAFISIKA EKSAKTA.

Maksud Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW ialah untuk sujud/hadir ke hadirat ALLAH SWT yang bersemayam di atas Arasy yang maha tinggi.

Jadi: ALLAH SWT berada di Arasy, sedangkan Rasulullah SAW berada di bumi.

Jarak antara keduanya tak terhingga jauhnya : dalam istilah ilmu pasti, jarak yang tak terhingga ditulis : S = ∞

Menurut rumus Mekanika :

1. : S = v x t
S = Spazium = distance = jarak
V = Velocitas = speed = kecepatan
T = tempo = time = waktu

2. Jadi : Jarak = kecepatan x waktu (lihat nomor 1).

3. : S = v x t; kalau jaraknya S = tak terhingga, maka ditulis : S = ∞

4. Jadi : S = v x t;

Menurut Ilmu Aljabar :

5. Kalau : ∞ = v x t, maka v-nya harus (v = ∞).
Atau t-nya harus ( t = ∞ ).

6. Jadi : ∞ = ∞ x t atau ∞ = v x ∞
Waktu yang dipakai Rasulullah SAW berangkat sesudah Isya dan kembali sebelum subuh, katakanlah ± 6 jam pulang pergi, jadi : satu kali jalan menggunakan waktu 3 jam atau t = 3 jam.

7. Diketahui :
2t = 6
t = 3

8. : S = v x t ∞ = v x t
S = ∞
t = 3 .:. v = ∞ = ∞

9. Jadi : v mesti ∞ : v = ∞
∞ Artinya : Bahwa menurut ilmu rumus eksakta di atas, Rasulullah SAW wajib memakai suatu alat/”kendaraan”/faktor/frekuensi /yang berdimensi/ ber-kecepatan tak terhingga/tak terbatas, yang v-nya = ∞

Dan ini ternyata benar! Memang Rasulullah diberikan alat Bouraq = kilat, yang kecepatannya dan frekuensinya tak terhingga : v = ∞ diberikan oleh ALLAH SWT.

Betapa EKSAK-NYA ISRA’ MI’RAJ ITU !!!

KESIMPULAN :

1. Tanpa memakai faktor tak terhingga (∞) siapapun orangnya yang munajat ke hadirat ALLAH SWT tak kan sampai kepada ALLAH SWT !!!
- HUKUM EKSAKTA MEMBUKTIKANNYA !
- ISRA’ MI’RAJ MENUNJUKKANNYA, KEDUA-DUANYA TAK DAPAT DITAWAR-TAWAR, TAK DAPAT DITOLAK KEBENARANNYA.

2. Munajat artinya : beribadat, berdzikir, bershalat, bersamadi, beri’tikaf dan lain=lain.

3. Sampai pada ALLAH artinya masuk Syorga, karena Syorga adalah pada sisi ALLAH SWT (∞).

4. Dengan terang dan jelas kelihatannya, bahwa tidak ada satu manusiapun yang Sampai pada ALLAH SWT dengan akal apa sajapun, dengan ma’rifat apa sajapun, bagaimanapun hebatnya, karena alat tak terhingga (∞) adalah kepunyaan ALLAH, dan bukan kepunyaan manusia, karena manusia tidak mempunyai kemampuan untuk itu. Manusia adalah BAHARU dan serba terbatas yang tak dapat menghasilkan yang tak terhingga (∞).

