Saturday, November 29, 2008

Resolusi terkini sidang BPN : 29/11/08

Utusan Che moq :

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :
  1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.
  2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.
  3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.
  4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.
  5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.
  6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.
  7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.
Setiausaha I BPN

Tuesday, November 25, 2008

mengapa harus ada muslim moderate dan muslim radikal?

Salam perjuangan...


Tulisan saya pada kali ini adalah untuk mengulas artikel di blog sahabat saya AIDC.

semoga kita sama sama mendapat manfaat darinya.


Biarlah esposito dengan pengajian orientalisnya,biarlah dia hanyut dengan teori teori palsu beliau tentang islam dan umat islam.Selagi beliau sendiri kafir dan tidak mengucap syahadah,hati beliau akan terhijab dari mencapai kebenaran.Mudah mudahan beliau musnah ditelan api kebenaran.

Bancian pendapat dunia dengan lebih 9000 wawancara tidak akan memberi apa apa makna kepada kita kerana mereka hanya beranggapan dan berteori sahaja.Mereka membuat bancian atau soal selidik untuk mengaburi mata mereka yang bodoh sahaja,sedangkan proses memecahbelahkan umat islam dengan memecahbelahkan pengertian islam itu adalah agenda yahudi-zionis sebenarnya.

Pembahagian makna ini umpama memecahbelahkan golongan islam ditanah arab kepada sunni dan syiah.Oleh kerana kajian mereka terhadap Nusantara dan kebangkitan islam akhir zaman ini mengetahui hampir keseluruhan umat islam dirantau ini menganut fahaman ahli sunnah wal jamaah,maka mereka memfaraidkan pula islam kepada radikal dan moderate dengan tujuan yang sama.modus operandi mereka tetap sama.mereka mahukan umat islam terus berpecah dan islam terus jatuh dan musnah melalui campurtangan kader kader murahan islam sendiri yang telah dibeli oleh mereka dengan tawaran duniawi.

Marilah berhujah untuk menentang dakwaan esposito itu :

1.kesamaan dasar.

Beliau kononnya berjaya membuat kesimpulan bahawa yang radikal itu bukan sebenarnya terroris malahan puak radikal bukanlah terlebih taqwa berbanding puak moderate.Siapa esposito untuk menilai atau berbicara pasal TAKWA ini? sedangkan takwa yang difahami umum sebagai "Takutkan Allah" itu sesuatu yang teramat payah untuk dicapai oleh umat islam sendiri.Itu sebabnya setiap kali solat jumaat,para khatib selalu menyeru supaya kita bertakwa kepada Allah.maka esposito tersasar lagi,kerana dalam islam tidak ada puak radikal atau moderate.malah dalam islam amat menekankan supaya umatnya bersederhana,tetapi amat menggalakkan umatnya bersaing dalam bidang ilmu,mengukuhkan sistem ekonomi,politik dan pertahanan.islam tidak menentang usaha mencari dunia tetapi hendaklah mencari akhirat juga supaya keduanya seimbang.kalau tidak masakan ada kata kata"berusahalah kamu seolah kamu ingin hidup seribu tahun lagi dan beramallah kamu seolah olah kamu mahu mati esok hari".Apapun bidang,islam memang menggalakkan umatnya supaya menjadi yang terbaik dan terbilang,tetapi hendaklah mengikut garis panduan islam yang betul,bukan sekadar tiru tiruan atau ikut ikutan sahaja.

2.Kaum radikal kaya.

esposito sekali lagi tersasar tentang makna dan konsep kekayaan dalam islam.Islam sebuah agama terunggul dan sangat indah penghayatannya.Kaya dalam islam ialah kaya hati dengan segala sifat sifat mahmudah.Kata Al-Ghazali,hati yang bersih dan cuci dari zulmat atau kekotoran adalah umpama cermin yang berkilau.Nabi juga memberi amaran kepada musuh musuh islam supaya berhati hati dengan firasat orang mukmin,kerana hati mereka bersih dan hijab mereka akan terbuka untuk melihat kebenaran.Inilah senjata mukmin yang sering dicari oleh setiap pejuang kebenaran.Berapa ramai orang yang kaya raya tetapi jiwa mereka tidak tenang tenteram,diselubungi tekanan jiwa dan kekusutan fikiran yang berlarutan..inilah natijah kemiskinan rohani yang sekarang ini umpama wabak yang begitu banyak menyerang kita.

