Monday, August 31, 2009

Utusan Mongol Ke Nusantara DiPenggal Hidungnya 720 tahun silam! (1289 M)



Tajuk : Utusan Mongol ke Nusantara Dipenggal Hidungnya Di Singasari 720 tahun silam!(1289M)

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Siapakah Yakjuj Makjuj atau Gog Magog ini sebenarnya?Apakah kaitannya dengan Zurqarnain dan tembok besi ?




Ada riwayat yang mengatakan bahawa pada suatu hari Rasullah saw terbangun dari tidur baginda dan wajah baginda pucat lalu bersabda :

“Laa Ilaaha ill Allah (tiada Tuhan kecuali Allah),celakalah orang arab kerana kejahatan telah dekat.hari ini penutup yakjuj makjuj telah dibuka seperti ini – lalu baginda melingkarkan antara kedua jarinya membentuk angka 70 atau 90”

Dimanakah letaknya tembok atau penutup itu?

Dibawah ini saya petik satu artikel berkaitan dimanakah lokasi sebenar Tembok Zulqarnain itu :



Sumber : Klik Sini

[Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya

Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana "geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.]

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Dalam masyarakat Yahudi,Yakjuj Makjuj disebut Gog Magog.Serangan dan malapetaka yang disebabkan oleh pasukan berkuda Gog Magog ini sering diibaratkan oleh orang yahudi seperti serangan belalang yang merosakkan kebun atau ladang tanaman mereka.



Cuba perhatikan muka atau kepala belalang.Bukankah ia ada mirip dengan kepala atau muka kuda!




Sila lihat terjemahan awal Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani(Septuagint), ‘Gog’ disebut ‘Raja Belalang’

Lihat terjemahan awal Septuagint edisi bahasa Inggeris,Bible edisi Indonesia al-Kitab Terjemahan Baru :

“Thus the Lord showed me,and behold a swarm of locusts were coming,and behold,one of the young devastating locusts was Gog,The King”[Amos 7 : 1 ]…atau terjemahannya:

“Inilah yang diperlihatkan Tuhan kepadaku:Tampak sekawanan belalang sedang datang,dan tampak,salah satu dari belalang pembinasa muda adalah Gog,Raja”

Namun,ayat dalam terjemahan awal itu telah dipadamkan perkataan ‘Gog’ dan ayatnya telah diubah oleh tangan-tangan ghaib mereka! mesti ada sebab atau agenda yang tersembunyi,lalu ayatnya … ..menjadi begini…

“Thus hath the Lord God shewed unto me;and,behold,he formed grasshoppers in the beginning of the shooting up of the latter growth;and lo,it was the latter growth after the King’s movings” [Amos 7 :1] ..iaitu bermaksud :

“Inilah yang diperlihatkan Tuhan ALLAH kepadaku;tampak ia membentuk kawanan belalang,pada waktu rumput akhir sesudah yang dipotong bagi raja”

Nabi Muhammad saw pernah menyebutkan sifat-sifat mereka iaitu yakjuj makjuj ini seperti yang disebutkan oleh Ibnu Majah dari Abu Sa’id Al-khudri Rasulullah bersabda :

“Tidak akan terjadi kiamat sebelum kalian memerangi suatu kaum yang bermata sepet dan berwajah lebar,mata mereka seperti belalang,dan wajah mereka seperti topi baja yang berbulu.Mereka memakai sandal dari bulu,membuat perisai dari kulit,dan suka menambatkan kuda pada pohon kurma”




Ramai pentafsir berpendapat ayat “mata mereka seperti belalang” itu bermaksud serangan mereka itu umpama serangan belalang keatas kebun tanaman sekaligus merosakkan tanaman.

Sabda Rasulullah itu ditepati selepas 600 tahun kewafatannya,dimana pasukan berkuda bangsa Tartar dan Mongol pada tahun 1210-1215 masihi telah menyerang China lalu menghancurkan kota Beijing(Peking).Semua penduduk kota China Utara di bantai,tulang belulangnya dilonggokkan di belakang tembok kota.Selama setahun Kota Beijing masih meninggalkan lemak dan darah.

Selepas itu pada 1218-1224 Masihi mereka menyerang Empayar islam Khawarizm di khurasan dan selepas itu pada 1235-1245 Masihi mereka bertapak di Eropah.Tidak terkecuali juga Empayar Abbasiah di Baghdad telah dihancur lumatkan pada abad ke 1258 Masihi.Setelah berjaya menawan empayar islam itu,mereka suka menambat kuda-kuda mereka pada pokok kurma.Merekalah bangsa berkuda dari padang rumput Eurasia!peradaban islam di Asia tengah seperti bukhara,Tirmidz,Samarkhan hancur lebur meninggalkan puing-puingnya saja.Kota Baghdad yang terkenal sebagai Kota 1001 malam itu ranap sekelip mata,kitab-kitab ilmu dan khazanah islam dibakar dan dibuang kedalam Sungai Tigris sehingga airnya bertukar menjadi hitam.





Kekejaman tentera Mongol sewaktu menakluki Baghdad telah di abadikan oleh Hj Ali Hj Ahmad dalam puisinya berjudul Oh! Baghdad… dalam majalah Al-Qiadah,keluaran oktober 1990,m/s 48.Saya petik beberapa perenggan dari puisinya itu :

“Baghdad,
Apakah kau engkau sudah lupa
Renretan sejarah hijrah 656 ?
Airmata dan darah hijrah 656,
Kaum monggol
Dari padang rumput hijau

Apakah engkau tidak terbayang
Wajah bengis
Bermata sepet tetapi tajam dan
Berjanggut panjang
Itulah wajah Genghis Khan
Itulah wajah tentera monggol
Yang menyerang kota Baghdad
Bayangkan kembali tentera monggol
membunuh siapa saja wargakota Baghdad,
dan membumihanguskan rumah kotamu
air sungai Furat dan Tigris
menjadi sungai darah
darah!darah!darah!darah!

Baghdad
Apakah tidak kau kenangkan kembali
Betapa kekejaman orang-orang monggol
Sebagai tidak terdukung oleh pundak sejarah

Ibnu Athir menulis,
Tragedi pembunuhan dan kehancuran Baghdad ini
Bergelojak selama 40 hari.
Dan Baghdad pun hancur.
Bukankah Baghdad kota yang tercantik di dunia?

Kota Baghdad dimamah kesunyian,
Mayat-mayat berkaparan dimana-mana,
Hanya seorang dua saja yang berkeliaran
Dan titis-titis hujan pun turun
Dan mayat-mayat pun reput
Memancarkan bau yang sangat busuk

Baghdad
Engkau tentu kenal dengan wargakotamu,
Tajuddin Ibnu-Subki yang meriwayatkan betapa kejamnya tentera Monggol,
Kalau darah Khalifah Al Musta’sim titis ke bumi
Satu bala besar akan berlaku di dunia
Halaku ragu-ragu hendak membunuh khalifah
Khalifah akhirnya dibunuh tanpa menumpahkan setitis pun darah ke bumi.
Tubuh khalifah digulung ke dalam sehelai permaidani dan di pukul sehingga mati….




Pernahkah tentera Mongol menjejakkan kaki ke Nusantara?

Ya…mereka pernah datang ke Nusantara dan dikalahkan pula di bumi Mala ini!!!

Pada tahun 1206 Masehi,Genghis Khan telah mendirikan kerajaannya yang terdiri dari bangsa Mongol dan Turkestan.Beliau pernah cuba untuk menakluk China tetapi gagal.Bagaimanapun usaha diteruskan oleh Ogotai dan akhirnya China berjaya ditakluk oleh mereka di zaman cucunya iaitu Kublai Khan.

Pada tahun 1280 , Kublai Khan telah meruntuhkan Dinasti Sung dan mendirikan Dinasti Yuan di Cina.Kublai Khan telah meluaskan pengaruhnya dan perluasan jajahan takluknya hingga ke Asia selatan sehingga Nusantara.Beliau telah mengirim utusan atau duta Mongol ke Nusantara iaitu ke negeri Singasari di tanah Jawa yang pada waktu itu di perintah oleh raja yang bernama Kertanegara.

Tujuan Kublai Khan mengirim dutanya itu ialah supaya Raja Singasari datang mengadapnya di Peking untuk mengiktiraf kekuasaannya namun permintaan itu ditolak oleh Kertanegara.

Tidak berpuas hati dengan penolakan itu ,Kublai Khan sekali lagi telah menghantar utusannya iaitu Meng Chii pada tahun 1289 untuk mendesak Kertanegara datang mengadapnya di Peking.Arahan yang berbentuk paksaan ini menimbulkan kemarahan Kertanegara lalu beliau dengan berani bertindak memenggal hidung utusan itu dan menyuruhnya kembali mengadap Kublai Khan.

Kemarahan Kublai Khan memuncak lalu mengirim 3 orang panglima perangnya beserta 20,000 ribu pasukan tenteranya belayar dengan menaiki 1000 buah kapal untuk menyerang Singasari di Nusantara.

Pada masa yang sama telah berlaku pemberontakan dalam negeri oleh Jayakatwang dari Kediri iaitu raja muda Kediri dengan dibantu oleh Wiraraja dari Madura.Kejatuhan Kertanegara di tangan Jayakatwang tidak diketahui oleh Kublai Khan ketika itu.

Raden Wijaya,iaitu menantu kepada Kertanegara yang memimpin pasukan utara telah lari menyelamatkan diri setelah mengetahui pasukan selatan yang dipimpin oleh bapa mertuanya Kertanegara sudah tewas di tangan Jayakatwang.Raden Wijaya pun belayar ke Madura untuk meminta bantuan Wiraraja.Setelah dijanjikan imbuhan separuh wilayah kekuasaan,Wiraraja telah berpaling tadah kepada Jayakatwang dengan membantu Raden Wijaya pula.

Selepas rancangan licik disusun,Raden Wijaya kembali semula ke tanah jawa dan berpura-pura tunduk kepada kekuasan Jayakatwang.Sebaik sahaja kedatangan tentera Mongol ke Tanah Jawa, Raden Wijaya menyambut mereka dan berjaya meyakinkan tentera Mongol bahawa Jayakatwang adalah pengganti kepada Kertanegara dan beliau harus dihukum atas kesalahan Kertanegara yang memenggal hidung utusan Kublai khan dulu.

