Monday, July 12, 2010

Ilmu Nafas Melayu



Tajuk : Ilmu Nafas Melayu.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas.

Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita.

Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan!

Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel saya yang lama tentang pendekar sufi dan Mat Kilau, saya ada menulis tentang bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini?

Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya!

Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan?

Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan.

Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah :



Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia.

Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa.

Dalam youtube dibawah, anda akan dapat melihat bagaimana sel-sel darah merah yang mengangkut gas oksigen menggunakan Hemoglobinnya beredar dalam salur darah dan membekalkan gas oksigen kepada sel-sel badan.



Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa.

Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”.

Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus.

Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count.

Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2

Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa.

Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa.

Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya.

Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.

Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains, jika ada di antara pembaca sekalian yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dalam ilmu nafas melayu lama, komen dan pendapat anda amatlah saya alu-alukan!

Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti dibawah ini sambil mengoptimakan kecerdasan spiritual mereka? Cuba kaji dan cuba fikir-fikirkan, semoga melayu kembali gemilang dan terbilang diakhir zaman.



Sangtawal Sakranta...


51 comments:

Anonymous said...

Lagu ini sama dengan lagu nasyid yg terdapat dalam cd Malaysia.

Siapa tiru siapa?

Kalau orang luar tiru kita maka kita hebat.

kalau kita tiru mereka......
no class lah brother.

IMAM BONJOL

sangbogoroyo said...

Salam bang sang,
Dlm nafas ni, nyawa duk kat man yer :))

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Imam Bonjol,
tiada istilah tiru dalam belajar ilmu.lagu dalam youtube diatas itu hanya contoh saja.Nabi saw menyuruh kita menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat serta menggalakkan kita agar menuntut ilmu hatta ke negeri cina sekalipun, asalkan ilmu itu berguna dan berfaedah untuk kita.

adik Sangbogoroyo,
dalam artikel saya yang dulu ada juga disebut sedikit tentang nyawa ini.izinkan saya memetiknya kembali :

"Hakikat nyawa itu ada 4 iaitu Nafas,Ampas,Tanapas dan Nupus? Dimana Nafas letaknya di mulut,Ampas letaknya dihidung,Tanapas letaknya di antara telinga kanan dan kiri dalam kepala atau di Medula Oblongata manakalan Nupus itu letaknya di dalam hati atau qalbi.Bermulanya hidup Nafas itu kerana Ampas.Hidup Ampas kerana Tanapas.Hidup Tanapas kerana Nupus dan hidup Nupus itu dengan rahsia dan Rahsia itu adalah diri rahsia Allah swt iaitu diri batin kita"

wassalam.

panlima hitam said...

salam,
ilmu nafas ni sebenarnya ramai yg tidak tau.....ia terdapat dalam kitab2 lama cam tajul muluk....
dalam peperangan pun sebenarnya pakai ilmu nafas....
bukan itu saja dalam persilatan pun menggunakan ilmu ini untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan lawan.
selain itu terdapat juga ilmu pergerakan yang digunakan samaada masuk dari arah barat@ timur@ utara @ selatan( 8 arah angin) untuk menyerang lawan..kebanyakan masyarakat melayu tidak tahu ilmu perang ini..
minta penulis blog dapat mengupas dgn lebih lanjut ilmu2 ini supaya dapat pembaca2 bloggers tahu ilmu yg semakin pupus....

sekian terima kasih
panglima hitam

Oracle said...

salam

abg sangtawal..

bagaimana perihalnya jika seorg itu tidak perasan dia tidak bernafas melebihi 15minit..

ini kerap dialami oleh sy, kdang tidak sedar sy tidak menghembuskan nafas.. melebihi temph itu

klau user lain baca tak logik,xpelah setiap org lain lain

Anonymous said...

Salam semua.

Tajuk baru he he he. Nak memyampuk sikit.
Memang alam Melayu dan persilatannya terdapat permainan @ Ilmu Nafas ini.

Terdapat satu kaedah yang dipanggil 9 lubang nyawa @ nafas. Kata orang tua2 tanya adakah ditempatnya kalau tak lewatkan sikit perjalanan tu dari Qada kepada Qadar Allah.

Amalan zikir dalam Kalimah Tauhid hingga nafas terhenti boleh dikatakan mematikan diri hingga nadi pun tak berdenyut. Seperti Nabi Yusuf dalam Ikan Nun tapi bukan Ayat yang selalu di sebut tu. Maaf tak boleh cerita banyak tentang kaedah ni.

Amalan tertentu hingga boleh menahan nafas didalam air @ nafas sejengkal yang banyak digunakan oleh Juruselam @ Tok Batu di Pantai Timur Semenanjung satu masa dulu.

Mengunakan nafas untuk bergerak dengan pantas dan meringankan badan @ apungan.