3.Masa depan penuh harapan.

kesimpulan ini juga adalah salah,kerana dalam islam cara pengebom berani mati ini tidak digalakkan.Dizaman nabi,semua sahabat dan tentera islam mati syahid setelah bertempur dengan musuh secara berdepan dan gentleman,bukan mati sebagai pejuang kamikaze atau penyerang hendap yang pengecut.Dalam islam peperangan qital diwajibkan bila ada musuh yang cuba menghalang kita dari melansungkan tuntutan agama islam bila bila ada musuh yang mengancam setelah semua jalan penyelesaian sudah tertutup.Nabi tidak berperang sesuka hati.nabi tidak berperang atau membunuh kanak kanak atau wanita yang tidak berdosa.Serangan membabi buta adalah salah dan dilakukan oleh yang pendek akal.Pengebom berani mati,bagi saya nasibnya di akhirat hanya ditangan Allah.

4.Penghargaan yang ekstrem.

Dalam kupasan ini esposito telah masuk kedalam bakul dan mengangkat dirinya sendiri.Semua umat islam yang benar benar faham islam tidak pernah mengagumi barat apa lagi untuk sanggup berkiblat kesana.

Mereka perlu menoleh sejarah,mereka terlalu jauh ketinggalan zaman bila islam semakin berkembang di tanah arab dahulu,malah sewaktu zaman keagungan Andalusia,mereka masih jahil dan berada dalam zaman gelap.Kalaulah bukan kerana kekalahan islam dalam perang salib dan proses memusnahkan kitab ilmu seperti dibuat menambun laut untuk laluan tentera berkuda mereka sehingga laut berubah warna hitam dicemari dakwat tinta islam,

kalaulah tidak kerana proses penterjemahan ilmu dan teknologi ke dunia mereka...pasti..hingga kini mereka mungkin berada dizaman yang gelap lagi mundur.Sejarah tidak pernah menipu kita.

5.Jalan masa depan.

Siapa esposito yang beranggapan golongan moderate lebih menerima barat untuk memajukan apa juga sistem yang ada di negara kita?.Ini adalah jarum mereka yang disuntik keseluruh Nusantara untuk memastikan agen mereka yang kononnya lebih moderate atau lebih baik ini diterima dan dijadikan sumber pemikiran dan ikutan oleh semua.

Bagi saya,esposito adalah sarjana murahan zionis yang datang untuk merealisasikan agenda mereka.Adalah tidak logik bila seorang sarjana dan pensyarah terkemuka membahagikan dunia islam kepada radikal dan moderate hanya berdasarkan pendapat tentang serangan 16/9 sahaja.Bancian bodoh yang dibuat 2005/06 dengan lebih kurang 1000 wawancara melalui soalan bodoh dimana jawapan YA, BERSETUJU dan TIDAK BERSETUJU itu tidak masuk akal sama sekali kepada mereka yang pernah membuat penyelidikan dan kertas kerja ilmiah di peringkat sarja atau phd.Bentuk soalan ya atau tidak ini adalah soalan yang amat mudah dijawab oleh setiap responden kajiselidik dimana mana negara pun.ia langsung tidak mencabar minda responden dan boleh dijawab sambil tidur atau sambil membuang air besar saja.Oleh itu..mahukah kita tertipu dengan kajian esposito ini atau kita hanya mengiakan saja atau menganggukkan kepala serta taksub kepada pengikut atau pencacai murahan esposito yang menyanjung esposito sebagai orientalis terhebat dunia???

Berfikir dan bertafakurlah kita seketika ,supaya Allah menyuluh jalan kebenaran itu buat kita.

catatan : sangtawal sakranta

http://www.sangtawal.blogspot.com

Sunday, November 23, 2008

ILMU AL-MAGHAZI UNTUK PEJUANG PEMBELA AGAMA DAN NEGARA

Ramai yang mengaku menjadi pejuang islam dan bersemangat untuk berbakti dijalan Allah,tetapi ramai yang tidak mengambil iktibar dari sirah perjuangan rasulullah. Kisah kisah ini diabadikan dan dikenal sebagai ilmu al-maghazi.ilmu ini dihafal dan dipelihara oleh setiap pejuang kebenaran. Bila kita berpegang kepada sirah perjuangan rasulullah,maka kita tidak akan mudah termakan taktik musuh yang sentiasa menghidu kelemahan kita….malah mereka selalu cuba mengambil kesempatan keatas kita diwaktu kita sedikit terleka.