5. Alat yang diberikan ALLAH SWT pada Muhammad adalah hanya satu-satunya yaitu “Nur-Nya”, mau tidak mau harus dapat kita salurkan pada diri kita alat itu juga, karena tidak mungkin ada alat lain yang mencapai ALLAH SWT selain daripada Nur-Nya sendiri. Faktor tak terhingga (∞ ) tidak dimiliki oleh manusia manapun juga, karena tidak Ada manusia yang bersifat tak terhingga (∞ ), melainkan ALLAH saja, maka Faktor tak terhingga (∞ ) harus diberikan atau dimasukkan oleh ALLAH itu Sendiri pada manusia, baru manusia memilikinya dan barulah manusia itu dapat Berkomunikasi dengan ALLAH SWT (lihat uraian isra’ dan mi’raj di atas), dan Sesuai dengan firman ALLAH : Nuurun ‘alaa nuurin yahdillaahu linuurihiiman yasyaau. Artinya : “…..Nur Ilahi berdampingan Nur Muhammad itulah diberikannya kepada manusia yang di kehendaki-Nya….” (Surat An nur ayat 35)

6. Faktor tak terhingga (∞) ini tak dapat dan tak boleh bertukar, karena Nur Ilahi adalah satu , tak boleh yang lain, harus yang itu juga, karena jika yang lain, hasilnya/sampainya tidak akan sama; Harus yang di berikan pada Muhammad SAW itu juga harus kita miliki, agar terjamin tempat mendaratnya Muhammad SAW itu sama dengan tempat mendaratnya kita. Tempat mendaratnya Muhammad adalah Syorga, karena syorga adalah pada sisi ALLAH SWT.

7. Untuk mencapai frekuensi yang sama, tidak ada jalan lain, Rohani kita mutlk harus dapat kita gabungkan dengan Rohani Muhammad, yang hidup kekal dan abadi pada sisi ALLAH SWT sebagai “SATELIT” ALLAH TA’ALA di alam semesta ini, yang senantiasa langsung berkomunikasi dengan ALLAH SWT. Rohani digabung dengan rohani tidaklah ada salahnya dan tidak berdosa, asal pandai dan tahu cara pelaksanaan teknisnya, seperti juga frekuensi stasion radio Nusantara III Medan, selalu menggabungkan diri dengan frekuensi pusat jakarta, dan kita akan mendengar Langsung siaran pusat jakarta pada radio kita yang sedang distel dengan frekuensi stasion radio Nusantara III Medan. Begirtu juga, sewaktu Muhammad Ali bertinju di stadion rio de janeiro, cukup kita menstel tv kita pada stasion medan, medan menggabungkan diri dengan jakarta dan jakarta Dengan palapa dan palapa dengan rio de janeiro. Kita melihat Muhammad Ali langsung bertinju di layar tv kita di rumah kita sendiri. ]]

*[ Sangtawal : secara peribadinya saya tidak begitu setuju dengan istilah kedudukan atau jarak yang digambarkan terlalu jauh sangat seperti yang dinyatakan oleh Prof. Dr Saidi di atas iaitu jarak antara Allah swt yang bersemayam diatas ArasyNya dengan Nabi Muhammad saw, tetapi kaedah pendekatan pengiraan sains yang digunakannya itu amat menarik untuk difikirkan! Lagi komen saya berkaitan tulisan beliau diatas ialah ; sampai kepada Allah swt tidak semestinya kita masuk Syurga dan Allah swt itu tidak boleh disamakan dengan Infiniti atau sesuatu pun yang setara denganNya ]

Selamat membaca, Wassalam.

Sangtawal Sakranta…

Sunday, May 09, 2010

Ucapan : Terima Kasih Ibu !



Terima kasih Ibu

Ibu…

Engkaulah insan paling berjasa dan teristimewa dalam hidupku,
Terima kasih kerana membesarkan diriku dengan penuh kasih sayang,
Terima kasih kerana selalu mendidik dan mendoakan kejayaan dalam hidupku,
Ku doakan semoga Ibu sihat, bahagia selalu di dunia dan akhirat
Ibu, ketahuilah bahawa anakmu ini sangat menyanyangi dirimu.

Amin.






* Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua pembaca blog wanita yang bergelar ibu, semoga kalian semua menjadi ibu mithali buat anak-anak dan suami yang tercinta!

semoga kalian bahagia selalu!


Sangtawal sakranta...

