Sunday, December 20, 2009

Gambar - Gambar Sekitar Majlis Sambutan 1 Muharam 1431H Persatuan SLT Seni Silat Kelantan Malaysia.



Tajuk : Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan 1 Muharam 1431 H Persatuan SLT Seni Silat Kelantan Malaysia.

Oleh : Sangtawal Sakranta.

Alhamdulillah , syukur kepada Allah swt kerana majlis sambutan awal muharam tahun ini tetap meriah walaupun keadaan cuaca kurang baik dan hujan sekali sekala turun mengganggu sedikit program dan acara kami, menyebabkan beberapa acara terpaksa dibatalkan kerana medan gelanggang tempur dipenuhi selut dan air, namun tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan ahli persatuan kerana berjaya menguruskan majlis dengan baik.

Terima kasih kepada seorang hamba Allah, ahli persatuan yang sudi sedekahkah seekor lembu untuk ditumbangkan buat jamuan makan majlis , semoga dimurahkan rezeki oleh Allah swt selalu !


*Pintu gerbang asal Persatuan SLT ke Gelanggang seni pusat Kg Patani.Logo SLT yang terdiri dari huruf alif,ba,ta,Lam...

*aktiviti pertubuhan dan persatuan

*Terima kasih buat tukang gendang, serunai silat ! tahun depan datang lagi ye!

*Terima kasih buat kumpulan dakwah yang melengkapkan acara selingan dan selawat Badar!

*Sebahagian penonton yang menyaksikan persembahan.


* acara keris


*acara tongkat -kanak-kanak


*acara tongkat wanita



*acara tongkat kanak-kanak


*acara lembing


*acara lembing


*acara Pedang wanita


*acara tongkat- tempur

*acara tongkat-pegawai

*acara tongkat-pegawai


*acara tomoi kanak-kanak


*Langkah sembah tomoi kanak-kanak 7 tahun, kecil-kecil cili padi!

*acara bertikam keris

*acara pegawai- tongkat panjang


*generasi penyambung warisan Seni Silat Sri Langkah Tiga (SLT)

*acara tongkat- tempur.


*acara tomoi kanak-kanak 7 tahun .... he he he ... sangat yakin dan berani!!!

*pembarisan acara petang


*majlis perasmian penutup sebelum bersurai



*Hati sedikit sayu bila melihat gelanggang dan madrasah serta sekolah sekolah agama yang diasaskan oleh arwah guru telah uzur!!!

*Sewaktu hayat arwah guru, dia menyediakan sekolah agama dan semua tenaga pengajar adalah anak murid arwah, yuran ahli persatuan adalah RM 1 (seringgit saja), setahun. kebanyakan tenaga pengajar yang mengajar seni silat adalah tidak bergaji dan semua itu secara percuma. Pernah dulu ada AJK persatuan minta arwah menaikkan yuran persatuan kepada RM 2, tetapi arwah guru tidak benarkan... arwah guru kata... "kita buat benda ni bukan untuk duit! "
"Kita buat semua ini kerana Allah" katanya.

Di awal penubuhan silat ini, ramai yang tidak tahu kewujudannya walaupun ditahun 60an dan 70an dulu silat ini adalah diantara "Top 5" di malaysia, arwah guru tidak suka menyertai apa-apa pertandingan atau pertunjukan melainkan setelah diteliti betul betul majlis tersebut, dia takut silat ini dijadikan pertandingan dan beliau tidak mahu anak-anak muridnya menjadi riak dan sombong.... begitu halus didikan arwah... arwah tidak suka publisiti dan lebih suka low profile.

SLT tak ada sistem talipinggang, tak ada sistem grading,... SLT dibezakan ikut 5 kelompok utama dengan warna pakaian yang berlainan. siapa rajin dia dapat!

Bila saya renungi lagi, memang benar, hidup arwah bersama 4 orang isteri dan hampir 40 orang anak-anak amat diberkati Allah dan dicukupkan rezeki oleh Allah.

Teringat saya sewaktu pertama kali saya ingin mengadapnya untuk memohon berguru darinya, saya telah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan berniat di dalam hati semoga hadiah al-fatihah itu disampaikan padanya oleh Allah, bila tiba dirumahnya.... saya amat terkejut kerana arwah berterima kasih pada saya atas hadiah alfatihah itu kepadanya... saya bertanya arwah bagaimana dia tahu? .... arwah tersenyum.... dan dia berkata...tak perlu tanya... nanti suatu hari nanti kamu akan tahu bagaimana saya tahu...

Entah mengapa hati menjadi sebak dan air mata tiba-tiba mengalir bila mengenangkan arwah guru, terasa amat berat untuk melangkahkan kaki dan pulang kerumah selepas majlis tempoh hari. Madrasah buruk tempat arwah mengajar agama ( feqah, usuluddin, tasawuf) itu cukup berjasa kepada saya.Hanya Allah saja yang tahu....

Insyaallah... segala ilmu dan amanah yang arwah guru berikan, saya akan pergunakan untuk agama,bangsa dan negara.... seperti huruf di logo persatuan SLT itu, alif, ba, ta dan Lam itu untuk Langkah 3 .


Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


28 comments:

NUR MAWADDAH MAHDIYAH said...

assalamualaikum...

ana tgk begitu kusyuk dan bminat anak tuan tgk slat tuu..hehehe..nak bjar dgn ana ckt2 pun boleh ...ada laa skt2 asas lngkah...
tetapi ana xsmpt lm bljar sbb org yg mngajar ska mngambil kesempatan pd anak mrdnya(bkn SLT) laa tp slat len...

Sangtawal Sakranta said...

salam adik Nur,
he he he... kesempatan mcm mana tu??? :D ...bahaya!!!

jgn bimbang... SLT tak macam tu... saya akan pastikan anak saya mendapat yang terbaik bagi mereka... SLT akan sambut Jubli Emas tahun depan! itulah usia SLT yang berdaftar... yang tak berdaftar ....ianya telah wujud dan bermula dari Saidina Ali lagi, dari rasulullah.. .....diturunkan terus menerus..... hingga kini.

tengok betul betul gambar diatas...bila bila masa tongkat itu boleh diganti dengan pedang...

wassalam.

NUR MAWADDAH MAHDIYAH said...

hehe...ermmm ms ana msk artu niat tuk pertahankan dr..tp bla 3 th msk ana tak rase apa ana nak dapat...mungkin xde perkaitan yang diajar dengan ajaran Allah dlm tuu...tok gurunya ajar main2..xde jurulataih prempuan yg khusus..jd bila dah matang ckt pemikiran ana kuar takut diambil kesempatan..
tapi apa ana bca pasal SLT..kagum...ini yg ana cari dlm sbnarnya ms mula2 nak bjar slat..
yg pasal tok gurunya tahu psl baca alfatihah..ana pun prnah alami bila kita bdampingan dgn mereka yg berilmu dan beramal btul2 brlandaskan al_Quran dan hadis...makin bmnat ana mndalaminya..hehehe...(**ingt pas bis bajar nak btapa jap kt sklh pndok..tlng ana crkan sklh pndk sesuai tuk ana sbgai mslmah..hehehe xpun ana nak buat proposal tuk niaga ..nak antar kt sape ni???ada yg nak trima ker??jd pengurus bisnes pun jd laaa..hehehe)))

NUR MAWADDAH MAHDIYAH said...

nape nga tongket tuu leyy jd pedang???tempur guna tongkat pling ana suka...blja tongkat best...dr keria dan pisau..heheheh..takpun tempur tanpa snjata.huhu...trngt ms msk tanding prngkt ngr tempur tnpa snjta dlu...huhu...bek takyah msk klo berpuak2 dan pngdilan hanya sblah mata dan yg mng hanya 1 phak..huhu

Kebenaran Asalama said...

Salama,
Tuan hamba, hamba menyampaikan ilmu2 berkenaan agama tuhan dan hujjah2al quran dan taurat serta kitab2 melayu kuno. Agama tuhan itu jelas berbeza dgn apa yg kita sangkakan. Laungkanlah masa melayari tulisan hamba di www.terjah.com form agama.

Wa salama.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat "kebenaran Asalama"

sila jawab komen saya di posting sebelum ini:

wahai kebenaran asalama,
saya ada beberapa soalan buat tuan :

1.Tuan ada menyebut tuan masuk agama asalama ni bulan julai 2009, sebelum ni tuan beragama apa?

2.apakah maksud tuan , kebanyakan orang islam ini adalah agama hadis?

3.Benarkah agama baru yang tuan anuti ini hanya menganjurkan solat 3 waktu saja sehari?

4.apa alasan tuan untuk mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa melayu bukan dalam bahasa arab? apa lagi alasan ilmiah tuan mengatakan bahasa melayu itu sama dengan bahasa ibrani.

5.sebutan dan kalimah syahadah seperti yang tertulis dalam blog tuan itu amat berlainan sekali dengan kalimah yang biasa kita dengar,

ya... apakah tuan cuba untuk membawa agama baru?

*Cuba tuan huraikan ayat al-quran , surah al-maidah ayat 3 ini , jika tuan orang yang benar yang bermaksud :

"Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu dan Aku cukupkan nikmatKu ke atasmu dan Aku redha ISLAM itu agama mu"

Jika bukan islam, agama apa yang cuba tuan sampaikan???

fikirkanlah baik-baik apa yang saya katakan ini, kalau nak cari publisiti bukan dengan cara begini tuan!

hati-hati dalam langkahmu menuju Allah! buruk padahnya jika sedikit tergelincir dari landasan sebenar!

*sekali lagi pesan saya, jangan cuba bermain api, nanti air akan membakar kamu!

wassalam

Anonymous said...