Akhirnya Raden Wijaya berjaya mengalahkan Kediri di bawah Jayakatwang dengan bantuan pasukan Mongol sehingga Jayakatwang sendiri telah menjadi tawanan perang.

Untuk menyambut kemenangan mereka itu,Raden Wijaya telah membuat satu jamuan makan dalam satu pesta meriah sehingga semua tentera mongol mabuk.Dalam keadaan mabuk itu Raden Wijaya telah mengarahkan pasukannya membunuh semua tentera mongol itu sebanyak lebih kurang 3000 orang.Ada diantara mereka yang berjaya melarikan diri dan belayar balik ke Dinasti Yuan China dan ada juga yang melarikan diri lalu masuk ke pendalaman jawa! Tentera Mongol-Tartar tersebut telah kalah dengan cara yang amat memalukan sekali!

Pada tahun 1297,barulah Raden Wijaya mengirimkan utusannya ke Peking membuat hubungan diplomatik dan untuk berbaik-baik semula dengan Mongol.Sekembalinya utusan itu dari China ,maka Raden Wijaya pun ditabalkan menjadi Raja Majapahit dengan gelaran Kertarajasa Jayawardana!




Apa yang ingin saya kemukakan disini ialah….dimanakah lokasi saki baki tentera mongol yang melarikan diri ke pendalam jawa dulu???mungkin mereka juga sudah berasimilasi dengan masyarakat jawa ratusan tahun dahulu….jurai keturunan mereka juga menarik untuk dikaji kerana mereka membawa genetik Mongol yang juga ada kaitan genetik dengan bangsa pemanah berkuda bangsa Scyhtia yang pernah mendominasi padang rumput Eurasia!

Apakah sekarang ini keturunan Yakjuj Makjuj / Gog Magog sudah berhijrah ke Tanah Melayu sebagai Pendatang tanpa izin dari tanah seberang dan kini sedang menyusun strategi untuk mendominasi semenanjung Emas pula?



Pernahkah anda mendengar tentang Human Genom Project? Dan apakah kaitannya dengan Senjata biologi dan perang akhir zaman?

Sekiranya satu unit senjata biologi seperti virus yang sudah dimanipulasikan di makmal yang mempunyai “specific target” iaitu susunan kod genetik seperti s-a-n-g-t-a-w-a-l-s-a-k-r-a-n-t-a yang dilepaskan ribuan kilometer jauh jaraknya seperti dari Israel atau dari Rusia …sudah pasti virus tersebut akan mencari manusia berkod genetic s-a-n-g-t-a-w-a-l-s-a-k-r-a-n-t-a juga untuk dimusnahkan secara paling senyap dan cukup misteri setelah virus tersebut berjaya menjalankan misinya seperti replikasi,translasi,transkripsi atau search kod atau turutan genetik yang sama untuk dimusnahkan! …ingat teori “lock and key mechanism” yang berlaku dalam kes-kes autoimuniti atau dalam tindakbalas allergic reaction atau dalam kes acute inflammatory process- begitulah juga ketepatan spesifik dan kehebatan senjata biologi itu nanti dalam mencari dan memusnahkan mangsanya! Senjata yang tidak memerlukan tentera yang ramai,bertindak dalam senyap,tidak nampak dan sukar diramal atau dikesan! Inilah ciri-ciri senjata akhir zaman!






Ini hanyalah persoalan yang cuba saya kemukakan untuk kita fikirkan bersama…..jadi…mungkin suatu hari nanti manusia manusia berkod genetik melayu – islam-nusantara tidak mustahil akan dimusnahkan secara perlahan -lahan…bila virus tersebut sudah mengenali atau sudah menyalin kod-kod genetik mereka dari Bank Genetik Dunia yang mengumpulkan data dan maklumat seluruh penduduk dunia dalam bentuk turutan kod-kod genetik melalui Human Genom Project, tentu kerjanya semakin mudah! Itu sebabnya kerajaan Amerika begitu berminat dan telah menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk membangunkan projek ini!

Atas arahan The Hidden Hand mungkin virus tersebut akan dilepaskan hanya dari satu-satunya pangkalan tentera yahudi mereka di penghujung bumi emas ini, kita pun tidak pasti!!!

Nantikan artikel seterusnya…

Sebelum berlalu….ingin sekali lagi saya catatkan hadis Rasulullah saw ini :

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” …

Untuk umatnya yang manakah agaknya hadis ini ditujukan?...mengapa ada saranan untuk belajar berenang? Adakah untuk umat islam arab yang hidup di gurun yang kering atau hadis tersebut ditujukan khas buat umat islam akhir zaman yang persekitarannya dipenuhi oleh pulau-pulau dan lautan yang luas di Land Of Promised ?Perlu kita ingat kembali bahawa mereka juga dulunya pernah bergelar seorang pelaut atau pelayar yang terbilang!



Fikir fikirkanlah wahai saudaraku.….


Sangtawal Sakranta….

bebaskanlah jiwa dan merdekakanlah diri dari penjajahan Dajjal dan Yakjuj Makjuj!


Wassalam.



Sunday, August 23, 2009

Kuda Perang Yang Berlari Kencang



Tajuk : Kuda Perang Yang Berlari Kencang

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta



Sengaja saya meletakkan tajuk artikel sebegitu bersempena satu surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Aadiyat.Rasulullah saw juga pernah bersabda menganjurkan umatnya berkuda selain memanah dan berenang. Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl.

Didalam Al-Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.

Sememangnya banyak rahsia yang tersirat di sebalik hadis Nabi saw yang menyarankan umatnya berkuda,memanah dan berenang.Dalam satu hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah ada bersabda, yang bermaksud :

"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"



1) Berkuda





Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.


2) Memanah


Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW,
"Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)



3) Berenang




Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ).Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


*******************************************************************************

Kesimpulan yang boleh dibuat dari faedah aktiviti-aktiviti di atas ialah memberi kesihatan kepada tubuh badan kita dan meningkatkan daya fizikal dan mental kita.

Untuk apa kita disarankan supaya sentiasa berada dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan mental?

Jawapannya ialah kerana kita umat akhir zaman ini akan memikul satu tanggungjawab besar untuk berhadapan dengan tipuhelah Dajjal dan selepas itu akan memikul satu lagi tugas getir menghindarkan diri dari bencana yang akan ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj atau "Gog and Magog"!





Betapa pentingnya kuda dan peranannya dalam islam dan peperangan telah diabadikan oleh Allah SWT dalam satu surah iaitu Surah Al ‘Aadiyat yang bermaksud Kuda Perang Yang Berlari Kencang.


“Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah.Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya).Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi.Maka ia menerbangkan debu . Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh” [ Al-Quran Surah Al-‘Aadiyat : 1 – 5 ]



Ayat Al-quran di atas telah ditafsirkan dengan begitu baik sekali seperti berikut :
Sumber : klik sini :

[Nama Surat ini ialah al-'Adiyat, yang berarti kuda-kuda yang berlari kencang. Maka tersebutlah dalam ayat yang pertama bagaimana keistimewaan kuda itu; "Demi yang berlari kencang terengah-engah." (ayat 1). Dalam pe¬nyerbuan mengejar musuh yang hebat dahsyat itu kelihatanlah bagaimana pentingnya kendaraan atau angkatan berkuda (Cavalerie). Kuda-kuda itu dipacu dengan penuh semangat oleh yang mengendarainya, sehingga dia ber¬lari kencang sampai mendua, artinya sudah sama derap kedua kaki muka dan kedua kaki belakang, bukan lagi menderap. Sehingga berpadulah semangat yang mengendarai dengan semangat kuda itu sendiri; kedengaran dari sangat kencang dan jauh larinya, nafasnya jadi terengah, namun dia tidak menyatakan payah, bahkan masih mau dihalau lagi. "Yang memancarkan api." (ayat 2). Dalam lari yang sangat kencang itu, terutama di waktu dinihari kelihatanlah me¬mancar api dari ladamnya ketika ladam itu terantuk kepada batu; "Yang menyerang di waktu Subuh." (ayat 3). Yaitu di waktu musuh sedang lengah atau lalai atau mengantuk, sehingga angkatan perang itu datang raja dengan tiba-tiba laksana dijatuhkan dari langit. "Yang membangkitkan padanya" yaitu pada waktu Subuh itu "debu-duli." (ayat 4).
Biasanya di waktu Subuh, embun masih membasahi bumi. Barulah embun itu akan hilang setelah matahari naik. Tetapi oleh karena hebat penyerangan angkatan perang berkuda itu, karena kencang lari kuda-kudanya, yang me¬nerbitkan cetusan api karena pergeseran ladamnya dengan batu, debu-duli naiklah ke udara. Sehingga berkabutlah tempat itu, tidak ada yang kelihatan lagi, menyebabkan orang yang diserang kebingungan. "Yang menyerbu ke tengah kumpulan (musuh)." (ayat 5). Yaitu kumpulan musuh.]




Maksud tersirat yang saya maksudkan ialah peringatan Nabi untuk umatnya di akhir zaman sebagai persediaan berdepan atau sekurang-kurangnya mempertahankan diri dari ancaman tentera berkuda Yakjuj Makjuj.

Bukankah bangsa yakjuj dan makjuj ini berasal dari bangsa Scythia???

Mari kita mengkaji siapakah bangsa Scythia ini.

Nama Scythia yang digelarkan kepada bangsa di padang rumput Eurasia ini,adalah nama yang diberikan oleh orang Yunani(greek).Suku Scythian adalah suku nomad yang tinggal di territorial kuno yang membentang dari Asia Tengah(Central Asia) hingga ke bahagian paling selatan dari Rusia kuno.Bangsa ini adalah suku nomad atau pengembara yang handal menunggang kuda.Mereka mendominasi kawasan asia tengah atau padang rumput Eurasia dalam masa yang panjang,iaitu zaman Classical Antiquity.