Thursday, May 06, 2010

Majlis Ilmu : Bhg 3 - Al-Quran Turun Dalam Tujuh Huruf


Tajuk : Majlis Ilmu : Bhg 3 – Al-Quran Turun Dalam Tujuh Huruf.

Oleh : Sangtawal Sakranta.


[[.. Hadis tentang turunnya al-Quran dalam tujuh huruf itu berasal dari sejumlah besar sahabat, antara lain Umar,Uthman,Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Abu Bakar, Abu Jahm, Abu Said al-Khudri, Abu Talhah al-Anshari, Ubaiy bin Ka’ab, Zaid bin Arqam,Samurah bin Jundab, Salman bin Shurd, Abdurrahman bin Auf, Amr bin Abi Salamah, Amr bin al-‘Ash, Mu’az bin Jabal, Hisyam bin Hukaim, Anas, Huzaifah, Ummu Ayyub’ isteri Abu Ayyub al-Anshari. Dua puluh satu sahabat itu. Tidak seorang pun diantara mereka tidak meriwayatkan hadis tentang al-Quran turun dalam tujuh huruf.

Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih masing-masing meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, katanya , Rasulullah saw bersabda :

“Jibrail membacakan (al-Quran) kepadaku atas beberapa huruf.Aku sentiasa meminta tambah dan ia pun menambahnya hingga mencapai tujuh huruf” ...]]*

(* Dipetik dari buku : Menyingkap Rahsia Ilmu Al-Quran- Pembahasan Secara Mendalam Tentang ‘Ulumul Quran, oleh Sheikh Muhammad Abdul Azim Al-Zarqaniy, terbitan Pustaka Ilmi,Bab 6, mukasurat 289 - 291 )

Semoga pembaca sekalian sudi berkongsi ilmu dan menghuraikan dengan panjang lebar berkaitan dengan persoalan Al-Quran turun dalam 7 huruf ini kerana Rasulullah saw memang ada bersabda demikian.

Satu artikel yang saya siarkan dibawah mungkin boleh membantu kita lebih memahami berkaitan dengan maksud sebenar Al-quran itu turun dalam tujuh huruf..

Selamat membaca dan berkongsi ilmu.




Artikel Pilihan.


Tajuk :
Al-Quran dan Tujuh Huruf.


Sumber : Klik


[[... Di peringkat awal Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf saja, akan tetapi Rasulullah SAW mendesak malaikat Jibril agar ditambah lagi, supaya umatnya tidak menghadapi masalah dan kesusahan dalam membaca Al-Quran dan memilih mana saja bacaan yang mudah. Lalu Jibril pun menambahnya sehingga tujuh huruf. sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah ia dengan bacaan yang mudah daripadanya"

Ilmu qiraat adalah bagian dari ulum Al-Quran atau ilmu-ilmu tentang Al-Quran yang membicarakan kaidah membaca Al-Quran. Ilmu itu disandarkan kepada Imam periwayat dan pengembangnya yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. Cara pengambilan ilmu ini adalah dgn cara ‘talaqi’ yaitu dengan memperhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru ketika melafazkan ayat-ayat Al-Quran.

Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya. mengatakan : Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).

Lalu makna tujuh huruf sendiri apa ? Para ulama berbeda pendapat mengenai Al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf....

1. pendapat pertama adalah yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh bahasa dari tujuh bangsa selain bangsa Arab. Pendapat ini karena adanya kalimat-kalimat yang bukan dari bahasa Arab dalam Al-Quran seperti ‘Sirat’ (Rome), ‘Istabraqen’ (Yunani), ‘Sijjil’(Parsi), ‘Haunaan’(Siryani).

2. Pendapat kedua adalah yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh jenis qiraat (bacaan) tetapi pendapat ini lemah.

3. Pendapat ketiga adalah yang menyatakan bahwa yang dimaksudkan tujuh huruf tersebut ialah tujuh bahasa kabilah Arab yang masyhur di waktu itu.