Dari segi syarak,jihad mempunyai dua pengertian iaitu umum dan khusus.

Jihad pada pengertian umum ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.

Jihad umum merangkumi semua jenis jihad iaitu jihad mali(harta), jihad tablighi(menyampaikan dakwah), jihad ta’limi(pembelajaran), jihad siyasi(politik), jihad qital(peperangan).

Jihad khusus yang dimaksudkan oleh sebahagian besar ulama ialah jihad Qital atau Qital fi Sabilillah iaitu berperang mengangkat senjata dan berdepan dengan musuh dialam nyata.Sayyid Abul ‘Ala al –Maududi dalam kitabnya Mabadiul islam,ms 147, menyebut :

“setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda,jiwa-raga,penulisan pena,kata kata lidah,maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad dijalan Allah dengan pengertian jihad yang umum.Akan tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan yang dilakukan oleh kaum muslimin untuk menentang musuh musuh islam kerana mengharapkan semata mata keredhaan Allah tanpa ada sedikit pun tujuan duniawi.”

Dikalangan ulama ada yang memberikan pengertian yang lebih umum kepada jihad dengan memasukkan sama mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.

Untuk menjadi JUNDULLAH sejati,hendaklah kita melengkapkan diri kita dengan kekuatan iman dan amal.Disini saya suka memetik contoh,imam as syahid Hasan Al Banna telah meletakkan jihad sebagai salah satu daripada 10 ikrar perjuangan “bai-ah” kepada setiap ‘amilin(para petugas)’ bagi jamaah ikhwanul-muslimun iaitu faham, ikhlas, bekerja, jihad, berkorban, taat setia, Thabat(tidak berganjak), tajarrud(bebas), ukhwah dan thiqah(percaya).

Marilah kita renungi sabda rasulullah s.a.w..” barang siapa mati padahal ia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang,maka matilah ia seperti mati jahiliyah”….serendah rendah martabat jihad itu ialah mengingkari dengan hati,dan setinggi tingginya ialah qital fi sabilillah.maka…” dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar benarnya”..Al-Haj: 78.

Apa yang pasti,kita sebagai generasi umat islam akhir zaman kini mesti menyedari bahawa detik dan saat untuk kita berjihad pasti datang.Pada saat itu dihadapan kita hanya ada dua pilihan; samada rela terkorban sebagai seorang syuhada atau mati tanpa ada harga dan nilai disisi Allah SWT.

Seorang pejuang juga harus bijak mengawal emosi (EQ)

Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan 2 perkara;kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat...dalam sebuah hadis Rasulullah s.aw bersabda.. "sesungguhnya aku(nabi) melarang dua suara yang dungu dan buruk,iaitu suara ketika sedang mendapatkan nikmat dan suara ketika ditimpa musibah(meratap)"

firman Allah .."...(kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu." Al-Hadid:23). maka rasulullah bersabda... "sesungguhnya kesabaran(yang sempurna pahala) adalah kesabaran ketika mendapat musibah pertama".

Oleh itu siapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa,baik waktu susah atau waktu senang,maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperolehi kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana mengalahkan nafsu. Merekalah yang akan sentiasa bersyukur bila mendapat kesenangan dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Begitulah manusia,termasuk saya, ketika sedang bermusuh dengan seseorang,ia cenderung mengherdik dan mencelanya, dan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak kita sukai begitu saja,demikian jugalah bila kita menyukai orang lain,kita akan segera melupakan kekurangannya,bahkan orang itu terus dipuja dan disanjung umpama tiada cacat celanya.... maka eloklah kita mengambil sikap yang bersederhana dalam keduanya... umpama sabda rasulullah.."aku memohon kepadamu ya Allah , agar aku selalu bersikap sederhana, baik ketika marah atau senang.

Barangsiapa yang mampu mengawal emosinya,mengendalikan aqalnya dan menimbang segalanya dengan benar, maka dia akan mudah melihat kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan benar.

Firman Allah .." Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan kepada mereka Al-Kitab dan neraca(keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan...".. Al- Hadid:25.