Salam,


Mmg 10 thn lps pun telah ada forumner2 yg berasas hakikat/tasauf sunnah wal jamaah berbincang ttg perkhabaran2 ini. Tp spt biasa setan, manusia setan,dan jin setan akan ttp ada utk berdebat ttg pengetahuan perkhabaran2 ini. Musuh Islam itu ramai. Jd jgn buang masa utk berdebat(mmg lama), guna masa itu utk amalan. Jgn senang terumpan bila dicabar. Hidupkan amalan yg mendatangkan ‘ilmu/hikmat’ dr Nya. Hanya/guna ‘ilmu/hikmat’ itu shj utk menunjukkan kebenaran Nya. Logik akal tidak berguna pd musoh2 Islam ini.

Sy spt lalu, akan menasihat diri dan org2 awam agar berguru murshid di luar sana. Jgn terlalu terlibat/seronok/terpengaruh dlm perdebatan. Terlalu byk hujah2 akal dlm perdebatan2 ini akan mengelirukan mrk2 yg tiada asas hakikat/tasauf. Bila sy maksud asas hakikat/tasauf ini bkn cukup setakat pengetahuan, tp telah ada amalan/pengisian.

Sy spt lalu juga, akan menasihat diri dan pejuang2 online agar berhati2. Selain debat, hacking dan nuking juga akan akan diguna utk merosak PC atau website kita. Pd masa lalu, ada forumner yg diserang ketahap bil telefon (dulu pakai dial up) melambung, bil local call ketahap yg tidak logic pula tu (spt guna 20jam/hari utk 30hari). Bknnya forumner2 dulu tak canggih; antinuke, pingblocker, anonymous acct, etc.

Mmg dr dulu negara di selatan tanah air sdh diketahui sbg pusat anti Islam ini. Mrk bkn shj menggaji fulltime forumner( dr 8am ke 10pm, 6hari/minggu dr no ip yg sama) yg canggih, ttp yg juga tahu hadis dan quran khususnya yg mutasyabihat. Yg tahu permasalahan antara mazhab dan antara sunnah/syiah. Yg menghukum Nabi Muhammad SAW dgn undang2 manusia ( kahwin Aisyah RAH yg bwh umor, menggauli hamba Maria Al Qibti )

Selain itu mrk juga menggaji org2 murtad/munafik utk berkawan dgn kita secara online atau di luar. Mmg Allah shj tmpt berlindung. Mcm2 taktik/umpan diguna utk melemah iman kita bila dah berkawan.

Mmg utk kita bersatu itu bkn mudah, krn musuh2 dr golongan murtad/munafik ini senang berada dlm kelompok kesatuan kita. Hanya ‘ilmu/hikmat’ shj yg boleh membuat kita kenal mrk. Waima juga, kebanyakkan pejuang online adalah individu yg bkn fulltime dan tanpa sokongan dr yg berupaya, yg terbatas masa dan kelengkapannya. Yg kadang2 termakan pertolongan dr musoh krn kekurangannya.

Anonymous said...

Salam Part2,

Mmg ini semua sdh dlm perencanaan musoh2 Islam. Kalau ada kesatuan Islam berasas ‘ilmu’ (bkn kesatuan kosmetik) yg ingin dibuat, akan lbh hebat serangannya. Khususnya kpd ketua/pengasas kesatuan itu,zahir dan batin. Itulah mengapa pemimpin2 negara Islam tunduk atau pura2 tunduk( krn tiada upaya melawan = umat di bwhnya tidak bersatu dan tidak juga ber ‘ilmu’). Itulah bukan mudah menjadi pemimpin, apatah lagi utk menjadi Khalifah Islam yg murshid. Jd jgn ingat mudah jd Mahathir, Anwar, Ashaari Arqam, Nik Aziz dll. Hatta Imam Mahdi nnt pun selepas di letak pedang di lehernya, barulah setuju terima baiah untuk jd Khalifah. Jd kpd yg berebut2 jawatan tu, muhasabah dirilah.
Mmg kunci kesatuan itu ada pd keempat nama di atas. Kalau kita boleh satukan Mahathir/Anwar utk berbaiah pd Ashaari Arqam, dan Ashaari Arqam berbaiah pd Nik Aziz/HjHadi, dan Nik Aziz/HjHadi berbaiah pd Khalifah Murshid Kesatuan Pondok Kelantan, mmg terbinalah kekhalifahan nusantara ini.

Tp benda ini bkn semudah itu bila melibatkan musoh No 1 iaitu nafsu diri sendiri. Hatta pejuang online pun pun susah bersatu sbb taksub diri akibat nafsu ini. Sebenarnya pd satu2 masa itu hanya ada satu shj Khalifah hidup No 1 ini. Jika kita tidak berangkaian pd Khalifah No 1 ini maka putuslah rangkaian kita. Tanyalah diri kita siapa Khalifah kita. Dan pada Khalifah kita pula tanya siapa Khalifah dia. Patutnya rangkaian kekhalifahan ini menuju ke No 1. Bila tidak berangkaian, maka ramailah khalifah2 yg tidak berangkaian ini sebagai khalifah yg tidak bersatu. Maka kelirulah umat. Lebih malang lagi bila khalifah2 ini mendakwa merekalah yg layak diikuti dan berebut2. Maka senanglah musoh Islam melaga mereka. Jd kepada semua khalifah berpakatlah memilih Khalifah di antara kalian. Wallahualam.