Majoriti dari mereka adalah pemanah yang mahir sambil menunggang kuda sehingga digelar bangsa yang mempunyai tamadun pemanah berkuda pada abad ke 18 sebelum masihi.Mereka sendiri menggelarkan diri mereka sebagai ‘skudat’ yang sama erti dengan ‘Archers’ iaitu ‘pemanah’.





Scythia atau Scythae berasal dari kata ‘sceot’ (to shoot = melempar).Sceotta bererti ‘seorang pemanah’.Mereka juga menggelarkan diri mereka scolotai,dari sculas atau sceola yang bererti seorang penembak,pelempar atau pemanah!

Berdasarkan kepada kemahiran bangsa ini yang dianggap sebagai bangsa pertama yang menjinakkan kuda,ada pengkaji yang menyakini sebutan ‘Scythia’ berasal dari perkataan ‘saca’ yang dibaca dalam bahasa Ibrani sebagai ‘sos’ yang bererti ‘kuda’.Oleh itu kita boleh simpulkan bahawa ‘Bangsa Scythia’ ialah ‘Bangsa Berkuda’

Bangsa ini pernah menerobos laluan sempit di pergunungan kaukasus.Nama Caucasus berasal dari kata ‘cauc’ dan ‘sus’. Dua kata ini memberi erti yang sama iaitu ‘kuda’.Kata ‘cauc’ berasal dari bahasa Ibrani atau Aramia iaitu ‘cawc’ atau ‘cowc’ atau ‘cuc’ yang bererti ‘kuda’.Begitu juga kata ‘sus’ berasal dari perkataan Ibrani dan Aramia ‘soos’ yang bererti ‘kuda’(horse).Jadi Pergunungan ‘Cauca-Sus” bererti pergunungan tempat keluarnya bangsa berkuda!



Setelah analisis mendalam dibuat kepada sejarah bangsa-bangsa di padang rumput Eurasia,telah diketahui yang suku yakjuj makjuj Scythia berasal dari ras Indo-Eropah.Beberapa suku yakjuj makjuj ini adalah suku-suku Arya,Xionngnu,Hun,Monggol dan Tartar.semua suku ini di sebut oleh orang arab sebagai bangsa ‘Turk’ iaitu bangsa yang tinggal di sebalik pergunungan utara, yang berasal dari nenek moyang yang sama iaitu Yafits bin Nuh.

Mungkin disebabkan bangsa ini digelar Bangsa Turk,maka orientalis barat atau orang zionis dan kristian mendakwa bangsa yakjuj makjuj (Gog Magog) yang akan muncul di akhir zaman nanti adalah dari orang-orang muslim.Namun dunia digemparkan bila Hanok ben Galutyah telah membentangkan hasil kajiannya berjudul “The Republic of Sakha,Ancient Israelite Residue” tentang penelitian DNA berdasarkan Teori haplogroup pada tahun 2007 yang mengatakan bahawa majoriti orang Eurasia pada hari ini adalah dari keturunan Israel semit bukan daripada japhet sebagaimana yang didakwa oleh sejarawan kristian.

Menurut hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Muslim daripada huzaifah bin Usaid Al-Ghiffari ,sabda Nabi SAW bermaksud :

“Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda tanda sebelumnya.
1.Ad-dhukoon (asap / kabut panas)
2.Dajjal(pendusta)
3.Dabbah(binatang yang akan keluar dari perut bumi)
4.Terbitnya matahari dari sebelah barat.
5.Turunnya Isa bin maryam.
6.Yakjuj dan Makjuj.
7.Gempa bumi di timur.
8.Gempa bumi di barat.
9.Gempa bumi di jazirah arab.
10.Keluarnya api dari Yaman yang akan mengiringi manusia ke tempat berkumpulnya mereka.”


Bangsa Yakjuj Makjuj memang sudah ada pada hari ini,tetapi mereka akan keluar semula secara besar-besaran dari banjaran gunung dan tempat yang tinggi pada akhir zaman menjelang kiamat.Mereka akan bermaharajalela dan membuat kerosakan yang dasyat di mukabumi.Pada waktu itu tidak ada seorang pun manusia yang mampu melawannya.Allah telah memerintahkan orang-orang beriman supaya menghindari mereka atau lari ke tempat aman sehingga Nabi Isa akan berdoa di bukit Tursina Mesir sehinggalah Allah sendiri menghancurkan mereka dengan mengirim virus atau bakteria yang merbahaya yang akan menjangkiti batang leher mereka!

Nabi Muhammad saw pernah bermimpi bahawa dinding penghalang Yakjuj makjuj telah terbuka .Sejarah telah membuktikan kebenaran mimpi nabi itu 600 tahun kemudian dengan keluarnya yakjuj makjuj iaitu pasukan berkuda Bangsa Mongol Tartar pada abad ke 12-13 masihi di pimpin oleh Genghis Khan dan anak cucunya Hulagu Khan dan Kublai Khan.

*Genghis khan

Dalam al-Quran surah al-Ambiyak ayat 96, Allah telah menyatakan tentang terbukanya dinding atau benteng yang telah di buat oleh Zulqarnain bermaksud :

“Hingga apabila dibukakan tembok yakjuj dan makjuj,dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi”[QS :21:96]

Apakah sejarah seperti penyerangan dari Bangsa Monggol Tartar akan kembali berulang di akhir zaman?

Tahukah anda,walau sehebat manapun Bangsa Monggol itu,mereka pernah dikalahkan di bumi mala…. Bangsa Monggol telah datang ke Nusantara untuk menyerang sebuah Negara di Tanah Jawa abad ke-12…namun mereka dikalahkan oleh satu bangsa misteri di bumi mala…..bangsa itu ialah Bangsa Melayu/Mala…..mereka bukan dikalahkan dengan cara peperangan secara berkuda atau dengan anak panah…tetapi menggunakan satu helah yang licik…bagaimana caranya? …segalanya ada tertulis dalam sebuah kitab lama….Kitab Negara Kertagama namanya….

Nantikan siri berikutnya tentang misi bangsa Mongol menawan nusantara…serta kaitan peranan kuda dalam islam dan peperangan serta apakah peranan pembawa panji Hitam dari Timur!



Apakah kaitan antara kuda dan belalang pula ??? nantikan artikel seterusnya!

Bilakah Panji Hitam dari Timur akan berkibar ?


Wassalam...

Sangtawal Sakranta

Thursday, August 20, 2009

Inluenza A H1N1 : Face Mask Vs Kondom dan Jarum !



Tajuk :Influenza A H1N1 : Face Mask Vs Kondom dan Jarum !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Saya tidak begitu terkejut bila membaca berita tentang pencapaian Negara kita yang kini sibuk berkonsepkan “Satu Malaysia- Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” iaitu bila malaysia menduduki tempat ke-8 jumlah kematian tertinggi dunia iaitu sejumlah 67 kematian dari 4225 kes Influenza A H1N1.

Sewaktu menulis artikel berkaitan dengan Influenza A H1N1 yang disiarkan pada 8/8/09 yang lepasKlik Sinisaya sudah menjangkakan jumlah kes kematian akan meningkat sekiranya langkah-langkah drastik tidak diambil segera.

Mungkin Malaysia boleh belajar dari negara-negara yang masih “sifar kematian” walaupun telah disahkan mempunyai beribu-ribu kes positif Influenza A H1N1 seperti Jepun( 5,022 kes ),China( 2,350 kes ) dan Jerman(11,103 kes).


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berita tentang pencapaian Negara itu boleh dibaca sepenuhnya dibawah ini. Atau Klik Sini


Selesema babi pandemik paling buruk dunia

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
shahara.ghazali@utusan.com.my

Percaya atau tidak, walaupun dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia.

Malah sehingga Selasa lepas, kita menduduki tempat kelapan jumlah kematian tertinggi dunia ekoran wabak maut itu dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif.

Pandemik selesema babi ialah satu wabak terkini yang melanda penduduk dunia secara besar-besaran. Wabak ini adalah ekoran jangkitan strain baru daripada virus selesema Influenza A, subjenis H1N1.

Sebagai perbandingan, sehingga Selasa lepas, seluruh dunia mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.
Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian.

Ia diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain.

Bagaimanapun Jerman, Jepun dan China masing-masing mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang, 5,022 orang dan 2,350 orang tetapi masih belum ada kematian yang dicatatkan.


Selesema Spanish 1918


Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969.

Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang.

Pandemik influenza A terkini pertama kali dikenalpasti pada April 2009 bermula di Mexico, dipercayai ia telah menular beberapa bulan sebelum itu sebelum ia dikenalpasti sebagai satu wabak.

Justeru, kerajaan Mexico mengambil langkah menutup hampir semua pejabat dan kemudahan awam serta swasta di seluruh bandar Mexico sebagai langkah membendung wabak tersebut.

Ia merebak dengan mudah di hemisfera selatan ekoran ia berada di musim selesema musim sejuk dan negara-negara membangun yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terhad.

Penularannya secara mendadak menyebabkan selesema babi diistiharkan sebagai pandemik dunia pada 11 Jun lepas.

Biasanya, ia merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan permukaan yang tercemar. Simptomnya serupa dengan selesema biasa termasuk demam, bersin, sakit tekak, sakit kepala dan sakit-sakit sendi yang biasanya kekal selama seminggu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan kematian melibatkan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau masalah kesihatan seperti asma, obesiti atau penyakit jantung.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan New England Journal of Medicine mendapati 94 peratus daripada pesakit yang disahkan positif menghidap selesema babi mendapat demam panas, manakala 92 peratus pesakit mendapat batuk.
Mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk warga tua yang berusia melebihi 65 tahun, kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, wanita mengandung.

Data CDC menunjukkan lebih 70 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Di awal penyebarannya, kebanyakan kes di luar Amerika Utara berpunca dari lawatan ke AS dan Mexico, bagaimanapun penyebaran di dalam negara telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 89 negara seawal bulan Jun.

Media seluruh dunia menggelarkan influenza ini sebagai selesema babi kerana virus terbaru itu adalah sejenis influenza yang berasal dari strain virus yang terdapat di kalangan haiwan tersebut. Walaupun, pegawai rasmi kesihatan antarabangsa telah mengesahkan bahawa daging babi selamat dimakan, beberapa dozen negara masih mengharamkan import daging babi dari AS.