Tentang mainan nafas kebal @ tahan badan tu banyak diamal orang. Seperti membengkukkan besi mengunakan leher tu. Dan ada banyak lagi biar orang lain lah pulak

Wasalam.

Dari Hulubalang Kalathana.

Azman_One said...

Mematikan diri tu sama ke dengan mati sebelum mati yang Tok Juru Taip taip kan hari tu???

Tolong beri pencerahan sedikit,Tok Juru Taip dulu dah lesap pulak dah....tu lah sang tawal kau tak bayar gaji dia.Dah tu berkeras sangat...

mohon pencerahan,kanak2 baru belajar.

Anonymous said...

Tok juru taip tu,makan pengeras siap dengan fee sekali.

ikhlas lah sikit.

Anonymous said...

Salam.
Buat Azman_One.

Tak eh bukan nya gitu kalau setahu hambalah @ mungkin salah. Mati sebelum mati tu Ilmu mengenal diri. Tapi yang hamba maksudkan mematikan diri ni ialah kaedah menahan nafas seperti orang mati. Kan bunyi sama tapi beza maksud tu ha ha ha. Tak nak jadi macam Juru Taip tu cerita tergantung hu hu hu.

Wasalam.

Jawap Hulubalang Kalathana.

Wak Jengkol said...

Salam

Satu artikel yang sangat menarik..wak mohon copy kt wak punya blog yer..

Harap blog wak dpt dilinkan sekali di sini yer

Terima kasih

Wak jengkol
http://ulatdankulat.blogspot.com

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

P5 Hitam,
terima kasih atas komen dan perkongsian ilmu yang sangat menarik!
maaf sebab tidak mengupas dengan detail di sini berkaitan dengan ilmu nafas ini,saya bukannya orang yang mahir dalam bab ini, ia hanya satu trigger buat kita semua mencari ilmu-ilmu lama yang hilang.... siapa rajin mencari dia dapat!

Oracle,
terima kasih atas komen dan pertanyaan.
masalah yang adik hadapi itu bukan sesuatu yang baru dalam dunia perubatan, mungkin ianya termasuk dalam kategori "obstructive airway disease" , lebih teruk lagi jika mengidap OSA, kena bernafas guna mulut, baik adik pergi cepat utk mendapatkan rawatan awal.

sahabatku Hulubalang Kalathana,
Satu perkongsian ilmu yang sangat berguna dan menarik, kalau bagi komen lebih sikit pun tak mengapa . he he he :).... biar orang muda melayu berdarah gelora bertambah minat mendalami ilmu-ilmu sebegini :), kalau lalu di tempat saya, jemput singgah ke teratak buruk hamba!

Azman_one,
terima kasih atas komen,
juru taip ada tu.... sedang baca dan senyum senyum:)
mcm mana nak bayar upah menaip dia, saya pun menulis ni tak bergaji.he he he!
maaf ye juru taip, usik usik je tu...

Wak Jengkol,
terima kasih atas komen dan sokongan.
silakan!

wassalam.

Hulubalang Kalathana said...

Salam semua,

Ilmu ilmu pernafasan masih lagi diamalkan digelanggang persilatan tapi ada yang tanpa murid yang belajar tu sedar akan pengunaan dan keberkesanannya. Tapi ada mungkin hanya tak disertakan dengan amalan zikirnya sahaja. Kebanyakan jurulatih silat sekarang kosong ilmu hanya belajar untuk dipertontonkan dan menunjuk nunjuk akan kehebatan pergerakan saja, bakar sikit ni. Jangan marah!
Dari pengalaman hamba lah masa lalu guru guru ada memberikan amalan ni dengan tertibnya sekali. Cara makan, banyak mana kapasitinya supaya dapat menampung angin yang lebih bila berkelahi nanti. He he he berguna gak waktu dipuncak bersukan dulu.
Selepas tak bersukan ni ada pulak beberapa hamba Allah ajar amalan untuk tahan nafas dan berbagai lagi jenisnya. Nafas atas tengah bawah dan tak bernafas. Maaf cakap berguna jugak bila bersama isteri tu.
Carilah sebelum Allah tutup gedung ilmunya bila tiba masa Perang Akhir Zaman nanti, yang pasti belaku ingatan bagi yang mengaku Islam tu, tak lah nak pertikai dengan Juru Taip lagi ni. Dah nak guna baru tercari cari.

Buat Sahabat Sangtawal insyaallah akan hamba singgah diMahligai Ilmu tempat Tuan hamba berbakti pada masyarakat atas ilmu yang Tuan ada.

Wasalam.

PANCABAIDURI said...

1. Berkata Arifbillah,
‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………”

fakirabdillah said...

Salam brader sangtawal,

Saperti lazimnya ,artikel tuan merupakan artikel yang ditulis satelah kajian mendalam telah dilakukan. Yang amat menarik tuan sentiasa melakukan kajian saintifik utk menghuraikan khazanah Ilmu Islam lebih lebih lagi Ilmu Kebatinan.