Sesungguhnya islam datang dengan membawa misi kebenaran,keadilan,kesimbangan,akhlaq dan menuntun kita kejalan yang lurus,sebagaimana islam juga datang dengan membawa manhaj yang lurus,syariat yang diredhai dan agama yang suci..."Dan demikian(pula) kami telah menjadikan kamu(umat islam),umat yang adil dan terpilih.."..Al- Baqarah:143.

Maka benarlah Allah berfirman..."Mudah mudahan Allah menimbulkan kasih sayang(mawaddah) antaramu dengan orang yang kamu musuhi diantara mereka, dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang".. Al-Mumtahanah :7.

wahai sahabat seperjuangku,pembela agama dan pembela Negara,tak kira atas landasan mana pun anda berada,apakah siasah perjuangan politik anda.apapun warna kulit anda,dari mana keturunan anda,marilah kita bersatu,berkasih sayang dalam berjuang.

Tujuan kita hanya satu…mahu melihat agama islam yang maha suci ini kembali tertegak… bangsa melayu kembali segar bersemangat, berwawasan.. bukannya umpama bunga yang semakin me-layu ditangkainya…sebelum indahnya bunga,manisnya madu.. yang meresapkan manisnya dari mata turun kehati..hilang serinya… pudar warnanya.

Untuk membangunkan sebuah Negara Islam yang kuat,mantap dan berdaulat…maka sudah semestinya lah kita bersedia dan memperlengkapkan diri kita dan Negara kita dengan sistem pertahanan yang mampan dan canggih. Peruntukan dan perbelanjaan untuk membeli kelengkapan perang oleh kerajaan janganlah dipandang remeh atau ditentang secara membabi buta.Berhujahlah kita dengan bijak untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk rakyat dan Negara, bukan berhujah untuk menegakkan benang yang basah atau hanya sekadar untuk mencari pengaruh untuk kelangsungan agenda politik peribadi sahaja.

Walaubagaimanapun saya berharap semoga tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas pembelian peralatan perang ini.

Kerajaan hendaklah tegas dalam isu pembelian peralatan dan kelengkapan perang demi mencapai misi dan visi dasar pertahanan negara.memang perbelanjaan untuk peralatan perang ini semua mahal dan akan menelan belanja yang banyak...tapi apa guna rakyat kita kaya raya tetapi negara teramat mudah diancam dan dikuasai musuh...dan kita akan menjadi pelarian perang dibumi sendiri.

Sistem pertahanan kita mestilah canggih dan mampu melawan musuh.

Negara kita mestilah mempunyai teknologi peperangan yang baik.Teknologi peperangan merujuk kepada kesemua senjata,kelengkapan dan kenderaan untuk bertempur.Teknologi ini amat ditekankan dan amat penting dizaman rasulullah lagi.dizaman moden ini,teknologi peperangan boleh dibahagikan kepada 5 kategori:

1.senjata ofensif untuk menakutkan musuh.

2.senjata defensif untuk mengelak ancaman ofensif.

3.Teknologi pengangkutan untuk memindahkan senjata dan tentera.

4.Komunikasi yang mengkoordinasi pergerakan tentera.

5.Radar atau peralatan canggih yang mampu mengesan angkatan musuh.

Diantara langkah langkah yang diambil oleh rasulullah ialah mempelajari teknologi dari bangsa asing,menggalakkan sahabat dan ummat memberi infaq atau derma kejalan fi sabilillah,

memperuntukkan perbelanjaan yang khusus untuk membeli kenderaan dan alat alat kelengkapan perang dan sebagainya.Nabi juga selalu menggalakkan kegiatan menunggang kuda dan memanah disamping nabi juga berusaha meningkatkan kekuatan tentera berkuda baginda dari semasa ke semasa.contohnya dalam perang badar,jumlah kuda hanya 3 ekor sahaja...iaitu seekor untuk setiap 100 orang,dengan usaha baginda nisbah itu meningkat kepada seekor kuda untuk tiap tiap 3 orang.baginda berjaya mendapatkan 10 ribu ekor kuda untuk 30 ribu orang tenteranya dalam masa 7 tahun.Baginda sendiri juga mempunyai 7 ekor kuda yang terbaik dizamannya...seperti kuda-kuda yang bernama sakb,murtajiz,Tharb,sabhah...dll.

