Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 kepada semua pengunjung teratak sangtawal.Semoga tahun 2009 lebih bermakna dan semoga dimurahkan rezeki,diberi kesihatan tubuh badan,dijauhkan segala penyakit dan bala bencana serta fitnah orang,dipanjangkan umur dan diberkati Allah SWT dalam setiap perkara.
Disini saya ingin kongsi bersama wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali:
1. Wahai Ali,bagi orang yang celaka itu 3 alamatnya :
- Makanan yang haram
- Menjauhkan orang alim
- Menjauhkan petunjuk yang benar.
2. Wahai Ali,bagi orang yang rosak akal itu 3 alamatnya :
- Meringan-ringankan perkara yang difardukan oleh Allah
- Banyak berkata-kata dari berzikir kepada Allah
- Mencela Allah
3. Wahai Ali,bagi orang riya’ itu 3 alamatnya :
-Menyempurnakan rukuk dan sujudnya apabila sembahyang beserta manusia dan
dikuranginya bila sembahyang bersendirian
-Cergas terhadap orang yang memujinya
-Berzikir dia pada Allah ditempat orang ramai.
4. wahai Ali,orang munafik itu,3 alamatnya :
-Apabila bercakap dia berbohong,bila berjanji tidak ditepati.
-Bila diberi amanah dia khianat
-Tidak bermanfaat baginya pengajaran dan peringatan yang diberikan kepadanya.
5. Wahai Ali,bagi orang kafir itu,3 alamatnya:
-Ragu dia pada Zat Allah
-Benci kepada hamba Allah yang beribadat kepada Allah
-Lalai dari taat kepada Allah.
6. Wahai Ali,orang yang bertaubat itu,3 alamatnya :
-Menjauhkan yang haram
-Gemar menuntut ilmu agama
-Tidak akan kembali berbuat dosa.
7. Wahai Ali,tanda orang alim itu,3 alamatnya :
-Bercakap yang benar
-Menjauhkan yang haram
-Merendahkan diri.
Petikan dari buku Fadilat bulan rejab,Syaaban dan ramadhan ,tulisan Budiman Radzi m/s 51.edisi baru 1990.
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah buat seluruh kaum muslimin dan muslimat semua.Semoga tahun baru 1430 hijrah mendatang ini kehidupan kita menjadi lebih bererti dan harapan saya semoga prestasi kita semua disisi Allah akan lebih baik berbanding tahun lepas.Sesungguhnya keazaman kita untuk berani berubah adalah satu usaha mulia dan semoga diberkati Allah hendaknya.
Kalau sebelum ini hati kita umat islamterguris dan dilukai dengan pembunuhan dan kekejaman zionis terhadap umat islam di Palestin,sekarang ini menjelang tahun baru islam,zionis Israel sekali lagi menyakiti hati seluruh umat islam sedunia dengam membuat serangan ganas ke semenanjung Gaza yang kononnya untuk menyekat kebangkitan pejuang Hamas.Serangan kali ini yang paling kejam sejak 60 tahun yang lalu telah mengorbankan 280 nyawa dan mencederakan lebih kurang 800 orang rakyat palestin yang tidak berdosa.
Kekejaman dan keganasan ini telah menyebabkan seluruh umat islam di dunia mengutuk tindakan Israel ini dan sudah ada seruan untuk melakukan intifada kedua di Palestin.
Kini,dimanakah suara pemimpin islam dari negara islam arab sendiri? Dimanakah suara suara pemimpin dunia yang kononnya cintakan kedamaian dan persaudaraan sejagat? jawapannya tidak ada! kenapa? Jawapannya ialah mereka takut untuk bersuara dan kalau bersuarapun mereka akan ditekan,ditindas dan diancam kembali .
Hairan pula,pemimpin dunia yang anti pengganas dan anti-islam tidak pula terkesan dengan pembunuhan dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan zionis Israel sekian lama keatas penduduk asal bumi palestin,padahal sebab utama tercetusnya “terrorism” adalah kerana kekejaman dan pencabulan hak Israel keatas palestin sebagaimana yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya pada 26/12/08 yang lalu.Namun selang sehari selepas penulisan itu ternyata Israel mengulangi lagi kekejamannya keatas palestin malah lebih teruk sejak 60 tahun kebelakangan ini.
Dimana Surind Raj ? Mengapa dia tidak memaparkan gambar siri keganasan Israel keatas umat islam secara terang-terangan ini sebagaimana dia meletakkan gambar gambar mangsa pengeboman di Mumbai yang kononnya dilakukan oleh pengganas islam dalam blognyajika dia juga pejuang kemanusiaan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.Mengapa bila umat islam yang menjadi mangsa mereka semua menyepi? Mengapa?apakah mereka sedang bergelak ketawa dengan jenayah kemanusiaan di bumi Palestin sebagai merestui agenda kuffar zionis laknatullah ini!
Mengapa zionis tidak memilih tarikh 25/12/08 untuk membuat serangan? kerana mereka mahu menjaga hati sahabat handai mereka yang beragama Kristian untuk menyambut hari Natal atau Krismas.Mengapa mereka menyerang di ambang tahun baru hijrah 1430? Sebenarnya mereka ingin menunjukkan kepada dunia yang mereka ingin dam masih berkuasa di akhir zaman! mereka mahu dunia tahu merekalah yang mencatur sejarah zaman!
Tidak menjadi rahsia lagi,konsep zionisma yangmenganggap kaum yahudi sebagai bangsa yang terpilih yang akan menjadi kuasa unggul memerintah dunia ini telah wujud hampir 2000 tahun yang lalu sempena Bukit Zion atau Sion di Jerusalem.Orang Zionis dan yahudi percaya ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman.Oleh itu dengan ideologi politik dan perjuangan berteraskan kemuliaan bangsa yahudi ini mereka yakin akan memerintah dunia dengan iltizam mereka pada Kongres Zionis 1907.Maka sebagai kelansungan agenda mereka, The League of Nation dibubarkan dan diganti dengan PBB.Tidak lama selepas itu cengkaman Inggeris ke atas bumi Palestin pun tamat pada 1948 dan Negara Israel pula didirikan dengan sokongan PBB.