Anony 3.28am

P/S: Guru Tuan tidak silap menyampaikan amanah pd Tuan.

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat anon diatas,

dari mana anda dapat ni ? :

[Mmg kunci kesatuan itu ada pd keempat nama di atas. Kalau kita boleh satukan Mahathir/Anwar utk berbaiah pd Ashaari Arqam, dan Ashaari Arqam berbaiah pd Nik Aziz/HjHadi, dan Nik Aziz/HjHadi berbaiah pd Khalifah Murshid Kesatuan Pondok Kelantan, mmg terbinalah kekhalifahan nusantara ini.] ???????

dari awal komen saya ingat anda tahu....tapi bila sampai kat ayat dalam [ ] atas... saya pun tersenyum!!! rupa-rupanya anda tak tahu apa-apa.... hanya seorang saja dari 4 orang di atas yang menyelamatkan khalifah no 1 pada tahun 1990 !!! rakyat malaysia sukar untuk mempercayainya.

yang satu orang lagi pun anda masukkan namanya juga??? dia tunggu masa saja untuk kembali semula bersuluk di sungai buluh!

satu lagi, jangan taksub sangat pada ashaari arqam tu... dia bukan pemuda Bani Tamim yang dijanjikan.... dia pernah bersumpah mubahalah dulu diawal penangkapannya , jika dia benar Allah tunjukkan hukuman pada orang yang menganiayai dirinya, jika orang yang memerintahkan penangkapannya benar , Allah jatuhkan hukuman keatas dirinya .. tengok kini... ashaari stroke dan tak boleh bercakap!!! lagi satu... dia yang kononnya boleh bertemu dengan sheikh suhaimi dalam kaabah secara yaqazah... tak tau apa benda bila ditanya pasal tareqat,hakikat oleh jabatan agama... tu belum ditanya lagi keperingkat makrifat oleh ahlinya!....

pasal n.aziz dan hadi... malas la nak cerita... anda sendiri sudah tahu.... tapi ingat saudara... dulu azazil pernah jadi ketua para ahli ibadat di langit.... tapi dia jadi iblis... segalanya mungkin jika Allah mahukan.Sudah ramai rakyat kelantan yang buta hati tertipu oleh mereka.

oleh itu... memang guru saya tidak salah menyampaikan amanah ini pada saya!

wassalam.

Kebenaran Asalama said...

Salama, Tuan hamba Sang Tawal,
Pernahkah membaca sulalatus salatin di dlm jawi? Kitab tersebut ditulis dlm tulisan Jawi dan apabila merujuk kpd nama tuhan iaitu huruf Alif Lam Lam Ha, bagaimana anda membacanya kerana nama tuhan tiada baris dan tanda? Apa maksud Allah? Hamba menyembah tuhan yg sama di sembah oleh semua nabi2 dan rasul2 iaitu Allaha. Al bermaksud segala dan Laha bermaksud Miliknya/Baginya. Jadi, hamba menyembah tuhan pemilik segala yg ada di alam ini. Hamba mengikuti agama nabi ibrahim kerana di dlm al quran, tuhan firmankan supaya mengikuti agama nabi ibrahim yg lurus. Jadi, apakah tuan hamba hendak menfitnah nabi dgn mengatakan nabi buat agama baru dan langgar perintah tuhan?
Hamba solat 5 waktu sehari pagi (4), tgh hari (4), petang (4), senja (3) dan mlm (4) sebyk 19 rakaat sehari. Agama Islam tidak solat semua waktu kerana mereka meninggalkan waktu pagi padahal di dlm al quran tuhan firmankan supaya solat fajar.
Hamba akan bangkitkan semula agama tuhan iaitu Asalama walau di bayar dgn darah hamba sendiri. Pengorbanan hamba ini kecil jika di bandingkan dgn pengorbanan nabi2 dan rasul2 tetapi dgn izin Allaha dan berkat nabi Mahamada, tiada yg mustahil.

Sangtawal Sakranta said...

Kebenaran asalama,

Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan. saudara sudah jauh tersesat dari jalan dan landasan yang sebenar!

Bertaubatlah saudara selagi pintu taubat masih terbuka!

Apa yang saudara sampaikan itu amat merbahaya buat melayu-islam.

sekali lagi, bertaubat dan menyesal lah saudara... melalui tulisan-tulisan di blog saudara.... saya beranggapan saudara boleh menerima wahyu dan cuba untuk membawa sebuah agama baru!

saudara percaya-bulat-bulat dengan sulatus salatin itu?????

Sulalatus salatin itu maksudnya "pertuturan raja-raja" ... pernah dengar ayat ini... "kita dengar ada hikayat melayu dibawa orang dari Goa.... " itu ayat raja yang menyuruh Tun Sri lanang menyalin semula sejarah melayu yang sudah diubahsuai oleh penjajah di London dan dibawa pula ke Goa, cuba fikir semula!lagipun ia banyak versi dan tak serupa antara satu sama lain.... ada versi yg kata Hang Tuah bertikam dengan jebat dan ada versi yang kata Hang Tuah bertikam dengan hang kasturi... semua versi tu bertulisan jawi!!!

bertaubatlah saudara.Azab Allah swt amat pedih!