Ini amat mengkagumkan saya sementara sentiasa ingat bahawa ianya merupakan bakat bakat dan anugerah Allah kpd tuan.

Saya juga terpesona dengan ketinggian ilmu beberapa pelawat laman tuan ini khasnya pancabaiduri ...yang pastinya mahir dengan Ilmu Nafas ini.

Barangkali khazanah Ilmu Nafas ini perlu dijadikan satu amalan rutin seseorang muslim itu ..kerana alangkah baiknya jika dapat turun naik nafas itu diiringi dengan ingatan kpd Allah kerana hanya ketika bernafas saja kita masih boleh mengingatinya.

Saperti yang dinyatakan oleh beberapa pendekar yg menulis komen masing masing hampir semua Ilmu mempertahankan diri baik warisan melayu malah warisan jepun, cina dll kesemuanya berpaksikan amalan pengawalan nafas.

Barangkali pengawalan nafas jugalah yang difokuskan dalam apa jua amalan neditasi termasuk Tafakur.

Thank you tuan atas ilmu percuma yang tuan sedekahkan kepada umat. Saya salah saorang umat penerima itu.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

Hulubalang Kalathana,
Terima kasih atas komen dan petua :)

Pancabaiduri,
terima kasih atas komen yang menarik dan berguna.Cuma saya ingin bertanya sedikit soalan.pertamanya, dari kitab manakah tuan merujuk itu, sebab dari ayat "berkata arifbillah" itu biasanya dari kitab-kitab lama.
Keduanya, adakah tuan sendiri sudah melakukan latihan nafas sehingga mati pertama hingga mati ke-3 itu? dan jika tuan ada guru, rasanya baik tuan jumpa dan kaji@semak semula tempat dan perjalanan nafas tuan itu kerana pada pendapat saya yang dhaif ini, tuan akan mengalami sesuatu yang sukar dan bermasalah bila meletakkan "ampas" di tempat antara dua kening tuan kerana setahu saya diantara dua kening itu adalah alam qo baqousaini , tempat masuk nur kedalam jasad... mungkin yang tuan maksudkan itu ialah di pusat?
setahu saya lagi, semua perjalanan nafas dan tahap mati yang tuan sebutkan itu sebenarnya bertumpu di qalbi dan tak perlu mikraj kemana-mana.Apapun itu pendapat saya saja, mohon maaf jika ia tidak selari dengan ilmu tuan, kadang kala jalan dan fahaman dari guru berbeza, tapi tujuannya tetap sama.

Fakirabdillah,
terima kasih atas komen dan sokongan.
di Blog tuan juga banyak mutiara yang bertaburan dan jarang-jarang ditemui di zaman moden ini, itu sebabnya saya link-kan blog tuan ke blog sya, harap diizinkan! cuma nasihat saya,jangan tulis semuanya yang rahsia-rahsia itu semuanya, takut orang-orang yang baru belajar tasawuf keliru.Ilmu Tasawuf ini perlukan guru dan latihannya perlukan sedikit masa.makin berjalan jauh si salik itu semakin terasa payah dan berlikunya jalan.cubaan dan dugaan itu usah cerita la.semoga usaha kita diberkati Allah.terima kasih.

wassalam.

Hulubalang Kalathana said...

Salam,

Tuan Fakirbillah dan Sahabat Sangtawal.

Adakalanya ilmu ilmu ni kena cerita biar bertempat. Jangan nanti seperti kata guru hamba:> Tanah disini kalau diletak baja akan merosakkan benih, lagi satu katanya, biar pun burung disini suaranya sedap didengar tapi budak nakalnya ramai dari burung dapat kat budak nakal baik dihalau burung tu.

Perumpamaan ini faham faham lah sahaja supaya yang akan mendapatnya biarlah elok peribadinya. Kerana ilmu ini walau hebat sekalipun jangan sampai kepada orang yang salah, jangan jadi seperti Al Halaj, walau benar di pihak dia tapi penerimaan bagi pihak lain tu yang mesti di jaga. Tahap ilmu seseorang ini bertingkat tingkat.

Ilmu yang hendak di utarakan itu biar baik untuk semua. Biarlah kumpulan tertentu sahaja yang menerima yang selebihnya supaya dapat dijaga akan kehebatan dan keasliannya.
Maafkan hamba kalau hamba tersilap.

Wasalam.

Hulubalang Kalathana said...

Maaf Tuan Fakirabdillah salah taip nama tu.

Wasalam.

Anonymous said...

tambah sikit jer...

orang kata jangan lupa "matikan" minda,angan2,bayang2 dan lain2...sehabis-habisnya.Betul tak???

hening,ingat dan tetapkan diri.

dah nak kiamat pun takkan nak rahsia2 lagi ilmu nafas macam ni???

bukannya ajar buat jahat.