Apakah penubuhan PBB pada tahun 1948 itu juga termasuk dalam rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia sebagaimanarancangan asal dan agenda mereka dalam dokumen The Protocols Of The Elders of Zion yang muncul sebelum abad 20 lagi.Namun bagi saya rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia bermula lebih awal dari itu iaitu sejak abad ke-18 lagi dimana pada Kongres Zionis Sedunia 1897 berdasarkan peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi lokasi terpilih mereka bermula dari Yunani pada tahun 429 sebelum masihi,selepas itu meliliti Rome di zaman Maharaja Augusta-tahun 69 Masihi,Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V 1552 Masihi,Paris pada 1790 di zaman Raja Louis XVI,London pada 1814 selepas Napoleon jatuh,Berlin selepas perang Perancis –Rusia 1871 dengan kepala ular berada di St.Petersburg,Rusia 1881.
Walaupun peta lama menunjukkan perjalanan ular tamat pada 1881,namun ramai yang percaya ia masih bergerak dan melilit Amerikapada awalabad 20,selepas itu ia kembali semula ke Rusia,selepas itu ke Istanbul,Turki di zaman kerajaan islam Othmaniah sebelum berakhir di Jerusalem ! lalu kita melihat natijah rancangan jahat mereka ini berjalan lancar dimana kita melihat kejatuhan Kota Mekah dan Madinah ketangan keluarga Bani Saud yang ternyata amat memusuhi anak cucu keturunan Rasulullah dan saidina Ali.Penguasaan mereka di Palestin adalah merupakan fasa kemuncak penaklukan mereka terhadap dunia sebelum meneruskan misi mereka ke destinasi seterusnya iaitu Nusantara!
Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Maqdis dipercayai sebagai tanah suci agama islam,kristian dan yahudi.Ia pernah jatuh ketangan umat islam pada abad ke-7 masihi setelah tentera islam di bawah Panglima Amru bin Ash berjaya dalam perang Yarmuk mengalahkan panglima Atravon dari Rum di zaman khalifah Umar Al-Khattab.Selepas itu Baitul Maqdis diperintah oleh islam selama 400 tahun.
Dalam tahun 1096 ketua tertinggi gareja Khatolik,Pope urban II,telah mengisytiharkan bahawa setiap penganut kristian yang berjuang untuk merampasnya kembali diampunkan segala dosa dan dijamin pula dengan syurga! Lalu sejarah menyaksikan 300,000 tentera gabungan kristian dari pelbagai kerajaan Eropah bergabung dan mengalahkan tentera islam disaat umat islam mengalami krisiskepimpinan ummah sejagat iaitu ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan antara daulah bani Abassiyah di Baghdad dan daulah Fatimiyyah di Mesir.
Namun setelah 88 tahun kemudian umat islam dibawah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu ummah telah berjaya menawan kembali Baitul Maqdis.maka 2.10.1187 bersamaan 27 Rejab 583 Hijrah barulah baginda memasuki kota suci ketiga umat islam itu,bertepatan dengan tarikh keramat 27 rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk mikraj baginda 600 tahun sebelumnya!
Renretan sejarah perang salib tidak terhenti disitu saja,pada abad ke-18,kerajaan Turki Othmaniah semakin lemah dan mula merosot.Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam perang dunia pertama 1914-1918..lalu buat pertama kali dalam sejarah bumi palestin yang mengandungi Baitul Maqdis telah jatuh kembalike tangan kuffar setelah menguasainya selama hampir 700 tahun!
Pengiktirafan dan melonjakkan pemimpin pro barat dan anti-islam di Turki iaitu Mustafa kamal Attartuk atau boneka zionis danbarat ini menyebabkan sistem khalifah terus berkubur di Turki sehingga Turki bertukar menjadi Republik.
Setelah zionis berjaya menjatuhkan kerajaan islam di Turki,maka agenda seterusnya mereka ialah menghapuskan pemerintahan para Syarif mekah yang bertindak sebagai khadamul haramain iaitu penjaga Kota suci Mekah dari keturunan Saidina Hasan bin Saidina Ali,anak cucu nabi yang berasal dari Bani Hasyim yang mengusai tanah Hijaz selama lebih kurang 1500 tahun.
Maka pada 1924,zionis telah menaikkan seorang ketua Arab badwi iaitu Abdul Aziz Ibnu Saud dengan sokongan gerakan puak Wahabi telah berjaya menawan mekah atau wilayah Hijaz lalu menubuhkan Negara Arab Saudi.Selepas itu keturunan Rasulullah semakin terpinggir di tanah Hijaz.
Setelah rancangan jahat mereka berjaya di Timur Tengah,mereka mengalih tumpuan mereka ke Nusantara pula kerana mereka tahu ramai Ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW yang berada di Nusantara ini dari jurai keturunan saidina Hasan Bin Ali dan mereka harus dihapuskan segera untuk mengagalkan kebangkitan Al-Mahdi yang membawa panji hitam dari Timur itu!
Yahudi dan zionis sebenarnya takut dengan bayang bayang mereka sendiri.Mungkinkah sebuah lagi peta purba yang agak lengkap telah dilukis oleh pemikir purba Yunani, Ptolemy yang telah diakui oleh sejarawan barat sebagai seorang ahli falak dan pelukis peta(cartographer) yang masyhur telah melukis sebuah Negara di Nusantara yang dinamakan Golden Chersonese iaitu Semenanjung Emas atau semenanjung tanah melayu lebih 2000 tahun dahulu menjadi sebab kepada terjadinya peta sulit zionis yang dilambangkan oleh pergerakan ular zion untuk menyaingi Golden Chersonese atau menghapuskan terus keturunan pejuang akhir zaman !
Sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang.Zionis dan barat menipu kita dengan memutar sejarah,kononnya pelayar Vasco de Gamma adalah orang eropah yang pertama menemui jalan pelayaran laut ke India 1498.Penemuan Amerika pada tahun 1492 oleh Christopher Columbus kononnya menjadi titik permulaan kuasa barat meneroka Eropah lain dandunia.Kalau mereka baru mengenali dunia timur pada abad ke 14,maka bagaimanakah pula orang orang Eropah boleh mengenali Golden Chersonese sejak 2000 tahun silam lagi?Bagaimana orang eropah saat itu sudah mengenali Semenanjung tanah melayu sebagai bumi yang kaya-raya,penuh dengan emas ,malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang itu adalah tempat utama terpendamnya Solomon’s Treasure atau harta karunpeninggalan Nabi Sulaiman dari kerajaan yang besar dan hebat itu?
Zionis dan barat menutup rancangan licik mereka dengan memutar sejarah,kononnya kedatangan mereka ke Nusantara adalah untuk mengembara dan berdagang!mereka berdagang rempah ratus lalu bertapak di Goa pada 1510,di melaka 1511 dan di Pasai pada 1514.Apakah ini semua berlaku secara kebetulan?dengan alasan berdagang mereka tidak akan diganggu oleh pemerintah malah dihormati pula sebagai tetamu negara!