Terlepas pandang

Terdapat juga pakar yang mendakwa pegawai rasmi kesihatan seluruh dunia telah terlepas pandang akan risiko kumpulan babi sebagai penyebab strain influenza baru, sedangkan tumpuan yang lebih banyak telah diberikan kepada ancaman selesema burung.

Penyelidik berpendapat perdagangan babi hidup di antara Eurasia dan Amerika Utara telah membantu mencampuradukkan strain-strain berlainan virus influenza babi sehingga menyebabkan pembentukan strain virus H1N1 yang terbaru.

Tambahan pula, virus influenza H1N1 kali ini disifatkan oleh pakar virologi dari Universiti Hong Kong, Guan Yi, sebagai sangat tidak stabil yang bermakna ia boleh bercampur dan memindahkan bahan genetik apabila terdedah dengan virus lain memudahkannya untuk bermutasi.

Malah pandemik terbaru ini juga menyebabkan para penyelidik mengesyaki punca utama wabak 2009 ialah kekurangan pemantauan daripada industri babi memandangkan penternakan haiwan itu terlalu diindustrikan.

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jumlah jangkitan baru di hemisfera selatan kelihatannya telah memuncak dan kemudiannya mula berkurang di negara seperti Argentina, Chile, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, badan itu mendapati penularan virus itu semakin aktif dengan jangkitan baru yang semakin meningkat di negara-negara Asia termasuk Thailand, India, Vietnam dan Malaysia.

Memandangkan virus tersebut boleh merebak dengan mudah, sama ada melalui udara atau sentuhan, mereka yang dijangkiti sewajarnya dikuarantin di rumah dengan tidak ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat-tempat awam.

CDC mencadangkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda selesema untuk tinggal di rumah selama tujuh hari dan jangan keluar atau kembali ke pejabat atau sekolah sehinggalah 24 jam selepas sihat sepenuhnya.

Dalam usaha mengawal penularan selesema babi, beberapa negara terutama Asia telah mengenakan arahan kuarantin terhadap penumpang kapal terbang yang mempunyai simptom selesema, malah ada negara yang mewajibkan pemeriksaan kepada penumpang.

Langkah penutupan sekolah bagaimanapun dianggap strategi yang tidak efektif. Bak kata Penguasa Kesihatan Awam Houston, David Persse, penularan virus tersebut terlalu mudah dan pantas di kalangan pelajar sekolah hinggakan apabila sekolah ditutup sebenarnya sudah terlewat.

Kebanyakan negara kini menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara, serta memantau mereka yang baru pulang dari kawasan yang dijangkiti.

Sebagai langkah pencegahan, banyak syarikat penerbangan telah membaiki prosedur kebersihan terhadap penerbangan antarabangsanya bagi mengurangkan risiko termasuk memasang penapis udara, pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang dan menyediakan tuala dengan antiseptik.

Ada juga negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin yang sangat ketat terhadap pelancong termasuk kerajaan China yang mengarahkan 21 pelajar dan tiga guru dari AS berkurung di dalam bilik hotel mereka ekoran salah seorang penumpang kapal terbang disyaki mengidap selesema babi.

Di Hong Kong pula, sebuah hotel mengkuarantinkan kesemua 240 tetamu selepas salah seorang tetamu disahkan mengidap virus tersebut, sementara kerajaan Australia mengarahkan sebuah kapal pesiar dengan 2,000 penumpang supaya tidak mendarat selama seminggu.

WHO menjangkakan vaksin penuh untuk virus itu tidak akan ditemui sebelum akhir 2009, jika ada pun mungkin terhad dan akan diberikan terlebih dahulu kepada kakitangan kesihatan, wanita mengandung dan lain-lain kumpulan berisiko tinggi.

Mereka juga bimbang virus influenza A itu boleh bermutasi lagi dan menjadikannya sebarang vaksin baru juga mungkin tidak berkesan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mengimbas kembali senario ketakutan kita kepada kes jangkitan HIV atau AIDS suatu masa dahulu. Pada tahun 1986 cuma tiga kes HIV dilaporkan dan seorang mati. Dua puluh tahun kemudian pada 1995 terdapat 4,198 kes dan 165 orang maut.


Sehingga bulan September 2005 kes HIV berjumlah 61,486. Yang lebih membimbangkan, di antara yang mengidap HIV itu 42,068 adalah Melayu dan 8,746 Cina.

Bila kes HIV mulai meningkat maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan telah mengambil inisiatif memberikan hadiah kondom dan jarum percuma kepada “perwira dan pertiwi negara” yang bermasaalah ini kerana keadaan boleh diibaratkan sebagai “darurat kesihatan”.Isu ini begitu hebat dibahaskan suatu masa dahulu dan saya cukup tidak bersetuju sama sekali dengan pemberian secara percuma ini!

Kini,situasi pandemic Influenza A H1N1 di dunia khasnya di negara kita semakin membimbangkan.Mungkin ada rasionalnya bila saya membaca beberapa pendapat di internet yang menggesa agar kerajaan memberikan Face Mask secara percuma kepada rakyat! Apalah sangat face mask yang digunakan untuk melindungi nyawa rakyat yang tak berdosa dan berguna untuk nusa bangsa yang bernilai dalam lingkungan 50 sen seunit itu jika dibandingkan dengan sepucuk jarum dan seunit kondom yang digunakan oleh mat gian atau minah rempit untuk menjahanamkan diri sendiri dan membebankan masyarakat dan keluarga itu!!!.

Sangtawal Sakranta...


Monday, August 17, 2009

Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat 375 Tahun Silam Melalui Hikayat Inderaputera



Tajuk : Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat Agama-Bangsa Yang Terpendam Sejak 375 tahun !

Artikel oleh : Sangtawal Sakranta


Seperti yang pernah saya janjikan,saya akan menulis sedikit berkaitan dengan Hikayat Inderaputera yang pernah dikecam,dihina dan diserang hebat oleh Sheikh Nuruddin suatu masa dahulu.

Mari kita kaji dahulu siapa Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat yang Bijak,yang menjadi pilihan The Hidden Hand dan dajjal ini....sila baca disini.

Bagaimana si Nuruddin boleh mengutuk Hikayat ini sedangkan watak utama didalamnya iaitu Inderaputera sendiri sentiasa saja berzikir dan memuji akan kebesaran Tuhan,malah dia sentiasa insaf bahawa segala kesaktian yang dimiliki olehnya itu adalah dari limpah kurnia Tuhan jua seperti kata Inderaputera dalam Hikayat ini:

“Maka paduka anakanda itu akan melihat kekayaan Tuhan yang Maha Besar dan Maha Tinggi” [Hikayat Inderaputera : bab 1 m/s 3 ]

Saya tidak menafikan bahawa dalam hikayat ini memang ada banyak unsur-unsur agama hindu.Ini adalah kerana sudah menjadi sifat sastera melayu lama mempunyai unsur-unsur hindu kerana Hikayat ini mula dikenal ketika bangsa Melayu yang misteri ini berada di zaman hindu lagi!Namun ketika zaman peralihan Hindu-islam maka sejarah dan hikayat ini juga turut berubah tanpa mengubah intipati dan jalan ceritanya.Dipandang dari segi perkembangan kebudayaan keseluruhannya asimilasi seperti ini juga berlaku didalam pelbagai bidang kebudayaan yang lain seperti adat istiadat , perubatan,upacara perkahwinan dan banyak lagi.

Peribahasa melayu ada menyatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyungnya..manakan pula mendapat sagunya”….marilah kita sama sama mengkaji dan menggali rahsia terpendam dalam Hikayat Inderaputera ini.Jika khazanah bangsa ini tidak hebat dan bermutu..mengapa para sarjana barat begitu ghairah mengkaji dan menyimpannya???...


Untuk membaca kesemua artikel yang lepas bertajuk Tasawuf dalam Kesusasteraaan Melayu Lama : Bhg 1- Sejarah Perkembangan Sastera Sufi Nusantara, sila KLIK Sini.


* Buku Hikayat Inderaputera milik saya yang sudah koyak dan hilang kulitnya.


Apa yang menarik perhatian saya ialah mengapa dalam banyak-banyak hikayat melayu lama,hanya Hikayat Seri Rama dan Hikayat Inderaputera sahaja yang mendapat serangan dan kutukan yang keras dari seorang ulamak zionis iaitu Sheikh Nuruddin Al-Raniri sehinggakan helaian kitab hikayat ini boleh digunakan untuk beristinjak atau membasuh tahi.Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu mengapa Nuruddin terlalu ghairah mengutuk Hikayat Inderaputera ini.Marilah kita sama-sama kaji dan pecahkan segala misteri yang terungkai dalam hikayat lama ini.

Nuruddin sebenarnya tidak membaca secara berhati-hati hikayat ini atau dia hanya membaca secara sepintas lalu hikayat ini lalu beliau mengatakan tidak ada nama Allah disebut dalam hikayat ini padahal jika dibaca betul-betul ada banyak kali nama Allah disebut didalam hikayat ini!Inderaputera sendiri tidak pernah sombong atau takbur dengan kehebatan yang ada padanya kerana dia selalu berkata semua yang ada padanya adalah anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar .

Mungkin kerana penguasaan bahasa melayu Nuruddin tidak begitu baik ketika itu membuatkan beliau tidak memahami betul-betul intipati hikayat ini atau mungkin dia sengaja mengutuk hikayat ini kerana disuruh oleh Belanda kerana misinya sangat besar di Nusantara yang perlu diselesaikan dalam tempoh 7 tahun! Ini adalah kerana pada awal kedatangannya ke Aceh dari Ranir India,ulamak ini tidak tahu berbahasa melayu,dan pada waktu kedatanganya itu pengaruh Hamzah Fansuri begitu kuat ,lalu dia terpaksa belajar bahasa melayu di melaka beberapa waktu!Nuruddin juga telah pulang secara tergesa-gesa ke Ranir setelah misinya ditamatkan oleh Belanda sebelum menghabiskan karangan kitabnya yang terakhir!