Lalu bagaimanakah ulama berpendapat hakikat tujuh huruf itu ?

Para ulama berselisih pendapat mengenai haikikat makna tujuh huruf . berikut beberapa pandangan ulama, tentang hakikat makna tujuh huru.......

1. Larangan (1), perintah (2), halal (3), haram (4), peringatan (5), perbandingan (6)dan hujah (7)

2. Balasan baik (1) dan buruk (2), halal (3), haram (4), peringatan (5), perbandingan (6)dan hujah (7).

3. 7 bahasa yaitu Quraisy (1), Yaman (2), Jarham (3), Hairizam (4) , Qurdaah (5), Al-Tamim (6)dan Ther (7).

4. 7 Qiraat sahabat yaitu Abu Bakar (1), ‘Umar (1), ‘Usman (3), ‘Ali (4), Ibn Mas’ud (5),Ibn ‘Abbas (6) dan Ubay bin Ka’ab (7).

5. DZahir(1), batin (2), fardu (3), sunat (4) ,khusus (5), umum (6),dan perbandingan(7)..

6. Depan (1), akhir (2), faraid (3), hudud (4), peringatan (5), mutasyabihah (6) dan perbandingan (7).

7. Perintah (1), larangan (2), akad (jual beli) (3,4), ilmu ghaib (5), zahir (6) dan batin (7).

8. Hamzah (1), imalah (2), baris atas (3), baris bawah (4), tebal (5), panjang (6) dan pendek (7).

9. Perintah (1), larangan (2), berita gembira (3), peringatan (4), khabar (5), perbandingan (6) dan peringatan (7)

Demikianlah pendapat ulama yang bermacam-macam mengenai maksud tujuh huruf dalam alqur'an.

Tapi dari sekian banyaknya perbedaan pendapat tentang tujuh huruf, Pendapat yang paling masyhur mengenai penafsiran Sab’atu Ahruf adalah pendapat Ar- Razi dikuatkan oleh Az-Zarkani dan didukung oleh jumhur ulama. Yaitu Perbedaan yang berkisar pada tujuh wajah;

1. Perbedaan pada bentuk isim , antara mufrad, tasniah, jamak muzakkar atau mu’annath. Contoh :

وَالَّذِينَ هُمْ لأمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (Al-Mukminun: 8)

Yaitu لأمَانَاتِهِمْ dan dibaca mufrad dalam qiraat lain لأمَانتِهِمْ.


2. Perbedaan bentuk fi’il madhi , mudhari’ atau amar. Contoh:

فَقَالُوا رَبَّنَا بَاعِدْ بَيْنَ أَسْفَارِنَاٍ (Saba’ : 19)

Sebaagian qiraat membaca lafaz ‘rabbana’ dengan rabbuna, dan dalam kedudukan yang lain lafaz ‘ba’idu’ dengan ‘ba’ada’.


3. Perbezaan dalam bentuk ‘irab. Contoh, lafad z إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلا يُضَارَّ كَاتِبٌ (Al-Baqarah: 282) dibaca dengan disukunkan huruf ‘ra’ sedangkan yang lain membaca dengan fathah.


4. Mendahulukan (taqdim) dan mengakhirkan (ta’khir). atau lebih dikenal dg taqdim ta'khir... Contoh :

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَق (Surah Qaf: 19) dibaca dengan didahulukan ‘al-haq’ dan diakhirkan ‘al-maut’, وَجَاءَتْ سَكْرَةُالْحَق بِالْمَوْتِ . Tapi Qiraat ini dianggap lemah.


5. Perbedaan dalam menambah dan mengurangi. Contoh ayat 3, Surah al-Lail,

وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالأنْثَى . Ada qiraat yang membuang lafaz ‘ma kholaqo’


6. Perbedaan ibdal (pergantian huruf). Contoh, kalimah ‘nunsyizuha’ dalam ayat 259 Surah al-Baqarah dibaca dengan ‘nunsyiruha’ (‘zai’ diibdalkan dengan huruf ‘ra’).