Apakah benar kiranya saya mendakwa pengembara barat yang terkenal iaitu Marco Polo itu adalah sebenarnyaagen zionis yang sudah berjaya menyusup masuk ke Nusantara pada 1292 di Perlak melalui jalan laut yang merentasi laut cina selatan dan selat melaka?Dalam catatannya,beliau mengembara dari Venice,Italy melalui jalan sutera atau the silk road yang menghubungkan eropah dan asia hingga ke benua China.
Jika benar apa yang saya jangka,maka zionis sebenarnya telah merancang untuk menguasai nusantara selama 200 tahun sebelum kejatuhan melaka 1511.Seorang lagi agen zionis Bartholomew Diaz yang berjaya melalui jalan selamat melepasi Tanjung Harapan atau Cape of Good Hope pada 1448 memberi laluan yang bermakna untuk pihak barat mengkaji dan mengenali tamadun tamadun dunia yang lain seperti kesultanan Delhi di benua Hindi dan Kesultanan Melayu Melaka yang mengusai perjalanan timur-barat melalui selat melaka ,hinggakan kota Melaka ketika itu di kenali sebagai Venice of East sempena kota Venice di Italy di Eropah malah melaka disebut sebut oleh penulis Portugis bernama Barbarosa iaitu “ Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”
Sejarah mencatatkan bahawa zionis telah berjaya memperkudakan Portugis iaitu kuasa laut yang terkuat abad ke 16,selepas itu Belanda,kuasa laut baru eropah pada abad ke 17 dan kemudian muncul Inggeris ,kuasa terkuat Eropah setelah kekalahan Perancis dalam perang Waterloo 1815.Sebagai upahnya zionis telah membahagikan Nusantara ini kepada Inggeris dan Belanda seperti yang tercatit dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824.Pemecahan Nusantara ini adalah agenda jangka-panjang mereka untuk menghancurkan kebangkitan akhir zaman!mereka menukarkan nama dan memecahkan Nusantara ini kepada Malaysia,Singapura dan Indonesia
Mereka menjalankan agenda licik mereka dengan memperkenalkan sistem Residen di Tanah melayu.Tujuan utama mereka ialah untuk mengurangkan kuasa raja raja melayu.Penjajah juga telah menggalakkan kemasukan pendatang asing Cina dan India ke Tanah Melayu dan terus membuat pengagihan sosio-ekonomi di mana kaum cina ditempatkan di lombong lombong bijih timah dan bandar bandar utama supaya berniaga dan kaum India di tempatkan di estet-estet,manakala melayu dibiarkan dengan cara hidupnya yang tersendiri.Penjajah sebenarnya menjalankan strategi serampang dua mata untuk menghakis majoriti serta ketuanan melayu dan memalapkan syiar islam serta memastikan tidak ada ruang lagi untuk melayu bangkit sekali lagi.
Zionis dan barat yang sememangnya sudah lama berhasrat untuk melenyapkan terus sistem raja-raja di Nusantara ini memujuk raja-raja melayu supaya menandatangani Persetujuan Mac Michael pada tahun 1945 ,dimana persetujuan ini akan menerbitkan Malayan Union.Mujurlah orang melayu dan raja raja melayu sedar akan muslihat mereka itu lalu mereka bangkit menentang nya.Dengan itu wujudlah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai jalan tengah British.Selepas itu perjuangan orang melayu semakin hari semakin kuat kerana timbulnya kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.Oleh itu Inggeris pun meletakkan syarat kemerdekaan itu ialah jika melayu dan raja raja bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan yang sama rata kepada cina,India dan pendatang lain juga kononnya untuk memastikan penduduk tanah melayu diberi keadilan dan menepati prinsip demokrasi dimana hak semua pihak patut dihormati!
Memang jika diimbas sepintas lalu syarat tersebut nampaknya adil dan logik,namun penjajah barat telah memastikan selepas pemergian mereka atau selepas kemerdekaan Malaysia pun Melayu akan terus terjerat dan kuasa raja raja melayu akan terus di kekang malah syiar islam akan mereka pastikan tidak akan kembali bersinar di bumi nusantara ini lagi.Benar sekali ,walaupun kita telah merdeka hampir setengah abad,namun ekonomi orang melayu masih menyedihkan walaupun telah dibantu dengan DEB sekalipun.Penjajah juga telah meninggalkan Malaysia ini dengan meninggalkan konflik perkauman yang hebat umpama bom jangka yang akan meletup bila bila masa saja.Krisis perkauman 1969 mengajar kita supaya lebih berhati hati dalam hubungan kita antara kaum di Negara ini.
Percaya atau tidak,zionis dan barat akan kembali sekali lagi ke Nusantara untuk menjalankan misi mereka yang terbengkalai sejak 1957.Namun rancangan mereka kali ini akan lebih halus dan licik dimana mereka akan memusnahkan melayu islam dan nusantara ini melalui tangan tangan melayu sendiri yang akan menjadi proksi mereka!Mereka akan kembali mengungkit konsep kesaksamaan hak asasi manusia serta prinsip demokrasi suara majoriti atau ketuanan rakyat sebagai agenda keamanan dan kedamaian sejagat palsu yang pastinya akan mewujudkan kembali ketegangan antarakaum yang walaupun nampak terkawal tetapi masih kekal dan sudah cukup untuk memastikan melayu tidak dapat bangkit untuk menjadi tuan tanah sejati di bumi nusantara ini!
Bila membaca sejarah zionis ,kerap kali saya mendengar perkataan “kongres yahudi” yang digunakan untuk persidangan mereka,seperti Kongres zionis sedunia 1897 dan kongres zionis 1907. Entah mengapa jantung saya pula berdegup kencang bila ada sebuah parti yang berlambang mata satu di negara kita ini menjalankan “Kongres”nya .
Mungkin benar juga tulisan sahabat saya AIDC dalam blognyaseperti berikut :
“Anwar Ibrahim pula dalam Perutusan Hari Natal, dua hari lepas menyeru rakyat Malaysia kembali seperti masyarakat convivencia di Andalusia, Cordoba, Sepanyol kerana jurang antara agama di Malaysia semakin melebar, meskipun sudah 51 tahun merdeka.
Tulis Anwar, "Kita pastinya menyedari negara kita Malaysia yang bebas merdeka 51tahun lalu merupakan sebuah negara yang majmuk. Semenjak dari tarikh negara ini diisytiharkan merdeka sehingga ke hari ini, kita semuanya, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, telah melalui saat-saat sukar juga senang bersama-sama. Akan tetapi, dari ianya mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama, sebaliknya jurang di antara kita nampaknya semakin melebar akibat dari beberapa perlaksanaan dasar yang mengabaikan rakyat.