Azman_one said...

Alaaa!! kalau setakat bincang2 camni pun takkan mudaratnya.

Nak kuasainya kenalah juga jumpa CIKGU sang tawal.hehehe!!@

Mana bolih gitu2 jer tak menjadinya...

Aku sampai hari ni pun tak khatam-khatam lagi blajar...adussss!!!

Hulubalang Kalathana said...

Salam semua,

He he he jangan lah merajuk, bukan tak nak kongsi Ilmu tapi ni dalam Blog terbuka tak gitu Sahabat Sangtawal. Bukan kita je umat Islam yang baca, boleh kata seantero dunia yang dapat lihat ni. Kan ada graf nya di tepi tu.

Jadi biar kena chanel yang betul. Ilmu ilmu ni untuk kita guna bersama nanti kalau panjang umur Perang tu masa masih ada kita la. Minta mati sebagai Syuhada ni. Tapi kaedah latihan seperti yang Sahabat Sangtawal tu jadilah dulu sebagai permulaannya.

Hamba ni sebagai pembakar semangat je bahawa adanya Ilmu ilmu sebegini di Alam Melayu. Siapa bertuah dapatlah akan dia.

P.S >Nak jadi orang yang berkelubung lagi sejuk lagi selimut. Kah kah kah.

Wasalam.

Hulubalang Kalathana said...

Ya tak ya jugak lupa la!!!

Kan ada no E Mail Sahabat Sangtawal dalam colum Pakaian Kalimah dulu tu, aik takan tu pun tak faham. Tanya terus le kat dia tu.

Bakar lagi ni.

abgreds said...

salam sangtawal.
kawan lama datang ziarah ni. boleh cam kat IP address. moga sangtawal terus suksess. jenguk saja, sangtawal pasti ada ilmu yang dikongsi. terima kasih tuan..

Tok Ki said...

Alahaiii..Tok cuma nak gebang je sikit.
Cerita mati dan hidup ni memang menarik minat Tok.

Mau tidaknya kita kena juga tahu dan menjawab persoalan dibawah:

1.Dari mana asal hidup ini dan bagaimana hidup ini sesungguhnya?
2.Bagaimana kematian itu kemudian nak ke mana?
3.Siapa yang mengajak tidur dan bermimpi?
4.Bagaimana kepenciptaan alam semesta ini?
5.Kiamat,syurga,neraka azab barzah dll bagaimana sesungguhnya?

Nah!!! org ber iman perlu tahu dan mampu menjawab tu...

Tok Ki said...

Sambung skit lagi...

Aduhaiiii!! dunia menjelang kiamat ramai yang menyembah segala kekosongan.Semuanya penuh kebohongan.Bila solat kata mengadap kepada wajah Tuhan tapi yang jelasnya hanya menyembah asmaNya,afaal,sifat2Nya....Allah...Allah...Allah...tapi tiada Esanya.Solatnya yg sebegitu penuh pendustaan.

Aduhai!!! ada yang menjual dan menjaja kebohongan atas nama agama.kehulu kehilir meraih wang gaji,peruntukkan itu dan mengintai2 wang elaun .Jelas mereka bermajikkan manusia.Bayangkan kalau tak de gaji dari majikkan manusia mereka,mau mati kering.Semua bill nak bayar bulan2 bila kos hidup tinggi..bersifat demikian itulah tandanya mereka menyembah manusia bukan Tuhan yang Esa.Syirik halus tak di lepaskan...

Konon!!!membawa orang kepada Allah untuk akhirat menjanjikan syurga tak mau keneraka,Bagaimana nak selamatkan org kalau kiamat,syurga,neraka pun tak pernah mengetahuinya dan memahami hakikatnya.itu tandanya menjual agama namanya.Yang di sampaikan bukan ilmu tetapi sekadar maklumat.Maklumat begitu dalam internet pun Tok bolih google...hehehe...

Itulah hikmahnya belajar kematian.Hidup ini,!!! yang ramai org suka dan cintai itu, hakikatnya hanyalah sebuah kematian....satu tidur yang panjang.Dahulu org panggil hidup ini bagaikan mayat2, bangkai2 tetapi zaman moden ini org panggil illusi atau fatamorgana.Mereka yg mencari serta mengejar dunia itulah org2 yang binggung...mengejar sesuatu yang kosong,hampa serta sesuatu yang tidak pasti adanya hingga berbunuhan.....sesuatu yang hanya akan di tinggalkan sekejap lagi,hakikatnya purata hidup kita hanya 1 jam 40 minit pada waktu Tuhan.Sekejap sangat!!!