Sila baca artikel saya sebelum ini tentang Nuruddin, klik sini.

Apa agenda Nuruddin sebenarnya? Pada pendapat saya,beliau mempunyai misi yang satu iaitu untuk melumpuhkan dan menghapuskan alter tersembunyi bangsa melayu iaitu Pengetahuan ilmu Tasawuf Peringkat Tinggi yang dipelopori oleh Hamzah Fansuri ,dimana pada waktu itu Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang mana kekuatan tentera lautnya telah diakui sebagai satu daripada empat kuasa terhebat di dunia adalah seorang Sultan yang mempunyai ilmu Tasawuf dan Ketuhanan yang tinggi!

Bila ilmu agama dan tasawuf diselewengkan ,maka bangsa melayu tidak dapat mengenali diri dan semakin jauh dengan Tuhan.Konsep beragama setelah kedatangan Nuruddin telah disederhanakan.Walaupun Nuruddin banyak mengarang kitab tetapi kebanyakan kitab yang dikarang itu adalah membahaskan ilmu yang telah sedia ada dalam kitab lain dan kadangkala beliau tercedok tulisan Hamzah Fansuri dan Sheikh Syamsuddin untuk membahaskan ilmu Hamzah Fansuri pula.Kitab yang ditulisnya seperti Bustanus Salatin….. banyak dipengaruhi oleh kitab Taj Al salatin karangan Bukhari Al-Jauhari(Mahkota raja-raja) yang ditulis pada tahun 1603 M. Isi kandungan kitab Nuruddin banyak kepada mengangkat dan memuji dirinya sendiri dan ayat-ayat membodek raja!

Setelah membaca beberapa kali Hikayat ini…saya ingin membuat kesimpulan bahawa Hikayat ini sebenarnya mempunyai banyak misteri yang tersembunyi tentang bangsa melayu purba,mempunyai mutiara tasawuf ,nilai kesusasteraan dan hal-hal mistik yang tidak ternilai,mempunyai gaya bahasa yang indah serta satu RAHSIA DAN PESANAN PENTING untuk raja dan rakyat jelata yang CUBA DISEMBUNYIKAN oleh Si Nuruddin si pengkhianat !!!

RAHSIA PENTING yang cuba disembunyikan oleh Sheikh Nuruddin ialah pesanan Inderaputera kepada raja,menteri dan seluruh rakyat jelata!

RAHSIA SHEIKH NURUDDIN TERBONGKAR!!!!....pendapat saya begini ….

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini,Setelah Inderaputera berjaya mendapatkan penawar untuk membolehkan Raja Syahian mendapatkan anak,maka para menteri yang dengki kepada Inderaputera telah MERASUAH tukang masak raja sebanyak SERIBU DINAR untuk MERACUN INDERAPUTERA dan RAJA,namun raja bernasib baik kerana racun itu telah ditawarkan oleh Inderaputera.Selepas itu Inderaputera telah dianugerahkan pangkat oleh Raja seperti titah dalam surat atau warta Raja Syahian yang berbunyi:

“Hai tuan tuan sekalian,dengarkanlah kita memberi pangkat kepada Inderaputera kerana ia orang berbahagia.Pada hari inilah Inderaputera aku jadikan Penghulu bendahari[sangtawal:menteri kewangan] dan segala anak kunciku ini semuanya kuserahkan pada Inderaputera”[ Hikayat Inderaputera m/s 175 ]

Kenyataan itu membuatkan para jemaah menteri resah gelisah dan semakin membenci dan irihati kepada Inderaputera lalu mereka merancang dan membuat KONSPIRASI SULIT untuk membunuh Inderaputera .Inderaputera telah dibunuh beberapa kali tetapi dengan kuasa Tuhan Yang Maha Besar beliau boleh hidup kembali.Seperti petikan Hikayat ini di mukasurat 201 :

“Maka dengan tolong Tuhan Yang Maha Besar dan Yang Maha Kuasa maka hiduplah Inderaputera itu dihadapan Paduka Syah Alam.Maka segala orang banyak itu pun hairan melihat kelakuan Inderaputera itu.”

Semua rancangan jahat mereka ke atas Inderaputera gagal.Kemarahan para jemaah menteri itu sampai ke kemuncaknya bila jemaah menteri derhaka dan telah MELANCARKAN PERANG KEPADA SULTAN/RAJA namun dengan pertolongan Inderaputera mereka semua dapat dikalahkan.Kata Inderaputera kepada Raja Syahian:

“Pertetap juga hati Yang DiPertuan,bahawa patiklah akan melawan akan mereka itu serta dengan tolong Tuhan Yang Maha Besar dan MahaKuasa akan hambanya

Inilah PESANAN INDERAPUTERA ITU :

“Hai saudaraku segala anak raja-raja,maka janganlah tuan-tuan dengar akan FITNAH orang yang celaka,segala menteri yang dengki itu.Jika tuan tuan sekalian dengar pula kata-kata menteri yang dengki itu kemudian hari tuan-tuan beroleh kemaluanlah adanya pula”

Kata Dikar Kilat dan Dikar Agus iaitu pendekar suruhan Inderaputera sambil berseru :

“Hai segala anak raja-raja yang durhaka dan hai menteri yang celaka,segeralah kamu sekalian kembali.Tiadakah engkau tahu akan gagah perkasa Inderaputera itu sekarang ini?segeralah engkau pergi minta banyak-banyak akan salahnya kamu itu kepada baginda kami Inderaputera itu.Sedangkan segala jin dan peri dan dewa itu pun lagi turut katanya itu dan beberapa serta takzim kepadanya itu.Adapun pada zaman ini segala manusia tiadalah boleh akan lebih daripadanya baginda itu.Maka jikalau dipanahnya akan bahtera ini dengan sekali panah sahaja niscaya habislah binasa.Adapun tatkala baginda itu mati jangan kau-apa sekalian tiada ketahui dengan hikmat juga,dan jikalau kamu sekalian tiada kamu segera pergi minta ampun kepada baginda kami Inderaputera itu,niscaya tiada binasalah kamu sekalian dalam ini pula.Jika kamu hendak membuat bantahan lagi tiada kamu sekalian mau ikut perkataanku ini dengan segeralah aku turun memalu kapalmu sekalian itu dengan cukmarku ini”[ Hikayat Inderaputera- m/s 201 ]


Mungkinkah kata-kata diatas yang terdapat dalam Hikayat Inderaputera ini yang mengganggu fikiran dan tugasan Sheikh Nuruddin sebagai ejen The Hidden Hand di Aceh dulu.Mungkin ayat-ayat diatas terutamanya ungkapan “menteri-menteri yang dengki itu” terkena batang hidung Sheikh Nuruddin sendiri malah ia seolah-olah menyindir diri nuruddin sendiri…atau kata-kata tersebut seolah-olah merujuk kepada beliau kerana pada hakikatnya waktu itu beliau merupakan menteri dan ulamak yang secara langsung menasihati raja…Si Nuruddin ingin menghapuskan Hikayat ini supaya raja dan rakyat terus tertidur dari menyedari peranan liciknya, maka beliau pun mula menyerang,mengutuk dan menghina Hikayat ini sehinggakan beliau berfatwa boleh digunakan untuk beristinja’.

Tujuannya ialah supaya bangsa melayu ini melupakan hikayat dan pengajaran-pengajaran berguna dalam Hikayat ini seperti yang tergambar dari perwatakan Inderaputera itu sendiri seperti elok paras rupa,baik budi pekerti, amanah,berani, sabar,suka memaafkan orang,bersopan santun, bijaksana, tawakkal, merendah diri, tiada perasaan dengki dan dendam kesumat,sukakan perdamaian, perbuatan jahat orang dibalas dengan kebaikan,suka merendah diri,suka menuntut ilmu, tabah dan yakin dalam menghadapi dugaaan dan cabaran!

Bila umat islam menghayati pengajaran - pengajaran yang ada dalam hikayat ini sudah pasti kita akan menjadi satu bangsa yang berilmu,maju,dihormati dan boleh bersaing diperingkat dunia!dan yang paling ditakuti lagi oleh Nuruddin ialah bila raja-raja dan rakyat bangsa melayu tidak lagi terpengaruh dengan menteri yang celaka dan rasuah serta busuk hati,dan bila semua raja dan rakyat kembali mengamalkan nilai nilai agama yang murni,maka bangsa melayu akan menjadi semakin kuat dan sistem beraja dapat dikekalkan! Ini semua pasti akan menghancurkan agenda iblis dan Dajjal untuk menakluki dan menjajah semula Nusantara ini kelak!


Ini adalah mutiara sufi yang mendalam maksudnya yang cuba disembunyikan oleh Si Nuruddin :

Maka ujar Raja Dewa Mengerna, “Hai saudaraku pejamkan matamu dengan sepenuh-penuh hatimu dan serta menahan nafasmu.Maka cita olehmu nama Berma Sakti itu di dalam hatimu.Sebermula jika saudaraku bertemu dengan padang itu ada sepohon kayu jangan tuan hamba berhenti pada pohon kayu itu dan jangan tuan hamba tidur.dan jika tuan hamba tidur nescaya datang lah fitnah kepada tuan hamba.Syahadan jikalau tuan hamba bertemu dengan suatu cahaya pada tengah padang itu,cahaya itulah tempat Berma Sakti.Dan jikalau tuan hamba lapar dan dahaga sekalipun ikut juga cahaya itu.Demikianlah pesan hamba kepada saudaraku adanya.”…….

Maka Inderaputera pun memejamkan matanya dan bercitalah ia kepada Berma Sakti itu.Maka setelah itu dibukanya matanya itu.Maka dilihatnya ia jatuh kepada suatu padang yang maha luas.[ Hikayat Inderaputera – m/s 157 ]


Apakah episod pengkhianatan ulamak yang gilakan pangkat,kuasa,harta dunia yang hatinya busuk dan penuh dengki seperti apa yang berlaku pada 375 tahun silam akan berulang kembali????