Tulisnya lagi, "saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat convivencia di Andalusia yang meyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang. Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah. Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya"
Saya merenung jauh perjalanan sejarah lalu membuat kesimpulan bahawa,jika mereka benar benar berjuang untuk agama,bangsa dan negara sudah pasti bukan Andalusia atau Masyarakat Convicencia(hidup bersama) yang menjadi sebutan untuk menyempurnakan sebuah impian,bukan Pluralisme dan islam liberal yang menjadiasas perjuangan,malah bukan penyair yahudi yang masyhur menjadi sebutan! Sudah pasti jika mereka pejuang kebenaran ,Mekah,madinah atau nusantara menjadi sebutan,Islam-Al-Quran-hadis-sunnah menjadi asas perjuangan dan nama nama islam seperti Zun Nun Al misri , Jalaluddin Ar Rumi,imam shafie dan Al-Ghazali yang menjadi sebutannya atau keperwiraan Amru bin Ash ,Salahuddin al Ayubi dan Muhammad Al Fateh jadi sumber inspirasi perjuangannya!
Saya menjadi semakin hairan,mengapa masih ada pemimpin agama yang kononnya cukup sempurna ilmunya tertipu dengan taktik musuh demi sedikit kuasa.Mereka masuk kedalam pakatan musuh secara terang terangan malah masih berdegil melaungkan slogan membangun bersama islam dan ingin melaksanakan hukum hudud dan negara islam!Apakah mereka pasti ataumasih di alam mimpi ,yang pakatan musuh akan merestui perjuangan mereka menjadi realiti sedangkan yang satunya berjuang untuk Malaysian malaysianya dan yang satu lagi adalah proksi atau boneka barat yang belum pasti halatuju nya.Arah dan prinsip perjuangan pun amat berbeza umpama langit dan bumi! jadi bagaimana boleh bersama?
Semoga tahun Hijrah ini membawa keberkatan dengan bangkitnya pejuang islam di seluruh dunia untuk menghancur leburkan zionis dan dajjal di akhir zaman.Semoga benar janji Allah seperti FirmanNya dalam surah Al-israk,ayat 104 yang bermaksud “Dan kami berfirman sesudah itu kepada bani Israel : Diamlah kamu di negeri ini,maka apabila telah datang janji terakhir nescaya kami datangkan kamu dalam keadan bercampur baur (huru hara)”
Semoga akan tiba waktunya akan berlakunya kebenaran sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Belum akan tiba hari kiamat,hingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi,kemudian mereka dibunuh oleh kaum muslimin,sehingga batu dan pohon kayu berkata : hai muslimin,hai hamba Allah,Inilah seorang yahudi yang bersembunyi di belakangku,datangilah dan bunuhlah!, kecuali pohon Al-Ghargad,kerana ia tergolong dari pohon yahudi”
Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dan Nusantara ini dari Kamal Attartuk versi ke-2!
Dengan segala takzimnya saya mengucapkan tahkziah atas kemangkatan Kebawah Duli Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ,kepada seluruh ahli keluarga dan kerabat diraja negeri sembilan serta seluruh rakyat negeri sembilan umumnya.
Semoga roh Al-marhum Tuanku dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang orang yang mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan yang abadi disisi Allah SWT.
Surah Al-Baqorah : 156 bermaksud : "Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"
Al-Fatihah.....
Setiap yang pasti datang adalah hampir Yang masih diangan-angankan adalah jauh, Mati adalah sesuatu yang pasti Mati adalah tunang semua orang Tiba masanya bersandinglah manusia dengan kematian Berpelaminkan kuburan
Apakah kita sengaja melupakan mati, Sedangkan mati tidak pernah melupakan kita. Mati adalah satu hakikat Yang pasti tiba,cepat atau lambat.
Mati bukanlah pengakhiran hidup Tetapi ia adalah permulaan kepada satu kehidupan yang lebih kekal Kata Saidina Ali: "Semua orang hidup adalah mati, Bila mati baru mereka terjaga"
Apakah kita lupa Ungkapan keramat ahli sufi: "Bukankah mati syarat menemui cinta?"
Nukilan: Sangtawal Sakranta , 28.12.2008 at 10.32 am.
Pas atau sinonim dengan nama Parti Islam Semalaysia telah mengamalkan politik budu sekian lama.Politik budu ini agak jijik jika diteruskan juga.
Sebagaimana yang kita ketahui,budu tidak asing lagi dengan rakyat negeri kelantan dan Terengganu.Budu dihasilkan melalui proses yang cukup simple dan konvensional,namun ada pengusaha budu sekarang sudah mula meneroka proses pengilangan dan pembuatan budu supaya dapat memasuki pasaran dalam negara dan luar negara.
Budu diperbuat dari ikan ikan kecil terbuang yang melekat dipukat tunda atau ikan ikan yang telah busuk atau rosak,kadang- kadang anak-anak ikan bilis yang tak terpilih dijadikan budu.Setelah dimasukkan garam sebagai ramuan utama,budu disimpan atau diperam di satu tempat tertentu,jika tempat disimpan itu adalah tempayan,maka budu tersebut dinamakan budu tempayan.Kalau budu disimpan di dalam kolah,namanya budu kolah.Budu juga dinamakan mengikut nama tempat dimana ia diproses seperti budu besut atau budu bachok.
Proses kejadian budu agak dasyat juga,kadang kadang budu yang diproses ditepi pantai dengan menggunakan kolah tidak ditutup dengan rapi,hanya tutup dengan daun kelapa sahaja,malah ia ditinggalkan begitu sahaja.Kadang kadang ada makhluk melompat yang terlebih lompat akan masuk dalam kolah itu dan dan bila hujan ,air hujan juga akan masuk bersama.Inilah rahsia yang menjadikan budu itu makin sedap dan enak.Rahsia inilah juga menyebabkan ada sesetengah ulamak memfatwakan makan budu adalah makruh.
Tidak menjadi rahsia lagi yang budu dimakan oleh kebanyakan orang di pantai timur,budu kaya dengan zat besi dan protein yang bersumberkan ikan bilis .Ada kawan saya yang bijak matematik mendakwa dia bijak sebab makan budu. Ada pula kawan saya kata makan budu menjadikan lidah agak keras untuk speaking dan kalau speaking pun orang kata cakap orang putih bau budu.Itu dakwaan dan kepercayaan dia,saya sendiri agak susah nak percaya jika tak ada kajian yang saintifik mengenainya walaupun saya juga makan budu sekali sekala.