Ada pula gila belajar agama sampai phd,doktora kununnya nanti senang cari makan...astagfirrullah!!! kemudian balik ke negara masing2 menunjuk2 konon ada kelulusan tinggi...hingga memaksa ilmu dan hukum kpd org.Bila di tanya 5 persoalan kat atas sinun tak leh lak jawab....setakat pegi sekolah,.... berok Pak Awang pun pergi sekolah....kehkehkeh..gelihati Tok.

Yang paling sadisss....ada golongan keturunan Raja,Tengku,org2 besar pemerintah....semua bercita-cita besar menjadi org pertama,tapi mengesakan Tuhan pada Asma,sifat,afaal serta zatNya pun tak mampu lagi....bawa syirik ke hulur hilir...lagi nak jadi sultan atau raja.Nama sultan,Raja,Tengku,Raden,Ki,itu tandanya org yang sudah tuntas tauhidnya.Bukan sekadar pakaian saja....

Teruskan lah Sang Tawal dan geng2 yg lain kaji tentang hidup dan mati itu Tok sokong.....ianya memang benar2 bermanfaat terutama zaman Dajjal nak keluar ini.belajar Ilmu Nafas tu satu permulaan yg baik jgn ingat ilmu Arab tak de tentang nafas-nufus ini.Dgn mengetahui hakikat hidup dan mati itu org akan selamat dari Al Wahan.Yang tak setuju tu tandanya ejen2 Dajjal....keskeskes...

Tok Ki said...

Sikit lagi...

Semuanya berpangkal dari Ikhlas..org yg tidak ikhlas akan di serang Iblis.
Asal amalan itu dari ilmu dan taat itu adalah tidak menurut nafsu serakah serta ajakkan syaitan.Disinilah kata kunci untuk turut perintah dan meninggalkan segala larangan.Sementara itu Ikhlas adalah syarat dalam mengerjakan amalan tersebut.Ikhlas itu duduk pada 3 tahap insan:-
1.Ikhlas bagi orang Mubtadi (baru belajar)
2.Ikhlas bagi orang Mutawasit (sedang belajar)
3.Ikhlas bagi orang Muntaha (orang Ariff)

Ikhlas bagi orang Mubtadi ialah baru permulaan untuk suci dari riyak,summah,ujub,berharap dengan pahala,nak kesyurga dan takut pada azab api neraka.Ikhlas orang Mutawasit maha suci dari riyak,ujub,summah dan melakukan amalan semata-mata kerana ALLah SWT .Hanya melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan dari Allah SWT.Bukan kerana hendakkan pahala ke syurga atau takutkan neraka,sementara Ikhlas orang Muntaha tidak melihat dirinya melakukan amalan, yang dilihat hanya perbuatan dan perlakuan Allah SWT yang melakukan terhadap keberadaan dirinya.

Pada peringkat amalan orang Mubtadi itu ialah syirik semata-mata kerana amalan itu dari dirinya sendiri dan meminta balasan amalan.Pada peringkat amalan orang Mutawasit masih terdapat syirik halus tetapi kurang sedikit dari orang Mubtadi kerana orang Mutawasit masih menisbahkan kepada kewujudan dirinya.Sementara peringkat orang Muntaha sudah terlepas dari syirik halus dan tersembunyi ,inilah yang menjadi tujuan kita.

Sabda baginda SAW:

"Apa yang paling aku takuti yang akan mempengaruhi umatku ialah perangkap syirik-syirik halus (khafi)"

Bagaimana untuk kita membebaskan diri dari syirik jali,syirik khafi serta syirik halus lagi tersembunyi? Ya! bebaskan,keluarlah kita dari pengaruh diri kita sendiri.Disinilah kita perlu memahami ketauhidan kepada Allah SWT dengan tuntas iaitu dengan mengEsakan Allah SWT pada Afa'al,A'sma,Sifat dan ZatNya.Cakap mudah nak buat teramat payah........Tok pun dah semput gak nak taip pepanjang...

AlahaiiiTok cuma nak gebang sikit jer tadi...dah terlebih lah pulak.hari ini Tok free kengkawan tah mana perginya.Tok sorang jer,...tu yg joint chatting satu pot dgn korang ni...nanti org kata tok polokek ilmu pula,lepas tu kata sorok2 ilmu,...ilmu yg sorok2,sembunyi2 tu tanda nya ilmu2 sesat,bukankah ilmu sesat itu sifatnya menyerok-nyorok!!!.

cantik keris lok 9 Sang Tawal kat atas tu, kalau antik masuk market cecah 4k-5k tu...Tok ada satu tapi made in Jawa,besi hitam...

Okeylah!!! hari dah tinggi,Tok Invisible dulu lah ye...kalau ada jodoh kita ketemu lagi..

Dari Allah Kepada Allah,

Assalamulaikum...

Anonymous said...

""cantik keris lok 9 Sang Tawal kat atas tu, kalau antik masuk market cecah 4k-5k tu...Tok ada satu tapi made in Jawa,besi hitam...""