!!! said...

saudara sangtawal,

terkejut saya bila anda hampir menyatakan Mahathir yg menyelamatkan khalifah pada 1990 !!

adakah dengan meletakkan hukum Allah dibelakang akan membuatkan khalifah itu berjaya diselamatkan ?!!

kenapa anda kata rakyat Kelantan buta hati ?! seolah-olah anda adalah yang dalam KEBENARAN ?!

siapakah anda mahu berkata sebegitu rupa ?! ulama' ? atau ustad ?! atau orang biasa ?!


jangan bandingkan dengan benda yang kita tidak tahu,maka kita menjadi MANUSIA YANG MEMUSUHI SEGALA ILMU !!

saya lebih suka pimpin orang cina yg berfikir dari pimpin Melayu yg tertutup fikiran(tutup pintu untuk perbincangan) !!!


hujah di atas adalah kepada Mahathir !! takut dengan hukuman Allah !! sudah tahu lakukan kesalahan yang begitu ternampak oleh ramai orang,sebab demikian beliau cukup takut untuk laksankan hukumn dari Allah !! takut ditarik harta (sebab rasuah) !! jika hujah beliau menyatakan tidak sesaui kerana rakyat majmuk,tidak sangka lebih takut itu dari Allah !!!

harap anda cukup maklum akan hal ini !!

!!! said...

kebenran asalama,


tidak bermaksud Alif Lam Lam Ha itu bermaksud Allaha !!

kerana kita sudah sedia maklum cara pembacaannya,

Al-Quran pada suatu ketika dahulu juga tidak berbaris,dan satu puak yang mahir berbahasa Arab yang membariskannya(bukan dengan ikut kesusuian hati !!)

adakah anda juga iktu pada HADIS ??
jika tidak anda tidak akan sesat sama sekali !!



mungkin kerana huruf jawi alif anda menytakan ia sebagai Aa bukan I..

anda bukan mahir dalam maksud perbahasa,juga tidak mahir dalam tindak-tanduk ! anda harus berbalik pada Al-Quran dan Nabi Muhammad yg merupakan satu-satunya yang patut diikuti setelah agama-agama sebelumnya benar tapi telah expired !!

harap ini sahaja dapt saya bantu !!

Sangtawal Sakranta said...

salam buat tanda seruan !!!,

Terima kasih kerana terkejut!

Selepas ini anda akan terus terkejut.

Anda kena keluar dari belitan ular PAS baru anda nampak. Pas bukan islam dan islam bukan Pas.jangan campur adukkan antara keduanya.

pas parti politik dan ulamak mereka ulamak peti undi... kena berjudi baru boleh menang.... nak bertanding kena bayar deposit, kalau kalah teruk wang deposit hangus!!!! bukankah itu judi namanya??? jadi siapa yg awak sokong sekarang??? ulamak yg dibaratkan menang judi??? mengapa mereka juga masuk dalam perangkap demokrasi?

Janganlah dok terperangkap dengan manifesto negara islam olok-olok pas tu.hudud yang dilaungkan itu rempas ratus penyedap rasa je... Dalam pas pun rasuah bersepah-sepah.

maaf,ini bukan blog politik.tak boleh menerima pendapat saya tak apa,saya tak paksa.

saya tak kata hanya saya sahaja yg benar,cuma nasihat saya jangan taksub sangat dengan politik saudara.

ini bukan zaman wali 9 lagi saudara, waktu tu bolehlah taksub sangat, parti pas pun tak ada lagi waktu tu, ini akhir zaman....



wassalam.

!!! said...

sumpah saya tak taksub !! asyik-asyik saya tak dapt pergi undi,ada urusan yang perlu diselesaiakan ! tak perlulah nak kate Allah nak selamatkan saya !!

sebab saya pun antara orang yang Menyimpan Kerahsiaan dalam PAS !!


bab rasuah tidak pernah lagi ! kalau dah ada,dah lama MEDIA PRO KERAJAAN dah heboh kat 1Malaysia !! so,jangan main sebut je 'brother' !!


anda salah satu blogger yang punyai ilmu yang tinggi,tapi MENGAPA anda masih di takuk lama ? cukup khuatir saya terhadap anda ? saya tak peduli tentang parti politik apa yang anda undi ! tapi cukuplah anda mengatakan di dalam blog ini,saudara telah MELEMAHKAN JEMAAH ISLAM !!

anda mahu nyatakan itu bukn jemaah Islam<itu hanyalah pendapat saudara,tak apa ! saya hormat !

tapi jangan buat 'statement' tanpa sebarang bukti konkrit ! jika mahu kata PAS tak dapta nak laksanakan hudud di Kelantan,cukuplah saya kata perlembagaan itu terletak dalam kekuasaaan KERAJAAN PERSEKUTUAN !! bukan kerajaan negeri !!