Budu boleh ditambah lada atau sambal supaya pedas,ditambah tempoyak supaya lazat,diperah asam limau sedikit supaya bertambah seleranya.Paling sedap budu ini dicampurkan ikan bakar tawar ,dimakan dengan ulam ulaman bersama nasi. Walaupun baunya agak busuk bagi orang yang tak biasa dengannya,tetapi melihat budu ,ulam dan ikan tawar sudah cukup untuk mengalirkan air liur peminat budu.
Berbalik pada Pas, parti ini adalah serpihan dari Umno dulu.Mereka yang terbuang atau tak terpilih ini keluar dari umno kerana kononnya berbeza dari segi prinsip perjuangan. Umno dengan perjuangan bangsa melayu dan ketuanannya manakala Pas dengan negara islam dan hukum hududnya.Mereka ini bersatu dan berkumpul umpama ikan terbuang yang akan menjadi budu.Ramuan utama budu ialah garam manakala ramuan utama Pas ialah Islam.Pas telah menjadi satu politik yang berjenama islam umpama budu asli cap tempayan atau budu cap ketereh.Bila sekali makan budu cap tempayan ini,dah jadi ketagih dan semakin sedap dan lazat. Orang yang tidak makan budu umpama orang umno ,cakap la berbuih mulut pun berkenaan keburukan budu ,kotor ke,makruh ke,itu tak kan berjaya menghalang pemakan tegar budu untuk terus makan budu dan menikmati kelazatan budu.
Kemasukan kumpulan endogan kedalam pas umpama berlakunya inovasi kepada budu itu sendiri,jadi tidak hairanlah sekarang ini bila kita makan di restoran restoran terkenal pun ada terhidu bau budu jugak kerana budu sekarang sudah boleh digoreng untuk dimakan dengan nasi kerabu dan sekarang ni sudah ada menu “nasi goreng budu”!
Kemasukan DAP dan PKR kedalam Pakatan Rakyat umpama masuknya cencaluk atau belacan yang asalnya dari udang,bukan dari ikan.Walaupun penggemar budu tegar tidak merestui masuknya belacan dan cencaluk bergaul dengan budu dalam satu bekas kerana takut hilangnya keaslian budu,namun pemilik restoran merangkap penasihat PR tetap mahukan pembaharuan itu supaya orang lebih ramai mengenali budu,belacan dan cencaluk katanya, Padahal dia sengaja membuat begitu supaya dia mendapat untung lumayan dalam masa yang singkat,dia bijak bermain kata kata dengan memperkenalkan menu baru di restorannya iaitu budu campur cencaluk dan belacan yang digelar BU-CALUK-CAN.Restorannya dibuka kepada semua kaum dan boleh makan secara layan diri,buat macam rumah sendiri.pelanggan adalah tuan,sendiri makan sendiri basuh pinggan,pecah pinggan sendiri tanggung.Mereka boleh makan siang malam,minum apa saja dari air masak sampai kepada yang memabukkan,boleh makan didalam atau diluar restoran,malah boleh juga makan dihadapan atau dibelakang restoran! Keistimewaan penggemar budu tidak dihiraukan malahan akan terus dihapuskan jika dia berjaya menjadi tauke besar restoran yang berpengaruh nanti.
Apapun alasan mereka, budu atau pok nik pengusaha budu mesti keluar dari Pakatan rakyat BU-CALUK-CAN demi memelihara keaslian dan martabat peminat budu tegar.Jika dibiarkan budu dengan nama BU-CALUK-CAN,takut nantinya peminat tegar budu asli mula mencari alternatif lain seperti kicap atau sos tiram untuk dimakan bersama ulam.
Oleh itu,Pas perlu berhenti bermain politik budu,.Renunglah kembali prinsip asal perjuangan untuk menegakkan negara islam.Jangan menidakkan manifesto membangun bersama islam yang pernah pas laungkan dulu.Jangan jadikan islam sebagai satu alat untuk memenuhi keperluan duniawi kita sahaja.Mereka yang menyokong dan mengundi BU-CALUK-CAN adalah orang yang tidak ada pendirian dan bukan peminat budu sebenar.
Akulah Sangtawal. Raja Tilam juga namaku, Empayar Melayur dulunya kekuasaanku, Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu. Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku
Bapaku bernama Sakranta, pemerintah Empayar Jawaka, Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka Di akhir abad pertama masihi.
Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya, Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku: Al-Jawiyun nama gelarannya, Tanah jawi tempat asalnya.
Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13. Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada, Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi, Campa,Kemboja dan Samudera - Pasai, Bersatu di bawah Empayar Chermin. Yang gah bernama Nusantara.
Inilah silsilah keturunanku:
Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku, ku beri gelarannya Sultan Jiddah, Sultan Mahmud shah juga gelarannya. Langkasuka negaranya. Bersemayam gagah di Kota Mahligai, Mengusir jauh Raja Bersiong, Lalu menakluk Gangga Negara. Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada, Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara. Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera, Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.
Anakku ini katanya mangkat 1362, Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja. Kalau mangkat dimana makamnya?
Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara, Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.
Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa itulah digelar Pra Ong Mahawangsa, Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.
Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa Atau digelar Sultan Baki Syah Raja Cermin juga gelarannya. Keturunan kesultanan kelantan dan Champa adalah darinya.
Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua, Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah, Langkasuka lama atau Wurawari negaranya, Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja Juga digelar Phya Kurub Mahayana Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai Juga digelar Phya Tu NakPa Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam. Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara, Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam. Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.
Puteri sulung ku Puteri Urduga, ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang. Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya. Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa, mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah bersamaan 1380 Masihi. Puteri Sadong anak angkatnya, Juga ghaib hilang entah dimana.
Puteriku yang kedua Puteri Chendana, Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu. Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu? Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain Yang terkumpul padanya dua kekuatan Kekuatan Rohani dan Fizikal Yang akan membawa panji hitam dari timur Panji kebenaran diakhir zaman
Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya. Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra, Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada, Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu. Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu? Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.
Akulah Sangtawal Sakranta…. Aku kembali mencari negaraku yang hilang. Aku kembali mencari keturunanku yang hilang. Aku kembali mencari bangsaku yang hilang. Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara. Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M, Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil” Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.
Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan Dari Maharaja gunung dan Sailendra Mudik kehilir Sungai Mekong Menjejak Campa dan Gangga Negara Mencari Sriwijaya dan Mataram Memburu perlak hingga ke pasai Dari Pasai Ke Samudera Lalu ku mengerti Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana disebut serambi mekah Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.
Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu. Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam. Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang. Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang , Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia” Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.
Aku mencari kitab sejarah melayu itu, Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang. Banyak cerita samar di dalamnya, haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji, Agar cucu cicitku bisa mengerti.
Aku mencari kitab Mahkota raja raja Yang dikarang indah pembodek negara Pengkhianat itu bernama sheikh nuruddin Angkara dialah Sheikh Hamzah fansuri dihina. Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan.. Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya Masjid Baitulrahman menjadi saksi Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti Masjid ini masih megah berdiri Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri. Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman
Demi kebenaran aku datang, Demi kebenaran aku berjuang. Kerana sejarah itu kebenaran zaman Sejarah ditulis oleh yang menang, Putih katanya putihlah sejarah, Hitam katanya hitamlah sejarah. Agar cucu cicitku keturunanku tidak menelan mentah cerita lama agar cucu cicitku mengerti agar mereka menilai segalanya dengan akal dan mata hati
Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah. Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita, Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah. Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara. Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona . Mana dia saudagar sejarah, Mana dia peniaga bangsa.
Mana dia tetamu yang tak diundang Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota Telah lupakah dikau asal usulnya dimana Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha Lalu bertanya erti ketuanan Siapa itu ketuanan Melayu katanya Apakah sewaktu datang mu dulu negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan? sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat mana ada ketuanan rakyat? Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah Namun bila panji kebenaran tertegak pasti Cerita dongeng mereka akan berselerak
Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai. Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan Wasiat Rasul dikeji jangan Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin Yang bernama Nusantara.
Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang Mana dia bangsa jawiku yang terbuang Mana Empayar melayur yang hilang Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang Moga ketemu diakhir zaman Moga bersatu diakhir zaman Moga menang keakhir zaman Bersama kita nantikan...
Nukilan : Sangtawal Sakranta ….ahad ,21.12.2008 at 7.25am.
Hati saya terpanggil untukmengulas dan memberi sedikit pendapat tentang isu penswastaan Institut Jantung Negara( IJN) kepada Sime Darby.Setiap isu harus dilihat dan dikupas berdasarkan pro dan kontra tentang perlu atau tidak satu badan seperti IJN yang jelas berfungsi untuk kepentingan rakyat tanpa mengira tahap sosioekonomi pesakit ini harus dikekalkan seperti sediakala atau sebaliknya.
Setelah meneliti perkembangan berkaitan IJN ini,saya membuat kesimpulan bahawa IJN patut dikekalkan dan tidak perlu diswastakan.Memang benar kerajaan mempunyai hasrat murni untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat tetapi dalam hal IJN ini kita seharusnya tidak perlu tergopoh gapah dalam membuat keputusan apatah lagi Sime Darby adalah sebuah syarikat perniagaan yang berorientasikan keuntungan.Biarpun ada kedengaran mereka sanggup menerima cadangan bahawa kepentingan sosial pesakit yang miskin tidak akan diabaikan,namun saya khuatir jika itu cuma tinggal janji sahaja nanti.
Memang tidak dapat dinafikan IJN yang hanya mempunyai lebih kurang 35 orang doktor pakar dan bilangan stafterlatih lain yang agak terhad mempunyai beban kerja yang tinggi jika dibandingkan dengan hospital hospital kerajaan yang lain apatah lagi ia telah menjadi tempat utama rujukan pesakit dari seluruh Negara.Namun itu bukan menjadi alasan utama mengapa IJN harus diswastakan.Realitinya kebanyakan doktor pakar yang bekerja di IJN adalah diantara mereka yang sudah mengorbankan sedikit ganjaran dunia mereka demi untuk berjasa kepada rakyat Malaysia,percayalah.
Kalau tidak,mereka sudah pasti lari atau berpindah ketempat kerja lain memandangkan bayaran lumayan yang mereka perolehi di sektor swasta.Ini terbukti dengan penafian mereka dalam kenyataan dibawah:
“We read with concern the perceived perception that the medical staff of IJN are demanding higher pay and will leave IJN if these demands are not met.
We feel it is important that these negative perceptions are correctly put into context.
The institution was set up in 1992 as a corporate body directly under the purview of Ministry of Finance. Its board of Directors include representatives from Ministry of Health and MOF to ensure its direction and objectives of providing good quality and affordable medical care to Malaysians from all walks of life are adhered to.
In that respect, IJN has done and continue to do well, both in maintaining its moral as well as financial obligations. The institution has been self-sustaining since its inception (and has been able to pay year end bonuses annually without fail). For 2007and up to end Nov 2008, we have accumulated 285,764 number of outpatients, performed 15,084 cardiac catheterization interventions including angiograms and angioplasties, 6,094 heart and lung surgeries, 7 mechanical hearts and heart and lung transplants surgeries.
As true with any organization of our size, there will be people leaving the organization at various times in order to pursue different career paths. Over the last 7 years of operation, out of a total of 35 consultants, only 7 have left IJN to work either in local or overseas private centres. Therefore, our consultants' annual attrition rate is only 3%, and we have responded consistently over time to promote our home grown talents to fill up the voids accordingly. Currently, 75% of IJN consultants have been in their posts for more than 10 years.
All of us are salaried based on a different payscale than that of the MOH though not at par with the private centres. Periodic review of salary scale is usually undertaken, subject to approval from Ministry of Finance.
As proven from our consultants' attrition rate and longevity in serving this institution, it is logical to surmise that on the whole we are happy with the current scheme and proving it by remaining with IJN. Many of us have served than 10 years, excluding time spent within the MOH Hospitals prior to setting up of IJN.
Whilst we have yet to have a clear picture of the proposed privatization by Sime Darby, we would like to reiterate our commitment to serve IJN in its current form and want to stress that the proposed privatization of IJN must not be seen to be as a response to our demands for better pay. The medical personnel of IJN are not at all involved, directly or otherwise, in the negotiations for the said privatization.
Being responsible employees of IJN, we are not in the position to dictate the outcome of the privatization proposal from Sime Darby to the stakeholders of IJN. However, the perception that the privatization proposal is in response to demands for higher remunerations by its medical staff is misconceived and must be corrected accordingly to safeguard and preserve the trust placed upon us by our patients.
Surat ini ditandatangani oleh 26 orang doktor pakar.
Apa yang ingin saya utarakan disini ialah bagaimana langkah kerajaan untuk menangani isu meningkatnya jumlah pesakit dan kos perubatan di IJN ini.