Tok Ki ni bisness kerris gak ke???

Best gak penerangan dan didikkan Tok tu.Tok Ki datang lah selalu kat sini ye...Baru best.

Salam Tok.

Anonymous said...

To KI memang gentleman punya.

Tabikkk spring dgn Tok!!!

FaizalAzri said...

Tabik spring..!! :D

unik tgk tok nh.

togey said...

Assalamulaikum...

Salam Tok2 semua...tabikk!!!

Hulubalang Kalathana said...

Salam petang Jumaat.

Buat anon July 14,2010 dan Azman_one.

Baiklah nampaknya anda berdua minat nak tahu serba sedikitkan tentang cara mengamal Ilmu nafas ni. Hamba akan beri yang biasa hamba amal tapi tanpa Isimnya. Bukan kedekut @ lokek sebab manusia akan mempertikaikan tiap sesuatu jika ianya bersalahan dari segi maksud @ pebuatan itu. Dengan mengamal inilah bagi hamba boleh menyelam agak lama juga dengan pertolongan Allah jua.

Buat permulaan boleh lah di amal Ayat dalam Jus 21 Surah Luqman ayat16. Bacalah 3 X tiap solat waktu. Cuma nasihat hamba maksud ayat dan pengunaannya tentu berbeza. Tapi itu lah rahsia akan Kebesaran Allah atas Ilmunya. Dalam maksud tu takutilah bahawa Allah tahu segalanya.

PANCABAIDURI said...

Assalamualaikum..

PANCABAIDURI said...

Assalamualaikum..

sori tuan sangtawal. statment kat atas tu sy copy paste je kat blog lain. xamalkan pun. saje masukkan kot2 ada yg amal bolehla bg penerangan.

sy cuma amal ilmu pernafasan SENAMAN TUA dari silat melayu Lok9 yg diasaskan Guru Azlan Ghani. sy rasa ni lagi bagus dari yoga sbb ia himpunan dari guru tua pelbagai aliran persilatan melayu. kalo setakat ilmu pernafasan bugis ada gak amal ckit2.warisan keturunan..

wassalam..

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Hulubalang kalathana,
betul tu,tak semua ilmu boleh diberikan secara terbuka di blog ini, lagipun saya merasa tidak layak untuk menjadi cikgu kalian di alam cyber ini, sebab saya tidak kenal anda semua dan ilmu saya pun taklah seberapa, itu bukan bermaksud saya "kedekut" ilmu ke apa...

abgreds,
terima kasih atas komen dan kunjungan....masih tak boleh cam siapa saudara ni!!! bagi klu-klu lain boleh tak?

Tok Ki,
wau... best baca komen tok ki ni... terima kasih...betul tu... keris kat atas tu saya beli satu masa dulu dlm 4 - 5K !!! ada lagi yang saya beli dlm 10-20K.... malu nak tunjuk sini. he he he...

anon/faizalazri dan si togel..
terima kasih atas komen :)

Hu.. Kalathana,
terima kasih atas komen dan ilmu yang berguna.terima kasih atas e-mail dan ilmu yang sangat berguna itu. jemput-jemputlah selalu curahkan lagi ilmu-ilmu di dada tu kat sini... hamba terima je...

PancaBaiduri,
Aisey man... ingat dah amalkan... belum lagi ye pak??? he he he...
boleh kongsi sikit kat sini ilmu senaman tua dari silat melayu lok9 tu? saya sangat setuju yg senaman itu jauh lebih baik dari Yoga.

bagi mereka yg baru masuk blog ni, boleh baca artikel lama saya berkaitan Suluk Sufi Vs Yoga di sini :

http://sangtawal.blogspot.com/2009/06/hidupkan-jiwa-tasawuf-bhg-7-suluk-sufi.html

* selamat membaca dan selamat berkongsi ilmu !

wassalam.

pancabaiduri said...

salam tuan..

kursus senaman tua skg pun giat diadakan badan kerajaan ngn NGO. beli je majalah seni beladiri banyak tempat bole belajar kalo nak.

macam2 ada, tapak 9,temu lutut,naga berlabuh,tari piring,tangan melayu,geliat anak rimau,tampar beruang,sila pendekar,anak raja turun ke kolam..sy ingat caranya tapi nama2 xbrape ingat sgt. memang okla dari segi fizikal dan nafkah batin..hehe.

Hulubalang Kalathana said...

Salam semua,

Dah masuk bulan Syaaban ni, bolehlah Amal balik "Ayat Ghalabah" @ yang permulaan nya dari "Allahughalibun ala amri...." tu!! mana yang tahu. Yang tak tu carilah ngan orang tua2 ya.

Sahabat Sangtawal tak seberapanya ada tu dengan hamba saje nak bakar semangat je ni.

Kata Guru,

Banyak benih yang ditanam satu pun tak menjadi, biarlah ada sorang.