7. Perbezaan lahjah seperti dalam masalah imalah, tarqiq, tafkhim, izhar, idgham dan sebagainya. Perkataan ‘wadduha’ dibaca dengan fathah dan ada yang membaca dengan imalah , yaitu dengan bunyi ‘wadduhe’ (sebutan antara fathah dan kasrah).

Lalu apa kaitannya 7 huruf ini dg mushaf 'usmani ?? Mashaf ‘Uthmani adalah mashaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Usman ibn ‘Affan yang digunakan pada hari ini. Menurut jumhur ulama, mashaf ini berjumlah 6 buah yang mencakupi ‘Tujuh Huruf’. Sebagai contoh,(bahasa Yaman), (bahasa Hawazin), (bahasa Abbas) dan lain-lain yang terdapat dalam al-Quran rasm ‘Usmani.

Lalu apa kaitannya dgn ilmu qiraat ?

Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak dari qiraah yang artinya bacaan. Menurut istilah 'ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeda dengan mazhab lainnya. Dengan kata lain ia membawa maksud perbedaan-perbedaan dalam membaca Al-Quran, yaitu perbedaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau tipis, panjang pendeknya dan sebagainya.

Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: "Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam qiraat yang antara satu dengan lainnya tidak sama dalam melafadzkan Al-Quran."

Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu ilmu yang membahas tentang cara pengucapan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap bacaany kepada seorang Imam pakar qiraat.”

Dari Definisi di atas, dapat kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik, entah itu disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan berdasar pada mazhab-mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Dan Qiraat yang dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh. Sebagian orang menyangka bahawa qiraat atau macam-macam bacaan Al-Quran tersebut dibuat oleh Rasulullah SAW atau oleh para sahabat dan para tabiin. Anggapan tersebut adalah tidak benar berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih yang menerangkan berbagai bacaan semenjak Al-Quran diturunkan. Kesemua bacaan yang diriwayatkan oleh ketujuh imam itu telah diakui dan disepakati oleh para ulama dan benar2 dari Rasulullah SAW yang dikenal dengan Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh.

Di zaman sahabat, para qari dan huffaz yang terkenal adalah ‘Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka'ab, Zaid bin tsabit, Ibnu Mas'ud, Abu Darda' dan Abu Musa Al-Asy'ari. Merekalah yang dikirim oleh Khalifah ‘Usman ke wilayah Islam bersama mashaf ‘Usmani yang telah disediakan. Dri Hasil didikan para qari zaman sahabat, muncullah pakar-pakar qiraat generasi tabiin, dan sesudahnya. Berikut nama-nama para pakar qiraat dari generasi tabi'in dibeberapa wilayah islam didunia :

Di Mekah - Qari-Qari' yang tinggal di Mekah antara lain ialah Ubaid bin Umair, Atak Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibnu Malikah

Di Madinah - Qari-Qari yang tinggal di Madinah antaran lain ialah Ibnu Musayyab, Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman, Ibnu Yasar, Mu'ad bin Haris (Mu'ad AI-Qari'), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibnu AI-A'raj, Muslim bin Jundub dan Sa'id bin Aslam.

Di Basrah terdapat para qari masyhur yaitu Amir bin Abdul Qais, Abu 'Aliyah, Abu Raja’, Nasr bin Ashim, Yahya bin Ya'mar, Mu'adz, Jabir bin Zaid, Al-Hasan Ibnu Sirin dan Qatadah.

Di Kufah - Di kota Kufah terdapat pula pra ahli qiraat. diantaranya Al-Qamah, AI-Aswad, Masruq, Ubaid, Amr bin Syarkhabil, Al-Haris bin Qais, Rabi' bin Khatim, ‘Amru b. Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubais, Ubaid bin Mudhailah, Abu Zar'ah dan Ibnu Asy-Sya'bi.