Maka berhati-hatilah kita…berwaspadalah kita…dan sentiasalah kita berfikir….moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi di dunia dan rugi pula di akhirat nanti…

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


Thursday, August 13, 2009

Al - Fatihah Buat Allayarham Asri Rabbani : Hilangnya Sebutir Bintang Di Persada Seni Jiwa



Tajuk : Al-fatihah Buat Allayarham Asri Rabbani :
Hilangnya Sebutir Bintang Di Persada Seni Jiwa .

Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.


Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi nasyid yang bersuara emas iaitu Allayarham Asri rabbani.Saya secara peribadinya amat sedih dengan berita ini….

“Tidak kurang yang sayang padanya…
Orang lain mati dilupa..
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya…..”



Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nasyid ini.Suaranya yang merdu pernah menjadi satu fenomena dalam industri nasyid tanahair kita.Bermula dengan Nada Murni ,suaranya memukau dan banyak memberikan keinsafan dan ketenangan pada jiwa yang mendambakan kasih Tuhan.Suara azan yang dikumandangkannya yang bergema di TV dan radio setiap kali masuk waktu solat pasti akan meruntum hati - hati kita ketika ketiadaannya ini.Alunan zikir munajat dan suaranya yang bergemersik sufi begitu sukar dicari ganti.

Beliau meneruskan legasinya apabila menubuhkan KUMPULAN RABBANI pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara umumnya ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’.

Kumpulan yang dianggotai oleh 9 orang anak muda ini menjadi idola semua peringkat usia. Suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai kerana ingin membawa suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan persembahan.

Walaupun kemunculan album-album dari kumpulan nasyid lain dengan berbagai konsep yang dibawa namun penerimaan masyarakat terhadap Kumpulan Rabbani ini amat menggalakkan. Kemunculan Rabbani adalah dengan mempersembahkan konsep yang tersendiri.

Bermula dengan lagu berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era terkini. Ada juga lagu yang dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ,banyak lagunya ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.Kini,ketika hari hari terakhir Asri….. Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira umur, bangsa dan negara.


Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah perkara yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur sedikit demi sedikit

Allayarham yang lebih dikenali dengan nama Asri dilahirkan pada 3/8/1969 di klang,Selangor.Nama asal beliau ialah Mohamad Asri Bin Ibrahim.

Pasti di bulan ramadhan al mubarak nanti…..kita semua akan lebih merindui suara suara Allayarham Asri.namun apakan daya…Allah terlebih dahulu menjemputnya untuk kesana.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Takziah kepada semua ahli keluarga Allayarham.


Al –Fatihah..


PENGHASILAN ALBUM

Hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat rakaman dan sepuluh tahun pembabitan di dalam industri hiburan, Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Rabbani. 1996
ARAH Dari Mana… Ke Mana… 1997
Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 1998
Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 1999
Pergi Tak Kembali. 1999
Iqrar 1421. 2000
Intifada 2000
Aman 2001
Qiblat 2002
Kenangan (Kompilasi) 2003
Epik 2003
Yalla Beena 2004
Suara Takbir 2005
Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 2006
Ramadhan Syawal 2006
Maulana 2007
Rabbani 1418-1428H 2007
Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008

PENCAPAIAN RABBANI

Rabbani kerap dicalonkan dipelbagai kategori hingga keperingkat akhir dan bermula pada tahun 2001 dan tahun 2003 adalah tahun yang amat bertuah buat Rabbani kerana telah mendapat beberapa anugerah terbesar dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia.

ANUGERAH INDSUTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 1421
2. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-1421
3. Album Terbaik 2001 - Iqrar-1421
4. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada
5. Album Nasyid Terbaik 2003 – Qiblat



ANUGERAH BINTANG POPULAR - BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 2001
2. Penyanyi Nasyid Popular 2002
3. Penyanyi Nasyid Popular 2003
4. Penyanyi Nasyid Popular 2004
5. Penyanyi Nasyid Popular 2005
6. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada
2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 – Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah
2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena
3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena
2. Persembahan Terbaik 2006
3. Penyanyi Solo Terbaik 2006

ANUGERAH KHAS

1. Anugerah Pencapaian Seni Terbaik 2006 (Kategori Penyanyi Berkumpulan) - Persatuan Penyanyi-Pemuzik-Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA)


Saturday, August 08, 2009

Influenza A H1N1 Bukan Hantu.Apa Tindakan Kita ?


Tajuk : Influenza A H1N1 Bukan Hantu.Apakah Tindakan Kita?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


[Sangtawal : Artikel ini sepatutnya disiarkan pada 5.8.2009,tetapi oleh kerana saya agak sibuk minggu lepas ,terpaksa juga saya siarkannya hari ini ]


Akhbar tempatan kita seperti Utusan Malaysia hari ini (5.8.2009)melaporkan sebanyak 4 lagi kes kematian akibat wabak Influenza A H1N1. Sila Klik Sini

Ia merupakan kes kematian tertinggi dalam sehari di Negara kita iaitu sebanyak 4 orang! Menjadikan jumlah kes sebanyak 16 kes kesemuanya dan melibatkan 11 kematian.Ini menunjukkan 11 daripada 16 orang yang disahkan positif H1N1 ini telah meninggal dunia sebanyak 68.75 %.Peratusan ini cukup membimbangkan kita dan boleh meningkat bila-bila masa !

Kita baca pula laporan Kenyataan Akhbar dari Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini(5.8.2009) :

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sila Klik Sini


Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia

5 Ogos 2009

Pada 5 Ogos 2009 sejumlah 16 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan dengan 3 kes kematian. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 16 kes yang dilaporkan hari ini, 10 merupakan kejadian dari 3 kluster baru dan 6 kes sporadik atau terpencil. Manakala tiga (3) kes kematian yang dilaporkan adalah kes sporadik.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 5 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,476 kes dengan jumlah kematian 11 orang. Daripada 1,476 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39%) merupakan kes import dan 902 (61%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,413 kes (96%) telah sembuh.

Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 10 orang. Manakala 28 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), mengandung (1) dan imuniti rendah (1).

Daripada 16 kes yang dilaporkan, dua (2) kes dirawat di wad, 11 orang menerima rawatan pesakit luar dan tiga (3) adalah kematian. Maklumat mengenai kes kematian pada 4 Ogos 2009 seperti berikut:

Kematian ke-sembilan, kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).

Kematian ke-sepuluh, kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

Kematian ke-sebelas, kes adalah seorang lelaki berumur 20 tahun dengan kronik asma telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 2 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 31 Julai 2009. Beliau terus dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami pneumonia teruk. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2.30 pagi dan disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.


Merujuk kepada situasi global, sehingga 5 Ogos 2009, sejumlah 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan daripada 171 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 4,531 kes dengan 42 kematian berbanding dengan hari sebelumnya dengan pertambahan tiga (3) negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau.


Penularan virus influenza A(H1N1) di dalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

Mereka yang berisiko tinggi (mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus influenza A(H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala. Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.

Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

Pesakit-pesakit yang mengalami gejala ringan jangkitan influenza A(H1N1) yang telah dinasihatkan oleh doktor untuk duduk di rumah perlu mematuhi nasihat tersebut kerana amalan ini boleh mencegah perebakan virus influenza ini kepada orang lain. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti memakai topeng muka atau mask jenis ‘three ply’ yang didapati boleh mencegah penularan virus kepada orang lain.

Pesakit-pesakit yang telah dinasihatkan untuk duduk di rumah semasa rawatan agar sentiasa memantau tahap kesihatan sendiri. Sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam yang berterusan, sakit dada, sesak nafas, atau `altered conciousness’ sila segera mendapatkan rawatan di hospital.

Orang ramai yang mengetahui wujudnya kejadian kluster influenza-liked illness (ILI) di sekolah, institusi dan komuniti, sila maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan tindakan kawalan.

Adalah dimaklumkan waktu operasi hotline adalah dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Bagi mereka yang memerlukan maklumat selepas waktu operasi, dapatkan daripada laman web Kementerian Kesihatan

http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 5 Ogos 2009

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Saya sengaja meletakkan perkataan hantu pada topik artikel saya kali ini kerana ingin menunjukkan betapa kalut dan takutnya masyarakat kita di Malaysia terhadap H1N1 ini.Ramai yang takut secara melulu tetapi tidak mahu mengambil tahu apakah itu Influenza A H1N1,bagaimana cara ia merebak?,apakah langkah-langkah efektif mencegahnya?.

Biarpun pelbagai usaha telah dibuat,Namun apakah langkah atau tindakan kementerian kesihatan setakat ini memuaskan hati kita atau ianya sudah cukup memadai?

Apakah pula tindakan Pemimpin atasan/kerajaan dalam menangani wabak ini?

Adakah kita semua berpuashati dengan segala tindakan yang telah diambil setakat ini???

Baiklah,saya mulakan perbincangan kita dengan mengupas sedikit apa yang tersurat dalam kenyataan akhbar KKM bertarikh 5/8/2009 di atas.Tulisan dibawah ini hanyalah pendapat saya sahaja untuk kita sama-sama fikirkan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak.

Pertama sekali laporan akhbar telah mendahului kenyataan akhbar KKM dalam melaporkan situasi sebenar H1N1, lihat saja dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini menyatakan sudah 12 kes kematian dari 16 kes tetapi kenyataan akhbar KKM menyebut hanya 11 kes kematian.Mana satu yang betul? Jika laporan akhbar betul maka wartawan lebih peka dari orang KKM sendiri di Disease Control Division !

Perkara kedua ialah KKM juga tidak menyatakan samaada Jumlah Kes terkumpul iaitu sebanyak 1476 kes itu adalah yang telah confirmed positif H1N1 atau termasuk dalam kategori PUI (Patient Under Invertigation) atau suspek sahaja.Jika diperincikan lagi,ia lebih menyenangkan kita semua mengikuti perkembangan terkini wabak ini.

Perkara ketiga ialah cara memberi peratusan kepada kes import dan kes jangkitan tempatan itu agak tidak boleh diterima pakai lagi sekarang ini kerana kita sekarang ini berada di zon “Pandemic”, kita juga tidak pasti bagaimana dan dari mana seseorang itu memperolehi virus ini,lainlah jika ada satu alat pengesan yang boleh mengesan samaada virus ini jenis import atau jenis local infection yang ada pada struktur protein permukaan virus itu samaada pada protein hemagglutinin (HA atau H ) atau neuraminidase ( NA atau N ) nya! Nampaknya orang KKM pun tak berapa pasti lagi apa itu istilah Pandemic Influenza.