Bagi saya,IJN perlu dikekalkan menjadi tempat utama rujukan kes dari seluruh Negara.Untuk menampung kenaikan jumlah pesakit dan kos pembedahan kerajaan harus membuka cawangan lain dimana cawangan ini mungkin boleh diswastakan kepada Sime Darby.Penswastaan cawangan IJN ini mungkin adalah langkah bijak dimana IJN hanya perlu menumpukan kepada kes yang tertentubagi pesakit kronik yang miskin atau mempunyai masalah kewangan sahaja,manakala cawangan IJN yang baru boleh menjalankan operasi dan kos rawatan adalah sepadan dengan kos di tempat swasta yang lain.Kes kes yang tertentu atau “selected case” perlu dibuat atau ditapis diperingkat hospital besar atau hospital negeri lagi sebelum dirujuk ke IJN oleh doktor pakar di hospital negeri samada untuk merujuk mereka terus kepada IJN atau Cawangan IJN/swasta.Langkah ini pasti akan mempercepatkan rawatan kepada pesakit.Lebih cepat masa diambil untuk berubatlebih cepat pesakit akan sembuh
Memang tidak dapat dinafikan, kos untuk melakukan satu pembedahan jantung adalah tinggi apa lagi untuk melakukan “open cardiothoracic surgery” yang memerlukan beberapa pakar dalam satu sesi pembedahan.Oleh itu banyak kes pembedahan yang tertangguh disebabkan masalah kewangan dan penangguhan ini akan membuatkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk dan timbul pula pelbagai komplikasi komplikasi yang tidak diingini terutamanya pesakit pediatrik.
Walaupun setiap hospital mempunyai Unit kebajikan dan ada pegawai yang bertugas untuk menguruskan masalah kewangan pesakit di dalam wad kerajaan,tetapi oleh kerana ia melibatkan peruntukan kewangan yang terbatas dari kerajaan dan perlu melalui banyak karenah birokrasi,peruntukan yang diperolehi kadang kala memakan masa bertahun tahun.Ini amat mengecewakan pesakit dan keluarga pesakit malah ada diantara mereka yang terus “default follow up”.
Maka disini saya merasa perlu ada satu mekanisma untuk menjana modal perubatan terkumpul yang boleh diperolehi dari tabung kebajikan sektor kerajaan dan bukan kerajaan.Kalau kita mampu mengutip wang dari rakyat untuk tabung mangsa tsunami atau kepada mangsa bencana alam di negara lain,kenapa pula kita tidak boleh membantu kerajaan mengumpul dana untuk warga negara kita sendiri yang amat memerlukan bantuan kewangan.Mungkin mereka adalah adik beradik ,ibubapa atau saudara mara kita,kita tidak tahu.Janganlah jadi seperti kata pepatah “kera dihutan di susukan ,anak dirumah mati kelaparan” dan program “bersamamu” nantinya akan hanya tinggal kenang-kenangan saja!
IJN boleh dijadikan tempat utama cardiac case dilihat oleh doktor pakar buat pertama kali dan rawatan susulan seterusnya atau “post-op patient” mungkin boleh dijalankandi IJN-Cawangan.Oleh itu ia akan mengurangkan sedikit beban kerja di IJN dan doktor pakar di IJN boleh menumpukan perhatian kepada “selected case” saja.
Bilangan doktor pakar di IJN perlu dikekalkan dan cadangan untuk menyemak semula skim gaji mereka ke gred gaji “special” boleh dibincangkan oleh pihak kerajaan sebagai satu usaha menghargai mereka dan bila mereka ini menjalankan tugas di IJN-cawangan mereka boleh membuat tuntutan terus dari syarikat swasta tersebut dengan imbuhan insentif yang lebih rendah sedikit berbanding ditempat swasta lain supaya tidak membebankan IJN-cawangan pula. Dengan cara ini doktor pakar akan merasa sedikit berbaloi dan mengikat mereka untuk terus berkhidmat lebih lama di IJN manakala IJN-cawangan tidak dibebankan oleh masalah untuk membayar gaji tetap bulanan doktor pakar yang membuat “part time” atau “lokum”. Walaubagaimanapun masalah gaji dan imbuhan mereka tidak menjadi sebab utama kerajaan harus menswastakan sepenuhnya IJN.Ini dinyatakan sendiri oleh mereka seperti dalam kenyataan diatasJika IJN-cawangan mahu mengambil beberapa doktor pakar mereka sendiri,itu terpulang kepada mereka dan itu semestinyalebih baik demi memenuhi keperluan pelanggan atau pesakit.
IJN-cawangan yang saya sarankan disini mungkin boleh diswastakan sepenuhnyauntuk memastikan ia mencapai piawaian perkhidmatan kesihatan dan ISO yang ditetapkan dimana semua peralatan dan “diagnostic tools” yang serba canggih ada disediakan.Semua jenis pembedahan jantung boleh dilakukan disini dan IJN-cawangan ini mampu menerima rujukan dari luar negara dengan segala kemudahan yang ada
Penubuhan IJN-cawangan ini bukan saja menjadi tempat rujukan kes jantung dan pembedahan jantung sahaja tetapi saya cadangkan supaya ianya boleh dikembangkan lagi kepada penubuhan institusi pengajian ijazah lanjutan perubatan atau sub-specialityterutamanya dalam bidangcardiology,cardiothoracic surgery,paediatic cardiology ,cardiac or lung transplant dan banyak lagi.Sime darby boleh menaja doktor doktor yang berminat untuk mendalami ilmu cardiology ini untuk belajar disini atau luar Negara dan boleh membuat perjanjian atau kontrak supaya bekerja dengan mereka untuk tempoh yang tertentu setelah tamat pengajian nanti.Ini adalah merupakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan juga.
Contoh utama yang boleh diketengahkan disini ialah bagaimana Professor Dr Jafri Malin iaitu pakar bedah neurosurgeri HUSM yang terkenal itu membangunkan unit neurosurgery di HUSM .Selain melakukan pembedahan neurosurgery beliau dengan penuh komitment membangunkan program “master in neurosurgery” kepada master student surgical untuk mendalami ilmu neurosurgery di HUSM.
Pepatah melayu ada menyatakan “kalau tidak dipecahkan ruyungnya ,manakan pula mendapat sagunya” itu mungkin juga ada benarnya..Penswastaan IJN mungkin dibatalkan selepas ini namun hasrat murni kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak boleh dipandang sepi dan hasrat Sime Darby untuk menerokai bidang perniagaan yang melibatkan kesihatan dan intervensi jantung ini tidak boleh dipandang remeh kerana mereka tahu pelaburan dalam perniagaan perubatan ini akan memberi pulangan yang lumayan.Bayangkanlah,orang sanggup bergadai,berhutang atau menjual tanah untuk melakukan pembedahan jantung.Ini adalah kerana menyelamatkan satu jantung umpama menyelamatkan satu nyawa!