Di Syam - terdapat juga para qari .antara lain AI-Mughirah bin Abi Syaibah Almakhzumi. Beliau termasuk salah seorang murid ‘usman bin Affan. Dan Khalid bin Sa'id, salah seorang murid Abu Darda'.

Dari Hasil didikan generasi tabiin, maka semakin banyak orang yang cenderung dan berminat tentang ilmu qiraat. Banyak diantara mereka yang memusatkan perhatian terhadap ilmu qiraat, sehingga di beberapa kota besar terdapat pula pakar-pakar qiraat dari generasi ini. seperti di Mekah terdapat Imam Ibnu Kasir, yang menjadi salah seorang imam qiraat. Hamid bin Qais Al-A'raj dan Muhammad bin Muhaisin. Di Madinah terdapat nama-nama seperti Abu Jaafar Yazid bin Yakkub, Syaibah bin An-Nasah dan Nafi' bin Nu'im (salah seorang imam qiraat). Di Kufah nama-nama yang termasyhur adalah Yahya bin Wathab, ‘Asim bin Abi Nujdud, Hamzah dan Kisa'i. Tiga nama yang terakhir itu termasuk imam Qiraat yang tujuh. Manakala para qari yang tinggal di Basrah ialah Abdullah bin Abu Ishak, Isa bin Umar, Abu Amir bin Al-A'la (salah seorang imam qiraat), Asim bin Jahdari dan Yakkub bin Al-Hadrami. Di Syam tercatat juga nama-nama yang masyhur .diantaranya Abdullah bin Amir (salah seorang imam qiraat), Atiyah bin Qais Al-Kilabi, Ismail bin Abdullah bin Muhajir, Yahya bin Haris dan Syuraikh bin Yazid Al-Hadrami.

Melalui perkembangan ilmu qiraat yang pesat, lahirlah berbagai bentuk bacaan yang semuanya bersumber dari Rasulullah SAW. Hal ini karena pemahaman mereka yang berbeda dalam memahami maksud Rasulullah SAW yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf. Oleh karena itu masing-masing pembawa qiraat mendakwa qiraatnya berasal dari Rasulullah SAW, Hingga di masa itu, belum dirumuskan dan belum dipastikan bacaan mana yang betul-betul dari Rasulullah SAW. Oleh karena itu, para ulama merumuskan tiga syarat bagi setiap qiraat yang dianggap betul dari Rasulullah SAW:



1. Sanadnya Sahih - maksudnya, suatu bacaan dianggap sahih sanadnya apabila bacaan itu diterima darisalah seorang imam atau guru yang masyhur, tertib, tidak ada cacat dan sanadnya bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.

2. Sesuai Dengan Rasm ‘Usmani - maksudnya, suatu qiraat dianggap sahih apabila sesuai dengan salah satu Mashaf ‘Usmani ( yang berjumlah 6 ) yang dikirimkan ke bnerbagai wilayah Islam kerana ia mencakup sab'atu ahruf.

3. Sesuai dengan tata bahasa Arab - Tapi syarat terakhir ini tidak berlaku sepenuhnya, sebab ada sebagian bacaan yang tidak sesuai dengan tata bahasa Arab, namun karena sanadnya sahih dan mutawatir maka qiraatnya dianggap sahih.

Ilmu qiraat semakin maju sejajar dengan ilmu-ilmu lain disebabkan perkembangan dunia pada umumnya dan dunia Islam khususnya . Ilmu-ilmu yang dulunya diwarisi secara mulut ke mulut mulai dibukukan untuk menjadi kajian bagi generasi mendatang. begitu juga ilmu qiraat mulai ditulis dan dibukukan. Sejarah mencatat Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Jaafar At-Tabari dan Ismail Al-Qadhi termasuk diantara para ulama qiraat yang mula-mula merintis pembukuan ilmu Qiraat Al-Quran.