tentang bab judi itu,anda pernah ucap yang Mahathir pernah 'MENYELAMATKAN KAHLIFAH DI NUSANTARA',mengapa anda tak berkata ke IDOLA tuan pula ? sedangkan Mahathir pun masuk ke gelanggang juga !!

tak apa ,saya faham !! (dia bukan ulama' ye )


hidup kita memang tidak dapat lari dari cengkaman Para Elite Yahudi,tengok-tengok barang kita pakai,AMAT SANGAT MUSTAHIL tidak ada kaitan dengan yahudi !! jadi,macam mana kita nak bangkit (atau hidup dalam KEREDHAAN Allah) menentang YAHUDI yang merupakan musuh kita ?! jawablah bidang ini saudara !



tak mahu pula saya berdalih,terus-terang saya kata,ITU BUKANLAH JUDI ! adakah Parti yang menang itu akan dapat duit lawan ?! setakat dapt gaji dari kerajan itu adalah ! tapi bukan dari hasil 'pertaruhan' ! dan gaji itu berbentuk titik peluh pekerjaan mereka(jadi ADUN atau MP) !!

harus juga saya cakap,ia bukanlah sama sekali JUDI !! itu anda perlu ingat ! BUKAN JUDI !


ada juga awak sentuh bab masuk perangkap demokrasi !! lihat,jika anda menjadi seoarang PANDAKWAH,adakah anda berhasil membentuk sebuah NEGARA ? (boleh ikuti sejarah Nabi Isa)

adakah anda berjaya jika melalui penulisan blog sahaja ? jangan kita bertindak terlalu melulu ! pada zaman Nabi Muhammad,kenapa kekasih Allah itu terus tidak berdakwah sahaja ? teruskanlah berdakwah di Makkah samapai dapat negara,tapi MENGAPA TIDAK ?? tapi berhijrah juga(atas suruhan Allah) untuk dapat satu wilayah(Madinah/Yathrib).

dan jika kami tidak masuk ke GELANGGANG POLITIK,mungkin juga status halal(bagi makanan) kita terlalu diragui !! bahkan Islam akan hanya ada di SURAU dan MASJID SAHAJA !! dan sudah pastinya,parti UMNO itu sudah terlalu MELARUT RASUAHnya !! sekarang pon sudah terlalu banyak,sehinggakan kerajaan PR dapat negeri Selangor,terus dapat HIGH ATTACK(sakit jantung) seorang perasuah,tapi tak usahlah kita cakap tentang orang yang sudah tiada !!

(Saya lebih suka pimpin orang cina yang buka fikiran dari PIMPIN ORANG MELAYU YANG TERTUTUP FIKIRAN)

Anonymous said...

salam buat tanda seruan!!!

nak ambil calon kene bayor dulu... lps 2 kene kuar wang utk tarik pengundi... klu kalah, wang pertaruhan hilang lenyap... klu menang cube nak ambil blk wang yg pernah kalah... cume segelintir yg bergerak atas landasan kebenaran tanpa fikir pasal wang tp dlm keadaan duduk atas bara api... tak ke itu namenye judi... bkn sy tak tau kerahsiaan dlm PAS yg menjadi amanah ulama' sedunia... utk negeri Tanah Melayu...

wassalam.

! said...

ulama' fikiran nya hebat-hebat !! anda siapa mahu berkata sebegitu rupa !!

ulama' adalah pengganti Nabi !! ada hadis menyebut tentang bab ini !!


brother anon ! kalau kalah tu,duit pi mano ?! ke calon ka ?! itu bukan judi bro ! (ha ! dan ade perbezaan dengan di CASINO)



sejak bila kami kuark wang nk pi tarik undi ?! orang kerajaan ada gune begitu,tak caya ?! elok anda pi Manik Urai ! tak pon di kawasn kampung,ada mereka bagi mesin jahit,,tak pa,ini bab sudah tak byk bukti !


kalau menang cuba nak ambil wang yang pernah kalah !? kenyataan apa ni saudara ?! mana boleh ambil wang dahulu kala ! haha :)

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat saudara tanda seruan!!!

Terima kasih atas komen yg menarik , bernas dan cukup berkeyakinan!

Mari kita lihat sejarah sebelum saudara cepat melatah!

Bhg 1:

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi- iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah NEGARA ISLAM atau Darul Islam !!!

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

bersambung...

Sangtawal Sakranta said...

salam buat saudara tanda seruan !!!

Bhg 2 :

Kesimpulannya parti berasaskan kepada agama Islam pertama iaitu parti Hizbul Muslimin berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang akhirnya diharamkan oleh penjajah Inggeris pada 29 Julai 1948 .

PAS yang KONONNYA ditubuhkan untuk memperjuangkan matlamat asal Hizbul Muslimin pada 24 November 1951 , rupa-rupanya hanya bermatlamatkan :

1. menjadikan Islam sebagai agama rasmi,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
3. Mengetatkan peraturan kerakyatan.