Sebarang maklumat, artikel, komen,gambar atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan saya sebagai pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.Harap maklum.Terima kasih.
Kata-Kata Aluan Dari Sangtawal
Selamat bertandang ke teratak Sangtawal Sakranta...
Di sini hamba sediakan satu wadah perjuangan buat Melayu-Islam mengikut cara hamba yang tersendiri.
Ambillah apa-apa yang anda fikir berguna dan jangan ambil peduli dengan apa yang anda fikirkan tidak berguna.
Setiap insan pasti ada kekurangan pada dirinya dan hamba juga tidak terkecuali dari itu kerana hamba juga bukanlah orang yang paling sempurna.
Selamat membaca, berfikir dan selamat berjuang untuk agama,bangsa dan negara !
“Setiap artikel yang tersiar di Blog Sangtawal ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan , dakwah , perjuangan islam dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat @ link http://sangtawal.blogspot.com/hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Keajaiban Hati / Istana Allah / Qalbi Ciptaan Allah
Sabda Nabi SAW bermaksud ; “ Didalam tubuh manusia itu,ada seketul darah,jika darah itu baik,maka baiklah manusia tersebut dan jika darah itu kotor maka kotorlah manusia itu.Sesungguhnya ketulan darah itu ialah hati (qalbi)”.
"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”
(Abu al-A’la al-Maududi)
Perjalanan Dan Belitan Ular Zion
Berwaspada Dengan Freemason
Waspadalah Kita Terhadap Lingkaran Musuh -Musuh Kita :
Berwaspadalah Dengan Misi,Visi Dan Strategi Mereka :
Mengapakah gereja terbesar,CCC terletak di Bukit Jalil?dan renungilah kata kata Paderi Kristian Calvary Church,CCC disini
Bahayanya Belitan Ular....hati-hati...
Natijahnya....Bila Masuk Perangkap Mereka.
Bila seorang pemimpin islam sanggup membiarkan dirinya didoakan oleh Paderi Kristian...meminta doa kepada TUHAN JESUS...Selain ALLAH...Adakah kita juga akan...???
??? Bahtera nabi Nuh A.S
Semenanjung Emas... Inikah Tanah Yang Dijanjikan(Land Of Promise) ?
Dimanakah Lokasi Sebenar Land Of Promise Itu???
.........Mereka sendiripun tidak tahu dan belum pasti di manakah lokasi Land of Promise yang sebenar seperti yang disebutkan dalam kitab Mormon itu yang ditulis oleh ? nabi Joseph Smith itu.Pelbagai usaha dan kajian saintifik telah dibuat oleh yahudi zionis atau oleh golongan Kristian untuk menyatakan kepada dunia bahawa Land Of Promise itu di Mesoamerica.Maka terciptalah satu hypothesis iaitu “Meso Hypothesis” untuk memberitahu dunia bahawa merekalah bangsa yang terpilih dan Tanah air merekalah yang terpilih sebagai Land Of Promise yang dijanjikan.
Biarpun sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang,namun sejarah tidak pernah menipu kita ,kitalah yang mencatat sejarah,dan saya selalu berkata pada diri saya bahawa kebenaran tetap ada di sepanjang zaman!
Pada tahun 1995, seorang bekas Professor kimia dari Montana State University iaitu Dr Ralp A. Oslen,Ph.D telah menulis sebuah buku hasil dari kajian spesifik beliau bertajuk : The Malay Peninsular as the Setting for the Book Of Mormon , sebuah buku setebal 295 mukasurat itu menyanggah dakwaan Meso Hypothesis tetapi membuktikan kepada dunia dan zionis-Kristian bahawa apa yang mereka dakwa Land Of Promise dalam kitab Mormon itu adalah Meso America adalah palsu dan ciptaan mereka untuk mengaburi mata manusia lain di atas muka bumi ini!
Dalam bukunya yang penuh dengan kontroversi itu,beliau telah menyokong sepenuhnya teori atau The Malay Hyphotesis ( Mala Hypothesis) setelah membuat kajian terperinci dari segala aspek termasuk mengkaji semula apa yang tertulis dalam kitab Bible dan Old Testament.
Selepas itu beliau membuat kesimpulan dan mempunyai kepercayaan yang penuh bahawa Land Of Promise itu adalah Semenanjung tanah melayu atau Semenanjung Emas ! Bukti-bukti yang dikemukan oleh beliau amat memukau pemikiran saya.Perincian dan penerangan yang khusus tentang lokasi lokasi terpilih dalam Kitab Mormon itu diterangkan secara logik,berfakta dan cukup bijak.Contoh yang saya sertakan disini adalah sedikit berbanding dengan apa yang beliau tulis dalam bukunya yang setebal 295 mukasurat itu:
Banyak perkataan ini merujuk kepada Bandar Bandar yang ada di Land Of Promise , ada disebut dalam kitab Mormon itu seperti : neck of land adalah Segenting Kra,Zarahemla adalah Tanah Merah,Bountiful adalah Kota Bharu,Moroni adalah Maran,Nephi adalah Kuala Pilah,Mormon adalah Malim,River Sidon adalah sungai Kelantan,Manti adalah Gunung Tahan,Corianton adalah Kuantan, Antiparah adalah Tapah,Mulek adalah Pasir Puteh,ada juga disebut Cameron Highland dan banyak lagi…anda boleh membacanya sendiri!
Hypothesis dari Dr Oslen ni mengatakan bani israel ke 13 (bani khazar) yg dikatakan hilang dari tanah Kanaan satu masa dulu mengembara dan belayar mencari zion hingga sampai ke Malay Peninsula dan mereka menggelarkannya sebagai "the Land of Promise". Teori Dr Oslen ni adalah berdasarkan dari manuskrip - Book of Mormon (BM), yg dipadankan lokasinya berdasarkan dari keadaan geografi yg diterangkan dalam BM ini dan mendapati ianya bertepatan dengan keadaan geografi di Malay Peninsula. Apakah kepentingannya bani ke 13 yg hilang ini hingga ramai scholar yg mengkaji Book of Mormon itu????
"Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya- Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada sebuah pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya saja hampir2 menerangi walaupun tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [Al Quran An Nur : ayat 24 – 35],