Wasalam.

ayahda44 said...

pelihara warisan yang ada ia beguna bila perlu

ayahda44 said...

salam...mintak izin join blog ni...baru bejumpa blog yang amat tertawan hati...asal ilmu yang dibincangkan itu adalah hasil daripada praktikal ulama' dulu daripada pengamalan zikrullah sehingga mencapai satu tahap yang komplks...huraian tuan2 amat jelas dan tepat sekali...cuma yang tinggal lagi sama2lah kita mencari bagi yang tiada mengamalkan bagi yang ada ...insyalallah terpelihara ilmu ini...

togey said...

Salam...hamparan sebidang laman yg cantik.Redhakan hamba untuk megutip dan menyemai benih2 ilmu dari tuan2.

Sangtawal Sakranta said...

salam,
ayahda44 dan togey,
silakan!!!

wassalam.

Hulubalang Kalathana said...

Salam saudara Muslim sekelian,

Amalan dengan pengunaan Nafas..

Dengan nafas jugak boleh di guna dengan menghembus ketangan bacaan Ayat @ Doa tertentu dilepaskan melalui hidung dan disimpan dalam gengaman tangan. Menahan nafas seketika dan dilepaskan perlahan lahan kekiri. Biasanya doa ini untuk 'Bisa Tangan'.

Kaedah tangan seperti berdoa dan dibaca doa tertentu dihembus ketangan melalui mulut. Setelah selesai, kedua tangan itu di sapu @ dilurut ketubuh sebagai Amalan melindung diri @ Perimbun @ Melindung dari pandangan musuh.

Jazakallah Sahabat Sangtawal.

PANCABAIDURI said...

salam semua..

bagi sesiapa yg keje bawah bos. cari2la ilmu nafas tarik semangat bos. kalo bos panggil kita masuk pejabat sebab nak marah. amalkan je. da lama aku amal ilmu ni.
best siot..
biar bos rasa kecik jee..
dia tgk kite beso jee..
kecut perut hilang marahnya..
ilmu ni masih wujud. pandai2 ko la cari..aku xle ajar sbb amanah.

tapi jgn pulak salah guna sampai malas wat keje.

Hasbi robbi jallaulah..
wassalam.

ayahda44 said...

betul tu...

ayahda44 said...

berkaintan dengan ilmu ini boleh dirujuk dalam beberapan kitab jawi melayu..mengamalkan ilmu ini memang bagus..tpi perlu dingat siapkan dulu aqidah dan memahami hakikat qada" dan qadar allah taala terhadap kita..kerana dibimbangi tersasar daripada matlamat....perlu diingat " tidak bergerak sebiji pasir didasar lautan kecuali dengan izin allah...jika tidak fahami boleh bertanya...44////

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.salam sahabats..saya ada jumpa satu blog dari anak cucu Pahlawan Pahang ,ada banyak koleksi ilmu2 lama yang boleh dikutip bagi yang memahami.ini link dia http://koleksiilmudulu2.blogspot.com

Pendekar Sufi said...

Salam sejahtera semua!

Berkenaan ilmu nafas ini memang sangat2 dirahsiakan. Kaedah2nya berbagai ada yg memabawa jln akhirat dan ada yg bawa jln dunia. Cuma saya nak kupas sikit ilmu nafas yg saya pelajari ada yg dunia dan ada juga yg akhirat. Ada juga yg kegunaannya dunia dan akhirat terpulang pada kefahaman pengamal. Ilmu nafas ni perlu mendapatkan hasil rasa nafasnya. Teknik2 latihan olah nafas berritma (rythmic breathing), tahan nafas dan keluarkan nafas perlu dipelajari dgn betul. Begitu juga nafas yg disertai dgn asma' Allah. Nafas yg zahir perlu ada dan nafas yg batin perlu juga berhasil. Yg ini nak paham kena ada latihan baru dapat rasanya. Kedua2nya harus ada sebagai hasilnya. Kalau dlm ilmu sufi, rahsia nafas, nufus, ampas & tanafas perlu juga tahu. Barulah dibukakan gerbang pintu mikraj alam rohani utk rahsia2 alam ketuhanan yg berlapis2 mengikut hak diri masing2. Carilah dan amalkanlah drp guru2 yg arif. Sekian.. salam ukhwah saya.

Anonymous said...

zikir nafas yg mcm lagu tu tak tepat...ada lg yg dirahsiakan...tapi boleh guna gak la utk sakit kene tumbuk

Kilat Biru said...