Senjata adalat alat terpenting dalam peperangan sehingga Allah menyebutkan tentang besi dalam surah Al-hadid ayat 25.Rasulullah juga memberi galakan kepada perusahaan membuat senjata seperti pedang ,tombak dan anak panah.

Rasulullah juga bersabda dalam hadis riwayat Al-hakim..."syurga adalah dibawah bayangan mata pedang".Rasulullah juga mempunyai pedang pedang yang terbaik seperti Ma'thur,Al-Adhab,Zul-Fiqar,Al-Qala'ee,

al-battar,al-hataf...dll.

dizaman rasullah juga ,baginda mempunyai teknologi peralatan perang yang sangat digeruni musuh dan pertama kali digunakan ditanah arab iaitu Manjaniq...iaitu alat melontar peluru.....ia digunakan pertama kalinya ketika rasulullah mengepung bandar Taif pada syawal tahun 8 hijrah.

Selain kecanggihan senjata untuk menyerang, nabi juga begitu menekankan alat untuk mempertahankan diri juga seperti baju besi, topi besi, Tursun(perisai), Dabbabah(kereta perisai)dll lagi.

Oleh itu untuk menegakkan sebuah negara yang berdaulat dan mempertahankan agama islam..sistem pertahanan negara adalah amat penting sekali dan segala usaha kearah itu hendaklah disokong.Apa juga usaha kearah penyatuan pejuang kebenaran perlu disokong.Ini adalah merupakan satu inisiatif terpuji kearah penyatuan dan pengukuhan barisan pembela di alam tempur maya.Sesiapa saja layak memberikan sumbangan idea,kepakaran dan bantuan terutamanya golongan cerdik IT.Perjuangan akhir zaman ini kita tidak hanya berdepan dengan musuh di alam nyata sahaja tetapi kita juga harus berwaspada dengan musuh kita dialam maya.

Catatan: Sangtawal Sakranta…

Saturday, November 22, 2008

NOTA BUAT PENCURI

Nota Buat Pencuri

WAHAI HAMBA ALLAH YANG SEKARANG INI HATIMU DIKUASAI IBLIS

JANGANLAH KAMU TAKUT KEPADA MANUSIA ATAU MAKHLUK

TAKUTLAHLAH KAMU KEPADA ALLAH ,TUHAN SEKELIAN ALAM

TAKUTLAH AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH.

SEHARI HUKUMAN DI AKHIRAT ADALAH SERIBU TAHUN DI DUNIA

SANGGUPKAH KAU MENJALANI HUKUMAN ALLAH SELAMA ITU ?

AMBILLAH SEBERAPA BANYAK HARTA DUNIA YANG KAMU MAHU

DUNIA INI ADALAH SEMENTARA


WALAU SEBANYAK MANA HARTAMU, HANYA SEHELAI KAIN KAFAN

YANG AKAN MENGIRINGI MU DI ALAM KUBUR


BERTAUBATLAH SAUDARAKU SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

INGATLAH ,JANJI ALLAH ADALAH PASTI !!!

TAKUTLAH KAMU PADA ALLAH, DIA SEDANG MELIHATMU

JANGANLAH KAMU TERTIPU DENGAN BISIKAN SYAITAN YANG MAHU MENGAJAKMU BERSAMA KE NERAKA

….SANGTAWAL SAKRANTA….

Thursday, November 20, 2008

Gejala rasuah politik harus dihapuskan segera


SALAM PERJUANGAN.....

Bila Tun Dr Mahathir bersuara lagi berkenaan politik wang dan rasuah,ditambah pula dengan desas desus yang mengatakan Tun akan menyenaraikan nama mereka yang terlibat dengan rasuah....ada yang menyokongnya dan ada juga yang berpeluh sejuk mendengarnya!biarpun sekarang ini musim banjir dan cuaca agak sejuk.

Namun bagi saya...kenyataan Tun itu bukanlah kenyataan yang luarbiasa atau kenyataan yang baru...sudah lama tun bersuara....

Bagi saya...Itulah percaturan seorang genius politik tanahair kita...

Berani kerana benar...takut kerana salah..itu prinsip perjuangan terunggul yang perlu ada pada diri setiap pejuang kebenaran.

Tun akan buat apa yang dia kata.itulah tun dr mahathir yang dikenali ramai dengan cara dan strategi berpolitiknya yang tersendiri dan gerak kerjanya sukar dibaca oleh orang biasa apatah lagi musuh politiknya.