He he he…. Itu je saudara.

Jadi saudara kena lah buka mata sedikit, itulah matlamat PAS ditubuhkan! Ada ke matlamat asal perjuangan PAS untuk menubuhkan Negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh Hizbul Muslimin? Tidak bukan! Jika betul puak Pas mahu buat Negara islam sepatutnya mereka menubuhkan semula Hizbul Muslimin yang diharamkan Inggeris 1948 dahulu!
Mengapa pihak Inggeris membiarkan PAS ini saudara??? Jawab la sendiri!!!

Kesimpulannya PAS ditubuhkan untuk kepentingan politik seperti parti parti lain juga,jadi kenapa rakyat cuba ditipu mentah mentah?

Baiklah, kepada mereka yang taksub sangat kepada parti politik PAS, mari kita lihat Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Bagaimana saudara?, nampak??? 2 dari 4 garis dasal perlembagaan parti adalah mengikut telunjuk DEMOKRASI !!!! itulah sebabnya Inggeris menghalalkan penubuhan PAS ini.

Mana ada hukum hudud??? Mana ada Penubuhan Negara Islam saudara???

Kesimpulan terakhir, PAS juga adalah sebuah parti penjilat Demokrasi!!! Kalau tarafnya sama dengan UMNO, jadi adakah PAS itu lebih islamik dari umno??? Sila jawab.

Wassalam.

Anonymous said...

salam buat akhi tanda seruan!!!

mungkin akhi tak faham apa maksud sy agaknye...

wlpun begitu, kenyataan sy bersifat umum shj dan tidak menuju kpd mana2 parti...

tp sy tak nak la, nak sampaikan apa yg dibincangkan dalam Muktamar Dewan Ulama' PAS Kedah d mana sy salah seorg jemputan yg hadir pada ketika itu...

wassalam.

Anonymous said...

Salam Tuan Tanah,

Huhuhu, cedok dr wikipedia pon sekerat-sekerat. Ambik yg mana tuan rasa dapat memenuhi kehendak dan sisi tuan tetapi menolak PAS adalah kesinambungan kepada Hizbul Muslimin seperti apa yg diceritakan didalam wikipedia. Cerita la semua skali bro...

1. Kemunculan PAS adalah hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan.

2.Persidangan untuk menubuhkan PAS melibatkan ulama seluruh pelusuk negara. Tak cukup lagi ke Tuan.

3. Penubuhannya adalah untuk memerangi umeno yg mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umeno.

4. Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulamak menolak bentu2 perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

5. Untuk pengetahuan Tuan, lebih separuh mereka2 yg telah berada didalam Hizbul Muslimin sebelum ini terjun ke dalam PAS setelah ia tertubuh.

6. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi (inilah senjata ampuh untuk menyerang kembali puak2 kafir yg sentiasa mempertikaikan hak melayu sekarang) dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin Al-Helmi,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

7. Umeno ditubuhkan untuk apa? hanya untuk menentang Malayan Union dan merdeka. Tetapi tuan harus sedar apakah pertubuhan dan susok manakah yg pertama sekali menyebut perkataan MERDEKA!! Kesatuan Melayu Muda (KMM) dibawah pimpinan lbrahim Haji Yaakob yg ditubuhkan pada tahun 1937.

8. Mahathir penyelamat Khalifah!! lawak apa yg Tuan buat, janggut Nabi pon tak terlepas dari dicerca oleh susok ni. Inikan pula penyelamat Kalifah
hu..hu..hu..

9. Jadi berhati-hatilah didalam berbicara perjalanan sejarah kepada mereka yg celik sejarah.

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat anon @2.10pm,

Terima kasih atas komen anda.Ingat dah tak sudi bertandang ke blog sangtawal.Lama menghilang, pergi bertapa ke?

Benda-benda sejarah mestilah dirujuk dari buku atau internet.ada orang buat atau reka sendiri ke? :)

Saya tidak memaksa anda untuk mempercayai apa yang tertulis disini, tapi walau apa pun bukti yang anda bagi untuk menyokong hujah anda, terimalah hakikat , memang jelas dalam perlembagaan parti tidak ada peruntukan untuk menubuhkan sebuah negara islam dan melaksanakan hukum hudud!

Bukan saya saja kata begitu, tetapi salah seorang pemimpin pas juga kata begitu malah mencabar pula puak umno untuk mencari bukti sekiranya ada dlm perlembagaan Pas ada menyebutkan apa yang anda perjuangkan itu iaitu menubuhkan negara islam dan hukum hudud
( dunia terbalik kut bukan??? ).

tak percaya???... lihat dalam youtube ni :

http://www.youtube.com/watch?v=VKZRdROmaL4

Jadi,nak buat macam mana negara islam dan hudud kalau dah dalam perlembagaan asal pun tarakk tuan??? lepas tu kenapa nak marahkan mahathir sebab tak jalankan hudud, kamu marah la pada ulamak-ulamak pas kenapa tak gubal semula perlembagaan parti dan masukkan benda yang kamu nak buat kalau kamu betul-betul ikhlas.Saya pun nak jadi ahli parti Pas no 1 kalau ada benda tu.Ni cakap je berbuih-buih itu ini, tapi buat tak serupa bikin.