Perkara keempat ialah cara huraian kes kematian ke sembilan,kesepuluh dan kesebelas itu.Cara huraian yang menyatakan pesakit pada mulanya mengidap penyakit itu dan ini,dapat rawatan disana sini dan selepas itu barulah menerima rawatan di hospital lalu meninggal seolah-olah ingin menjelaskan kepada kita kematian itu disebabkan oleh penyakit kronik yang lain yang terdahulu dan seolah-olah virus Inluenza A ini dijumpai secara tanpa sengaja.Saya katakan begitu kerana huraian tentang H1N1 adalah pada ayat-ayat terakhir,menunjukkan ianya tak berapa penting sangat.Nampaknya mereka agak tidak berani lagi menyatakan dengan tegas yang kes kematian itu adalah berpunca dari jangkitan virus Influenza A H1N1 dan dari jangkitan virus itu ia boleh menyebabkan acute respiratory distress seterusnya menyebabkan berlakunya secondary bacterial infection yang boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi semakin kronik.

Selain itu ,adakah kita terfikir bahawa kadar kematian setelah mendapat jangkitan di Negara kita adalah jauh lebih tinggi dan amat membimbangkan berbanding negara lain.Contohnya dari 16 kes yang disahkan kita dapati jumlah kematian ialah 11 orang iaitu 65.85 % berbanding dengan laporan WHO iaitu jumlah kematian ialah 1,361 dari 193,686 iaitu 0.71 %. Apakah yang dapat kita simpulkan dari peratusan di atas???...sudah tentu kita boleh membuat kesimpulan bahawa risiko kematian yang lebih tinggi di Negara kita berbanding di dunia luar sana.Apa lagi kesimpulan tersirat yang kita dapat??? Kesimpulan lain yang kita dapat ialah kita sebenarnya masih terlalu lemah untuk menangani ancaman wabak ini sebenarnya!!! Jadi saya tidak merasa hairan jika sudah ada beberapa buah blogspot yang menyarankan supaya Menteri Kesihatan meletak jawatan.

Apakah jangkitan Influenza A H1N1 itu?

Mengikut “Interim Enhanced Surveillance Guidelines Of Human Infection with Influenza A H1N1 Virus” yang dikeluarkan oleh Disease Control Division Ministry of Health Malaysia., pada mukasurat 1 ada tertulis :

“Inluenza A H1N1 or Swine Flu is a highly contagious acute respiratory disease of pigs,caused by influenza A viruses that regularly causes diseases and outbreaks of influenza in pigs.The mode of spreads of this virus among pigs is by aerosols and direct and indirect contact,and asymptomatic carrier pigs exist.Outbreaks in pigs occur throughout the year,with an increased incidence in the fall and winter in temperate zones similar to outbreaks in humans”

Itu kenyataan jelas dan tegas dari Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa swine flu atau selsema babi ini adalah berpunca dari babi.Tetapi kenapa di pihak Menteri tidak ada satu langkah tegas untuk menghapuskan semua babi di Malaysia ini? Kenapa??? kenapa tidak boleh dibawa berbincang dalam parlimen? Ini masaalah rakyat! Apakah bila ada kes kematian kepada anak-anak Pak Menteri barulah akan diambil satu tindakan yang tegas dan drastik untuk mencegahnya! Macam ni la…kita sibuk untuk membuat iklan berhenti merokok tetapi dalam masa yang sama kita menghantar para petani berkursus untuk menanam tembakau,kita mengharamkan arak dan judi tapi dalam masa yang sama premis jual arak dan pusat judi tumbuh bagai cendawan.Kita tahu nila walaupun setitik akan merosakkan warna susu sebelanga…jadi bagaimana mungkin kita mahu menghapuskannya virus Influenza A jika kita rancak memelihara dan menternak babi secara besar-besaran??? KKM pula sibuk membuat iklan atau menerangkan kepada orang ramai bagaimana untuk mencegah Selsema Babi,tetapi mereka tahu yang selsema babi ini berpunca dari babi sebagai “source of infection”..mengapa tidak mendesak kerajaan untuk menghapuskan babi???


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sumber untuk artikel dibawah dari : Wikepedia.

Apakah Virus Influenza A H1N1 ?

Influenza A viruses are further classified, based on the viral surface proteins hemagglutinin (HA or H) and neuraminidase (NA or N). Sixteen H subtypes (or serotypes) and nine N subtypes of influenza A virus have been identified.

Further variation exists; thus, specific influenza strain isolates are identified by a standard nomenclature specifying virus type, geographical location where first isolated, sequential number of isolation, year of isolation, and HA and NA subtype.

Examples of the nomenclature are:

A/Moscow/10/99 (H3N2)
B/Hong Kong/330/2001

The type A viruses are the most virulent human pathogens among the three influenza types and causes the most severe disease. The serotypes that have been confirmed in humans, ordered by the number of known human pandemic deaths, are:

H1N1 caused "Spanish Flu" in 1918, "Swine flu ‘ in 2009
H2N2 caused "Asian Flu".
H3N2 caused "Hong Kong Flu".
H5N1 is a pandemic threat.
H7N7 has unusual zoonotic potential.
H1N2 is endemic in humans and pigs.
H9N2, H7N2, H7N3, H10N7




Morfologi Virus Influenza A

The virion is pleomorphic, the envelope can occur in spherical and filamentous forms. In general the virus's morphology is spherical with particles 50 to 120 nm in diameter, or filamentous virions 20 nm in diameter and 200 to 300 (-3000) nm long.

There are some 500 distinct spike-like surface projections of the envelope each projecting 10 to 14 nm from the surface with some types (i.e. hemagglutinin esterase (HEF)) densely dispersed over the surface, and with others (i.e. hemagglutinin (HA)) spaced widely apart.

The major glycoprotein (HA) is interposed irregularly by clusters of neuraminidase (NA), with a ratio of HA to NA of about 4-5 to 1.

Lipoprotein membranes enclose the nucleocapsids; nucleoproteins of different size classes with a loop at each end; the arrangement within the virion is uncertain. The nucleocapsids are filamentous and fall in the range of 50 to 130 nm long and 9 to 15 nm in diameter. They have a helical symmetry.

Genome

Viruses of this family contain 7 to 8 segments of linear negative-sense single stranded RNA.

The total genome length is 12000-15000 nucleotides (nt). The largest segment 2300-2500 nt; of second largest 2300-2500 nt; of third 2200-2300 nt; of fourth 1700-1800 nt; of fifth 1500-1600 nt; of sixth 1400-1500 nt; of seventh 1000-1100 nt; of eighth 800-900 nt.

Genome sequence has terminal repeated sequences; repeated at both ends. Terminal repeats at the 5'-end 12-13 nucleotides long. Nucleotide sequences of 3'-terminus identical; the same in genera of same family; most on RNA (segments), or on all RNA species. Terminal repeats at the 3'-end 9-11 nucleotides long. Encapsidated nucleic acid is solely genomic. Each virion may contain defective interfering copies.


Structure of Influenza A


The following applies for Influenza A viruses, although other influenza strains are very similar in structure:


The influenza A virus particle or virion is 80-120 nm in diameter and usually roughly spherical, although filamentous forms can occur.Unusually for a virus, the influenza A genome is not a single piece of nucleic acid; instead, it contains eight pieces of segmented negative-sense RNA (13.5 kilobases total), which encode 11 proteins (HA, NA, NP, M1, M2, NS1, NEP, PA, PB1, PB1-F2, PB2).

The best-characterised of these viral proteins are hemagglutinin and neuraminidase, two large glycoproteins found on the outside of the viral particles. Neuraminidase is an enzyme involved in the release of progeny virus from infected cells, by cleaving sugars that bind the mature viral particles. By contrast, hemagglutinin is a lectin that mediates binding of the virus to target cells and entry of the viral genome into the target cell.The hemagglutinin (H) and neuraminidase (N) proteins are targets for antiviral drugs.These proteins are also recognised by antibodies, i.e. they are antigens .The responses of antibodies to these proteins are used to classify the different serotypes of influenza A viruses, hence the H and N in H1N1.





LIFE CYCLE.

[Sila lihat pada gambarajah di atas untuk memahami proses jangkitan virus pada peringkat selular]

Typically, influenza is transmitted from infected mammals through the air by coughs or sneezes, creating aerosols containing the virus, and from infected birds through their droppings. Influenza can also be transmitted by saliva, nasal secretions, feces and blood.

Infections occur through contact with these bodily fluids or with contaminated surfaces. Flu viruses can remain infectious for about one week at human body temperature, over 30 days at 0 °C (32 °F), and indefinitely at very low temperatures (such as lakes in northeast Siberia. They can be inactivated easily by disinfectants and detergents.

The viruses bind to a cell through interactions between its hemagglutinin glycoprotein and sialic acid sugars on the surfaces of epithelial cells in the lung and throat (Stage 1 in infection figure). The cell imports the virus by endocytosis. In the acidic endosome, part of the haemagglutinin protein fuses the viral envelope with the vacuole's membrane, releasing the viral RNA (vRNA) molecules, accessory proteins and RNA-dependent RNA polymerase into the cytoplasm(Stage 2).These proteins and vRNA form a complex that is transported into the cell nucleus, where the RNA-dependent RNA transcriptase begins transcribing complementary positive-sense vRNA (Steps 3a and b). The vRNA is either exported into the cytoplasm and translated (step 4), or remains in the nucleus.

Newly-synthesised viral proteins are either secreted through the Golgi apparatus onto the cell surface (in the case of neuraminidase and hemagglutinin, step 5b) or transported back into the nucleus to bind vRNA and form new viral genome particles (step 5a). Other viral proteins have multiple actions in the host cell, including degrading cellular mRNA and using the released nucleotides for vRNA synthesis and also inhibiting translation of host-cell mRNAs.