Melalui pembukuan tersebut, para ilmuwan kemudian mulai membuat kajian dan meringkas pembukuan ilmu qiraat untuk lebih diminati orang banyak. Di antara mereka ada yang menyusunnya dalam bentuk prosa dan ada pula yang berbentuk syair agar mudah dihafal. Orang yang termasuk dalam kriteria tersebut diantaranya ialah Imam Ad-Dani dan Al-Syatibi.


Pada peringkat awal pembukuan ilmu qiraat yang dirintis oleh Ibnu Ubaid Al-Qasim, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Ja’afar dan para imam tersebut di atas, istilah qiraat tujuh belum timbul. Pada peringkat ini, mereka hanya mengangkat sejumlah qiraat yang banyak ke dalam karangan ¬ mereka. Hanya pada abad kedua Hijrah orang mulai tertarik kepada qiraat atau bacaan beberapa imam yang mereka kenali. Umpamanya di Basrah orang tertarik terhadap qiraat Imam ‘Amr bin Yakkub. Sementara di Kufah, orang ramai tertarik pada bacaan Hamzah dan ‘Asim. Di Syam orang tertarik pada qiraat Ibnu ‘Amir. Di Mekah orang2 tertarik pada qiraat Ibnu Kasir begitu juga di Madinah orang tertarik pada qiraat Imam Nafi'.

Di penghujung abad ketiga Hijrah, Ibnu Mujahid mencetuskan istilah Qiraah Sab'ah atau Qiraat Tujuh, dimaksudkan kepada tujuh macam qiraat yang dipopularkan oleh tujuh ( diatas )imam qiraat tersebut. Namun Ibnu Mujahid tidak memasukkan Imam Yakkub ke dalam nama para Imam yang tujuh. Sebagai pelengkapnya, beliau memasukkan ‘Ali Kisa'i yang yaitu salah seorang pakar qiraat dari Kufah untuk menggantikan nama Yakkub. Maka dari situlah bermulanya muncul sebutan Qiraat Sab'ah.

Lalu kenapa hanya sebatas pada 7 imam ? Padahal selain mereka itu masih banyak lagi imam qiraat yang setaraf dengan mereka. Jawaban Menurut Al-Makki, itu karena sanad Imam-imam tersebut ( yang selain imam 7 ) terlalu panjang hingga mengurangi minat orang yang ingin belajar qiraat. Oleh karena itu, (para perawi) mulai membatasi diri hanya pada qiraat yang sesuai dengan mashaf yang mudah dihafal dan mudah menurut bacaan Al-Quran. Di samping itu ,para imam 7 tadi adalah termasuk orang2 yang bisa dipercaya, jujur, dan sudah lama dalam menekuni ilmu qiraat dan qiraatnya pun disepakati untuk dijadikan rujukan. Tapi Walau demikian, mereka tidak meninggalkan periwayat yang selain tujuh imam qiraat tadi, seperti qiraat Yakkub, qiraat Abu Ja’afar, qiraat Syaibah dan lain-lain. Periwayat-periwayat imam tujuh yang masyhur

ialah:

Qalun dan Warsy, meriwayatkan daripada Imam Nafi.'
Qambul dan Al-Bazzi, meriwayatkan qiraat daripada Ibnu Kasir.
Ad-Duri dan Susi, meriwayatkan qiraat dari Imam Abu Amr.
Syukbah dan Hafas, meriwayatkan qiraat dari Imam Asim.
Kholafi dan Khollad, meriwayatkan qiraat dari Imam Hamzah.
Hisyam dan Dzakwan, meriwayatkan qiraat dari Imam Ibnu Amir.
Abdul Haris dan Duri meriwayatkan qiraat dari Imam Ali Kisa'i.

Demikianlah sekilas gambaran yang sangat singkat tentang apa itu 'ilmu qiraat. ...]]


Sangtawal Sakranta...