Salam semua.
Saya berpendapat apa yang disampaikan Pancabaiduri itu benar merujuk pada kitab Naqsybandi lama. Ada nafas yang terletak antara 2 kening. Banyak lagi dikupaskan dalam kitab tersebut termasuk zikir nafas dll. Dalam kitab Pati Rahsia juga ada diajar jenis nafas 4 sahabat dan nafas Muhammad s.a.w.
Carilah siapa yang berdiri antara 2 pintu, bila dia menoleh ke kanan, dia tersenyum, bila menoleh ke kiri, dia menangis. Kenalilah maqam2 nabi pada diri kita nescaya banyak faedahnya dan semakin hampir kita mengenali Pengutusnya.
Kenalilah nafas yang membawa keturunan2 kita supaya dapat meraup kembali 8 keturunan kita menjadi satu dalam nafas 8 penjuru mata angin. Dari 8 penjuru masuk terus ke sarang angin. Angin yang diputar oleh 4 batang Alif yang satu itu dirahsiakan. Itulah asas ilmu Pandikar Naga dan Rimau. Ilmu Pandikar Malayu.

3 Batang Ros.. Kuning, Merah, Putih. Maka pilihlah ..

Selembut Bayu Sekeras Badai said...

Banyak kaedah ilmu nafas ni. Utk senaman silat, senaman sukan, senaman kuatkan tenaga batin malah juga termasuk olah jurus batin dan juga kerohanian. Drp segi senaman keduniaan ilmu nafas melayu mengamalkan olah senaman nafas yg berpetua ilmu samada tiada dgn zikir atau dgn zikir sekali.

Amalan nafas utk persilatan ada di dlm silibus olah senaman silat spt Silat Keris Lok 9, Penjurit Kepetangan dan juga perguruan2 lain. Amalan nafas olah jurus batin dapat kita lihat spt di dlm perguruan BSS, KBS dsbnya.

Drp segi amalan ilmu nafas kerohanian disebut sebagai zikir nafas dan amal nafasnya perlu kenal apa yg dikatakan terima rahsia, hantar rahsia, simpan rahsia, mengamalkan rahsia dan rahsia di dlm rahsia. Kenal juga pintu makam rahsia. Olah nafas kerohanian dgn olah nafas utk riadah hikmah keduniaan ada kelainan. Salah satu amalan olah nafas dgn zikir utk hikmah keduniana ada disebut dlm kitab Pati Rahsia.

Utk kerohanian betul lah apa yg Pendekar Sufi katakan. Anonymous 2 Mac mungkin tak pernah amal olah zikir nafas kerohanian. Mungkin dia hanya tahu olah nafas bahagian dunia sahaja. Zikir nafas ni susah sikit nak dapat drp mursyid. Semua yg telah saya perkatakan tadi masing2 dgn rahsia amalan masing2. Kalau dapat bahagian dunia, maka dunialah yg kita dapat. Kalau dapat dunia akhirat adalah terlebih baik. Ilmu Allah luas, cari dan gali selagi mampu. Jgn pula kita persempitkan minda.

Patcher said...

Perkara yang agak persis di bincangkan dlam ajaran Taoist/Master Lao Tzu (Secret of Golden Flower)Nafas itu 'Cahaya' dan juga di sama kan dengan tenaga
http://www.alchemylab.com/golden_flower.htm

Anonymous said...

salam..tumpang lalu..seronoknya dapat dengar dan timba ilmu daripada sahabat2 yang hebat2 n tinggi ilmunya..

kata orang tua2..ilmu nafas tu lah method musyahadah..itu lah niat..itu lah matikan diri sebelum mati..itulah tafakkur sesaat lebih baik dari 70 tahun..itulah hakikat diri..itulah hakikat mati dan lain2 lagi lah panggilannya..caranya seakan2 PANCABAIDURI tulis lah..tapi rasanya nafas tu kena juga dimikrajkan ke maqam baqa' dan kekalkan di situ..walaubagaimanapun yang tu pun dah hebat tuuu..
kata kata orang tua2 jugak METHODE ilmu nafas adalah rahsia guru..ye kerr..kalu ya..kena tanya lah guru..
kata orang tua2 lagi..kalu tak tau METHOBE ilmu nafas maka tak tahu lah cara nak mati..oleh kerana kita semua nak mati dan mesti mati..rasanya kena lah belajar METHODE ilmu nafas..kalau tak nanti.. mati serupa macam kerbau lembu jer..jadi bangkai ler..kalau tak percaya jika dibiarkan tiga empat hari mayat membusuk macam bangkai..
haha..sori tuan rumah..mmg hamba jenis sembang ngarut2..ilmu tak ada..cuma dengar2 orang cakap jerr..

PAK DONI DI MALAYSIA said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KABOIRENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati MBAH KABOIRENG mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi MBAH KABOIRENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH KABOIRENG DI 082=322=212=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama MBAH KABOIRENG KLIK TOGEL JITU DISINI











saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KABOIRENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati MBAH KABOIRENG mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi MBAH KABOIRENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH KABOIRENG DI 082=322=212=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama MBAH KABOIRENG KLIK TOGEL JITU DISINI