Negative-sense vRNAs that form the genomes of future viruses, RNA-dependent RNA transcriptase, and other viral proteins are assembled into a virion. Hemagglutinin and neuraminidase molecules cluster into a bulge in the cell membrane. The vRNA and viral core proteins leave the nucleus and enter this membrane protrusion (step 6). The mature virus buds off from the cell in a sphere of host phospholipid membrane, acquiring hemagglutinin and neuraminidase with this membrane coat (step 7). As before, the viruses adhere to the cell through hemagglutinin; the mature viruses detach once their neuraminidase has cleaved sialic acid residues from the host cell.After the release of new influenza virus, the host cell dies.

Since RNA proofreading enzymes are absent, the RNA-dependent RNA transcriptase makes a single nucleotide insertion error roughly every 10 thousand nucleotides, which is the approximate length of the influenza vRNA. Hence, nearly every newly-manufactured influenza virus will contain a mutation in its genome. The separation of the genome into eight separate segments of vRNA allows mixing (reassortment) of the genes if more than one variety of influenza virus has infected the same cell (superinfection). The resulting alteration in the genome segments packaged in to viral progeny confers new behavior, sometimes the ability to infect new host species or to overcome protective immunity of host populations to its old genome (in which case it is called an antigenic shift)

Viability and disinfection

Mammalian influenza virus tend to be labile, but can survive several hours in mucus.Avian influenza virus can survive for 100 days in distilled water at room temperature, and 200 days at 17 °C (63 °F). The avian virus is inactivated more quickly in manure, but can survive for up to 2 weeks in feces on cages. Avian influenza viruses can survive indefinitely when frozen. Influenza viruses are susceptible to bleach, 70% ethanol, aldehydes, oxidizing agents, and quaternary ammonium compounds. They are inactivated by heat of 133 °F (56 °C) for minimum of 60 minutes, as well as by low pH <2.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Menyingkap kembali kes pertama Inluenza A H1N1 yang bermula di Mexico sekitar penghujung April 2009 menyebabkan lebih 80 orang mati dan selepas itu telah merebak dengan cepat ke beberapa tempat di Kanada,New Orleans, New York dan Israel.

Kejadian itu mengimbau kembali sejarah hitam pada 1918 dimana Spanish flu telah meragut hampir 40 juta nyawa manusia yang bermula di Sepanyol.Jadi Swine Flu atau Selsema babi ini bukanlah perkara baru bagi kita.Sejarahnya begini:ia bermula dengan Asiatic (Russian) Flu- tahun 1889-1890 meragut 1 juta nyawa disebabkan oleh H2N2, 30 tahun selepas itu diikuti oleh Spanish Flu- tahun 1918-1920-meragut 40 juta nyawa disebabkan oleh H1N1,38 tahun kemudian dengan Asian Flu - tahun1957-1958 meragut 1.5 juta nyawa disebabkan oleh H2N2,11 tahun kemudian diikuti oleh Hong Kong Flu pada tahun 1968-1969 meragut 0.75 juta nyawa disebabkan oleh H3N2.Kini selepas 30 tahun wabak selsema kembali terjadi!


Presiden Bush yang telah mengeluarkan satu peruntukan atau dana yang besar iaitu USD 1.6 juta untuk membiayai kos penyelidikan dan pembangunan vaksin pada 1.10.2008 yang lalu telah menjadi tanda tanya semua pihak terutamanya pakar konspirasi dunia. Peruntukan kewangan yang besar untuk pembangunan vaksin 6 bulan sebelum bermulanya wabak kes ini menjadi petunjuk baru tentang konspirasi Israel-Amerika untuk membuat percubaaan kepada senjata biologi mereka sekaligus mengalihkan perhatian dunia dari masaalah ekonomi mereka yang teruk merundum disamping usaha mereka untuk menjual vaksin selepas ini untuk memulihkan ekonomi mereka .





Pada pendapat saya,pemilihan virus Influenza A jenis H1N1 sebagai senjata biologi mereka adalah tepat memandangkan subtype virus ini sangat virulen dan terbukti telah meragut 40 juta nyawa 90 tahun lepas iaitu pada 1918-1920.Ciri-ciri lain mengapa virus ini dipilih ialah kerana sifatnya yang mudah merebak melalui cecair badan,aerosol, batuk, selsema,air liur,darah,cecair hidung,najis burung,najis manusia dan dari permukaan yang bersentuhan yang telah dijangkiti.

Pemberian hadiah berupa wang tunai sebanyak USD 500,000 beserta satu anugerah iaitu Anugerah Perubatan Albine kepada Pengarah Makmal Universiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman menguatkan lagi keyakinan penyelidik dan pengkaji konspirasi dunia bahawa Amerika benar-benar terlibat dalam mencetuskan wabak ini.


Persoalan lain yang agak menarik untuk kita fikirkan ialah mengapa babi pula yang menjadi binatang pilihan untuk menyebarkan virus ini?

Sila baca artikel lama saya berkaitan dengan hikmah pengharaman khinzir Disini,

barulah anda semua faham mengapa babi ini perlu dihapuskan dan mengapa ia diharamkan dalam islam.Ini kerana cirri-ciri yang ada pada babi itu sendiri menyebabkan para pencipta dan pembiak virus Influenza A H1N1 begitu tertarik sekali untuk memanipulasikannya!


"Dalam Journal of Virulogy 1997,satu kajian yang melibatkan 12 orang pakar sains yang diketuai oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari universiti Wisconsin melaporkan satu penemuan mereka yang menunjukkan bahawa dalam keronkong babi terdapat sel sel khusus yang mampu mengubah pelbagai kuman atau virus kepada bentuk bentuk yang merbahaya kepada manusia.Mereka bersepakat berkata babi adalah Mixing Vessel atau “tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya”


Dalam kemelut wabak yang semakin mengancam kini,maka teringat saya satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, berbunyi :Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:

“Demi Zat yang menguasai diriku. Sungguh, telah dekat waktunya Isa bin Maryam turun kepada kalian untuk menjadi hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan tidak menerima ufti. Harta akan melimpah, sehingga tak seorang pun mau menerimanya”

(Shahih Muslim No.220)

Dari hadis diatas, saya berkesimpulan bahawa kita semakin hampir dengan kiamat.Mengapa perlu menunggu Nabi Isa untuk membunuh semua babi di dunia??? Ini bermakna pemeliharaan babi dan proses manipulasi babi untuk penyebaran wabak penyakit ini untuk memudharatkan manusia ini adalah dari angkara musuh-musuh Allah dan musuh-musuh islam .

Jadi kepada mereka-mereka yang bersekongkol dengan pihak yang memperjuangkan pemeliharaan,pembiakan dan pembangunan infrastruktur babi adalah juga musuh Allah,musuh rasul dan musuh seluruh umat manusia sebenarnya!


Jadi,katakanlah teori konspirasi penciptaan senjata biologi virus influenza ini benar,apa tindakan kita?

Adakah kita ingin sentiasa melarikan diri seperti orang yang takutkan hantu?? Jawapannya tidak!!! kita sepatutnya berusaha mengatasinya,Kerana setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan tua.Memang benar semua penyakit itu datang dari Allah dan sebagai penghapus dosa,namun haruskan kita menyerah pada takdir semata-mata sedangkan usaha kita tidak seberapa dan ala kadar sahaja?

Jadi ,apa langkah kita?

Kerajaan mesti bersikap lebih proaktif dalam menangani wabak ini.

Kementerian kesihatan mesti melaporkan fakta yang benar kepada menteri dan kerajaan mesti mendengar dan mematuhi setiap cadangan kementerian kesihatan kerana mereka lebih tahu tentang perkara ini.

Jika ada kes suspek di sesebuah IPTA atau dimana-mana jabatan kerajaan,jangan mudah panik! Cara menutup universiti atau pejabat atau sekolah dan arahkan semua orang balik kerumah adalah satu langkah bodoh yang patut dihentikan segera.Sebenarnya cara menutup pejabat dan lari ini bukan boleh menyelesaikan masaalah! cara ini adalah hipokrit!!! Guru besar tidak mahu nama sekolah tercemar,guru-guru sarankan agar jangan diheboh-hebohkan penularan wabak ini di sekolah,pengarah kampus tidak mahu nama universiti tercemar,pengarah syarikat takut nama syarikat tersiar dalam suratkhabar bila ada kes ini ditempat mereka!....dan banyak lagi....Inilah alasan yang sebenarnya!!! Jadi sekali lagi,adakah tindakan tutup sekolah boleh mengurangkan peningkatan kes yang sudah memasuki tahap Pandemic Influenza ini ???

Apa kata di setiap jabatan atau sekolah atau IPTA sediakan satu tempat khas untuk kuarantin mereka yang disyaki barulah betul.Jika ada kes positif di kalangan mereka sila rujuk ke hospital segera, bukannya "berkuarantin" di rumah!!!...yakinkah KKM pesakit yang diarahkan kuarantin dirumah itu tidak balik ke kampung,tidak pergi ke pasar raya atau setidak-tidaknya pergi makan di sebuah restoran berdekatan atau pergi bersolat jumaat di masjid pada hari jumaat? contoh mudah.......Jika tutup IPTA… contohnya…ada seorang suspek batuk-batuk atau bersin dalam dewan kuliah yang berhawa dingin lebih mudah menyebarkan virus ini dalam bentuk aerosol atau "air droplet"….katakan sudah ada la 10 orang yang terjangkit darinya….bila IPTA tutup dan arahkan semua pelajar ini balik…ada yang balik dengan bas berhawa dingin dan menyebarkan pula virus ini kepada 60 orang penumpang lain…jadi sebelum sampai kerumah untuk membawa buahtangan wabak ini kepada keluarga tersayang…sudah berpuluh-puluh orang lain yang terkena jangkitan darinya!...jadi rasionalkah acara tutup sekolah atau IPTA atau pejabat ini dalam situasi Pandemic Influenza sekarang????

Akhirnya….Apakah benar kita semakin menghampiri dunia akhir zaman dan saat kiamat? Saat-saat itu semakin hampir sebenarnya…namun… apakah kita sudah bersedia????


Mencegah adalah lebih baik dari mengubati….

Wassalam.

Sangtawal sakranta… 5/8/2009