Pasal khalifah no 1 tu, tak perlu lah kita panjangkan disini.Itu terpulang kepada siapa yang kita percaya.cuma kata kuncinya anda perlu cari siapa yang telah dipindahkan dari kelantan ke batu pahat dizaman Syed Hamid Albar menjadi menteri pertahanan malaysia dulu atas arahan PM waktu tu atas alasan keselamatan negara.kalau awak tak tahu apa-apa tak payah nak perlekehkan orang lain pulak.

awak boleh e-mail saya :
sangtawal@yahoo.com

wassalam.

Anonymous said...

Salam Tuan Tanah,

Saya dah memberi peringatan, berhati-hatilah dalam berbicara soal sejarah.

1. Tuan berbicara pasal perpindahan kalifah pada tahun 1990, tup-tup keluar Syed Hamid Albar sebagai menteri pertahanan pada tahun tu..
nak tergelak pon ada.

2. "kalau awak tak tahu apa-apa tak payah nak perlekehkan orang lain pulak."

Saya tahu, terlalu banyak kekurangan pada diri dan terlalu banyak perkara yg perlu diperbaiki. Cuma saya memberi komen dan teguran keatas apa yg saya tahu.

3. Apapon terima kasih diatas respon yg "cargas".

Sangtawal Sakranta said...

salam buat anon @ 6.15pm,

Tergelak la tuan puas-puas, tak ada orang nak halang pun :)

Orang dah bagi kata kunci, cari la, tuan kan orang yang cerdik!

kata kunci ke-2 :

khalifah no 1 adalah berdarah raja + keturunan nabi. dia bukan dari keturunan raja jembal. dia bukan al-mahdi... dia cuma akan membantu al-mahdi saja sekiranya Al-mahdi bangkit dizamannya.

jangan kuat sangat "sukanya" saudara, kiamat makin hampir saudara.Apakah kita sudah bersedia?

bagaimana dengan cabaran ir nizar dalam youtube tu, adakah saudara telah jumpa kat mana-mana jawapannya.... jika ada, kongsi-kongsikanlah dengan kitaorang disini.

sekali lagi saya bagi link ye saudara, kut terlepas pandang komen saya di atas :

http://www.youtube.com/watch?v=VKZRdROmaL4

wassalam.

!!! said...

tup.tup !! masuk balik kat sini !

Salam Sangtawal !

'BENAR' SEKALI DI utube itu ! ramai pertikaikannya ! malah saya sendiri ! tapi pertikaian saya menyebut begini'Lahh ! Nizar bijak lah tuh ! Dia masih tak cakap lagi,takut lah pulak nanti kita tak dapat kuasa nanti ! maklumlah kita kena lawan 'beruang besar' tapi kita ni manusia biasa ! kalau HANG cakap,habih lah kita,tak de kesatuan dari DAP !!'

mungkin di sini saudara akan kata tentang gabungan dengan DAP salah ! tapi cuba tuan kaitkan ayat ni' SAYA LEBIH SUKA PIMPIN ORANG CINA DARI PIMPIN MELAYU YANG TERTUTUP FIKIRAN'


kaitkan dulu !

Sangtawal Sakranta said...

salam buat tanda seruan @ 6.05pm.

Terima kasih kerana sudi melontarkan komen.

Anda seorang yang berfikiran terbuka dan berkeyakinan tinggi.

Teruskanlah perjuangan ikut pemahaman anda dan sila teruskan agenda untuk memimpin orang cina seperti yang anda inginkan.
sekarang ni pun melayu menjadi pemimpin kepada ekonomi, melayu menjadi pemimpin kepada ilmu pendidikan, melayu menjadi pemimpin kepada politik negara!!! anda tentu bangga!!! nasib baik ada orang-orang seperti anda! betul tak??? jika kita lihat youtube diatas kita nampak siapa yang akan jadi tuan nanti dan siapa akan jadi pemimpin sebenar nanti! teruskanlah usaha murni anda memimpin bangsa kulup itu.

wassalam.

!!! said...

saudara mungkin faham maksud saya tentang pimpin !!

tapi maksud saya ialah pimpin tentang kembali ke Jalan Allah !!


orang Melayu terutama PEMIMPIN dari kerajaan telah MENOLAK HUKUM ALLAH dan tutup pintu perbincangan untuk laksanakan hukum Allah !!



dan jikalau tuan kata saya bangga Melayu yang mendominasi kerajaan,tidaklah pula saya bangga !! kerana mereka telah memperbodohkan RAKYAT JELATA. Ingat balik PKFZ dan banyak lagi isu politik wang !! itu rasuah !! tapi tindakandisiplin sahaja ! bodohnya tindakan itu !!

fakir said...

salam,

terima kasih kanda tawal dengan beberapa point yg diberi.

saya akan terus kaji.

Al-Fatihah utk kanda dan guru2 kanda.

amin