Disamping dia mempunyai IQ yang agak tinggi..seorang bekas pegawai perubatan berdaftar ini juga mempunyai EQ yang tinggi.

Seorang doktor biasanya akan berfikir lebih mendalam perihal merawat pesakit berbanding dengan pesakit sendiri atau keluarga si pesakit.predisposing dan precipitating factor juga perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu diagnosis.penyiasatan dan ujikaji makmal juga dipilih secara spesifik.rawatannya pula selepas itu adalah yang terbaik bersama dengan holistic approach.jika sesi kaunseling,nasihat,konsultasi tidak berkesan..langkah prevention perlu ada untuk mengelak penyakit menjadi lebih teruk atau deteriorate....Dia juga sudah lali dengan masa kritikal untuk menyelamatkan satu nyawa dengan izin Allah.oleh itu beliau sudah bersedia menerima apa-apa jua keputusan yang agak berisiko tinggi!!!

Jika sebelum ini orang menuduh dia mengamalkan rasuah dan kronisme...maka inilah peluang dan masanya musuh musuh politiknya pula melaporkan kesalahan beliau.Tapi ia memerlukan bukti dan fakta yang tepat..bukan sekadar fitnah semata mata.maka beranikah anda berdepan dengan Tun di mahkamah nanti???.

Ramai yang mula menghina dan mengutuk tun yang kini bukan lagi ahli umno tetapi banyak mengkritik umno...malah ada orang yang tak kenang budi sengaja bertanya ...siapa mahathir dan apa hak mahathir untuk bersuara...nah...sekarang ini..terimalah pukulan maut berbisa dari yang empunya list atau senarai nama yang panjang selama 22 tahun berada dalam kerajaan BN atau sekarang ini dipanggil pesara UMNO.

Orang ini sudah letih berbicara pasal rasuah ini...disini saya ingin sekali memetik hasil tulisan beliau dalam bukunya THE CHALLENGE...pada tahun 1986 lagi...dalam bab khusus ke-12..CORRUPTION... m/s 140...

"Man,as a creature of God with the ability to think and pass knowledge down from generation to generation,need not to decide everything through his own experience.Accumulated experience which shapes thoughts and value is not only shared with the whole society which exists at the time but it passed down to subsequent generations.....

Corruption is one of the practices deemed bad by nearly all societies in the world.That corruption is bad is decided by tradition and not by study or experience.Everyone everywhere condemns corruption as a crime.Yet,though everybody condemns corruption.this does not mean that everybody accept the same interpretation of the term'corruptin' or trully knows what bad consequences come from corruption.....corruption is better known as a practice which enables someone to obtain remuneration through illegitimate means....

Corruption can become a habit which finally bears no relation to the size of a person's legitimate income.Human desire knows no limits......therefore raising salaries is no sure way of stopping corruption......

Corruption occurs everywhere.no country or nation is free from it..To erase it a hundred per cent is impossible...however,its effects can be lessened provided it has not reached two critical stage....

Stage 1:

when corruption is still kept secret but links have been formed between junior and senior officials....when this happens,every official will protect every other.This may involve the highest officials,including ministers or other politicians,and even the judiciary and the enforces of the law.The effects of this stage are obvious.Worse,even when the masses want to clean up the system,there is nobody to take action because everybody is involved in corruption.Minister and officials may be replaced,but those who take their places will in no time be drawn into the corruption.Even if they refuse to be involved,they are paralysed,for their staff will not obey their directives.

Stage 2:

The second critical stage of corruption is when it is no longer hidden and is accepted as common practice by society.....when corruption is openly practised and is in essence no longer illegitimate,its effects on a nation are most pernicious.first..the government is weakened...

It is important to identify these two critical stages of corruption,for once they are reached,there is no hope of remedy!!!!....."


Jika ada diantara kita yang marah dan tidak bersetuju dengan tindakan yang akan dibuat oleh tun nanti...sila jangan cepat melatah..bukan baru sekarang tun menentang rasuah...dah 22 tahun lepas tun dah tulis dalam bukunya itu...sila baca dengan minda dan matahati yang terbuka kepada siapa yang mengaku dirinya hebat dan berjuang untuk agama,bangsa dan negara...

wassalam....

sangtawal sakranta.